Gambar Pengadil perlawanan ATM vs JDT ditumbuk di muka tersebar
Gambar Pengadil perlawanan ATM vs JDT ditumbuk di muka tersebar |
- Gambar Pengadil perlawanan ATM vs JDT ditumbuk di muka tersebar
- Berita Ini Tamparan Hebat Buat Istana Selangor..
- Bekas Ahli Umno Bakal Sertai PAS?
- Jilboobs, Ada Yang Menyebut 'jilbab lepet', Di M'sia Pun Ramai..
- Lorong kereta khas untuk wanita sahaja dicadang di UK (3 Gambar)
- P'jaya PAS Selangor Jadi MB, Jika Sultan Menolak 2 Calon PKR....
- Rakyat Malaysia Syahid Dalam Perang Di Syria.
- Kongres Tahunan PKR, Diharap Pulih Perpecahan Dalaman.
- Saari Sungib: Komen Dr Mujahid & Hanipa, Pengkhianat Atau Wira?
- Jurugambar pujuk model muslimah send gambar pose seksi terbongkar! (4 Gambar)
- S/usaha A/Hadi Perjelas Pertemuan Dengan Sultan
- Patutlah Mahathir Marah Sangat Dengan Najib.. Ini Sebabnya
- Senarai penuh jenazah MH17 yang dibawa pulang esok didedahkan
- Pendedahan kematian Lans Kop. Azrul di Semporna beri kesan buruk pada ibu!
- Lagi Berita Gempar Dari Ibupejabat PKR.. Saksikanlah
- Punca Budak 4 tahun mati dalam kereta bapa didedahkan
Gambar Pengadil perlawanan ATM vs JDT ditumbuk di muka tersebar Posted: 21 Aug 2014 06:27 PM PDT Tengok TV Online Gambar Pengadil perlawanan ATM vs JDT ditumbuk di muka tersebar Daripada pelbagai jenis isu (dan kontroversi) berkaitan mutu pengadilan bola sepak dalam Liga Malaysia, satu kejadian tidak diingini telah berlaku baru-baru ini. Seorang pengadil daripada FAM yang bernama Encik Wan Mohamad Tarmizi Bin Wan Ibrahim telah dikasari dan ditumbuk di bahagian muka di pintu masuk Hotel Seri Malaysia pada 19hb Ogos 2014 lebih kurang jam 11.50 malam selepas tamat aksi perlawanan Piala Malaysia antara pasukan JDT dan ATM. Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) amat kecewa dengan kejadian tersebut dan akan mengambil langkah inisiatif untuk merujuk kepada pihak berkuasa dalam memperbaiki dan meningkatkan lagi keselamatan di luar kawasan Stadium untuk semua pengadil di masa yang akan datang. Kami mendoakan agar Encik Wan Mohamad Tarmizi segera pulih dan dapat menjalankan tugas dengan segera.Tidak diketahui siapa yang bertindak sedemikian dan punca sebenar kejadian itu berlaku. Namun melihat kepada status-status page dan komen penyokong JDT, pengadil pada malam itu dikatakan agak berat sebelah dan mutu pengadilan tidak memuaskan hati para penonton di stadium. -TengokTVonline |
Berita Ini Tamparan Hebat Buat Istana Selangor.. Posted: 21 Aug 2014 05:33 PM PDT Addin Berita Ini Tamparan Hebat Buat Istana Selangor.. Para pengguna Internet (netizen) kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Netizen berkata, kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan," katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan. "Pengguna Internet, ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kata seperti ini," dakwa Khalid pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini berkata. Pakatan memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sedangkan sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. Pakatan kemudiannya sepakat menghantar hanya nama Dr Wan Azizah selepas Azmin memutuskan menarik diri demi memberi keutamaan kepada keputusan parti. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, meskipun mereka menghantar lebih daripada satu nama kepada sultan, pemerintah itu tetap hanya akan memilih satu nama. "Namakan siapa sahaja daripada PKR, dan mereka akan tarik diri dan beri laluan kepada Dr Wan Azizah. "Oleh kerana PAS tetap akan beri dua nama, nama yang kedua hanya disokong oleh PAS, sedangkan nama pertama terdapat dalam senarai ketiga-tiga parti. "Walaupun nama Azmin dikekalkan dalam senarai, PAS sahaja tidak cukup untuk membentuk majoriti sedangkan Dr Wan Azizah mendapat sokongan ketiga-tiga parti dan jelas calon yang dapat sokongan majoriti," kata Khalid Samad kepada pemberita. Bulan lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan ahli Parlimen Shah Alam itu kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kuasa itu ditarik balik. Baginda turut memberi amaran kepadanya supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa depan. "Beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais di dalam menasihati beta mengenai agama Islam," katanya. Sementara itu, mengulas berkenaan penyelesaian luar mahkamah antara Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), beliau memberitahu media pertemuan hampir dua jam dengan peguam yang mewakili menteri besar itu sia-sia. Ini kerana mereka masih gagal mendapatkan butiran terperinci penyelesaian kes tersebut. Beliau berkata, menteri besar itu seharusnya memberikan penjelasan lanjut penyelesaian hutangnya bernilai lebih kurang RM70 juta dengan BIMB di luar mahkamah kerana pemimpin PKR melihatnya seakan-akan sudah "hilang kebebasan kerana dibeli." "Peguam Khalid Ibrahim sehingga hari ini masih gagal mendapat lampu hijau daripaa beliau untuk mendedahkan kandungan perjanjian luar mahkamah berkenaan," katanya. "Ini merupakan persoalan utama untuk membersihkan nama beliau daripada terus disyaki sebagai seorang menteri besar yang 'hilang kebebasan kerana dibeli'," kata Khalid. Katanya, beliau dan peguam PAS, Asmuni Awi juga sanggup menandatangani perjanjian kerahsiaan sekiranya perlu baginya melihat isi kandungan perjanjian tersebut. 'Sekiranya disahkan tiada kes, kami akan menasihati rakan-rakan daripada PKR untuk menghentikan serangan mereka terhadap Khalid Ibrahim. Malangnya, peluang itu pergi begitu sahaja," katanya. Beliau berkata, disebabkan kedegilan menteri besar mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, krisis di Selangor berlarutan dengan pemecatan beliau sebagai ahli PKR, pemecatan 6 Exco PKR dan DAP, dan kewujudan kerajaan Bebas pimpinan Khalid Ibrahim dengan 4 Exco PAS demi menghalang kemasukan Umno. "Sekiranya ia dijawab dan tiada apa yang tidak betul, semua ini sudah pasti dapat dielakkan," katanya. Tambahnya, Khalid Ibrahim juga seharusnya tidak boleh marah sekiranya timbul kesimpulan yang tidak tepat berkenaan penyelesaian perjanjian di luar mahkamah itu. "Beliau sanggup melihat segala permasalahan ini timbul dan berlaku walaupun sampai ke tahap jatuhnya kerajaan PR Selangor dan pecahnya PR, namun mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah, tidak sekali," katanya lagi. ~tmi Iklan C (ii) |
Bekas Ahli Umno Bakal Sertai PAS? Posted: 21 Aug 2014 08:33 AM PDT Addin Bekas Ahli Umno Bakal Sertai PAS? Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno suatu ketika dahlu hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan melalui Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi". "Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu. Penyataan Nakhaie dibuat sehari selepas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah tidak lagi bersama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa. Sebelum itu, beliau lari meninggalkan negara ekoran Operasi Lallang yang membawa kepada tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin pembangkang. Ketika di dalam PAS, beliau adalah individu bertanggungjawab menubuhkan Harakah yang sehingga kini menjadi media rasmi PAS. Nakhaie juga menubuhkan Chiness Consultative Council (CCC) untuk dijadikan jambatan antara orang Cina dan PAS pada 1982. PAS kehilangan pemikir besarnya apabila Nakhaie meninggalkan PAS diambang PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah memenangi semula Kelantan pada 1990. ~tmi Iklan C (ii) |
Jilboobs, Ada Yang Menyebut 'jilbab lepet', Di M'sia Pun Ramai.. Posted: 21 Aug 2014 07:39 AM PDT Ibnu Hasyim Jilboobs, Ada Yang Menyebut 'jilbab lepet', Di M'sia Pun Ramai.. HALAMAN HIBURAN MUNCUL istilah Jilboobs di media sosial. Ini sindiran untuk wanita yang memakai tudung tapi memakai pakaian ketat memperlihatkan lekuk tubuh. Istilah Jilboobs sebnarnya muncul baru-baru ini saja. Tetapi fenomena wanita yang mengenakan tudung tapi berpakaian seksi ini memang sudah lama. Di Bandung, beberapa tahun lalu muncul istilah 'tudung lepet'. Lepet adalah makanan sejenis lontong atau arem-arem. Bahannya nasi dibungkus ketat dengan daun pisang. Dari situlah istilah tudung lepet berasal. Berjilbab tapi pakaiannya serba ketat. "Istilah ini sudah muncul dari tahun 2000an. Yang pernah kuliah di Bandung pada awal 2000an pasti tahu istilah tudung lepet ini," kata Leni, seorang warga Bandung saat berbincang dengan merdeka.com, Khamis (7/8). Biasanya tudung lepet ini berseluar dan berbaju ketat, tudungnya diikat sehingga tidak menutupi dada. Kalau begitulah istilahnya di Malaysia inipun tidak kurang ramainya. Cuma belum disebut-sebut 'jilboobs'. Sebagai salah satu artis berhijab, Zaskia Adya Mecca ikut angkat suara soal fenomena jilboobs yang belakangan ini semakin marak. Benarkah ia membela para wanita yang mempamerkan lekuk tubuhnya meski menggunakan hijab? Bagi isteri Hanung Bramantyo ini, memakai tudung yang lengannya kelihatan itu tak baik. Menurutnya, itu hanya akan memburuk-burukkan hijab yang dikenakan. Jelas-jelas menentang tingkah laku ini, rupanya ia punya pendapat lain soal jilboobs. "Kalau yang tudung dengan baju ketat dan kelihatan (maaf) payudara aku selalu berusaha melihat sisi positifnya. Nggak mau nge-judge orang," ungkap Zaskia kepada KapanLagi.com® Rabu (13/8). Ia menuturkan jika niat untuk berhijab merupakan sebuah hal positif sebagai awalan. Lebih lanjut, ini juga berkaitan dengan kekayaan seseorang. Bagi artis cantik tersebut, para jilboobers mungkin belum punya cukup bahan untuk menggantikan semua pakaiannya menjadi lebih tertutup. Seperti yang kita tahu, Zaskia sendiri memerlukan proses untuk berhijab secara sempurna. Di awal kerjayanya sebagai pemain sinetron, ia masih belum berhijab hingga akhirnya mendapatkan hidayah untuk menutup auratnya. "Segala sesuatu ada prosesnya. Mungkin awalnya begitu, semoga dari awal boleh lebih sendiri," tambah pelakon 26 tahun tersebut. Ia sangat menghargai proses tersebut, seperti halnya yang ia rasakan beberapa tahun lalu. Seiring dengan berkembangnya fashion dalam berhijab, sepertinya tidak sukar untuk mencari fesyen yang sejuk sekaligus tertutup. Lalu menurut kamu bagaimana nih? Apakah kekangan material menjadi salah satu alasan untuk wanita memilih style jilboobs? (IH) Lihat sebelum ini.. Jilboobs, Tutup Tapi Tonjol. Trend Baru Pakaian Mu...Jilboobs Kini Amat Menakutkan. Bagaimana Tangani?Jilboobs, Pakaian Pelacur Di Aceh. Masih Tak Boleh... Dulu Memakai Jilboobs.. Akhirnya Berjilbab -Arti.. |
Lorong kereta khas untuk wanita sahaja dicadang di UK (3 Gambar) Posted: 21 Aug 2014 07:37 AM PDT Tengok TV Online Lorong kereta khas untuk wanita sahaja dicadang di UK (3 Gambar) Sebuah Syarikat Insuran kereta di United Kingdom (UK) memberi cadangan Idea diluar kotak mengenai laluan kereta untuk wanita sahaja di Kota London. Syarikat Shiela Wheels mengatakan cadangan tersebut memberikan banyak kebaikan kepada wanita yang memandu dari segi keselamatan di atas jalan raya. Shiela Wheels juga turut mengemukakan idea jalan raya khas itu dicat dengan warna merah jambu sebagai tanda zon wanita sahaja. Anggaran projek itu bernilai 880,000 British Pound (RM4.6 Billion). |
P'jaya PAS Selangor Jadi MB, Jika Sultan Menolak 2 Calon PKR.... Posted: 21 Aug 2014 06:00 AM PDT Ibnu Hasyim P'jaya PAS Selangor Jadi MB, Jika Sultan Menolak 2 Calon PKR.... Wajarkah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad dilantik jadi menteri besar Selangor? Namun beliau berkata partinya tidak ada sebarang rancangan untuk menduduki kerusi menteri besar Selangor. Sebaliknya, kata beliau, PAS masih berpegang pada konsensus bahawa kerusi menteri besar itu adalah milik PKR. "Kita tak bincang (isu PAS jadi menteri besar). "Kita tak bincang cuma (ikut keputusan) mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR, jadi kita tak bincang lagi hal ini," katanya. Iskandar (kanan) yang ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini diminta mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan ulasan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian mengenai isu menteri besar Selangor. Akhbar itu memetik Sivamurugan sebagai berkata PAS boleh mencadangkan Iskandar sebagai calon menteri besar jika Sultan Selangor menolak dua calon dari PKR dan mahu PAS memberi calonnya. Iskandar merupakan satu-satunya exco kanan yang kekal dibawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Iskandar bagaimanapun menegaskan bahawa PAS Selangor akan tetap mengikut keputusan PAS pusat. Beliau berkata semua empat exco PAS akan terus bekerjasama memastikan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor diteruskan. "Saya nak merujuk keputusan PAS pusat pada 17 Ogos lalu, kita akan terus bekerja sehingga diberitahu kelak untuk memastikan segala perkhidmatan kerajaan diteruskan," katanya. Iskandar turut menegaskan bahawa semua program negeri yang dirancangkan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa tanpa masalah. "Saya juga nak beritahu bahawa program seperti Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain masih diteruskan seperti biasa," katanya. (IH/MK) |
Rakyat Malaysia Syahid Dalam Perang Di Syria. Posted: 21 Aug 2014 04:39 AM PDT Ibnu Hasyim Rakyat Malaysia Syahid Dalam Perang Di Syria. Seorang daripada rakyat Malaysia yang pergi ke Syria untuk memerangi tentera Iraq dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru kereta kebal baru-baru ini, lapor blog berita Mynewshub. Bekas ahli PAS yang turut berada di Syria, Lotfi Ariffin melalui laman fanpages Facebooknya, turut memaklumkan berita yang sama. "Semalam, tengah hari mendapat berita dr Abu Talhah yg baru sampai dgn ambulance, bahawa ramai jemaah Malaysia yg telah tercedera, dan dia berkata berkemungkinan Abu Turob telah mendapat syahid. Hati kecil aku memaksa utk x percaya," tulis Lotfi dalam laman itu semalam. Menurut Lotfi, semasa dalam perjalanan ke Arzeh beliau berselisih dengan satu kereta yang membawa jenazah Abu Turob. "Aku terus melompat dari kereta dan terus menerkam jenazah. Aku sempat mencium pipi Assyahid dan mengucapkan 'kita akan jumpa di sana bang, tunggu aku di sana bang'," tulis Lotfi. Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar'aya selepas bertempur selama satu jam. Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir, lapor blog Mynewshub. Sebelum ini, sumber perisikan Malaysia memberitahu The Malaysian Insider, lebih 100 orang rakyat Malaysia kini berada di Syria yang berjuang menentang kerajaan Basyar di negara tersebut. PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. "Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau. "Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi dimaklumkan mengenai hal ini. Adalah menjadi satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam. Walaupun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda dan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) atau Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai 'pejuang jihad bebas'. – 21 Ogos, 2014. (TMI) |
Kongres Tahunan PKR, Diharap Pulih Perpecahan Dalaman. Posted: 21 Aug 2014 03:55 AM PDT Ibnu Hasyim Kongres Tahunan PKR, Diharap Pulih Perpecahan Dalaman. PKR yang agak pincang bakal memulakan Kongres Nasional Tahunannya selama 3 hari mulai esok dengan harapan menonjolkan sebuah barisan yang bersatu selepas melalui pemilihan parti yang huru-hara dan krisis menteri besar Selangor yang berlarutan, yang hampir memecahkan Pakatan Rakyat. Pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi parti dijangka memulakan langkah dengan menekankan keperluan mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersatu di dalam dan di luar parti. Akan terdapat juga seruan kepada parti untuk memulihkan hubungan dengan sekutunya PAS, memandangkan hubungan PKR dengan parti Islam itu dikhuatiri terjejas akibat kemelut yang melanda berhubung agenda menukar menteri besar Selangor. Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan kongres pada Sabtu dan tema utama ucapannya akan berkisar tentang perpaduan dan menggariskan rancangan masa depan parti itu untuk Selangor. Pemimpin dan ahli parti mengatakan perwakilan akan mengambil maklum maksud ucapan presiden dan memberikan perbahasan yang bernada positif untuk memperkuatkan hubungan parti dengan rakan lain dalam gabungan pembangkang – PAS dan DAP. "Krisis menteri besar tidak memberi keyakinan yang positif. Ia menjejaskan semangat parti dengan cara yang sedikit pelik, dalam erti kata, sambil kita mempunyai azam yang tinggi menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah dan tetap teguh mempertahankan pendirian kita walaupun dunia bagaikan menentang, kita rasakan satu kepiluan melalui keseluruhan proses ini, kata seorang pemimpin parti, merujuk kes menteri besar yang tersingkir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan calon pilihan parti, Dr Wan Azizah. "Bagaimanapun, pada masa yang sama, ia meningkatkan semangat kita, menunjukkan kita boleh lalui apa saja asalkan kita buat perkara yang betul," katanya yang meminta tidak dinamakan. Khalid dipecat dari PKR pada 9 Ogos selepas enggan menurut arahan parti meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Dr Wan Azizah yang merupakan pilihan parti untuk menggantikannya. Dua hari selepas itu, Sultan Selangor dikatakan memberi perkenan kepada Khalid untuk terus menjalankan tugas menteri besar walaupun berstatus ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas. Ahad lepas, PAS mencadangkan PKR juga mencalonkan timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali sebagai calon alternatif di samping Dr Wan Azizah, tetapi kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat kemudiannya setuju hanya nama Dr Wan Azizah yang akan diterima. Sehubungan itu, menteri besar penggal kedua itu berkata beliau akan menemui Sultan untuk mendapatkan nasihatnya selepas baginda pulang dari bercuti di luar negara. Tuanku dilaporkan akan tiba di tanah air Sabtu ini. Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menjangka kongres akan datang ini berupaya memperkuatkan keperluan parti untuk maju ke depan dan berdiri teguh di belakang Dr Wan Azizah. "Tidak dinafikan kita mencapai beberapa kejayaan selama 6 tahun memerintah Selangor, tetapi ada beberapa perkara yang kita masih boleh perbaiki dan ada lain yang kita mesti berikan tumpuan," katanya. Selangor negeri terkaya dianggap permata PKR, di mana ia merupakan 'template' untuk parti dan Pakatan mempromosikan dasar negara, kata Nik Nazmi yang juga timbalan speaker Dewan Undangan Negeri. Parti itu juga perlu memperbaiki hubungan dengan PAS dan Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor akan datang menjadi medan ujian kedua-dua pihak mengetepikan ketegangan baru-baru ini dan membuktikan mereka boleh bekerjasama merampas kerusi negeri Kelantan itu dari Umno. Timbalan Ketua Penerangan PKR Sim Tze Tzin menyifatkan perbezaan pendapat antara keduanya baru-baru ini seperti pertengkaran antara suami isteri, akhirnya semua orang sedar yang mereka akan lebih kuat jika bersama sebagai satu pakatan. "Ya, keadaan tegang sejak beberapa minggu lalu tetapi kita lebih hargai dan sayangkan hubungan kita. Kami akan berdamai dan berusaha memenangi kerusi itu," kata ahli Parlimen Bayan Baru penggal pertama itu. PKR juga dibayangi isu seperti kes Liwat II melibatkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menunggu proses rayuan pada Oktober, Naib Presiden N Surendran didakwa bawah Akta Hasutan, pengarah strategi Rafizi Ramli dengan kes membabitkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, Naib Presiden Tian Chua didakwa kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis dan Nik Nazmi dengan kes di bawah Akta Perhimpunan Aman. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil rakyat akan hilang kelayakan jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih dua tahun dan tidak menerima pengampunan. Adakah perkembangan ini akan melumpuhkan parti? "Walaupun terdapat kebimbangan mengenai kes mahkamah dan penindasan berterusan terhadap pemimpin kami, tidak ada rasa bimbang, merajuk atau khuatir yang kita sedang menuju keruntuhan selepas ini. "Yang mengikat kita bukan Anwar, tetapi kepercayaan yang keadilan sosial akan ditegakkan. Ini yang akan menyatukan rakyat Malaysia," kata seorang pemimpin kanan parti yang berkeras tidak mahu dinamakan. Ketua Pemuda Shamsul Iskandar Mohd Akin juga menafikan parti itu sedang di ambang kejatuhan dengan beberapa pemimpinnya berdepan hukuman penjara. "Kami tunjukkan kami dapat mengatasi cabaran itu. Kami berdoa Anwar dan pemimpin kami yang lain tidak dianiaya, tetapi jika ia berlaku, akan ada orang baru tampil ke depan untuk meneruskan perjuangan parti. "Kami mempunyai barisan kepimpinan yang jelas, termasuk pemimpin barisan kedua dan ketiga yang akan membantu pemimpin yang lebih tua dan berpengalaman," katanya. – 21 Ogos, 2014. (TMI) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
Saari Sungib: Komen Dr Mujahid & Hanipa, Pengkhianat Atau Wira? Posted: 21 Aug 2014 03:00 AM PDT Ibnu Hasyim Saari Sungib: Komen Dr Mujahid & Hanipa, Pengkhianat Atau Wira? Wakil rakyat PAS Saari Sungib menjelaskan, kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimanapun, kata ADUN Hulu Kelang itu, beliau menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa. "Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah. "Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Saari sebelum ini hadir dalam sidang media itu bersama seorang lagi ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib), yang menyebabkan disiasat parti Islam itu kerana membuat pendirian sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat. Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukar. Keputusan itu bagaimanapun berubah selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya 17 Ogos lalu dan selepas PKR memecat Khalid. PAS kemudian menerima pencalonan Azizah di samping mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Tindakan terhadap Saari dan Hasnul kini dilapor ditangguhkan sehingga menunggu kemelut pentadbiran negeri itu selesai. Pengkhianat atau wira? Sementara itu, terdapat beberapa ahli jawatankuasa (AJK) pusat PAS yang tidak melihat tindakan Saari dan Hasnul sebagai salah secara keseluruhannya atau berniat jahat. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa antaranya berpendapat tindakan mereka berdua minggu lalu bertujuan mengukuhkan Pakatan negeri walaupun tindakan itu "mungkin betul dan mungkin tidak". "Saya tak nyatakan mereka salah atau betul. Saya cuma nak gambarkan betapa sukarnya waktu itu untuk membuat perkiraan demi mengukuhkan Pakatan di peringkat ADUN," katanya ketika dihubungi kepada Malaysiakini. "Tetapi itu pun tidak boleh dianggap salah kerana keputusan besarnya ialah bersama (Pakatan). Cuma, cara bagaimana di peringkat ADUN ini bertindak tidak ada pendekatan yang tuntas (menyeluruh)." Sementara itu, seorang lagi AJK PAS Hanipa Maidin pula semalam berkata, tindakan Saari dan Hasnul sedikit sebanyak membantu Pakatan keluar daripada keadaan tidak menentu yang boleh mendorong sultan membubarkan DUN. Katanya, walaupun ada yang menganggap mereka "pengkhianat", tidak mustahil suatu hari nanti generasi akan datang menobatkan mereka sebagai wira.(MK) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
Jurugambar pujuk model muslimah send gambar pose seksi terbongkar! (4 Gambar) Posted: 21 Aug 2014 02:27 AM PDT Tengok TV Online Jurugambar pujuk model muslimah send gambar pose seksi terbongkar! (4 Gambar) Beberapa keping gambar screenshot dikongsikan oleh seorang wanita mengenai perbualannya melalui Facebook. dengan seorang jurugambar hidung beLang. Wanita tersebut yang mengambil upah sebagai model muslimah berasa sangsi dengan arahan-arahan yang diberikan oleh jurugambar itu. Manakan tidak, dia disuruh berposing seperti seorang model pakaian daIam pula. Apa pula kaitannya pose badan yang menggiuurrkan dengan fashion muslimah? Mungkin ketika itu, si jurugambar "hidung beIang" itu hanya berkehendakkan gambar yang seksi semata-mata mahu menambah koleksi untuk kegunaan yang tidak senonoh kelak. Oleh itu, perempuan diluar sana terutama yang bercita-cita menjadi model muslimah perlulah berjaga-jaga daripada terkena perangkap jurugambar seperti ini. |
S/usaha A/Hadi Perjelas Pertemuan Dengan Sultan Posted: 21 Aug 2014 01:54 AM PDT Ibnu Hasyim S/usaha A/Hadi Perjelas Pertemuan Dengan Sultan Setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan tiada sebarang titah arahan dibuat sultan Selangor pada presiden PAS itu berkaitan isu krisis menteri besar negeri. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau membuat penjelasan itu kerana ingin membetulkan maklumat melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menggambarkan seolah-olah wujud arahan tertentu daripada sultan. "Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan," katanya. Dalam kenyataannya hari ini, Samsuri berkata, Hadi memohon mengadap sultan pada hari raya keempat sempena perayaan itu. Bagaimanapun, Suhaizan pada 19 Ogos lalu menulis Hadi yang hubungan agak baik dengan istana dititah menghadap pada hari raya keempat. Hasilnya, jelas Suhaizan, presiden PAS membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Azizah. Atas pertimbangan-pertimbangan itu, jelasnya lagi, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali bersama Azizah sebagai alternatif. Sementara itu, Suhaizan hari ini mengeluarkan kenyataan pendek menjelaskan artikelnya kelmarin yang mendedahkan pertemuan itu. "Saya ingin membetulkan segala tanggapan yang menyatakan bahawa pihak istana Selangor telah menamakan atau memberi isyarat nama Azmin sebagai calon menteri besar Selangor. "Justeru, sebarang tanggapan berkaitan dengannya adalah tidak benar dan tersasar sama sekali daripada maksud rencana tersebut," katanya. (MK) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
Patutlah Mahathir Marah Sangat Dengan Najib.. Ini Sebabnya Posted: 21 Aug 2014 12:39 AM PDT Addin Patutlah Mahathir Marah Sangat Dengan Najib.. Ini Sebabnya Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan 7 sebab, dari bantuan tunai secara langsung ke perjanjian perdagangan, yang cukup membuatkan beliau kecewa dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan. "Dr Mahathir enggan menarik balik surat itu dan kebuntuan ini mengakibatkan pertentangan antara kedua mereka," kata Asia Sentinel. Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung November ini dipercayai menyebabkan Dr Mahathir makin meningkatkan kempennya terhadap Najib. Malah, Asia Sentinel berkata kemarahan Dr Mahathir meruap-ruap sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi, di mana Barisan Nasional hilang undi popular kepada Pakatan Rakyat untuk kali pertamanya dalam 44 tahun. Kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib disebar luas oleh portal berita bebas walaupun media arus perdana di negara ini memilih untuk tidak melaporkannya. Antara tuntutan dibuat Dr Mahathir termasuk memperbaharui tabung dana 1Malaysia Development Berhad yang menanggung hutang sehingga RM36 bilion. Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan syarikat konglomerat minyak dan gas negara Petronas kerana tidak memberi cukup kontrak kepada Bumiputera. Kata Asia Sentinel, peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas pada Oktober tahun lepas bukan disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tetapi kerana beliau marahkan Najib. "Dr Mahathir juga tidak suka Najib terlalu bertolak-ansur dengan Amerika Syarikat disebabkan perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang berjalan." Perdana menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu 22 tahun itu dilaporkan terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis makan malam bersama presiden Amerika Barack Obama. "Semasa lawatan Obama ke negara ini April tahun ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dijemput ke majlis makan malam tetapi Dr Mahathir tidak," kata portal itu. Dr Mahathir juga dilaporkan tidak berkenan dengan tindakan Putrajaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah berjumlah RM4 billion, melibatkan 6 juta penduduk. Dia juga menuntut syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines yang mengalami masalah kerugian berbilion ringgit dan kehilangan 2 pesawat mengorban lebih 500 nyawa, diserahkan kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Asia Sentinel juga berkata Dr Mahathir menyalahkan Najib atas segala kejadian yang mengundang ketegangan kaum dan agama di negara ini. "Bagaimanapun, sesuatu yang ironi di sini ialah Dr Mahathir menyokong kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali," katanya. "Perkasa kerap mengeluarkan kenyataan panas tentang keunggulan dan hak istimewa orang Melayu tetapi Putrajaya hanya berdiam diri." Menurut Asia Sentinel, walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa sejak meletak jawatan pada 2003, negarawan berusia 89 tahun itu mempunyai rekod yang menggerunkan. "Dr Mahathir memaksa bekas perdana menteri Tun Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan. Pada zamannya, Dr Mahathir pernah menerima cabaran dari mereka seperti Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Semua mereka ini sama ada menteri kewangan atau timbalan perdana menteri yang pernah cuba menyingkirkan Dr Mahathir tetapi tidak berjaya." ~tmi Iklan C (ii) |
Senarai penuh jenazah MH17 yang dibawa pulang esok didedahkan Posted: 21 Aug 2014 12:39 AM PDT Tengok TV Online Senarai penuh jenazah MH17 yang dibawa pulang esok didedahkan Kerajaan sebentar tadi mengumumkan senarai penuh 20 mangsa nahas MH17 yang jenazah mereka akan dibawa pulang dari Amsterdam, Belanda ke tanah air esok. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Daripada 20 jenazah berkenaan, 11 terdiri orang Islam dan sembilan bukan Islam. Takziah kepada keluarga mangsa. Senarai penuh 20 jenazah yang dibawa pulang esok: 1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam 2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam 3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam 4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam 5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam 6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha 7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh 8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha 9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian 10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian 11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha 12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha 13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian 14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam 15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam 16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam 17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian 18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam 19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam 20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - Islam |
Pendedahan kematian Lans Kop. Azrul di Semporna beri kesan buruk pada ibu! Posted: 20 Aug 2014 09:43 PM PDT Tengok TV Online Pendedahan kematian Lans Kop. Azrul di Semporna beri kesan buruk pada ibu! Pendedahan tragedi berdarah di Kampung Simunul di Mahkamah dan disiarkan secara meluas melalui media massa semalam telah memberi kesan buruk kepada ibu mangsa. Melalui satu perbualan di media sosial oleh seorang pengguna media sosial mendedahkan ibu kepada Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran tidak dapat menahan kesedihan apabila membaca berita itu. Puan Sadiah Mohd. Amin dikatakan terkejut mengetahui keadaan tubuh badan anaknya yang mesra dipanggil ayon itu. Mungkin ada benarnya juga berita sebegini seharusnya tidak perlu dibawa keluar dari mahkamah. Anggota keselamatan yang terkorban di medan pertempuran seharusnya diangkat sebagai hero dan bukannya dihidang dengan berita-berita buruk seperti ini. -TengokTVonline |
Lagi Berita Gempar Dari Ibupejabat PKR.. Saksikanlah Posted: 20 Aug 2014 07:40 PM PDT Addin Lagi Berita Gempar Dari Ibupejabat PKR.. Saksikanlah PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan. Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana. "Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut. Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kita cuma tunggu sahaja maklum balas daripada Tuanku," katanya. Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini. "Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar, kanan) berkata mereka akan melalui proses mengikut perlembagaan dan undang-undang dalam usaha menggantikan Khalid. "Kita akan guna proses perlembagaan dan undang-undang. Prosesnya adalah dengan menghantar nama terlebih dahulu dan dalam isu ini, majoriti sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah jelas," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider. Rafizi juga tidak memberitahu mengenai langkah seterusnya jika Sultan Selangor menolak Dr Wan Azizah, sambil berkata tidak mahu membuat "spekulasi". "Tidak apa, kita guna dahulu proses Perlembagaan. Buat ketika ini, kita tidak mahu berspekulasi," katanya. Awal hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula. Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 melibatkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Zambry Abdul Kader, sultan mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN. Shukor berkata Sultan juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN. "Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider. Spekulasi bertiup kencang mengatakan Sultan Selangor tidak akan memperkenankan Dr Wan Azizah menjadi MB. PAS sebelum ini menamakan dua calon MB selepas presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dititahkan mengadap Sultan. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata ia bagi mengelakkan kemungkinan pihak istana menolak pencalonan Dr Wan Azizah. PKR bertegas mengemukakan satu nama walaupun PAS pada awalnya mahu dua nama dikemukakan apabila mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternatif. Bagaimanapun, mesyuarat Pakatan Rakyat sebulat suara memutuskan nama Dr Wan Azizah sahaja dipersembahkan kepada istana. ~tmi Iklan C (ii) |
Punca Budak 4 tahun mati dalam kereta bapa didedahkan Posted: 20 Aug 2014 07:36 PM PDT Tengok TV Online Punca Budak 4 tahun mati dalam kereta bapa didedahkan MUHAMMAD Aqil Arfan Adnan, 4 maut selepas ditinggalkan oleh bapanya didalam kereta. Kejadian bermula kira-kira 7.30 pagi apabila mangsa Muhammad Aqil Arfan Adnan dikatakan tidur dalam kereta ketika bapa menghantar ibu mangsa yang berkhidmat sebagai guru di SMK Syed Ahmad di sini. Menurut sumber, bapa mangsa Adnan Salleh, 42, yang juga seorang guru, dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya ke sebuah tadika yang terletak berhampiran dengan sekolah isterinya sebaliknya terus pergi ke tempat dia mengajar di SMK Kuala Nerang. "Bapa mangsa dikatakan terlupa anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang kereta terus masuk ke sekolah untuk mengajar. "Ketika bapa mangsa pergi semula ke keretanya untuk pulang mengambil isteri dan anaknya kira-kira 4 petang, dia terkejut melihat kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 kanun keseksaan. -Harian Metro |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment