Gadis biadap pertikai sedekah Al-Fatihah: "Dah mati, mati je la"
Gadis biadap pertikai sedekah Al-Fatihah: "Dah mati, mati je la" |
- Gadis biadap pertikai sedekah Al-Fatihah: "Dah mati, mati je la"
- Kisah Artis Sheera Iskandar: Bertudung Senyap-senyap. Mengapa?
- Kajian Ini Tamparan Hebat Buat Istana Selangor..
- Berita Memalukan PKR Ini Mula Tersebar Di Alam Siber..
- Tutup Keranda Dengan Bendera M'sia, Fanatik?
- Berita Gempar Dari Pejabat PKR..
- Tak Pernah Daftar Nikah Sejak Kahwin, Rozana Dedah Awie (Wings)
- Kongres Wanita & AMK PKR, Kenapa Kerusi Tak Penuh?
- Exco Baru AMK Boikot Ucapan Sulung Ketuanya Nik Nazmi.
- Tafakur MH17 Langgar Fatwa N/Perlis 1974
- Sayu: Isteri Co-Pilot MH17 cerita kasih seorang suami dan ayah
- Akhirnya.. PKR Akur Keputusan Istana Selangor?
- Ini Dia Calon PRK Pengkalan Kubur
- Wakil Skuasy Negara, Islam Sebagai Agama Persekutuan. Lucah?
- Gambar Istiadat Penghormatan Dan Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas MH17
- 3 gambar sayu anak pramugari #MH17 menangis depan keranda ibu
- PAS Terengganu Gopoh Gapah.. Saksikanlah
- Sayu - 2 Gambar Anak lelaki Co-Pilot MH17 sertai Solat Jenazah bapanya
- Wakil Skuasy Negara, Islam Sebagai Agama Perskutuan. Lucah?
- 7 Sebab Dr Mahathir Tarik Balik Sokongan Kepada Najib..
- S'gor 'Darul Babi', Bagaimana Asal-usulnya?
- Kuasa Sultan: Khalid Samad Ditegur SU PAS?
- Wanita pertikai hari berkabung negara buat Jenazah MH17
- Wanita Sebagai Pemimpin/MB, Pas Terpaksa Terima.. - SU M/Syura
Gadis biadap pertikai sedekah Al-Fatihah: "Dah mati, mati je la" Posted: 22 Aug 2014 07:35 PM PDT Tengok TV Online Gadis biadap pertikai sedekah Al-Fatihah: "Dah mati, mati je la" Kurang ajar, biadap dan tidak bertimbang rasa adalah gelaran yang paling sesuai untuk gadis ini. Dia mempertikaikan doa Al-Fatihah yang disedekahkan kepada mangsa nahas MH17. "dapat apa klau al-fatihah untk MH17? ad ke najib bagi duit kt korong emmm pelik2.. dah mati, mati je la aduii takpayah nak beriye sngt la weiii" tulisnya di dalam aplikasi Weechat. Betullah kata orang bijak pandai, 'jika tiada benda baik hendak diperkatakan, lebih baik diam'. Mesej ini untuk ramai lagi diluar sana yang mempunyai penyakit hati sama seperti gadis ini. - TengokTVonline |
Kisah Artis Sheera Iskandar: Bertudung Senyap-senyap. Mengapa? Posted: 22 Aug 2014 06:40 PM PDT Ibnu Hasyim Kisah Artis Sheera Iskandar: Bertudung Senyap-senyap. Mengapa? HALAMAN HIBURAN RAMADHAN tahun ini menyaksikan perubahan drastik beberapa selebriti terkenal tanah air terutama daripada segi memenuhi tuntutan berhijab. Hal itu turut membabitkan pelakon Sheera Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, 29, yang mula berhijab pada bulan penuh berkat itu. Enggan riak dan menggembar-gemburkan kisah penghijrahannya, tegas pelakon filem KL Gangster itu, tujuannya berhijab juga bukan untuk berkahwin. Demikian lapor Kosmo! Online hari semalam. Sheera yang ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Hiburan di Dewan N'Dah Catering, Shah Alam, Selangor baru-baru ini berkongsi kisah tentang proses penghijrahannya kepada Kosmo!. "Saya pakai tudung bukan sebab orang tapi kerana diri saya sendiri dan rasanya, tidak perlu untuk saya membuat sebarang pengumuman untuk tindakan ini (bertudung). Sedangkan keluarga saya sendiri pun tidak tahu bahawa saya sudah bertudung sejak Ramadan lalu, sehingga akhirnya mereka sendiri bertanyakan kepada saya untuk mendapatkan kepastian." Katanya kepada Kosmo! Ditanya, bagaimana bermula proses dia bertudung sebenarnya? "Saya banyak ditawarkan (berlakon) watak yang memerlukan saya bertudung dan pada bulan Ramadan lalu, saya rasa malu apabila tidak bertudung sedangkan orang sekeliling saya semuanya menutup aurat dengan sempurna. "Jadi, saya mengambil pendekatan perlahan-lahan belajar pakai tudung hingga saya selesa. Tambahan, apabila berada di luar rumah saya seringkali dihulurkan tudung percuma. Jadi, saya melihat perkara yang berlaku di sekeliling saya sebagai satu petanda kuat untuk saya berubah." Jelasnya lagi. Pendekatan yang Sheera ambil untuk menepis dakwaan bahawa bertudung kini seolah-olah menjadi satu trend? "Ramai yang tidak perasan bahawa saya sudah bertudung dan saya akui, memang banyak dugaan sepanjang mula berhijab tapi Alhamdulillah banyak urusan saya dipermudahkan Allah. Malah, saya mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan teman rapat di sekeliling saya. "Untuk istiqamah dalam setiap perbuatan kita, ia sebenarnya terpulang pada diri individu masing-masing. Memang berada dalam industri (hiburan) akan ada banyak cabaran tetapi saya percaya rezeki ada di mana-mana dan tidak semestinya apabila saya bertudung saya tidak boleh berlakon lagi selepas ini." Jelasnya. Itulah Sheera, terungkailah mengapa dia bertudung senyap-senyap. (IH) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis |
Kajian Ini Tamparan Hebat Buat Istana Selangor.. Posted: 22 Aug 2014 06:40 PM PDT Addin Kajian Ini Tamparan Hebat Buat Istana Selangor.. BANGI: Pengundi di Selangor cenderung mengekalkan sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang sebagai penyelesaian kepada krisis Menteri Besar negeri itu, kata satu kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion and Research. Hasil kaji selidik itu mendapati 57 peratus pengundi di Selangor sedia "memberi peluang" kepada Pakatan Rakyat untuk kembali memerintah. Hanya 29 peratus mengatakan mereka tidak akan memilih Pakatan Rakyat manakala 15 peratus tidak pasti. "Pada pandangan kami, biarpun perkembangan politik di Selangor meredakan angin pengundi Selangor terhadap Pakatan Rakyat, tinjauan mendapati sentimen menolak Barisan Nasional masih kuat. "Ini bermakna Barisan Nasional masih akan berdepan dengan cabaran besar biarpun Pakatan mengalami krisis keyakinan dan prestij di kalangan pengundi di Selangor sekiranya pilihan raya diadakan sekarang," kata badan penyelidik itu dalam satu kenyataan. Majoriti responden juga iaitu 46 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih baik berbanding semasa Selangor di bawah pentadbiran BN. Pada masa sama, 36 peratus menyatakan keadaan sama saja dan 15 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih buruk. Kaji selidik ini melibatkan 808 pengundi berdaftar di Selangor yang terdiri daripada 50 peratus responden Melayu, 34 peratus Cina dan 16 peratus India - angka yang mencerminkan pecahan pengundi di negeri itu. Ia dijalankan antara 11 hingga 17 Ogos lalu hasil temubual melalui telefon. Krisis kedudukan Menteri Besar Selangor sampai ke jalan buntu apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan berundur biarpun selepas tidak lagi mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat. Beliau kini menunggu perkenan untuk mengadap Sultan Selangor yang dijadual akan berangkat pulang ke tanahair pada 27 Ogos ini. "Krisis yang berpanjangan itu telah menjejaskan pandangan umum (apabila) tinjauan mendapati hanya 46 peratus responden merasakan negeri berada pada landasan yang betul," kata kenyataan itu lagi. Angka tersebut adalah satu penurunan yang ketara berbanding 64 peratus berdasarkan kaji selidik pada Mac 2014, tambah badan itu. Mengenai tahap keyakinan kepada dua pakatan politik itu untuk memerintah Selangor, 43 peratus responden meletakkan keyakinan kepada Pakatan Rakyat berbanding 29 peratus yang menyatakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, 13 peratus daripada responden tidak peduli pakatan politik mana pun yang jadi kerajaan negeri manakala 12 peratus tidak pasti. Selain kemelut kedudukan menteri besar, isu bekalan air turut menjadi perhatian pengundi di Selangor. ~awani |
Berita Memalukan PKR Ini Mula Tersebar Di Alam Siber.. Posted: 22 Aug 2014 05:02 PM PDT Addin Berita Memalukan PKR Ini Mula Tersebar Di Alam Siber.. Baru sahaja memenangi kerusi Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berdepan saat getir apabila 14 daripada 16 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya di penghujung Kongres Tahunan sayap parti itu hari ini. Mereka tidak puas hati kerana Nik Nazmi akhirnya memegang jawatan itu selepas mengalahkan Amiruddin Shari and Mohd Nazree Yunus dalam pemilihan parti sedangkan keputusan undi tidak rasmi sebelum ini mengatakan Amiruddin menang dengan majoriti tipis. Mengikut keputusan rasmi, Nik Nazmi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendapat 4,509 undi sementara Amirudin yang juga Adun Batu Caves memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi. Seorang jurucakap untuk exco yang sembilan itu mengatakan Amiruddin sepatutnya memenangi jawatan tertinggi sayap parti itu. "Nik Nazmi hanya menang selepas undian semula dibuat membabitkan bahagian Pensiangan," katanya, merujuk kepada proses pengundian di salah satu bahagian di Sabah itu yang mengalami masalah dalaman. "Kami sudah menghantar bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti tetapi ia ditolak. Ini akan jadi satu permulaan yang sukar buat Nik Nazmi. Dia terpaksa berusaha keras meyakinkan mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan itu untuk bekerja dengannya," katanya yang enggan dinamakan. Bagaimana pun, Nik Nazmi tidak mengambil serius tindakan keluar dewan ahli exco itu, mengatakan semua orang mesti menerima keputusan rasmi yang dikeluarkan. Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menegaskan tiada masalah bekerja dengan sesiapa pun selagi mereka komited terhadap perjuangan parti. "Musuh kita bukan dalam dewan ini atau dalam parti. Musuh kita ialah Umno-Barisan Nasional," katanya. Nik Nazmi yang mengambil alih tampuk kepimpinan sayap pemuda dari Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan perkara itu sebagai masalah kecil yang tidak akan berpanjangan. "Nak merajuk berapa lama... Saya rasa ini sementara, macam orang berkahwin, bercinta," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan barisan exco berkenaan. "Nak merajuk berapa lama... saya rasa ini sementara, macam orang berkahwin, bercinta," kata Nik Nazmi kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan barisan exco berkenaan. Katanya yang penting bukannya melayan karenah politik sesiapa tetapi memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan rakyat. Dia menyifatkan tindakan keluar dewan itu seperti perbalahan dalam keluarga dan tidak serius seperti kes pada 2007 apabila Shamsul terpaksa menjadi ketua selepas ketua waktu itu Mohamad Ezam Mohd Nor meninggalkan parti. "Rakyat tidak berminat dengan cerita dalam kelambu, mereka mahu melihat penyelesaian isu menteri besar Selangor dan pelantikan segera Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Adun, sebagai menteri besar," katanya. Nik Nazmi berkata, dia sedia berbincang dengan kumpulan itu bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka. "Saya terbuka untuk berbincang, tetapi mereka perlu terbuka. Saya faham masalah masa pemilihan yang panjang, tetapi kita perlu teruskan. Rakyat ada banyak isu yang perlu diselesaikan," katanya. Nik Nazmi turut berkata, keputusan PKR memberikan kuasa yang lebih kepada akar umbi sedikit sebanyak mencalarkan proses pemilihan kali ini. "Ia bukan sahaja mencalarkan imej PKR sebagai parti yang mendukung reformasi pilihan raya, tetapi lebih berbahaya apabila ia dijadikan alasan oleh setengah pihak yang mendakwa 'pengukuhan kuasa akar umbi' yang cuba diterapkan melalui sistem itu gagal dan tidak boleh dijadikan alternatif," katanya ketika berucap di kongres berkenaan. "Saya menolak tuduhan itu. Ya, kita perlu kaji semula prosesnya dengan lebih teliti," katanya lagi. Beliau berkata, PKR perlu mengkaji skop sama ada lebih praktikal memfokuskan pemilihan "seorang anggota satu undi" hanya untuk kalangan pimpinan paling kanan. Bagaimanapun, dia menegaskan prinsip tersebut satu kelainan dalam PKR berbanding parti lain yang harus dipertahankan. Pemilihan PKR bermula Mei dan hanya berakhir bulan ini. Sepanjang proses itu, terdapat beberapa kes yang memerlukan pengiraan semula di beberapa kawasan. Selain itu, turut berlaku insiden pergaduhan antara penyokong pimpinan yang bertanding sehingga ada antara jentera yang tercedera. ~tmi Iklan C (ii) |
Tutup Keranda Dengan Bendera M'sia, Fanatik? Posted: 22 Aug 2014 04:49 PM PDT |
Berita Gempar Dari Pejabat PKR.. Posted: 22 Aug 2014 04:48 PM PDT Addin Berita Gempar Dari Pejabat PKR.. Baru sahaja memenangi kerusi Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berdepan saat getir apabila 14 daripada 16 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya di penghujung Kongres Tahunan sayap parti itu hari ini. Mereka tidak puas hati kerana Nik Nazmi akhirnya memegang jawatan itu selepas mengalahkan Amiruddin Shari and Mohd Nazree Yunus dalam pemilihan parti sedangkan keputusan undi tidak rasmi sebelum ini mengatakan Amiruddin menang dengan majoriti tipis. Mengikut keputusan rasmi, Nik Nazmi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendapat 4,509 undi sementara Amirudin yang juga Adun Batu Caves memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi. Seorang jurucakap untuk exco yang sembilan itu mengatakan Amiruddin sepatutnya memenangi jawatan tertinggi sayap parti itu. "Nik Nazmi hanya menang selepas undian semula dibuat membabitkan bahagian Pensiangan," katanya, merujuk kepada proses pengundian di salah satu bahagian di Sabah itu yang mengalami masalah dalaman. "Kami sudah menghantar bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti tetapi ia ditolak. Ini akan jadi satu permulaan yang sukar buat Nik Nazmi. Dia terpaksa berusaha keras meyakinkan mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan itu untuk bekerja dengannya," katanya yang enggan dinamakan. Bagaimana pun, Nik Nazmi tidak mengambil serius tindakan keluar dewan ahli exco itu, mengatakan semua orang mesti menerima keputusan rasmi yang dikeluarkan. Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menegaskan tiada masalah bekerja dengan sesiapa pun selagi mereka komited terhadap perjuangan parti. "Musuh kita bukan dalam dewan ini atau dalam parti. Musuh kita ialah Umno-Barisan Nasional," katanya. Nik Nazmi yang mengambil alih tampuk kepimpinan sayap pemuda dari Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan perkara itu sebagai masalah kecil yang tidak akan berpanjangan. "Nak merajuk berapa lama... Saya rasa ini sementara, macam orang berkahwin, bercinta," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan barisan exco berkenaan. "Nak merajuk berapa lama... saya rasa ini sementara, macam orang berkahwin, bercinta," kata Nik Nazmi kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan barisan exco berkenaan. Katanya yang penting bukannya melayan karenah politik sesiapa tetapi memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan rakyat. Dia menyifatkan tindakan keluar dewan itu seperti perbalahan dalam keluarga dan tidak serius seperti kes pada 2007 apabila Shamsul terpaksa menjadi ketua selepas ketua waktu itu Mohamad Ezam Mohd Nor meninggalkan parti. "Rakyat tidak berminat dengan cerita dalam kelambu, mereka mahu melihat penyelesaian isu menteri besar Selangor dan pelantikan segera Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Adun, sebagai menteri besar," katanya. Nik Nazmi berkata, dia sedia berbincang dengan kumpulan itu bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka. "Saya terbuka untuk berbincang, tetapi mereka perlu terbuka. Saya faham masalah masa pemilihan yang panjang, tetapi kita perlu teruskan. Rakyat ada banyak isu yang perlu diselesaikan," katanya. Nik Nazmi turut berkata, keputusan PKR memberikan kuasa yang lebih kepada akar umbi sedikit sebanyak mencalarkan proses pemilihan kali ini. "Ia bukan sahaja mencalarkan imej PKR sebagai parti yang mendukung reformasi pilihan raya, tetapi lebih berbahaya apabila ia dijadikan alasan oleh setengah pihak yang mendakwa 'pengukuhan kuasa akar umbi' yang cuba diterapkan melalui sistem itu gagal dan tidak boleh dijadikan alternatif," katanya ketika berucap di kongres berkenaan. "Saya menolak tuduhan itu. Ya, kita perlu kaji semula prosesnya dengan lebih teliti," katanya lagi. Beliau berkata, PKR perlu mengkaji skop sama ada lebih praktikal memfokuskan pemilihan "seorang anggota satu undi" hanya untuk kalangan pimpinan paling kanan. Bagaimanapun, dia menegaskan prinsip tersebut satu kelainan dalam PKR berbanding parti lain yang harus dipertahankan. Pemilihan PKR bermula Mei dan hanya berakhir bulan ini. Sepanjang proses itu, terdapat beberapa kes yang memerlukan pengiraan semula di beberapa kawasan. Selain itu, turut berlaku insiden pergaduhan antara penyokong pimpinan yang bertanding sehingga ada antara jentera yang tercedera. ~tmi Iklan C (ii) |
Tak Pernah Daftar Nikah Sejak Kahwin, Rozana Dedah Awie (Wings) Posted: 22 Aug 2014 03:36 PM PDT Ibnu Hasyim Tak Pernah Daftar Nikah Sejak Kahwin, Rozana Dedah Awie (Wings) Rozana (tengah) bersama peguamnya iaitu Rubiah Jaffar (kiri) dan Majdah Muda. HALAMAN HIBURAN KL: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun hanya menyedari perkahwinannya selama ini yang telah mencecah lapan tahun tidak pernah didaftarkan di negara ini selepas dia merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira dua bulan lalu.Rozana, 36, berkata, suaminya pernah memberitahu kepadanya sebelum ini perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 telah didaftarkan dan dia terkejut apabila diberitahu tiada sebarang rekod perkahwinan mereka berhubung perkara itu. "Selepas tragedi 2 Jun lalu saya pergi ke Jawi dengan niat untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga kami dan apabila mereka semak surat perkahwinan kami di setiap negeri, ia tiada dalam rekod. "Pada ketika itulah baharu saya mengetahui perkahwinan kami masih belum didaftarkan sepanjang sembilan tahun berkahwin," katanya kepada mStar Online. Rozana ditemui pada satu sidang media khas yang diadakan di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Jumaat. Dia turut ditemani oleh dua peguamnya iaitu Majdah Muda dan Rubiah Jaffar. Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu. Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Dalam pada itu Rozana berkata, sejak kejadian tersebut Awie tidak pernah menghubunginya untuk bercakap mengenai soal perkahwinan atau perceraian sebaliknya terus membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak mereka. Jelas Rozana, dia keliru dengan tindakan suaminya itu sedangkan status perkahwinan mereka tidak dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan. "Kami belum pun bercerai dan dia sudah sibuk dengan soal hak penjagaan anak-anak kami sedangkan status perkahwinan pun belum disahkan dan didaftarkan di Malaysia. "Saya sendiri tidak merebut anak-anak dengan dia tetapi dia yang membuat permohonan malah aduan yang saya lakukan sebelum ini langsung tidak melibatkan mahkamah syariah," jelasnya. Sementara itu, Rozana berkata, dia akan mempertahankan haknya sebagai seorang ibu terhadap tiga anak-anaknya yang kini di bawah jagaan sementara suaminya. Jelas Rozana, demi kembali bersatu dengan anak-anaknya dia tidak akan berdiam diri dan akan memastikan haknya sebagai seorang isteri dan ibu terbela di mahkamah. "Saya akui sebelum ini saya takut dan trauma dengan dia tetapi kini tidak lagi kerana saya akan melawan kembali untuk mendapatkan hak saya selepas dua bulan tidak bertemu dengan anak-anak. Mengulas mengenai pelbagai cerita kurang enak yang disebarkan tentang dirinya, Rozana berkata, dia tidak mempunyai hak untuk menghalang sesiapa sahaja yang ingin bercakap mengenainya kerana hanya dia dan keluarga sahaja yang tahu keadaan sebenar. "Tidak mengapa jika ada pihak yang ingin memburuk-burukkan saya dan kalau hendak balas setiap tuduhan itu memang susah dan Awie sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan anak-anak dan saya sememangnya tidak pernah meninggalkan mereka. "Apa yang boleh saya katakan sekiranya seseorang tidak tahu situasi dan keadaan sebenar lebih baik jangan beri pendapat atau komen kerana hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu cerita sebenar," jelasnya. Dalam perkembangan lain, peguam syarie Rozana, Majdah Muda, berkata, pihaknya akan menfailkan jawapan permohonan bantahan awal bagi mengetepikan perintah hak penjagaan (hadanah) sementara yang difailkan oleh Awie 21 Julai lalu. Jelas Majdah, pada 17 September baharulah mahkamah akan meminta kedua-dua belah pihak memberi hujahan dan kemudiannya membuat keputusan terhadap perkara itu. Awie turut mengemukakan bantahan terhadap permohonan Rozana untuk membatalkan permohonan injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) olehnya pada 16 Julai lalu untuk menghalang wanita itu daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun. Pada 22 Julai lalu Awie berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, di sini iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Awie turut mempunyai dua lagi anak hadil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12. (mStar) |
Kongres Wanita & AMK PKR, Kenapa Kerusi Tak Penuh? Posted: 22 Aug 2014 02:51 PM PDT Ibnu Hasyim Kongres Wanita & AMK PKR, Kenapa Kerusi Tak Penuh? Persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR SHAH ALAM: Persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR yang berlangsung pagi ini di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya sebahagian tempat disediakan yang dipenuhi perwakilan. Ketua Wanitanya, Zuraidah Kamaruddin dalam ucapannya menyifatkan masih ramai lagi perwakilannya yang sesat di dalam Stadium Malawati. "Wanita diberi ruang yang besar di sini. "Saya difahamkan ramai yang masih sesat dalam stadium ini. Kena cepat-cepat ya penuhi kerusi yang ada," katanya ketika memberi ucapan, hari ini. Sementara itu, berdasarkan perhatian Sinar Harian Online, setakat jam 9.45 pagi hanya sebahagian kerusi yang disediakan penganjur dipenuhi perwakilan. Mengikut tentatif program yang disediakan kepada media, pendaftaran perwakilan telah bermula sejak 7 pagi tadi sehingga 9 pagi. Kemudian diikuti ucapan Ketua Wanita Keadilan dan ucapan perasmian Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar. Yang ini gambar dari Kongres Angkatan Muda Keadilan pula. |
Exco Baru AMK Boikot Ucapan Sulung Ketuanya Nik Nazmi. Posted: 22 Aug 2014 01:50 PM PDT Ibnu Hasyim Exco Baru AMK Boikot Ucapan Sulung Ketuanya Nik Nazmi. Timbalan Ketua AMK yang baru dipilih Dr Afif Bahardin berkata kesemua exco dari kem AMK Baru itu berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan ketua AMK di cabang Pensiangan yang sebelum ini memihak kepada regunya Amirudin Shari. Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata keputusan terbaru pemilihan di kawasan itu yang menyebabkan calon ketua mereka Amiruddin tewas sedangkan permilihan pertama kemenangan memihak kepada ADUN Batu Caves itu. "Ia sebab situasi di mana keputusan pemilihan dah jadi banyak kumpulan. Ada beberapa perkara (yang tidak puas hati) termasuk (keputusan) ketua AMK," katanya sambil menegaskan sokongan terhadap Nik Nazmi. "Bukan mudah untuk bekerja dan nak rapatkan saf semua pihak menjadi satu AMK. Keputusan (Nik Nazmi menang) diumum semalam, jadi ada banyak perkara yang belum selesai," katanya. Bagaimanapun, Dr Afif yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata beliau optimis dan yakin perkara itu boleh diselesaikan dalam tempoh segera jika semua pihak dalam AMK duduk berbincang. "Saya menunggu arahan Nik untuk menyelesaikan perkara ini. Saya menerima keputusan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti). Tetapi selepas ini kita mahu pemilihan lebih cermat, baik dan memuaskan hati semua pihak," katanya. Terima keputusan Sementara itu, Nik Nazmi berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai isu teknikal berhubung keputusan di cabang itu dan menggesa semua pihak menerima keputusannya. "Saya memimpin AMK untuk Malaysia. Musuh kita bukan dalam parti kita, musuh kita adalah Umno-BN," katanya kepada pemberita selepas Kongres AMK ditangguhkan. Dalam ucapan penggulungannya sebelum itu, Nik Nazmi menegaskan antara lainnya mempertegaskan sokongan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya AMK tidak akan membiarkan Anwar dipenjara sekali lagi atas tuduhan liwat yang dianggapnya "tuduhan jahat yang jelas bermotif politik". "Kita akan sama-sama bangkit untuk menggerakkan masyarakat dan menghumban Umno-BN ke dalam tog sampah sejarah sebagai parti yang tidak bermaruah," katanya dalam ucapan sulungnya itu. Beliau berkata pihaknya akan menentang tekanan politik kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti N Surendran dan Tian Chua sekaligus menolak penindasan terhadap masyarakat sivil dan kezaliman. Beliau juga bertekad untuk memberi fokus 100 hari pertama bermula hari ini untuk menggariskan dasar AMK pada penggal ini termasuk memperkasakan cabang yang lemah. (MK) |
Tafakur MH17 Langgar Fatwa N/Perlis 1974 Posted: 22 Aug 2014 12:54 PM PDT Ibnu Hasyim Tafakur MH17 Langgar Fatwa N/Perlis 1974 SEBUAH memo dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis bertarikh 22 Ogos 2014, hari ini tersebar di laman² sosial facebook dan twitter. Memo berbentuk pemberitahuan itu turut melarang penganjuran Program Tafakur #MH17 oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Perlis kerana perbuatan itu didakwa melanggar Fatwa Negeri Perlis tahun 1974. Nampaknya program bertafakur sempena tragedi #MH17 tidak akan diadakan di Negeri Perlis. Bagaimana pula dengan negeri lain, adakah program tersebut tidak melanggar fatwa di negeri² lain? Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/08/program-tafakur-mh17-langgar-fatwa.html#ixzz3B9NJbVSb |
Sayu: Isteri Co-Pilot MH17 cerita kasih seorang suami dan ayah Posted: 22 Aug 2014 08:40 AM PDT Tengok TV Online Sayu: Isteri Co-Pilot MH17 cerita kasih seorang suami dan ayah Dalam kesedihan yang dialami, kisah dibawah ini wajar menjadi tauladan kepada keluarga diluar sana. Mungkin ini juga adalah satu hikmah yang diberikan kepada kita. Baca kisah dibawah: Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman. Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya. Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang. Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan. "Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya. "Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya," katanya. "Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa," katanya. Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik. "Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga. "Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang," kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga. Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa. "Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok. "Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid," katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini. "Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah." Abderrahman tidur memeluk uniform milik bapanya. Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah "bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar". Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup. Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza. "Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. "Dia berkata, 'Muka macam Abderrahman'. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim," kata Asmaa. Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17. "Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan. "Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui," katanya. -mStar |
Akhirnya.. PKR Akur Keputusan Istana Selangor? Posted: 22 Aug 2014 04:19 AM PDT Addin Akhirnya.. PKR Akur Keputusan Istana Selangor? PKR akan mengemukakan calon kedua jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bagaimanapun berkata, setakat ini akar umbi perlu mendengar keputusan parti dan jangan membuat spekulasi istana enggan terima Dr Wan Azizah."Jika Sultan betul tolak, kita ganti dengan nombor dua. Apa yang susahnya? Tiada isu," katanya semasa ucapan penggulungan Kongres Wanita PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada Rabu lalu dilaporkan berkata, PKR tidak ada calon lain selain Dr Wan Azizah sekalipun istana menolak pencalonan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu. "Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.PAS Pusat sebelum ini mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon alternatif di samping Dr Wan Azizah, namun ditolak Pakatan Rakyat (PR). Zuraida turut menasihati Khalid berhenti memalukan diri sendiri kerana masih enggan berundur dan meletak jawatan walaupun selepas bekas parti politiknya mengarahkan berbuat sedemikian.Mengulas kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), ahli Parlimen Ampang itu berkata pilihan raya negeri hanya akan memalukan Selangor dan mendatangkan kemarahan rakyat. Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha menggesa ahlinya tidak membuang masa melakukan sabotaj dan protes kerana ia tidak menguntungkan parti.Katanya, beliau tidak mahu melihat PR di Selangor jatuh dan berpecah hanya kerana isu kedudukan menteri besar. "Selangor sedang diasak begitu kuat dari dalam (PR) dan luar. Jangan kita jadi elemen yang boleh rosakkan parti sebab nafsu yang menguasai diri kita. "Kita telah membelanjakan harta, masa, tenaga dan buah fikiran untuk bina parti hingga ke saat ini. Adakah kita sanggup korbankan semua ini dan orang yang pergi tinggalkan kita hanya kerana seorang? "Wanita PKR sebelum itu mengumumkan barisan pimpinan Wanita PKR Pusat 2014-2017 dengan mengekalkan Zuraida sebagai Ketua Wanita, Haniza sebagai Timbalan, dan bekas exco Selangor yang dipecat Khalid, Dr Daroyah Alwi sebagai Naib Presiden. ~tmi Iklan C (ii) |
Ini Dia Calon PRK Pengkalan Kubur Posted: 22 Aug 2014 03:24 AM PDT Addin Ini Dia Calon PRK Pengkalan Kubur Pakatan Rakyat (PR) wajar mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor untuk mengukuhkan kerjasama politik di antara PAS, Keadilan dan DAP.PRK kali ini juga penting buat Menteri Besar (MB) Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob atas dua sebab. Pertama, ini adalah PRK pertama di Kelantan setelah beliau menjadi MB menggantikan Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.Kedua, Dun Pengkalan Kubor sendiri berjiran dengan Dun MB iaitu Pasir Pekan. Kedua-duanya terletak di bawah parlimen Tumpat yang diketuai MB selaku Yang Dipertua PAS Tumpat.Sejauh manakah pengaruh MB baru ini dapat membantu PR untuk memenangi semula Dun Pengkalan Kubor? Umum mengetahui yang Kelantan dilanda "krisis yang tak nampak" berikutan gaya pentadbiran MB baru yang dilihat tidak menawarkan apa-apa yang menarik untuk rakyat, di samping isu kedudukan Datuk Husam Musa yang menjadi duri dalam daging bagi PAS Kelantan. Dun Pengkalan Kubor itu sendiri merupakan satu Dun yang menarik. Pemenangnya bersilih ganti antara PAS, Umno, Berjasa dan Semangat 46 sehinggalah pada tahun Pilihanraya Umum (PRU) 2008 PAS menyerahkan kerusi ini kepada Keadilan untuk ditandingi. Tetapi Dun ini gagal dimenangi Keadilan pada PRU 2008 (tewas majoriti 100 undi) dan Keadilan tewas lagi dengan majoriti yang lebih besar pada PRU 2013 (tewas majoriti 1,736 undi).PRK kali ini akan menyaksikan adakah PAS masih budiman untuk terus menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada Keadilan untuk ditandingi atau PAS mahu mencuba nasib meletakkan calonnya di situ. Sementelah Keadilan juga tidak pernah menang di situ, maka tidak salah bagi PAS untuk kembali berpencak setelah kali terakhir menang di Pengkalan Kubor pada PRU 1999.Siapa pun calon PR bagi Dun Pengkalan Kubor, calon itu mestilah winnable yakni boleh menang. Penulis tidak dapat melihat calon lain yang boleh mengisi ciri-ciri boleh menang ini melainkan Ahli Parlimen Tumpat selama empat penggal iaitu Datuk Kamarudin Jaffar.Kamarudin terbukti sangat popular dan sudah 'menjejak kaki' di parlimen Tumpat sejak PRU 1995. Selaku calon Barisan Nasional (BN), beliau tewas tipis di tangan Allahyarham Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood.Namun begitu, setelah menyertai PAS pada tahun 1999, beliau diberi kepercayaan PAS untuk bertanding di parlimen Tumpat dan menang dengan majoriti besar iaitu 10,442 undi. Apabila kerajaan negeri pimpinan PAS dilandai badai pada PRU 2004, beliau tetap kekal menang (walaupun majoriti kurang menjadi 1,820 undi) dan menjadi salah seorang daripada enam ahli parlimen PAS yang terselamat pada penggal itu. Beliau menang lagi pada PRU 2008 dengan majoriti hampir 10 ribu undi dan mengulangi lagi kejayaan yang sama pada PRU 13 apabila menang dengan majoriti 10,624.Dalam keadaan PAS tidak mempunyai apa-apa tawaran 'duniawi' yang menarik untuk diberi kepada rakyat Pengkalan Kubor, ditambah pula dengan lambakan projek mi segera dan kempen agresif yang akan datang dari segenap jentera kerajaan pusat, Pengkalan Kubor bukanlah medan yang sesuai untuk PAS bereksperimen meletakkan muka baru sebagai calon. Persepsi dingin terhadap kerajaan negeri dan kempen agresif BN perlu dineutralkan dengan populariti Kamarudin, itu pun jika rakyat masih tidak terpengaruh dengan sogokan BN. Kita percaya jika PAS ingin meletakkan Kamarudin sebagai calon PR di Pengkalan Kubor, Keadilan akan menerimanya dengan hati yang terbuka.Bukan lagi satu rahsia di Kelantan kebanyakan calon Keadilan di Kelantan pun adalah calon import dari kalangan pimpinan dan penyokong PAS juga. Tidak ada cacatnya jika Keadilan mengalah kali ini demi memastikan kejayaan bersama untuk PR.Kejayaan PAS merampas Pengkalan Kubor adalah penting untuk mengukuhkan mandat kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakob. Jika Pesuruhjaya PAS Kelantan gagal untuk menawan kerusi Dun di dalam kawasan yang beliau sendiri menjadi Yang Di Pertuanya, implikasinya amatlah serius dan PAS Kelantan wajar bermuhasabah menyemak kembali gaya pentadbiran mereka di negeri Cik Siti Wan Kembang. ~detikdaily Iklan C (ii) |
Wakil Skuasy Negara, Islam Sebagai Agama Persekutuan. Lucah? Posted: 22 Aug 2014 02:48 AM PDT Ibnu Hasyim Wakil Skuasy Negara, Islam Sebagai Agama Persekutuan. Lucah? Pilihan utama itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menyingkirkan pilihan ketujuh Annie Au dari Hong Kong dengan 11-7, 12-10 dan 11-4 pada perlawanan suku akhir. Nicol merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali -- 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2013. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak adakah ulama-ulama Malaysia yang mampu membimbing kerajaan Malaysia supaya membetulkan pakaian atlet wanita berpakaian sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan Pasal 3. (Islam agama bagi Persekutuan). Yakni bukan berpakaian telanjang seperti gambar di atas. MengIslamkan pakaiannya supaya berperadapan tidak lucah, bukan memaksa mengIslam orangnya. (IH) |
Gambar Istiadat Penghormatan Dan Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas MH17 Posted: 22 Aug 2014 02:36 AM PDT Addin Gambar Istiadat Penghormatan Dan Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas MH17 Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat. Setiap keranda yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 dibawa ke kenderaan jenazah oleh kumpulan pengusung seramai lapan anggota ATM. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17. Bersama Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sudah sedia berada di KLIA ialah waris-waris mangsa yang menunggu ketibaan jenazah pagi ini di kompleks bersebelahan terminal utama KLIA. Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet, para anggota Parlimen daripada Barisan Nasional dan anggota pembangkang serta para diplomat asing. Empat puluh tiga rakyat Malaysia terbunuh dalam tragedi itu semasa Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine. ~mk SAYU... Berikut adalah gambar sekitar majlis istiadat penghormatan dan penerimaan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warganegara Malaysia yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, malam Khamis. Jenazah selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 pagi Jumaat. Sebahagian waris mangsa nahas pesawat MH17 kelihatan sebak ketika menunggu jenazah diturunkan dari pesawat khas. Pesawat khas membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 selamat tiba di KLIA, pagi Jumaat. Anggota ATM mengusung keranda jenazah mangsa nahas MH17 sebelum dikebumikan ditanah perkuburan. Sekumpulan pramugara dan pramugari pesawat penerbangan Malaysia (MAS) berada di luar Kompleks Bunga Raya, KLIA sementara menunggu ketibaan pesawat membawa 20 jenazah mangsa MH17. Konvoi kereta jenazah memasuki perkarangan Kompleks Bunga Raya bagi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 di KLIA. Sekumpulan jurugambar dan juruvideo berada di Kompleks Bunga Raya, KLIA, menunggu ketibaan pesawat membawa jenazah mangsa nahas MH17. Papan tanda elektronik turut memaparkan perkataan 'Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014' di sekitar ibu negara pada Jumaat.~mstar Iklan C (ii) |
3 gambar sayu anak pramugari #MH17 menangis depan keranda ibu Posted: 22 Aug 2014 01:45 AM PDT Tengok TV Online 3 gambar sayu anak pramugari #MH17 menangis depan keranda ibu Muhriz Marzaidi yang baru berumur 10 tahun tidak dapat menahan air matanya sejurus melihat keranda ibunya. Muhriz yang dilihat amat merindukan ibunya itu dilihat menangis teresak-esak dihadapan keranda Mastura Mustafa seorang pramugari MH17 yang turut terkorban dalam nahas tersebut. |
PAS Terengganu Gopoh Gapah.. Saksikanlah Posted: 22 Aug 2014 01:37 AM PDT Addin PAS Terengganu Gopoh Gapah.. Saksikanlah PAS Terengganu akan mengesyorkan kepada ibupejabat PAS pusat dan Majlis Syura Ulama PAS supaya memecat dua ADUN PAS Selangor kerana mengabaikan keputusan parti berhubung krisis menteri besar negeri itu. Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun siasatan sedang berjalan terhadap kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi PAS Terengganu tetap dengan pendiriannya bahawa wakil rakyat itu hendaklah dipecat kerana menjejaskan imej parti, lapor Bernama. Sebelum ini, katanya, PAS juga telah memecat beberapa pemimpin kanan parti berkaitan dengan masalah moral dan disiplin. Ini juga, katanya, akan menjadi satu pengajaran kepada semua supaya tidak mengabaikan parti dalam apa jua krisis yang mungkin timbul, tetapi sebaliknya, harus memberi kesetiaan penuh kepada parti. Satiful Bahri memberitahu pemberita demikian di majlis sambutan hari raya PAS Terengganu semalam. Dua ADUN PAS itu - Sa'ari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. ~mk Addin: Kenapa perlu tergopoh gapah membuat keputusan, sedangkan AJK PAS Puasat telah memutuskan sokongan terhadap Dr. Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai MB Selangor. Apa perlu mengeruhkan lagi keadaan? Iklan C (ii) |
Sayu - 2 Gambar Anak lelaki Co-Pilot MH17 sertai Solat Jenazah bapanya Posted: 22 Aug 2014 12:30 AM PDT Tengok TV Online Sayu - 2 Gambar Anak lelaki Co-Pilot MH17 sertai Solat Jenazah bapanya Ketika solat jenazah dilakukan, Abderrahman didukung oleh seorang rakan baik Allahyarham Ahmad Hajimi di saf hadapan. Rakan Allayarham dilihat tidak menahan sebak apabila turut mengalirkan airmatanya. Abderrahman kehilangan bapanya yang menjadi mangsa korban nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lalu. Semoga mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Aminnnn... |
Wakil Skuasy Negara, Islam Sebagai Agama Perskutuan. Lucah? Posted: 21 Aug 2014 11:48 PM PDT Ibnu Hasyim Wakil Skuasy Negara, Islam Sebagai Agama Perskutuan. Lucah? Pilihan utama itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menyingkirkan pilihan ketujuh Annie Au dari Hong Kong dengan 11-7, 12-10 dan 11-4 pada perlawanan suku akhir. Nicol merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali -- 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2013. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak adakah ulama-ulama Malaysia yang mampu membimbing kerajaan Malaysia supaya membetulkan pakaian atlet wanita berpakaian sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan Pasal 3. (Islam agama bagi Persekutuan). Yakni bukan berpakaian telanjang seperti gambar di atas. MengIslamkan pakaiannya supaya berperadapan tidak lucah, bukan memaksa mengIslam orangnya. (IH) |
7 Sebab Dr Mahathir Tarik Balik Sokongan Kepada Najib.. Posted: 21 Aug 2014 10:59 PM PDT Ibnu Hasyim 7 Sebab Dr Mahathir Tarik Balik Sokongan Kepada Najib.. Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan 7 sebab, dari bantuan tunai secara langsung ke perjanjian perdagangan, yang cukup membuatkan beliau kecewa dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Portal berita Asia Sentinel hari ini memetik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno berkata Dr Mahathir menghantar surat kepada Najib yang dilaporkan mengandungi 7 perkara. Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan. "Dr Mahathir enggan menarik balik surat itu dan kebuntuan ini mengakibatkan pertentangan antara kedua mereka," kata Asia Sentinel. Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung November ini dipercayai menyebabkan Dr Mahathir makin meningkatkan kempennya terhadap Najib. Malah, Asia Sentinel berkata kemarahan Dr Mahathir meruap-ruap sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi, di mana Barisan Nasional hilang undi popular kepada Pakatan Rakyat untuk kali pertamanya dalam 44 tahun. Kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib disebar luas oleh portal berita bebas walaupun media arus perdana di negara ini memilih untuk tidak melaporkannya. Antara tuntutan dibuat Dr Mahathir termasuk memperbaharui tabung dana 1Malaysia Development Berhad yang menanggung hutang sehingga RM36 bilion. Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan syarikat konglomerat minyak dan gas negara Petronas kerana tidak memberi cukup kontrak kepada Bumiputera. Kata Asia Sentinel, peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas pada Oktober tahun lepas bukan disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tetapi kerana beliau marahkan Najib. "Dr Mahathir juga tidak suka Najib terlalu bertolak-ansur dengan Amerika Syarikat disebabkan perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang berjalan." Perdana menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu 22 tahun itu dilaporkan terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis makan malam bersama presiden Amerika Barack Obama. "Semasa lawatan Obama ke negara ini April tahun ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dijemput ke majlis makan malam tetapi Dr Mahathir tidak," kata portal itu. Dr Mahathir juga dilaporkan tidak berkenan dengan tindakan Putrajaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah berjumlah RM4 billion, melibatkan 6 juta penduduk. Dia juga menuntut syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines yang mengalami masalah kerugian berbilion ringgit dan kehilangan 2 pesawat mengorban lebih 500 nyawa, diserahkan kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Asia Sentinel juga berkata Dr Mahathir menyalahkan Najib atas segala kejadian yang mengundang ketegangan kaum dan agama di negara ini. "Bagaimanapun, sesuatu yang ironi di sini ialah Dr Mahathir menyokong kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali," katanya. "Perkasa kerap mengeluarkan kenyataan panas tentang keunggulan dan hak istimewa orang Melayu tetapi Putrajaya hanya berdiam diri." Menurut Asia Sentinel, walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa sejak meletak jawatan pada 2003, negarawan berusia 89 tahun itu mempunyai rekod yang menggerunkan. "Dr Mahathir memaksa bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan. Pada zamannya, Dr Mahathir pernah menerima cabaran dari mereka seperti Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Semua mereka ini sama ada menteri kewangan atau timbalan perdana menteri yang pernah cuba menyingkirkan Dr Mahathir tetapi tidak berjaya." – 21 Ogos, 2014. (TMI) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
S'gor 'Darul Babi', Bagaimana Asal-usulnya? Posted: 21 Aug 2014 09:57 PM PDT Ibnu Hasyim S'gor 'Darul Babi', Bagaimana Asal-usulnya? TIBA-TIBA sahaja babi menjadi topik hangat di tengah-tengah krisis pertukaran menteri besar Selangor sekarang. Topik babi ini disentuh dalam penulisan seorang kolumnis Tionghoa, Dr Mohd Ridhuan Tee dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan. Ridhuan mendakwa, usaha menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim punyai kaitan dengan cadangan DAP untuk melaksanakan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta di negeri itu. Beliau mendakwa projek itu dihalang Abdul Khalid dan jika Menteri Besar itu berjaya disingkirkan, projek babi raksasa itu akan menjadi kenyataan di Selangor. Tidak diketahui dari sumber mana maklumat itu diperolehi Ridhuan. Namun dakwaan mengenainya telah disebar di alam siber ketika krisis MB Selangor memuncak. Demikian Lapor Harakahdaily hari ini. Sebenarnya, projek penternakan babi bersepadu di Kampung Tumbuk, Kuala Langat itu bukan pertama kali dijadikan isu politik. Ia adalah isu terawal digunakan pemimpin Umno untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat ketika mula mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008. Beberapa siri tunjuk perasaan tercetus daripada cadangan projek itu termasuk di hadapan Bangunan SUK Selangor. Menurut menteri besar Abdul Khalid, sistem penternakan babi secara moden dan mesra alam, diperlukan bagi mengatasi masalah itu dan kerajaan negeri telah pun mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk melaksanakannya. Sebenarnya, menurut Abdul Khalid, keputusan untuk melaksanakan projek itu telah dibuat oleh Menteri Besar (BN) sebelum beliau iaitu Dr Mohd Khir Toyo dan disokong oleh MCA. Kementerian Pertanian dan Asas Tani juga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kerajaan BN negeri telah pun meluluskan projek itu pada 30 Januari 2008. Dakwaan bahawa projek itu akan mencemarkan alam sekitar juga tidak benar memandangkan segala bentuk kumbahan daripada ladang babi itu akan dikitar semula menjadi biogas untuk menghasilkan elektrik. Malah air kumbahan yang dikitar semula akan digunakan untuk kegunaan ladang manakala baja kompos yang terhasil daripada proses kitar semula digunakan untuk tanaman yang menjadi bahan makanan babi ternak. Di masa yang sama tiada ladang baru ternakan babi akan diluluskan di Selangor manakala ladang babi sedia ada diarah berpindah ke kawasan yang ditetapkan dalam tempoh setahun. Di saat pemimpin Umno negeri 'bermain wayang' membantah projek yang dicadangkan mereka sendiri, akhbar The Sun bertarikh 14 April 2008 mendedahkan perkara yang lebih mengejutkan. Dengan memetik kenyataan Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Datuk Dr Lee Chong Meng, akhbar itu melaporkan bahawa rancangan asal pemusatan penternakan babi di Selangor dicadangkan syarikat milik Bumiputera menggunakan teknologi Jerman dan dibiayai dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Cadangan awal syarikat Bumiputera itu adalah mengenakan levi RM50 untuk setiap ekor babi yang dijual peladang bagi menampung proses rawatan kumbahan. Berdasarkan laporan Oriental Daily News bertarikh 13 April 2008, Lee berkata, Adun Tanjung Sepat, Datuk Karim Mansor yang mengkritik projek pemusatan ternakan babi itu ialah individu di sebalik syarikat Bumiputera tersebut. Malah tambah Lee, kerajaan BN negeri di bawah teraju Dr Mohamad Khir Toyo telah menghantar delegasi ke Jerman bagi mengadakan lawatan sambil belajar untuk menilai teknologi yang digunakan dalam penternakan babi. Menurut Lee, bukan sekadar Dr Mansor (gambar), malah Ketua Kamnpung Ladang Tumbuk, Mohamad Tarmudi Tushiran yang mengetuai tunjuk perasaan membantah projek ladang babi di hadapan Bangunan SUK, Shah Alam turut menganggotai delegasi tersebut! Soalnya mengapa pula Umno dan penduduk kampung yang rata-ratanya penyokong Umno beriya-iya menentang projek itu sehingga ia ditangguhkan? (IH/Sumber HD) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
Kuasa Sultan: Khalid Samad Ditegur SU PAS? Posted: 21 Aug 2014 08:52 PM PDT Ibnu Hasyim Kuasa Sultan: Khalid Samad Ditegur SU PAS? KL: Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa pengguna internet (netizen) berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar, bukan menggambarkan pendirian PAS. Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti. "Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau. "Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya semalam berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan. Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu. Dalam pada itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu-isu sensitif. "Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS. "Jadi jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," tegasnya. - HARAKAHDAILY 22/8/2014 Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
Wanita pertikai hari berkabung negara buat Jenazah MH17 Posted: 21 Aug 2014 07:45 PM PDT Tengok TV Online Wanita pertikai hari berkabung negara buat Jenazah MH17 |
Wanita Sebagai Pemimpin/MB, Pas Terpaksa Terima.. - SU M/Syura Posted: 21 Aug 2014 07:33 PM PDT Ibnu Hasyim Wanita Sebagai Pemimpin/MB, Pas Terpaksa Terima.. - SU M/Syura K/T'GANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, namun keputusan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf siyasi dalam PR. Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit. Demikian Lapor Sinar Harian hari ini. Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira. "Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti. "Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi," katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu di sini, semalam. Selain Dr Wan Azizah, Pas turut mencadangkan nama lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Wanita Sebagai Pemimpin Berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin, Nik Zawawi memberitahu terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah 'ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas).Jelasnya, wilayah khosoh seperti pelantikan exco dan wakil rakyat dalam kalangan wanita dibenarkan dalam Islam walaupun ada mazhab tidak membenarkannya seperti Mazhab Hambali. "Dia tidak benarkan wanita terlibat dalam kepimpinan kerana kelemahan semula jadi. "Wilayah 'ammah (pelantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi) ini jumhur ulama tolak kerana wanita ini lemah dan apa yang berlaku di dalam tahalluf siyasi ini Majlis Syura Ulama hatta Pas Pusat sendiri kita tidak menerima kepimpinan daripada wanita. Itu perlu kita faham," katanya. Mengulas lanjut, pihaknya tiada hak untuk membatalkan keputusan parti lain namun selagi mempunyai ruang membuat keputusan, beliau menegaskan bahawa Pas tetap mengatakan wanita tidak sesuai menjadi menteri besar. Beliau turut memberitahu Pas telah pun menasihati rakan pakatan terutama PKR berhubung pemilihan wanita berdasarkan kepimpinan Islam, namun pihak tersebut hanya berdiam diri. Nasihat Pas seolah-olah tidak didengari apabila PKR bersama-sama DAP tetap mencadangkan calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Dia masih pertahankan atas nama presiden parti. Jadi, itu di luar bidang kuasa kita dan kita telah bagi kedudukan dalam agama.. dan itu memang kerja kita. "Dalam PR ini, apa jua keadaan sekalipun kita banyak menasihati. Soal didengari atau tidak adalah isu yang lain. Pada Pas, kita dapat menyempurnakan kewajipan kita," katanya. Lihat sebelum ini.. Wan Azizah Jadi MB S'gor, Bagaimana Dalam Islam?Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment