Gayatri Akui Cemburu Zul Ariffin Bersama Ayda
Gayatri Akui Cemburu Zul Ariffin Bersama Ayda |
- Gayatri Akui Cemburu Zul Ariffin Bersama Ayda
- Hans Isaac Terkejut Kenyataan Neelofa
- Ayda Jebat Dipaksa Kahwin Dengan Zul Ariffin?
Gayatri Akui Cemburu Zul Ariffin Bersama Ayda Posted: 22 Aug 2014 07:58 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2014 - Penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai akui wujud rasa cemburu apabila melihat kemesraan kekasihnya, Zul Ariffin bersama pelakon Ayda Jebat dalam drama Rindu Awak 200% yang sedang hangat ditayangkan di TV3. Gayatri berkata rasa cemburu itu penting dalam setiap perhubungan cinta, namun dia akui ianya masih terkawal kerana memahami apa yang dilakukan sebahagian daripada tuntutan kerja sebagai seorang pelakon. "Saya gembira untuk Zul kerana setelah bekerja keras dan fokus dalam bidang lakonan akhirnya dia sudah berada di tahap yang membanggakan. "Saya akui mengikuti dan menonton drama tersebut dan saya rasa setiap pasangan perlu ada rasa cemburu kepada kekasih mereka lebih-lebih lagi melihat kekasihnya bersama wanita lain. "Tapi kita perlu tahu apa yang dilakukan hanya untuk ditonton sebagai sebahagian tuntutan babak dalam drama tersebut dan saya sendiri memahaminya," katanya kepadamurai.com.my. Gayatri ditemui ketika majlis pelancaran Festival Filem Malaysia ke 26 yang diadakan di Studio 1, Finas baru - baru ini. Penerbit filem Astro Shaw itu diminta mengulas selepas ramai peminat drama bersiri yang diadaptasi dari novel itu menyukai gandingan Zul dan Ayda dan mahu mereka bersatu walapun dalam dunia realiti. Rindu Awak 200 % masih lagi ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3. Sumber: Murai.com.my |
Hans Isaac Terkejut Kenyataan Neelofa Posted: 22 Aug 2014 07:50 PM PDT 'Sumber oleh Astro Gempak KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2014: Disaat pelakon dan pengacara, Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai desas-desus yang mengaitkannya dengan kerabat sebuah negeri di Pantai Timur, pelakon Hans Isaac pula terkejut apabila pengacara program MeleTOP itu telah mengeluarkan kenyataan yang hubungan mereka telah putus di tengah jalan walaupun mereka tidak pernah mengumumkan sedang menjalinkan cinta sebelum ini. Menurut Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac mengakui tindakan Neelofa mengeluarkan kenyataan sebegitu sedikit menjejaskan imejnya yang sedia maklum mengendalikan syarikat dalam bidang korporat. "Saya terkejut besar apabila dia keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami telah berakhir sedangkan kami telah capai kata sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai perkara ini. "Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana sedia maklum saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan ianya tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya," ujar Hans Isaac kepada Astro Gempak ketika ditemui di sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya. Dalam pada itu, Hans tidak menafikan atau mengiyakan mengenai gosip kononnya Neelofa dilamar kerabat diraja di sebuah negeri Pantai Timur, tetapi percaya khabar angin yang sering tersebar melibatkan selebriti selalunya benar."Saya tidak mengiyakan atau menafikan tentang berita tersebut. Tetapi mungkin ada kebenarannya sebab jika tidak, kenapa gosip tersebut boleh tersebar luas? Dan mengapa Neelofa harus tunggu sehingga dua bulan baru ingin keluar kenyataan mengenai berita tersebut?" tegas Hans. Namun jelas Hans, perasaan marahnya sudah reda dan tidak menafikan masih menyayangi Neelofa tetapi hanya sekadar rakan sahaja. "Perasaan marah sudah semakin reda dan saya tidak bermusuhan dengan Neelofa. Kami masih lagi berkawan masih berkomunikasi seperti biasa. Ya memang saya akui perasaan sayang masih ada tetapi sekadar rakan sahaja tidak lebih dari itu. "Kini saya hanya fokus dengan kerja harian yang sememangnya padat dan tidak mahu fikir soal peribadi yang menimpa diri sebelum ini. Memang kadang kala ada rasa sunyi tetapi saya tidak mahu perkara ini menyelubungi diri saya. Jadi ada sahaja aktiviti yang saya lakukan untuk elak perasaan tersebut timbul," tambah Hans lagi. Dalam pada itu, Hans dan pelawak terkenal Harith Iskander bakal mengarahkan semula teater Supermokh Restaging buat kali kedua selepas mendapat permintaan ramai dari pelbagai pihak. Pementasan Supermokh Restaging bakal berlangsung dari 8 September hingga 21 September depan yang mengisahkan kehidupan bintang bola sepak legenda, Mokhtar Dahari.Selain Awie, ianya turut dibintangi oleh Maya Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. |
Ayda Jebat Dipaksa Kahwin Dengan Zul Ariffin? Posted: 22 Aug 2014 07:04 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2014: Pelakon yang sedang popular menerusi drama bersiri Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat akui telah menerima impak yang sangat hebat daripada peminat sejak drama yang diadaptasikan dari novel itu ditayangkan. Paling hebat apabila Ayda memberitahu dia menerima kiriman emel daripada seorang peminat yang mahu dia dan hero drama tersebut iaitu Zul Ariffin berkahwin selewat-lewatnya selepas Raya ini. "Peminat setakat ini suka akan gandingan kami walaupun ada juga yang membenci dek kerana watak saya yang sombong dan sangat degil."Saya menerima banyak respon daripada peminat terutama di laman sosial seperti Instagram yang kebanyakannya positif sahaja. "Memang ramai yang mahu melihat kami berdua benar-benar bercinta walaupun di luar drama tapi paling hebat sampai ada yang personal emel saya sendiri berutahu mahu melihat kami bahagia dan berkahwin. "Biasanya kami anggap ianya sebagai joke sahaja dan tak ambil pusing kerana itu yang perlu kami terima bila peminat benar-benar menghayati lakonan kami," katanya kepada murai.com.my. Ayda temui hadir bersama Zul dalam sebuah majlis rumah terbuka majalah Media Hiburan yang diadakan di Restoran N'dah Shah Alam semalam. Rindu Awak 200% itu masih ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis sehingga 28 episod. Sumber dari Murai.com.my |
You are subscribed to email updates from Koleksi Berita Hiburan Sensasi Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment