Salima AF Selesa Berpoligami
Salima AF Selesa Berpoligami |
- Salima AF Selesa Berpoligami
- Teguran Chef Wan Bukan Kerana Cemburu Dengan Bakat Muda
- Kontroversi Buat Saya Lebih Menghargai Cinta – Johan As’ari
- Kalau Dapat Bakal Suami Orang Kaya Itu Adalah Bonus – Hanez Suraya
- (9 GAMBAR)Zain Saidin & Rozita Che Wan Di Krabi Sambut Hari Jadi
Posted: 11 Mar 2014 02:17 AM PDT Sehingga ke hari ini, sudah lebih kurang 3 bulan Salima AF bergelar isteri kedua kepada pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre, Selalunya apabila bercerita mengenai poligami, pasti banyak kisah sedih dan duka yang kita dengari. Namun bagi Salima, dirinya amat selesa setelah berkahwin walaupun merupakan isteri kedua. Kata Salima:-
Salima juga turut berkongsi detik-detik pertemuannya dengan suami tercinta. Agak menarik juga kisahnya. Kata Salima lagi:-
Alhamdulillah. Bukan senang untuk menjalani kehidupan sebagai isteri kedua kepada mana-mana lelaki. Semoga kebahagiaan yang sedang dikecapi Salima berkekalan. Yang penting, teruskan menghormati isteri pertama yang boleh dianggap sebagai kakak. Baca Yang Ini Pulak:- |
Teguran Chef Wan Bukan Kerana Cemburu Dengan Bakat Muda Posted: 11 Mar 2014 02:10 AM PDT Sejak kebelakangan ini, Chef Wan dilihat sering memberi teguran berkaitan isu semasa menerusi akaun Instagramnya. Abang Nara memang bersetuju dengan kata-kata chef popular ini terutama apabila beliau menegur Hanez Suraya baru-baru ini. Sebelum itu, Chef Wan melahirkan rasa kehairanannya dengan pencapaian chef baru seperti Nik Michael yang dilihatnya terlalu pantas. Menerusi Berita Harian hari ini, Chef Wan menegaskan yang tegurannya adalah bukan kerana timbul rasa cemburu terhadap bakat-bakat muda. Kata Chef Wan:-
Berkata mengenai tegurannya terhadap Hanez Suraya, hef Wan memaklumkan perkara yang lebih kurang serupa pernah berlaku dalam keluarganya menyebabkan beliau tampil bersuara. Kata Chef Wan:-
Abang Nara suka sebenarnya dengan teguran Chef Wan yang amat padat, tajam dan jitu. Tak ada nak selindung-selindung. Kadangkala kita perlukan orang sebegini untuk membuat teguran. Tak perlu nak cakap berlapik-lapik. Diharap Chef Wan terus memberikan pandangannya mengenai isu-isu semasa. Abang Nara yakin ramai yang ternanti-nanti. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kontroversi Buat Saya Lebih Menghargai Cinta – Johan As’ari Posted: 11 Mar 2014 01:20 AM PDT Abang Nara tahu ramai di kalangan anda datang membaca BeautifulNara sambil menanti perkembangan terkini mengenai pesawat MH370. Sudah empat hari MH370 hilang namun sehingga ke hari ini masih belum ada berita baik yang boleh dikongsikan oleh pihak penyiasat. Sambil menanti berita-berita terkini mengenai MH370, Abang Nara tertarik dengan kenyataan Johan As’ari mengenai dirinya yang lebih menghargai cinta selepas kontroversi yang melanda dirinya sepanjang tahun lalu. Abang Nara bukan nak pandang rendah atau pandang sinis pada Johan, namun terlalu banyak sangat kontroversi cinta yang telah dihadapi olehnya sehingga kepercayaan terhadap kata-katanya sudah berkurangan. Namun siapalah Abang Nara untuk menidakkan perubahan seseorang itu. Semoga kali ini Johan benar-benar menghargai cinta. Kata Johan menerusi MalaysianDigest:-
Memang power kan ayat si Johan nie? Macam bermadah pun ada jugak. Kalau awek dengar confirm cair. Namun begitu Abang Nara setuju dengan usaha Johan untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik. Tambah Johan lagi:-
Bagi Abang Nara, kalau benar-benar Johan lebih menghargai cinta dan mahu berubah selepas kontroversi yang terjadi, mungkin tahun ini Johan tak perlu bercinta sebaliknya fokus kepada kerjaya sahaja. Jangan lepas 2,3 bulan tup-tup keluar kisah cinta lagi. Tup-tup lepas itu putus lagi. Nanti orang makin lama makin tak percaya pulak dengan kata-kata Johan. Tak gitu? P.S: Opel bakal mengeluarkan Opel Astra Extreme Baca Yang Ini Pulak:- |
Kalau Dapat Bakal Suami Orang Kaya Itu Adalah Bonus – Hanez Suraya Posted: 11 Mar 2014 01:03 AM PDT Sejak kisah percintaan antara Romie dan Hanez Suraya tersebar, ramai yang menuduh pelakon itu seorang yang mata duitan. Ini kerana Romie merupakan seorang usahawan yang berjaya dan kalau tak silap Abang Nara, adalah seorang jutawan. Malah ada desas-desus yang menyatakan Romie memandu sebuah kereta Ferrari dan menghadiahkan sebuah kereta Vellfire kepada Hanez. Benar atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Kalau Abang Nara seorang wanita, sudah pasti kekayaan Romie akan menjadi salah satu tarikan buat diri ini untuk mendekatinya. Namun bagi Hanez Suraya, kekayaan bakal suami hanyalah bonus. Yang paling penting baginya adalah hati budi. Kata Hanez kepada Utusan Malaysia:-
Di dalam artikel yang sama, Hanez juga menekankan yang dia tidak akan sama sekali bercinta dengan suami orang. Tambah Hanez lagi:-
Pelik juga kerana Romie sudah pun beritahu rumah tangganya bermasalah, jadi ini bermakna Hanez tahu Romie adalah suami orang. Mengapa masih mahu meneruskan hubungan sehingga terjadi kontroversi yang menghimpit dirinya ini? Hanya Hanez sahaja yang tahu. Mungkin “hati budi” Romie terlalu tinggi pekertinya untuk ditolak oleh Hanez. Agaknya lah kot. Apa pun, kalau cepat-cepat kahwin, lagi bagus sebab sekurang-kurangnya orang dah tak boleh kata apa dah. Baca Yang Ini Pulak:- |
(9 GAMBAR)Zain Saidin & Rozita Che Wan Di Krabi Sambut Hari Jadi Posted: 11 Mar 2014 12:50 AM PDT Ah, seronoknya melihat gambar romantis pasangan suami isteri Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini. Terserlah kemesraan dan kebahagiaan yang sedang dinikmati selepas berkahwin. Mereka berdua telah ke Krabi untuk menyambut hari jadi Rozita Che Wan yang jatuh pada 9 Mac 1971. Sambil celebrate, sambil berbulan madu lah kiranya ini. Semestinya hadiah paling bermakna di hari jadinya ialah kehamilan yang telah pun disahkan sendiri oleh Rozita Che Wan baru-baru ini. Pasti Zain sangat teruja untuk bergelar ayah. Sama-samalah kita doakan agar kehamilan Che Ta berjalan lancar. Lagi beberapa gambar pasangan ini di Krabi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Makanan menyamar jadi makanan lain
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment