Powered by Blogger.

Taufik Batisah Enggan Teman Wanita Mengongkong

Menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama aktres jelita Fazura, penyanyi kelahiran Singapura Taufik Batisah bagaimanapun memuji sikap teman rapatnya itu dan enggan mengambil peduli tentang gosip tidak benar dimana mereka didakwa sudah bertunang.




Dia gadis cantik, sopan, baik budi dan berbakat. Gosip ini tidak benar, maka saya tidak mahu ambil pusing dan terlalu memikirkannya. Pada saya, gosip ini juga sebahagian daripada lumrah kehidupan artis.

Berbicara soal karakter gadis idamannya, Taufik menyatakan beliau tidak mahu teman wanita yang suka mengongkong kerana inginkan kebebasan dalam melakukan sesuatu.

Lagu hitsnya Awak Kat Mana di inspirasikan daripada melihat hubungan rakan-rakannya yang tidak mempunyai kebebasan apabila menjalinkan hubungan cinta.


Saya sukakan kebebasan dan terus terang memang tak boleh terima jika diri dikongkong. Sekiranya saya berada di tempat rakan saya yang mempunyai kekasih terlebih prihatin ini, perkara pertama dilakukan adalah berbincang. Jika tidak berkesan, saya angkat kaki.

Bukan sahaja Taufik Batisah merasakan Fazura itu cantik dan mempunyai sifat yang hampir sempurna tetapi begitu juga dengan ramai lelaki di Malaysia ini. Soal tidak mahu teman wanita yang mengongkong itu adalah satu tindakan yang agak bijak, kerana dalam soal perhubungan kedua-dua pihak harus memahami antara satu sama lain dan tidak cuba untuk mengubah karakter seseorang itu.

Sumber Berita: Harian Metro


Kedudukan Nabil & Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Terancam?
Nabil dan Neelofa adalah gandingan yang amat bagus sekali sebagai pengacara program hiburan MeleTOP. Malah mereka berdua telah bergandingan sejak awal kewujudan program ini sekaligus membolehkan keserasian terbentuk. Neelofa jenis yang serius sedikit, sementara Nabil jenis pak lawak. Memang kombinasi yang sempurna. Malah ramai yang mahukan gandingan ini terus kekal mengacara MeleTOP selama mana yang boleh.



Namun sejak minggu lalu, sudah timbul desas-desus tempat kedua-dua pengacara ini bakal digantikan oleh orang lain. Tidak diketahui pula sama ada hanya seorang daripada mereka yang bakal disingkirkan. Namun berdasarkan tulisan di dada-dada akhbar, pengacara yang bakal mengambil alih MeleTOP ini tidak kurang hebatnya. Malah khabar angin bertiup kencang yang si pengacara baru ini menggunakan kabel kuatnya dengan stesen Astro untuk melobi. Hmmmmmm.. Boleh tahan panas juga gosip ini kan?



Namun seperti biasa desas-desus ini tidaklah boleh dipercayai 100%. Semalam Abang Nara tengok Nabil dan Neelofa masih lagi mengacarakan MeleTOP. Mungkin ini sekadar khabar angin semata-mata. Takkanlah Astro nak buang 2 pengacara kesayangan ramai ini? Silap-silap boleh jatuh rating nanti. Apa pun, kalau ada rezeki tak ke mana. Semoga Nabil dan Neelofa terus mengacara MeleTOP kerana gandingan anda berdua memang meletup. Tak gitu?


Khairy Jamaluddin Bertemu Dengan Aizat, Mizz Nina & Yuna Di New York


Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin merupakan seorang menteri yang cukup menjadi idola dan mentor baik daripada golongan anak muda mahupun dewasa. Mempunyai cara yang cukup santai dan terkini mengikut perkembangan semasa, Khairy juga aktif di laman sosial terutama sekali Twitter.

Khairy yang kini berada di kota metropolitan New York atas urusan untuk memberikan sedikit taklimat kepada komuniti Malaysia di bandaranya tersebut secara kebetulan telah bertemu dengan beberapa artis terkemuka negara iaitu Aizat Amdan, Yuna dan Mizz Nina.



Foto beliau dan ketiga-tiga artis tersebut telah dimuat naik di Twitter. Ramai pengikut Khairy yang memberikan komen pada gambar itu dan antara yang menarik perhatian kami apabila salah seorang pengikut menyatakan menteri itu nampak sebaya dengan Aizat.

Mungkinkah Khairy Jamaluddin mempunyai rencana menarik buat belia di masa depan yang melibatkan Aizat, Mizz Nina dan Yuna? Menteri Belia dan Sukan ini jelas mempunyai visi dan matlamat untuk masa depan anak muda Malaysia dengan cara sungguh sempoit. Keep it up!

Sumber Berita: Malaysian Digest


Norman KRU Dakwa Wujud Gerakan Jatuhkan Zizan Razak

Posted: 04 Mar 2015 12:09 AM PST


Ya memang tidak dinafikan nama Zizan Razak sejak kebelakangan ini sering terpampang di dada-dada akhbar, media eletronik, blog dan juga portal hiburan. Kalau tak silap Abang Nara, ia bermula sejak kegagalan gabungan Zizan dengan Yus dan Tauke sebagai kumpulan Virus di dalam MLM2014. Kemudian ia dikeruhkan pula dengan putusnya percintaan Zizan dengan Emma Maembong. Diikuti pula dengan kegagalan Zizan meraih sebarang anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2015. Tidak lama kemudian, muncul pula gosip Zizan dengan orang kuat stesen Astro bernama Puteri Yasmin.
Senang cerita, 3-4 bulan kebelakangan ini, Zizan Razak dihimpit kontroversi yang tidak putus-putus. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada kerjaya dan populariti pelawak ini. Menariknya, Norman KRU menganggap ada pihak yang sengaja mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan Zizan. Pihak tersebut sengaja mengada-adakan cerita buruk untuk meranapkan karier Zizan kerana rasa cemburu. Kata Norman:-


Beberapa bulan ini dengan apa yang berlaku terhadap diri Zizan, saya rasa macam ada satu gerakan yang mahu jatuhkan dia. Tapi, saya tidak pasti siapa pihak tersebut yang nampaknya seperti kurang senang dengan Zizan.

Saya sudah lama mengenali Zizan. Saya sayang dengan bakat yang dia ada dan dia bukan saja boleh melawak tetapi boleh berlakon.Bagi saya, isu-isu yang timbul ini remeh dan tidak perlulah ianya digembar-gemburkan lagi.

Sebenarnya, apabila saya dengar tentang gosip cinta dia dengan orang Astro, saya tertanya juga siapakah wanita itu.Namun, apabila saya diberitahu kononnya wanita yang dimaksudkan itu ialah Yasmin, saya lagilah tergelak.

Kalau ada pihak yang sentiasa saja mahu mencari salah dia, saya rasa sesiapa pun akan rasa tertekan apabila terpaksa berdepan dengan keadaan itu.

Kadang-kadang kalau kita rasa kontroversi atau isu yang terpaksa kita lalui itu berat sangat, kita pun akan rasa tertekan dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa



Ada benarnya juga kata Norman KRU itu. Mungkin memang ada pihak yang sengaja menjatuhkan Zizan Razak kerana cemburu dengan populariti yang dikecapi pelawak tersebut. Namun bagi Abang Nara, kontroversi-kontroversi yang berlaku terhadap Zizan adalah lumrah kehidupan seorang selebriti. Buruk atau baik, ia harus ditangani dengan bijak. Silap langkah, peminat boleh lari. Semoga kontroversi tersebut akan menguatkan lagi semangat Zizan dan bukannya menyebabkan Zizan putus asa sebagai seorang anak seni. Apa pendapat anda? Sumber MalaysianDigest.


Felixia Yeap Akui Diri Masih Solo

Posted: 03 Mar 2015 07:27 PM PST


Sudah memeluk agama Islam sejak 7 bulan yang lalu, jarang sekali kita mendengar perkembangan terkini mengenai Felixia Yeap. Namun, baru-baru ini gadis berbangsa China ini di gosipkan sudah mendirikan rumah tangga secara senyap.



Bukan itu sahaja, Felixia sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja Selangor iaitu Raja Zainal Badri.

Menerusi laman Facebook rasminya, Felixia menyifatkan segala gosip dan kontroversi tentang beliau sudah berkahwin adalah fitnah semata-mata. Buat masa ini beliau masih lagi solo.




Saya rasa masih ramai yang tak faham kot. Asyik dengar orang sebar fitnah yang saya dah kahwin, padahal saya hidup sebatang kara tiada berimam. Batang hidung bakal imam pun tak nampak lagi. Dah kena gosip kahwin dengan siapa pulak??

Takpe la…mungkin saya perlu ulang setiap hari sehingga orang ramai faham. Biar hari2 baca sampai meluat. HAHAHA.

SAYA TAK KAHWIN LAGI.
SAYA TAK DATING DENGAN SIAPA-SIAPA.
SAYA TAK BERPUNYA DAN MASIH BUJANG.

Tudiaaaaa. Ada faham? Ini amoi manyak single. Hokey? #?amoiissingle?

Bak kata Felixia Yeap, " ini amoi manyak single" maksudnya ada la lagi peluang untuk abang-abang handsome diluar sana masuk jarum ye dak? Siapa yang tidak mahu gadis secantik dan semanis Felixia Yeap sebagai isteri bukan. Lebih-lebih lagi kalau anda dapat membimbing beliau dalam menuntut agama Islam.

Sumber Berita: Facebook Felixia Yeap


Nazim Othman Ucap Terima Kasih Kerana Mendoakannya

Posted: 03 Mar 2015 07:00 PM PST


Tidak dapat kami sangkal lagi berita tentang keadaan kesihatan Nazim Othman yang dikatakan sedang bergelut dengan penyakit barah otak telah membuat peminat terkejut. Ini kerana, aktor tersebut tidak pernah dikhabarkan mempunyai penyakit yang serius sehinggalah beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI) terhadap otaknya.

Walaupun perkara tersebut masih belum disahkan oleh Nazim, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sering mendoakan kesejahteraan beliau dalam posting terbaru di Instagram.

Berikut adalah kata-kata Nazim :-






Embracing the little things in life with a good friend of mine. Kita cuma perlu mereka yang menampakkan sisi jujur dan ikhlas bukan sekadar kata-kata. Alhamdulillah walaupun kawan saya tak ramai, seorang dua yang membuktikan keikhlasan itu sudah cukup sempurnakan hidup ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesejahteraan saya. Saya bersyukur. Semoga kita semua dirahmatiNya. Amin. #Allahknowsbest

Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan jadi kepada mereka satu hari nanti. Barah otak merupakan salah satu penyakit yang serius dan memerlukan semangat yang kuat untuk menentangnya. Sama-sama kita doakan agar Nazim Othman diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menentang apa sahaja kesakitan yang sedang dialaminya. Semoga cepat sembuh. InshaAllah.

Sumber Berita&Foto: Instagram Nazim Othman


(5 FOTO) Azlan Typewriter Dan Kereta Mewah Ferrari Miliknya

Posted: 03 Mar 2015 06:02 PM PST


Azlan Typewriter yang sudah lama tidak muncul membuat persembahan di televisyen mahupun di mana-mana anugerah, mula menjadi bualan orang dimana beberapa pihak mengatakan beliau kini sudah berjaya dalam perniagaan sehingga mampu untuk memiliki sebuah kenderaan mewah.

Azlan sering memuat naik foto kenderaan penuh gaya mewah iaitu Ferrari ke akaun Instagram miliknya. Namun, Azlan tidak mahu mendedahkan kisah peribadinya dan enggan mengulas lanjut mengenai kereta Ferrari miliknya.


Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi.

Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya.

Pergh, memang stylo habis Azlan bergambar dengan kereta Ferrari sport miliknya. Rezeki memang berpihak kepada Azlan dan segala usaha beliau sudah terbayar serta tidak lupa untuk bersifat rendah diri.Lagi beberapa foto Azlan Typewriter dan Ferrari milik beliau dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: murai.com.my







Zizan Razak Anggap Putri Yasmin Hanya Sebagai Kakak

Posted: 03 Mar 2015 05:38 PM PST


Digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama seorang penerbit stesen televisyen Astro, Zizan Razak yang sebelum ini tidak mahu membuka mulut telah tampil menjelaskan status hubungan mereka yang sebenar.

Buat Zizan, beliau menganggap Putri Yasmin tidak lebih daripada seorang kakak dan hubungan mereka adalah berdasarkan urusan kerja.




Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia pengurus dan bos saya sahaja, malah, juga saya anggap dia sebagai seorang kakak.

Zizan turut mengatakan gosip mengenai mereka adalah fitnah semata-mata dan kemesraan mereka sudah di salah tafsir. Pelawak tersebut tidak mahu perkara ini diperbesarkan lagi dan berharap pihak media dapat memberikan beliau sedikit ruang untuk menangani isu panas ini.


Saya tidak tahu ini fitnah jenis apa dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Saya juga harap pihak media memberi saya bernafas untuk menjawab isu ini.

Tidak apalah Zizan, sekurang-kurangnya anda sudah menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat agar tiada lagi yang membuat andaian mereka tersendiri.

Sumber Berita: mStar Online

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani