Penampilan Fazura Yang ‘Menonjol’ Buatkan Penonton Ghairah
Penampilan Fazura Yang ‘Menonjol’ Buatkan Penonton Ghairah |
- Penampilan Fazura Yang ‘Menonjol’ Buatkan Penonton Ghairah
- Aaron Aziz Tayang Spender Putih Di Instagram
- Aliff Aziz HILANG lagi!
- Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia?
- Sharnaaz Tak Puas Hati dengan Gambar Selfie Azwan Ali
- Lisa, Yusry rai Baby Lara Seperti Anak Sendiri
Penampilan Fazura Yang ‘Menonjol’ Buatkan Penonton Ghairah Posted: 26 Aug 2014 04:47 PM PDT Penampilan Fazura Yang 'Menonjol' Buatkan Penonton Ghairah | Fazura memang cun habis! Bukan sahaja penonton yang terkesima, kami yang melihat buat pertama kali juga terpana seketika, huh! Fazura muncul sebagai model untuk menggayakan fesyen untuk busana hari raya yang lepas yang menampilkan 5 Stars designer. Walaupun kelibat selebriti-selebriti lain turut menjayakan pertunjukan fesyen kali ini seperti Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura, saat kemunculan Fazura telah diberikan 'standing ovation' oleh para penonton yang hadir. Kenapa ya? Pakaian yang diperagakan oleh artis lain kurang menyerlahkah atau Fazura sendiri punya aset yang menarik perhatian penonton? |
Aaron Aziz Tayang Spender Putih Di Instagram Posted: 26 Aug 2014 04:31 PM PDT Aaron Aziz Tayang Spender Putih Di Instagram | Ha jangan terkejut sebab kami terkesima apabila melihat sendiri foto yang dimuat naik oleh hero pujaan ramai ni. Mana taknya, foto yang dimuat naik oleh Aaron pada tengah malam tadi ini bukan lagi sekadar foto biasa-biasa, tetapi foto seluar dalam @ spender berwarna putih. La.. tak percaya? Kebanyakan followers Instagram Aaron juga tertanya-tanya apakah punca pelakon itu upload foto seluar dalam dan ada juga yang nakal bila bertanyakan siapakah empunya bagi seluar dalam lelaki itu. Lols. Foto yang dimuat naik di laman Instagram Aaron Aziz Rasanya macam ada maksud yang tersirat di sebalik foto seluar dalam dan captionnya tu kan? Seperti sudah mengagak bahawa foto ini bakal jadi kontroversi, ada juga peminat yang mempersoalkan tentang tindakan Aaron itu yang dilihat agak tidak sensitif. Mungkin mereka memikirkan yang followers Aaron bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang dewasa, malah golongan kanak-kanak. |
Posted: 26 Aug 2014 04:14 PM PDT Aliff Aziz HILANG lagi!| Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 23, mencetuskan persoalan baharu apabila dia dikhabarkan menghilangkan diri di lokasi yang tidak diketahui sehingga menjejaskan jadual seninya. Menurut sumber, penyanyi itu juga tidak memberi sebarang respons menerusi mesej yang dihantar oleh pihak syarikat rakamannya, Sony Music sejak sebulan lalu untuk urusan sesi fotografi dan juga persembahan nyanyian. Lebih memeranjatkan, Aliff didapati memadam semua status dan gambar-gambar yang pernah diumuat naik menerusi akaun Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang menghadapi masalah tertentu.
Sementara itu, pihak pengurusannya Sony Music Malaysia yang dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya sudah hampir sebulan tidak dapat berhubung dengan penyanyi itu. Wakil pihak pengurusan itu turut memberitahu Aliff telah menghantar mesej kepada mereka agar diberikan masa bagi menyelesaikan masalah peribadinya.
Tambahnya, disebabkan perkara itu juga Sony Music terpaksa membatalkan beberapa acara yang telah dijadualkan. "Buat masa ini pihak kami masih cuba menghubungi Aliff namun tiada sebarang maklum balas dan difahamkan dia kini berada di Singapura. "Kali terakhir pada Hari Raya kelima lalu dia meminta agar diberi masa untuk selesaikan masalah peribadi, namun tidak diberitahu berapa lama dan apakah masalah berkenaan," ujarnya. Aliff sebelum ini pernah menimbulkan masalah apabila gagal dihubungi dan seringkali lewat dalam beberapa urusan kerja. Namun dia berjanji untuk memperbaiki masalah peribadi yang merosakkan kerjaya seninya itu. Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Aliff iaitu Aisyah Aziz turut gagal dihubungi dan difahamkan kini berada Singapura atas urusan kerja.-mStar |
Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia? Posted: 26 Aug 2014 01:10 PM PDT Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia? | Ini mungkin bukan artikel biasa yang kami keluarkan namun tulisan ringkas Adlan Harith & Amran Zulkifli menerusi akaun Facebook The Patriots baru baru ini menarik perhatian kami untuk ulang siar buat tatapan anda. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar. Saya Google untuk melihat-lihat senarai filem tempatan yang akan ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini di sinema kita.
1. ADNAN SEMPIT SAWADIKAP (7 Ogos) – Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana. 2. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA (14 Ogos) – Filem komedi seram mengisahkan seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya. 3. JIN (21 Ogos)- Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin. 4. MAMAK CUPCAKE (28 Ogos) – Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake. 5. LAGENDA BUDAK SETAN 3 – KASYAH (11 September) – Drama, kisah cinta dan penutup trilogi filem Lagenda Budak Setan. 6. NASI TANGAS (18 September) – Filem seram dan ngeri tentang kehebatan nasi tangas atau nasi kangkang. 7. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (25 September) – Filem aksi komedi tentang pengikut ahli kongsi gelap yang mahu insaf. Sementara itu: Saya Google lagi untuk membuat perbandingan kecil dengan Indonesia yang menyambut kemerdekaan mereka pada 17 Ogos yang lalu. Sekitar pertengahan Julai hingga hujung September bioskop mereka menayangkan banyak juga filem tapi antaranya filem-filem ini yang menarik perhatian.
1. HIJRAH CINTA – Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, & pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia. 2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) – Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail. Khusus untuk tayangan hari kemerdekaan. 3. NEGERI TANPA TELINGA – Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar biru dan skandal seks. 4. HAJI BACKPACKER – Ini filem spiritual tentang perjalanan seorang anak muda dalam mencari makna diri, makna kewujudan tuhannya. Juga tentang kegigihan apabila pemuda itu berkeinginan menunaikan ibadah haji dengan keterbatasan yang menghambat. Mengikut info filem ini dirakam di sembilan buah negara antaranya India, Iran, Arab Saudi, Indonesia. Dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Raya ‘Idiladha. Apabila kita bercerita tentang patriotisme dan membina semangat jati diri melalui filem. Pada hari mengenang kemerdekaan. Mungkin tayangan ulangan Sarjan Hassan atau Bukit Kepong atau Leftenan Adnan di TV sudah memadai barangkali? U Wei pernah cakap kalau hendak buat filem bijak, dia perlu audiens yang bijak. Tapi orang Malaysia yang katanya lebih superior daripada Indonesia, filem-filem di bulan kemerdekaan mencerminkan sebaliknya. Industri perfileman Indonesia sememangnya hebat dengan filem filem sarat dengan mesej. Di Malaysia, kita angkat mat rempit, hantu, lawak bodoh, gengster sebagai modal. Maka, demand creates supply atau… (Hasil Tulisan: Adlan Harith dan Amran Zulkifli)-rotikaya |
Sharnaaz Tak Puas Hati dengan Gambar Selfie Azwan Ali Posted: 26 Aug 2014 12:49 PM PDT Sharnaaz Tak Puas Hati dengan Gambar Selfie Azwan Ali| Kalau anda belum dengar, sekitar hujung minggu lalu tercetus perbalahan antara Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad dek kerana si muda menegur yang tua kerana mengambil gambar sendiri (selfie) di perhimpunan berkabung rakyat di Dataran Merdeka.
“Saya tak peduli apa dia nak cakap atau panggil saya sebab satu Malaysia memang tahu mulut dia macam mana. Untuk benda itu, dia tak payah minta maaf pun. Saya tegur dia cara elok dan saya malas jawab apa dia cakap sebab dia lagi tua. Cuma bila dia sentuh kaum, saya tidak senang,” jelas Sharnaaz Ahmad.
Dalam kenyataan menerusi Instagram juga beberapa hari lalu, Sharnaaz Ahmad juga ada berikan nasihat kepada Azwan Ali supaya meminta maaf kepada kaum Melayu yang dihina sebelum terlambat dan berkata tidak kisah jika hanya dirinya dihina, bukan kaum. “Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap juga bila sampai ke tangan Azwan. Ini bukan soal jantina, aib, personal. Ini soal bangsa Melayu yang diinjak kedaulatan! Mohon maaf pada Melayu sebelum terlambat bang,” tulisnya.-rotikaya
|
Lisa, Yusry rai Baby Lara Seperti Anak Sendiri Posted: 26 Aug 2014 10:54 AM PDT Lisa, Yusry rai Baby Lara Seperti Anak Sendiri| DUA tahun mendirikan rumah tangga bukan pengukur kepada mana-mana pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Malah pasangan selebriti popular ini juga mengakui teruja untuk bergelar ibu dan bapa sementelah belum mempunyai anak sepanjang perkahwinan mereka. Keterujaan keduanya dapat dilihat apabila mengunjungi rumah rakan seperjuangan, pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang baru sahaja menerima puteri sulung mereka baru-baru ini. Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres cantik Lisa Surihani, nampaknya pelakon Istanbul Aku Datang itu sempat meluangkan masa bersama suaminya, Yusry Abdul Halim, bagi meraikan anak Awal dan Scha yang popular dengan nama 'Baby Lara'.
Lisa turut berkongsi perasaan yang dipetik dari kata-katanya di Instagram, katanya, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan Baby lara.
Lisa pernah memberitahu menyukai kanak-kanak selepas mendapat pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu.-s.harian
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment