Sarimah Ibrahim Tangguh Cari BF Demi #MH370
Sarimah Ibrahim Tangguh Cari BF Demi #MH370 |
- Sarimah Ibrahim Tangguh Cari BF Demi #MH370
- Video Khalid Samad Perlekeh Tragedi Kehilangan Pesawat MH370
- Keluarga Rakan Hans Isaac Antara Penumpang MH370
- Hanez Suraya Fail Saman Fitnah Bekas Pembantu Peribadi
- MH370: Iran Tawar Bantuan Untuk Malaysia Jalankan Siasatan
- Tragedi #MH370: Utusan Malaysia Dakwa JuruTerbang Bunuh Diri!
Sarimah Ibrahim Tangguh Cari BF Demi #MH370 Posted: 11 Mar 2014 01:30 AM PDT Sarimah Ibrahim Tangguh Cari BF Demi #MH370 | Demi menghormati misi pencarian pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang masih menjadi misteri, pelakon dan penyampai radio Sarimah Ibrahim turut mengambil langkah serupa. Kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) yang diperkenalkan stesen radio Mix FM baru-baru ini bagi mencari jejaka impian Sarimah Ibrahim terpaksa diberhentikan seketika sehingga kepada waktu yang ditetapkan. Sarimah Ibrahim yang dihubungi portal murai.com.my berkata,buat masa sekarang adalah lebih penting untuk memberi tumpuan dan menghormati misi pencarian MH370 daripada misinya mencari teman lelaki menerusi program #DSS di stesen radio MIX FM.
Kempen yang baru saja diperkenalkan baru-baru ini,membolehkan Sarimah Ibrahim memilih beberapa jejaka untuk di senarai akhir sebelum memasuki peringkat seterusnya. Hanya seorang pemenang akan berpeluang untuk menikmati makan malam penuh romantik bersamanya selepas tamat kempen berkenaan. Tambah Sarimah Ibrahim, dia pasti ramai pendengar setia MixFM faham dengan situasi yang melanda seluruh rakyat Malaysia ketika ini dan percaya misinya untuk mencari jejaka pilihan menerusi kempen berkenaan boleh ditangguhkan buat seketika. Namun kata Sarimah Ibrahim, setakat ini kempen berkenaan telah berjaya mencari lima jejaka teratas dan seterusnya proses saringan peringkat akhir kepada tiga jejaka teratas hanya akan diumumkan pada Isnin ini.
|
Video Khalid Samad Perlekeh Tragedi Kehilangan Pesawat MH370 Posted: 11 Mar 2014 01:16 AM PDT Video Khalid Samad Perlekeh Tragedi Kehilangan Pesawat MH370 | Tergamam seketika mendengar ucapan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang seolah-olah memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat MH370 pada Sabtu lalu. Sepatutnya tragedi itu tidak perlu dulu dikaitkan dengan isu politik kerana ramai ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan di luar sana yang sedang bersedih. |
Keluarga Rakan Hans Isaac Antara Penumpang MH370 Posted: 11 Mar 2014 01:07 AM PDT Pelakon Hans Isaac sanggup mengambil cuti selama empat hari bagi memberi sokongan moral kepada rakannya di mana isteri dan dua anaknya antara penumpang yang menaiki pesawat menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 43, berkata, dia terkejut dengan berita kehilangan pesawat tersebut dan berasa lebih sedih apabila mendapat tahu keluarga rakan baiknya yang juga seorang usahawan turut berada dalam pesawat itu.
Terdahulu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal. Sementara itu, Hans berkata, dia turut sedih apabila melihat ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas insiden tersebut.
|
Hanez Suraya Fail Saman Fitnah Bekas Pembantu Peribadi Posted: 11 Mar 2014 12:41 AM PDT Pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah dimuat naik dalam laman sosial pada September hingga pertengahan Oktober tahun lepas. Hanez, 28,memfailkan saman itu menerusi Tetuan Harjit Sandhu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada November tahun lepas telah menamakan Mohd Fairus Mohd Lazim, 28, sebagai defendan. Media memperoleh salinan saman itu pada Isnin menerusi peguam Harjit Singh dan Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili pelakon itu ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Adibah Abdul Kadir. Hanez dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Mohd Fairus telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan pada 30 Sept hingga 15 Oktober tahun lepas. Mohd Fairus juga didakwa telah memburukkan pelakon itu kepada rakan lain dan sering menghubungi wartawan untuk menceritakan perihal dirinya. Pelakon itu mendakwa pada 16 Oktober tahun lalu, dia telah menghantar satu salinan surat sebelum tindakan ‘Letter of Demand’ kepada Mohd Fairus menerusi peguamnya tetapi lelaki itu enggan menandatangani salinan surat itu sebagai bukti penerimaan. Duta kepada produk kecantikan Aura White itu juga mendakwa surat tersebut, antara lain mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepadanya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut, namun Mohd Fairus telah memuat naik “tweets” selepas menerima surat itu. Artis itu mendakwa pada 17 Oktober tahun lepas, Mohd Fairus ada berjumpa dengannya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf dan permohonan maaf itu telah dimuat naik Mohd Fairus di Twitter dan Instagram. Hanez mendakwa selepas permohonan maaf, dia berpendapat bahawa perkara itu telah selesai, namun pada 19 dan 22 Oktober tahun lepas, Mohd Fairus telah “retweet” semula Twitter daripada akaun yang lain bertujuan untuk memalukannya. Hanez mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud dia merupakan seorang pelakon yang sombong, kedekut, tidak menghormati orang lain, mata duitan, lupa diri, sering bermuka-muka dan tidak berfikiran matang. Dalam pada itu, Hanez menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA |
MH370: Iran Tawar Bantuan Untuk Malaysia Jalankan Siasatan Posted: 11 Mar 2014 12:16 AM PDT Iran, pada Selasa, menawarkan bantuan kepada pasukan penyiasat Malaysia berhubung dua rakyatnya yang dipercayai telah membuat kunjungan menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370 yang hilang. Jurucakap Kementerian Luar Marzieh Afkham berkata Iran telah ‘membuat tindakan susulan terhadap laporan mengenai kemungkinan terdapat dua penumpang Iran di atas kapal kapal terbang.’
Polis Malaysia pada Selasa berkata salah seorang daripada dua penumpang yang disyaki menaiki pesawat yang hilang adalah seorang pendatang haram dari Iran. Kebimbangan keganasan telah tercetus dengan pendedahan laporan bahawa dua lelaki menaiki penerbangan menggunakan pasport yang dicuri dari lelaki warga Eropah. Salah seorang daripada mereka telah dikenal pasti sebagai rakyat Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad berusia 19 tahun, kata ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pemberita.
-AFP |
Tragedi #MH370: Utusan Malaysia Dakwa JuruTerbang Bunuh Diri! Posted: 10 Mar 2014 09:57 AM PDT Tragedi #MH370: Utusan Malaysia Dakwa JuruTerbang Bunuh Diri! | SEDANG rakyat Malaysia diselubungi kesedihan berhubung tragedi pesawat #MH370 yang hilang dari radar sejak kelmarin, Utusan Malaysia pula membangkitkan kemarahan orang ramai di media sosial. Satu senarai kemungkinan penyebab tragedi kehilangan pesawat MH370 disiarkan oleh akhbar itu. Salah satu kemungkinan yang dicatatkan ialah ‘juruterbang membunuh diri’. Senarai kemungkinan yang disiarkan tanpa merujuk mana-mana sumber itu disifatkan sebagai spekulasi liar dan tidak sensitif kepada keluarga juruterbang. Apa perasaan keluarga juruterbang #MH370 jika membaca laporan ini? Adakah wajar juruterbang beragama Islam dianggap membunuh diri sekaligus sebagai penyebab kepada kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370? Bukankah orang ramai dilarang keras menimbulkan sebarang spekulasi liar yang akan mengguris perasaan keluarga penumpang, selain menyusahkan kerja-kerja menyelamat? Adakah larangan keras itu terkecuali kepada akhbar kawalan pemerintah seperti Utusan Malaysia? sumber |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment