Masukkan Email Anda : Berita Terbaru

Powered by Blogger.

Wanita Didakwa Kekasih Baru Zizan Razak Akhirnya Buka Mulut

Wanita Didakwa Kekasih Baru Zizan Razak Akhirnya Buka Mulut
Tasha Shilla Dan Hans Sudah Putus Cinta?
(13 LAGI GAMBAR)Zain Saidin & Rozita Che Wan Tunaikan Umrah
(PEMBETULAN) Wawa Zainal Tidak Berhenti Tetapi Kurangkan Aktiviti Berlakon
Caliph Buskers Dihina Kerana Minta Batalkan Perhimpunan #KitaLawan
Pekin Ibrahim Mohon Maaf Pada Ibu Sebelum Berlakon Jadi Wanita
Dikatakan Mempunyai Barah Otak: Bella Dally Tetap Berada Di Samping Nazim Othman
Juliana Evans Masih Solo, Nafi Bercinta Dengan Sonaone
SonaOne Nafi Bercinta Dengan Juliana Evans
Video Romie Luah Kata-Kata Romantis Untuk Hanez Suraya Berlatarbelakangkan Eiffel Tower


Wanita Didakwa Kekasih Baru Zizan Razak Akhirnya Buka Mulut

Baru-baru ini Zizan Razak nampaknya menjadi tumpuan ramai terutama sekali kisah percintaan beliau. Sekejap putus dengan Emma Maembong sekejap berbaik semula dan kemudian didakwa bercinta pula dengan penerbit Astro.

Hari ini, wanita yang didakwa sebagai “kekasih baru” Zizan iaitu Naib Presiden GenNext Astro, Puteri Yasmin Megat Zaharuddin sekalig lagi telah menjelaskan gosip beliau mempunyai hubungan istimewa bersama pelawak tersebut adalah tidak benar.




Tidak ada kebenaran (mengenai dakwaan hubungan dengan Zizan), saya tahu anda semua pun tahu.



Malah Putri Yasmin berkata beliau tidak perlu membuat sebarang sidang media berhubung perkara berkenaan.


Gosip mereka bercinta bermula apabila pelawak dan kru produksi sering kali melihat Zizan dan Putri Yasmin rapat bersama.

Dengan penjelasan ini kami rasa tidak mungkin mereka mempunyai hubungan bersama. Bahkan ibu Zizan Razak sebelum ini juga telah memberikan kenyataan bahawa semua ini adalah fintah semata-mata. Kami tidak rasa Zizan seorang yang mudah melupakan hubungan bersama Emma Maembong begitu sahaja bukan?

Sumber Berita & Foto: BH ONLINE


Tasha Shilla Dan Hans Sudah Putus Cinta?

Desas-desus ini pastinya menggembirakan hati para jejaka yang menyimpan perasaan kepada pelakon jelita, Tasha Shilla. Umum mengetahui yang Tasha sedang bercinta dengan seorang jejaka bernama Hans. Hubungan mereka tidak disorokkan malah Tasha mengakui sedang merancang untuk berkahwin tahun ini dengan jejaka tersebut. Malah khabarnya Tasha dan Hans kedua-duanya sudah pun menghadiri kursus perkahwinan yang merupakan syarat wajib kahwin di Malaysia untuk mereka yang beragama Islam.



Namun menurut laporan MalaysianGazette, Tasha Shilla dan Hans dilaporkan sudah pun putus cinta. Perhubungan mereka tamat kerana perbezaan agama. Malah di dalam temuramahnya bersama portal tersebut, Tasha memaklumkan yang masih lambat untuk dirinya bergelar seorang isteri. Hmmmm. Nampaknya ada can la untuk lelaki lain di luar sana mengisi kekosongan hati Tasha Shilla.b



Sememangnya percintaan berbeza agama lebih banyak rintangan dan halangan. Kalau silap sedikit, pasti akan timbul konflik yang boleh membawa kepada perpisahan. Kepada Tasha, jika desas-desus ini benar, bertabahlah. Pasti ada lelaki yang lebih baik buat anda di luar sana. Buat masa ini, tumpukanlah pada kerjaya. Takziah Tasha Shila!!


(13 LAGI GAMBAR)Zain Saidin & Rozita Che Wan Tunaikan Umrah

Ya Allah. Seronoknya melihat gambar Zain Saidin dan Rozita Che Wan menunaikan umrah. Alhamdulillah. Bukan senang mendapat jemputan ke rumahNya. Sejuk mata memandang lebih-lebih lagi Che Ta yang tampak manis sangat bertudung litup. Semoga apabila pulang kelak, Che Ta akan terus berhijab. Kalau tak silap, Zain Saidin pun mahukan isterinya bertudung selepas selesai menunaikan umrah.


Tak sabar rasanya satu hari untuk menjejakkan kaki ke bumi suci ini. Semoga segala urusan Zain dan Che Ta di sana dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

















(PEMBETULAN) Wawa Zainal Tidak Berhenti Tetapi Kurangkan Aktiviti Berlakon



Dalam artikel sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa aktres Wawa Zainal ingin berhenti berlakon dan memfokuskan pada perniagaan yang sedang diusahakan beliau kini.

Namun, perkhabaran itu sebenarnya tidak tepat dan menerusi laman Instagram milik Wawa, beliau tidak akan berhenti terus dari dunia lakonan dan hanya ingin mengurangkan sedikit aktiviti seninya itu.



Kami memohon maaf kerana telah tersilap melaporkan berita tersebut dan berharap agar pembaca dan Wawa Zainal tidak tersinggung.

Apa-apa pun, nampaknya lepas ini kita masih lagi boleh melihat lakonan Wawa Zainal di kaca televisyen bukan? Rindu juga sebenarnya nak tengok Wawa berlakon apatah lagi disamping suami tercinta Aeril Zafrel. Teringat lagi betapa sweet watak Adam dan Salmah dalam drama bersiri Cerita Cinta Kita.




Caliph Buskers Dihina Kerana Minta Batalkan Perhimpunan #KitaLawan

Posted: 02 Mar 2015 09:19 PM PST


Pemuzik jalanan Caliph Buskers yang sebelum ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia selepas menampilkan persembahan hebat di Anugerah Juara Lagu Ke 29 (AJL 29) merasa kesal dihina hanya kerana meminta perhimpunan #KitaLawan dibatalkan.

Ketua kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat meluahkan rasa sedih di Facebooknya apabila sokongan yang diterima lebih daripada sebulan telah berubah menjadi penghinaan.




Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT.Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.

Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Ke mana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah daripada sorakan kepada penghinaan?

Azmi berharap agar masyarakat tidak lagi menghina mereka dan memberi ruang untuk Caliph Buskers berkarya.


Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang.

Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar daripada bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.

Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB.

Sebelum ini, Caliph Buskers dilaporkan meminta agar pihak penganjur himpunan #KitaLawan di pusat beli belah Sogo membatalkan niat mereka kerana telah mengganggu periuk nasi pemuzik jalanan yang mencari makan di kawasan berkenaan.



Sejujurnya, kami rasa ada banyak lagi tempat lain yang boleh dijadikan sebagai tempat perhimpunan. Jika anda merasa anda mempunyai masalah dan melakukan perhimpunan untuk mendapat sokongan ramai, jangan lah sampai buta hati untuk menutup periuk nasi orang lain.

Sumber Berita: Sinar Harian


Pekin Ibrahim Mohon Maaf Pada Ibu Sebelum Berlakon Jadi Wanita

Posted: 02 Mar 2015 08:46 PM PST


Pelakon Pekin Ibrahim sudah memohon maaf kepada ibunya sebelum apa-apa berlaku apabila menerima watak sebagai seorang wanitalan dalam filem Coverina. Pekin tidak mahu ibunya nanti mengkritik atau memaki hamun beliau apabila menonton filem tersebut nanti.




Sebelum dimaki dan dikritik ibu, jadi saya awal-awal lagi sudah membuat permohonan maaf menerusi suara latar dalam filem itu.

Saya menjelaskan kepada ibu yang anak lelakinya ini masih lurus dan belum terpesong lagi.

Pekin ternyata sudah melakukan perubahan basar dalam filem Coverina dimana beliau sebelum ini terkenal dengan watak serius atau independent. Jelas pekin, sudah tiba masanya untuk beliau keluar daripada zon selesa dan mencabar kemampuan diri.


Saya sebenarnya adalah seorang yang pemalu, namun tawaran ini diterima sebagai salah satu cara untuk saya mencabar diri saya namun ia tetap mengikut kemampuan diri juga.

Ada yang mengatakan berdosa kerana menyerupai wanita, namun kita tahu niat atas dasar kerja. Saya berjuang dalam wadah kesenian.



Tidak dapat dinafikan lakonan Pekin Ibrahim memang mempunyai auranya tersendiri. Tak sabar rasanya kami nak lihat bagaimana Pekin berlakon sebagai seorang wanita. Lihat gambar sahaja boleh tahan cun kan? Cuma ada spare tyre sikit. Hehe


Sumber Berita: Malaysian Digest




Dikatakan Mempunyai Barah Otak: Bella Dally Tetap Berada Di Samping Nazim Othman

Posted: 02 Mar 2015 08:22 PM PST


Semalam kami rasa ramai yang terkejut apabila menerima berita tergempar bahawa Nazim Othman berkemungkinan sedang bertarung untuk melawan barah otak. Meskipun tiada lagi penjelasan daripada Nazim berkenaan hal tersebut, tetapi peminat sudah boleh menjangkakan ia berdasarkan foto imbasan magnetik (MRI) yang dimuat naik oleh beliau di akaun Instagram.

Namun, Nazim nampaknya tidak keseorangan dalam menghadapi ujian ini kerana kekasihnya Bella Dally masih tetap setia bersama dan memberikan kata-kata semangat untuk Nazim menentang penyakitnya itu.




Positivity and strength at its best. Rest assured your're not alone @nazimothman

Jika benar Nazim Othman sedang bergelut untuk menentang barah otak, ianya bukan senang untuk beliau menerima berita tersebut bukan? Tentu sekali beberapa perkara akan bermain dimindanya dan saat ini beliau memerlukan sokongan orang ramai terutama sekali insan tercinta untuk terus bersemangat.

Kredit Foto: Instagram Bella Dally


Juliana Evans Masih Solo, Nafi Bercinta Dengan Sonaone

Posted: 02 Mar 2015 08:08 PM PST


Yeah~~~~ Para jejaka di luar sana bolehlah menarik nafas legas. Si gadis yang cantik, menawan, jelita, cun melecun dan memikat iaitu Juliana Evans mengesahkan yang dirinya masih lagi solo. Tiada teman lelaki. Single. Still available. Desas-desus percintaannya dengan Sonaone baru-baru ini hanyalah sekadar usikan kawan-kawannya. Juliana Evans dan Sonaone tidak bercinta. Mereka sekadar kawan baik sahaja.



Walaupun kebanyakan para peminat merestui sekiranya Juliana Evans benar-benar bercinta dengan Sonaone, hubungan mereka sebagai kawan sudah bermula sejak kecil lagi. Malah mereka juga telah rapat sebelum Juliana terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran. Secara jujur, memang Juliana dan Sonaone sama cantik sama padan. Kedua-duanya pun ada darah campuran. Kata Juliana:-


Saya jenis yang akan cakap terus-terang kalau benda itu betul. Biasanya saya tak ada masalah untuk mengaku cuma untuk gosip ini memang tak betul. Saya sudah agak benda ini akan jadi bualan. Bila saya kongsi gambar kami di media sosial, saya sudah tahu hal iniakan timbul. Hakikatnya saya sudah kenal dia lama.

Sejak dulu lagi, sebelum saya sambung belajar ke Amerika Syarikat kami memang berkawan rapat tapi tak ada apa-apa macam bercinta seperti yang dikecoh-kecohkan itu. Kami pun tak pernah keluar berdua saja. Kalau lepak di luar pun secara beramai-ramai. Mungkin kebetulan saya baru balik Malaysia jadi kawan-kawan saya mengusik.



Lega Abang Nara mendengar kata-kata Juliana Evans. Hehehe. Eh, kenapa Abang Nara pulak yang lega? Maafkan saya. Diharap apabila Juliana Evans sudah bertemu cinta hatinya kelak, perkara tersebut tidak akan dirahsiakan. Buat masa ini, Juliana masih single, Sonaone pun masih single. Kalau nak mengorat dipersilakan. Lagi beberapa gambar Juliana Evans dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Harian Metro.













SonaOne Nafi Bercinta Dengan Juliana Evans

Posted: 02 Mar 2015 08:06 PM PST


Baru-baru ini, timbul gosip bahawa penyanyi rap SonaOne sedang rapat dan bercinta bersama aktres jelita Juliana Evans apabila beberapa foto mereka dimuat naik ke laman Instagram.



Walaubagaimanapun, SonaOne yang sudah mengenali Juliana sejak kecil lagi menafikan mereka sedang bercinta dan menanggap gosip tersebut sekadar usikan daripada rakan-rakan.


Saya rasa gosip yang mengatakan kami sedang bercinta ini agak kelakar kerana kami sudah berkawan rapat sejak dulu lagi. Malah, saya dan Juliana sudah berkawan sejak usia kami kecil.

Mungkin ada pihak yang suka melihat kami sebagai sepasang kekasih dan cuba untuk menyatukan kami berdua. Namun buat masa ini saya mahu fokus dengan muzik yang saya perjuangkan dan tiada masa untuk bercinta.

Buat masa ini SonaOne sedang sibuk untuk menghasilkan album solo beliau yang pertama selepas beberapa kejayaan telah dikecapi bersama Joe Flizzow menerusi lagu Apa Khabar.

Betul apa kata SonaOne tu mungkin ramai yang mahu melihat anda dan Juliana Evans bercinta. Dua-dua nampak sepadan dan berdarah kacukan. Apa salahnya kalau bercinta kan? Heh

Sumber Berita: BH ONLINE


Video Romie Luah Kata-Kata Romantis Untuk Hanez Suraya Berlatarbelakangkan Eiffel Tower

Posted: 02 Mar 2015 07:37 PM PST


Apakah yang lebih romantik daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu mencairkan bakal isteri anda? Tak lain tak bukan ialah meluahkan kata-kata tersebut dengan berlatarbelakangan Eiffel Tower, yang terkenal sebagai simbol cinta buat pasangan sedang memadu kasih. Kalau Abang Nara jadi Hanez Suraya, memang cair tahap plastik yang dilebur di dalam asid apabila mendengar impian, cita-cita dan harapan bakal suaminya, Romie Razin Adilha.
Untuk makluman, Hanez, Romie dan 6 lagi teman baik mereka telah terbang ke Paris dan London untuk membeli barang hantaran. Mengambil kesempatan berada di kota cinta tersebut, Romie telah merakamkan satu video yang mengandungi harapan dan impiannya terhadap perkahwinannya dengan Hanez.

Untuk anda yang malas menonton video ini, Abang Nara kongsikan kata-kata romantis Romie untuk tatapan anda:-




Saya berharap Hanez akan menjadi isteri dan ibu yang baik kepada anak saya. Semoga saya dapat menjadi suami yang terbaik untuk dia dan ayah yang baik kepada anak kami. Semoga ikatan perkahwinan kami ini akan kekal hingga ke jannah.

Insya-Allah saya akan jaga amanah serta tanggung jawab baru ini sebaik mungkin. Sebagai bakal suami saya berharap akan dikurniakan zuriat seterusnya yang akan terus memperlengkapkan lagi rumah tangga lebih bahagia.

Semoga perjalanan hidup kami lepas kahwin nanti akan diberkati Allah dan direstui keluarga. Buat peminat Hanez dan rakan media yang tak putus menyokongnya, terima kasih saya rakamkan buat anda semua.



Nampaknya Romie telah meletakkan tanda aras yang agak tinggi buat para jejaka di luar sana yang mahu meluahkan kata-kata romantis terhadap bakal isteri. Abang Nara pasti hati Hanez Suraya berbunga-bunga mendengar kata-kata bakal suaminya itu. Semoga perkahwinan mereka akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar tentera terputus hubungan zamani