Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
Posted: 10 Mar 2014 06:16 PM PDT Seorang wanita terkejut besar apabila mendapati seekor ular mematuk payudaranya ketika baru bangun tidur. Caroline Griffin, 49 berkata dia dipatuk ketika cuba menghalau reptilia berkenaan dari katilnya "Saya bimbang ular itu berbisa dan saya mungkin mati," katanya. Ibu empat anak itu mendapati ular sepanjang 1.2 meter dari jenis California kingsnake berada di dadanya sebaik menurunkan selimut. "Pada mulanya saya menyangka anak saya mahu mengenakan saya, tetapi saya mula ketakutan apabila melihat reptilia itu bergerak. "Saya menjerit sekuat hati dan ular itu terus mematuk payudara saya," katanya. - AFP |
Posted: 10 Mar 2014 06:13 PM PDT Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam. "Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul dan sahabat Rasulullah (SAW)," menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu. Fatwa itu juga menyebut, filem sedemikian menyentuh sensitiviti umat Islam dan melanggar ajaran Islam. Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab. Filem kontroversi itu tidak akan ditayangkan di Qatar, Bahrain atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain dijangka turut mengharamkannya. "Lembaga penapisan filem Qatar, Bahrain dan UAE mengesahkan pengharaman tayangan filem "Noah" di negara mereka melalui pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini," kata jurucakap Paramount Picture. "Kenyataan rasmi mengenai pengharaman itu dibuat kerana filem berkenaan bertentangan dengan Islam. Kami menjangka tindakan serupa akan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir, Jordan dan Kuwait," katanya. Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac. Islam melarang bentuk fizikal nabi dan rasul digambarkan secara jelas. Tindakan menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) secara fizikal di Eropah dan Amerika Utara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di negara Islam. Ia turut meningkatkan ketegangan antara negara barat dan dunia Islam. Surah Nuh di dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan daripada banjir besar namun ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati. Kisah Nabi Nuh (AS) juga diceritakan di dalam Injil.- AFP |
Posted: 10 Mar 2014 06:11 PM PDT Angkara protes melampau Ultras Malaya, skuad kebangsaan kemungkinan terpaksa beraksi di stadium kosong atau di gelanggang berkecuali selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengeluarkan surat pertuduhan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Jumaat lalu. Menerusi surat pertuduhan itu AFC mendakwa FAM di bawah Artikel 65, 66, dan 67 kerana gagal menyediakan keselamatan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dengan Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 1 Mac lalu selepas Ultras Malaya bertindak membakar suar dan mercun serta membaling bom asap ke dalam padang. Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, selepas menerima surat pertuduhan daripada AFC, mereka perlu menjawab segala pertuduhan itu selewat-lewatnya hari ini. "AFC menghantar surat pertuduhan Jumaat lalu. Surat pertuduhan itu dikeluarkan berdasarkan laporan Komisioner Perlawanan di bawah Artikel 65, 66, dan 67 membabitkan keselamatan perlawanan dan keganasan penyokong. "Pertuduhan itu dibuat atas tindakan penyokong membakar suar, mercun dan membaling bom asap sehingga menyebabkan perlawanan dihentikan. Jadi kami perlu menjawab segala pertuduhan ini esok (hari ini) atau meminta penangguhan bagi menyediakan penjelasan kepada AFC," katanya ketika dihubungi semalam. |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment