GAMBAR - AKSI MENARIK DON MUSTOFA, ANAK USTAZ DON

Gosip Artis, Artis Malaysia, berita gosip, gosip gosip terkini, www.berita artis, artis gambar, gosip selebriti, berita artis, berita artis artis, berita terkini gosip


(TAHNIAH)Erin Malek Selamat Bertunang, Nikah 10 Oktober Ini |
| (TAHNIAH)Erin Malek Selamat Bertunang, Nikah 10 Oktober Ini Posted: 23 Jun 2014 03:19 AM PDT Tahniah diucapkan buat Erin Malek, 20 tahun kerana telah pun selamat bertunang dengan Farriz Fauzy, 30 tahun. Mengikut perancangan, mereka berdua bakal diijabkabulkan pada 10 Oktober ini. Walaupun ada suara sumbang yang menyatakan Erin terlalu muda untuk bergelar isteri, yang penting bagi Abang Nara ialah Erin dan Farriz masing-masing sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Lagipun lagi cepat kahwin lagilah bagus. Tak adalah berlaku perkara tak diingini. Tahniah diucapkan pada Erin dan Farriz. Semoga perancangan anda akan berjalan seperti yang dirancang. Diharap banyak bersabar sepanjang tempoh pertunangan. Banyak cabarannya. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pertunangan pasangan sama cantik sama padan ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Kredit gambar Instagram MazaziTV.
Baca Yang Ini Pulak:- |
| Kasut CIPELA Sudah Mula Dijual Di ISetan KLCC Posted: 22 Jun 2014 11:02 PM PDT Masihkah anda ingat lagi mengenai kisah kejayaan Hidayah Hassan dengan jenama kasut CIPELA yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu? Kasut-kasut CIPELA memang cantik-cantik dan menawan hati. Kalau selama ini hanya boleh dibeli secara ‘online’, kini CIPELA boleh didapati di ISetan KLCC bermula 20 Jun yang lalu. Inilah peluang anda untuk memegang, mencuba dan merasai sendiri betapa berkualitinya kasut ciptaan anak tempatan kita. Promosi sehingga 3 Julai ini akan memberikan diskaun sebanyak 50% kepada para pembeli kasut CIPELA. Selepas itu bermula pada 4 Julai, kasut untuk koleksi Hari Raya akan mula dijual dengan diskaun 10% dan tambahan 10% lagi buat ahli ISetan. Jadi jumlah diskaun yang boleh diterima ialah 20%. Confirm anda akan lebih cantik bergaya di pagi Syawal dengan kasut CIPELA ini. Abang Nara berani jamin 100%. Selain itu kalau korang nak cari baju raya (lelaki dan wanita), jangan lupa untuk ke HiDY Store di Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati. Minggu lalu HiDY dah buat diskaun sebanyak 30% untuk koleksi mereka. Rasanya boleh dapat lagi diskaun tersebut kalau anda pergi sekarang. Cakap je dapat informasi daripada BeautifulNara. Pasti akan dapat harga murah punya. Kalau nak kepastian mengenai harga, stok dan tawaran yang ada, boleh Whatsapp ke 013380 1338. Mereka akan melayan anda sebaik mungkin. Kalau nak tengok koleksi kasut, boleh ke Instagram Cipela Shoes. Nak tengok baju raya pulak, boleh ushar di Instagram HiDY Collection. Selamat membeli-belah. Baca Yang Ini Pulak:- |
| Isu Budak OKU Terabai, Wardina Bandingkan Kerajaan Malaysia & Australia Posted: 22 Jun 2014 10:50 PM PDT Ya isu budak OKU yang dibiarkan terabai sehingga kurus-kering nampak tulang dan diselaputi najis sememangnya menjadi isu paling hangat dibicarakan hujung minggu lalu. Menangis Abang Nara melihat nasib yang menimpa Mohd Firdaus Abdullah ini. Tak sangka boleh sampai ke tahap macam ini. Banyak pihak yang menyalahkan emak kepada Firdaus kerana sampai hati membiarkan anaknya sebegitu rupa. Abang Nara pun tak sangka ada emak yang sanggup buat darah daging jadi seteruk itu. Tampil memberi komen mengenai isu ini, Wardina telah membuat perbandaingan mengenai sistem penjagaan OKU antara kerajaan Malaysia dan Australia. Agak menarik juga perbandingan yang dilakukan. Mungkin kerajaan Malaysia boleh pergi mempelajari sesuatu daripada Australia. Tulis Wardina:-
Apa pendapat anda? Adakah wajar kerajaan kita dipersalahkan dalam hal ini? Mengikut pengalaman Abang Nara yang mempunyai adik OKU, memang perlu diperbaiki sistem penjagaan kanak-kanak istimewa ini. Banyak yang boleh dipertingkatkan. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Baca Yang Ini Pulak:-
|
| Keith Foo Nafi Bakal Bertunang Dengan Kim Raymond Posted: 22 Jun 2014 10:16 PM PDT Esok ialah 24 Jun. Kalau mengikutkan desas-desus yang bertebaran sebelum ini, esok adalah hari pertunangan Keith Foo dan kekasihnya, Kim Raymond. Kononnya majlis pertunangan ini akan diadakan di Publika dan kad jemputan telah pun diedarkan. Namun para gadis di luar sana bolehlah menarik nafas lega. Keith Foo menerusi BiPop semalam telah menafikan yang dirinya bakal bertunang. Apa yang menarik mengenai penafian Keith Foo ini ialah ketenangannya menghadapi gosip sebegini. Respek Abang Nara dengan pelakon baru ini. Tak ada melenting, tak ada nak mengamuk dan tak ada nak makan hati. Ini barulah pelakon sejati kerana menyedari gosip sebegini adalah asam garam dunia hiburan. Kata Keith Foo:-
Kalau semua artis macam Keith Foo kan bagus? Alangkah indahnya dunia ini. Hehehe. Memang betul kata Keith Foo. Kalau takut nak dilanda gosip, janganlah jadi artis. Lebih baik jadi tukang masak atau kerja kat 7 Eleven je. Dunia artis biasalah gosip-gosip ini. Kalau kena sikit pun dah nak melenting, lebih baik berhenti jadi artis je. Tak gitu? P.S: Gambar selfie ibu OKU tersebar. Baca Yang Ini Pulak:-
|
| Kongsi Gambar Mesra Bersama Amar Baharin, Izreen Azminda Nafi Tak Hormat Edah Posted: 22 Jun 2014 10:03 PM PDT Ya begitulah kehidupan seorang pelakon. Walaupun sudah bercerai dan masih dalam tempoh edah, mahu tak mahu kerana tuntutan kerja, terpaksa juga melakukan promosi untuk drama yang dilakonkan. Ramai yang mengkritik Izreen Azminda kerana sering berkongsi gambar aksi mesranya bersama Amar Baharin menerusi akaun Instagram, namun itu semua dilakukan Izreen kerana ingin mempromosikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Kalau Abang Nara tak tahu mereka berlakon bersama, pasti dah anggap ada ‘something special’ sedang berlaku antara Izreen dan Amar. Kata Izreen menerusi Pancaindera:-
Inilah asam garam menjadi seorang pelakon. Memang sukar. Tak buat promosi langgar kontrak, buat promosi dikatakan tak menghormati tempoh edah. Ditelan mati emak, diluah mati ayah. Namun Abang Nara pasti Izreen Azminda telah mengambil keputusan yang terbaik buat dirinya. Jangan lepas ini tiba-tiba umum bercinta dengan Amar Baharin sudahlah. Memang parah kalau terjadi begitu. Hehehe. Lagi beberapa gambar mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:-
|
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Sekitar Majlis Pertunangan Erin Malek dan Farriz Fauzy (12 Gambar) |
| Sekitar Majlis Pertunangan Erin Malek dan Farriz Fauzy (12 Gambar) Posted: 22 Jun 2014 05:00 PM PDT Erin Malek telah selamat melangsungkan majlis pertunangan-nya dengan Farriz Fauzy pada 21 Jun 2014. Majlis tersebut berlangsung pada 8.45 malam di rumah pihak perempuan. Erin telah berkongsi beberapa gambar pertunangannya melalui akaun Insta. Gambar penuh selepas ini. (more…) |
| Amy Search mengamuk dan maki Nabila Huda di Instagram? Posted: 21 Jun 2014 11:40 PM PDT Kecoh dua hari lepas apabila Nabila Huda memuat naik beberapa keping gambarnya sedang berseronok dengan kekasih baru ketika sedang bercuti di pulau. Di dalam gambar tersebut, ayahnya, Amy Search muncul dengan memberi komen yang pedas berbunyi Abil ni dah lupe ke dulu masa kena tangkap dengan Edi kat Penang dulu. Yang jantan ni pun sama takde rasa sedan silu ke kat aku ape lagi kat public. Memang macam Pu**mak lah kau ni!!! Dah lama betul aku kua ayat ni. Budak jantan ni memang dah tak umpamakan aku… !!!! Memang babi!!! Kami rasa, komen Amy Search itu ditujukan buat kekasih Nabila Huda dan nampak gaya macam ada sejarah hitam diantara Amy dan budak lelaki tersebut. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Adakah seorang ayah telah hilang sabar melihat gelagat anaknya yang semakin rosak tambahan pula lelaki yang yang bersama anaknya langsung tiada hormat terhadapnya? Gambar penuh selepas ini. (more…) |
| Super WTF: Kompilasi kemalangan kereta menggunakan dashcam #17 Posted: 21 Jun 2014 11:00 PM PDT Sila berhati-hati memandu di simpang berlampu isyarat, you don’t know whats coming. (more…) |
| You are subscribed to email updates from Media Malaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Malaysia Sensasi |
| Posted: 22 Jun 2014 10:00 AM PDT Pedi Spin PediSpin Pedicure Foot File Hard Skin Callus Remover Kit Set ![]() Save yourself a lot of time and money taking care of your feet at home, getting salon results every time with this wonderful set including: the JML Pedi Spin tool, one filing plate, one finishing head, replacement finishing pads and a cleaning brush. It's made of high quality durable plastic. Features: - 100% Brand New And High quality - Electronic home pedicure system - Removes dead skin and calluses - Leaves feet silky smooth and soft - Totally painless and gentle on your feet - Offers high and low speed settings - Ergonomic, easy to use design - Traps shavings to prevent mess - Filing plate for removing calluses - Finishing head for the perfect smooth finish - Easy swapping between heads - Fits in the palm of your hand - Battery operated to use anywhere - Requires 4 x AA batteries (not included) Specifications: Color: As the picture show Size : Approx 4.5cm*13.5cm Weight: Approx 280g BELI DI SINI ![]() ![]() |
| Padah Miliki Payudara, Punggung Besar Posted: 22 Jun 2014 09:55 AM PDT Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya. Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu. Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem '127 Hours' berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003. Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil. ![]() GAMBAR dalam bulatan menunjukkan wanita berkenaan tersepit di celah bongkah batu. Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri. Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi posted@malaysiasensasi.net |
| Gadis 20 Tahun Cacat Akibat Obses Pembedahan Plastik Posted: 22 Jun 2014 09:19 AM PDT Seorang gadis berusia 20 tahun yang membelanjakan lebih sejuta ringgit untuk melakukan lebih 200 pembedahan plastik, terpaksa menerima hakikat pembedahan itu bukan mencantikkannya sebaliknya hanya menyebabkan tumit kakinya menjadi haus. ![]() Selain menderita kesakitan, gadis yang hanya dikenali sebagai Pink Baby itu tidak lagi mampu berjalan, malah payudaranya juga dikesan mempunyai tumor sepanjang tiga sentimeter. Akhbar Yangtze Evening News melaporkan, gadis itu menjalani banyak pembedahan di pusat kecantikan kerana mahu kelihatan cantik dan untuk membetulkan wajahnya. Namun dia mengetahui mengenai penyakitnya itu selepas mendapatkan pemeriksaan di Hospital Friendship di Nanjiang. "Saya mula membuat pembedahan plastik pada usia 16 tahun dan sejak itu mula ketagih. "Saya hanya percayakan pusat kecantikan dan tidak mengunjungi hospital untuk menjalani pembedahan itu. Malah saya pernah menetap di Korea Selatan selama setahun semata-mata ingin melakukan pembedahan kerana percaya saya boleh menjadi lebih cantik," katanya. Semua rawatan berkenaan ditanggung oleh ibu bapanya yang kaya. Dalam pada itu, doktor yang merawatnya, Dr. Xia Jianjun memaklumkan hampir seluruh badannya dibedah sehinggakan ada pembedahan yang tidak langsung sesuai untuk usia mudanya itu. Jelas beliau, bahagian paling teruk terjejas akibat pembedahan itu ialah payu dara dan tumitnya. "Adalah mustahil untuk memulihkan semula kecederaan pada tumit kaki," katanya. |
| Dipaksa Lakukan Seks Untuk Hapus Sihir Posted: 22 Jun 2014 09:19 AM PDT SYDNEY: Seorang lelaki 'alim' yang menipu wanita supaya mengadakan hubungan seks dengannya untuk mengelak sihir, dipenjara sekurang-kurangnya 15 tahun. Tony Golossian, 63, dianggap sebagai tokoh yang suci di kalangan penduduk Greek di Sydney kerana kononnya mampu berkomunikasi dengan malaikat. Disember lalu Golossian didapati bersalah atas 24 kesalahan berkaitan rogol ke atas dua wanita dan hakim menetapkan hukuman ke atasnya semalam. Tertuduh bersama, Arthur Psichogios, 41, diarahkan dipenjara sekurang-kurangnya 12 tahun, manakala isterinya, Frances, 38, dihukum lima tahun kerana menyerang seorang daripada mangsa. Ketika perbicaraan, tertuduh didakwa memperdaya dua wanita kononnya mereka terkena sihir dan dipaksa mengadakan hubungan seks bagi membebaskannya. Mangsa diyakinkan bahawa perbuatan itu adalah sebahagian daripada 'doa' untuk mengatasi sihir berkenaan. Hakim berkata, kesan emosi yang dialami kedua-dua mangsa sangat serius. Katanya, mangsa pertama mengalami kesan dahsyat selama empat setengah tahun, dimanipulasi secara kejam kesan daripada ajaran lelaki terbabit. Semalam, mahkamah dikawal polis antirusuhan selepas seorang daripada pegawai mengendalikan kes berkenaan diserang saudara seorang daripada defendan. posted@malaysiasensasi.net |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Copyright © Oh Malaysia Sensasi™. All rights reserved.