Powered by Blogger.
Showing posts with label 9World Team Squash Championship. Show all posts
Showing posts with label 9World Team Squash Championship. Show all posts

SULTAN SELANGOR TARIK BALIK GELARAN ‘DATO SERI’ ANWAR IBRAHIM

TIADA LAGI GELARAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM Pihak Istana Selangor telah menarik semula gelaran Dato Seri yang dikurniakan pada tahun 1992 kepada Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini. Penarikan balik darjah kebesaran daripada Anwar Ibrahim telah disebut oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani. Pemutusan pembatalan gelaran yang dipegang oleh Anwar itu

(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu

(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu
(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu
Rumah Tangga Romie & Liyana Manan Bakal Berakhir Selasa Depan
(15 GAMBAR)Aaisyah Dhia Rana Yang Kini Sudah 1 Bulan Usianya
Jom Membeli-Belah Di FamilyNara, Tawaran Awesome Untuk Anda Semua
Harga Untuk Persembahan Amelina Cecah RM14,000?
Jalan-Jalan Ke Ipoh Dengan PRIMAX 95
(TAHNIAH)Fauziah Latiff Bakal Berkahwin Tahun Depan


(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu

Posted: 04 Dec 2014 12:43 AM PST


Baru mendirikan rumah tangga pada 15 September lalu, Mon Ryanti dan suami telah pun didatangi dengan berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Mon Ryanti telah disahkan hamil 2 minggu oleh doktor pada akhir November yang lalu. Alhamdulillah. Murah rezeki dapat mengandung awal.



Di awal-awal kehamilan ini terutamanya pada trimester pertama diharap Mon Ryanti tidak terlalu banyak membuat kerja berat. Banyakkan berehat. Mon Ryanti juga memaklumkan yang dirinya mengalami ‘morning sickness’ sepanjang hari. Fuh. Dugaan tue. Kata Mon menerusi portal Murai:-


Alhamdulilah saya sudah pun disahkan hamil 2 minggu oleh doktor akhir November lalu. Sebenarnya kami dapat kesan saya hamil setelah saya lambat datang bulan dan telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah.

Memang kami gembira apabila melihat alat ujian kehamilan itu positif tetapi saya tidak mahu terlalu teruja sehingga kami berjumpa dengan doctor dan pihak hospital sendiri mengesahkan kehamilan saya.Tak tahu nak gambarkan bagaimana gembira dan terujanya kami suami isteri.

Saya mengalami alahan yang sangat teruk, bukan sahaja morning sickness di waktu pagi malah ianya kini berlanjutan sehingga seharian. Sekarang ni, apa sahaja yang saya makan pasti akan dimuntahkan kembali.

Malah, saya kini tidak larat untuk bangun pergi kerja dan hanya mahu tidur seharian. Nasib baik pihak Ultra.fm memahami dan beri cara alternative lain untuk saya selesaikan kerja saya.

Pun begitu, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sering membantu dan menemani saya ketika ini



Sememangnya sikap memahami seorang suami amat penting di kala ini. Kena bagi kata-kata semangat. Kena sentiasa rajin tolong buat kerja rumah. Muntah-muntah memang memenatkan. Rasa nak terbaring je. Semoga segalanya berjalan lancar buat Mon Ryanti. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Harga diesel tinggi kerana subsidi masa lalu


Rumah Tangga Romie & Liyana Manan Bakal Berakhir Selasa Depan

Posted: 04 Dec 2014 12:27 AM PST


Pergolakan rumah tangga bekas kekasih seorang pelakon, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal menemui titik nokhtah pada Selasa depan.

Peguam yang mewakili Romie, 34, Rubiah Jaafar memohon penangguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.
“Ada beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat,” katanya.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Azmi Aziz membenarkan permohonan penangguhan prosiding itu.

Di luar mahkamah Rubiah memberitahu, antara perkara yang akan dibincangkan adalah hak penjagaan anak dan sebagainya.
Nur Liyana yang diwakili peguamnya, Siti Noraira Mat Johar memfailkan penceraian secara baik pada 15 September lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga pasangan ahli perniagaan itu menjadi tumpuan ramai selepas Romie, didakwa menjalinkan hubungan dengan pelakon muda, Hanez Suraya. Sumber Sinar Harian.


(15 GAMBAR)Aaisyah Dhia Rana Yang Kini Sudah 1 Bulan Usianya

Posted: 03 Dec 2014 08:04 PM PST


Pejam celik pejam celik dah 1 bulan rupanya usia anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana ini. Cepat sungguh masa berlalu. Makin hari makin comel. Macam-macam gaya yang dibuat oleh si Aaisyah ini. Abang Nara pasti ramai yang geram melihat kecomelan si ‘princess’ ini. Abang Nara geram tengok kepandaian Aaisyah buat memek muka. Comel sangat-sangat.



Tengok tue Aaisyah main mata. Hehehe. Kecik-kecik dah pandai ambil hati orang. Senyumannya memang boleh membuatkan orang lain turut sama tersenyum. Manis sangat-sangat. Geram!!!



Ubatilah hati anda yang rindu dengan keletah Aaisyah Dhia Rana dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Banyak lagi gambar yang akan membuatkan anda berkata ‘oh comelnya budak nie’.

P.S: Darjah kebesaran ‘Dato’ Seri milik Anwar Ibrahim ditarik balik


















Jom Membeli-Belah Di FamilyNara, Tawaran Awesome Untuk Anda Semua

Posted: 03 Dec 2014 07:42 PM PST


Yeah~~~ Setelah sekian lama berada di dalam fasa percubaan, akhirnya hari ini Abang Nara dah bersiap sedia untuk berkongsi dengan anda semua mengenai satu lagi projek terbaru BeautifulNara iaitu FamilyNara. Memerhatikan kesibukan si ibu dan si ayah mencari barangan untuk diri sendiri, anak-anak, perhiasan rumah dan keluarga tercinta, Abang Nara telah tampil dengan idea untuk mewujudkan FamilyNara, di mana kesemua barangan keperluan harian boleh dibeli di sini.
Berbeza dengan laman web online shopping yang lain, FamilyNara menyediakan barangan-barangan mengikut kategori untuk memudahkan pencarian. Contohnya ada baju sekolah jenama UNI1ONE (beg sekolah dan kain untuk pelajar perempuan pun ada) dengan diskaun sebanyak 15% serta penghantaran percuma. Confirm tak ada kedai online lain atau kedai fizikal yang jual lebih murah daripada FamilyNara. Tak perlu lagi nak bersesak-sesak dan kelam kabut mencari baju sekolah bila cuti nak habis nanti. Beli sahaja di FamilyNara.


Untuk ibu-ibu, gadis-gadis dan awek-awek di luar sana, FamilyNara menyediakan pelbagai pilihan pakaian, tudung, kasut, makeup dan macam-macam lagilah untuk anda. Sepanjang testing period hari itu, antara produk yang paling laku untuk kategori Hawa ini ialah jubah Lemari Myra. Banyak sangat jubah-jubah yang menarik dengan harga yang amat berpatutan. RM118.15 je dah boleh dapat sehelai. Itu belum campur diskaun yang akan Abang Nara kongsikan sebentar lagi. Confirm harga jubah ini lebih rendah dari RM100 nanti. Mana nak cari?



Mesti kaum Adam tertanya-tanya ada ke produk yang sesuai untuk anda di FamilyNara ini kan? Jangan risau. Best seller kitorang iaitu jubah Bin Qareem pada harga RM150 tersedia untuk menambahkan lagi kekacakan anda. Kualiti kainnya terbaik, rekaannya moden dan sesuai untuk dipakai ke mana sahaja. Abang Nara pun dah ada 2 helai. Pakai kat rumah pun selesa yang amat. Hehehe.



Apa kelebihan FamilyNara ini lagi? Untuk anda semua, kami ada dedicated customer service yang akan melayan segala persoalan, permintaan dan apa jua yang anda mahukan (jangan ajak dating sudahlah). Boleh WhatsApp ke 011-333-87668. Dan untuk pembukaan secara rasmi hari ini, Abang Nara nak bagi diskaun sebanyak RM30 dan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian RM100 ke atas. Masa nak buat pembayaran cuma perlu masukkan kupon NARASAVE. Kalau tak tahu nak guna, silalah Whatsapp ke nombor yang Abang Nara kongsikan tadi. Nanti akan diajar satu persatu caranya.



Banyak lagi pilihan pakaian, barangan rumah dan macam-macam lagi ada di www.familynara.com. Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli dengan tawaran hebat yang hanya akan sah sehingga 15 Disember ini. Silalah bersegera. Ada sebarang persoalan boleh juga ajukan di ruangan komen. Abang Nara akan cuba jawab sepantas mungkin.


Harga Untuk Persembahan Amelina Cecah RM14,000?

Posted: 03 Dec 2014 06:42 PM PST


Wow. Baru nak buat ‘comeback’ harga dah tinggi melangit. Secara jujur harga yang dikenakan oleh pengurusan Amelina iaitu syarikat Wake The Baby untuk mendapatkan khidmat penyanyi tersebut amatlah tidak sesuai. Amelina sudah terlalu lama menyepi, lagu baru pun tak ada, vokal pun tak tahu sama ada masih okay ke tak, tup-tup kena charge setinggi ini. Mesti penganjur fikir 5,6 kali untuk dapatkan khidmatnya.

Walaupun tidak memaklumkan harga sebenar, namun berdasarkan penerangan Pengurus artis syarikat berkenaan, Liza Ilias (isteri Ajai), Abang Nara boleh mengagak harga yang ditetapkan ialah sekitar RM14000. Kata Liza:-


Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi. Daripada harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkan nak ikut harga lama juga. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi



Fuh nasib baik harga masih boleh dibincangkan. Kalau harga mati memang rasanya sukar untuk Amelina mendapatkan ‘job’ pada harga tersebut. Bukan merendahkan keupayaan penyanyi tersebut, namun rasanya dengan harga yang sama boleh dapatkan penyanyi muda yang lebih popular. Apa pun diharap syarikat pengurusan Amelina berfikir sedalam-dalamnya sebelum meletakkan harga untuk artis naungannya. Jangan kerana harga yang mahal tak ada tawaran yang diterima. Harga mestilah berpatutan dan berdaya saing. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: Wajah terkini Nur Syafiqa, mangsa torehan di Pasir Putih


Jalan-Jalan Ke Ipoh Dengan PRIMAX 95

Posted: 03 Dec 2014 06:00 PM PST


Abang Nara merupakan pengguna setia minyak PETRONAS. Sejak pulang dari Korea pada tahun 2008 sehingga ke hari ini, memang Abang Nara tak pernah isi minyak lain selain daripada PETRONAS untuk kereta tercinta. Jadi apabila PETRONAS menjemput diri ini untuk mengikuti konvoi "Experience To Believe" ke Ipoh sambil menguji minyak PETRONAS PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula, tanpa berfikir panjang terus Abang Nara bersetuju. Bukan senang peluang sebegini nak muncul kan?



Lebih kurang 30 rakan media telah dijemput oleh PETRONAS untuk merasai sendiri kehebatan PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula. Kami semua telah berkumpul di Publika, Mont Kiara sebelum berlepas untuk mendengar sedikit taklimat mengenai konvoi ini. Antara fakta-fakta yang diberikan oleh YM Raja Mazhar Mohar Raja Mohar ialah minyak baru PETRONAS ini dibangunkan dengan kerjasama jurutera PETRONAS dan pasukan Formula F1 Mercedes AMG. Seperti yang kita sedia maklum, pasukan Formula F1 Mercedes AMG baru-baru ini telah pun memenangi kejuaraan F1 untuk musim ini. Teknologi yang digunakan untuk menjana kemenangan ini telah pun dipindahkan ke dalam PRIMAX 95 dan kita sebagai pengguna dapat merasai kehebatannya.



Hujan renyai-renyai yang turun tidak mematahkan semangat kami untuk merasai sendiri kelainan PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula ini. Sebelum berlepas, seperti biasa kenalah ambil gambar berkumpulan. Masing-masing excited tak ingat. Kami dibekalkan dengan Touch N Go, walkie talkie dan juga "PETRONAS Gift card" untuk mengisi minyak di stesen PETRONAS. Apa-apa pun, masing-masing diingatkan untuk memandu dengan berhati-hati. Keselamatan harus diutamakan.



Yeah~~ Itu dia bendera perlepasan. Kereta Abang Nara no 27 jadi diri ini berada dalam kumpulan ketiga. Kami akan memasuki lebuhraya PLUS dan berhenti di RnR Rawang untuk mengisi minyak PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula di sana. Hujan masih turun jadi Abang Nara memandu dengan agak perlahan. Sepanjang perjalanan kami telah menerima arahan daripada ketua konvoi menerusi walkie-talkie yang dibekalkan.



Ini wajah gembira Abang Nara ketika berhenti di stesen minyak PETRONAS RnR Rawang. Dah tak sabar nak mulakan perjalanan ke Ipoh setelah tangki kereta diisi penuh dengan minyak PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula. Sedikit fakta untuk anda, selain daripada membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, PRIMAX 95 baharu turut serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. Sekaligus dapat mengurangkan geseran bagi meminimumkan kehilangan tenaga dan seterusnya memberikan penjimatan petrol yang lebih baik.



Kalau sepanjang perjalanan ikut lebuhraya je tak syok la kan? Kenalah masuk jalan kampung sikit untuk merasai sendiri prestasi optimum PRIMAX 95 baharu ini. Konvoi "Experience To Believe" ini membawa kami menikmati pemandangan indah selepas mengambil exit Bukit Tagar. Walaupun jalan kampung dan berselekoh, enjin kereta Abang Nara tetap bertenaga sepanjang perjalanan. Tak ada sebarang perbezaan. Itulah kehebatan PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula ini.
Keluar daripada jalan kampung, kami telah memasuki lebuhraya kembali. Kami dibenarkan memandu laju sedikit untuk merasai kuasa pecutan. Memang lancar. Seperti yang dikatakan, Abang Nara memang sejak dulu guna minyak PETRONAS. Memang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan lebih-lebih lagi bab penjimatan. Sememangnya dengan minyak PRIMAX 95 baharu ini kereta Abang Nara boleh pergi lebih jauh. Itu memang satu kelebihan yang Abang Nara rasai sejak dulu lagi.

Selepas hampir 3 jam pemanduan, kami tiba jua ke destinasi iaitu Restoran Indulgence di Ipoh. Tengok tue Abang Nara buat 'thumbs up'. Memang sangat-sangat puas hati dengan prestasi PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula. Rata-rata rakan media lain pun amat gembira. Kebanyakannya juga seperti Abang Nara yang merupakan pengguna setia PETRONAS. Orang kata kalau sekali dah rasa kehebatannya, memang akan terus setia guna sampai bila-bila lah.

Selepas selesai makan tengah hari, kami pun bersiap sedia untuk berangkat pulang. Seperti biasa kenalah ambil gambar kumpulan dulu. Semuanya puas hati dengan perjalanan pergi yang telah melalui jalan kampung dan lebuhraya tadi. Untuk perjalanan pulang pula, kami hanya akan melalui lebuhraya sahaja. Inilah peluang untuk menekan pedal minyak untuk rasai sendiri kelebihan PRIMAX 95 baharu ini. Memang laju dan pantas. 2 jam setengah je dah sampai di Publika. Terus kami diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada jurutera minyak PETRONAS.
Banyak soalan-soalan menarik dikemukakan oleh mereka yang mengikuti konvoi "Experience To Believe" in. Kesemuanya dijawab dengan tenang dan penuh terperinci oleh jurutera minyak PETRONAS yang bernama Mohd Hafiz ini. Secara peribadi, kesimpulan yang Abang Nara boleh lakukan selepas mengikuti konvoi ini ialah PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula ini memang merupakan minyak terbaik yang boleh digunakan untuk kenderaan anda. Kalau anda belum cuba, silalah bawa kenderaan anda ke stesen minyak PETRONAS berhampiran dan rasai sendiri perbezaannya. Anda pasti akan kagum.
Abang Nara dah pun mengalami kecekapan baharu dengan PETRONAS PRIMAX 95. Anda bila lagi? Maklumat lanjut jangan lupa layari www.primax.my.


(TAHNIAH)Fauziah Latiff Bakal Berkahwin Tahun Depan

Posted: 03 Dec 2014 04:35 PM PST


Zaman muda-muda dulu, Fauziah Latiff ini merupakan salah seorang selebriti yang membuatkan Abang Nara tak tidur malam. Wajahnya yang penuh tenang, mulus dan jelita memang memukau sesiapa sahaja yang memandang. Terasa macam angau pun ada juga. Kini berusia 44 tahun, Fauziah Latiff atau lebih dikenali dengan nama Jee mengesahkan yang dirinya bakal berkahwin buat kali kedua pada tahun depan.



Jee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan telah berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Bercakap mengenai perkahwinan keduanya, Jee mengakui berdebar-debar. Kata Jee:-


Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga. Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak.

Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja. Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami



Anak-anak Jee pun dah besar dan dah pandai menjaga diri sendiri. Memang sesuai sangat untuk penyanyi ini berkahwin sekali lagi. Orang kata, mencari kebahagiaan sendiri. Lama juga Jee hidup sebagai seorang ibu tunggal. Lepas ini ada suami pasti lebih bahagia. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin. Sumber Mstar Online.

PARU-PARU BERLUBANG - DATUK MUSTAPHA MAAROF MASIH KRITIKAL


PARU-PARU BERLUBANG - DATUK MUSTAPHA MAAROF MASIH KRITIKAL
10 GAMBAR - AKSI SYAMSUL YUSOF SEBAGAI TENTERA
7 TAHUN MENJANDA - FAUZIAH LATIFF KAHWIN 2015


PARU-PARU BERLUBANG - DATUK MUSTAPHA MAAROF MASIH KRITIKAL

Jika baru-baru ini seniman veteran Datuk Mustapha Maarof, 79, hanya dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan ujian, terkini keadaannya dilaporkan kritikal akibat paru-parunya rosak teruk.




Beliau kini berada di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju selepas dipindahkan dari Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur kelmarin.


"Keadaannya sangat tidak stabil dan doktor mengklasifikasi dia masih kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan 100 peratus.


klik gambar untuk size besar - foto MO



10 GAMBAR - AKSI SYAMSUL YUSOF SEBAGAI TENTERA


"Heroes are those who risk their lives everyday to protect our world & make it a better place," demikian kata Syamsul Yusof mengenai aksi sebagai tentera melalui filem terbaru lakonannya.


Apa yang menarik, sebagaimana Farid Kamil, Syamsul turut melakukan aksi lagak ngerinya sendiri tanpa bantuan pelakon gantian. Ujar Syamsul: "Scene jatuh bangunan tak pakai stuntman. Gayat woiiii!"














7 TAHUN MENJANDA - FAUZIAH LATIFF KAHWIN 2015


"Insya-Allah, tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga," itulah pengakuan Fauziah Latiff, 44, selepas sekian lama menjanda.


Meskipun hampir tujuh tahun dia mengunci mulut mengenai pasangan hidup, dia akhirnya mengakui sudah mempunyai calon suami. Namun dia enggan mendedahkan siapakah gerangan lelaki bertuah itu buat masa ini.


"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak," ujarnya ketika ditemui media pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Rafflesia, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

CIPTA NAMA DI BRITAIN - ANAK MENDIANG LOGA MAKIN HANGAT


CIPTA NAMA DI BRITAIN - ANAK MENDIANG LOGA MAKIN HANGAT
VIDEO & GAMBAR - GELAGAT ZIANA ZAIN DI TURKI
BUAT LAPORAN POLIS - ROZANA MISBUN DAKWA SIJIL NIKAH PALSU


CIPTA NAMA DI BRITAIN - ANAK MENDIANG LOGA MAKIN HANGAT


Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Kata pepatah ini amat bersesuaian sekali untuk anak kepada vokalis kumpulan Alleycats, mendiang Loga, iaitu Dasha Logan yang berjaya mencipta nama di Britain.

Lebih hangat, single terbaru nyanyiannya berjudul 'Cleverly' mendapat sambutan menggalakkan di sana. Ini kerana lagu tersebut telah berjaya menduduki tangga kedua dalam carta UK Soul.


 

VIDEO & GAMBAR - GELAGAT ZIANA ZAIN DI TURKI



Seronoknya Ziana Zain pergi melancong ke negara Turki bersama peminatnya yang ditaja oleh sebuah agensi pelancongan.


Bukan setakat peminatnya saja, malah Rizman Ruzaini pereka fesyen terkenal itu juga turut serta. Ziana dikatakan menyanyikan lagu 'Madah Berhelah' di negara tersebut.


Jom kita lihat gelagatnya di bumi Turki.











BUAT LAPORAN POLIS - ROZANA MISBUN DAKWA SIJIL NIKAH PALSU



Rozana Misbun isteri kepada Awie, 46, mendakwa sijil nikah mereka yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 2005 adalah palsu.


Berhubung perkara tersebut, Rozana yang ditemani peguamnya iaitu Nor Azmi Mohd Arif telah membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth sekitar pukul 3.30 petang semalam, selepas mendapatkan khidmat nasihat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di Butterworth.


Ibu Shaheizy Sam Disaman Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY


Ibu Shaheizy Sam Disaman Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY
 
Agak kreatif pengolahan plat kenderaan MCM 1774 yang dilakukan ke atas kereta mewah Audi A5 yang dihadiahkan Shaheizy Sam kepada ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Tetapi undang undang tetap undang undang Ć¢€˜kan? Berita Harian hari ini melaporkan yang pelakon itu telah disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu kenderaan itu di Lebuhraya DUKE baru baru ini kerana plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

“Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas”


“Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Khaty mengulas.

Mustapha Maarof Berada Di Dalam Kritikal



Mustapha Maarof Berada Di Dalam Kritikal
Rozana Misbun Buat Laporan Polis Dakwa Sijil Nikah 9 Tahun Lalu Adalah Palsu
Isu Ustaz/Ustazah Ekspress, Dr Mashitah Beri Penerangan Lanjut
Khaty Fauziah Disaman Guna Plat MOMMY
Kamal Adli Terkejut Lihat Gambar Intan Ladyana Ditemani Kekasih Baharu Di Venice
Selesa Hidup Solo, Johan As’ari Mahu Fokus Kerjaya


Sama-samalah kita mendoakan kesihatan seniman Datuk Mustapha Maarof yang kini berada di dalam kritikal. Beliau kini sedang menjalani rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Untuk makluman, beliau Institut telah dimasukkan Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi masalah paru-paru.



Datuk Mustapha Maarof kemudiannya dipindahkan ke tempat rawatan sekarang pada Selasa lalu. Menurut produser filem Pansha Nalliah, Datuk Mustapha Maarof kini bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan. Sama-samalah kita berdoa agar beliau dipanjangkan umur dan diberi kesihatan semula. Sumber Mstar Online.

P.S: Gadis cantik ditoreh muka, si tunang tetap akan kahwini seperti dijanjikan
















Rozana Misbun Buat Laporan Polis Dakwa Sijil Nikah 9 Tahun Lalu Adalah Palsu


9 tahun. Lama juga kan? Namun orang kata biar lambat asal buat ‘report’ polis. Isteri kepada vokalis Wings, Awie, Rozana Misbun telah membuat laporan polis berhubung dakwaan sijil perakuan nikah palsu yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam, sembilan tahun lalu.

Selepas mendapat khidmat nasihat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Rozana membuat laporan di buat di Balai Polis Butterworth kira-kira jam 3.30 petang semalam bagi membolehkan pihaknya mendapatkan pengesahan berhubung sijil nikah yang diragui kesahihannya itu.
“Ini berkait dengan kes yang difailkan dan dokumen itu digunakan di mahkamah. Dokumen itu tidak betul dan diragui. Kami sudah refer dan pihak polis hendak tentukan dokumen yang kita ragui supaya boleh diambil tindakan terhadap orang yang keluarkan dokumen itu,” ujar peguam Rozana, Nor Azmi Mohd Arif.

Ketiadaan pengesahan dokumen berkenaan menyukarkan Rozana untuk berurusan mengenai kes-kes berkaitan hak penjagaan anak yang telah difailkan sebelum ini. Sumber Astro Awani


Isu Ustaz/Ustazah Ekspress, Dr Mashitah Beri Penerangan Lanjut


Isu ustaz dan ustazah ekspress yang dibangkitkan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim ketika Perhimpunan Agung Umno 2014 yang lalu telah pun menjadi isu hangat. Salah seorang yang digelar ustazah ekspress iaitu Abby Abadi telah tampil menempelak kenyataan tersebut. Ramai yang menyokong kenyataan Abby Abadi dan mempersoalkan kewibawaan Dr Mashitah untuk bercakap dalam ini.

Tidak mahu disalahertikan, Dr Mashitah telah tampil untuk menjelaskan maksud sebenar di sebalik ucapannya. Mendengar penjelasan Dr Mashitah, Abang Nara bersetuju dengan pendapat beliau. Kongsi kisah penghijrahan memang bagus, namun kalau dah sampai cakap bab hukum-hakam, mungkin ustaz/ustazah ekspress ini kena pergi belajar terlebih dahulu. Kata Dr Mashitah:-


Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain. Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat.

Inilah antara punca masalah, apabila perkara asas dan penting dalam Islam dianggap remeh. Saya bangkitkan, eloklah kita elak berbincang masalah khilafiah kecuali mereka yang benar-benar layak iaitu ulama. Biarlah ulama bincang perkara-pekara khilafiah kerana mereka lebih pakar. Mereka yang tak berapa faham walaupun berkedudukan, janganlah ulas dan mengelirukan orang ramai.



Pada pandangan Abang Nara memang apa yang dikatakan oleh Dr Mashitah adalah tepat dan jitu sekali. Kalau ustaz/ustazah ekspress ini naik ke atas pentas dan berbicara mengenai penghijrahan mereka SAHAJA, memang tak ada masalah. Tapi kalau dah keluar hukum hakam, kafirkan orang sana sini, itu memang tak wajar. Alim ulamak yang dah belajar berpuluh tahun pun kena berbincang sesama mereka sebelum mengeluarkan sebarang hukum, inikan pula ustaz/ustazah ekspress ini. Tak gitu?


Khaty Fauziah Disaman Guna Plat MOMMY


Perghhh~~ Smart jugak nombor plat kereta Khaty Fauziah ini. MCM1774 ditukarkan sehingga menjadi MOMMY. Sekali pandang pun tau ia menyalahi peraturan. Tidak mengikut spesifikasi JPJ. Akibatnya, Khaty telah disaman ketika memandu kereta Audi Q5nya yang dihadiahkan oleh anaknya, Shaheizy Sam di Lebuhraya DUKE.



Apa pun Abang Nara respek dengan Khaty Fauziah yang jelas tenang menyedari kesalahan yang dilakukan olehnya. Kata Khaty:-


Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak keistimewaan kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas mengikut undang.undang.

Mummy akan minta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi.



Semoga kes ini mejadi pengajaran untuk kita semua. Abang Nara juga berharap agar pihak polis lebih tegas mengambil tindakan kepada para VVIP yang membawa kereta besar dan nombor plat yang sekali tengok pun dah tahu memang tak ikut kriteria ditetapkan. Janganlah rakyat marhaen seperti kami ini sahaja disaman. Semoga lebih adil dan telus di masa hadapan. Sumber Berita Harian.

P.S: Dengan harga SERENDAH RM1400, anda boleh mendapatkan khidmat jurugambar terkenal,Ryaniez Moments Photography untuk memastikan hari perkahwinan anda diabadikan dengan begitu indah sekali. Jangan lepaskan peluang promosi hebat ini. Abang Nara pernah dapatkan khidmat mereka. Memang orangnya baik, menepati janji dan gambar yang dibidik sangat berkualiti. Untuk melihat hasil kerja mereka, layari Facebook Ryaniez Moments Photography.


Kamal Adli Terkejut Lihat Gambar Intan Ladyana Ditemani Kekasih Baharu Di Venice



Fuh~~ Pasti hancur remuk hati Kamal Adli. Walaupun sudah putus cinta dengan Intan Ladyana, Kamal Adli melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat gambar Intan Ladyana bersama ‘kekasih baharu’ di Venice, Itali. Walaupun ditemani oleh rakan-rakan lain, kehadiran si lelaki ini sehingga di Itali pastinya menggambarkan kerapatan hubungan yang sudah terjalin antara dirinya dan Intan Ladyana. Iyerlah, takkan kalau ‘kawan biasa’ nak gi teman bercuti sampai ke Itali. Ye tak?




ini gambar kat Venice

Sebelum ini juga beberapa gambar Intan Ladyana bersama lelaki ini telah pun tersebar di laman sosial. Namun Intan sekadar memaklumkan yang si lelaki itu adalah kawan biasa. Hmmm. Mungkin mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Mungkin juga si lelaki yang diperkenalkan oleh Liyana Jasmay ini ada ‘business trip’ di Venice. Alang-alang pergilah teman Intan Ladyana sekali kan?




ini gambar kat Malaysia

Kamal Adli juga melahirkan rasa kekecewaannya kerana bekas kekasihnya itu begitu pantas bertemu pengganti dirinya. Malah pelakon ini juga kesal kerana Liyana Jasmay memperkenalkan lelaki tersebut kepada Intan tatkala dia sedang cuba memujuk rayu. Kata Kamal:-


Dalam tempoh saya baik pulih semula hati ini, saya cuba lupakan kisah kami tetapi saya di tagged pula gambar dia bersama kekasih baru di Instagram bersama teman-teman lain di Venice.Tambahan pula kami baru sahaja beberapa bulan berpisah dan dia pula sudah temui cinta baru. Memang saya tak nak lagi fikir mengenai hal kami yang lepas tapi bila dah jadi seperti ini, hati saya bertambah sedih.

Apabila saya dengar Intan mengenali seorang jejaka menerusi Liyana, saya rasa sedikit kecewa. Bukannya saya marah tapi saya tidak faham kenapa dia perlu lakukan begitu sedangkan saya betul-betul ingin berbaik semula dengan Intan. Saya tidak mahu hal seperti ini menyebabkan saya dan Liyana tidak berkawan pula. Jadi biarlah saya undur diri. Intan pun kini sudah jadi milik orang



Tak apalah Kamal Adli. Sememangnya ubat putus cinta yang terbaik ialah mencari pengganti terbaik. Nak buat macam mana kan? Intan pun dah jumpa orang lain, kini tiba masa anda cari kekasih lain juga. Tak payah nak makan hati sangat. Jadi lelaki kena macho. Buktikan kemachoan anda. Good luck and all the best. Lagi beberapa gambar percutian Intan Ladyana di Venice dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: TORMJON adalah 'one stop centre' untuk anda mendapatkan 100% beg tangan authentic yang mampu dimiliki seperti H&M, Zara, Charles & Keith, Mango dan banyak lagi. Tormjon menawarkan potongan harga sehingga 70% berbanding harga di butik. Tormjon juga berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan iaitu ERIN ZAMREE didalam rekaan pakaian kasual dan ‘custom made’ .Layari Instagram Tormjon dan juga Instagram Erin Zamree untuk melihat dengan mata anda sendiri.
























Selesa Hidup Solo, Johan As’ari Mahu Fokus Kerjaya


Satu ketika dahulu, apabila menyebut nama Johan As’ari, pasti akan ada nama seorang wanita yang turut sama terpalit. Senang cerita, pelakon ini dan wanita tidak boleh dipisahkan. Namun selepas gagal beberapa kali dalam percintaan, semenjak dua menjak ini Johan tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana wanita. Tiada lagi kontroversi bercinta 2,3 bulan dan kemudian putus. Nama Johan kini lebih bersih dan bebas kisah-kisah cinta sendu.



Walaupun begitu, baru-baru ini Johan As’ari telah berkongsi sekeping gambar kaki Nora Danish di Instagramnya membuatkan para peminat mempersoalkan tindakannya. Iyerlah, selama ini Johan sering memuatnaik gambar dengan hashtag seperti #niatbelajar #ikhlaskeranaAllah dan juga sering berkongsi kata-kata madah Islamik. Tup-tup pergi kongsi gambar yang tak kena dengan tindakan-tindakan sebelum ini. Hmmm. Mungkin Johan terlepas pandang kot?



Apa pun, buat masa ini Johan As’ari lebih selesa untuk hidup solo daripada mempunyai seorang kekasih. Itu satu keputusan yang bijak pada pendapat Abang Nara. Selalu hidup Johan nampak tak keruan je bila ada awek. Perlahan-lahan cari awek yang boleh dijadikan isteri. Jangan kelam kabut sangat. Kata Johan menerusi Kosmo:-


Jujur, tiada apa mahu disorokkan. Sekarang saya masih sendiri, masih tiada bertemu pengganti. Bagi saya, belum masanya untuk saya bercinta. Sekarang saya selesa hidup secara solo.

Apa yang penting, saya mahu fokuskan kepada kerjaya. Saya betul-betul mahu mencari motif sebenar, mengapa saya menceburi bidang lakonan. Soal hati dan perasaan, saya mahu tolak ke tepi dulu. Kalau diikutkan, kawan perempuan memang ada, tetapi mereka semua hanya rakan sekerja, bukannya teman yang istimewa.

Kalau sudah kekasih nanti, saya tidak keberatan untuk berkongsi dengan semua orang. Sejak dahulu, saya letak target mahu tamatkan zaman bujang paling lewat pada usia 30 tahun. Tetapi, jika jodoh saya datang awal daripada sasaran itu, saya tidak menolak. Jika jodoh saya tiba ketika usia saya sudah melebihi 30 tahun, saya tidak akan merungut. Itu semua kerja Tuhan.

Insya Allah niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Perlahan-lahan kayuh. Yang penting niat kena ikhlas. Pasti akan ditemui juga seorang wanita yang betul-betul serasi dengan diri kita kelak. Sama-samalah kita doakan.

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani