Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Mislina Mustaffa Gelandangan & Bertatoo? (5 Gambar)

Mislina Mustaffa Gelandangan & Bertatoo? (5 Gambar)
Abby Abadi temui kekasih baru? Seorang ustaz (3 Gambar)
Video Datuk Ramli MS jawab isu diserbu JAIS di Melodi
Nora Danish jawab isu terperangkap di lif di Hotel Legoland
Harga Rokok Naik 2014. Harga Baru RM13 Sekotak


Mislina Mustaffa Gelandangan & Bertatoo? (5 Gambar)

Posted: 06 Sep 2014 06:00 PM PDT




Mislina tidak asing dengan kontroversi-nya. Walaupun dia kurang popular berbanding artis Malaysia yang lain namun lakonannya di bawah arahan Arwah Yasmin Ahmad jelas antara yang terbaik.

Kami difahamkan dia kini hidup bergelandangan atas pilihannya sendiri. Dia kerap melancong ke luar negara bersama teman lelakinya. Terbaru, Mislina dilihat memuat naik beberapa keping gambar beristirehat di tepian pantai di Cuba.

Berbikini, itu perkara biasa baginya namun apa yang terbaru kami lihat di lengan kirinya seperti mempunyai tatoo. Adakah itu tatoo ataupun sebaliknya?

Apa pendapat anda mengenai gaya hidup Mislina ini dan apa reaksi anda melihat dia kini sudah bertatoo? Gambar penuh selepas ini. (more…)


Abby Abadi temui kekasih baru? Seorang ustaz (3 Gambar)

Posted: 06 Sep 2014 05:00 PM PDT




Walaupun perkahwinannya gagal sebanyak dua kali, itu tidak bermakna ia menemui jalan buntu untuk bercinta semula. Baru-baru ini di Insta milik Abby telah memuat naik sekeping gambar dengan caption yang agak kontroversi. Caption tersebut seolah-olah lelaki di dalam gambar itu adalah kekasihnya (rujuk gambar di atas).

Menariknya, salah satu komen di gambar tersebut merupakan teman baik Abby Abadi iaitu Azza Elite. Komen Azza dilihat seperti mengiyakan hubungan mereka berdua.

Jejaka itu bernama Ustaz Khairul Azli. Jika benar mereka bercinta, seeloknya dipercepatkan majlis pernikahan supaya tidak difitnah dengan cerita kurang enak, maklumlah Abby seorang selebriti. Kalau boleh, jangan juga merahsiakan perkahwinan kerana ia juga mengundang fitnah. Ehem! (more…)


Video Datuk Ramli MS jawab isu diserbu JAIS di Melodi

Posted: 06 Sep 2014 07:50 AM PDT




Video menunjukkan wartawan Melodi sedang menelefon Datuk Ramli MS untuk mendapatkan kisah sebenar apabila pihak JAIS membuat serbuan ke banglo-nya minggu lepas. Datuk Ramli MS menjawab tenang dan meminta penonton supaya usah menjaga tepi kain orang. Video lanjut di bawah. (more…)


Nora Danish jawab isu terperangkap di lif di Hotel Legoland

Posted: 06 Sep 2014 04:07 AM PDT




Pertengahan Ogos yang lepas, Nora Danish telah melepaskan kemarahannya di laman Insta gara-gara kakak dan rakannya terperangkap di lif Hotel Legoland sewaktu mereka bercuti di sana. Nora sentap dengan pengurusan hotel yang lambat bertindak sehingga menyebabkan ahli keluarganya terperangkap sehingga satu jam. Namun, kes itu telah selesai walaupun menurut Nora, pihak pengurusan Legoland tidak meminta maaf secara peribadi kepada keluarganya. Ikuti kenyataan Nora di dalam video di bawah. (more…)


Harga Rokok Naik 2014. Harga Baru RM13 Sekotak

Posted: 06 Sep 2014 02:16 AM PDT




Mulai 8 September 2014, beberapa jenama rokok pilihan akan dinaikkan mencecah RM13 sekotak. Antara jenama yang terlibat ialah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strike, Pall Mall, Rothmans & Peter Stuyvesant.

Rokok-rokok ini mengalami kenaikan sebanyak RM1 berkuatkuasa tarikh di atas. Apakah pendapat anda mengenai kenaikan ini? Setuju ataupun tidak?

Sebagai nota, di Singapura, sekotak rokok dijual pada harga SGD12. Manakala di Hong Kong dijual pada harga HKD60, iaitu sekitar RM30 jika ditukar matawang.

Jadual Harga Kenaikan Rokok 2014 adalah seperti gambar di bawah. (more…)

Gallery: Shah Rukh Khan's jaw - dropping bungalow

Gallery: Shah Rukh Khan's jaw - dropping bungalow


Gallery: Shah Rukh Khan's jaw - dropping bungalow

Posted: 06 Sep 2014 03:39 AM PDT

Shahrukh Khan is probably one of the richest celebrities in India. His film recently crossed all Box Office records, collecting in more than Rs. 200 crores (RM 11,000,000).

According to the Daily Baskar, Khan's net worth is around Rs. 50 billion (RM 2,640,000).

The actor, who was a simple Delhi boy, dreamt of making it big in Bollywood had bought a lavish bungalow from a Mumbai trust. He named that luxurious abode as Mannat.  

Behind Mannat, located in Bandstand, Bandra, he created a six-floor huge building, which is an extension of the bungalow. It was built with a huge drawing room, library, gym, swimming pool, office, guest room, entertainment room, a basement car-parking area, and much more. 

Catch a glimpse of this jaw-dropping house of Shah Rukh where he lives with his wife Gauri Khan, along with kids Aryan, Suhana and AbRam.

Photo Credit: Daily Baskar, Facebook

Krisis MB Selangor: Wan Azizah tidak layak untuk memimpin, kata Hadi

Posted: 06 Sep 2014 03:39 AM PDT

PETALING JAYA, (MLP) - Keputusan PAS menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baru tidak ada kaitan dengan jantina, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Menteri Besar perlu memenuhi kriteria tertentu dan layak untuk memegang jawatan tersebut.

"Jika beliau tidak mempunyai kebolehan untuk berdebat soalan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, bagaimana beliau boleh menjadi pemimpin yang kuat?

Ceramah ini telah dimuat naik sepenuhnya ke YouTube pada hari Jumaat.

Menurut Hadi, Dr Wan Azizah tidak sesuai untuk memimpin, kerana Selangor memerlukan pemimpin yang kuat untuk mengurusnya.

"PAS hanya mahu menghantar dua nama, tetapi kemudian Sultan menghantar surat meminta lebih daripada dua nama. Lebih daripada dua bermakna kita boleh menghantar seberapa banyak yang kita suka."

"Jika kita menghantar hanya satu nama, bagaimana Sultan akan memilih? 

Hadi berkata PAS masih sebahagian daripada Pakatan, dan meminta ahli- ahli yang ingin memulakan sebuah parti baru dipersilakan keluar.

"Mereka yang ingin memulakan sebuah parti baru boleh meninggalkan parti ini kerana ia lebih baik bagi mereka untuk berbuat demekian. Kami masih bersama Pakatan." 

Kredit Foto: Malaysia Chronicle

MH370: Australia menawarkan memorial bagi menandakan tragedi

Posted: 06 Sep 2014 03:39 AM PDT

PUTRAJAYA, (MLP) - Australia telah menawarkan untuk mendirikan sebuah memorial di garis pantai baratnya untuk memperingati kehilangan nyawa dalam tragedi penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia, MH370.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Australia Tony Abbot berkata langkah ini akan berpandukan kepada hasrat Malaysia dan keluarga mangsa.


"Dalam masa dua minggu ini, carian baru akan bermula dan berterusan sehingga segala kemungkinan usaha manusia diambil untuk menjelajah ke zon," katanya dalam satu sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mengenai kos carian MH370 itu, Abbot berkata Malaysia dan Australia akan menyumbang A$ 60mil (RM179mil) setiap satu.

Kredit Foto: The Star

'Dia masih merokok'

Posted: 06 Sep 2014 03:39 AM PDT

SHAH ALAM, (MLP) - Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa dia bimbang anaknya, Zahra Rania Shanley, akan terikut dengan gaya hidup bekas isterinya yang terlalu gemarkan hiburan.

Ia diberitahu Jimmy semasa perbicaraan kes untuk mengetepikan perintah hak untuk bermalam dengan anaknya yang berusia 2 tahun yang dikemukakan oleh bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 28 tahun.

Jimmy turut menyuarakan kebimbangan anaknya tidak akan terdidik dengan baik oleh plaintif. Menurutnya, dia turut bimbang dengan kesihatan anaknya terjejas kerana bekas isterinya didakwa merokok.

Jimmy dan Nursuhaila mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan mula tinggal berasingan selepas 20 hari pernikahan mereka atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu sah bercerai pada Oktober 2012. 

Foto: Harian Metro

Lainnya mereka!

Posted: 06 Sep 2014 03:39 AM PDT

Walau sesukar mana pun sesuatu, kalau dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan, pasti hasilnya dapat dilihat.

Buktinya, lihat sahaja pasangan Matt dan Hannah Bradley ini. 

Berat Matt pernah mencecah 115 kg, dan dia dan Hannah sememangnya mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat; gemar makan snek dan tidak bersenam.

Namun selepas bertunang, pasangan ini nekad berubah. Tiada lagi snek, sebaliknya sayuran menjadi pilihan. Mereka mula merancang pemakanan mereka, malahan Matt turut mengamalkan berjoging dan telah berjaya menamatkan larian sejauh 10km. 

Akhirnya, Hannah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 18 kg, manakala berat Brad kini ialah 72 kg; berat yang ideal untuk lelaki sepertinya.

Lihatlah betapa cantik dan kacaknya mereka pada hari perkahwinan mereka. Kalau dibandingkan dengan gambar sebelumnya, kita hampir tak kenal mereka, bukan?

Foto: Elitedaily

Pesawat ringan terhempas di Jamaica

Posted: 06 Sep 2014 03:08 AM PDT

JAMAICA, (MLP) - Sebuah pesawat kecil dengan dua atau lebih penumpang terhempas kira-kira 22 kilometer di timur laut bandar Pelabuhan Antonio di pantai Atlantik pagi ini.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Greater Rochester di New York ke Naples, Florida dan membawa seorang pemaju hartanah terkenal dan isterinya.

Difahamkan, pemaju hartanah berkenaan merupakan juruterbang berlesen.

Major Basil Jarrett daripada Pasukan Pertahanan Jamaica berkata pihak tentera menghantar dua pesawat dan sepasukan penyelam ke kawasan kejadian.

Tiada kesan serpihan dijumpai tetapi pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan pencarian di dalam air sekiranya masih ada mangsa yang terselamat. 

*Gambar hiasan

8 Sebab Mengapa Anda Harus Tonton Mamak Cupcake

8 Sebab Mengapa Anda Harus Tonton Mamak Cupcake


8 Sebab Mengapa Anda Harus Tonton Mamak Cupcake

Posted: 05 Sep 2014 09:00 AM PDT

Mamak Cupcake menampilkan Shaheizy Sam sebagai MJ yang berada di dalam dilema sama ada mahu meneruskan legasi perniagaan keluarganya ataupun mengejar impiannya sendiri.

GOSIP & GAMBAR MENARIK - PAKWE BARU ABBY ABADI?

GOSIP & GAMBAR MENARIK - PAKWE BARU ABBY ABADI?


GOSIP & GAMBAR MENARIK - PAKWE BARU ABBY ABADI?

Posted: 05 Sep 2014 12:50 AM PDT



Gagal dua kali bukan bererti gagal selamanya! Mungkin kata-kata ini ada benarnya buat Abby Abadi yang digosipkan mempunyai 'pakwe' baru selepas bercerai dengan Farhan baru-baru ini.

Malah beberapa komen di laman sosial oleh rakan baik Abby bagaikan mengiyakan gosip tersebut. Jika benar, kita juga tumpang gembira dengan perkembangan tersebut. Ialah, sekurang-kurangnya Abby tidak sendirian lagi.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

LARA ALANA - WAJAH COMELNYA BUAT HATI TERTAWAN

Posted: 05 Sep 2014 08:23 PM PDT



Jika sebelum ini, wajah anak sulung Scha Alyahya dan Awal Ashaari yang dipaparkan oleh mereka agak sipi dan kurang menampakkan wajahnya, terbaru... wajah comel Lara Alana yang lahir 22 Julai lalu akhirnya didedahkan kepada umum.

"Salam Jumaat semua. Name given is Lara Alana Ahmad Awaluddin. Have a blessed Friday all 2weeks schaalyahya schawal babyschawal," ujar Scha di laman instagramnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Gambar Paling Sempoi Dari Istana Kelantan.. Saksikanlah

Gambar Paling Sempoi Dari Istana Kelantan.. Saksikanlah


Gambar Paling Sempoi Dari Istana Kelantan.. Saksikanlah

Posted: 05 Sep 2014 07:33 PM PDT


Addin

Gambar Paling Sempoi Dari Istana Kelantan.. Saksikanlah


Bagi rakyat Kelantan, melihat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V bersama-sama rakyat adalah perkara biasa. Baginda terkenal dengan penampilannya yang sederhana dan merendah diri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Walaupun berketurunan Raja dan berpendidikan tinggi, Baginda merupakan seorang Raja yang merendah diri. Terbaru, gambar Baginda bersama rakyat dengan hanya memakai singlet putih dan kain sarung tersebar di internet.

Gambar ini sudah tentu akan menambahkan lagi kekaguman rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan terhadap Sultan mereka ini. Malah Baginda dilihat tidak kekok mengambil gambar dengan rakyat biasa.

Selain dari itu, Sultan Muhammad Ke-V adalah Sultan yang pertama yang mengarahkan perkataan "Daulat Tuanku" ditukar kepada "Allahuakbar" supaya setiap kali disebut, semua yang menyebut akan mendapat pahala. ~bloglist




Iklan C (ii)







Benarkah PAS Baru Ditubuhkan, Ir Phahrolrazi Zawawi Presiden?.

Posted: 05 Sep 2014 04:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Benarkah PAS Baru Ditubuhkan, Ir Phahrolrazi Zawawi Presiden?.



Khalid Samad menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan PasMa.
 
Thumb dabd
'PAS Baharu' Mungkin Wujud Jika PAS Keluar Pakatan Rakyat  Ir Phahrolrazi Zawawi  Presiden?. PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mungkin akan menjadi 'PAS baharu' jika pimpinan semasa parti membuat keputusan untuk keluar daripada PKR dan DAP. 
Badan itu ditubuhkan oleh ahli-ahli PAS yang dikatakan sejajar dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau dikenali sebagai puak Anwaristas.

Kumpulan itu dilaporkan bersedia untuk menyokong PKR dan DAP untuk memastikan Pakatan Rakyat utuh, berikutan percanggahan pendapat PAS dengan sekutu mereka berhubung siapa yang patut dinamakan sebagai menteri besar Selangor yang baharu. 


PKR dan DAP telah bersetuju untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah ke istana, tetapi PAS bertegas mencalonkan tiga nama yang tersendiri.


Mereka juga bimbang PAS boleh membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional, satu hasrat yang telah disampaikan pada masa lalu oleh beberapa tokoh-tokoh parti.


Senarai pemegang jawatan PasMa untuk 2014-2016 tersebar melalui media sosial pada Jumaat, dengan nama-nama pemimpin PAS yang menonjol disenaraikan sebagai memegang jawatan tertinggi pergerakan itu.


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang telah dinamakan sebagai salah seorang naib presiden PasMa, bagaimanapun menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan itu. 


"Saya bukan seorang pemegang jawatan. Ia adalah senarai yang salah, yang dilakukan oleh kumpulan dalam PAS yang cuba untuk menjatuhkan kami," Khalid mendakwa, sambil menambah beliau tidak mengetahui tentang agenda PasMa.

Kumpulan itu telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan di Kedah pada 11 Ogos dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi sebagai presiden.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi tidak bersetuju dengan pembentukan PasMa dengan berkata ia bukan cara untuk menyelesaikan isu-isu dalaman parti.

"Saya tidak melihat kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dalaman parti dengan membentuk badan yang berasingan atau 'PAS baharu'.

"Ia adalah satu langkah yang terdesak dan akan meningkatkan kekeliruan di kalangan ahli-ahli parti. Ini sudah tentu akan membawa kepada perpecahan yang besar dalam parti," katanya dalam satu posting Facebook.


Sehingga kini, PasMa dikatakan mempunyai lebih daripada 100 ahli yang dilaporkan mengadakan pertemuan pada 31 Ogos di Kelantan untuk membincangkan strategi untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di seluruh negara. (mStar)


Tuan Guru Haji Hadi Buat Pusingan U?

Posted: 05 Sep 2014 04:27 PM PDT


Addin

Tuan Guru Haji Hadi Buat Pusingan U?


Kecewa dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah sendiri mencalonkan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor.

Hadi mengambil tindakan itu selepas Azmin yang menjadi calon pilihannya menolak secara terbuka kerana mahu memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lebih mengecewakan Hadi apabila PKR dan DAP juga menolak mentah-mentah keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat 17 Ogos lalu melalui keputusan bersama Pakatan Rakyat pada hari yang sama.

Keputusan itu diambil PR walaupun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (juga dikenali sebagai Mat Sabu) turut berada dalam mesyuarat itu mewakili parti Islam itu."Dia sudah malukan PAS, jadi takkan hendak letak nama Azmin lagi? PAS pun ada maruah," kata sumber daripada kerajaan negeri.

Sumber itu turut mengesahkan semua tiga nama Adun terbabit adalah daripada PAS dan tidak ada seorang pun daripada PKR.Katanya, Hadi menghantar surat pencalonan itu kepada istana pada 2 dan 3 September atas keputusannya sendiri tanpa pengetahuan AJK PAS Pusat dan PAS negeri. 

Pada 2 September, surat Hadi mencalonkan ketiga-tiga Adun PAS untuk menjadi menteri besar Selangor.Namun keesokan harinya pada 3 September, Hadi menghantar surat pencalonan baru menamakan dua Adun PKR dan seorang Adun PAS.

Menurut sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tidak ada seorang pun pemimpin PAS Pusat, termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, pernah melihat isi kandungan surat yang ditandatangani dan dihantar Hadi ke istana pada 2 dan 3 September lalu.

"Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung," katanya.Mat Sabu hari ini mengesahkan beberapa laporan media mengatakan PAS tidak menamakan Adun PKR dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka dan perkara itu berada di luar pengetahuannya dan AJK Pusat parti.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar."Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mustafa semalam berkata PAS menghantar dua nama Adun PKR dan seorang Adun PAS kepada istana, tetapi tidak mendedahkan calon terbabit.Sumber dalaman PAS kemudian memberitahu, surat pencalonan pertama Hadi kepada Sultan pada 2 September dihantar sendiri melalui pejabatnya.

Bagaimanapun, selepas Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan menamakan dua calon PKR dan seorang calon PAS, Hadi keesokannya membuat pusingan 'U', menghadap Sultan dan menghantar surat kedua menarik balik senarai calon sebelumnya.

"Kandungan surat kedua itu kemudiannya baru dimaklumkan kepada pemimpin PAS lain, termasuk Mustafa," katanya.Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Mustafa mengatakan keputusan menghantar nama dua Adun PKR dan seorang Adun PAS dibuat Majlis Syura Ulama.

Namun, dua nama PKR itu bukannya Dr Wan Azizah dan Azmin, sebaliknya Dr Idris Ahmad (Adun Ijok), Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) serta Exco negeri yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.Laporan The Star Online semalam mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun daripada partinya iaitu Iskandar serta dua rakan Exconya, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru, dipercayai merujuk kepada surat pertama yang dihantar Hadi.

Mustafa dalam responsnya semalam bagaimanapun menafikan laporan itu atas alasan nama terbabit sudah dibatalkan."Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencalonkan ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider. ~tmi




Iklan C (ii)







PRK Pengkalan Kubor: Nik Aziz Mahu PAS Bertanding

Posted: 05 Sep 2014 02:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

PRK Pengkalan Kubor: Nik Aziz Mahu PAS Bertanding




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

 KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan calon dari partinya bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 September ini.

"Saya orang PAS, saya nak PAS lah (bertanding), katanya ketika ditanya calon dari parti manakah dalam kalangan Pakatan Rakyat yang beliau mahukan bertanding pada PRK itu," katanya.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata bagaimanapun keputusan mengenai calon yang bertanding akan ditentukan oleh jawatankuasa parti peringkat negeri tidak lama lagi.

"Kalau tanya, hati saya nak PAS lah tetapi PKR macam mana, tak tahulah semua terserah, saya serahkan kepada jawatankuasa parti peringkat negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Jumaat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. (mStar)


Preache Moss: Perjalanan Spiritual Seorang Pelawak Islam..

Posted: 05 Sep 2014 12:39 PM PDT


Ibnu Hasyim

Preache Moss: Perjalanan Spiritual Seorang Pelawak Islam..


Preache Moss: Perjalanan Spiritual Seorang Komedian Muslim AS
Nama Preacher Moss sudah tidak asing lagi bagi awam AS umumnya dan komuniti Muslim khususnya, yang menggemari komedi. Moss adalah pengasas dari kumpulan komedi "Allah Made Me Funny" dan membuatnya menjadi salah seorang pelawak Muslim yang kerap membuat orang terbahak-bahak kerana lawak-lawaknya.

Salah satu lawak Moss yang terkenal adalah ketika ia bercerita


"Jika mungkin dan dibolehkan, saya ingin menukar nama saya dengan nama 'Allahu Akbar'. Saya membayangkan pasti akan hebat sekali ketika saya di lapangan terbang dan petugas lapangan terbang menyebut nama saya yang tertera di pasport 'Allahu Akbar'. " 

Lawak yang pasti membuat orang tersenyum. Tentu saja Moss tidak bermaksud melakukan penghinaan dengan humornya itu. Moss mendapatkan inspirasi untuk humor-humornya dari pengalamannya sehari-sehari sebagai seorang Muslim dari kalangan warga kulit hitam di AS. Ia


bergaul dengan banyak anak-anak jalanan di lingkungan tempat tinggalnya di Washington DC  

Sebelum memeluk Islam, Moss adalah seorang penganut Kristian dan dibesarkan dengan didikan Kristian oleh keluarganyaMunculnya gerakan Black Panther dan Nation of Islam dengan pemimpin-pemimpinnya, seperti Malcolm X, yang telah memberikan pengaruh besar bagi dirinya sebagai anak muda kulit hitam di AS ketika itu dan menjadi awal perkenalannya dengan Islam.
 

2 Kenangan Masa Lalu
 

Moss masih mengingati dua kenangan besar dalam hidupnya, yang telah mendorongnya untuk mengkaji kekuatan dan keindahan Islam dari gerakan-gerakan hak asasi di AS. Ia menyebutnya sebagai "Islam protes" dan "Islam regular" atau Islam yang lahir dari Nation of Islam dan harga diri warga kulit hitam dengan Islam yang dibawa oleh para pendatang dan generasi Muslim pertama di AS.

Kenangan pertama yang masih membekas di hati Moss adalah ketika ia menyaksikan bagaimana rakan kelasnya begitu taat menjalankan ibadahnya sebagai seorang Muslim, meski dalam keadaan dan situasi yang paling sukar. Hal itu membuat Moss sangat kagum dan menghormati sahabat Muslimnya itu.

Kenangan kedua yang menyentuh hati Moss adalah sahabatnya yang ia kenal di pergaulan anak jalanan di Washington DC  Sahabat yang menurut Moss selalu dirundung masalah. Suatu hari ia mendengar khabar sahabatnya itu meninggal dunia. Moss dan beberapa rakan datang ke rumah sahabatnya itu dan di bilik sahabatnya itu Moss melihat banyak buku-buku tentang Islam.

"Saya melihat ia mempunyai sesuatu. Dia berada di jalan untuk menuju ke satu arah yang besar. Ia tahu sesuatu yang saya tidak tahu. Dan saya ingin sekali tahu lebih banyak tentang jalan itu, "tutur Moss tentang sahabatnya.

 
Masuk Islam

Ditanya bila tepatnya ia rasmi menjadi seorang Muslim, Moss akan diam dan berusaha mengingat kembali masa-masa remajanya hingga ia menjadi seorang mahasiswa jurusan kewartawanan dan filem di Universiti Marquette, Wisconsin.

Ia mengaku tidak ingat betul tarikh berapa ia mengucapkan dua kalimah syahadah. Yang ia ingat, kejadiannya ketika ia masih kuliah dan ia belajar Islam dari banyak sumber. Waktu itu ia bekerja sebagai guru untuk anak-anak yang mengalami gangguan emosi dan menjadi pelawak. Perjalanannya hidup yang sebenarnya, kata Moss, ia alami setelah ia mengucapkan syadahat dan menjadi seorang Muslim.

"Selama masa kuliah, masuk Islam adalah sebuah pertempuran. Apakah saya akan mengikuti jalan ini atau saya tetap di jalan yang lama? Banyak sekali konflik dalam diri saya, "kata Moss.

Moss terus mempelajari Islam dan banyak bergaul dengan orang lain yang juga mempelajari Islam. Ia akhirnya mendapati bahawa ajaran-ajaran dalam Al-Quran dan tradisi-tradisi yang dilakukan Rasulullah Muhammad Saw adalah benar dan mutlak. Ia bertemu dengan pelbagai orang saat mempelajari Islam, orang yang sangat membantu samapai orang yang manipulatif.

"Ada kemudahan dalam apa yang saya alami sebagai seorang individu, tetapi juga ada pencerahan atas apa yang saya perlu lakukan untuk memupuk budaya dan iman dalam diri saya. Rasanya mustahil akan ada "Allah Made Me Funny" jika saya tidak tidak belajar bagaimana untuk memupuk budaya itu, "ujar Moss.

Ia menegaskan, konsep "budaya keimanan" yang menolaknya pada jalan Islam yang dipilihnya.  


"Saya menjumpai banyak orang, sebahagian dari mereka sangat luas pengetahuannya, yang akan boleh bicara tentang tradisi Quran dan soal jalan dan kehidupan para nabi, tetapi akhirnya hanya menemui jalan buntu kerana mereka tidak cukup pandai untuk mengembangkan kebudayaan," papar Moss.
"Mereka cuma pandai bercakap tentang kebudayaan ratusan tahun silam, tapi tidak boleh menirunya di era moden ini. Ada keseimbangan yang tidak wajar, dimana pengetahuan hanya menjadi satu-satunya nilai dalam hal ini. Yang saya dapati adalah, keadaan itu bertentangan dengan keseluruhan idea dari agama yang membantah, yang seharusnya memberi inspirasi kepada kita untuk berkembang, melahirkan dan membangunkan sebuah budaya di mana kita menjalankan keyakinan agama Islam kita dalam kehidupan saat ini, "jelas Moss.

Beliau memberi contoh, seorang Muslim mengkritiknya saat ia gig di Philadelphia. Muslim itu mengatakan bahawa dalam Islam komedi itu haram, bid'ah dan Rasulullah Muhammad Saw melarang lawak. Tapi setelah mengkritiknya, lelaki itu langsung pergi dengan keretanya. Dan Moss yang kehairanan cuma boleh bilang, "kamu cakap apa, komedi itu bid'ah? Kamu baru saja hilang dengan cara bid'ah. "

Muslim di Hollywood

Menjadi seorang Muslim merupakan perjuangan bagi Moss, apalagi buat dirinya yang sangat menggemari dunia komedi dan sudah menjadi sebahagian daripada industri hiburan. Moss berhenti mengajar, kerana Hollywood 'memanggilnya'. Moss memberikan sebahagian wang pencen gurunya pada ibunya dan sebahagian lagi ia gunakan untuk mengejar impiannya di dunia komedi.

Kerjayanya sebagai pelawak menanjak seiring dengan reputasinya menulis senario untuk sejumlah pelakon dan pelawak di Hollywood. Tapi menjadi seorang Muslim di Hollywood bukan perkara yang mudah. Moss mengalami saat-saat penuh tekanan kerana ia tidak boleh membuat lawak-lawak tentang perempuan atau topik-topilk yang akan dinilai sebagai anti-Muslim. Itulah sebabnya, Moss akhirnya memutuskan meninggalkan Hollywood dan memilih jalur solo kerjaya.

Ia lalu membentuk group lawak dengan Muslim yang lain, iaitu Azhar Usman dan Azeem, kemudian ditambah dengan kemasukan Mo Amer. Jadi kumpulan komedi "Allah Made Me Funny". Moss mengatakan bahawa ia ingin Muslim boleh mengekspresikan diri mereka.

"Setiap kali orang mendengar kami dan mereka Muslim, mereka akan mengatakan 'Dengar, orang-orang ini punya nilai-nilai," ujar Moss tentang harapannya pada Muslim yang lain.

Meski namanya sudah popular, seperti juga kumpulan komedi lain, "Allah Made Me Funny" masih kesulitan jika ingin gig di negeri-negeri Muslim seperti Arab Saudi atau Dubai. "Kami ingin menunjukkan naratif yang baru dan berbeza tentang apa itu Muslim. Dan hal itu berat buat negara-negara di mana agama Islam bermula, "ujar Moss.

Moss memahami hal itu. Ia memberi contoh pengalamannya sendiri, meski sudah lebih dari 20 tahun memeluk Islam, Moss mengaku masih terus dalam proses belajar. Ia tidak sungkan mengakui keimanannya di depan awam sebagai seorang Muslim, tanpa perlu melepas nilai-nilai dalam dirinya.

Moss mengakui bahawa ia belum menjadi seorang Muslim yang baik. Tapi ia berharap boleh bersara dari duna komedi dan akan memusatkan kehidupannya pada keluarga dan agamanya


"Saya ingin belajar bahasa Arab. Banyak sekali yang ingin saya baca. Tapi saya akan selalu membantah, dan protes saya sekarang ditujukan untuk kaum Muslimin agar punya rasa memiliki terhadap agamnya, "tegas Moss. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam 


Berita Terbaru Dari Pejabat Presiden PAS..

Posted: 05 Sep 2014 09:42 AM PDT


Addin

Berita Terbaru Dari Pejabat Presiden PAS..


PAS dilihat terus berteka-teki tentang isu calon menteri besar Selangor apabila Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengesahkan pencalonan yang dikemukakan.

Ketika ditanya pemberita, Abdul Hadi meminta pihak media supaya tidak serkap jarang mengenai sama ada nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenarai dalam nama tiga calon yang dikemukakan PAS kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya tidak mahu media serkap jarang dan terserah kepada Istana kerana PAS berpijak atas konsep Raja Berperlembagaan."Saya tak boleh sebut.

Setelah saya serah pada Sultan saya tidak lagi boleh sebut apa-apa kerana tidak mahu mendahului kenyataan Istana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Rusila di Marang hari ini.

Abdul Hadi turut enggan mengesahkan nama-nama yang dikatakan tiga calon yang dikemukakan PAS atau sama dua calon asal – Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali – kekal dalam senarai seperti yang diputuskan PAS pada mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu 17 Ogos lepas lapor bernama.





Iklan C (ii)







Hijab: Gadis Ini Dapat Kemanisan Iman? Mengapa?

Posted: 05 Sep 2014 08:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Hijab: Gadis Ini Dapat Kemanisan Iman? Mengapa?

Suryani Wahyu Lestari.  (goriau.com)


Suryani Wahyu Lestari. (goriau.com)


Pekanbaru.Id: Hidayah bagi hamba Allah boleh datang pada bila-bila saja dan melalui peristiwa yang tidak diduga-duga. Itulah yang terjadi pada diri Suryani Wahyu Lestari, gadis cantik yang kini tercatat sebagai mahasiswi di Jurusan Ilmu Komunikasi STISIP Persada Bunda Pekanbaru ini mendadak memutuskan menutup seluruh auratnya (memakai tudung), setelah dirawat beberapa hari di salah satu rumah sakit swasta di Pekanbaru.

"Saya membuat keputusan memakai tudung kira-kira dua minggu selepas keluar dari rumah sakit. Sebelumnya saya terus disokong abang kandung saya dan sahabat-sahabat saya menggunakan tudung, namun jujur ​​saja ketika itu hati saya belum tergerak ke sana (memakai tudung).  


"Saya waktu itu masih berfikir, kalau ibadahnya belum mantap, jangan dulu pakai tudung. Anehnya, dua minggu selepas keluar dari rumah sakit, Bulan Ramadan lalu, saya merasa tidak pantas lagi dan merasa malu memakai skirt pendek. Saya berfikir, bagaimana kalau sedetik lagi nyawa saya dicabut malaikat, sementara saya dalam keadaan tidak menutup aurat, " cerita gadis yang akrab dipanggil Ayi tersebut, Minggu (31/8/2014).

"Saya jadi malu, kerana ketika memakai skirt pendek, kemana pun saya pergi saya merasa laki-laki selalu memperhatikan bahagian badan saya yang tidak tertutup. Di tempat kerja, kerana perlu memakai skirt agak pendek saya juga merasa badan saya selalu jadi sasaran mata lelaki, sehingga saya merasa malu dan tidak selesa, "sambungnya.

Setelah memakai tudung, Suryani mengaku merasa hidupnya lebih selesa dan lebih penting sebagai perempuan. Ibadahnya juga lebih baik berbanding sebelumnya


"Rasanya ibadah saya juga lebih khusyuk. Mungkin tudung yang saya pakai sekarang belum termasuk kategori jilbab syar'i, tapi saya yakin Allah akan mengarahkan saya ke sana (hijab syar'i), "harapnya.

Ada beberapa akibat yang harus diterima Ayi berkaitan keputusannya menggunakan jilbab, salah satu di antaranya dia perlu  mengundurkan diri sebagai pekerja bank, kerana tidak boleh pakai tudung.


"Banyak orang mengatakan saya bodoh kerana mundur sebagai pegawai bank hanya gara-gara tudung. Biar saja orang bilang saya bodoh, kerana saya sangat yakin, keputusan yang saya ambil adalah yang terbaik bagi saya, "katanya dengan mantap.

Suryani tidak hanya harus mundur, namun juga membayar denda Rp10 juta (Kira-kira RM3,000) kepada bank bersangkutan, sebab mundur sebelum masa kontrak kerja berakhir


"Walaupun perlu berundur dan membayar denda, tapi saya tetap bersyukur pernah bekerja di bank tersebut, kerana di sana saya berkesempatan belajar dengan orang-orang hebat," ungkapnya.

Gadis yang lahir di Kota Pekanbaru tahun 1995 ini mengaku, ibunya termasuk orang yang kaget ketika dia menyatakan ingin memakai tudung


"Namun selepas saya menjelaskan alasannya, ibu saya akhirnya boleh memahaminya dan menyokong keputusan saya," jelasnya.

Ayi meneruskan, masalah lain yang dihadapinya ketika awal memutuskan berjilbab adalah pakaian yang dimilikinya sedikit sekali yang boleh digabungkan dengan tudung


"Kerana dulu saya sering shooting dan ikut modeling, jadi pakaian saya itu umumnya seksi," ujarnya.

Kini, setelah bertudung, dia juga harus menolak tawaran pekerjaan dari dunia entertain.  


"Padahal dulu, shooting itu termasuk hobi terbesar saya, tapi selepas berjilbab saya tak mahu lagi menggunakan pakaian pendek. Jadi saya juga harus kehilangan dunia keartisan, padahal dulu cita-cita besar saya tu menjadi artis, "ceritanya.

"Tapi saya tak menyesal. Selagi saya selalu berusaha berada di jalan Allah, saya yakin Allah selalu bersama saya. Innallaha ma'ashobirin, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar, "kata Ayi dengan mantap.

Dengan telah memutuskan menggunakan tudung, gadis manis ini berharap dia boleh terus memperbaiki dirinya sesuai tuntunan Agama Islam, sehingga nantinya benar-benar menjadi wanita shaleha.  


"Mudah-mudahan jadi bidadari syurga. Amin, "katanya.

Ayi berharap segera mendapat pekerjaan yang baik, yang tidak menghalangnya mematuhi ajaran agama yang diyakininya


"Mudah-mudahan saya boleh bekerja di bank syariah nantinya," harap Ayi.
"Dan yang lebih penting, mudah-mudahan dengan berjilbab, Allah akan memilihkan lelaki yang sangat soleh dan bertanggungjawab sebagai jodoh saya. Amin, "harapnya lagi.

Semoga Allah SWT mengijabah doa Suryani Wahyu Lestari. Amin


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Semoga dia mendapat 'kemanisan Iman' dalam beragama, Al-hamdulillah!
(IH/Dakwatuna)


Tuan Guru Haji Hadi Masih Berteka Teki

Posted: 05 Sep 2014 08:42 AM PDT


Addin

Tuan Guru Haji Hadi Masih Berteka Teki


PAS dilihat terus berteka-teki tentang isu calon menteri besar Selangor apabila Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengesahkan pencalonan yang dikemukakan.


Ketika ditanya pemberita, Abdul Hadi meminta pihak media supaya tidak serkap jarang mengenai sama ada nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenarai dalam nama tiga calon yang dikemukakan PAS kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya tidak mahu media serkap jarang dan terserah kepada Istana kerana PAS berpijak atas konsep Raja Berperlembagaan."Saya tak boleh sebut.

Setelah saya serah pada Sultan saya tidak lagi boleh sebut apa-apa kerana tidak mahu mendahului kenyataan Istana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Rusila di Marang hari ini.

Abdul Hadi turut enggan mengesahkan nama-nama yang dikatakan tiga calon yang dikemukakan PAS atau sama dua calon asal – Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali – kekal dalam senarai seperti yang diputuskan PAS pada mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu 17 Ogos lepas lapor bernama.





Blog Pro Pakatan Rakyat Diingatkan Supaya Berhati-hati Menulis..

Posted: 05 Sep 2014 06:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Blog Pro Pakatan Rakyat Diingatkan Supaya Berhati-hati Menulis..





















 Atas: Tuan Ibrahim 

Kanan: Ibnu Hasyim
KL: Blog-blog pro Pakatan Rakyat diingatkan  supaya berhati-hati menulis dan mengketengahkan  tulisan-tulisan yang saling menghormati antara satu sama lain dalam parti-parti PR. dan tidak  terlalu mencampuri urusan dalaman parti-parti berkenaan.

"Kita berhak menyokong, mengkritik dan membina demi kebebasan memberi pendapat, tetapi jangan sampai 'sokong membawa rebah', atau bagai 'tikus membaiki labu' yang boleh merosakkan pakatan yang sudah kita bina bertahun-tahun lamanya. " Demikian dinyatakan oleh editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

Hj Mohd mengatakan demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim, "Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.
"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

 Tuan Ibrahim mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut. Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.

"Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS. Malah kata beliau, terdapat kenyataan-kenyataan seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar PAS dalam membuat keputusan khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

Hj Mohd berkata,  "Di situlah peranan penting bloger-bloger dalam membina ketahanan dalam perpaduan Pakatan Rakyat, bukan menjadi 'batu api' atau gunting dalam lipatan. Walaupun kadang-kadang tetrjadi seperti dalam kisah burung Hud-hud di zaman Nabi Sulaiman, yang hampir dihukum.
"Kita perlu mengambil sikap seperti Tuan Ibrahim, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu," katanya. (IH)


3 Gambar wajah kekasih Abby Abadi yang baru?

Posted: 05 Sep 2014 06:33 AM PDT


Tengok TV Online

3 Gambar wajah kekasih Abby Abadi yang baru?


Abby Abadi menimbulkan gosip terbaru apabila dikatakan telah menemui pengganti. Menerusi satu gambar seorang lelaki yang dikongsikan oleh Abby di Instagramnya turut disertakan dengan ayat yang penuh dengan bunga-bunga cinta.

Melalui gambar yang tersebar, lelaki tersebut dikatakan seorang ustaz bernama Khairul Azli. Kawan baik Abby iaitu Azza Elite turut mengusik seakan sudah tahu akan perhubungan cinta yang sudah berputik antara mereka berdua.


Malahan melalui satu video, peminat media hiburan dapat menjangkakan hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin. Sekiranya ia berhasil, ini merupakan perkahwinan yang ketiga buat Abby Abadi.

Pada 9 Mei lalu, Abby diceraikan oleh bekas suaminya, Nor Farhan melalui khidmat pesanan ringkas dengan cerai talak satu. Sememangnya jodoh ditangan tuhan dan Abby beruntung dipertemukan dengan jejaka-jejaka yang tampan.



VIDEO


Berita Yang Menggembirakan Ahli Dan Penyokong PAS

Posted: 05 Sep 2014 04:33 AM PDT


Addin

Berita Yang Menggembirakan Ahli Dan Penyokong PAS


Ahli jawatakuasa pusat PAS Khalid Samad berkata dakwaan berhubung usaha untuk menjatuhkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah satu persepsi yang dibangkitkan oleh golongan digelar "ustaz muda" dalam parti.

MP Shah Alam itu berkata PAS tidak pernah menjalankan sebarang usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi.Katanya lagi, beliau juga sejak awal lagi tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan kini menyebelahi PKR dalam usaha menukar menteri besar itu.

Bagaimanapun, pendiriannya itu menyebabkan beliau diserang oleh kumpulan ulama dalam PAS kerana didakwa "mengkhianati Hadi".Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Khalid berkata apa yang berlaku dalam parti itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai isu tertentu tanpa mencabar kepimpinan Abdul Hadi.

"Setakat mana yang saya tahu, selama ini di dalam Muktamar PAS memang tidak ada sesiapun yang dicalonkan untuk menandingi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS.

Hadi tak puas hati"Setakat mana yang saya tahu, memang kebanyakan, kalau tidakpun, keseluruhan ahli PAS, memang pada dasarnya tidak ada masalah dengan Ustaz Hadi."Sekalipun beliau dilihat konservatif, hakikatnya dalam mesyuarat, beliau membenarkan setiap orang memberi pandangan. 

Beliau tidak pernah kata 'ini padangan saya, kamu mesti ikut'. Tiada," katanya. Beliau menjawab soalan berhubung sejauhmana serius usaha untuk menyingkir Abdul Hadi sebagai presiden dalam parti itu.

Mengakui MP Marang itu ada rasa "tidak puas hati" dengan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat dalam isu tertentu, namun Khalid berkata komitmen tokoh PAS itu dalam gabungan pembangkang itu tetap kukuh.

"Saya rasa (ia) tidak akan menimbulkan masalah, terhadap kepimpinan dalam pada Tok Guru Abdul Hadi. Hanya menjadi masalah, ada timbul persoalan (desas-desus) nak keluar Pakatan.

"Khabar angin ini sukar nak pisahkan antara betul dan direka. Saya rasa selagi mana komitmen (Hadi dalam) Pakatan Rakyat itu tetap mantap dan kukuh, (maka) tidak akan ada masalah," katanya, lapor Malaysiakini.






Iklan C (ii)







Wanita hamil berenang 2 jam menuju ke Hospital untuk lahirkan bayi

Posted: 05 Sep 2014 04:31 AM PDT


Tengok TV Online

Wanita hamil berenang 2 jam menuju ke Hospital untuk lahirkan bayi


Seorang wanita hamil terpaksa berenang dalam sungai dari kampungnya menuju ke sebuah hospital di Bangalore, India, di mana dia kemudian selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Malaysia Nanban melaporkan.

Yellavva Balappa Gaddige menetap di "kampung air" Neelakantarayanagadde, dimana kampung ini terputus hubungan dari dunia luar selepas air dilepaskan dari empangan Basava Sagara.

Menurut akhbar itu, dia berenang selama dua jam sebelum sampai ke hospital..

Bercakap kepada pemberita di Bangalore, sepupunya Jattappa berkata Yellavva terpaksa dibedah oleh doktor, sambil menambah bahawa bayi yang baru lahir itu sihat dengan berat 4kg.


Naib Presiden PAS Desak Pemimpin PR Jangan Masuk Campur Urusan Parti

Posted: 05 Sep 2014 02:21 AM PDT


Addin

Naib Presiden PAS Desak Pemimpin PR Jangan Masuk Campur Urusan Parti


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan semua parti Pakatan Rakyat (PR) agar tidak campuri urusan parti lain, termasuk parti Islam itu.Menurut Tuan Ibrahim, krisis menteri besar Selangor menyaksikan PR banyak mencampuri urusan dalaman PAS.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti lain dan jangan melampaui sempadan parti," kata Tuan Ibrahim seperti dilaporkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak setuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormatinya."Menurut Tuan Ibrahim, apabila DAP tidak bersetuju dengan niat PAS melaksanakan hudud, parti Islam itu menghormati perbezaan pendapat sesama parti PR.

"PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya kepada portal berkenaan.

Naib presiden PAS itu mengulas beberapa pimpinan PKR dan DAP yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat berkenaan dengan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Hari ini, Mohamad Sabu berkata PAS Pusat tetap dengan keputusan mesyuarat 17 Ogos mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.

Timbalan Presiden PAS itu berkata perkembangan terkini dilaporkan media mengatakan PAS tidak menamakan kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) PKR itu dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka berada di luar pengetahuannya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti.

"Laporan tentang kenyataan itu juga menyebut Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," kata Mohamad kepada The Malaysian Insider di Shah Alam, merujuk kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos yang ditandatangani kenyataannya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas mengenai perkembangan semasa dalam isu menteri besar Selangor, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

"Saya mengambil sikap kalau kita tidak tahu, tidak payah cerita kepada orang lain yang kita tidak tahu," katanya seperti dilapor Harakahdaily.




Pelajar Tahfiz 14 tahun dedah diliwat guru 3 kali di Asrama

Posted: 04 Sep 2014 10:27 PM PDT


Tengok TV Online

Pelajar Tahfiz 14 tahun dedah diliwat guru 3 kali di Asrama

IPOH – Harapkan pagar, pagar makan padi. Pelajar sepatutnya ke sekolah menuntut ilmu dengan bimbingan guru namun berlaku sebaliknya.

Guru yang diharap mencurah ilmu menjadikan pelajar tempat melampias nafsu.

Itu yang berlaku kepada seorang pelajar sebuah pusat tahfiz di Taiping mendakwa diIiwat seorang daripada guru dalam tiga kejadian berasingan pada Julai dan Ogos lalu.

Dalam tiga kejadian berasingan itu, seorang guru berusia 23 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan keji itu terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah bilik tidur dan asrama pusat tahfiz berkenaan pada jam 1.30 pagi, 6.30 pagi dan 3.30 petang.

Gambar Hiasan

Dalam kejadian pertama, Julai lalu, guru berkenaan dikatakan telah menahan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke surau, sebelum dibawa ke bilik tidurnya.

Sumber memberitahu Sinar Harian, guru berkenaan mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum melakukan aktiviti luar tabii sebelum menyerahkan RM80 sebagai wang sogokan agar merahsiakan hal itu.

"Kejadian kedua dan ketiga berlaku pada Ogos lalu dan mangsa cuba melawan, namun diugut pukul.

"Pelajar berkenaan membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan menerima laporan yang dibuat, 1 September lalu dan berdasarkan pemeriksaan awal doktor, tiada kecederaan akibat diIiwat dikesan pada mangsa.

"Buat masa ini, siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. -Sinar Harian


Kisah sayu pakcik tua meninggal dunia tanpa diziarahi anak! (Wajib Baca)

Posted: 04 Sep 2014 08:43 PM PDT


Tengok TV Online

Kisah sayu pakcik tua meninggal dunia tanpa diziarahi anak! (Wajib Baca)


Menangis lihat seorang pakcik tua sakit lama dan meninggal dunia di hospital tanpa diziarahi oleh anak-anaknya...

Semasa saya khidmat di sebuah wad menjaga sahabat saya yang sakit. Saya lihat ramai pendeta agama lain memberi khidmat kepada pesakit...

Ada seorang tua dekat 90 tahun dijaga, dibersihkan, diuruskan, dimandikan oleh sekumpulan pendeta itu..saya cuba dekat dengan pakcik tadi dan belajar buat apa yang pendeta itu buat. Saya suapkan pakcik tadi makan..dan saya berbual dengannya..saya belajar bantu mana-mana yang termampu.

Pakcik tinggal mana. Saya duduk di situ sudah 3 hari tapi tiada sesiapa menziarahi pakcik tu. Dia pun ceritakan mengenai anak-anaknya. Dia dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anaknya kerana risau ayahnya tidak dapat jagaan jika duduk kampung. Selalunya begitulah bisikan syaitan.Dengan pelbagai penyakitnya. Anaknya cuma datang ambilnya sekali sekala masa hari raya. Itupun lama kelamaan seorang pun tak ambilnya lagi.

Semenjak dia di hospital, kata nurse tiada siapa menziarahinya. Dia keseorangan dan dibiarkan. Dia selalu kata baik orang-orang agama ini selalu tolong pakcik. Anak pakcik orang Islam pun tak datang tengok pakcik dah..

Dia semakin uzur. Satu malam tengah saya tidur di katil kosong sebelah kawan saya. Saya tengok doktor dan ramai pembantu pergi ke pakcik tadi..Rupanya dia sudah meninggal dunia..

Rupanya masih banyak kisah begini. Anak-anak rasa terpaksa jaga ibu ayah. Sehingga terpaksa letak ibu ayah ke tempat penjagaan orang tua. Dan bila masuk hospital sampai hati tak ziarah sehingga meninggal dunia..wahai anak-anak semua termasuk diri saya di mana hati kita? Mereka tidak minta tua dan sakit. Dulu kita sakit mereka cium-cium kita. Kita muntah atau cirit birit mak ayah kita bersihkan. Mereka menangis kasihan pada kita. Mereka bersihkan najis dengan mata bergenang kerana sayang. Mereka pujuk kita. Hari ni bila nasb mereka begini. Anak takut dan geli dengan ibubapa. Biarkan orang lain jaga. Jika kita anak geli bagaimana orang lain..Mereka akan buat lebih kurang.. Kita khidmat sambil marah-marah. Kita buat muka dengan orang tua. Berbincang siapa nak jaga mereka depan mereka. Seperti mereka tiada perasaan. Mereka mak ayah kita. Saya lihat banyak mak ayah terpaksa lupakan perasaan mereka demi anak-anak masuk syurga. Sebab anak-anak hari ini ramai yang tidak pandai jaga perasaan orang tua mereka...tidak tahulah masa akan datang. Anak hari ini tengok cerita remaja barat yang menunjukkan anak-anak perlukan kebebasan..Ibubapa jadi bahan ketawa dan gurauan. Orang tua bodoh. Orang tua kuno...Ya Allah maafkanlah kami.

Ibubapa jaga anak-anak sehingga anak berjaya dan mereka bahagia melihatnya.
Tapi anak-anak jaga mak ayah hanya tunggu sehingga ibubapa meninggal dunia. Itulah nilai cinta kasih sayang ibu dan ayah.

Sayangilah ibu ayah. Seorang dukung ibunya semasa tawaf. Bertanya Abdullah Ibnu Umar. Adakah aku sudah membalas jasa ibuku dengan dukung ibu yang sudah tua ini. Jawab Abdullah Ibnu Umar ra kamu belum bayar walaupun satu urat ibu kamu yang putus semasa melahirkan kamu.

Tulisan: Ustaz Ebit Lew


Najib Mungkin Terpaku Dengan Berita Ini..

Posted: 04 Sep 2014 08:39 PM PDT


Addin

Najib Mungkin Terpaku Dengan Berita Ini..


Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara membatalkan keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.

Oleh kerana kepentingan kes itu, mahkamah telah menulis tiga penghakiman yang berasingan.

Hakim Datuk Mah Weng Kwai adalah yang pertama membaca penghakimannya. Dua lagi hakim yang bersidang bersama beliau dan yang juga akan membacakan keputusan mereka ialah Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Hakim Mohamad Ariff mengetuai panel hakim tersebut.

Hakim Mah memutuskan bahawa majistret (yang bersidang sebagai koroner) dan Mahkamah Tinggi di Shah Alam, telah menggunapakai ujian yang salah yang memerlukan keluarga Teoh membuktikan dakwaan mereka (mengenai punca kematiannya) melampaui keraguan yang munasabah.

Ujian yang betul untuk digunapakai dalam siasatan kematian atau inkues adalah imbangan ujian kebarangkalian.

Hakim Mah memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila dia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau memutuskan Teoh tidak sengaja jatuh dengan sendirinya dan dengan itu menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh.~mk





Iklan C (ii)







Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani