Powered by Blogger.
Showing posts with label agnes monica. Show all posts
Showing posts with label agnes monica. Show all posts

Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland

Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland


Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland

Posted: 17 Apr 2014 01:41 AM PDT

Gambar Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland  |  Ahli Undangan Negeri (ADUN) Paloh Gua Musang terlibat kemalangan petang tadi berdekatan Cameron Highland. Beliau disahkan mengalami kecederaan teruk manakala isterinya meninggal dunia.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan jalan raya yang sudah pasti turut mengejutkan kita kerana awal pagi sebelumnya, bekas pengerusi DAP Karpal Singh disahkan maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung.

Gambar+Adun+paloh+YB+Datuk+Nazula+cedera+parah+kemalangan1 Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland
Gambar+Adun+paloh+YB+Datuk+Nazula+cedera+parah+kemalangan2 Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland
Gambar+Adun+paloh+YB+Datuk+Nazula+cedera+parah+kemalangan3 Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland
Gambar+Adun+paloh+YB+Datuk+Nazula+cedera+parah+kemalangan4 Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland
Gambar+Adun+paloh+YB+Datuk+Nazula+cedera+parah+kemalangan Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland
Sumber

MH370 : Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat

Posted: 17 Apr 2014 01:30 AM PDT

MH370 : Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat  |   Tompokan minyak dikesan Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, bukan minyak pesawat atau cecair hidraulik.

Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal dilakukan pada sampel diambil di kawasan pencarian yang tiba di Perth pagi ini.

Pada Isnin, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata dalam sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat 'ping' dikesan sebelum itu oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan Ocean Shield.

Dua liter tompokan minyak diambil sebagai sampel.

Dalam perkembangan lain, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter.

"Peluasan parameter operasi ini membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini," menurut agensi itu dalam kenyataan.

Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.

JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul.

Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini.

Ia dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat itu di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger ditunda sejak 8 April.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Selepas analisis dibuat terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". – Bernama

Anil JS Dakwa Kematian Karpal Singh Dirancang Kerajaan Malaysia

Posted: 17 Apr 2014 01:24 AM PDT

Anil Js Dakwa Kematian Karpal Dirancang Kerajaan Malaysia   |  Seorang pengguna Facebook yang didakwa anak saudara Karpal Singh telah memuat naik satu status Facebook seolah-olah menyalahkan kerajaan Malaysia atas kematian mendiang awal pagi tadi.

Status yang menyamakan kemalangan Karpal dengan kes Anwar Ibrahim dan pesawat MH370 itu berbunyi:

anil js Anil JS Dakwa Kematian Karpal Singh Dirancang Kerajaan Malaysia

Pengguna Facebook dengan nama Anil JS ini turut mencabar pihak berkuasa untuk menangkap dirinya.

anil js2 Anil JS Dakwa Kematian Karpal Singh Dirancang Kerajaan Malaysia
Jika dilihat pada bahasa yang digunakan termasuk mencarut-carut, rasanya individu ini tak nampak langsung memiliki tahap pendidikan atau moral yang boleh dibanggakan.

Silap-silap tengah mabuk kot? Oleh: REM RAMZI – MYNEWSHUB -

 

Suami Beri Krisdayanti Syarat Jika Ingin Menyanyi

Posted: 17 Apr 2014 12:58 AM PDT

Suami Beri Krisdayanti Syarat Jika Ingin Menyanyi  |   Penyanyi Krisdayanti memberitahu suaminya Raul Lemos meletakkan beberapa syarat sekiranya dia mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas empat tahun berehat.

Kris, 39, berkata, antara syarat-syaratnya dia tidak boleh terlalu sibuk dengan aktiviti nyanyian setiap hari sebaliknya memadai urusan berkaitan seni dihabiskan dalam seminggu sekali.

"Empat tahun berehat di bidang nyanyian pastinya membuatkan saya berasa rindu untuk aktif semula dan Raul tahu dengan minat saya itu.

"Lalu dia meletakkan beberapa syarat jika saya mahu kembali menyanyi dan antara yang sangat diutamakan adalah masa. Saya tidak boleh terlalu sibuk dengan kerja.

"Dia akan cemburu dengan masa kerja saya nanti di mana sepatutnya masa itu perlu dihabiskan bersama suami dan anak-anak," katanya.

Kris ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Persembahan Ratu Cinta di pejabat Warner Music Malaysia di Menara TSR, Mutiara Damansara, di sini pada petang Selasa.

krisdayanti 2 Suami Beri Krisdayanti Syarat Jika Ingin Menyanyi

Tambah Kris, Raul kini lebih faham cara kerjanya sebagai penyanyi memandangkan sebelum ini suaminya itu sering bertanya mengenai cara seseorang penyanyi itu menjalankan tugas mereka.
Malah Raul kini turut bersemangat dalam berkongsi pendapat mengenai penampilannya setiap kali muncul di khalayak.

Sementara itu, mengenai albumnya selepas empat tahun berehat, Kris muncul dengan dua buah lagu baharu iaitu Ratu Cinta serta Bertubi-Tubi serta 14 buah kompilasi lagu popular dalam album berkenaan

Walaupun membuat kemunculan semula dengan persediaan yang sangat rapi, jauh di sudut hati penyanyi itu merasakan bahawa dia mungkin sudah dilupakan oleh sebahagian peminat-peminatnya.

"Seperti yang semua orang tahu, kehidupan ini bagaikan roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah.

"Memang saya tahu apabila berehat, banyak perkara yang akan saya tertinggal. Tetapi saya tidak pernah berasa kecil hati dengan apa yang berlaku.

"Walaupun saya tahu mungkin saya kehilangan peminat, ia tidak mengapa, kerana saya percaya masih ada lagi peminat yang menyokong saya," ujarnya.

Gambar Tidak Tutup Aurat Anak Perempuan Datuk Sheila Majid

Posted: 17 Apr 2014 12:25 AM PDT

Gambar Tidak Tutup Aurat Anak Perempuan Datuk Sheila Majid  |  Mungkin tidak ramai yang mengenali anak perempuan penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid iaitu Wan Nur Khaleda yang kini usianya sudah mencecah 22 tahun.

Pada pengamatan penulis, Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.



Click to view slideshow.

Bagaimanapun, Sheila yang ditemui dalam majlis sidang media Strepsils The Right Note di One World Hotel semalam mempunyai penjelasan sendiri berhubung perkara tersebut.

Menurut aktres kelahiran Singapura itu, dia menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.

"Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

"Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.

"Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

"Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli."

Apapun, mari skodeng beberapa keping gambar jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak tumpah macam Sheila Majid. Bak kata pepatah"ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi."

Budak Perempuan Ikut Teman Lelaki Lepas Gian Diberkas Polis

Posted: 17 Apr 2014 12:18 AM PDT

Budak Perempuan Ikut Teman Lelaki Lepas Gian Diberkas Polis  |  Keinginan seorang gadis yang mahu melepaskan gian sehingga sanggup mengikut teman lelakinya ke port dadah popular berakhir apabila ditahan sepasukan polis, di Kampung Sungai Samak, petang Selasa lalu.

Serbuan dibuat kira-kira jam 3 petang, dan gadis berusia 23 tahun itu antara lapan suspek yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di tengah-tengah kebun kelapa sawit, dekat sini.

Apa yang lebih malang apabila teman lelaki gadis itu hanya pentingkan diri sehingga sanggup meninggalkan dan membiarkan suspek ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, gadis itu dikatakan mengikut teman lelakinya yang juga seorang penagih dadah ke port tersebut untuk melepaskan gian.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan gadis itu bersama-sama tujuh suspek lain sedang asyik menghisap dadah di dalam rumah tersebut sehingga mereka tidak sempat melarikan diri.

“Walaupun ketika serbuan, ada penagih dadah sempat melarikan diri, kita berjaya menahan lapan suspek yang sedang asyik menghisap dadah.

“Serbuan adalah hasil aduan orang kampung yang curiga dengan kehadiran ramai orang di premis tersebut tidak mengira masa,” katanya.

Kok Liang berkata, pengedar dadah di kawasan itu menjalankan promosi menarik dengan menawarkan hutang bagi pembelian bekalan dadah berkenaan.

"Kita percaya, penagih dadah mendapatkan bekalan dadah daripada Sabak Bernam, Selangor iatas faktor geografi kerana kawasan itu bersempadan dengan negeri tersebut," katanya.

Katanya, pemeriksaan saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan mereka kini ditahan reman.

“Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

Hangat: Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk di Pentas

Posted: 16 Apr 2014 09:31 PM PDT

Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk | Saat pelawak Kuah Jenhan selaku hos menyebut nama “Afgan…!!!”, seluruh dewan terus gamat dengan sorakan penonton. Inikan pula, apabila penyanyi kegilaan ramai ini muncul di depan mata. Lantaran membuatkan para peminatnya jadi tidak keruan.

Bahkan saat dia mempersembahkan lagu-lagu hitsnya, para peminat tidak melepaskan peluang naik ke pentas untuk berselfie bersamanya.

Dan satu momen yang berjaya mencuri perhatian sekalian penonton ialah di ketika jejaka kelahiran Jakarta, Indonesia ini mendendangkan lagu Jodoh Pasti Bertemu tanpa disangka meluru seorang peminat naik ke pentas lalu mencium pipitnya. Dan penyanyi berlesung pipit ini tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya.

 

Itu yang terjadi kepada empunya nama sebenar Afgan Syahreza sewaktu membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha 2014 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

afgan 2 Hangat: Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk di Pentas afgan 3 Hangat: Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk di Pentas

Kegilaan peminat terhadap Afgan tidak terhenti setakat itu. Meneruskan nyanyian dengan lagu rancak, Panas Asmara, Afgan mengambil peluang mendekati peminat-peminatnya. Namun belum sempat dia melawat dari satu meja ke satu meja, peminat lebih dulu mengerumuninya.-rotikaya

Pakaian Bergantung Cuaca : Agnes Monica

Posted: 16 Apr 2014 09:27 PM PDT

 Pakaian Bergantung Cuaca : Agnes Monica| DALAM dunia fesyen, sememangnya selebriti menjadi golongan yang sering mendapat perhatian.

Sentiasa tampil seksi ketika mengadakan persembahan, penyanyi popular, Agnes Monica, memberitahu bahawa nilai fesyen itu tidak boleh disamakan dengan semua orang.


"Saya suka fesyen dan fesyen itu bergantung kepada diri sendiri. Orang lain tidak boleh memaksa kita dalam berfesyen dan saya akan pakai apa yang saya suka.

agnes3  Pakaian Bergantung Cuaca : Agnes Monica
"Bukan semua acara saya akan seksi, bergantung kepada majlis. Namun, secara logik, ada negara yang panas dan ada negara yang sejuk. Pakaian saya juga bergantung kepada cuaca," katanya lagi.-Cari
 

Gempar! Suami Isteri Main “Langgar-langgar”

Posted: 16 Apr 2014 09:20 PM PDT

Gempar! Suami Isteri Main "Langgar-langgar"| Kisah pasangan suami isteri yang bergaduh hingga salah seorang daripadanya memecahkan pinggan di dapur mungkin bukan kisah luar biasa.

Tapi pasangan di Butterworth, Pulau Pinang nampaknya lebih ganas daripada biasa apabila mereka ‘berperang’ dengan memecahkan kenderaan.

Dalam rakaman video yang diambil di di Jalan Raja Uda jam 4.30 petang Isnin lalu, sebuah kereta jenis Citroen didapati menghalang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima.

Pemandu Toyota Estima dapat dilihat cuba beredar tetapi dirempuh beberapa kali oleh pemandu Citroen walaupun terdapat orang awam cuba mententeramkan dirinya.

Kejadian ini mengejutkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar.

langgar Gempar! Suami Isteri Main Langgar langgar

Difahamkan, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suami isteri hingga membuatkan salah seorang daripadanya mengamuk kerana tidak dapat menahan perasaan.

Kesudahannya, kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk. Macam ini baru puas hati mereka agaknya…-mynewshub

 

Rekod MPV Dinaiki Karpal, Ada 29 Kesalahan Trafik.. 15 Saman Belum Jelas

Posted: 16 Apr 2014 09:13 PM PDT

Rekod MPV Dinaiki Karpal, Ada 29 Kesalahan Trafik.. 15 Saman Belum Jelas | REKOD ke atas kereta jenis MPV yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, 74 tahun, yang terlibat dalam kemalangan awal pagi menunjukkan ada saman trafik yang belum dijelaskan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Ng Kong Soon dalam laporan Bernama berkata, rekod MPV itu menunjukkan 29 rekod kesalahan lalu lintas iaitu memandu laju dan sejumlah 15 saman masih belum dijelaskan.

 

saman karpal Rekod MPV Dinaiki Karpal, Ada 29 Kesalahan Trafik.. 15 Saman Belum Jelas

salam karpal 2 Rekod MPV Dinaiki Karpal, Ada 29 Kesalahan Trafik.. 15 Saman Belum Jelas

Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian berkenaan awal pagi tadi.

Kereta MPV itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori 5 tan ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara.

Sementara itu, Ng berkata ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu lori berkenaan dipercayai ada kesan dadah jenis ganja.

 

“Terdapat kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian. – mynewshub

Shah Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Dicekup Khalwat

Shah Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Dicekup Khalwat


Shah Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Dicekup Khalwat

Posted: 08 Apr 2014 12:11 PM PDT

Shah Jaszle Hanya Pakai Seluar Dalam Ketika Dicekup Khalwat  | Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai 'boxer' (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya.

Rahsia  :  Siapakah Razali & Izyan

Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

“Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

“Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai 'boxer' (seluar dalam) sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Asyraf A. Ranee dan Muhammad Hafiz Ab Rashid manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Zusyarafain Yusoff.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah.

Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan.

Agnez Mo Tidak Sengaja Dedah Puting Dada Dalam Video Muzik

Posted: 08 Apr 2014 11:49 AM PDT

Agnez Mo Tidak Sengaja Dedah Puting Dada Dalam Video Muzik | Baru-baru ini, penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yang telah menukar nama kepada Agnez Mo telah menerbitkan video muzik antarabangsanya yang pertama bersama produser dan rapper terkenal Amerika, Timbaland.

Disebabkan prestasinya di Indonesia sangat cemerlang, maka harapan menggunung diberikan pada lagu dan video muzik lagu bertajuk 'Coke Bottle' ini. Namun yang menarik, video ini dikatakan seperti menggunakan produksi amatur dan kelihatan murah.

Rahsia  :  Siapakah Razali & Izyan

Tetapi, yang membuatkan ianya menjadi sebutan adalah kerana isu sebahagian dari dada Agnez kelihatan jelas sehingga menampakkan bahagian puting beliau. Tidak pasti samada memang beliau tidak tahu atau sengaja dibiarkan untuk cetuskan kontroversi kami pun tidak tahu.

Walau sudah diajukan soalan, Agnez tidak mahu menjawab dengan lebih lanjut dan seolah-olah membiarkan saja perkara ini kerana pihak produksi dan pengurusannya tidak bertindak apa-apa untuk memperbaiki video muzik ini.


Disebabkan Indonesia juga adalah antara negara yang ramai penduduk beragama Islam, ramai yang memikirkan Agnez agak keterlaluan. Anda lihatlah sendiri video muziknya pada bahagian 1.13-1.14, patut ada tidak disunting semula?

Hanez Suraya Kena Baling Selipar?

Posted: 08 Apr 2014 11:42 AM PDT

Hanez Suraya Kena Baling Selipar? | Sehingga kini, aktres Hanez Suraya, masih dikecam teruk oleh masyarakat dek kontroversinya menjalinkan hubungan dengan suami orang yang dikenali sebagai Mr R (Romie).

Bukan saja digelar ‘perampas’, pelakon Autumn di Hatiku juga tidak putus-putus menerima cacian dan cemuhan dari pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook miliknya.

Rahsia  :  Siapakah Razali & Izyan

Mengakui berasa sedih dan tertekan dengan segala kritikan negatif tersebut, Hanez berkata, kecaman itu turut dirasai sehingga di luar sehingga membuatkan dia berasa kurang selamat.

“Selepas saya buat sidang media tu memang saya rasa sangat sedih. Sebab pandangan orang terhadap saya. Namun saya akui ia tidaklah sampai mendapat ancaman di luar.

"Ada sekali tu saya terserempak dengan orang yang membenci saya. Dia kata nak saja baling selipar pada saya. Tapi dia tak buatlah. Cuma dia cakap sajalah. Alhamdulillah, itu menandakan keadaan masih dapat dikawal lagilah.

"Selepas kejadian itu, atas nasihat keluarga, saya ada mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya. Tetapi untuk acara-acara tertentu sahaja. Kalau ikutkan saya tak selesa bila ada orang sentiasa menjaga pergerakan saya. Tapi itu permintaan keluarga demi keselamatan saya," katanya.

Enggan terlalu memikirkan situasi tersebut, Hanez berkata, dia akan kembali berusaha untuk mendapat kepercayaan peminat-peminatnya semula. Sebab itu juga, dia tidak jadi menarik diri dari membintangi teater Projek Kahwin, pada 12 hingga 14 Jun, di Istana Budaya.

Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar

Posted: 08 Apr 2014 10:37 AM PDT

Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar  |  Nama penyanyi dan pelakon remaja popular Hollywood, Demi Lovato menjadi bualan hangat peminat apabila beberapa keping gambar bogelnya mula ‘bersepah’ di ruang internet, sejak kelmarin.

Tambah memalukan antara gambar tersebut kelihatan Lovato menayangkan payudaranya, tatunya juga bahagian belakang tubuhnya.

13728416273 21b917e13d o Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar

Tak cukup dengan itu, antara beberapa keping gambar tersebut turut mengabadikan Lovato bersama kekasihnya, pelakon Wilmer Valderrama dengan aksi-aksi menghairahkan di atas katil.

13728417873 586158a40e o Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar
Ini bukanlah kali pertama pelantun lagu ‘Heart Attack’ ini terpalit dengan isu gambar bogel. Tahun lalu tersebar gambar bogel yang menunjukkan seorang wanita berambut hitam yang kelihatan seperti Lovato di dalam tab mandi, berbaring di atas katil tanpa seurat benang dan dalam keadaan bersandar seperti mahu mencium wanita lain.

Sepekulasi tambah kukuh berdasarkan tatu yang telihat pada wanita di dalam gambar tersebut di percayai seperti tatu Lovato. Malah gambar-gamabr tersebut mendapat bidaan tertinggi.

13728389445 8c8ed3a667 o Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar

Menyedari gambar peribadinya itu tersebar, Lovato yang popular dengan lagu Heart Attack terus membalas dengan menulis status dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud, "saya seorang yang kuat, saya seorang pejuang. Jadi jangan sesekali memperlekehkan saya" dalam laman Twitternya.

13728424823 3ffce54e24 o Gambar Bogel Demi Lovato Bersama Kekasih Tersebar
Sebelum ini, Demi pernah dimasukkan dalam pusat pemulihan kerana masalah kemurungan, ketagihan dadah dan alkohol.

Liga Super : T-Team Dan Selangor Terikat Seri

Posted: 08 Apr 2014 10:00 AM PDT

Liga Super  :  T-Team Dan Selangor Terikat Seri  | Wakil kelab Terengganu, T-Team dan Selangor berkongsi satu mata selepas seri 1-1 pada aksi tunggal Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam Selasa.

Keputusan itu membolehkan pasukan Selangor naik satu anak tangga ke kedudukan kedua liga dengan 21 mata, satu mata di belakang pendahulu, Pahang manakala T-Team kekal di tangga ke-10 dengan 13 mata.

Pada perlawanan berkenaan, Selangor jelas menguasai permainan pada babak pertama dengan banyak melakukan serangan ke kubu skuad ‘The Titans’ sebaik sahaja pengadil perlawanan, Mohd Fairuzi Mat Desa meniupkan wisel perlawanan.

Mereka berjaya berada di hadapan pada minit ke-15 menerusi penyerang, A. Thamil Arasu yang menanduk masuk sepakan penjuru daripada Mohd Azmi Muslim untuk menceriakan segelintir penyokong mereka yang hadir ke stadium.

Bersambung babak kedua, pasukan T-Team kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah mengubah corak permainan dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu Selangor untuk mencari gol penyamaan.

Usaha mereka berhasil selepas penyerang import dari Indonesia, Patrich Wanggai melakukan tandukan kencang hasil sepakan percuma daripada Nelson Sam Martin pada minit ke-80 bagi menyamakan kedudukan.

Mereka bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wanggai dilayangkan kad merah oleh Mohd Fairuzi pada masa kecederaan separuh masa kedua selepas beliau dikatakan menumbuk kepala Arasu.

Keputusan itu kekal sehingga tiupan wisel perlawanan oleh Mohd Fairuzi untuk membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.  – mStar -

Piala AFC : Kelantan Tewas 2-3 Kepada Yangon United

Posted: 08 Apr 2014 09:44 AM PDT

Piala AFC : Kelantan Tewas 2-3 Kepada Yangon United | Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 2-3 kepada kelab Yangon United dari Myanmar dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Selasa.

Kelantan terpaksa bermain tanpa penyerang importnya Mohamad Ghaddar akibat kecederaan dan dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat pada minit ke-24 menerusi sepakan rendah Cezar Augusto Hermenegildo yang melepasi jangkauan Khairul Fahmi Che Mat.

Pada aksi separuh masa kedua, Kelantan yang memperkemaskan jentera serangan berjaya membuat gol penyamaan pada minit ke-49 apabila sepakan Mohd Khairul Izuan Rosli dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol lawan Pyae Phyo Oo.

Pasukan tuan rumah kemudiannya mendahului pelawat pada minit ke-54 menerusi sepakan Wan Zaharul Nizam Zakaria.

Bagaimanapun Yangon United membuat serangan balas menerusi Emerson Reis Luiz pada minit ke-64 dan kemudiannya memperoleh gol kemenangan pada minit ke-80 menerusi Kyaw Ko Ko.

Kekalahan itu melenyapkan impian Kelantan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pemain Kelantan:

Khairul Fahmi Che Mat (GK), Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Tg Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Amar Rohidan, Mohamad Ghaddar, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul Fitree Ishak, Francis Forkey Doe.

Pemain Yangon United:

Pyae Phyo Oo (GK), Aunh Zaw, David Htan, Aleksandar Vasilev, Kyaw Ko Ko, Yaza Win Thein, Cezar Augustu Hermenegildo, Aung Thaik, Khin Maung Lwin (kapten), Emerson Reis Luiz, Pyaye Phyo Aung.

Timang Cahaya Mata Kedua, Anak Sulung Aishah Sinclair Dapat Adik Perempuan

Posted: 08 Apr 2014 08:16 AM PDT

Timang Cahaya Mata Kedua, Anak Sulung Aishah Sinclair Dapat Adik Perempuan| Aishah Sinclair telah berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya selepas selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 6 April lalu.

Menerusi kapsyen 'And so they finally meet… After 39 weeks and 5 days. #sisters #motherhood #blessed', ramai yang mengagak ahli keluarga barunya itu adalah bayi perempuan.

Di dalam foto terbaru yang dikongsikan beberapa jam lepas, Aishah turut memuat naik foto anak sulungnya memegang si adik dengan penuh kasih sayang.

Aishah Sinclair 1 Timang Cahaya Mata Kedua, Anak Sulung Aishah Sinclair Dapat Adik Perempuan

Untuk pengetahuan, Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Sincalir mendirikan rumah tangga dengan Sheikh Abdul Shahnaz pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung bernama Soraya Ann pada 2010.-ohbulan

Ayah Emma Maembong Pasang Spy Ikuti Zizan?

Posted: 08 Apr 2014 08:12 AM PDT

Ayah Emma Maembong Pasang Spy Ikuti Zizan?| Sejak kebelakangan ini, Zizan Razak dan Emma Maembong semakin terbuka berbicara soal cinta. Memang tak dapat dinafikan pada awalnya mereka agak keberatan untuk berkongsi namun gambar di laman sosial baru-baru ini seakan mengiyakan gosip yang bertebaran.

Berpeluang menemui Emma di sidang media Pelancaran Emma Maembong Sebagai Duta Maixara petang semalam, pelakon cantik itu menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri dalam menyembunyikan kisah mereka.

Sebenarnya kami bukan nak sorok tapi masa tu saya baru lagi kenal Zizan. Memang kita dah berkawan lama tapi bukan rapat. Saya tak nak orang tengok di awal perkenalan nampak terlampau meriah tapi lama-kelamaan baru sedar tak serasi. Sekarang ni Alhamdulillah Emma dah selesa berkawan dengan dia dan kami dah kenal keluarga masing-masing. Barulah kami setuju untuk memberitahu public.

Dalam pada itu, Emma turut memberitahu Zizan merupakan lelaki pertama yang dibawa pulang ke rumah untuk berjumpa dengan bapanya.

Kalau nak tahu, Zizan lelaki pertama yang saya bawak jumpa ayah. Mula-mula ayah tak kenal siapa Zizan, saya cuma cakap Zizan orang Terengganu. Tapi ayah pelik bila ramai orang nak tangkap gambar dengan Zizan waktu kami keluar makan. Dari situ, ayah pasang spy, tanya kawan-kawan dia pasal Zizan dan barulah dia tahu anak dia ni bercinta dengan artis.-ohbulan

Bunga Citra Lestari Mengaku Queen Control

Posted: 08 Apr 2014 08:07 AM PDT

Bunga Citra Lestari Mengaku Queen Control| Pertemuan dengan selebriti Indonesia popular, Bunga Citra Lestari atau BCL baru-baru ini membuka peluang  beberapa rakan media lain untuk berkongsi cerita pelbagai cerita. Selain bercerita tentang perkembangan kerjaya nyanyian dan lakonannya, BCL juga bersikap terbuka apabila diminta mengulas tentang perkahwinannya dengan Ashraf Sinclair.

Tanpa teragak-agak BCL mengakui dia seorang queen control sehingga ramai mengganggap dia mendominasi alam perkahwinannya. Bagaimanapun, BCL punya penjelasan tentang perkara ini dan dia menjelaskan tidak berasa tertekan dengan pendapat itu.

"Sebenarnya saya tidak kisah kalau ada pihak yang menganggap saya dominan atau queen control dalam perkahwinan. Ini kerana saya dan Ashraf tahu kedudukan kami yang sebenar. Ashraf juga seorang yang dominan, tetapi mungkin sifatnya itu tidak kelihatan di mata orang lain. Tetapi sebagai seorang isteri kepada Ashraf, saya dapat melihatnya. Masing-masing punya peranan sendiri. Bukan hanya saya seorang yang membuat keputusan atau memikirkan tentang keluarga. Tetapi kami berdua. Memang benar saya seorang queen control, tetapi just for myself," ujar BCL mengakui sudah sering kali diajukan soalan yang sama.

bclashraff4 Bunga Citra Lestari Mengaku Queen Control

Biarpun tidak terlalu ambil kisah dengan pendapat orang di sekeliling, namun penyanyi yang popular dengan lagu 'Ingkar' ini tetap bersimpati dengan suaminya.
"Saya sangat berbangga dapat menjadi isteri kepada Ashraf. Walaupun dia tidak berasa tertekan dengan pandangan itu, tetapi saya juga bersimpati dengan dia. Sedikit sebanyak, pasti kata-kata orang di sekeliling itu terkesan di hatinya. Apa yang boleh saya katakan ialah, mereka tidak mengenali siapa Ashraf," ujar BCL lagi.

Pilih nyanyian daripada lakonan

Ketika ditanya tentang perkembangan karier seninya pula, BCL memberitahu dia kini menumpukan perhatian terhadap bidang nyanyian berbanding lakonan. Ini kerana dia ingin punya lebih banyak masa bersama keluarga.

"Berlakon komitmennya terlalu tinggi. Kalau sinetron, jadual penggambarannya mengambil masa yang sangat lama. Jadi, buat masa ini saya memang lebih enjoy dengan nyanyian. Mungkin kerana saya kini sudah menjadi ibu. Jadi, saya banyak memikirkan soal keluarga. Saya tidak mahu meninggalkan anak saya terlalu lama," ujar BCL.

Ketika ini BCL sudah menjadi penyanyi ternama di Indonesia. Setiap singlenya selalu menjadi hits, dimulai dengan Sunny, Aku Tak Mau Sendiri, Pernah Muda, Kecewa, Jangan Salahkan Dia, Aku Dan Dirimu dan terkini Cinta Sejati yang menjadi runut bunyi filem pecah panggung di Indonesia, Habibie-Ainun.

"Saya sudah agak lama tidak muncul dengan album terbaru. Kali terakhir saya terlibat dengan rakaman album ialah pada tahun 2008. Kalau ikut perancangan, saya mahu lancarkan album pada 2010 lalu, tetapi semuanya tertangguh apabila saya berkahwin dan hamil. Sementara menunggu waktu yang sesuai, label saya mengambil keputusan dengan melancarkan album 'The Best Of' yang memuatkan lagu-lagu popular saya termasuk single Cinta Sejati yang menjadi soundtrack filem Habibie-Ainun," ujar BCL.-gua.com

Agnes Monica Dikecam Kerana Baju Terlalu Seksi

Agnes Monica Dikecam Kerana Baju Terlalu Seksi


Agnes Monica Dikecam Kerana Baju Terlalu Seksi

Posted: 07 Apr 2014 01:27 AM PDT

Agnes Monica Dikecam Kerana Baju Terlalu Seksi | KLIP video single antarabangsa Agnes Monica berjudul Coke Bottle dikecam oleh segelintir peminat berikutan penampilannya yang agak seksi.

Agnes telah menggayakan pakaian tradisional Indonesia dalam klip video itu.

Bagaimanapun Agnes memberi alasan dia tidak sempat untuk memberi ukuran baju kepada ibunya yang diminta membawa baju berkenaan sebelum penggambaran klip video dilakukan.


"Saya tidak sempat untuk memberi ukuran badan dan tidak sempat mencuba dahulu baju tersebut kerana sibuk dengan latihan.

"Saya akui ia agak seksi tetapi baju itu sangat cantik," katanya.

Klip video tersebut mendapat perhatian beberapa media barat dan membuatkan namanya mula dikenali pada peringkat antarabangsa.

"Saya suka lihat Twitter dan radio di sana, mereka banyak memberi liputan tentang lagu tersebut.

"Ia adalah satu permulaan yang baik, saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar," katanya.-Mstar

Respon Fiza Elite Isu Padam Gambar Adam di Instagram

Posted: 07 Apr 2014 01:09 AM PDT

Respon Fiza Elite isu padam gambar Adam di Instagram | Gosip mengenai keretakan rumahtangga Fiza Elita dan Adam mula tersebar pada September tahun lalu namun Adam tampil menafikan khabar angin yang menyatakan mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Terbaru, desas-desus masalah rumahtangga pasangan selebriti ini kembali menjadi perhatian peminat apabila beberapa keping gambar Fiza dengan suaminya, Adam telah telah dipadam di akaun Instagram miliknya.

fizaadam15 Respon Fiza Elite Isu Padam Gambar Adam di Instagram
Perkara ini menyebabkan segelintir pengikut Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim semakin yakin dengan dakwaan tidak berasas itu. Mungkin kerana sudah letih terus-menerus dihentam peminat, Fiza tampil menjawab tuduhan mereka yang berbunyi berikut :-

“Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan. Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya.”

Pada penulis, salah faham atau pergaduhan dalam sesbuah rumahtangga itu memang sudah menjadi lumrah dan bukan satu perkara luar biasa. Yang penting kena sentiasa berbincang, bermaafan dan berkomunikasi. Buat Adam dan Fiza, pedulikanlah kata-kata orang lain. Yang penting anda tahu situasi sebenar perkahwinan anda. – sumber : plbgaimacam.blogspot.com -

Gambar Bayi Perempuan Ashraf Muslim Didedahkan

Posted: 07 Apr 2014 01:02 AM PDT

Gambar Bayi Perempuan Ashraf Muslim Didedahkan  |  Sekali lihat penulis rasa macam tak percaya melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Ashraf Muslim dan isteri-isterinya. Seringkali kalau bercerita mengenai poligami, selalu keluar dari mukut orang cerita tak menarik sahaja. Namun nampak gayanya Ashraf Muslim berjaya menunjukkan poligami dengan adil mampu memberikan kebahagiaan buat semua pihak yang terlibat.

13696099283 bec7cf795a o Gambar Bayi Perempuan Ashraf Muslim Didedahkan

Lihatlah betapa lebarnya senyuman mereka sekeluarga. Abang Nara terharu sangat-sangat melihat Dayana mendukung anak madunya, Wan Sakinah. Pasti Dayana pun turut sama teruja dengan kehadiran si comel ini. Nampak jelas kemesraan dan betapa rapatnya hubungan mereka sekeluarga.

13696098063 cb11ce5002 o Gambar Bayi Perempuan Ashraf Muslim Didedahkan

Jom layan beberapa keping gambar comel bayi perempuan pasangan sensasi ini. Penulis turut teruja menatap wajah si anak kecil.

13696421034 cf04bd8ecc o Gambar Bayi Perempuan Ashraf Muslim Didedahkan

13696419744 36420d84c0 Gambar Bayi Perempuan Ashraf Muslim Didedahkan

sumber : beautifulnara.com

Nicolas Anelka Bakal Bermain Pasukan T-Team

Posted: 07 Apr 2014 12:44 AM PDT

Nicolas Anelka Bakal Bermain Pasukan T-Team | T-Team mungkin bukan sebuah pasukan besar dalam Liga Malaysia (Liga-M), namun kelab dari Terengganu itu nyata mempunyai cita-cita besar apabila cuba memancing bekas bintang penyerang Perancis, Nicolas Anelka untuk menguatkan cabaran pasukan mengadapi pusingan kedua Liga Super 2014.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syarizan Mohd. Zain mengakui, pa­sukan itu sedang mengadakan perbincangan dengan ejen Anelka untuk mendapatkan khidmat pemain itu selepas dia dilepaskan oleh kelab Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion, bulan lalu.

“Buat masa ini, kita sedang me­ngadakan perbincangan bersama ejen yang juga merupakan abang kepada Anelka.

“Kita berharap dapat mencapai persetujuan mengenai terma dan kontrak dengan bekas bintang ternama ini dalam masa terdekat kerana mengejar tarikh tutup perpindahan Liga Malaysia.

“Bagaimanapun, semasa perbincangan terdapat sedikit halangan terutama berhubung kewangan tetapi ia sama sekali tidak menghalang kami daripada terus mengejar untuk mendapatkan khidmat Anelka,” katanya di sini semalam.

Syahrizan mengakui, usaha mendapatkan Anelka tidak mudah kerana pemain berusia 35 tahun itu turut dipikat oleh kelab Brazil, Atletico Maneiro, yang dibintangi bekas Pemain Terbaik Dunia, Ronal­dinho.

Begitupun, pihaknya menerima maklumat daripada ejennya bahawa pemain tersebut belum menandatangani apa-apa perancangan bersama kelab itu.

“Kita juga memperoleh maklumat bahawa beberapa kelab tidak dapat memenuhi permintaan gaji Anelka.

“Secara jujur, permintaan gaji yang diminta ejennya masih dalam jangkauan pasukan T-Team,” katanya lagi.

Syahrizan memberitahu, pihaknya turut mempunyai rancangan lain jika Anelka mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran T-Team.

Pada zaman kegemilangannya, Anelka pernah menyarung jersi beberapa kelab gergasi Eropah seperti Arsenal, Real Madrid, Chelsea, Paris Saint-Germain, Liverpool, Manchester City, Fenerbahce dan Juventus.

Dia yang menyarung jersi Perancis pada Piala Dunia 1998 dan 2010 tidak disambung kontraknya oleh West Brom kerana kerana didapati bersalah menunjukkan isyarat anti-Yahudi dalam perlawanan menentang West Ham, Januari lalu.

Bahagia Dengan Dua Isteri, Ashraf Muslim Kini Bergelar Bapa

Posted: 06 Apr 2014 09:04 PM PDT

Bahagia Dengan Dua Isteri, Ashraf Muslim Kini Bergelar Bapa|Kisah rumahtangga pelakon kacak, Ashraf Muslim sentiasa mendapat perhatian kerana dia pernah bertindak untuk merahsiakan perkahwinan kedua daripada umum, termasuklah daripada pengetahuan isteri pertamanya, Dayana.

Namun, selepas bernikah, hubungan antara Ashraf, Dayana dan Sakinah khabarnya semakin baik dan gembira apabila mendapat berita kehamilan Sakinah.

isteri ashraf muslim Bahagia Dengan Dua Isteri, Ashraf Muslim Kini Bergelar Bapa

Terbaru, melalui laman sosial Instagram milik Ashraf, selebriti ini telah memuat naik sekeping foto dipercayai merupakan foto pintu wad isterinya, Sakinah.

eina3 Bahagia Dengan Dua Isteri, Ashraf Muslim Kini Bergelar Bapa

Melalui foto tersebut, Ashraf mengakui bahawa isterinya itu, kini berada di dalam wad selepas melahirkan anak pertama mereka pada 5 April yang lalu.

Bilik yg menjadi kenangan yang terindah dan menakutkan bagiku.. Terima kasih Allah.. Engkau permudahkan isteriku Sakinah melahirkan anak dgn sempurna sekali.

Terima kasih sangat pada isteriku Dayana kerana memberi sokongan kuat kepada kami semua.. Indahnya berkeluarga jikalau kita sama-sama mencari kebahgiaan dan merasaikan bersama-sama nya erti kebahagiaan. Alhamdulillah.. Sekali lagi terima kasih Allah dan syukur.

ashraf Bahagia Dengan Dua Isteri, Ashraf Muslim Kini Bergelar Bapa

Menerusi instagram Sakinah pula, dia turut memaklumkan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kilogram.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kebahagiaan rumahtangga pelakon kesayangan mereka ini bahagia ke akhir hayat.

Apapun, tahniah  ucapkan kepada Asyraf kerana sudah bergelar bapa dan semoga ikatan keluarga yang dibina akan bertambah ceria dengan kehadiran orang baru.-Ohbulan

MH370: Petunjuk Terakhir Satelit TIADA YANG SELAMAT, Saya Harapkan Keajaiban

Posted: 06 Apr 2014 08:56 PM PDT

MH370: Petunjuk Terakhir Satelit TIADA YANG SELAMAT, Saya Harapkan Keajaiban | Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.

Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.

"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelit menunjukkan tidak ada yang terselamat.

"Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa," katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

MH730 MH370: Petunjuk Terakhir Satelit TIADA YANG SELAMAT, Saya Harapkan Keajaiban

 

Misi mencari pesawat MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang dijangka menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Sementara itu? Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata urusan untuk membawa waris penumpang ke Perth, Australia hanya akan dilakukan selepas objek atau serpihan MH370 dijumpai.

"Kami masih belum tetapkan tarikh itu namun memutuskan selagi serpihan pesawat tidak ditemui maka tidak akan menghantar waris ke Australia.

"Dan selain itu juga kita akan mengenal pasti waris sebenar yang akan pergi ke sana," katanya.

Minggu lalu, Hamzah dalam sidang medianya menolak tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung nasib 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu "terhempas" mahupun "tiada yang terselamat".

Beliau berkata Najib hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK. – The Malaysian Insider.

Pasangan Kekasih Beraksi ‘Panas’ Di Restoran

Posted: 06 Apr 2014 08:52 PM PDT

Pasangan Kekasih Beraksi 'Panas' Di Restoran | MUNGKIN pasangan kekasih ini boleh dikategorikan sebagai manusia yang sudah putus urat malunya.

Apa tidaknya, mereka boleh beraksi 'panas' dalam sebuah restoran steamboat di Singapura.

Gambar pasangan ini telah dikongsi di laman STOMP oleh seorang pengunjung restoran tersebut yang dikenali sebagai 'STST'.

Menurutnya kepada mynewshub, kedua-dua mereka langsung tidak memperdulikan pandangan orang ramai yang ternyata jelik dengan aksi mesra mereka di meja makan.

"Mereka bergilir-gilir duduk di atas riba masing-masing dan asyik bersentuhan. Saya rasa seolah-olah sedang menonton filem porno ringan semasa makan!

"Apa sudah jadi dengan anak muda zaman sekarang?," ujarnya kesal.

Mungkinkah pasangan ini sengaja mencari publisti murahan? Atau sememangnya sudah tidak mampu menahan nafsu?

Hanya mereka saja yang tahu jawapannya…

Teman Lelaki Eina Tampil Buat Penjelasan

Posted: 06 Apr 2014 08:48 PM PDT

Teman Lelaki Eina Tampil Buat Penjelasan | Nama aktres ini memang tidak pernah padam daripada kontroversi.Terbaharu, nama Eina Azman sekali lagi menjadi hangat gara-gara dia dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan tunangan orang.

Teman lelaki Eina yang dikenali sebagai Dato' Paduka Gurmeet Singh atau Dato GMix tampil kehadapan bagi memperjelaskan situasi sebenar yang melanda perhubungan mereka.

Menerusi kenyataannya di portal Gua, GMix mengatakan, "saya memang pernah bertunang sebelum ini pada 10 November 2012. Kami mengikat tali pertunangan selama enam bulan. Tapi dalam tempoh bertunang tersebut, bekas tunang saya masih mengamalkan cara hidup yang lama dan tidak pernah berubah. Selepas enam bulan keluarganya meminta keluarga saya bertemu dengan mereka untuk membincangkan hal perkahwinan.

"Mereka beri tempoh satu bulan atau pertunangan tersebut putus. Dalam tempoh itu, saya tak pernah bawa keluarga saya berjumpa mereka dan saya anggap hubungan say adan bekas tunang saya sudah berakhir. Saya tak faham kenapa orang suka buat cerita yagn mereka tak tahu kebenarannya," katanya .

Menurut GMix lagi, pertunangannya dengan seorang gadis dikenali sebagai Yan Oyien sudah pun putus pada Mei tahun lalu.

Dalam pada masa yang sama, GMix yang masih lagi belum memeluk agama Islam menambah dia tertarik dengan keperibadian Eina yang tidak merokok serta tidak mengamalkan gaya hidup bebas sekali gus menyunting gadis itu menjadi teman wanitanya selepas pertunangannya putus. – MYNEWSHUB.MY

Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 Pada Anaknya!

Posted: 06 Apr 2014 06:24 PM PDT

Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 Pada Anaknya! | MEMANG bertuah sungguh bergelar anak kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta.

Baru – baru ini, anak sulungnya Ammar bakal dihadiahkan kereta mewah, BMW X6 atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu sekali gus memberikan tamparan yang baik kepada keluarga Che Ta dimana sebelum ini anaknya itu telah diberikan pendidikan yang secukupnya.

Memetik laporan akhbar tempatan, kereta tersebut merupakan impian Ammar sebelum ini.

Khabarnya lagi, pembelian kereta itu akan dilakukan selepas urusan pembelian kereta untuk Che Ta sendiri selesai nanti.

BMWX6 Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 Pada Anaknya!
Pelakon itu dikatakan sedang merancang untuk membeli sebuah kereta yang lebih besar untuk kemudahan mereka sekeluarga

Fuh, untunglah muda-muda dah merasa bawa kereta mewah! – Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY -

Bekas Pemain Arsenal Jadi Pemberontak Di Syria

Posted: 06 Apr 2014 05:59 PM PDT

Bekas Pemain Arsenal Jadi Pemberontak Di Syria | SEORANG pemberontak di Syria mendakwa dia merupakan bekas pemain Arsenal yang membesar bersama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Lelaki yang mendakwa telah meninggalkan kehidupan mewah di Eropah itu dikesan mengeluarkan pengakuan tersebut menerusi dua rakaman video yang dimuat naik di laman web ekstremis.

Laman web tersebut antara lain turut menggesa penduduk di Ukraine menyertai Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Bekas anak didik Arsene Wenger itu dikesan menutup mukanya dengan kain hitam sambil memegang senjata api jenis, AK-47 dan bercakap dengan penonton dalam Bahasa Inggeris yang baik.

Dalam rakaman tersebut, lelaki itu mendakwa, “Saya telah membesar dengan Ronaldo, bermain untuk Arsenal dan meninggalkan bola sepak, wang dan cara hidup mewah Eropah untuk mengikut jalan Allah.”

“Saya juga dari Portugal dan menyertai kumpulan ini sejak dua tahun lalu.

“Nasihat saya kepada awak adalah kami memerlukan apa sahaja sokongan kepada mereka yang dapat membantu kami berlawan dengan musuh,” katanya.

Lelaki itu juga berkata, “Selamat datang dan mari menyertai kami, kepada mereka yang berfikir tidak boleh bertempur mungkin kamu dapat membantu dengan cara lain.

“Sebagai contoh memberi bantuan perubatan, kewangan, nasihat dan apa-apa lagi yang ada pada kamu. Kami akan menerima apa sahaja sumbangan kamu yang ingin berjihad bersama,” jelasnya.

Sementara itu, jurucakap Arsenal memberitahu, pihaknya tidak mengenali lelaki terbabit dan bersedia menyiasat dakwaan berkenaan kerana tidak mahu kelab yang sedang bersaing untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris itu diboikot gara-gara dikaitkan dengan pengganas.

MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia

MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia


MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia

Posted: 02 Apr 2014 02:45 PM PDT

MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia  | SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

diego garcia MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

uss saratogo diego garcia MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

"Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

"Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas," katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja. – SINAR HARIAN

MH370 Punca Shila Amzah Duduki Tangga Tercorot Dalam I Am A Singer?

Posted: 02 Apr 2014 02:17 PM PDT

MH370 Punca Shila Amzah duduki tangga tercorot dalam I Am A Singer?  | Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah telah mengejutkan ramai pihak terutama para peminatnya apabila menduduki tangga keenam pada minggu ke-12 dalam program nyanyian berbentuk realiti di China.

Shila yang cantik memakai busana berwarna hijau lumut itu telah menyampaikan lagu berjudul “Yang Chong” dilihat berjaya menyampaikan emosi lagu itu sehingga para penonton terpukau dengan persembahannya.

Kedudukannya dalam program terbitan Hunan TV itu dilihat jatuh merundum kerana pada minggu sebelumnya dia telah menduduki tangga pertama apabila mempersembahkan lagu nyanyian Adele yang berjudul “Rolling In The Deep” dengan begitu menarik sekali.

shila amzah picture MH370 Punca Shila Amzah Duduki Tangga Tercorot Dalam I Am A Singer?

Dalam pada itu, ramai berpendapat bahawa kemungkinan Shila diboikot berikutan ketidakpuasan rakyat China terhadap insiden MH370.

“Shila tetap akan meneruskan perjuangannya di sana dan tetap optimis untuk mengharumkan nama negara. Ketika insiden MH370 berlaku, Shila tetap dilayan baik oleh peminatnya disana,” jelas Fauziah Sharman, ibu Shila kepada Harian Metro.

Lagi beberapa gambar Shila Hamzah di I Am A Singer.

Klip Video Agnes Monica Kalahkan Miley Cyrus

Posted: 02 Apr 2014 08:09 AM PDT

Klip Video Agnes Monica Kalahkan Miley Cyrus| LAGU antarabangsa pertama penyanyi kelahiran Indonesia, Agnes Monica berjudul Coke Bottle secara rasmi dilancarkan pada September lalu.

Bagaimanapun, klip video lagu tersebut baharu sahaja diperkenalkan beberapa hari lalu.

Melalui laman web MTV di Most Popular Music Video klip video Coke Bottle berjaya menduduki tempat pertama.

Ia juga telah mengalahkan beberapa klip video beberapa artis ternama dunia termasuk klip video Miley Cyrus berjudul 4×4 dan Ellie Goulding Beating Heart.

Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Bekas Kekasih, Asalkan aku OK!

Posted: 02 Apr 2014 08:05 AM PDT

Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Bekas Kekasih, Asalkan aku OK!| Penyanyi Awi Rafael tidak pernah mengambil tahu mengenai kontroversi yang melanda bekas kekasihnya, pelakon Hanez Suraya ketika ini.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, sejak berpisah pada tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat Hanez.

"Apa yang berlaku sebelum ini adalah pengajaran kepada saya dan pada tahap ini saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengambil tahu mengenai hal-hal berkaitan dengannya lagi," katanya.

Hanez Suraya1 Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Bekas Kekasih, Asalkan aku OK!

Terdahulu penyanyi lagu Asalkan Aku OK! ini diundang untuk mengadakan persembahan bersama Krisdayanti sempena minggu setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bakal berlangsung di Dewan Perdana, PICC pada 17 April ini.

Dalam pada itu, Awi berkata, dia tidak pernah menyesal memutuskan hubungannya dengan Hanez kerana ia adalah keputusan terbaik untuknya pada ketika itu.

Kata Awi, biarpun hubungan itu tidak kekal lama namun ia banyak memberi pengajaran dan mematangkannya dalam pelbagai sudut kehidupan.

"Saya tidak kesal mengikut kata hati saya dan pada masa sama ia banyak memberi pengajaran biarpun ia tidak kekal lama," katanya.

Tambah Awi, dia kini tidak mempunyai pengganti dan memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.

Sementara itu, Awi menolak dakwaan lagu duetnya bersama Altimet berjudul Kalau Aku Kaya ditujukan kepada bekas kekasihnya itu.

Awi berkata, tanggapan tersebut tidak masuk akal kerana dia hanya menyanyikan lagu berkenaan. Ia dicipta oleh Altimet, Omar K dan Audi Mok.

"Tidak benar sama sekali dan orang mungkin hanya salah anggap tambahan pula bukan saya yang buat lagu itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Awi sedang sibuk di studio rakaman bagi menerbitkan lagu terbaharu untuk penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Alif Aziz, Aisyah Aziz dan Syura. – mStar Online

Awas! Seluar ketat mudarat kesihatan

Posted: 02 Apr 2014 08:03 AM PDT

Awas! Seluar ketat mudarat kesihatan| Tidak dinafikan, ramai orang sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar 'skinny' dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu.

Apa yang paling menarik ialah seluar 'skinny' itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang.

Ramai remaja menghadapi pelbagai kesukaran apabila menyarungkan seluar yang terlampau ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat kerana saiz pinggang terlalu kecil. Walaupun begitu, ada saja yang taksub sehingga tidak memikirkan kesan buruk.

Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak masalah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang terlalu ketat itu.

ketat Awas! Seluar ketat mudarat kesihatan

Masalah kesihatan

Berdasarkan kajian daripada pakar bedah vaskular Dr Nicholas Morissey, pemakaian seluar 'skinny' yang ketat boleh menjadikan kaki anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai 'meralgia paresthetica'.

Menurut Morissey, terdapat saraf deria datang daripada pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.

Remaja yang memakai seluar 'skinny' yang ketat bagaimanapun merasa kebas akibat daripada pengecilan saraf pada paha itu. Ketika duduk, paha akan mengalami tekanan tinggi dan apabila berdiri, anda tidak akan dapat rasakan pergerakan kaki. Menurut Morissey, keadaan ini tidak berbahaya namun apabila ia kerap berulang, maka ia boleh menyebabkan keadaan kaki kejang itu berkekalan.

Pakar neurologi, Dr John Michael Li pula berkata, remaja yang menderita sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal, pedih ulu hati dan masalah sendawa apabila memakai seluar ketat itu.

Kebiasaannya seluar yang dipakai bersaiz tiga inci yang terlalu kecil untuk saiz pinggang seseorang remaja.

Penasihat perubatan, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahawa makanan tidak akan hadam apabila terdapat tekanan pada bahagian abdomen. Pemakaian seluar ketat ini boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti makanan tidak boleh dihadamkan dengan betul dalam kalangan remaja yang menghadapi masalah pedih ulu hati. Seluar yang terlalu ketat memburukkan lagi keadaan itu.

Lelaki terutamanya perlu berhati-hati dan mengambil berat dalam aspek pemakaian. Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap fesyen, risikonya amat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah kilasan testis di mana satu testis akan berpintal dengan sendirinya. Jika tidak dirawat, pintalan itu akan memotong peredaran darah dan seterusnya testis akan mati.

Selain itu, remaja lelaki juga akan mengalami lemah kawalan kencing dan jangkitan saluran kencing. Lebih buruk lagi apabila bilangan sperma menurun dan kulat akan mudah merebak pada bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar yang ketat ini.

Apa kata mereka

Yasmin Moktar, 21, pelajar kolej swasta berkata, pemakaian seluar 'skinny' ini tampak moden dan bergaya selain kelihatan menarik.

"Apa yang saya dapat lihat ialah kebanyakan remaja sekarang menjadikan seluar ketat sebagai pilihan utama dalam pemakaian. Namun seluar yang dianggap fesyen terkini itu ada yang terlalu ketat sehinggakan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

"Nak sarungkan seluar itu saja begitu sukar sehinggakan ada yang perlu menarik seluar ke bahagian pusat berkali-kali kerana terlampau ketat dan lebih kecil daripada saiz pinggang sebenar. Bagi perempuan, mereka lebih suka menggayakan seluar ketat bersama kasut tumit tinggi.

"Tidakkah keterlaluan dalam aspek berpakaian sehingga sanggup menyakiti diri sendiri. Inikan pula seluar begitu ketat yang boleh menyakiti bahagian sendi dan otot di bahagian peha. Kalau nak diikutkan memanglah sendi rasa sakit dan kebas sebab seluar itu terlalu ketat dan menghalang udara masuk selain memberikan tekanan yang tinggi pada bahagian peha." katanya.

Menurutnya, fesyen seluar ketat itu tidak terhad kepada remaja perempuan saja, tapi juga pada golongan lelaki.

index Awas! Seluar ketat mudarat kesihatan

Katanya, lelaki yang memakai seluar 'skinny' yang ketat ini agak keterlaluan dan boleh menunjukkan ciri feminin yang tidak bagus untuk imej mereka.

Bagi Ridzuan Azmi, 21, pelajar universiti swasta berpendapat, fesyen seluar 'skinny' dalam kalangan lelaki ini tidaklah memudaratkan jika saiz yang dipilih itu bertepatan dengan bentuk pinggang.

"Ada juga situasi di mana saya melihat remaja lelaki yang memakai seluar 'skinny' ketat untuk kelihatan kurus, walhal saiz badan tidak bersesuaian dengan fesyen itu. Bukan saja pelik tapi saya juga percaya pemakainya pasti mengalami kesakitan yang luar biasa terutama pada bahagian paha.

"Lihat saja remaja lelaki yang memakai seluar 'skinny' ketat kadangkala tidak menunjukkan gaya lelaki yang maskulin. Sudahlah ketat dan susah untuk sarung, pemakainya pun pasti mengalami masalah sendi dengan kerap.

"Saya pernah dengar ada remaja lelaki yang mengalami masalah di bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar ketat ini. Mana tidaknya, seluar yang terlampau ketat boleh hadkan saluran udara dan menyakitkan alat sulit mereka," katanya.

Menurutnya, remaja lelaki perlu memilih seluar 'skinny' yang lebih longgar dan tidak terlalu ketat sehingga boleh membahayakan diri sendiri.

Cara mengatasi

Yang paling penting, remaja perlu menitikberatkan kesihatan terlebih dulu sebelum memilih pakaian yang digemari. Tanpa motivasi dan pengetahuan umum berkenaan masalah kesihatan yang mungkin berlaku, ramai remaja membeli pakaian secara membuta tuli.

Bagi mereka yang gemarkan seluar 'skinny' memanglah tidak salah memakainya, namun perlu juga buat pemilihan yang betul. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan besar adalah dinasihatkan memakai seluar bersesuaian dengan saiz mereka. Kalau tidak ada saja masalah kesihatan timbul sekiranya dibiarkan secara berterusan.

Remaja lelaki khususnya perlu mengenakan seluar 'skinny' yang longgar dan tidak ketat untuk melancarkan saluran udara dalam seluar bagi mengelakkan jangkitan kuman dan sakit pada bahagian alat sulit.

Sekiranya masalah kesihatan dialami berlanjutan, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya agar kesakitan itu tidak membawa padah.

Penuntut ‘Stress’ Lompat Masuk Dalam Kandang Harimau!

Posted: 02 Apr 2014 07:56 AM PDT

Penuntut 'Stress' Lompat Masuk Dalam Kandang Harimau! | Bila mabuk dan mengalami tekanan perasaan hingga hilang kawalan diri, manusia boleh membuat tindakan yang membahayakan nyawa sendiri.

Itulah yang berlaku terhadap penuntut tahun tiga jurusan elektonik dan komunikasi sebuah kolej di Indore, India yang tiba-tiba memanjat pagar setinggi 20 kaki lalu melompat masuk ke dalam kandang harimau di sebuah zoo.

Tindakan yang dilakukan pada tengah hari Isnin lalu membuatkan pelawat Zoo Gwalior menjerit menyuruh dia segera keluar namun Yashonandan Kaushik,23, bukan sahaja tidak mengendahkannya malah membuka baju lalu mencabar harimau supaya berlawan dengannya.

 

stress1 Penuntut 'Stress' Lompat Masuk Dalam Kandang Harimau!

Mujurlah, tindakan gila itu membuat dua ekor harimau bernama Lav dan Kush, kelihatan takut dan melarikan diri dengan memasuki lubang.

Yashonandan yang dipercayai mabuk, turut melakukan perangai pelik termasuk menari dan beraksi seperti sedang melakukan yoga selama 45 minit hinggalah pegawai keselamatan tiba lalu mengunci harimau di dalam tempatnya dan membawa Yashonandan keluar untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Difahamkan, Yashonandan sudah lima hari tidak pulang ke rumah dan mengalami masalah mental kerana tekanan dalam pelajaran.-mynewshub

 

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani