Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Bila Peminat Bertukar Jersi dengan Pemain Bola Sepak Wanita

Posted: 19 May 2014 05:04 PM PDT


Peminat bola meminta jersi pemain bola sepak sewaktu tamat perlawanan adalah perkara biasa. Malah lebih biasa lagi jika sesama pemain bertukar baju. Bagaimanapun apa akan jadi jika peminat bola lelaki bertukar jersi dengan pemain bola sepak wanita?

Riwayat Dajjal Berakhir Di Pintu Kota Lod

Posted: 19 May 2014 05:03 PM PDT


Bandar ini kecil. Keluasannya tidak sampai 13 kilometer. Kaum Yahudi menamakannya sebagai Lod. Manakala bangsa Arab pula menyebutnya sebagai Ludd atau Al-Ludd.

Lod City

Ribuan tahun dahulu, bandar ini juga dikenali dengan nama Lydda dan Diospolis. Terletak di daerah tengah Israel, bandar Lod berada lebih kurang 15 kilometer dari tenggara Tel Aviv.

Populasi penduduknya lebih kurang 70 ribu pada penghujung tahun 2011. Daripada jumlah itu, 80 peratus adalah Yahudi. Selebihnya adalah bangsa arab.

Perlu diketahui, awal dahulu kota ini dipenuhi bangsa Arab beragama Islam. Namun, kerana pencerobohan Israel pada 1948, ramai penduduk Islam telah diusir. Ditambah dengan projek peluasan tapak penempatan haram Yahudi di situ.

Kita singkap sedikit sejarah kota kecil ini. Mengikut kajian, kota ini mungkin sudah wujud sejak tahun 5,600 Sebelum Masihi berdasarkan usia tembikar dan beberapa barangan arkeologi yang ditemui. Sejarah menunjukkan beberapa kuasa pernah menakluki bandar kecil ini.

Pada abad ke 15 Sebelum Masihi, Lod berkembang sebagai pusat pemikir dan perdagangan Yahudi sehinggalah kota ini ditakluki penguasa Rom pada tahun 70 Masihi.

Dalam peperangan itu, Rom turut menjual penduduk Lod sebagai hamba abdi dan kota ini turut mengalami kehancuran akibat perang.

Sewaktu dalam kekuasaan Rom, kebanyakan penduduk kota ini menganut agama Kristian. Tambahan pula penguasa Rom telah melakukan usaha untuk mengkristiankan penduduk didalam daerah kekuasaannya.

Apabila kebangktan tentera Islam yang dipimpin Amr Ibn Al-As meluaskan kuasa, Lod berjaya ditawan pada tahun 636 Masihi. Namun pada tahun 1099, tentera salib berjaya merebut semula kota ini.

Ditangan tentera Saladdin, Lod berjaya direbut semula oleh tentera Islam namun tidak lama. Kemasukan bangsa Eropah berfahaman Katolik telah menguasai kota itu dan bergiat hebat menyebarkan fahaman mereka. Malah, semasa pendudukan itu, sangat sukar menemui Yahudi di dalam kota ini.

Seiring dengan peredaran zaman, Lod turut berkembang di bawah pemerintahan empayar Uthmaniah. Ada masjid dan gereja, stesen kereta api juga dibina.

Pada tahun 1918, wakil Inggeris di Palestin diberi mandat untuk mentadbir Lod berikutan keputusan League of Nation, organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk mencapai keamanan.

Sehingga tahun 1948, kota Lod masih berada dalam kekuasaan Arab dibawah Palestin dengan populasi penduduk sekitar 20 ribu umat Islam dan hampir dua ribu penduduk Kristian.

Namun, setelah Israel mengisytiharkan merdeka dengan tanah yang telah dicerobohinya, pada Julai 1948, bangsa Yahudi telah menakluki kota Lod. 

Penduduk Palestin yang diusir dari Kota Lod

Dalam satu serangan, lebih kurang 250 bangsa Arab termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila Israel mengarahkan tenteranya untuk menembak sesiapa saja yang kelihatan di jalanan kota tersebut.

Sejak dikuasai Israel, umat Islam di kota itu mula diasingkan. Beratus-ratus orang Arab telah diusir oleh komando Israel dengan dipaksa berjalan kaki sepanjang 17 kilometer memasuki sempadan daerah Arab. Ramai yang meninggal kerana dehidrasi.

Manakala ramai bangsa Arab di kota itu tidak diizinkan tinggal dirumah mereka. Malah, Israel segera 'mengimport' kemasukan Yahudi daripada pelbagai daerah menyebabkan populasi Yahudi terus bertambah di kota itu.

Sebaliknya, populasi Islam kian mengecil. Taktik Israel berjaya dan kota itu akhirnya bertukar menjadi bandar Yahudi sehingga kini.

Apa yang menarik tentang kota Lod sehinggakan Yahudi begitu ingin menguasai kawasan itu?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Dajjal si buta sebelah menebarkan kesesatan dari arah timur, pada zaman terjadinya perselisihan antara manusia. Lalu dia berangkat ke Hijaz, diantara Iraq dan Syam. Kemudian dia mendatangi Madinah dan Mekah, tetapi para malaikat menghalanginya. Dia pun pergi ke Palestin tempat Isa bin Maryam as membunuhnya." (Hadis riwayat Al-Bazzar)

Dalam hadis lain, kota Lod turut disebut sebagai 'bab Lud' atau gerbang Lod. Dikatakan, di kota inilah Dajjal akan dikalahkan oleh Nabi Isa.

Dalam sesetengah kajian lain, gerbang Lod yang disebut tempat kematian Dajjal merujuk kepada kota yang berhampiran dengan Baitulmuqaddis di Palestin.

Di dalam kota Lod, ada sebuah dinding setinggi tiga meter yang dibina sebagai tanda sempadan yang memisahkan wilayah Yahudi dan Arab.

Kedua-dua kawasan itu mengalami pembangunan yang berbeza. Wilayah Yahudi pernah membangun, tetapi wilayah Arab jauh ketinggalan.

Seperti yang telah diriwayatkan, Nabi Isa akan turun di menara putih, bahagian timur kota Damsyik. Baginda akan sama-sama solat Subuh berimamkan Imam Mahdi dalam masjid di Baitulmuqaddis.

Setelah itu, Nabi Isa akan berdepan dengan Dajjal yang dibelakangnya sudah bersedia 70 ribu Yahudi lengkap bersenjata.

Melihat Isa didepan mata, Dajjal tiba-tiba cair seperti garam disiram air. Ia lari ketakutan dan Nabi Isa terus mengejarnya hingga tiba di pintu Lod dan membunuh Dajjal.

Seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Majah, Ibnu Huzaimah & Hakim yang bermaksud: "...Dia (Dajjal) pun dibunuhnya (oleh Isa)." 

Lalu Allah berkenan menghancurkan orang Yahudi, maka tidak satu pun dari seluruh makhluk Allah yang tidak memberitahu tentang keberadaan Yahudi kerana Allah telah membuat mereka mampu berbicara kecuali Gharqad (nama pohon Yahudi) yang tidak mampu berbicara kerana ia termasuk pohon orang Yahudi. Semua makhluk Allah tadi akan mampu mengatakan, "Wahai hamba Allah, disini ada orang Yahudi, bunuhlah."

Jadi, tahulah kini mengapa Yahudi menguasai kota Lod dan menggiatkan usaha menanam pohon Gharqad!

Kohler Cipta Jamban Tanpa Perlu Disentuh

Posted: 18 May 2014 06:30 PM PDT


Buat yang sangat mementingkan kebersihan, produk terbaharu daripada Kohler ini pastinya menjadi dambaan anda.

Tandas ciptaan syarikat pembuatan terkenal itu memperkenalkan ciri baharu di mana jamban itu tidak perlu disentuh untuk menggunakan 'flush' sebaliknya hanya menggunakan arahan daripada gerakan tangan pengguna.

Kuasa gerakan itu diperhebatkan dengan sistem bateri 4 AA yang mana dijangka boleh bertahan selama setahun.

Kohler mengatakan mereka mendapat inspirasi mereka tandas yang hanya memerlukan gelombang dan isyarat gerakan tangan selepas tahap kesedaran individu mengenai kebersihan tandas semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
posted@malaysiasensasi.net

Aksi Awek Seksi Dan Polis

Posted: 18 May 2014 06:10 PM PDT

Niat seorang polis trafik yang cuba menasihati seorang gadis yang menjual sirih ditepi jalan di Taiwan, akhirnya bertukar menjadi pergaduhan apabila beliau membelasah gadis tersebut.

Pada mulanya, polis trafik itu telah menegur gadis tersebut dengan baik kerana beliau berpakaian terlalu menjolok mata ketika menjalan urusan perniagaannya.

Aksi gadis tersebut kelihatan bertambah lucah apabila sengaja duduk bertinggung hingga menampakkan seluar dalamnya untuk menarik pelanggan.

Setelah ditegur dengan baik, tiba-tiba gadis tersebut berang dan menengking pegawai polis tersebut. Kemudian pegawai polis tersebut memberi amaran kepada gadis itu supaya bersabar kerana tindakannya itu akan boleh menyebabkan beliau ditahan kerana menghina pegawai kerajaan.
Situasi menjadi lebih kronik apabila gadis seksi tersebut menengking pegawai polis itu, akibatnya beliau ditarik keluar dari kedai untuk ditahan. Akhirnya pergelutan berlaku antara mereka berdua, dan gadis tersebut teruk dibelasah.

Kejadian tersebut dirakamkan melalui pelbagai sudut CCTV dan juga telefon bimbit.
posted@malaysiasensasi.net

Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter

Posted: 18 May 2014 06:10 PM PDT

Berpantang maut sebelum ajal', itulah yang dilalui seorang pemandu lori di China selepas badannya tertusuk kayu pine sepanjang 6 meter dalam satu kemalangan. 

Dalam kejadian di Bandar Kaifeng, kayu pine itu tertusuk menembusi dada Li Feng, 40, selepas kenderaan berat yang dipandunya merempuh lori membawa ratusan batang pokok pine yang baru ditebang.

Feng dianggap bertuah dan berjaya diselamatkan selepas doktor mengesan tusukan itu tidak mengenai organ dalaman mangsa. 

Tusukan di kiri dada lelaki itu hanya berjarak beberapa inci dari jantung mangsa yang boleh menyebabkannya maut serta-merta. 

Usaha pihak keselamatan untuk menyelamat mangsa juga sukar pada awalnya kerana kayu itu turut menembusi kerusi pemandu kenderaan berat tersebut. 

Bagaimanapun hasil usaha doktor pakar dalam pembedahan selama empat jam, Feng berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang jurucakap polis, Li Wu berkata, kemalangan yang dihadapi Feng adalah insiden ngeri kerana mangsa masih hidup walaupun kayu berkenaan menembusi bandannya. 

"Polis dan bomba pada awalanya menganggap Feng telah mati tetapi mangsa masih memberikan respon yang baik. 

"Oleh sebab itu, kami telah melakukan yang terbaik bagi membawanya ke hospital untuk diselamatkan," katanya
posted@malaysiasensasi.net

Tergolek Atas Jalan Akibat Diragut

Posted: 18 May 2014 06:00 PM PDT

Ada di kalangan kita yang gemar 'mempertahankan' peragut yang dipukul oleh orang ramai atas kesalahan mereka.
Bagi mereka, tidak wajar orang ramai meluahkan kemarahan mereka dengan cara sebegitu, sebaliknya biar pihak polis yang menyelesaikannya.
Bagaimanapun, tatkala melihat video yang dirakamkan menerusi kamera papan pemuka kenderaan seorang pengguna jalan raya ini, mungkin memang 'patut' para peragut diberikan pengajaran sebegitu oleh orang ramai.
Apa tidaknya, betapa murahnya nyawa orang lain di mata mereka semata-mata mahu mendapat kesenangan dengan cara mudah.
Dalam rakaman ini, mujurlah pemandu ini sempat menghentikan kenderaannya daripada merempuh penunggang dan pembonceng sebuah motosikal yang jatuh tergolek di atas jalan setelah dihimpit oleh motosikal peragut.
Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Dato' Keramat pada 26 Mac lalu. Saksikan.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

(Sumber: Facebook Heng ES)

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani