Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Didapati Bersalah Tampar Ika Nabella : Azma Aizal Yusoof Didenda RM 2,000

Didapati Bersalah Tampar Ika Nabella : Azma Aizal Yusoof Didenda RM 2,000


Didapati Bersalah Tampar Ika Nabella : Azma Aizal Yusoof Didenda RM 2,000

Posted: 18 Nov 2015 12:37 AM PST

Kes mengenai Ika Nabella yang telah dipukul sehingga bertubi-tubi oleh pengarah Azma Aizal Yusoof cukup mendapat perhatian ramai. Dikenali sebagai pengarah yang berkaliber, ada segelintir pihak yang seakan tidak mempercayai Azma boleh melakukan hal sedemikian hanya kerana Ika tidak dapat menjiwai wataknya dalam drama Dawai Asmara dengan baik.

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya. Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.

Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku. Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi.

Walaubagaimanapun setelah apa yang berlaku kepada dirinya sehingga menimbulkan kontroversi, Azma telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus menjadi pengarah kepada drama tersebut.

Malah, beliau sendiri telah berjumpa dengan penerbitnya Datuk Rosyam Nor untuk menyatakan hasrat beliau itu.

Selepas didenda oleh mahkamah, saya menyatakan hasrat untuk menarik diri kerana bertanggungjawab dengan kesalahan yang saya lakukan. Saya berjaya menjalankan tugas sebagai pengarah untuk tujuh episod dan selebihnya akan dilaksanakan oleh pengarah baharu yang dipilih oleh pihak produksi.

Segalanya sudah selesai sekarang dan Azma juga sudah menerima hukuman atas apa yang beliau lakukan terhadap Ika Nabella. Harapya kes sebegini harus menjadi pengajaran buat pengarah di luar sana untuk tidak sesuka hati memukul artis meskipun lakonan mereka tidak menepati kehendak anda.

Sumber Berita: Berita Harian

Alyah Tidak Kisah Dengan Usikan Nabil 

Posted: 17 Nov 2015 10:46 PM PST

Jika anda mengikuti rancangan Gegar Vaganza 2 tentu anda sedar bahawa pengacaranya Nabil Ahmad seringkali mengusik juri tetap program tersebut Dato Ramli MS. Antara usikan beliau adalah mengenai Alyah.

Menyedari akan perkara tersebut, Alyah yang mengakui gurauan Nabil itu kadang-kala agak melampau, beluau bagaimanapun tidak terasa dengan usikan mengenai mereka suami isteri dan cua memandang perkara tersebut dari sisi yang positif. Tambahan pula, ia sudah menjadi tugasan Nabil sebagai pengcara untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Saya tahu dia selalu mengusik kami. Walaupun kadang-kadang sedikit keterlaluan tetapi saya tetap ambil yang positif.

Saya tahu dia seorang yang gila-gila, jadi tak ada apa perlu diperbesarkan. Mungkin ada orang dia lebih cepat terasa, tapi saya cuma ambil yang positif.

Malah, Ramli MS juga tidak pernah membicarakan soal usik mengusik itu ketika pulang ke rumah.

Bagus betul Alyah, tidak cepat melatah ataupun terasa dengan guraun ataupun usikan yang kadang-kala melampau. Iyalah, kalau semua benda hendak dijadikan isu memang payah la.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Putri Mardiana Mengaku Bersalah Kerana Tidak Mahu Terus Dikritik

Posted: 17 Nov 2015 10:41 PM PST

Sering berdolak-dalih apabila ditanya tentang kes khalwat beliau, Putri Mardiana akhirnya mengaku bersalah atas dakwaan berkhalwat dengan kekasihnya Ejump semalam.

Jelas Putri Mardiana beliau mengakui kesalahannya itu kerana tidak mahu terus dikritik dan sekaligus menamatkan segala cerita yang tersebar di media sosial mengenai dirinya.

Antara sebab lain yang mendorong kepada pengakuannya itu ialah Putri Mardiana tidak mahu anaknya yang menanti keputusan ujian UPSR semalam merasa tertekan dengan kontroversi berkenaan.

Saya mengaku salah sebab nak tamatkan cerita yang tersebar di media sosial. Lagipun keputusan ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR anak saya keluar hari ini (semalam). Saya tak mahu dia tertekan.

Atas kesalahan tersebut, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam telah menjatuhkan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 terhadap Putri Mardiana.

Kekasihnya Ejump ataupun nama sebenarnya Shahrizam Abdullah turut didenda dengan jumlah yang sama.

Hakim Shaiful Azli turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara 7 hari jika gagal membayar denda berkenaan. Malah, hakim juga sempat menasihati agar pasangan tersebut insaf dan tidak terlibat dengan sebarang perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Sumber Berita: Harian Metro

Tolong Berhenti Kaitkan Nama Saya Dengan Zul – Ayda Jebat

Posted: 17 Nov 2015 07:45 PM PST

Sejak tercetusnya fenomena drama Rindu Awak 200% , nama Ayda Jebat seringkali dikaitkan dengan Zul Ariffin dari setiap aspek.

Boleh kata, apa sahaja kontroversi tentang Zul pasti Ayda juga akan terkena tempiasnya lebih-lebih lagi selepas Zul putus cinta bersama Gayatri dan kini sedang mengenali hati budi Zahirah MacWilson pula.

Ada juga pihak yang mendakwa Ayda sebenarnya kekasih kepada Zul dah tidak berpuas hati apabila aktor kacak itu memilih Zahirah pula.

Walaubagaimanapun, segala hal ini agak merimaskan Ayda dan sehingga kini beliau masih tidak faham mengapa orang sering kaitkan beliau dengan Zul serta berharap tiada lagi pihak yang berbuat demikian.

Apabila ada cerita yang keluar tentang Zul pasti nama saya juga disebut sama. Ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk saya.

Sebelum ini pun bapa Zahirah ada menyebut nama saya apabila ditanyakan tentang hubungan anaknya dengan Zul. Kalau boleh janganlah sebut nama saya lagi.

Kenapa saya perlu menjawab apabila timbul cerita yang tidak ada kaitan dengan saya. Isu Zul sekarang sedang panas diperkatakan. Lebih baik saya diam dan tidak masuk campur. Janganlah kaitkan nama saya dalam hal yang melibatkan Zul.

Meskipun foto-foto Ayda telah dipadam oleh Zul daripada akaun Instagram miliknya, aktres itu menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan Zul dalam mana-mana produksi selepas ini.

Saya tidak ada masalah untuk bekerjasama kembali. Kami pernah melakukannya secara profesional dalam dua drama sebelum ini. Cuma sekarang saya dan Zul sibuk dengan jadual penggambaran masing-masing. Kalau ada tawaran selepas ini dan masa sesuai, saya akan terima.

Nampak tak Ayda Jebat sendiri pun enggan namanya dikaitkan lagi dengan Zul Ariffin. Harapnya peminat beliau di luar sana dapat terima hakikat mereka bukan pasangan bercinta.

Sumber Berita: Mangga Online

( 2 FOTO) Datin Alyah Sambut Hari Lahir Dato Ramli MS

Posted: 17 Nov 2015 07:18 PM PST

Agak jarang kita lihat Datin Alyah memuat naik foto beliau bersama suami Dato Ramli MS di akaun Instagramnya.

Malah, kedua-duanya tidak pernah tampak mesra di khalayak ramai dan bersikap profesional dalam kerja mereka.

Namun, beberapa hari lepas Alyah ada berkongsi foto ketika sambutan hari jadi Ramli MS.

Ramai sebenarya peminat Alyah yang teruja kerana akhirnya penyanyi itu mula bersikap terbuka terhadap kehidupan rumah tangganya meskipun hanya memuat naik dua keping foto sahaja.

Kami harap Datin Alyah dan Dato Ramli MS akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Syok juga tengok Tok Ram kita mesra dengan isterinya kan? Hehe..

Bakal Bertunang Selama Setahun : Aliff Aziz Sudah Rancang Majlis Kahwin Di 3 Lokasi Berbeza

Posted: 17 Nov 2015 06:51 PM PST

Pernah digelar sebagai playboy dan mempunyai pelbagai macam kontroversi tetapi kini kehidupan Aliff Aziz sudah berubah. Malah beliau lebih mengenali erti tanggungjawab dan percintaan apabila bertemu dengan kekasih hatinya Bella Astillah.

Bakal bertunang kurang sebulan lagi, Aliff  akui beliau merasa teruja tetapi ada sedikit gementar menantikan majlis pertunangan beliau yang bertempat di Plaza Jelutong, Shah Alam, Selangor tanggal 12 Disember ini.

Saya sangat gembira dan teruja, tetapi dalam masa sama saya tetap berdebar. Sebab ini majlis pertama seumpamanya dalam hidup saya (ketawa). Insya-Allah, dalam perancangan kami ingin mengikat tali pertunangan untuk tempoh setahun.

Mengenai persiapan untuk majlis tersebut, Aliff berkata segalanya hampir siap sepenuhnya termasuklah dari segi lokasi, persiapan barang, pakaian dan yang berkaitan.  Penyanyi itu tidak mahu satu majlis yang begitu besar tetapi pada masa yang sama tetap meriah.

Mengikat tali pertunangan selama setahun, pasangan ini  sudah merancang untuk mengadakan tiga buah majlis resepsi perkahwinan mereka di lokasi yang berbeza.

Pertama, majlis pernikahan dan resepsi di Kuala Lumpur sebelum majlis kedua untuk meraikan keluarga dan sanak-saudara Bella yang tidak dapat hadir di Sandakan, Sabah. Kemudian, barulah majlis untuk keluarga Aliff pula diadakan di Singapura.

Semoga segala yang dirancang oleh Aliff Aziz dan Bella Astillah bagi majlis pertunangan mereka nanti berjalan dengan lancar. Itulah kata orang, manusia ini boleh berubah kalau mereka mahu bukan? Tidak semestinya bila dilabel sebagai playboy ia akan kekal selamanya.

Sumber Berita: Kosmo!

Ayda Jebat Tidak Terasa Hati Zul Ariffin Padam Fotonya Di Instagram

Posted: 17 Nov 2015 05:58 PM PST

Baru-baru ini, kecoh juga bila ada peminat Ayda Jebat mempersoalkan tindakan Zul Ariffin yang memadam foto Ayda Jebat tanpa sebarang alasan daripada akaun Instagram miliknya.

Pada peminat fanatik Ayda, Zul tida harus buat begitu kerana selama ini beliau dan Ayda tidak mempunyai sebarang masalah dan sering kelihatan mesra bersama. Malah, Zul juga menjadi popular disebabkan Ayda juga.

Ada yang mendakwa Zul melakukan hal tersebut kerana ingin menjaga hati kekasih baharunya Zahirah MacWilson.

Walaubagaimanapun, Ayda menjelaskan beliau sama sekali tidak terasa hati apabila fotonya dipadam dan ia adalah hak aktor tersebut.

Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu.

Sebenarnya Ayda tidak mahu melayan perkara remeh seperti ini, beliau pun okay sahaja yang menjadi perhatian dan viral apabila ada peminat yang tidak puas hati dengan Zul Ariffin.  Peminat tidak seharusnya terbawa-bawa dengan lakonan didalam drama dan ingin mereka bersama di alam realiti.

Sumber Berita: ROTIKAYA

Hidup Bebas Tanpa Kanser Dengan ClinN

Posted: 17 Nov 2015 05:47 PM PST

Ingat lagi tak pasal ClinN yang pernah Abang Nara ceritakan di sini 2 minggu lepas? Apa tak ingat? Ish, ish, ish. Tak apa. Meh sini Abang Nara imbaukan kembali memori anda tentang ClinN.

clinN

ClinN merupakan sebuah produk berasaskan daun belalai gajah milik syarikat Tenaga Jati Bumi Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat bumiputera 100%. Daun belalai gajah atau dalam bahasa Inggeris, Sabah Snake Grass diakui sebagai salah satu daripada 14 herba bernilai tinggi yang telah diluluskan setakat ini yang berpotensi merawat pelbagai penyakit termasuklah membasmi sel kanser.

clinN

Syarikat Tenaga Jati Bumi Sdn Bhd (TJB) yang bertanggungjawab menghasilkan ClinN mendapat sokongan penuh kerajaan serta turut diiktiraf sebagai syarikat berstatus BioNexus yang dianugerahkan oleh syarikat Malaysian Biotechnology Corporation di bawah Kementerian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI). Status BioNexus ini amat sukar diperolehi dan hanya diberikan kepada syarikat yang memberikan sumbangan dalam bidang sains & bioteknologi negara. Apa yang lebih meyakinkan Abang Nara tentang ClinN ini ialah segala kajian yang dilakukan adalah di bawah pengawasan Melaka Biotechnology Corporation yang dilantik sebagai Chief Scientific Officer syarikat TJB supaya segala kajian memenuhi syarat-syarat Biro Farmasi Negara.

clinN

Selain itu, TJB juga mempunyai ladang daun belalai gajah seluas 23 ekar di Rembau, Negeri Sembilan. Untuk memastikan ladang ini bersih, halal dan bebas daripada sebarang bahan kimia, TJB telah menghantar sample tanah untuk dikaji ph-levelnya sebelum penanaman dibuat. Malah daun belalai gajah di ladang ini ditanam secara organik mengikut standard Good Agriculture Practice (GAP) tanpa penggunaan racun serangga. Senang cerita, daun belalai gajah yang digunakan untuk membuat ClinN berada di dalam kondisi terbaik!!!

clinN

siap ada makmal sendiri tau. Bukan main-main nie

Kenapa TJB susah payah nak dapatkan semua ini? Leceh kot nak ada makmal, nak tanam daun belalai gajah secara organik, nak kena pantau dengan biro dan macam-macam lagi. Jawapannya ialah kerana kepercayaan penuh TJB terhadap produk mereka, ClinN untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah kanser. TJB juga percaya dengan konsep memberikan yang terbaik buat para pengguna mereka. Secara jujur, inilah kali pertama Abang Nara mendengar sebuah syarikat yang mengendalikan daun belalai gajah dengan begitu terperinci sekali. Abang Nara percaya satu hari nanti ClinN akan dikenali di seluruh dunia dan ketika itu nama syarikat TJB akan mengharumkan Malaysia. Tak sabar nak tunggu saat itu tiba.

clinN

Sekarang ini ClinN sedang dijual dengan harga promosi iaitu RM100 (harga sebelum RM160)untuk Minuman SSG (Sabah Snake Grass/Belalai Gajah) dan RM40 (harga sebelum RM60) untuk teh SSG.Banyak cara untuk dapatkan ClinN. Selain daripada menghubungi nombor stokis di atas, anda boleh juga terus membuat pembelian di Facebook ClinN – Sabah Snake Grass. Sebarang persoalan dan pertanyaan pun boleh diajukan di situ. Confirm akan ada orang jawab punya.

clinN

Abang Nara dah order beberapa botol ClinN untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga dan untuk dicuba sendiri. Nanti bila dah cuba minum, Abang Nara akan kongsikan kesannya dengan anda semua. Sama-sama kita nantikan. Selamat mencuba!!

Heroin Drama Hello Mr Perfect Nur Ruhainies Tidak Kisah Lakonannya Dikritik

Heroin Drama Hello Mr Perfect Nur Ruhainies Tidak Kisah Lakonannya Dikritik


Heroin Drama Hello Mr Perfect Nur Ruhainies Tidak Kisah Lakonannya Dikritik

Posted: 17 Nov 2015 09:58 AM PST

Drama Hello Mr Perfect yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 nampaknya tidak berjaya menarik perhatian penonton. Beberapa hari lepas, ada seorang penonton yang meluahkan drama tersebut tidak mempunyai jalan cerita yang menarik selain pemilihan pelakon yang agak tidak bersesuaian dengan watak.

Malah, ramai sebenarnya yang menantikan saat agar drama ini cepat tamat kerana mengakui ia langsung tidak mempunyai kualiti.

Lebih membuatkan penonton merasa bosan adalah lakonan heroinnya Nur Ruhainies yang langsung tidak dapat menjiwai watak Ain dan Alya dengan baik. Malah, beliau kelihatan agak "kayu" ketika berlakon.

Meskipun dikritik, Nur Ruhainies bagaimanapun enggan ambil pusing dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya dan mengambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi seorang aktres yang lebih baik di masa hadapan.

Sebelum drama dilancarkan lagi saya sudah bersedia dengan segala kritikan. Fattah juga pernah berpesan, setiap kritikan yang terima walaupun negatif haruslah ditukarkan menjadinya positif. Itu merupakan semangat untuk terus tingkatkan mutu lakonan seperti mana yang pernah dia lalui satu ketika dahulu.

Pada pendapat kami lah, seorang pelakon baharu yang memang tidak ada sebarang pengalaman dalam bidang seni tidak seharusnya diberi watak utama dalam sesebuah drama. Penonton sekarang lebih pintar dan tidak mahu ditipu dengan wajah cantik semata-mata sebagai heroin drama.

Pelakon baharu juga perlu bijak mengatur kerjaya mereka, jangan ingat mahu popular cepat anda  terus terima tawaran untuk berlakon kerana ia akan ditayangkan di slot Akasia yang sebelum ini mampu melonjakkan populariti seseorang artis ini.  Tidak semestinya begitu bukan? Jangan ambil jalan pintas..

Cara Dato’ Aliff Syukri & Isteri Didik Anak Jadi Viral Di Internet

Posted: 17 Nov 2015 09:25 AM PST

Meskipun kini beliau sudah bergelar jutawan dan terkenal, Dato' Aliff Syukri yang sinonim dengan trademark "terlajak laris" mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anaknya.

Bukan mudah untuk mencipta kejayaan seperti sekarang, Dato' Aliff Syukri nampaknya tidak mudah lupa diri akan kesusahan yang beliau pernah lalui dan bersikap tegas dengan anak-anak beliau.

Sedang kebanyakkan anak-anak kecil sekarang dimanjakan dengan gajet-gajet canggih, Dato' Aliff Syukri dan isterinya Datin Shahida cukup tegas menjalani tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Muncul dalam program Wanita Hari Ini di TV3 semalam, ramai yang terkejut dengan cara didikan mereka sehingga ia menjadi viral di Internet.

Berikut adalah 8 cara Dato' Aliff Syukri mendidik anak mereka:-

  • Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.
  • Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.
  • Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).
  • Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.

  • Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.
  • Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.
  • Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.
  • Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.
  • Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita. Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.
  • Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.

Memang hebat juga abang terlajak laris kita dalam mendidik amanah Allah SWT yang diberikan kepada mereka. Tidak semestinya jika bergelar jutawan kita harus memanjakan anak dengan kemewahan, kerana jika sudah biasa begitu di masa hadapan tentu mereka tidak akan menghargai erti kehidupan sebenar.

Sumber : Facebook Zah Efa

Fouziah Gous Dikritik Buka Akaun Instagram Untuk Anaknya Yang Belum Lahir

Posted: 17 Nov 2015 09:00 AM PST

Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan merasa teruja apabila menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka. Pelbagai persediaan akan dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi mereka nanti.

Beberapa hari lepas Fouziah Gous dan suaminya Zhaf Yusof telah mengadakan majlis doa selamat dan baby shower bagi meraikan cahaya mata mereka yang bakal melihat dunia sekitar bulan Disember ini.

Sedang asyik melayan foto-foto indah sewaktu majlis tersebut, sebuah akaun Instagram dengan nama zhafoujr telah menarik perhatian ramai.  Rupa-rupanya akaun tersebut direka khas oleh Fouziah untuk anaknya dan menggunakan gabungan nama   antara Fouziah  dan suami beliau Zhaf.

Walaubagaimanapun, tindakan Fouziah untuk membuka satu akaun media sosial buat bayi yang belum lahir mengundang kritikan daripada orang ramai.

Ada yang menyifatkan Fouziah teruja berlebihan dan terlalu awal untuk mewujudkan akaun tersebut kerana tidak tahu lagi akan ketentuan takdir.

Jarang ada artis yang buka akaun Instagram untuk anak mereka yang belum lahir, apa pula pendapat anda?

Fahrin Ahmad Tidak Pernah Paksa Isteri Untuk Berhenti Kerja

Posted: 17 Nov 2015 08:13 AM PST

Walaupun terpaksa berjauhan disaat pasangan lain yang baharu berkahwin masih lagi bermanja-manjaan dan menikmati kehidupan sebagai suami isteri, Fahrin Ahmad tidak pernah mendesak ataupun memaksa isterinya Elena Hani untuk berhenti kerja sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan di  Dubai.

Namun, ada segelintir pihak yang masih beranggapan sebegitu selepas Elena membuat keputusan untuk meninggalkan dunia pramugarinya pada hujung tahun ini demi memberikan fokus kepada rumah tangganya.

Bukan saya mendesak atau memaksa dia untuk berhenti. Perkara ini sebelum berkahwin lagi kami sudah bercerita dan berbincang. Ini adalah perancangan yang masing-masing sudah ada sejak sebelum kami mendirikan rumahtangga lagi. Namun sebelum ini tidak ada sebab untuk dia balik. Tapi sekarang dia pun dah lapan tahun di sana, jadi kami rasa ini waktu yang terbaik untuk dia pulang dan menetap di sini.

Lagipun, sebelum ini kami hanya berkesempatan berjumpa dua kali sebulan sahaja dan perkara itu tidak dinafikan membuat kami berdua berasa sunyi dan saling rindu apabila sering berjauhan. Jadi, saya rasa keputusan ini adalah yang terbaik untuk rumahtangga kami berdua.

Ada yang ingin tahu, apakah benar Elena berhenti kerja kerana sudah berbadan dua?  Jelas Fahrin, berita itu tidak benar sama sekali dan jika isterinya mengandung nanti beliau sendiri akan mengumumkan khabar gembira itu kepada pihak media.

Bertahun lamanya Fahrin Ahmad menunggu seorang wanita yang sesuai untuk jadi peneman hidupnya, akhirnya beliau kini sudah bahagia disamping isteri tercinta. Lepas ini, tidak perlu lagi la yee memendam rindu, Hehe.. Semoga kekal bahagia buat selamanya.

Sumber Berita: Tonton Extra

Senarai 30 Lagu Yang Bakal Bersaing Merebut Tempat Ke AJL30

Posted: 17 Nov 2015 04:28 AM PST

Pejam celik pejam celik Anugerah Juara Lagu buat kali ke 30 (AJL30) bakal menjelma tidak lama lagi. Dijangkakan malam pertandingan muzik penuh berprestij ini akan berlangsung sekitar Januari 2016. Sebelum malam kemuncak AJL30, seperti biasa akan ada beberapa peringkat separuh akhir. Daripada 30 lagu yang dicalonkan, hanya 12 buah lagu sahaja yang akan didendangkan pada malam AJL30.
ajl30

Separuh akhir pertama akan berlangsung pada 22 November membabitkan 11 buah lagu, diikuti 10 lagu pada 29 November dan sembilan lagu pada 6 Disember. Antara artis-artis yang bakal terlibat ialah Elizabeth Tan, Ayda Jebat, Faizal Tahir dan Amir Jahari. Walau bagaimanapun Yuna yang tercalon dengan lagu Lautan telah pun menarik diri.
vida

Bakal memeriahkan AJL30 ialah tak lain tak bukan kelibat Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hajah Hasmiza Othman atau mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida. Ini kerana produknya Pamoga Qu Puteh bakal menaja anugerah paling dinanti-nanti ini. Diharap tak akan berlaku kekecohan macam tahun lepas. Hehehe. Untuk melihat senarai lagu yang bakal bersaing, sila baca artikel ini sepenuhnya.


Separuh akhir pertama
* Biarkanlah – Drama Band
* Langit Tetap Biru – Aizat
* Untuk Cinta – Hafiz & Adira
* Knock Knock – Elizabeth Tan
* Sampai Mati – Hazama
* Hantu Atau Buaya – Nana Sheme
* Cinta Yang Sempurna – Qanda
* Bukan Hal Aku – Kaka Azraff & Aliff
* Di Pintumu – Firman
* Melepaskanmu – Sakura Band
* Terima Kasih Cinta – Tasha Mansahar menampilkan RJ

Separuh akhir kedua
* Hanya Namamu – Caliph Buskers
* Malam Ini Kita Punya – Bunkface
* Potret – Akim &The Majistret
* Not For Sale -Stacy
* Hey Kau – Sandra
* Syurga – Alyah
* Angin Kencang – Noh Salleh
* #Peristiwa – Sofazr, Asfan dan RJ
*Senyum – Aziz Harun
* Mana Mungkin – Black

Separuh akhir ketiga
* Di Koyak Waktu – Ronnie Hussein
* Selalu Ada – Amir Jahari
* Tak Pernah Menyerah – Dayang Nurfaizah
* Al Nura Yang 5 dan 6 – Mawi, Hazama menampilkan Dali Filsuf
* Assalamualaikum – Faizal Tahir
* Siapa Diriku – Ayda Jebat
* Kau Tercipta – Lah Ahmad
* Nyawaku – Azmil * Linangan Terakhir – Forteen

Mila Jirin, Christy Ng Dan Kehebatan Seorang Anak Malaysia

Posted: 17 Nov 2015 04:15 AM PST

Ketika melihat beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Mila Jirin, Abang Nara tertarik dengan kasut yang dipakai oleh penyanyi ini di hari bahagianya. Super duper cantik. Memang menyerlahkan lagi kejelitaan Mila di hari pernikahannya.

mila jirin

cantik kan?

Ok jom kita tengok dengna lebih dekat lagi kasut yang digunakan oleh Mila Jirin di hari penuh maknanya itu.

mila jirin

simple but elegant

mila jirin

memang sesuai kasut ini untuk hari pernikahan

Mula-mula Abang Nara ingatkan Mila Jirin beli kasut ini di overseas. Iyerlah. Kualiti nampak superb dan rekaannya memang sangat-sangat menarik. Namun selepas sedikit kajian dilakukan, rupa-rupanya kasut Mila Jirin di hari pernikahannya ini adalah rekaan rakyat Malaysia iaitu Christy Ng.

mila

inilah Christy Ng, pereka kasut yang digunakan oleh Mila Jirin

Christy Ng ini pernah dilabel sebagai “the next Jimmy Choo” oleh media-media tempatan kerana rekaan kasutnya yang unik, menarik dan berkualiti tinggi. Memulakan perniagaan kasutnya sejak Julai 2010, Christy Ng menyediakan pelbagai jenis kasut seperti (can i have a few kasut types). Senang cerita, kalau nak kasut jalan-jalan pun ada, kasut nak pergi majlis makan malam pun ada, kasut nak buat basahan pun ada, kasut perkahwinan pun ada dan macam-macam lagilah. Sebab itulah tagline laman web www.christyng.com ialah “Welcome to shoe heaven”. Memang syurga buat pencinta kasut.

mila jirin

laman web Christy Ng pun secantik kasut-kasut rekaannya

Apa yang membanggakan Abang Nara ialah pelanggan-pelanggan Christy Ng bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia, malah ada juga tempahan dari Amerika Syarikat, Australia, Canada dan Singapura. Semakin hari, jenama dan kasut Christy Ng terus mendapat perhatian seantero dunia. Tiada siapa menyangka Christy Ng akan menjadi sebesar ini, namun itulah hasil daripada usaha gigihnya selama ini.

christy

antara kasut custom made untuk pelanggan dari oversea

Apa yang membezakan Christy Ng dan penjual-penjual kasut yang lain ialah Christy dan pasukannya mengkaji, membuat rekaan dan menghasilkan kasut-kasut mereka di Malaysia sepenuhnya. Bukan sahaja kasut yang dicipta harus cantik, tetapi juga harus selesa dipakai. Malah Christy Ng juga mementingkan kualiti pada setiap kasut rekaannya. Harga yang dijual juga amat berpatutan. Memang mampu dimiliki oleh mereka yang berminat membelinya.

christy ng

tertarik, menarik kau memang dabom

Kalau tak silap Abang Nara, bukan sahaja Mila Jirin, malah beberapa selebriti dan orang kenamaan lain seperti Sherry Ibrahim, Daphne Iking, Azwaliza Azman, Delia Arnold dan ramai lagi turut sama pernah menggayakan kasut Christy Ng. Wife Abang Nara pun pernah juga membeli beberapa pasang kasut menerusi laman web www.christyng.com. Katanya memang kualiti setanding kasut international. Untuk makluman, wife Abang Nara ini bukan senang nak bagi puji-pujian. Kalau dah puji maknanya memang betullah tue.

christy ng

cantik kan? Sila terkesima

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkanlah kasut yang anda inginkan di www.christyng.com sekarang jugak. Selamat mencuba!!!

(17 GAMBAR)Siti Nordiana Yang Semakin Popular Kerana Gegar Vaganza 2

Posted: 17 Nov 2015 12:26 AM PST

Salah seorang penyanyi yang kembali meningkatkan popularitinya selepas memasuki Gegar Vaganza 2 ialah Siti Nordiana. Rupa-rupanya ramai peminat penyanyi yang pernah menjadi pujaan ramai satu ketika dahulu. Nama Siti Nordiana kembali menjadi siulan ramai selepas konsert keempat di mana lagu nyanyiannya “Memori Berkasih” bersama Lan Kristal menjadi viral. Semua habis teringat kenangan lama masa zaman sekolah dulu. Hehehe.

siti nordiana

Malah pada minggu lalu (minggu kelima), Siti Nordiana mendapat undian tertinggi daripada para juri selepas namanya diumumkan sebagai penyanyi pertama mendapat lagu untuk minggu seterusnya. Fuh!!! Memang hebat. Kelab peminat Siti Nordiana juga kelihatan amat aktif menyokong kerjaya seninya di laman sosial. Boleh dikatakan kerana Gegar Vaganza 2, nama Siti Nordiana kini kembali meniti di bibir orang ramai.

siti nordiana

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, kemungkinan besar Siti Nordiana mampu beraksi sehingga ke final Gegar Vaganza 2. Namun persaingan daripada para peserta lain juga amat sengit. Siti Nordiana harus meningkatkan usahanya dan tidak leka dengan populariti yang dikecapi kini. Semoga terus berjaya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Siti Nordiana.

siti nordiana
siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana
siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana
siti nordiana

siti nordiana

siti nordiana
siti nordiana
siti nordiana

Putri Mardiana & Pasangan Mengaku Bersalah Atas Tuduhan Khalwat

Posted: 16 Nov 2015 11:04 PM PST

Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu. Turut didenda ialah pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku salah atas tuduhan sama.
putri mardiana mengaku bersalah khalwatHakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda. Pasangan itu membayar denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.
putriSebelum ini, Putri Mardiana mendakwa dirinya telah diperangkap oleh isteri lelaki yang berkhalwat dengannya. Malah Putri Mardiana juga tidak menghadirkan diri ke mahkamah sehingga waran tangkap terpaksa dikeluarkan. Dengan pengakuan bersalah ini, semoga Putri Mardiana menginsafi perbuatannya dan tidak mengulangi lagi perkara ini. Sumber Berita Harian.

Rumah Tangga Ibu Bapa Zahirah MacWilson Sedang Menghadapi Masalah?

Posted: 16 Nov 2015 10:50 PM PST

Baru-baru ini, kecoh sebentar tentang kes dimana Zahirah MacWilson nyaris diculik dan cerita itu kemudian membawa ke satu lagi berita baharu dimana aktres tersebut akui sedang mengenali hati budi pelakon Zul Ariffin selepas aktor itu berpisah dengan kekasihnya Gayatri Su Lin Pillai.

Sedang Zahirah baru sahaja ingin mengenali apa itu erti cinta, lain pula kisahnya buat ibu bapa beliau dimana ada ura-ura mengatakan Zainol MacWilson dan isterinya sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Sejak beberapa hari lalu, ibu Zahirah ada memuat naik beberapa status yang seakan menggambarkan kekecewaan dan pengkhianatan.

Malah, beliau yang menggunakan nama  Maslinda MacWilson sebelum ini di akaun Instagram telah digantikan kepada Maslinda Yusoff selain menyatakan beliau kini seorang ibu tinggal pada bahagian bio di laman sosial tersebut.

Prev. name Maslinda Macwilson. My life My rules. Love being single mum of four. InsyALLAH, as time passes by I will be stronger and thats a PROMISE! Move on to the NEXT best thing.

Agak terkejut juga mendengar berita ini kerana sebelum ini keluarga Zainol MacWilson nampak bahagia sahaja. Apa-apa pun, kami harap mereka berdua dapat menyelesaikan segala masalah dengan sebaiknya. Cubalah untuk selamatkan rumah tangga anda.

 Sumber Berita: Murai

Zarina Anjoulie Sudah Berkahwin Dengan Kekasihnya?

Posted: 16 Nov 2015 08:08 PM PST

Sebut sahaja nama Zarina Anjoulie pasti ramai yang tahu beliau cukup terkenal dengan beberapa kontroversi liar bukan?  Baru sahaja didenda RM 5,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan positif dadah jenis Methamphetamine, Zarina nampaknya enggan lagi terus mengenangkan kisah hitam beliau dan sudah tinggalkan Malaysia.

Khabarnya,  Zarina kini telah sah bergelar isteri kepada kekasihnya yang sebelum ini didakwa sebagai kaki pukul isteri  dan kini menetap di Brunei.  Malah, perkara itu disahkan sendiri oleh Zarina menerusi satu muat naik beliau di akaun Instagram miliknya.

I pleaded guilty for my case back in KL due to circumstances n lost a lot of opportunities cuz I gave up too soon. but God gave me something better in return, a good husband who loves me n 2 beautiful kids n his family that accepted me the way I am. I lost something but I got something greater.

I believe it’s for the better, cuz to b honest if I was still in KL n still in d entertainment industry i will only destroy myself even more . this gods plan for me to b a better person n a better Muslim slowly but surely . thank u God for this beautiful gift. alhamdullilah

Zarina juga sering memuat naik foto beliau bersama suami serta anak-anak tirinya.

Dengan kehidupan baharu ini, harapnya Zarina Anjoulie dapat berubah menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan. Setiap manusia ada kisah silam mereka sendiri bukan? Tetapi janganlah terus menghancurkan diri anda sendiri.

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani