Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Fattah Amin Luah Rasa Syukur Sherry Ibrahim Sudah Berhijab

Fattah Amin Luah Rasa Syukur Sherry Ibrahim Sudah Berhijab


Fattah Amin Luah Rasa Syukur Sherry Ibrahim Sudah Berhijab

Posted: 03 Apr 2016 11:18 PM PDT

Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel tentang penghijrahan Sherry Ibrahim yang kini sudah berhijab sepenuhnya. Perubahan Sherry itu bukan sahaja mendapat sokongan daripada ibu bapanya serta peminat tetapi kekasihnya juga Fattah Amin.

Jelas Fattah, beliau merasa cukup gembira dan bersyukur atas perubahan Sherry dan sentiasa akan menyokong beliau daripada belakang. Untuk pengetahuan anda, Fattah juga sering meluahkan hasrat agar kekasihnya itu menutup aurat.

Satu sahaja komen saya ialah Alhamdulillah, akhirnya dia tunaikan hasrat yang selama ini dipendam. Saya akui menjadi antara insan yang sentiasa menasihatkan dia untuk berubah ke arah itu dan semalam (Ahad) dia benar-benar melaksanakannya.

Sebagai teman istimewa, sudah tentu Fattah mengidamkan seorang wanita yang menjaga maruah dan menutup aurat.

Bukan saya sahaja, tapi lelaki-lelaki lain juga mahu seorang perempuan yang baik dan menutup aurat.

Cuma saya faham perkara itu tidak boleh dipaksa-paksa dan Alhamdulillah pintu hatinya terbuka untuk itu.

Bagus dapat teman lelaki yang menyokong kekasihnya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kami doakan agar jodoh Fattah Amin dan Sherry Ibrahim berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Hehe..

Sumber Berita : mStar Online

Lelaki Muda Ini Susah, Silap Haribulan Kita Pula Kena Jaga Dia – Izreen Azminda

Posted: 03 Apr 2016 10:50 PM PDT

Sejak bercerai, Izreen Azminda sering dikaitkan bercinta dengan beberapa pelakon lelaki yang agak muda terbaru bersama aktor Redza Rosli.

Namun, Izreen nampaknya sudah mula merasa rimas dan tidak selesa apabila terpalit dengan gosip sebegitu.

Orang tanya saya tak rimaskah berkawan dengan lelaki muda. Yang saya boleh katakan, orang yang tak tahu cerita, yang dengar daripada mana-mana pihak dan menuduh saya macam-macam, mereka adalah orang yang tidak tahu apa-apa pun mengenai saya .

Tambah Izreen, jika beliau sudah bersedia untuk bercinta ataupun berkahwin nanti, beliau tidak mahu memilih lelaki muda kerana menganggap mereka tidak mempunyai pengalaman.

Kalau saya nak kahwin lagi selepas ini, secara rasional dan logiknya, saya akan pilih orang yang boleh jaga saya, kukuh dari segi ekonomi, seorang yang stabil dan matang, orang yang boleh sayang saya dan boleh membuatkan saya rasa selamat dengannya. Kalau lelaki muda ini, susah. Silap haribulan, kita pula yang kena jaga dia.

Jodoh ini kita tidak boleh tahu, kadang-kadang lelaki muda ada yang matang juga dan lebih serius dalam perhubungan. Age is just a number.

Sumber Berita : Utusan Online

Awal Ashaari Nafi Bangga Lara Alana Tercalon ABPBH 29

Posted: 03 Apr 2016 10:27 PM PDT

Mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di Instagram, anak kepada Awal Ashaari iaitu Lara Alana telah tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular ABPBH 29.

Namun Awal nyata terkejut dengan mendengar berita tersebut kerana beliau sebenarnya tidak pernah mempromosikan anaknya itu.

Sebelum ini Lara pernah tercalon dalam kategori online untuk Anugerah Influence Asia 2015, tetapi saya tidak pernah mempromosikan untuknya apatah lagi meminta peminat mengundi. Ini kerana saya tak tergamak nak berbuat demikian. Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon.

Awal juga memberitahu beliau merasa bersalah apabila Instagram Lara semakin mendapat perhatian ramai. Ini kerana tujuan asal beliau membuka akaun laman sosial berkenaan adalah untuk suka-suka sahaja dan tiada sebab untuk Awal merasa bangga dengan pencalonan tersebut.

Lara bukannya selebriti, sebaliknya hanya anak kepada selebriti. Jadi tidak sesuai kalau nak menggelarnya begitu.

Apabila perkara ini sudah sampai ke tahap dia dicalonkan di acara anugerah, timbul rasa bersalah dan takut pula. Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu. Ramai ingat apa yang ditulis itu daripada Lara sehingga berlakunya pergaduhan sesama mereka di ruangan komen.

Lara dikenali kerana saya mewujudkan akaun laman sosial untuknya. Jadi tidak ada sebab untuk saya bangga atau mendabik dada. Lara masih sama seperti kanak-kanak lain.

Secara automatik, bila seseorang itu popular di media sosial pasti mereka akan jadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi Lara yang merupakan anak kepada pasangan selebriti.

Sumber Berita : Harian Metro

(16 FOTO) Sekitar Majlis Baby Shower Dan Doa Selamat Linda Rafar

Posted: 03 Apr 2016 09:28 PM PDT

Rumah tangga Linda Rafar dan Syed Aiman pernah dilanda badai, namun kerana rasa kasih dan sayang yang masih kuat didalam diri masing-masing, mereka akhirnya kembali berdamai.

Bakal menyambut kelahiran anak mereka yang ketiga tidak lama lagi, Linda telah mengadakan satu majlis baby shower serta doa selamat.

Menariknya, mungkin sahaja bunyi baby shower tetapi ia lebih kepada majlis untuk memohon keberkatan dari Allah SWT untuk dipermudahkan saat kelahiran bayi mereka nanti.  Kesemua tetamu wanita tampak cukup manis bertelekung.

Berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis baby showe dan doa selamat Linda Rafar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit foto : Asy Studioz

(3 FOTO) Putri Sara Sefhia Anak Perempuan Elly Mazlein

Posted: 03 Apr 2016 08:38 PM PDT

Selamat bersalin pada 9 Mac lepas,  Elly Mazlein akhirnya telah mendedahkan foto anak perempuannya yang diberikan nama Putri Sara Sehia kepada umum.

Elly sejak beberapa hari lepas memuat naik beberapa foto Putri Sara Sefhia di akaun Instagram miliknya.

Ramai yang memuji kecomelan anak perempuannya itu selain mendoakan agar beliau menjadi anak yang solehah.

Semoga Elly Mazlein lebih bahagia dengan anaknya. InshaAllah..

Jom kita layan beberapa lagi foto Putri Sara Sefhia dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Fasha Sandha Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya

Posted: 03 Apr 2016 07:49 PM PDT

Sudah bahagia dengan kehidupan beliau sekarang, Fasha Sandha juga memberitahu beliau sudah mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak-anaknya. Bekas, suaminya Jejai masih boleh melawat Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma pada bila-bila masa sahaja.

Namun, buat masa ini Jejai belum mendapat keizinan untuk membawa anak-anaknya bermalam bersamanya.

Sudah menegaskan tidak mahu merujuk semula bersama Jejai, Fasha akui mereka masih berhubungan melalui telefon tetapi beliau menganggap ia tidak lebih daripada urusan berkaitan anak-anak.

Kami berpisah bukan kerana kehendak masing-masing tetapi kerana keadaan. Jadi selepas berpisah, hidup saya kini lebih tenang.

Dia juga ada telefon tapi saya anggap itu lebih kepada atas urusan untuk anak-anak. Jadi bila dia beri ucapan hari lahir kepada saya, saya tak anggap apa-apa cuma mungkin sebagai penghargaan kepada saya sebagai ibu kepada anak-anaknya.

Selepas berpisah, pintu rezeki Fasha dan anak-anak terbuka lebih luas. Fasha kini sangat sibuk dengan pelbagai tawaran yang diberikan kepada beliau.

Itulah yang dikatakan rezeki anak-anak, mungkin apa yang berlaku antara Fasha dan Jejai ada hikmahnya buat mereka.

Sumber Berita : Media Hiburan

 

Ada Cita-Cita Nak Jadi Usahawan Berjaya? Ini Program Yang Wajib Anda Tonton

Posted: 03 Apr 2016 07:45 PM PDT

Selaku seorang rakyat Malaysia, Abang Nara mengkagumi kejayaan dan kehebatan usahawan-usahawan (atau dalam bahasa omputihnya, entrepreneur) tempatan. Antara yang cukup popular ialah Datuk Seri Vida dengan Qu Putehnya, Rita Dato' Sosilawati yang meneruskan kesinambungan perniagaan arwah ibunya serta jenama Zawara yang amat popular dengan kualiti fesyen muslimah mereka. Banyak lagi nama yang Abang Nara tak sebut, tapi rasanya pembaca BeautifulNara pasti pernah membaca kisah kejayaan mereka yang sering viral di media sosial.

entrepreneur

kaya raya sampai boleh sponsor team bola Kelantan

Perniagaan usahawan-usahawan hebat ini sekarang bernilai ratusan juta ringgit setahun. Namun sebelum sampai ke tahap ini, Abang Nara percaya telah banyak pengalaman, cabaran, ujian, rintangan dan halangan yang mereka tempuhi. Kalaulah diberi peluang, Abang Nara teringin berjumpa dengan salah seorang daripada mereka dan korek sebanyak mana ilmu dan rahsia. Lagi best kalau dapat jadikan mereka mentor. Secara jujur, Abang Nara jeles dengan 10 peserta program The Entreprenur yang bakal disiarkan di TV3 kerana mendapat peluang bermentorkan usahawan-usahawan yang telah mencipta nama di Malaysia.

mentor entrepreneur

10 peserta bertuah ini telah dipilih menerusi program TUBE 2.0 (Tunas Usahawan Belia Bumiputera) yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia. Meh kita lihat sikit wajah-wajah mereka yang bertuah dapat bergurukan dengan syarikat-syarikat mentor yang pasti akan membimbing mereka ke arah kejayaan.

entrepreneur

setahun dua lagi confirm masing-masing boleh jadi mentor untuk orang lain pulak

Bukan calang-calang syarikat mentor yang bakal membimbing 10 peserta program The Entrepreneur ini! Antaranya ialah Zawara selaku pakar industri fesyen, syarikat Lazada sebagai pakar bidang teknologi dan maklumat , INTEKMA untuk industri perkhidmatan dan hotel, EZDIET untuk industri makanan dan minuman dan Malaysia Automotive Institute (MAI) selaku pakar dalam bidang automotif.

entrepreneur

Tengok nama-nama mentor pun Abang Nara dah excited dah. Masing-masing memang pakar dalam bidang masing-masing. Apa yang Abang Nara suka tentang program The Entrepreneur ini ialah kepelbagaian bidang yang ada di dalamnya. Tak adalah kosmetik atau fesyen semata-mata. Yang jarang kita dengar pun ada jugak. Abang Nara yakin banyak yang akan boleh diri ini pelajari apabila menonton The Entrepreneur. Tambah-tambah lagi juri program ini pun boleh tahan hebatnya iaitu Rita Dato' Sosilawati dan Nazril Idrus.

entrepreneur

Rita Dato' Sosilawati tak perlulah diperkenalkan lagi. Produk syarikat Nouvelle Beauty miliknya memang popular seantero Malaysia. Yang Nazril Idrus pula merupakan suami kepada Sazzy Falak dan merupakan pengasas LVG Consultants, firma kewangan yang telah memenangi pelbagai anugerah. Abang Nara berani jamin keputusan yang bakal dilakukan oleh para juri adalah telus, bijak dan berdasarkan pengalaman mereka. Tak sabar nak dengar komentar mereka selepas setiap usahawan melakukan tugasan mingguan. Dan Abang Nara juga tak sabar nak menang hadiah sebab ada kuiz mingguan yang teramatlah mudah.

entrepreneur

The Entrepreneur bersiaran di TV3 pada setiap hari Selasa, jam 5.30 petang. Kalau korang ada pasang cita-cita nak jadi usahawan, sila tonton program ini. Jangan lupa untuk layari www.tv3.com.my/theentrepreneur untuk menyertai kuiz, sambil layan video-video eksklusif dan macam-macam lagi.

Suami Adira Jawab Tuduhan Bercium Di Khalayak Ramai

Posted: 03 Apr 2016 07:16 PM PDT

Sekitar minggu lepas, sebuah laporan di akhbar mendakwa ada pihak yang kurang senang dengan aksi mesra Adira dan suaminya Dato Red yang terlalu gedik menampilkan kemesraan mereka dalam sebuah majlis perkahwinan.

Menurut sumber tersebut, Adira dan suaminya saling berbalas ciuman di khalayak ramai.

Tidak cepat melatah dengan gosip berkenaan, Dato Red menerusi portal BH PLUS telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Jelas Dato Red, beliau hanya memberikan kucupan di dahi Adira sebelum isterinya membuat persembahan dan tidak menyangka aksi mereka itu diperhatikan. Buat Dato Red tidak salah untuk mereka mesra sebegitu kerana hubungan mereka sudah halal.

Bercium ada pelbagai jenis dan tidak semestinya pada mulut saja. Apa yang berlaku adalah kami berada di belakang pentas di mana isteri saya mencium tangan sebelum membuat persembahan. Saya beri kucupan di dahi tanda restu.

Tidak sangka ada yang memerhati dan menambah rasa kepada cerita itu sehingga menjadi sensasi. Lagipun kami sudah sah sebagai suami isteri dan halal untuk bersentuhan, namun kami masih lagi tahu batas untuk tidak keterlaluan depan orang ramai.

Dato Red pada masa yang sama berharap masyarakat hentikan segala kecaman terhadap beliau dan Adira serta mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita : BH PLUS

Fasha Sandha Tidak Mahu Rujuk Semula Dengan Jejai

Posted: 03 Apr 2016 06:58 PM PDT

Apabila Jejai memuat naik ucapan dan meraikan hari lahir Fasha Sandha baru-baru ini, ruang komen di akaun Instagram mereka dipenuhi dengan ucapan serta harapan daripada peminat yang menginginkan mereka untuk bersatu semula sebagai suami isteri.

Walaubagaimanapun, Fasha akui beliau bahagia dengan keadaan sekarang dan menerima Jejai hanya sebagai bapa kepada dua anak mereka iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Fasha sejujurnya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk merujuk semula bersama Jejai dan kembali kepada keluarga lelaki itu. Namun, Fasha tetap mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus mendoakan kebahagiaan beliau.

Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan saya dan berharap agar kami berbaik. Ramai juga yang bertanyakan tentang perkara ini kepada saya selepas Rizal memuat naik gambar saya sempena ucapan hari lahir buat saya.

Sejujurnya, setakat ini saya hanya terima Rizal sebagai ayah kandung kepada kedua-dua anak saya. Saya tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarganya.

Mungkin ini yang terbaik buat Fasha dan Jejai, cinta itu tidak semestinya bersatu. Apa yang penting mereka berdua masih berbaik demi anak-anak tercinta.

Sumber Berita : Utusan Online

(TAHNIAH) Sherry Ibrahim Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Posted: 03 Apr 2016 06:34 PM PDT

Bersempena ulangtahun kelahiran Sherry Ibrahim yang ke 33 semalam, pelakon Sherry Ibrahim telah membuat satu keputusan yang cukup bermakna dalam hidupnya apabila kini sudah berhijab sepenuhnya.

Jelas Sherry ia adalah hadiah buat kedua ibu dan bapanya dan keputusan itu sebenarnya dibuat dalam waktu yang agak singkat.

Keputusan yang saya buat ini (berhijab) begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah.

Sebelum ini saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung. Saya mahu menggembirakan mereka.

Saya berasa sayu apabila tidak menyumbang sesuatu kepada mereka. Bayangkan, ibu hampir tidak mengenali saya ketika kami berjumpa dengan imej baharu ini. Saya dapat lihat perasaan gembira pada wajah mereka.

Sherry selepas ini masih akan meneruskan kerjayanya seperti biasa, cuma beliau akan lebih selektif kerana ingin membawakan watak yang sesuai dengan imej terbarunya.

Alhamdullillah, terbuka lagi pintu hati seseorang artis wanita Malaysia untuk bertudung, lebih manis bukan Sherry Ibrahim bila berhijab? Harapnya perubahan ini akan kekal dan teruskan mendoakan yang terbaik buat Sherry.

Sumber Berita : BH ONLINE

24 GAMBAR - SEKITAR BIRTHDAY PARTY MAWAR RASHID YANG KE-21

24 GAMBAR - SEKITAR BIRTHDAY PARTY MAWAR RASHID YANG KE-21


24 GAMBAR - SEKITAR BIRTHDAY PARTY MAWAR RASHID YANG KE-21

Posted: 03 Apr 2016 08:22 PM PDT



Pelakon 'Tundukkan Playboy Itu', Mawar Rashid telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-21 semalam. Majlis sambutan hari lahir Mawar telah berlangsung di Setia Sky Residence.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh kelab peminatnya (mawarians official), teman rapat serta rakan-rakan artis.

Happy Birthday Mawar!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

7 GAMBAR - INILAH WAJAH PUTRI SARA SEFHIA, BABY ELLY MAZLEIN

Posted: 03 Apr 2016 07:32 PM PDT



"Assalamualaikum semua.. Nama sy Putri Sara Sefhia. I'm still not well.. Pray for me, ok. Tq everyone.. Have a good day," kata Elly Mazlein yang akhirnya sudah bersedia mendedahkan wajah babynya pada umum.

Bagaimanapun, babynya Putri Sara masih dalam keadaan tidak sihat kerana menghidapi demam kuning atau Jaundice.

Jom tengok wajah baby Putri Sara termasuk istana Elly dan keluarganya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 GAMBAR - GELAGAT ERRA FAZIRA & ANAKNYA KETIKA BERCUTI DI BALI

Posted: 03 Apr 2016 06:45 PM PDT



Amboi... seronoknya Errra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya ketika bercuti di Bali, Indonesia.

"Good morning from all of us.. enjoy ur weekend everyone!! Kami lagi mahu lawat teman-teman di safari.. Daaaaa... Happy families.. Cuti-cuti Bali!," ujar Erra di laman Instagramnya.

Difahamkan, Erra dan anaknya itu bukan bercuti berdua malah ditemani teman-teman rapat mereka.

Menerusi laman IG Erra, dia telah memuatnaik beberapa keping gambar sekitar percutiannya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DAKWAAN DADAH - TONY EUSOFF BOLEH DI PENJARA HINGGA 10 TAHUN

Posted: 03 Apr 2016 03:59 PM PDT



"Saya mengakui kejadian yang berlaku tiada sebab lain kecuali atas kecuaian dan sikap tidak matang diri sendiri.

"Saya juga sedar tindakan itu boleh memberi pengaruh negatif kepada umum, terutama golongan generasi muda, dan saya amat menyesalinya. Dengan itu, saya reda dan bersedia untuk menerima hukuman yang mungkin dijatuhkan sekiranya disabitkan dengan kesalahan," demikian kata Tony Eusoff menerusi Facebook miliknya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

11 FOTO - HARI LAHIR KE-33, SHERRY HADIAHKAN IBU AYAH PENGHIJRAHAN

Posted: 03 Apr 2016 03:56 PM PDT



"Keputusan yang saya buat ini (berhijab) begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah," demikian kata Sherry Ibrahim yang membuat keputusan untuk berhijab pada hari lahirnya yang ke-33 semalam bagi menggembirakan kedua-dua ibu dan bapanya.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim turut menyifatkan keputusannya itu juga adalah di luar jangkaan diri sendiri, pada masa sama penghijrahan terbabit memberikan ketenangan buatnya.

"Sebelum ini saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung. Saya mahu menggembirakan mereka.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DIKECAM GARA-GARA BERCIUM - INI JAWAPAN DATO RED

Posted: 03 Apr 2016 03:20 AM PDT



Kisah rumahtangga Adira Suhaimi dengan Dato Red tidak habis-habis dihentam sejak tersebarnya kisah pernikahan mereka. Kali ini, mereka dikatakan telah dikecam gara-gara bercium di khalayak.

Bagaimanapun, Dato Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu tidak cepat melatah dengan tohmahan sebegitu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

41 GAMBAR - SUASANA MAJLIS RESEPSI ANZALNA NASIR & HANIF ZAKI

Posted: 03 Apr 2016 02:45 AM PDT



Hari ini telah berlangsungnya majlis resepsi Anzalna Nasir dan pasangannya, Hanif Zaki yang diadakan di Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Jika resepsi sebelum ini Anzalna memakai gaun persis 'barbie' hasil rekaan Teuku Putra Aziz pemilik butik Cosry sampai menjadi viral, kali ini Anzalna memilih songket berona ungu untuk digayakan pada majlis tersebut.

Majlis yang berlangsung dengan meriah itu telah dihadiri oleh kedua-dua belah ahli keluarga, teman rapat, serta rakan-rakan artis.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani