Powered by Blogger.

Sharnaaz Ahmad Beri Teguran Buat Peserta The Band

Sharnaaz Ahmad Beri Teguran Buat Peserta The Band


Sharnaaz Ahmad Beri Teguran Buat Peserta The Band

Posted: 23 May 2014 02:48 AM PDT

Adakah anda menonton program realiti terbaru Astro yang diberi nama The Band? Secara jujur, Abang Nara tak pernah tengok walau sekali pun. Kilauan Emas ada jugaklah Abang Nara tertengok sekali dua. Namun daripada apa yang baca di laman sosial, program The Band memang kurang menjadi dan tidak berjaya menarik perhatian para penonton.
the bandMenariknya semalam, pelakon Sharnaaz Ahmad telah memberi teguran dan kritikan yang amat bernas kepada para peserta The Band. Memang pedas sangat-sangat kata-kata yang diluahkan oleh Sharnaaz. Namun berdasarkan reaksi dan komen yang diberikan oleh pengikut Sharnaaz di Instagram, teguran dan kritikan Sharnaaz amat tepat sekali. Tulis Sharnaaz:-

Buat *THE BAND*. Sila majukan diri anda dgn menerima pendapat org lain, kalau tak boleh menerima teguran sini (industry) bukan tempat anda.. Saya sokong niat dan usha anda semua, tetapi maaf rancangan awak menghampakan.. Saya tak peduli awak suka atau tak ..

Kalau rasa teguran ini keras, buktikan pada industry bahawa astro tak ambik awak semua untuk membuang masa awak dan jugak AIR TIME astro.. Pak nil, yusri dan juri yg lain saya sangat hormati.. Anda peserta sila pandang kritikan, kutukan, hinaan sebagai satu pembakar semangat..

Kalau nak sentap, sila angkat kaki lambong… Aku pernah di panggil anjing kurap, kurang ajar, bangla, puk*mak…Tapi aku hadap dan hadam.. JUJUR DGN SENI, SENI AKAN TIDAK BERPALING PADA KESETIAAN ANDA.. Kalau masih yg kurang pandai nak komen, aku harap sangat berjumpa berdepan dan menyuarakan ketidak puasan hati..

Tolong tag semua ahli dan semua terlibat dgn the band..

the band

Fuh ~~ Kalau Abang Nara jadi peserta The Band, memang pedih hati membaca teguran Sharnaaz Ahmad. Namun itulah kenyataan yang harus ditelan. Kalau tak tegur, sampai bila-bila pun tak akan maju dan hanyut dalam populariti yang dicipta sendiri. Tahniah buat Sharnaaz kerana berani tampil mengkritik. Semoga teguran ini dijadikan panduan buat peserta-peserta The Band.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tak Ada Apa Nak Cakap Buat Masa Ini – Abby Abadi

Posted: 23 May 2014 02:25 AM PDT

Selepas berkongsi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya di laman sosial, ramai yang mahukan Abby Abadi mengesahkan sendiri status perkahwinannya dengan Farhan. Berkata menerusi Harian Metro hari ini, Abby Abadi enggan memberikan sebarang komen dan memaklumkan yang kehidupannya berjalan seperti biasa. Adakah ini satu berita baik atau berita buruk? Hanya Abby sahaja yang tahu.
abby abadiKata Abby Abadi:-

Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, kehidupan berjalan seperti biasa.

abby abadi

Sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Abby Abadi dan Farhan akan pulih seperti biasa. Agak rugi sekiranya perkahwinan kedua ini juga berakhir dengan penceraian. Semoga ada jalan penyelesaian dan persefahaman dapat dicari semula antara pasangan ini. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka.

P.S: 8 restoran terbaik dengan makanan aneh

Baca Yang Ini Pulak:-

(GAMBAR)Satukanlah Hati Kami – Noor Dayana Lokman

Posted: 22 May 2014 08:22 PM PDT

Apa yang terbaik untuk diri kita, tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Mungkin begitu juga dengan kisah isteri-isteri pelakon Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Melalui Instagram peribadinya, Noor Dayana telah memuat naik gambarnya dan madunya dengan satu doa. Doa Dayana ialah untuk dia dan madunya menjadi isteri-isteri yang solehah buat Ahraf Muslim, ibu terbaik untuk Sarah Ashraf dan anak terbaik untuk kedua ibu bapa.
 photo LuahansayuDayanaLokmanisudimadukanAshrafMuslim3.jpg

Ya Allah..satukanlah hati kami.. jadikanlah kami isteri solehah yg terbaik buat suami kami..jadikanlah kami ibu yg terbaik buat sarah ashraf..jadikanlah kami anak yg terbaik buat ibu dan ayah kami..berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aamiin.

Sangat cantik dan manis kedua-dua isteri Ashraf Muslim, dan sesungguhnya wanita setabah Dayana sememangnya satu dalam seribu.

Sekiranya mereka reda dengan pilihan yang telah dibuat, kita doakan saja mereka berdua akan terus berbahagia di dunia dan akhirat, ya tak? Semoga berkekalan dunia dan akhirat, amin.

Baca Yang Ini Pulak:-

Ramalan Keputusan ABPBH2013 Daripada Abang Nara

Posted: 22 May 2014 08:13 PM PDT

Selepas ditangguhkan kerana insiden MH370, ABPBH2013 akhirnya bakal berlangsung esok, 24 Mei di PICC, Putrajaya. Pastinya para selebriti yang tercalon untuk Top 5 kali ini sedang berdebar-debar menanti keputusan anugerah paling berprestij di Malaysia ini. Adakah Zizan Razak akhirnya akan menggondol Anugerah Bintang Paling Popular? Atau ada kejutan yang tak disangka kali ini?

keputusan abpbh2013Semalam ketika Abang Nara sedang tidur, tiba-tiba diri ini didatangi oleh seorang lelaki berjubah kelabu yang membawakan sebuah kertas. Di dalamnya ada keputusan ABPBH2013. Terkejut Abang Nara dibuatnya. Nak tak nak, terpaksalah Abang Nara kongsikan keputusan tersebut bersama anda. Heheh. Ini sekadar ramalan belaka. Yang dihitamkan itu adalah jangkaan Abang Nara untuk menang kategori-kategori yang dipertandingkan.

Artis Baru Lelaki Popular

1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As'ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular

1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Penyanyi Lelaki Popular

1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular

1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Pengacara TV Lelaki Popular

1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

KATEGORI ONLINE

Artis Lelaki Stailo

1. Adi Putra
2. Awal Ashaari
3. Karl Shafek
4. Nazim Othman
5. Shaheizy Sam

Artis Wanita Stailo

1. Fazura
2. Mizz Nina
3. Scha Alyahya
4. Yana Samsudin
5. Ziana Zain

Gandingan Serasi Di Layar

1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
2. Aeril Zafril & Wawa Zainal
3. Azlee Khairi & Zara Zya
4. Zizan Razak & Siti Saleha
4. Izzue Islam & Tiz Zaqyah

Watak Jahat Dalam Drama / Filem Popular

1. Datuk Rosyam Nor
2. Hanez Suraya
3. Izreen Azminda
4. Nabila Huda
5. Sofi Jikan

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial

1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Nora Danish
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Chef Selebriti Paling Popular

1. Chef Amran
2. Chef Anis Nabilah
3. Chef Nik Michael Imran
4. Chef Sherson Lian
5. Chef Wan

Aksi YouTube Paling Popular

1. Parodi Sayang (Bobo)
2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
3. Anak Tomok OIAM Merajuk (Tomok)
4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
5. Mengajar Kanak-Kanak Riang (Mat Luthfi)

gambar malam abpbh2

Perlu diingatkan yang anugerah ini berdasarkan populariti dan keputusan ditentukan oleh jumlah pengundi yang terbanyak. Daripada pemerhatian Abang Nara, Zizan Razak ada harapan untuk bawa pulang Anugerah Bintang Paling Popular. Mungkin anda ada pilihan yang tersendiri. Apa kata kongsikan di ruangan komen? Mari kita tengok siapa yang betul tekaannya nanti.

Baca Yang Ini Pulak:-

(10 GAMBAR)Aril AF & Puteri Erma Adlinda Bulan Madu Di Perth

Posted: 22 May 2014 07:49 PM PDT

Makin cantik isteri Aril AF sejak memakai tudung ini. Gembira Abang Nara dengan perkembangan ini. Tahniah diucapkan kepada Aril atas perubahan yang berlaku kepada isterinya. Untuk makluman, Puteri Erma Adlinda adalah seorang pramugari dan kerana kesibukan berada di awan biru, mereka berdua jarang bertemu. Setelah berkahwin hampir 2 bulan, akhirnya Aril dan Edlinda berbulan madu jua di Perth, Australia.

aril af dan isteri honeymoon

Turut serta dalam bulan madu ini ialah krew Romantika Astro yang akan menayangkan bibit-bibit romantis, kasih sayang dan kecomelan pasangan ini sepanjang berada di Perth untuk berbulan madu. Tak sabar rasanya nak tengok aksi mereka berdua bertabirkan pemandangan Perth yang pastinya akan mengujakan.

aril af dan isteri honeymoon

Biasalah kalau tinggal berjauhan ini memang banyak cabarannya. Sekali sekala berjumpa, pasti akan melepaskan rindu yang terbuku di dada. Semoga dengan bulan madu ini, hubungan suami isteri antara Aril dan Puteri Erma Adlinda akan bertambah kukuh dan erat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Mazda 5 SkyActiv dilancarkan pada harga RM153K

aril af dan isteri honeymoon
aril af dan isteri honeymoon
aril af dan isteri honeymoon
aril af dan isteri honeymoon
aril af dan isteri honeymoon
aril af dan isteri honeymoon
aril af dan isteri honeymoon
aril af dan isteri honeymoon

Baca Yang Ini Pulak:-

Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya

Posted: 22 May 2014 07:30 PM PDT

Aduh. Sedihnya hati Abang Nara membaca luahan hati Sharifah Aini yang dikongsi olehnya di laman Facebook beliau. Untuk makluman, Sharifah Aini atau lebih dikenali dengan nama Kak Pah kini menghidap penyakit H1N1 Influanza dan Pneumonia (radang paru-paru). Akibatnya, Kak Pah terpaksa tinggal di hospital selama 28 hari dan ditempatkan dalam bilik yang diasingkan daripada pesakit-pesakit lain.

kak pah

Membaca kata-kata Kak Pah, beliau tampak redha sekiranya sudah sampai masa untuk dijemput menghadapNya. Semoga Kak Pah dipanjangkan umur dan lekas sembuh daripada penyakit ini. Tulis Kak Pah:-

Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan.

Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!

Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni.

Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE!

Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.

kak pah

Sedih kan? Marilah kita sama-sama panjatkan doa agar Sharifah Aini diberi kekuatan, kesihatan dan dipanjangkan umur untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Masih terlalu awal untuk kita kehilangan seorang penyanyi lagenda seperti beliau. Teruskan menerima rawatan, teruskan makan ubat dan terus cekalkan hati untuk hidup. Insya Allah segalanya akan pulih seperti sediakala.

P.S: Cara menyediakan kerepek tempe yang sedap

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani