Powered by Blogger.

Didapati Bersalah Tampar Ika Nabella : Azma Aizal Yusoof Didenda RM 2,000

Didapati Bersalah Tampar Ika Nabella : Azma Aizal Yusoof Didenda RM 2,000


Didapati Bersalah Tampar Ika Nabella : Azma Aizal Yusoof Didenda RM 2,000

Posted: 18 Nov 2015 12:37 AM PST

Kes mengenai Ika Nabella yang telah dipukul sehingga bertubi-tubi oleh pengarah Azma Aizal Yusoof cukup mendapat perhatian ramai. Dikenali sebagai pengarah yang berkaliber, ada segelintir pihak yang seakan tidak mempercayai Azma boleh melakukan hal sedemikian hanya kerana Ika tidak dapat menjiwai wataknya dalam drama Dawai Asmara dengan baik.

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya. Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.

Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku. Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi.

Walaubagaimanapun setelah apa yang berlaku kepada dirinya sehingga menimbulkan kontroversi, Azma telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus menjadi pengarah kepada drama tersebut.

Malah, beliau sendiri telah berjumpa dengan penerbitnya Datuk Rosyam Nor untuk menyatakan hasrat beliau itu.

Selepas didenda oleh mahkamah, saya menyatakan hasrat untuk menarik diri kerana bertanggungjawab dengan kesalahan yang saya lakukan. Saya berjaya menjalankan tugas sebagai pengarah untuk tujuh episod dan selebihnya akan dilaksanakan oleh pengarah baharu yang dipilih oleh pihak produksi.

Segalanya sudah selesai sekarang dan Azma juga sudah menerima hukuman atas apa yang beliau lakukan terhadap Ika Nabella. Harapya kes sebegini harus menjadi pengajaran buat pengarah di luar sana untuk tidak sesuka hati memukul artis meskipun lakonan mereka tidak menepati kehendak anda.

Sumber Berita: Berita Harian

Alyah Tidak Kisah Dengan Usikan Nabil 

Posted: 17 Nov 2015 10:46 PM PST

Jika anda mengikuti rancangan Gegar Vaganza 2 tentu anda sedar bahawa pengacaranya Nabil Ahmad seringkali mengusik juri tetap program tersebut Dato Ramli MS. Antara usikan beliau adalah mengenai Alyah.

Menyedari akan perkara tersebut, Alyah yang mengakui gurauan Nabil itu kadang-kala agak melampau, beluau bagaimanapun tidak terasa dengan usikan mengenai mereka suami isteri dan cua memandang perkara tersebut dari sisi yang positif. Tambahan pula, ia sudah menjadi tugasan Nabil sebagai pengcara untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Saya tahu dia selalu mengusik kami. Walaupun kadang-kadang sedikit keterlaluan tetapi saya tetap ambil yang positif.

Saya tahu dia seorang yang gila-gila, jadi tak ada apa perlu diperbesarkan. Mungkin ada orang dia lebih cepat terasa, tapi saya cuma ambil yang positif.

Malah, Ramli MS juga tidak pernah membicarakan soal usik mengusik itu ketika pulang ke rumah.

Bagus betul Alyah, tidak cepat melatah ataupun terasa dengan guraun ataupun usikan yang kadang-kala melampau. Iyalah, kalau semua benda hendak dijadikan isu memang payah la.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Putri Mardiana Mengaku Bersalah Kerana Tidak Mahu Terus Dikritik

Posted: 17 Nov 2015 10:41 PM PST

Sering berdolak-dalih apabila ditanya tentang kes khalwat beliau, Putri Mardiana akhirnya mengaku bersalah atas dakwaan berkhalwat dengan kekasihnya Ejump semalam.

Jelas Putri Mardiana beliau mengakui kesalahannya itu kerana tidak mahu terus dikritik dan sekaligus menamatkan segala cerita yang tersebar di media sosial mengenai dirinya.

Antara sebab lain yang mendorong kepada pengakuannya itu ialah Putri Mardiana tidak mahu anaknya yang menanti keputusan ujian UPSR semalam merasa tertekan dengan kontroversi berkenaan.

Saya mengaku salah sebab nak tamatkan cerita yang tersebar di media sosial. Lagipun keputusan ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR anak saya keluar hari ini (semalam). Saya tak mahu dia tertekan.

Atas kesalahan tersebut, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam telah menjatuhkan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 terhadap Putri Mardiana.

Kekasihnya Ejump ataupun nama sebenarnya Shahrizam Abdullah turut didenda dengan jumlah yang sama.

Hakim Shaiful Azli turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara 7 hari jika gagal membayar denda berkenaan. Malah, hakim juga sempat menasihati agar pasangan tersebut insaf dan tidak terlibat dengan sebarang perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Sumber Berita: Harian Metro

Tolong Berhenti Kaitkan Nama Saya Dengan Zul – Ayda Jebat

Posted: 17 Nov 2015 07:45 PM PST

Sejak tercetusnya fenomena drama Rindu Awak 200% , nama Ayda Jebat seringkali dikaitkan dengan Zul Ariffin dari setiap aspek.

Boleh kata, apa sahaja kontroversi tentang Zul pasti Ayda juga akan terkena tempiasnya lebih-lebih lagi selepas Zul putus cinta bersama Gayatri dan kini sedang mengenali hati budi Zahirah MacWilson pula.

Ada juga pihak yang mendakwa Ayda sebenarnya kekasih kepada Zul dah tidak berpuas hati apabila aktor kacak itu memilih Zahirah pula.

Walaubagaimanapun, segala hal ini agak merimaskan Ayda dan sehingga kini beliau masih tidak faham mengapa orang sering kaitkan beliau dengan Zul serta berharap tiada lagi pihak yang berbuat demikian.

Apabila ada cerita yang keluar tentang Zul pasti nama saya juga disebut sama. Ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk saya.

Sebelum ini pun bapa Zahirah ada menyebut nama saya apabila ditanyakan tentang hubungan anaknya dengan Zul. Kalau boleh janganlah sebut nama saya lagi.

Kenapa saya perlu menjawab apabila timbul cerita yang tidak ada kaitan dengan saya. Isu Zul sekarang sedang panas diperkatakan. Lebih baik saya diam dan tidak masuk campur. Janganlah kaitkan nama saya dalam hal yang melibatkan Zul.

Meskipun foto-foto Ayda telah dipadam oleh Zul daripada akaun Instagram miliknya, aktres itu menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan Zul dalam mana-mana produksi selepas ini.

Saya tidak ada masalah untuk bekerjasama kembali. Kami pernah melakukannya secara profesional dalam dua drama sebelum ini. Cuma sekarang saya dan Zul sibuk dengan jadual penggambaran masing-masing. Kalau ada tawaran selepas ini dan masa sesuai, saya akan terima.

Nampak tak Ayda Jebat sendiri pun enggan namanya dikaitkan lagi dengan Zul Ariffin. Harapnya peminat beliau di luar sana dapat terima hakikat mereka bukan pasangan bercinta.

Sumber Berita: Mangga Online

( 2 FOTO) Datin Alyah Sambut Hari Lahir Dato Ramli MS

Posted: 17 Nov 2015 07:18 PM PST

Agak jarang kita lihat Datin Alyah memuat naik foto beliau bersama suami Dato Ramli MS di akaun Instagramnya.

Malah, kedua-duanya tidak pernah tampak mesra di khalayak ramai dan bersikap profesional dalam kerja mereka.

Namun, beberapa hari lepas Alyah ada berkongsi foto ketika sambutan hari jadi Ramli MS.

Ramai sebenarya peminat Alyah yang teruja kerana akhirnya penyanyi itu mula bersikap terbuka terhadap kehidupan rumah tangganya meskipun hanya memuat naik dua keping foto sahaja.

Kami harap Datin Alyah dan Dato Ramli MS akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Syok juga tengok Tok Ram kita mesra dengan isterinya kan? Hehe..

Bakal Bertunang Selama Setahun : Aliff Aziz Sudah Rancang Majlis Kahwin Di 3 Lokasi Berbeza

Posted: 17 Nov 2015 06:51 PM PST

Pernah digelar sebagai playboy dan mempunyai pelbagai macam kontroversi tetapi kini kehidupan Aliff Aziz sudah berubah. Malah beliau lebih mengenali erti tanggungjawab dan percintaan apabila bertemu dengan kekasih hatinya Bella Astillah.

Bakal bertunang kurang sebulan lagi, Aliff  akui beliau merasa teruja tetapi ada sedikit gementar menantikan majlis pertunangan beliau yang bertempat di Plaza Jelutong, Shah Alam, Selangor tanggal 12 Disember ini.

Saya sangat gembira dan teruja, tetapi dalam masa sama saya tetap berdebar. Sebab ini majlis pertama seumpamanya dalam hidup saya (ketawa). Insya-Allah, dalam perancangan kami ingin mengikat tali pertunangan untuk tempoh setahun.

Mengenai persiapan untuk majlis tersebut, Aliff berkata segalanya hampir siap sepenuhnya termasuklah dari segi lokasi, persiapan barang, pakaian dan yang berkaitan.  Penyanyi itu tidak mahu satu majlis yang begitu besar tetapi pada masa yang sama tetap meriah.

Mengikat tali pertunangan selama setahun, pasangan ini  sudah merancang untuk mengadakan tiga buah majlis resepsi perkahwinan mereka di lokasi yang berbeza.

Pertama, majlis pernikahan dan resepsi di Kuala Lumpur sebelum majlis kedua untuk meraikan keluarga dan sanak-saudara Bella yang tidak dapat hadir di Sandakan, Sabah. Kemudian, barulah majlis untuk keluarga Aliff pula diadakan di Singapura.

Semoga segala yang dirancang oleh Aliff Aziz dan Bella Astillah bagi majlis pertunangan mereka nanti berjalan dengan lancar. Itulah kata orang, manusia ini boleh berubah kalau mereka mahu bukan? Tidak semestinya bila dilabel sebagai playboy ia akan kekal selamanya.

Sumber Berita: Kosmo!

Ayda Jebat Tidak Terasa Hati Zul Ariffin Padam Fotonya Di Instagram

Posted: 17 Nov 2015 05:58 PM PST

Baru-baru ini, kecoh juga bila ada peminat Ayda Jebat mempersoalkan tindakan Zul Ariffin yang memadam foto Ayda Jebat tanpa sebarang alasan daripada akaun Instagram miliknya.

Pada peminat fanatik Ayda, Zul tida harus buat begitu kerana selama ini beliau dan Ayda tidak mempunyai sebarang masalah dan sering kelihatan mesra bersama. Malah, Zul juga menjadi popular disebabkan Ayda juga.

Ada yang mendakwa Zul melakukan hal tersebut kerana ingin menjaga hati kekasih baharunya Zahirah MacWilson.

Walaubagaimanapun, Ayda menjelaskan beliau sama sekali tidak terasa hati apabila fotonya dipadam dan ia adalah hak aktor tersebut.

Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu.

Sebenarnya Ayda tidak mahu melayan perkara remeh seperti ini, beliau pun okay sahaja yang menjadi perhatian dan viral apabila ada peminat yang tidak puas hati dengan Zul Ariffin.  Peminat tidak seharusnya terbawa-bawa dengan lakonan didalam drama dan ingin mereka bersama di alam realiti.

Sumber Berita: ROTIKAYA

Hidup Bebas Tanpa Kanser Dengan ClinN

Posted: 17 Nov 2015 05:47 PM PST

Ingat lagi tak pasal ClinN yang pernah Abang Nara ceritakan di sini 2 minggu lepas? Apa tak ingat? Ish, ish, ish. Tak apa. Meh sini Abang Nara imbaukan kembali memori anda tentang ClinN.

clinN

ClinN merupakan sebuah produk berasaskan daun belalai gajah milik syarikat Tenaga Jati Bumi Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat bumiputera 100%. Daun belalai gajah atau dalam bahasa Inggeris, Sabah Snake Grass diakui sebagai salah satu daripada 14 herba bernilai tinggi yang telah diluluskan setakat ini yang berpotensi merawat pelbagai penyakit termasuklah membasmi sel kanser.

clinN

Syarikat Tenaga Jati Bumi Sdn Bhd (TJB) yang bertanggungjawab menghasilkan ClinN mendapat sokongan penuh kerajaan serta turut diiktiraf sebagai syarikat berstatus BioNexus yang dianugerahkan oleh syarikat Malaysian Biotechnology Corporation di bawah Kementerian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI). Status BioNexus ini amat sukar diperolehi dan hanya diberikan kepada syarikat yang memberikan sumbangan dalam bidang sains & bioteknologi negara. Apa yang lebih meyakinkan Abang Nara tentang ClinN ini ialah segala kajian yang dilakukan adalah di bawah pengawasan Melaka Biotechnology Corporation yang dilantik sebagai Chief Scientific Officer syarikat TJB supaya segala kajian memenuhi syarat-syarat Biro Farmasi Negara.

clinN

Selain itu, TJB juga mempunyai ladang daun belalai gajah seluas 23 ekar di Rembau, Negeri Sembilan. Untuk memastikan ladang ini bersih, halal dan bebas daripada sebarang bahan kimia, TJB telah menghantar sample tanah untuk dikaji ph-levelnya sebelum penanaman dibuat. Malah daun belalai gajah di ladang ini ditanam secara organik mengikut standard Good Agriculture Practice (GAP) tanpa penggunaan racun serangga. Senang cerita, daun belalai gajah yang digunakan untuk membuat ClinN berada di dalam kondisi terbaik!!!

clinN

siap ada makmal sendiri tau. Bukan main-main nie

Kenapa TJB susah payah nak dapatkan semua ini? Leceh kot nak ada makmal, nak tanam daun belalai gajah secara organik, nak kena pantau dengan biro dan macam-macam lagi. Jawapannya ialah kerana kepercayaan penuh TJB terhadap produk mereka, ClinN untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah kanser. TJB juga percaya dengan konsep memberikan yang terbaik buat para pengguna mereka. Secara jujur, inilah kali pertama Abang Nara mendengar sebuah syarikat yang mengendalikan daun belalai gajah dengan begitu terperinci sekali. Abang Nara percaya satu hari nanti ClinN akan dikenali di seluruh dunia dan ketika itu nama syarikat TJB akan mengharumkan Malaysia. Tak sabar nak tunggu saat itu tiba.

clinN

Sekarang ini ClinN sedang dijual dengan harga promosi iaitu RM100 (harga sebelum RM160)untuk Minuman SSG (Sabah Snake Grass/Belalai Gajah) dan RM40 (harga sebelum RM60) untuk teh SSG.Banyak cara untuk dapatkan ClinN. Selain daripada menghubungi nombor stokis di atas, anda boleh juga terus membuat pembelian di Facebook ClinN – Sabah Snake Grass. Sebarang persoalan dan pertanyaan pun boleh diajukan di situ. Confirm akan ada orang jawab punya.

clinN

Abang Nara dah order beberapa botol ClinN untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga dan untuk dicuba sendiri. Nanti bila dah cuba minum, Abang Nara akan kongsikan kesannya dengan anda semua. Sama-sama kita nantikan. Selamat mencuba!!

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani