Powered by Blogger.

Gambar Baju Emma Maembong Basah Ketika Bercuti di Phuket Thailand

Gambar Baju Emma Maembong Basah Ketika Bercuti di Phuket Thailand


Gambar Baju Emma Maembong Basah Ketika Bercuti di Phuket Thailand

Posted: 20 Mar 2014 01:04 AM PDT

Gambar Baju Emma Maembong Basah Ketika Bercuti di Phuket Thailand  |  Siapa pernah tengok gambar Emma Maembong dalam keadaan basah selepas mandi? Jika belum, mari layan beberapa gambar Emma di bawah.

Emma Maembong basah
Pelakon pujaan ramai, Emma Maembong kini sedang menikmati sebuah percutian di Phuket, Thailand bersama adik-beradik dan rakannya yang lain. Emma kelihatan tetap cantik dan menawan walaupun tanpa mengenakan sebarang make-up.

Gambar-Percutian-Emma-Maembong3
Gambar-Percutian-Emma-Maembong2

Di sebalik percutian mereka di sana, Emma sempat memuatnaik status yang mengungkapkan perasaan rindu dan sayangnya kepada Zizan.

Luahan rindu Emma Maembong kepada Zizan Razak 1

Kasih Ibu, Erra Rangkul Aleesya Selepas Berpisah

Posted: 19 Mar 2014 10:27 PM PDT

Kasih Ibu, Erra Rangkul Aleesya Selepas Berpisah| Bak kata pepatah, kasih ayah sepanjang masa kasih ibu membawa ke syurga. Itulah yang boleh digambarkan mengenai ikatan erat yang terjalin antara Erra Fazira, Engku Emran dan anak tunggal comel mereka, Engku Aleesya.

Nampaknya, mereka tidak lekang memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada si cilik itu walaupun pernikahan mereka berakhir dengan perpisahan.

Buktinya, baru-baru ini perimadona tersebut telah memuatnaik sekeping foto bersama anaknya dan dipercayai merupakan kali pertama Erra bertemu Aleesya sejak perpisahannya dengan Emran.

Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu jelas menunjukkan wajah kerinduan seorang ibu kepada anaknya dan Erra juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk merangkul erat anak tunggalnya.

Jumpa Anak Kali Pertama Selepas Berpisah, Erra Rangkul Aleesya Seeratnya

Peminat yang turut tersentuh dengan foto itu tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada Erra Fazira dengan harapan agar wanita itu lebih tabah mengharungi dugaan hidup.

Bertuah Aleesya mempunyai kedua orang ibu bapa yang cukup sayang akan dirinya dan tidak pernah sekali mengabaikan tanggungjawab mereka.-ohbulan

Gempar: Datuk Jalaluddin Hassan Nyaris Dicabul!

Posted: 19 Mar 2014 10:17 PM PDT

Gempar: Datuk Jalaluddin Hassan Nyaris Dicabul!| Mungkin tidak ramai peminat mengetahui kisah hidup sebenar pelakon tersohor negara, Datuk Jalaluddin Hassan, 60. Hari ini akhbar Utusan telah berkongsi satu artikel yang menceritakan pengalaman beliau berdikari sehingga bergelar pelakon.

Apa yang menarik perhatian ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an. Sebelum mula bekerja dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan. Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain.

Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.

"Masa itu, saya sudah pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.
"Berbual dengannya di dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.

"Namun selepas saya katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan lari macam tak cukup tanah! Terkejut.

"Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada."-cari

 

MH370: Kecoh Bila Objek Dikesan Terapung Di Lautan Hindi Berukuran 24 meter

Posted: 19 Mar 2014 04:20 PM PDT

MH370: Kecoh Bila Objek Terbesar Dikesan Terapung Di Lautan Hindi Berukuran 24 meter  | Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengesahkan bahawa salah satu objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter.

Pegawai AMSA John Young berkata sebuah lagi objek yang ditemui adalah lebih kecil.

Namun demikian Young menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Beliau berkata sejurus menerima berita tentang objek-objek tersebut, empat pesawat telah dihantar ke kilometer 2,500 barat selatan Perth.

imej-mh370
Beliau turut berkata pesawat tentera udara Australia, Orion, telah dihantar ke kawasan tersebut pada pukul 1.50 petang.

Tiga lagi pesawat Poseidon dijangka tiba di kawasan tersebut pada pukul 3 petang.

Beliau menambah, cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad mungkin mengganggu operasi mencari objek tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot mengumumkan di Parlimen negara itu bahawa dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat MAS MH370 yang telah dijumpai.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

john young
Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

“Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti,” katanya.

The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini.

MH370 : Pak Selamat Kecewa Sikap MAS Cuba Lepas Tangan

Posted: 19 Mar 2014 03:34 PM PDT

Pak Selamat Kecewa Sikap MAS Cuba Lepas Tangan  |  Keluarga penumpang MH370 yang ditempatkan di Hotel Everly sejak kehilangan pesawat tersebut dibenarkan tinggal di hotel itu sehingga Jumaat ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang sukarelawan dari Malaysia Airlines (MAS) kepada pihak media di hotel berkenaan Rabu.

Sukarelawan itu berkata, bilik-bilik di Hotel Everly telah ditempah hanya sehingga Jumaat.

"Selepas itu, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang akan mengambil alih pembiayaan waris penumpang dan akan menentukan sekiranya mereka akan terus tinggal di hotel itu atau tidak.

"Kebanyakan daripada waris penumpang MH370 telah pun meninggalkan hotel ini dan balik ke rumah masing-masing," kata sukarelawan tersebut.

Sementara itu Selamat Omar, ayah kepada Mohd Khairul Amri yang merupakan salah seorang penumpang di dalam pesawat itu, berkata mereka diberitahu tentang pengambil alihan itu pada Selasa.

"Ya, memang kami diberitahu kami akan tinggal di sini sehingga Jumaat dan selepas itu, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat keputusan jika kami masih boleh tinggal di sini," katanya mengiyakan perkara itu.

Selamat melabelkan tindakan MAS memberi tugas pembiayaan kepada Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

"Semalam MAS berkata Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ambil alih pembiayaan dan penjagaan waris di Hotel Everly. Namun, tiada sebab diberikan.

"Bilik operasi MAS yang ada di hotel ini pun sudah tiada sejak hari ini. Saya rasa MAS tidak peka kepada keadaan waris.

"Kami bukannya hilang baju atau jam. Kami kemungkinan hilang nyawa. MAS perlu bertanggungjawab di saat-saat genting ini. Saya sungguh kecewa MAS serahkan beban tugas kepada pihak lain," katanya kepada Astro AWANI.

Menurut Selamat yang merupakan seorang peneroka Felda, tiada sehari pun beliau berputus asa bahawa anaknya akan kembali ke pangkuannya.

"Saya yakin kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari pesawat itu. Saya berharap ia akan dijumpai.

"Begitu juga dengan keluarga saya. Walaupun isteri saya dan isteri anak saya menangis sejak mendapat tahu tentang kehilangan pesawat itu, mereka semakin tabah," katanya.

Walaubagaimanapun, MAS, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam berkata, penumpang dan krew di dalam pesawat MH370 serta keluarga mereka sentiasa dipentingkan.

"Selama ini, keluarga penumpang MH370 sentiasa diberi taklimat pertama tentang apa-apa perkembangan pesawat yang hilang itu.

"Namun, maklumat yang sering bercanggah dan spekulasi telah membawa keperitan dan kesusahan yang besar kepada keluarga penumpang.

"Keutamaan kami adalah memberikan segala bantuan kepada keluarga para penumpang dan anak kapal," kata MAS.

Pesawat B777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan hilang daripada radar tidak sampai sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas.

Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang SPM

Posted: 19 Mar 2014 02:10 PM PDT

Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang SPM| Salah seorang daripada ribuan yang mengambil keputusan SPM hari ini ialah anak sulung Rozita Che Wan, Ameer Effendy.

anakcheta2

Selaku seorang ibu, pastinya Che Ta mahukan keputusan cemerlang buat anaknya. Ternyata ia menjadi kenyataan. Che Ta telah berkongsi gambar keputusan SPM anaknya di akaun Instagramnya.

Penuh dengan A. Tahniah!!!

anakcheta

Pastinya lebih mudah untuk anak Rozita Che Wan memohon universiti dalam dan luar negara dengan keputusan sebegini. Fikir elok-elok sebelum buat sebarang keputusan.

Apa pun, tahniah diucapkan. Tahniah juga kepada Che Ta kerana kejayaan anaknya ini. Jangan lupa bagi hadiah yang best-best!!!-Beautifulnara

Gambar Eyka Farhana Tayang Susuk Badan Di Kelab Malam

Posted: 19 Mar 2014 11:46 AM PDT

Gambar seksi Eyka Farhana bersosial di kelab malam | Pelakon remaja, Eyka Farhana atau Farhana Sarmizi ialah antara selebriti pelapis negara yang semakin dikenali ramai selepas lakonan hebatnya dalam drama bersiri dan filem Juvana.



Ramai pengarah mengakui bakat semulajadi yang dimiliki gadis berusia 19 tahun itu namun apa yang membimbangkan ialah kehidupan sosial Eyka Farhana yang didakwa mula mengunjungi kelab malam dengan berpakaian seksi dan menayangkan susuk badannya yang seksi dan mengiurkan.



Apapun, penulis harap Eyka tetap dapat mengawal diri ketika bersosial di kelab malam dengan rakan-rakan dan menjaga reputasinya sebagai pelakon idola remaja.

Gambar Tauke Raja Lawak Dakwa “DIA YANG MINTA SAYA PELUK”

Posted: 19 Mar 2014 10:58 AM PDT

Gambar Tauke Raja Lawak Dakwa “DIA YANG MINTA SAYA PELUK telah tersebar | Semalam apabila melihat beberapa keping foto 'mesra' Tauke Raja Lawak bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam yang telah tersebar di blog-blog hiburan tempatan.

Foto daring tersebut secara tidak langsung telah mengaitkan Tauke dengan kontroversinya dulu dan pelawak ini turut digelar 'kaki perempuan'.

Bagaimanapun, Tauke dari Kumpulan JAMBU yang dihubungi sebentar tadi menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak merasakan bahawa imejnya akan tergugat dengan penyebaran foto tersebut.

"Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi."

Tauke turut menambah bahawa dia tidak tahu siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.

"Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.

Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?"

Dalam pada itu, Tauke yang baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran filem 'Hantu Bungkus Ikat Tepi' berharap agar isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana dia kini sudah berubah dan mahu fokus pada kerjayanya sahaja.

Radar Tentera Thailand Sahkan MH370 Buat Lencongan Ke Arah Barat

Posted: 19 Mar 2014 10:14 AM PDT

Radar Tentera Thailand Sahkan MH370 Buat Lencongan Ke Arah Barat | Jika data sebelum ini hanya bersandarkan sumber Malaysia, namun kini, kerajaan Thailand juga mengesahkan bahawa sebuah pesawat dipercayai MH370 melakukan pusingan di udara.

Menurut laporan CNN yang memetik sumber ketenteraan negara itu, radar tentera Thai menerima komunikasi dan laluan normal untuk sebuah Boeing 777-200 pada pukul 1.22 pagi, 8 Mac lalu sebelum ia hilang dari radar.

Enam minit selepas itu, radar yang sama mengesan sebuah pesawat dengan isyarat lain terbang ke arah bertentangan.

Kapal misteri itu dipercayai MH370 yang telah melakukan lencongan di udara.

Bukti radar ketenteraan Thailand adalah bukti kedua selepas radar kententeraan Malaysia mengesan tindak laku misteri yang sama di udara.

Menurut pegawai Thailand berkenaan, radar mereka konsisten dengan radar Malaysia apabila mengesan kapal berkenaan terbang melangkau Pulau Perak di Selat Melaka.

"Kapal yang tidak diketahui itu menghantar isyarat sekejap-sekejap, yakni sekejap on dan off, on dan off," katanya.

Komando ATM Kini Berada di ‘Koridor Utara’

Posted: 19 Mar 2014 10:00 AM PDT

Komando ATM Kini Berada di 'Koridor Utara'! | Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

"Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara," katanya kepada Harian Metro.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani