Saya Tak Kisah Jika Liyana Tidak Mahu Minta Maaf – Hanez Suraya
Saya Tak Kisah Jika Liyana Tidak Mahu Minta Maaf – Hanez Suraya |
- Saya Tak Kisah Jika Liyana Tidak Mahu Minta Maaf – Hanez Suraya
- Imam Muda Hassan Tegur Hanez Suraya?
- Syamsul Yusof Ke Majlis Pernikahan Guna Kerusi Roda Akibat Denggi
- (33 GAMBAR)Malam Kemuncak Lantai Cilik 2 Bersiaran Secara Langsung Di TV2 Esok
Saya Tak Kisah Jika Liyana Tidak Mahu Minta Maaf – Hanez Suraya Posted: 07 Mar 2014 01:34 AM PST Ah sudah. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Semalam kata nak saman kalau Liyana Manan tak minta maaf, tup-tup hari ini kata tak kisah pulak. Siap boleh nak berbincang pula. Pening sungguh Abang Nara dengan “statement-statement” yang dikeluarkan oleh Hanez Suraya ini. Asyik berubah-ubah je. Menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya menyatakan kesudiannya untuk bertemu Liyana Manan dan menyelesaikan isu ini secara profesional. Kata Hanez:-
Pada pendapat Abang Nara yang tak berapa pandai ini, Hanez Surayalah sepatutnya mengambil inisiatif untuk bertemu Liyana Manan dan memohon maaf daripadanya. Kalau Hanez berbuat demikian, pasti masyarakat akan lebih menghormati dan memandang tinggi akan kejujuran Hanez. Seharusnya Hanez mengambil kira kecaman dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebagai satu petanda bahawa perbuatan yang dilakukannya adalah menyalahi norma masyarakat. Orang tak marah kalau kita tak buat silap. Orang marah sebab tahu ia perbuatan yang tidak bermoral. Tak begitu? P.S: Proton perlu dana 3 bilion untuk buat model baru Baca Yang Ini Pulak:- |
Imam Muda Hassan Tegur Hanez Suraya? Posted: 07 Mar 2014 01:01 AM PST Nampaknya kisah Hanez Suraya mendapat perhatian luas terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Menariknya Imam Muda Hassan, juara program Imam Muda 2 turut dilihat mengeluarkan status di Facebooknya yang seolah-olah menegur perbuatan Hanez Suraya dan Romie yang pergi bercuti di Bangkok. Walaupun tidak menyebut secara nyata nama pelakon tersebut, memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya dengan kata-kata Imam Muda Hassan. Berikut ialah status Facebook Imam Muda Hassan yang sewajarnya dijadikan panduan untuk kita semua:-
Abang Nara yakin akan lebih ramai selebriti yang akan mengeluarkan pendapat mereka mengenai kontroversi yang sedang hangat ini. Imam Muda Asyraf juga sebelum ini sempat membuat memberi komentar kelakar mengenai isu ini di Twitternya yang bertulis “Press Conference ptg ni bersama Hanez Suraya dll.. Isteri sy pesan.. “Abg jaga mata”.. Hehe“. Apa kata anda? P.S: Koleksi foto burung yang mengkagumkan Baca Yang Ini Pulak:- |
Syamsul Yusof Ke Majlis Pernikahan Guna Kerusi Roda Akibat Denggi Posted: 07 Mar 2014 12:49 AM PST Telah disahkan menghidap demam denggi, keadaan pengarah KL Gangster ini dikatakan masih belum pulih sepenuhnya. Sehingga ke hari ini, Syamsul Yusof masih ditahan di wad sedangkan majlis pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana akan berlangsung esok. Walaupun ada ura-ura akan ditunda, ibu kepada Syamsul mengesahkan yang majlis esok akan berjalan seperti yang dirancang. Disebabkan keadaannya yang agak lemah, Syamsul akan menggunakan kerusi roda untuk ke tempat pernikahannya iaitu Masjid Sri Damansara. Kata ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail kepada Sinar Harian:-
Namun begitu majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada sebelah malamnya terpaksa ditunda kerana masalah kesihatan Syamsul Yusof. Kata Datin Patimah lagi:-
Tarikh untuk majlis resepsi akan dibincangkan semula selepas 2 minggu dan apabila keadaan Syamsul Yusof benar-benar pulih kelak. Apa pun, sama-samalah kita doakan kesihatan Syamsul. Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan akad nikah seperti yang dirancang. Diharapkan agar Syamsul lekas sembuh dan dapat menjalani kehidupan suami isteri seperti yang diimpikan setiap pasangan yang berkahwin. Baca Yang Ini Pulak:- |
(33 GAMBAR)Malam Kemuncak Lantai Cilik 2 Bersiaran Secara Langsung Di TV2 Esok Posted: 06 Mar 2014 10:12 PM PST Sebanyak enam kumpulan sudah mengesahkan tiket ke peringkat akhir malam kemuncak Lantai Cilik musim kedua. Pertandingan yang diperkasakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini kembali berdasarkan sambutan memberangsangkan sejak musim pertama diwujudkan. Kemuncak Lantai Cilik musim pertama saja mencatatkan rating lebih 1 juta penonton dan menyaksikan Kiawayan Dance Club (KDC) dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kiawayan, Tambunan, Sabah, muncul juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 serta hadiah sampingan. Malah Kumpulan tersebut telah dibawa mewakili Malaysia di Minggu Malaysia London, United Kingdom untuk persembahan kesenian anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai insentif kemenangan mereka. Bagaimana dengan kemuncak Lantai Cilik musim kedua yang bakal berlangsung 8 Mac depan di Auditorium Perdana Angkasapuri dan dipancarkan secara langsung di TV2, jam 9.00 malam. Ia bakal dihoskan Fimie Don dan Seri Nabilla serta menampilkan adik Nik Nur Amalin sebagai juri culik. Enam kumpulan yang berentap ialah Tunas Tari Warisan, Sekolah Kebangsaan Tangga Batu (Melaka), Sekolah Kebangsaan St Agnes (Kota Kinabalu Sabah), De Art Convent Sekolah Kebangsaan St Francis Convent (Sabah), Sekolah Kebangsaan Sri Amar Kota Tinggi (Johor), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti Puchong (Selangor) dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (Selangor). Hadiah berjumlah keseluruhan sebanyak RM 112,500 bakal dimenangi pada malam itu. Johan saja bakal membawa pulang wang tunai RM50,000, Naib Johan bakal memperoleh wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga pula wang tunai sebanyak RM15,000. Hadiah turut diiringi sijil dan trofi. Tiga lagi kumpulan tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya menerima hadiah saguhati bernilai RM2,500 berserta trofi dan sijil. Istimewanya penonton yang menyertai kuiz dianjurkan dan menjadi pemenang soalan terkumpul juga bakal merebut motosikal Modenas yang ditawar sebanyak tiga buah.
Sidang media mengumumkan finalis diadakan 22 Februari lalu di Lighthouse Cafe, Sunway Lagoon Resort. Ia dihadiri Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Mohd Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia). kata Norhyati:-
Sementara itu, Norliza pula beranggapan pengalaman JKKN dalam bidang tarian kanak-kanak hasil kerjasama dengan RTM dan Kementerian Pendidikan yang menyokong penuh usaha JKKN untuk terus melatih Kumpulan Tunas Budaya selaku katalis dalam menyediakan generasi akan datang yang celik seni dan budaya terus dipertingkatkan. Kata Norliza:-
Lantai Cilik 2 (LC2) menjadi manifesto berterusan dalam mencari bakat luar biasa menerusi cabang tarian tradisional dan kontemporari. Kerjasama strategik dan berterusan antara RTM dan JKKN serta dengan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pertandingan tarian itu membuktikan kesungguhan ejen kerajaan itu memartabatkan kreativiti bakat muda di negara ini. Program ini bukan sekadar mencari sang juara sebaliknya dalam perjalanan ke arah itu ia turut menonjolkan beberapa nilai positif dalam usaha mengembangkan kebolehan bakat muda terutama dalam tarian. Di samping itu ia dapat meningkatkan keyakinan diri, kerja pasukan serta daya saing yang boleh dicontohi generasi muda. Saksikan kemuncak Lantai Cilik musim kedua bersiaran di Auditorium Perdana Angkasapuri dan boleh ditonton secara langsung di TV2 mulai jam 9 malam esok. Lagi 29 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment