Powered by Blogger.

Sari Yanti Failkan Bantahan Awal Permohonan Nusyuz Suami

Sari Yanti Failkan Bantahan Awal Permohonan Nusyuz Suami


Sari Yanti Failkan Bantahan Awal Permohonan Nusyuz Suami

Posted: 30 Apr 2014 01:19 AM PDT

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Kisah Kaisara', Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, memfailkan bantahan awal berhubung permohonan nusyuz yang difailkan oleh suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussin, 34, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling sebentar tadi.

Alyah Bakal Dedah Status Hubungan Dengan Datuk Ramli MS

Posted: 29 Apr 2014 07:48 PM PDT

Teka-teki mengenai hubungan penyanyi Alyah dengan konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS bakal terjawab apabila pelantun lagu 'Kisah Hati' itu dikhabarkan akan membuat satu pengumuman sebelum hujung tahun ini.

Anuar Zain Usung Go Pro Keliling Dewan

Posted: 29 Apr 2014 10:58 AM PDT

Penyanyi popular, Anuar Zain pada Selasa membuatkan ramai peminat menjadi tidak keruan ketika muncul dalam persembahan istimewa sempena Minggu Setiausaha di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor.

Waris Tak Mahu Adat Negeri Sembilan Dilupakan

Posted: 29 Apr 2014 09:11 AM PDT

"Jangan ingat orang kampung duduk di bawah tempurung. Jangan anggap orang kampung tak tahu apa-apa," luah penyanyi rap Waris apabila dilabelkan sebagai 'orang kampung' oleh sesetangah pihak.

Protege Rossa Terkejut Dicium Peminat

Posted: 29 Apr 2014 09:00 AM PDT

Juara program realiti X Factor Indonesia musim pertama, Fatin Shidqia Lubis mengakui yang dia sedang mencuba untuk mengatasi perasaan gugup ketika membuat persembahan di pentas.

12 GUA : Liyana Fizi Ingin Jelajah Dunia

Posted: 29 Apr 2014 09:00 AM PDT

Bagi peminat muzik indie, nama Liyana Fizi bukan asing lagi. Mula menceburkan diri dalam bidang muzik sekitar 2006, Liyana pernah menjadi vokalis kumpulan Estrella.

Ana Dahlia Kesal Gambar Instagram Disebar

Posted: 29 Apr 2014 09:00 AM PDT

"Saya selalu berkongsi mengenai aktiviti dan rutin harian saya di Instagram untuk tatapan peminat. Bukan sahaja ketika di Bangkok, tempat lain juga saya kongsi, ketika saya menjalani penggambaran, beriadah dan sebagainya. Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh menjadi masalah besar."

"Silence Is Golden" -Johan As’ari

Posted: 29 Apr 2014 09:00 AM PDT

Selepas beberapa siri kontroversi yang melibatkan pelakon Johan As'ari bersama penyanyi Shila Amzah dan juga aktres Lana Nordin, cerita mengenai Johan jarang dipaparkan menerusi media. Nama Johan seakan sunyi seketika daripada cerita-cerita panas.

Teater Juta Juta Dominasi Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-11

Posted: 28 Apr 2014 09:00 AM PDT

Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 melakukan tirainya dengan penuh kemeriahan pada Ahad yang lalu. Diacarakan oleh pelawak Harith Iskander dan Edwin Sumun, anugerah tersebut berlangsung buat pertamanya pada skala besar di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Adam Masih Sayang Fiza

Posted: 27 Apr 2014 11:56 PM PDT

"Terus-terang saya cakap saya masih sayangkan dia. Memang berat hati untuk saya lafazkan cerai namun apakan daya, jodoh kami sudah tiada," ujar Adam sambil menafikan punca penceraian mereka disebabkan pihak ketiga.

“Saya akui berat hati jatuhkan talak” – Adam AF

“Saya akui berat hati jatuhkan talak” – Adam AF


“Saya akui berat hati jatuhkan talak” – Adam AF

Posted: 29 Apr 2014 07:37 AM PDT

Tanggal 28 April 2014 menyaksikan satu ikatan suami isteri yang dibina selama 7 bulan antara Fiza Halim dan Adam AF terlerai dengan lafaz talak satu di mahkamah. Berita itu, nyata[...]

NAFI SEBAB KECEWA - FARALYNA 'KAHWIN MUDA' DISEMBER INI

NAFI SEBAB KECEWA - FARALYNA 'KAHWIN MUDA' DISEMBER INI


NAFI SEBAB KECEWA - FARALYNA 'KAHWIN MUDA' DISEMBER INI

Posted: 29 Apr 2014 10:34 PM PDT



Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Demikianlah halnya dengan Faralyna Idris, 23, yang bakal berkahwin dalam usia muda Disember ini.

Meskipun hanya mengenali bakal suaminya kira-kira dua tahun yang lalu melalui seorang rakan, namun dia tidak teragak-agak menerima lamaran jejaka itu. Katanya, dia yakin dengan sikap tanggungjawab kekasih barunya itu selepas dikecewakan oleh Hairul Azreen.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MABUK DI AUSTRALIA - AKTRES KACUKAN MENJERIT DI TENGAH JALAN

Posted: 29 Apr 2014 07:29 PM PDT



Kami sendiripun tidak dapat bayangkan siapakah yang dimaksudkan oleh Era FM mengenai kes seorang pelakon wanita kacukan Inggeris yang didakwa mabuk teruk di Sydney, Australia.

Menurut mata yang memandang di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Gambar hiasan


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GELAGAT ANUAR ZAIN 'BERSELFIE' DENGAN PEMINAT

Posted: 29 Apr 2014 03:31 PM PDT



Memang sporting gila apabila Anuar Zain sendiri mengajak peminat-peminatnya untuk 'berselfie' menggunakan 'kamera Go Pro' ketika mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Lebih menarik, setiap kali Anuar turun ke bawah pentas, suasana menjadi gamat dengan jeritan peminat yang berlumba-lumba mendapatkan Anuar untuk bergambar bersama. Bahkan peminat juga saling mencemburui apabila Anuar meluangkan masa agak lama di sesuatu sudut sehingga keadaan menjadi agak tidak terkawal.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SAYA BUKAN BERDUA KE BANGKOK - ANA DAHLIA

Posted: 29 Apr 2014 05:28 PM PDT



Baru-baru ini, ramai yang telah menatap foto 'ala romantik' Ana Dahlia dengan seorang jejaka yang didakwa sebagai teman lelakinya. Apa yang heboh, mereka bercuti di Bangkok, Thailand sambil merasa kemeriahan perayaan Songkran di sana.

Artikel terdahulu:

Selanjutnya, usaha media untuk menghubungi Ana bagi mengesahkan cerita tentang percutiannya bersama teman lelakinya itu gagal. Hanya beberapa minggu selepas itu barulah dia dapat dihubungi.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Fiza Elite anggap tiada jodoh & redha kes cerai

Fiza Elite anggap tiada jodoh & redha kes cerai


Fiza Elite anggap tiada jodoh & redha kes cerai

Posted: 28 Apr 2014 08:40 PM PDT

Selepas telah disahkan bercerai dengan suaminya, Adam AF. Fiza menganggap ia tiada jodoh dan redha dengan ketentuan tuhan.

Perceraian telah dilafazkan secara baik tanpa sebarang tuntutan. (more…)

Adam AF dan Fiza Elite sah bercerai talak satu

Posted: 28 Apr 2014 07:36 PM PDT

Adam AF dan isterinya, Fiza Elite telah disahkan bercerai secara fasakh dengan talak satu di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

Berita ini disahkan laporan Sinar Harian kira-kira jam 1.05 petang tanpa kehadian pihak media massa.

Sebagai nota, pasangan ini disatukan pada 26 September tahun lalu. (more…)

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

Posted: 28 Apr 2014 06:00 PM PDT

Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Adakah hantu paling seram bagi mereka?

Jom kita lihat 10 hantu paling seram di serantau dunia.

Zombie

Zombie

Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.

Aswang

Aswang

Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.

Yurei

Yurei

Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil "Hitodama". Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia. 

Rugaru

Rugaru

Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya. Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.

Banshee

Banshee

Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.

Bloody Mary

Bloody Mary

Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.

Doppelganger

Doppelganger

Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.

Wendigo

Wendigo

Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.

Incubus

Incubus

Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.

Changeling

Changeling

Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali. Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza. Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup  dan akan membawa bencana kepada anda.

Obama Makan Nasi Goreng, Udang Galah Dan Ikan Patin Di Seri Perdana

Obama Makan Nasi Goreng, Udang Galah Dan Ikan Patin Di Seri Perdana


Obama Makan Nasi Goreng, Udang Galah Dan Ikan Patin Di Seri Perdana

Posted: 29 Apr 2014 12:35 AM PDT

Obama Layan Nasi Goreng, Udang Galah Dan Ikan Patin Di Seri Perdana   |  Pada belah tengahari tadi selepas mesyuarat bersama Perdana Menteri dan beberapa menteri kabinet, Presiden Obama dijamu dengan hidangan istimewa di Seri Perdana.

obama makan2 Obama Makan Nasi Goreng, Udang Galah Dan Ikan Patin Di Seri Perdana

Selain itu, beliau juga diberi peluang merasai buah-buahan tempatan seperti manggis, durian dan banyak lagi.

Mungkin kita tertanya-tanya, apalah agaknya juadah yang dihidangkan untuk pemimpin paling berpengaruh di dunia tu yea?

obama makan3 Obama Makan Nasi Goreng, Udang Galah Dan Ikan Patin Di Seri Perdana

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ada jawapannya.

Menerusi twitter beliau, Menteri Pertahanan itu mengatakan Obama dan rombongan dihidangkan Nasi Goreng, Udang Galah, Ikan Patin dan tak ketinggalan sambal belacan!

- sumber -

MH370: Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?

Posted: 29 Apr 2014 12:26 AM PDT

MH370: Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?  |  Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

laporan1 MH370: Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?
Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

“Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu,” katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.  – sumber -

Video : Enjin Pesawat Komersial Terbakar di Udara Pagi Tadi

Posted: 29 Apr 2014 12:17 AM PDT

Enjin Pesawat Komersial Terbakar di Udara Pagi Tadi  |  Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

 

 

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiba anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas.

"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya.


- sumber

Pelakon Wanita Mabuk Teruk Di Sydney!

Posted: 28 Apr 2014 09:59 PM PDT

Pelakon Wanita Mabuk Teruk Di Sydney! | Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Apa yang lebih memalukan aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!

Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Christina turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.

kelab Pelakon Wanita Mabuk Teruk Di Sydney!

Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat! Hmmm.-rotikaya

Nota: Gambar hiasan semata mata, tiada kena mengena. Tiada.

Tak Puas Tanpa Cinta – Johan As’ari

Posted: 28 Apr 2014 09:53 PM PDT

Tak Puas Tanpa Cinta – Johan As’ari | Johan As’ari merupakan salah seorang selebriti lelaki yang kurang bernasib baik dalam hal percintaan. Niat untuk berkahwin bagaikan sudah lama terdetik, namun sehingga kini belum juga dipertemukan dengan wanita yang sesuai.

Jika hujung tahun lepas, Johan pernah membuat pengumuman untuk mengahwini Lana Nodin, tetapi sayangnya rancangan mereka hanya tinggal harapan apabila hubungan tersebut difahamkan tidak mendapat restu keluarga.

Shila Amzah Bimbang Tak Puas Tanpa Cinta – Johan As'ari

Sejak dari itu, Johan yang sebelum ini galak bercerita soal cinta dilihat lebih banyak menyepikan diri selepas ada yang mendakwa dia cuba mencari publisiti menerusi cara sebegitu.Dia sebelum ini penah dikaitkan dengan Shila Amzah dan Lyana Nordin.

Silence is golden. Alhamdulillah, saya sedar diri dengan apa yang saya lakukan. Saya juga dah pohon kemaafan atas kesilapan sebelum ini.

Bagaimanapun, Johan yang ditemui pada malam Ahad lalu menyatakan dia tidak akan berhenti bercakap mengenai cinta kerana menganggap ianya sesuatu yang indah.

Oh tidak, bagi saya tanpa cinta, mungkin saya bukan seorang manusia yang baik. Itu bermaksud, cinta itu mematangkan saya. Setiap perkara yang berlaku, kalau tak ada cinta, tak ada rasa kasih dan sayang rasanya macam tak memuaskan. Saya lebih matang dalam menghargai cinta. Cinta itu luas.-ohbulan

Ada Izin Allah, Kami Mungkin Bersatu Semula Di Masa Depan:Adam

Posted: 28 Apr 2014 09:48 PM PDT

Ada Izin Allah, Kami Mungkin Bersatu Semula Di Masa Depan:Adam| Walaupun pasangan ini jelas tidak mahu kisah rumahtangga mereka menjadi tatapan umum, tapi Adam AF & Fiza Elite yang sah bercerai semalam tidak dapat lari dari persoalan yang muncul dari para peminat dunia hiburan yang ingin tahu.

Adam AF yang ditemui media selepas prosiding kes penceraian mereka selesai berkata beliau sebenarnya berat hati untuk melafazkan cerai namun reda dengan ketentuan Tuhan dan ianya jalan terakhir selepas mereka duduk berbincang.

“Saya akui berat hati ketika mahu menjatuhkan talak, namun reda kerana menganggap ia ketentuan dari Tuhan. Kami sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini, namun tiada jodoh lagi antara kami,” katanya.

Penyanyi ini juga berkata yang tiada persefahaman menjadi punca perpisahan mereka namun tidak menolak jika Tuhan menentukan yang mereka akan kembali bersama di masa hadapan.

“Kami masih ada masa lagi untuk perbaiki dan kalau ada izin Allah di masa depan kami mungkin bersatu semula,” tambahnya lagi.-rotikaya

Instagram Antara Punca Adam (AF2) & Fiza Bercerai

Posted: 28 Apr 2014 09:42 PM PDT

Instagram Antara Punca Adam (AF2) & Fiza Bercerai | Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2).

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.

"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," katanya.-mStar

Selfie Dan SMS Sehingga Masuk Longkang

Posted: 28 Apr 2014 10:57 AM PDT

Selfie Dan SMS Sehingga Masuk Longkang  |  Trend Selfie sudah menjadi satu demam buat anak anak muda, kini golongan meningkat usia juga tidak ketinggalan untuk berselfie. Hari ini dengan teknologi yang canggih, manusia tidak kira dimana sahaja untuk menyapa kawan kawan dengan menggunakan telefon bimbit, dan berkongsi gambar terkini mereka dengan kawan kawan di instagram, facebook mahupun twitter. Harapan penulis anda jangan jadi seperti gambar dikongsikan ini, disebabkan terlalu kusyuk Longkang adalah tempat terakhir mereka sebelum berselfie ataupun berSMS.

selfie sms Selfie Dan SMS Sehingga Masuk Longkang
selfie sms2 Selfie Dan SMS Sehingga Masuk Longkang

Tergelak besar penulis bila lihat aksi mereka nie. Dah dalam keadaan darurat baru nak lah meminta tolong dari orang sekeliling. Hahaha!

Aksi Comel Lisa Surihani Bila Berus Gigi Dengan Oral-B

Posted: 28 Apr 2014 10:42 AM PDT

Aksi Comel Lisa Surihani Bila Berus Gigi Dengan Oral-B  |  Rasanya tidak perlu penulis menceritakan siapakah Lisa Surihani. Hari ini penulis ingin kongsikan betapa comelnya aksi pelakon cantik manis, Lisa Surihani ketika mengajar cara sebenar memberus gigi dan penjagaan mulut dengan Oral-B. Tidak dinafikan bahawa pastinya ramai jejaka yang lebih tanpan dari suaminya Yusry teruja melihat aksi isterinya ini.


Aksi comel Lisa Surihani bila berus gigi Aksi Comel Lisa Surihani Bila Berus Gigi Dengan Oral B

Gambar : GeoResonance Dakwa Temui MH370

Posted: 28 Apr 2014 10:36 AM PDT

Gambar GeoResonance Dakwa Temui MH370   |  Sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat MH370 yang hilang.

MH370 Bangkai1  Gambar : GeoResonance Dakwa Temui MH370
GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide mula melakukan pencariannya sendiri pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi berdekatan Perth.

MH370 Bangkai2  Gambar : GeoResonance Dakwa Temui MH370

Pencarian itu meliputi 2,000,000 kilometer persegi zon kemungkinan berlakunya nahas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat, dengan pakar-pakar sains syarikat itu menumpukan usaha mereka di utara dari lokasi terakhir MH370 yang diketahui, menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu." kata David Pope, jurucakap syarikat tersebut.

Pope menambah bahawa GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac lalu, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang dan mereka tidak mencari apa yang dikesan mereka di tempat itu.

"Bangkai itu tidak ada sebelum kehilangan MH370. Kita bukan cuba untuk mengatakan bahawa ia adalah pasti MH370, bagaimanapun ia merupakan petunjuk yang harus kita ikuti," kata Pope.

Seorang lagi jurucakap GeoResonance, Pavel Kursa menambah, beberapa elemen yang terdapat dalam pesawat komersial itu dikesan di kawasan Teluk Bengal.

"Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang membentuk satu Boeing 777… ianya adalah aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain," kata Kursa dalam satu kenyataan yang dipetik berita Australia 7News .

- sumber -

illustrasiaku.com

illustrasiaku.com


SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KOLEJ MATRIKULASI 2011/2012

Posted: 28 Apr 2014 09:27 PM PDT

  Keputusan rayuan Program Matrikulasi Satu Tahun, Kementerian Pelajaran, tahun ini boleh disemak pada 4 jun 2011 bermula jam 12 tengah malam waktu malaysia.(maklumat dari kementerian pelajaran bahagian matrikulasi) semakan keputusan rayuan kemasukan kolej matrikulasi 2011/2012 boleh di semak di laman sesawang semakan rasmi rayuan matrikulasi sesi 2011 di bawah mulai jam 12 tengah malam

Gambar Mesra Diana Danielle & Farid Kamil Timbulkan Kontroversi

Gambar Mesra Diana Danielle & Farid Kamil Timbulkan Kontroversi


Gambar Mesra Diana Danielle & Farid Kamil Timbulkan Kontroversi

Posted: 28 Apr 2014 11:21 PM PDT

Ya kali ini kita masih bercakap mengenai media sosial. Kali ini, sekeping gambar yang dimuat naik oleh Diana Danielle telah menjadi bahan perbualan hangat di kalangan para peminat sekaligus menimbulkan kontroversi. Gambar tersebut yang menunjukkan kemesraan antara dirinya dan suami, Farid Kamil menyebabkan banyak pihak rasa kurang senang. Gambar di bawah dimuat naik dengan caption “Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p“. 

farid kamil dan diana danielle

Antara komen-komen yang diberikan oleh para pengikut akaun Instagram Diana Danielle ialah “kemesraan antara suami isteri tidak baik dipaparkan di khalayak ramai“, “walaupun dah halal, bukan untuk tontonan umum” dan komen-komen yang seumpama dengan itu. Namun ada juga yang menyokong Diana Danielle dengan melahirkan rasa “sweet” melihat kemesraan pasangan ini dan tak salah kerana mereka adalah suami isteri bukannya pakwe makwe.

farid kamil dan diana danielle

Diana Danielle bagaimanapun telah tampil memberi penjelasan dengan menjawab salah satu komen daripada seorang pengikutnya yang bernama Liza:-

Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them

farid kamil dan diana danielle

Abang Nara lihat gambar Diana Danielle dan Farid Kamil di atas agak romantis dan menunjukkan kebahagiaan mereka. Bab hukum tak tahulah apa sebab tak arif dalam hal ini. Yang pasti, Abang Nara gembira melihat mereka gembira di samping anak tercinta. Semoga kebahagiaan itu terus berkekalan buat selamanya.

Baca Yang Ini Pulak:-

Perbalahan Nur Fazura & Wartawan Di Twitter Tarik Perhatian Ramai

Posted: 28 Apr 2014 10:09 PM PDT

Terkejut juga Abang Nara apabila membaca per”gaduh”an antara pelakon jelita, Nur Fazura dengan seorang wartawan hiburan sebuah suratkhabar tempatan di Twitter hari ini. Semuanya gara-gara artikel wartawan tersebut yang menampakkan seolah-olah Fazura cuba lari daripada ditanya mengenai isu “bercium di KLIA‘ ketika temuramah sempena pelancaran wangian produk terbaharu Lux.

fazura dan wartawan

Menariknya wartawan tersebut tidak mengambil langkah berdiam diri sebaliknya turut memberikan respons terhadap kata-kata Fazura.

fazura dan wartawan

Namun Abang Nara respek dengan Fazura yang telah pun memaafkan perbuatan wartawan tersebut. Walaupun kebanyakan peminat Fazura memohon Fazura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan tersebut, namun Fazura lebih senang untuk menamatkan isu ini dengan memberi kemaafan. Memang terbaik!!!
fazura dan wartawan

Sesungguhnya artis dan wartawan memerlukan antara satu sama lain. Gaduh panjang-panjang pun tak guna. Artis perlukan publisiti dan wartawan perlukan cerita mereka. Kalau ikut peribahasa, bak aur dengan tebing. Semoga ada pengajaran yang diambil daripada kontroversi ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Instagram Antara Punca Penceraian Fiza & Adam

Posted: 28 Apr 2014 09:51 PM PDT

Laman sosial sekiranya tidak dikawal dengan rapi sememangnya boleh menjadi punca pergaduhan antara suami isteri. Itu yang Abang Nara jarang update status di Facebook, Twitter atau berkongsi gambar di Instagram. Kalau kongsi gambar pun, sekadar gambar anak sahaja. Kalau tak kena cara dan terpengaruh dengan komen para pengikut di akaun sosial, memang boleh berperang laki bini. Agaknya itulah yang terjadi sehingga berlaku penceraian antara Fiza dan Adam.

fiza dan adam

Oleh kerana Fiza dan Adam tidak memuat naik gambar mereka berdua di akaun Instagram masing-masing, para pengikut mereka di situ mula mempersoalkan mengenai kebahagiaan rumah tangga mereka. Akibatnya, Fiza dan Adam bergaduh kerana perkara tersebut. Kata Fiza kepada Mstar Online:-

Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan. Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah. Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami

Walaupun ada desas-desus kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka, Fiza menafikan perkara tersebut. Tambah Fiza lagi:-

Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN. Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera

fiza dan adam

Sesungguhnya perbincangan dari hati ke hati harus dilakukan sekiranya berlaku pergaduhan antara suami isteri. Elakkan meluah perasaan di akaun media sosial. Buat apa berkahwin kalau tak boleh bincang masalah. Bila kita luahkan di akaun media sosial, para pengikut “bakar line” dan buat kita ragu-ragu dengan pasangan masing-masing. Media sosial boleh digunakan, namun haruslah berpada-pada. Jangan sampai dalam “real life” tiada komunikasi. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: VW Jetta CKD dilancarkan pada harga RM130,888

Baca Yang Ini Pulak:-

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani