Powered by Blogger.
Showing posts with label Nadya Suleman. Show all posts
Showing posts with label Nadya Suleman. Show all posts

Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai?

Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai?


Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai?

Posted: 09 Aug 2014 05:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai?

PENDUDUK Palestin memeriksa Masjid Al-Qassam di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza yang musnah dalam serangan udara Israel semalam.

BANDAR GAZA - Jet pejuang Israel melancarkan 30 serangan udara di Genting Gaza semalam dalam operasi ketenteraan yang meragut nyawa lima penduduk Palestin manakala pejuang Hamas membedil enam roket ke wilayah Israel.

Perkhidmatan kecemasan Palestin memberitahu, dua lelaki terbunuh dalam serangan ke atas sebuah motosikal di kem pelarian Al-Maghazi, Gaza.

"Mayat tiga yang lain ditarik keluar dari timbunan serpihan masjid Al-Qassam di kem Nuseirat, tengah Gaza," kata satu kenyataan perkhidmatan berkenaan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Palestin, jet-jet rejim Zionis memusnahkan tiga buah masjid setiap satu di Nuseirat, Zeitoun dan Jabaliya, tengah Gaza. Seorang jurugambar agensi berita AFP, Jood Irhaem berkata, hanya satu menara masjid Al-Qassam yang masih tegak berdiri akibat dibedil rejim Zionis.

"Kami terdengar satu letupan kuat diikuti dua letupan lain. Kami segera memberi amaran kepada penduduk setempat supaya meninggalkan kawasan itu," katanya.

Dalam pada itu, tentera rejim Zionis menyatakan, pejuang Palestin membedil enam roket ke wilayah Israel semalam. Perkembangan itu menjadikan bilangan bedilan roket Palestin sejak gencatan senjata selama 72 jam di Gaza berakhir kelmarin meningkat kepada 44.

Seorang orang awam dan askar Israel cedera dalam serangan kelmarin tetapi tiada kecederaan dilaporkan pada hari berikutnya. Pertempuran antara Israel dan Hamas sejak 8 Julai lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,900 penduduk Palestin dan 67 orang di pihak Israel dengan kebanyakan mereka anggota tentera.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu, sekurang-kurangnya 1,354 penduduk Palestin yang terkorban sejak 8 Julai lalu itu terdiri daripada orang awam termasuk 447 kanak-kanak.

Israel sebelum ini mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Gaza bagi menghalang bedilan roket Hamas ke dalam wilayahnya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Logik gila babi mana yang Israel pakai 'melancarkan serangan udara ke atas Gaza bagi menghalang bedilan roket Hamas ke dalam wilayahnya'. Sedangkan rejim haram Israel sendiri asalnya tidak ada negara, dan hidup di atas tanah Palestin yang dirampasnya.

Pemimpin Iseael sering berucap mengatakan, mereka menyerang negara Arab sekelilingnya kerana memepertahankan diri. Lojikkah? Samakah dengan, kalau Singapura kata mereka perlu atau terpaksa menyerang dan merampas buni Malaysia lebih dulu untuk mempempertahankan diri? Kerana takut kalau Malaysia kuat, Malaysia akan melanyak mereka?

Lojik itulah kini yang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pertahankan..


Nik Aziz: PAS Tak Campur PKR Pecat Khalid

Posted: 09 Aug 2014 04:45 PM PDT


Ibnu Hasyim

Nik Aziz: PAS Tak Campur PKR Pecat Khalid


Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  
"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kota Bharu malam ini.
  
Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
  
"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
-Bernama

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Pendedahan Mengejutkan Selepas Pemecatan Khalid Ibrahim

Posted: 09 Aug 2014 04:39 PM PDT


Addin

Pendedahan Mengejutkan Selepas Pemecatan Khalid Ibrahim


SHAH ALAM: Tindakan Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang telah memecat Tan Sri Abdul Khalid dari menjadi ahli seumur hidup PKR merupakan satu tindakan yang tepat dan adil kata Naib Ketua Cabang Kuala Selangor, Nor Azhar Jamil.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya mengutamakan kepentingan ahli-ahlinya sendiri selain tidak melupakan arahan-arahan yang diberikan oleh pihak parti.

"Bagi ahli parti di akar umbi, berita mengenai pemecatan Khalid kami anggap sebagai satu tindakan yang tepat kerana beliau secara jelas telah melanggar disiplin parti."Walaupun diberi masa untuk tampil memberi penjelasan, beliau masih enggan dan berdegil untuk melakukan yang demikian.

"Di peringkat cabang pula, Khalid tidak pernah menghiraukan kawasannya serta sering mengabaikan tanggungjawab," ujarnya sewaktu ditemubual oleh FMT.Azhar turut menjelaskan bahawa pihaknya menyokong sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana ahli yang melanggar disiplin tanpa mengira jawatan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan di peringkat Cabang Kuala Selangor, pihaknya telah menetapkan resolusi untuk sebulat suara menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu.

Selain itu, bagi Azril Idris yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Selangor,  selama enam tahun ini Khalid tidak pernah ambil kisah tentang AMK dicabangnya.

"Selama enam tahun, Pemuda tidak mempunyai apa-apa aktiviti kerana Khalid tidak pernah menghiraukan tentang pemuda," ujarnya. ~fmt





Iklan C (ii)





Saya Menunggu Arahan Parti Saya -Iskandar Abdul Samad

Posted: 09 Aug 2014 03:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

Saya Menunggu Arahan Parti Saya -Iskandar Abdul Samad

Iskandar Abdul Samad

Shah Alam: Bernama melaporkan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.

Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.

"Saya menjangka Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi.

Ketika mengumumkan keputusan MPP itu di Petaling Jaya hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan sebulat suara MPP itu dibuat berdasarkan tindakan Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Dr Tan berkata selain itu, Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang juga ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen. Lapor Bernama lagi. 9 Ogos, 2014. (IH)


E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Krisis MB S'gor: RM50J Kos Adakan P'raya Negeri -SPR

Posted: 09 Aug 2014 02:48 PM PDT


Ibnu Hasyim

Krisis MB S'gor: RM50J Kos Adakan P'raya Negeri -SPR


Abdul Aziz Mohd Yusof.

PETALING JAYA: Kos untuk mengadakan pilihan raya negeri di Selangor menelan belanja sebanyak RM50 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata parti politik yang terlibat dengan krisis Menteri Besar Selangor harus cuba mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kerana ia menyebabkan pembaziran masa dan wang.

"Tiada ragu-ragu, SPR sedang bersiap sedia dan tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya negeri sekiranya terpaksa berbuat demikian.
"Bagaimanapun, adalah tidak masuk akal untuk mengadakan pilihan raya hanya selepas 15 bulan pilihan raya umum ke-13 diadakan," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdapat 56 kerusi DUN kerana Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terbesar, kata Aziz.

Beliau berkata dana yang dibelanjakan untuk mengadakan pilihan raya negeri itu sepatutnya dibelanjakan kepada perkara yang lebih berfaedah untuk kepentingan rakyat.

"Kita perlu membayar pekerja SPR dan membelanjakan wang untuk menyewa. Ia melibatkan kerja yang banyak dan menggangu banyak pihak yang berkepentingan," katanya.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk pentadbiran kerajaan negeri 'bermain dengan perasaan pengundi' yang menjangkakan wakil rakyat yang mereka pilih dapat berkhidmat selama lima tahun selepas pilihan raya umum Mei tahun lalu.

"Pakatan Rakyat harus mentadbir negeri Selangor seperti yang dijanjikan selepas mereka memenangi pilihan raya umum. Inilah jangkaan pengundian," katanya.

Bagaimanapun, Aziz berkata SPR bersedia pada bila-bila masa, kerana pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada dalam keadaan tertekan apabila beliau didesak supaya melepaskan jawatannya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sekiranya Khalid dipecat atau dipaksa untuk meletakkan jawatan, pilihan raya negeri tidak dapat dielakkan kerana MB boleh memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.  Pada ketika ini Pakatan Rakyat mempunyai 44 kerusi di Selangor, sementara Barisan Nasional memiliki 12 kerusi. (mStar)

Sila  lihat..


E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Exco DAP S'gor Pertimbang Letak Jawatan.

Posted: 09 Aug 2014 12:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Exco DAP S'gor Pertimbang Letak Jawatan.

 
Tiga orang Exco DAP Selangor mungkin bertindak meletak jawatan susulan keputusan PKR memecat keanggotaan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, DAP akan membincangkan langkah tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok.

"Selepas beliau disingkirkan, kami tidak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai MB. Kami tidak akan bekerjasama dengan MB yang bukan dari Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Seramai 10 anggota exco kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat yang merangkumi empat daripada PAS, manakala PKR dan DAP masing-masing tiga orang. Tiga anggota Exco tersebut adalah Ean Yong Hian Wah, V Ganabatirau dan Exco kanan Datuk Teng Chang Khim.

Pua berkata, CEC juga akan membincangkan kemungkinan bahawa Khalid akan menasihat Sultan agar membubarkan Dewan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan. Katanya, kemungkinan bahawa pilihan raya negeri diadakan secara mengejut kini lebih besar.


Sementara itu, Exco kanan Iskandar Abdul Samad berkata beliau telahpun menjangkakan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR akan memecat keanggotaan menteri besar itu dari parti. Katanya, beliau kini berserah kepada PAS mengenai tindakan yang patut dijalankannya.

"Saya telah menjangka Tan Sri Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka.
"Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," kata pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Seorang lagi orang kanan menteri besar, Faekah Husin turut berkongsi pandangan sama dengan Iskandar. Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated itu turut membangkitkan bahawa usaha untuk memecat Khalid itu diatur oleh "gerakan" tertentu.

"Bagi saya ini tak mengejutkan. Perkara ini tak mengejutkan apabila melihat daripada momentum dan gerakan yang mereka aturkan.
"Keputusan ini kita dah jangka dan keputusan ini kita dah masukkan dalam salah satu situasi gerak kerja kita," katanya tanpa mengulas lanjut mengenainya.

Manakala Timbalan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo pula menyifatkan pemecatan itu sebagai "satu langkah menuju arah yang tepat".


"Khalid diberikan setiap peluang untuk mempertahankan dirinya. Terdapat proses pengadilan yang terbuka.
"PKR mempunyai segala hak untuk mendisiplinkan anggotanya. Saya rasa kes ini, berdasarkan keadaannya, layak dihukum dengan pemecatan," kata MP Puchong itu. (MK)



E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Akhirnya.. Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR

Posted: 09 Aug 2014 09:27 AM PDT


Addin

Akhirnya.. Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR


Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan tersebut berkuatkuasa serta merta.Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

"Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

"Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

"Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat," kenyataannya dipetik.Tan yang juga pengerusi lembaga disiplin berkata, MPP juga mengambil kira perkembangan berikut:• Khalid mengingkari keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat agar menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2, dan menagguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN negeri Selangor.

Khalid gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.

Khalid berkeras meneruskan projek lebuh raya Kidex walaupun PKR mengarahkan beliau mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat.

Khalid gagal menjelaskan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Dalam sidang medianya selepas itu, Tan berkata Khalid masih lagi berpeluang untuk merayu keputusan MPP dalam tempoh 40 hari.

Tambahnya, keputusan MPP hari ini hanya melibatkan kedudukan Khalid dan tidak menjejaskan kedudukan Exco dan ADUN lain.Menurut Tan, MPP turut mengambil kira Lembaga disiplin parti itu pada Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Khalid diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu "cacat" dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya. ~tmi






Siapa Adun PAS Dalam 35 Adun PR & Anwar Menghadap Sultan Esok?

Posted: 09 Aug 2014 07:39 AM PDT


Ibnu Hasyim

Siapa Adun PAS Dalam 35 Adun PR & Anwar Menghadap Sultan Esok?

    MELIHAT berita ini dari 'Bloglist Malaysia' berbunyi...  [TERKINI - 35 Adun PR Selangor Kini Bersama Anwar Dan Akan Menghadap Sultan Esok
Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.
Sebentar tadi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baru.

Sementara itu Malaysiakini.com melaporkan pemecatan Khalid dari PKR diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu "cacat" dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.]


Bagaimana boleh 'Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.'? Benarkah ADUN PAS Selangor terlibat? (IH)

Sila  lihat..




E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Khalid Maklum Dipecat PKR, Akan Mengadap Sultan S'gor

Posted: 09 Aug 2014 06:51 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalid Maklum Dipecat PKR, Akan Mengadap Sultan S'gor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahliannya dan menganggap ia salah serta cacat dari segi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.  
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahliannya dan menganggap ia salah serta cacat dari segi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.  

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim maklum berhubung isu pemecatannya daripada PKR hari ini dan akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun menganggap keputusan itu cacat dan tidak sah.

PKR memecatnya hari ini selepas mengingkari keputusan parti untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Saya menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.
"Seperti kenyataan saya sebelum ini, parti sendiri keliru terhadap pertuduhan yang dikemukakan kepada saya. Malah, PKR gagal menyatakan perkara yang saya lakukan melanggar Perlembagaan PKR," katanya dalam satu kenyataan. – 9 Ogos, 2014. (TMI)


MB: Bekas MB S'gor Mat Taib Nyatakan Sikap

Posted: 09 Aug 2014 03:43 AM PDT


Ibnu Hasyim

MB: Bekas MB S'gor Mat Taib Nyatakan Sikap



Tan Sri Muhammad Muhd Taib berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim perlu secara 'gentleman' melepaskan jawatan menteri besar Selangor walaupun mendapat sokongan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.  
Tan Sri Muhammad Muhd Taib berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim perlu secara 'gentleman' melepaskan jawatan menteri besar Selangor walaupun mendapat sokongan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.  

Walaupun menerima sokongan PAS, bekas Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berpendirian Tan Sri Khalid Ibrahim perlu melepaskan jawatannya secara berhormat.
Muhammad yang pernah memegang jawatan penting tersebut semasa bersama Umno sebelum menyertai PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas berkata, secara konvensionalnya, mana-mana pemimpin yang ditolak parti perlu melepaskan jawatan.

"Saya fikir apabila PKR membuat keputusan untuk tukarnya, beliau (Khalid) perlu patuh.
"Secara konvensyen dan persefahaman dalam satu gagasan, itulah persefahaman," kata Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan Muhammad tersebut berbeza dengan pendirian PAS yang masih bertegas menyokong Khalid sebagai MB. Beliau kemudian mempersoalkan mereka yang mempertahankan Khalid, khususnya daripada PAS sendiri seolah-olah jawatan MB yang dipegang adalah hak individu.

"Saya hendak tanya sekarang ini, apa yang istimewa tentang Khalid ini?
"Bila parti sudah buat isyarat yang jelas, apa pun alasannya, apabila parti buat keputusan, beliau perlu 'gentleman,' kerana ini bukan harta pusakanya, ini adalah kolektif," kata beliau.

Muhammad menyifatkan peletakan jawatan seorang MB bukan fenomena luar biasa, kerana ia menjadi amalan demokrasi mana-mana institusi.

"Jadi pada saya, meletakkan jawatan dan berhenti bukan fenomena luar biasa, ini adalah normal dalam mana-mana institusi demokrasi dalam dunia ini," kata Muhammad.

Malahan beliau sendiri dan pemimpin utama negara sebelum ini juga meletak jawatan selepas tidak menerima sokongan lagi. Muhammad merupakan MB Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Menurut Muhammad, ketika Tun Hussein Onn digantikan dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, konsep sama digunakan dan kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan selepas menghidu tiada lagi sokongan daripada parti.

"Apabila Tun Hussein Onn meletak jawatan dan diganti Dr Mahathir, tidak kisah apa pun alasannya, beliau letakkan jawatan.
"Jadi selepas itu, apabila parti menganggap Pak Lah sudah perlu diganti, maka beliau rela menyerahkan jawatan," kata Muhammad.

Muhammad juga berkata konsep sama digunapakai dalam krisis di Terengganu baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa melepaskan jawatannya selepas tidak lagi mendapat sokongan parti.
Khalid, MB dua penggal ketika ini hilang sokongan daripada partinya sendiri dan berdepan kemungkinan disingkirkan.

Pelbagai langkah mula dijalankan bagi mendesak Khalid lepaskan jawatan, pendedahan juga dibuat oleh PKR membabitkan salahguna kuasa Khalid, terutamanya dalam penyelesaian Bank Islam.
Namun, Khalid mempertahankan diri dengan mengatakan tidak bersalah walaupun PKR mendedahkan bukti penglibatan tokoh korporat Umno dalam menyelesaikan pinjaman tersebut.

Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima pelbagai aduan tentang MB itu yang didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan. Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jais dan Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah dalam kes Liwat II yang melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding untuk menggantikan Anwar, menang kerusi Dewan Undangan Negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi MB Selangor.

Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.
Isu MB Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. – 9 Ogos, 2014. (TMI) E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


SU M/Syura Ulama Nafi Kenyataan Liar Portal Mengenai N/Aziz.

Posted: 09 Aug 2014 01:53 AM PDT


Ibnu Hasyim

SU M/Syura Ulama Nafi Kenyataan Liar Portal Mengenai N/Aziz.

 
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju "seratus peratus" supaya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kekal memimpin negeri itu.

Nik Zawawi berkata demikian bagi menafikan satu laporan portal The Malaysian Insider hari ini yang menggambarkan kononnya Nik Aziz tidak terlibat dengan keputusan Majlis Syura Ulamak pada hari Rabu itu.

Veteran PAS itu berkata, beliau sendiri membaca keputusan mesyuarat badan tertinggi PAS itu di hadapan Nik Aziz dalam satu pertemuan berasingan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaik selepas persidangan Majlis Syura.

Katanya, Nik Aziz tidak menyatakan sebarang penentangan ke atas keputusan tersebut apabila keputusan itu dibacakan dalam pertemuan di kediaman bekas menteri besar Kelantan itu.

"Saya membaca keputusan yang diluluskan oleh Majlis Syura di depannya dan beliau setuju seratus peratus," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Asalnya kita (Majlis Syura) tidak mahu mendedahkan keputusan seperti yang diedarkan kepada media, itu tetapi beliau menyuruh diedarkannya kepada media," katanya lagi.

Kenyataan liar, tidak patut berlaku

Mengulas lanjut mengenai perjalanan mesyuarat Majlis Syura sebelum itu, Nik Zawawi menjelaskan, Nik Aziz juga sempat membincangkan isu menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Nik Aziz meminta izin untuk pulang tidak lama kemudian kerana "sangat letih". Nik Aziz, yang juga pengerusi Majlis Syura, beredar selepas meninggalkan arahan agar mesyuarat diteruskan, katanya lagi.

"Kemudian beliau (Nik Aziz) berkata keputusan yang dibuat, beliau hendak tengok. Apabila selesai, saya bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pergi ke rumahnya," katanya.

Nik Zawawi menafikan sebarang dakwaan yang menyatakan Nik Aziz yang juga ADUN Chempaka tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

"Sebarang kenyataan (bahawa beliau) tidak bersetuju adalah kenyataan yang liar dan tidak sepatutnya berlaku. Keputusan ini adalah keputusan Majlis Syura PAS," tegasnya.
"Insya -Allah akan ada surat iaitu kenyataan yang dibaca itu, akan ditandatangani beliau selepas ini. Sekarang ia belum sempat ditandatangani lagi," katanya lagi.

The Malaysian Insider hari ini turut menonjolkan bahawa Nik Aziz meninggalkan mesyuarat majlis itu selepas 30 minit masalah kesihatan. Dakwaan itu berdasarkan satu rakaman audio sepanjang hampir lima minit yang disebarkan di beberapa blog pro-PAS, termasuk malaysiawaves.net.

Rakaman tersebut, yang diteliti oleh Malaysiakini, mengandungi perbincangan dalam dialek Kelantan dan sebahagian daripadanya juga mengandungi butiran percakapan yang tidak jelas. (MK)


Tiada Permohonan Maaf Dari Nasruddin, Saman!

Posted: 09 Aug 2014 12:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Tiada Permohonan Maaf Dari Nasruddin, Saman!



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin untuk menarik balik 'penipuan' yang dibuatnya serta permohonan maaf, kedua-dua tidak berlaku, oleh itu beliau mengambil tindakan undang-undang. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.  
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin untuk menarik balik 'penipuan' yang dibuatnya serta permohonan maaf, kedua-dua tidak berlaku, oleh itu beliau mengambil tindakan undang-undang. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.  

Selepas tiada kata maaf diterima, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang.

Lim mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin selepas pada Khamis memberinya 24 jam untuk menarik balik "penipuan" yang dibuatnya dan membuat permohonan maaf kepadanya. Notis tuntutan saman itu dikeluarkan oleh peguam Lim di Mureli Navaratnam Advocates and Solicitors berhubung posting berunsur fitnah yang didakwa dibuat Nasruddin di Facebook bertajuk 'Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel?' pada Rabu lepas.

"Dia tidak jawab tuntutan saya untuk dia meminta maaf, jadi peguam saya mengeluarkan notis semalam. Kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang," Lim memberitahu pemberita di pejabatnya hari ini.

Pada Khamis, Lim berkata Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu.

"Penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro-Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Nasruddin dalam postingnya mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Katanya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Menurut tuntutan yang dikeluarkan itu, "Kandungan posting itu melemparkan fitnah yang teruk terhadap karekter dan reputasi Lim dan menimbulkan kebencian awam terhadapnya sebagai ahli politik kanan, negarawan dan ketua menteri Pulau Pinang."

Nasruddin juga didakwa bertindak melulu dan berniat jahat bertujuan memalukan Lim dan menjejaskan reputasinya, menyebabkan Lim dicemuh berikutan posting Facebook itu. Lim memintanya menarik balik kenyataannya itu dengan menyiarkan permohonan maafnya di laman sosial miliknya dan dua akhbar nasional yang sudah ditentukan.

Dia juga mahu Nasruddin membuang postingnya dalam masa 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu dan memaklumkan peguam Lim berapa jumlah yang sanggup dibayarnya kepada Lim sebagai ganti rugi bagi kecederaan, malu, mudarat dan kesusahan yang ditanggungnya dalam masa 7 hari.

Semalam, dalam satu post Facebook bertajuk 'Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah,' Nasruddin mempertahankan kenyataan terdahulunya mengatakan ia dari dapatan dan data awam dan dakwaan dia melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas. – 9 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR Malam Ini.. Ini Buktinya?

Posted: 08 Aug 2014 11:39 PM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR Malam Ini.. Ini Buktinya?


Kedua-dua pihak bertentangan dalam isu menteri besar (MB) Selangor akan turun padang dan membentangkan kes masing-masing dalam dua acara berlainan malam ini.Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberikan penjelasan secara terbuka buat pertama kali dalam satu ceramah sementara penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan forum mempertahankan MB itu.

Ketua pembangkang itu dijangka akan menerangkan kepada umum rasional PKR bercadang menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikutan keengganannya berganjak daripada jawatan itu.

Turut hadir untuk menjelaskan isu yang mengeruhkan hubungan di antara parti komponen Pakatan Rakyat itu ialah Dr Wan Azizah, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli.

Ceramah itu adalah antara beberapa siri penerangan PKR berhubung kemelut MB Selangor dengan tajuk "Penerangan Isu Semasa Negeri Selangor" dan akan diadakan di Dewan Teratai Seksyen 19, Shah Alam, terbuka kepada orang awam untuk hadir.

Sementara forum penyokong Khalid di Selangor Chinese Assembly Hall pukul 8 malam ini bertajuk "Krisis Selangor: Adakah Khalid Ibrahim khianati Pakatan?".Ahli panelnya termasuk pegawai khas Khalid, Azrul Azwar dan Shazni Munir, kolumnis Nathaniel Tan dan ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, juga dikenali  sebagai Chegubard.

Pelbagai langkah dilakukan bagi mendesak Khalid melepaskan jawatan, termasuk pendedahan membabitkan salahguna kuasa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, terutamanya dalam penyelesaian hutang Bank Islam.

Namun, Khalid mempertahankan diri dengan mengatakan tidak bersalah walaupun PKR mendedahkan bukti penglibatan tokoh korporat Umno Tan Sri Rashid Manaf dalam penyelesaian pinjaman tersebut.

Awal tahun ini, PKR memulakan Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Anwar selepas menerima pelbagai aduan tentang MB itu yang mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan PR.

Khalid juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan bible versi Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isu menteri besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. ~tmi



Iklan C (ii)





Gambar Emma Ma’embong diubahsuai dengan perkara tidak elok

Gambar Emma Ma’embong diubahsuai dengan perkara tidak elok


Gambar Emma Ma’embong diubahsuai dengan perkara tidak elok

Posted: 09 Aug 2014 08:42 AM PDT

 Emma Maembong telah menjadi mangsa terbaru cyber-bully apabila gambarnya telah diubah suai menjadi sesuatu yang tidak elok. Gambar tersebut difahamkan telah diubahsuai seolah-olah terdapat tompokan air mani di bahagian mukanya.

Menurut Emma Maembong berkata, dia tidak takut kerana itu semua memang cubaan untuk menjatuhkan namanya. Dia mempunyai gambar asal dan memberi pesanan sesiapa yang membuat onar itu supaya bertaubat.

Gambar penuh adalah seperti di bawah.

(more…)

Super Bodoh: Apabila Boikot McDonalds secara prank bangang

Posted: 09 Aug 2014 07:54 AM PDT

Ada pelbagai cara untuk memboikot produk Yahudi yang kini giat dijalankan tetapi jangan sampai membodohkan diri dengan melakukan perkara sebegini. Kini video ini telah menjadi viral, muka-muka yang kelihatan jelas di dalam video ini hendaklah bersedia di maki hamun berjuta penduduk Malaysia. Amik kaw! (more…)

MASIH TAK BUAT KIMOTERAPI - ENOT RAWAT KANSER CARA ALTERNATIF

MASIH TAK BUAT KIMOTERAPI - ENOT RAWAT KANSER CARA ALTERNATIF


MASIH TAK BUAT KIMOTERAPI - ENOT RAWAT KANSER CARA ALTERNATIF

Posted: 08 Aug 2014 01:57 PM PDT



Meskipun kanser ususnya sudah sampai ketahap dua, namun Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, hingga kini masih tetap berkeras tidak mahu melakukan rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Sebaliknya bagi melawan penyakit kansernya itu, dia lebih selesa membuat rawatan menggunakan kaedah alternatif. Biarpun mendapat tentangan pihak doktor namun dia yakin jika dia meneruskan amalan perubatan alternatif dan mengambil suplemen secara teratur penyakitnya akan pulih.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GARA-GARA DISAMUN 4 PEROMPAK - EJA MASIH TRAUMA, SUSAH TIDUR

Posted: 08 Aug 2014 06:28 AM PDT



Akibat dirompak empat penyamun menggunakan parang baru-baru ini, Siti Shahrizah atau Eja mengalami trauma hingga sukar untuk tidur. Kejadian samun itu berlaku di hadapan kediaman Noryn Aziz malam Rabu lalu selepas menghadiri majlis baby shower artis terbabit.

"Alhamdullah, baru semalam saya dapat tidur dan merehatkan diri kerana terus terang saya masih trauma dengan kejadian itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Gempar!! Rakyat Menanggung Biawak Hidup Lagi..

Gempar!! Rakyat Menanggung Biawak Hidup Lagi..


Gempar!! Rakyat Menanggung Biawak Hidup Lagi..

Posted: 08 Aug 2014 06:18 PM PDT


Addin

Gempar!! Rakyat Menanggung Biawak Hidup Lagi..


Malaysian Airline System Bhd (MAS) hari ini berkata Khazanah Nasional akan menawarkan 27 sen bagi setiap saham dalam syarikat itu yang tidak memiliki, yang berjumlah hampir RM1.4 bilion, untuk menjadinya sebagai syarikat milik penuh kerajaan.

Menurut Reuters, Khazanah, yang memiliki 69.37 peratus MAS, akan menjalankan kajian semula yang komprehensif dan penyusunan semula syarikat penerbangan itu, yang mengalami dua bencana pesawat jetnya pada tahun ini, kata MAS dalam satu kenyataan selepas mengumumkan penggantungan urusniaga sahamnya.

Langkah untuk menyahsenarai MAS dari bursa saham Malaysia adalahdisebabkan oleh prestasi kewangan syarikat penerbangan itu yang tidak menggalakkan, setelah mencatatkan kerugian bersih bagi tempoh tiga tahun yang lalu, katanya.

Pemilikan penuh itu akan membuka ruang untuk Khazanah  memperkenalkan struktur modal yang sesuai bagi MAS untuk memenuhi "keperluan pembiayaan yang besar" dalam beberapa tahun akan datang, dan untuk mengekalkan operasi di tengah-tengah tahap hutang yang tinggi, kata kenyataan itu.

Khazanah berkata, ia memerlukan enam hingga 12 bulan untuk menyusun semula MAS.Ia menggesa kerjasama daripada semua pihak untuk melaksanakan penyusunan semula itu, yang merangkumi operasi syarikat penerbangan itu, model perniagaan, kewangan, kakitangan dan persekitaran kawal selia.

Katanya, ia perlu untuk memulihkan syarikat penerbangan negara itu kembali menguntungkan sebagai entiti komersial, dan memenuhi fungsinya sebagai sebuah entiti pembangunan negara yang kritikal.Terdahulu, KiniBiz melaporkan urusniaga saham MAS di bursa saham digantung pagi ini sementara menunggu pengumuman tersebut. ~mk





Iklan C (ii)





Gempar! Wanita Ini Berbogel Kerana Jokowi Terpilih Presiden?

Posted: 08 Aug 2014 04:58 PM PDT


Ibnu Hasyim

Gempar! Wanita Ini Berbogel Kerana Jokowi Terpilih Presiden?


Foto Foto Foto Foto Foto Foto
Foto Foto Foto
Gambar dari website-website berbahasa China (klik pada gambar untuk melihat dalam saiz sebenar)

Berita Dari Indonesia
Ternyata terpilihnya Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presiden dan Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden Indonesia, masih ditangani dengan negatif oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggung jawab. Salah satunya adalah muat naik 2 foto yang menunjukkan seorang wanita bogel dan hanya memakai seluar dalam sahaja di sebuah stesen kereta, di Facebook.
 
Pemuat foto tersebut mengatakan bahawa wanita tersebut sedang menunaikan nazar atau janji akan telanjang ketika Jokowi terpilih sebagai Presiden. Sontak saja, banyak komen mengalir dari muat naik 2 foto tersebut. Namun ternyata, tidak sedikit orang-orang yang secara cepat membuat penjelasan bahawa gambar wanita telanjang tersebut tidak ada kaitannya dengan Capres / Cawapres atau Pilpres (Calon/P'raya Presiden) di Indonesia.

Dijelaskan pula bahawa perempuan tersebut bernama Liza seorang wanita Filipina yang mengalami gangguan kejiwaan dan melepas semua pakaiannya di sebuah stesen kereta api di Hong Kong. Ketika merdeka.com cuba lihat dari pemberitaan website-website online berbahasa China, ternyata benar bahawa wanita tersebut bukanlah orang Indonesia yang aksinya mempunyai hubungan dengan Pilpres di Tanah Air.

Seperti dilansir oleh salah satu laman bernama Sina (24/07), Liza (37) seorang wanita Filipina secara tiba-tiba melepaskan semua pakaiannya dan meninggalkan seluar dalam sahaja di MTR Mongkok Station, di depan Hang Seng Bank ATM. Tentu saja aksi tersebut mengundang banyak orang yang di tempat itu berhenti dan mengabadikan kejadian tersebut. Ada yang hanya sekadar mengambil gambar ada pula yang merakam aksi Liza itu.

Beberapa orang cuba memujuknya untuk mengenakan pakaian namun ditolak dan beberapa saat selepas, petugas akhirnya dapat menjamin Liza dan membawanya pergi. Menurut penjelasan dari polis, Liza mengidap gangguan jiwa. (IH/MC)


Lihat kisah-kisah bogel..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3) 


Berita Pelik Tapi Benar Dari Pejabat PAS Negeri Terengganu.. Saksikanlah

Posted: 08 Aug 2014 04:45 PM PDT


Addin

Berita Pelik Tapi Benar Dari Pejabat PAS Negeri Terengganu.. Saksikanlah


Suara dari Terengganu memang selalu pelik-pelik. Mereka minta PAS pecat YB Khalid Samad dan YB Hanipa Maidin dan beberapa orang lagi atas alasan menyanggahi pendirian presiden.

Kalau menyanggahi keputusan Majlis Syura tu aku fahamlah sebab majlis syura adalah badan tertinggi di dalam PAS. Majlis Syura lebih tinggi dari Presiden sendiri.

Tapi, kedua-dua pemimpin ini hanya dikatakan tidak sependapat denganPresiden, maka dicadangkan oleh mereka untuk dipecat saja. 

TSKI belum dipecat oleh PKR. Beliau telah diberi surat tunjuk sebab, diminta jawab bahkan diminta hadir untuk menjawab beberapa isu yang ada kaitan dengannya.

Tapi untuk kedua-dua pemimpin PAS ini belum pun ada surat apa-apa, sudah ada yang gopoh mahu pecat?

Siapa lebih "Syarie" sekarang? 

Apapun aku optimis PAS tidak akan bertindak sejauh itu. Itu hanya sikap golongan di Terengganu, bukan mewakili wajah PAS.




Iklan C (ii)





M/Syura PAS Boleh Ubah Pendirian Jika... -Khalid Samad

Posted: 08 Aug 2014 03:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

M/Syura PAS Boleh Ubah Pendirian Jika... -Khalid Samad












Meskipun Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan untuk tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, seorang pemimpin PAS di Selangor berkata majlis itu masih boleh mengubah pendiriannya itu jika terbukti wujudnya salah laku dalam pentadbirannya.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad (gambar) berkata ia berikutan adanya pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas menteri besar itu termasuk isu berhubung perjanjian penyelesaian pinjamannya dengan Bank Islam.

"Sebelum ini, Majlis Syura berkeyakinan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes dan sebab itu kita menyokong beliau, tetapi apabila adanya tuduhan sebegini, saya mahu beliau beri penjelasan.

"Abdul Khalid kena bela diri, saya bagi masa sehingga 17 Ogos ini untuk beliau dedahkan bagaimana beliau lenyapkan hutang itu daripada pengetahuan kami (pakatan pembangkang)," katanya hari ini.
Maklumat mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman itu didedahkan oleh PKR dalam laporan setebal 24 muka surat, yang difahamkan diedarkan kepada pemimpin dan anggota pakatan pembangkang sejak 5 Ogos lepas.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau mengetahui mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman yang membabitkan menteri besar itu selepas menerima laporan itu pada malam 6 Ogos, selepas tamat persidangan Majlis Syura. – Bernama, 8 Ogos, 2014.


Nasrudin Hassan Jawab Dakwaan Fitnah Guan Eng...

Posted: 08 Aug 2014 03:00 PM PDT


Ibnu Hasyim

Nasrudin Hassan Jawab Dakwaan Fitnah Guan Eng...

 
MP PAS Nasrudin Hassan berkata dakwaan Lim Guan Eng bahawa beliau membuat kenyataan fitnah dan bohong ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah tidak berasas.

Dalam jawapannya kepada Lim hari ini, anggota jawatankuasa pusat PAS itu menjelaskan bahawa beliau menimbulkan dakwaan berhubung projek terowong dasar laut itu untuk menunjukkan seolah-olah wujud layanan istimewa ke atas ketua menteri itu.

Sedangkan, di Selangor, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijatuhkan dengan menggunakan isu projek pembinaan lebuh raya Kidex, kata Nasrudin.

"Kenyataan saya tempoh hari sekadar mempersoalkan kenapa wujudnya perbezaan sikap pada segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu menjadikan isu Kidex sebagai justifikasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.

"Sedangkan di hadapan kita terdapat juga isu seperti Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang yang tidak kurang kontroversinya.

"Seolah-olah terdapat sikap pilih kasih dan menangguk di air keruh demi mencapai matlamat tertentu yang sempit.

"Justeru itu dakwaan kononnya saya melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas sebagaimana yang disebut oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng," katanya.

Beliau turut mempertahankan dakwaannya bahawa kontrak projek terowong itu dianugerahkan secara rundingan terus kerana ia "tidak mengamalkan tender terbuka sepenuhnya dalam ertikata sebenar".

MP Temerloh itu seterusnya membangkitkan mengenai urutan peristiwa melibatkan penjanjian persefahaman (MoU) dan proses tender untuk projek berkenaan.

"Bagaimana Kerajaan Pulau Pinang boleh menandatangani MoU [disaksikan YAB PM (Datuk Seri) Najib Razak] dengan Beijing Urban Construction Group Co Ltd salah satu rakan utama konsortium yang memenangi projek Penang Tunnel ini pada 28 April 2011 sedangkan proses prapenilaian tender kerajaan negeri hanya bermula lebih 6 bulan selepas MoU iaitu pada 14 November 2011?

"Apakah kerajaan Pulau Pinang sebenarnya sudah memilih pemenang kontrak mega ini sebelum proses tender bermula?

"Saya kira sesiapa sahaja yang biasa dengan resam perlaksanaan kontrak dan projek boleh merumuskan bahawa ini bukanlah satu proses tender terbuka.

"(Ini kerana) Seolah-olah BUCG telah mendapat keistimewaan lebih awal sebelum proses tender dilakukan apabila telah wujud MoU pada April 2011," katanya lagi.

Beliau menjawab ancaman Lim semalam yang mahu beliau menarik balik tuduhan "bohong" tersebut, atau berdepan tindakan saman. (MK)


Siapa Sangka 10 Tahun Dihanyutkan Tsunami, Ditemukan Semula.

Posted: 08 Aug 2014 01:56 PM PDT


Ibnu Hasyim

Siapa Sangka 10 Tahun Dihanyutkan Tsunami, Ditemukan Semula.

Foto
JAMILIAH (kiri) mencium Raudhatu, 14. Di belakang mereka adalah ayah budak perempuan ini, Septi. Mereka dipertemukan pada 7 Ogos, selepas 10 tahun Raudhatu, dihanyut tsunami, pada 2004 (Foto kecil, Raudhatu ketika berusia 4 tahun). FOTO Reuters
Banda Acheh: Satu pasangan di Indonesia yang dipertemukan semula dengan anak perempuan mereka selepas dihanyutkan tsunami yang melanda wilayah itu 10 tahun lalu, semalam. Pertemuan itu membuahkan harapan pasangan itu yang turut berharap dapat menemui anak lelaki mereka yang turut hilang dalam bencana itu.

Raudhatul Jannah yang berusia empat tahun ketika hilang berpaut pada kepingan kayu bersama abangnya, Arif Pratama, 7, ketika dibadai arus Tsunami yang memusnahkan kediaman mereka pada 2004.

Ibu mangsa, Jamaliah dan suaminya, Septi Rangkuti yang terselamat dalam bencana itu menyatakan mereka sudah berputus asa dalam mencari anak mereka dan tidak menyangka yang mereka masih hidup.

Namun, Jun lalu, abang Jamaliah bertemu dengan seorang kanak-kanak dilihat mirip Raudhatul dan mendapati dia adalah anak saudaranya yang hilang. Raudhatul memberitahu, dia diselamatkan seorang nelayan dan dijaga keluarga angkat selepas kejadian itu.

Ibu bapanya yang sudah berpindah ke Sumatera Utara datang semula ke Acheh untuk menemui anak kandung mereka selepas diberitahu mengenai perkara itu.  Jamaliah dan Septi menganggap pertemuan semula dengan Raudhatul itu adalah satu keajaiban dan kini berharap agar dipertemukan dengan anak lelaki mereka.

"Kami sangat berharap dapat bertemu semula dengannya. Laporan polis sudah dibuat agar mereka dapat membantu mencarinya," kata Septi.

Mereka mengakui agak sukar untuk mempercayai yang Raudhatul masih hidup ketika diberitahu mengenainya oleh abang Jamaliah.

"Tidak mungkin dia masih hidup kerana sudah 10 tahun dia hilang dihanyutkan Tsunami. Namun ketika kami melihatnya, kami dapat merasakan hubungan tali kekeluargaan itu masih kukuh," kata Septi.

Tragedi Tsunami yang melanda Acheh meragut lebih 170,000 nyawa dan memusnahkan hampir keseluruhan wilayah itu. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tandanya, Allah Maha Kuasa, memisah dan mempertemukan. Allahu Akbar!

Lihat ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia


Bathmate Pam Pembesar Zakar No 1 Di UK

Posted: 08 Aug 2014 10:02 AM PDT

Bathmate Pam Pembesar Zakar No 1 Di UK
Bathmate Pam Pembesar Zakar No 1 Di UK


Tiada cara yang lebih mudah, selamat dan berkesan untuk membesarkan dan memanjangkan zakar anda berbanding bathmate. Bathmate bukanlah seperti Pam Zakar yang lain menggunakan angin tetapi sebaliknya Bathmate menggunakan air
KHASIAT BATHMATE FULL SET WITH BELT

Menambah kepanjangan zakar 1-3 inci
Menambah kelebaran zakar
Zakar lebih mantap
Menambah stamina seksual
Membesarkan kepala zakar
Hentikan pancutan pramatang
Mungkin membantu meluruskan zakar yang bengkok

Jika Anda SMS/Watsup Hari Ini , Dapat Diskaun + Free Pos
Hanya RM160 - FREE POS (JIMAT RM20)

Normal Price : RM 210.00
sms/whatssap "bathmate<jarak>Nama Anda " Ke 0167880125
P/S: Harga promosi utk 5 unit terawal. Cepat sebelum kami naikkan ke harga asal.

Berita Mengejutkan Dari Pejabat PAS Negeri Terengganu.. Saksikanlah

Posted: 08 Aug 2014 08:49 AM PDT


Addin

Berita Mengejutkan Dari Pejabat PAS Negeri Terengganu.. Saksikanlah


Suara dari terengganu memang selalu pelik-pelik. Mereka minta PAS pecat YB Khalid Samad dan YB Hanipa Maidin dan beberapa orang lagi atas alasan menyanggahi pendirian presiden.


Kalau menyanggahi keputusan Majlis Syura tu aku fahamlah sebab majlis syura adalah badan tertinggi di dalam PAS. Majlis Syura lebih tinggi dari Presiden sendiri.

Tapi, kedua-dua pemimpin ini hanya dikatakan tidak sependapat denganPresiden, maka dicadangkan oleh mereka untuk dipecat saja. 

TSKI belum dipecat oleh PKR. Beliau telah diberi surat tunjuk sebab, diminta jawab bahkan diminta hadir untuk menjawab beberapa isu yang ada kaitan dengannya.

Tapi untuk kedua-dua pemimpin PAS ini belum pun ada surat apa-apa, sudah ada yang gopoh mahu pecat?

Siapa lebih "Syarie" sekarang? 

Apapun aku optimis PAS tidak akan bertindak sejauh itu. Itu hanya sikap golongan di Terengganu, bukan mewakili wajah PAS. 




Selebriti Antarabangsa Lawan Israel. Malaysia Mana?

Posted: 08 Aug 2014 06:51 AM PDT


Ibnu Hasyim

Selebriti Antarabangsa Lawan Israel. Malaysia Mana?


Foto ANTARA barisan selebriti yang menyokong Palestin. FOTO Reuters

HALAMAN HIBURAN
KETIKA darah hangat sedang mengalir dalam konflik di Gaza, beberapa selebriti luar negara turut menyuarakan pendapat mereka dalam menyokong rakyat Palestin mempertahankan tanahair mereka.
Meskipun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk peminat mereka sendiri, kebanyakannya berpegang teguh prinsip mereka mengutuk serangan kejam rejim Zionis.

Pasangan suami isteri selebriti Penelope Cruz dan Javier Bardem, menandatangani surat terbuka bersama beberapa selebriti dari Sepanyol termasuk pengarah, penulis, dan pemuzik mengecam Operasi 'Protective Edge' oleh Israel di Gaza sebagai 'pembunuhan beramai-ramai'. Vokalis Pink Floyd, George Roger Waters, sangat lantang menyokong gerakan Boikot, Henti Pelaburan dan Sekat (Boycott, Divestment and Sanctions - BDS).

Selain enggan membuat persembahan di Israel, Waters juga menyeru pemuzik lain membatalkan konsert yang dirancang di sana, Dalam konsertnya pada 2013, Waters memaparkan babi dalam bentuk belon gergasi dengan terpampang logo Star of David dan menyebabkannya dituduh sebagai anti-Semitisme.

Di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas di Gaza, pelawak British, Russell Brand memuat naik video di YouTube mengkritik laporan Fox News, Sean Hannity, ketika temu bual bersama lelaki bangsa Palestin warga Amerika Yousef Munayyer.

Dalam video itu, Brand berkata, cara Hannity bertanyakan soalan kepada Yousef sudah cukup agresif dan provokatif.

"Palestin sudah tidak ada lagi dan yang tinggal hanyalah Gaza.
"Bagaimana pula sebuah negara yang tiada kelengkapan peperangan diserang oleh negara yang lengkap bantuan senjata? Ini tidak adil," katanya dalam video itu.

Penyanyi Zayn Malik dari kumpulan One Direction pula menggunakan hashtag #FreePalestine di akaun Twitternya sebagai tanda sokongannya terhadap raykat Palestin yang ditindas. Malik bertindak menyimpan tweet tersebut dan meraih retweet lebih 300,000 kali.

Tidak seperti penyanyi dan pelakon Rihanna, dia juga menggunakan hashtag yang sama, namun segera dipadamkan kerana tidak tahan dengan kecaman dan kritikan dari penyokong Zionis. Pelakon Danny Glover yang memegang watak Presiden Amerika Syarikat menerusi filem '2012' turut menyokong gerakan BDS.

Pada 2009, dia yang juga merupakan aktivis politik menandatangani pengisytiharan mengutuk Israel sebagai 'rejim apartheid' dan menolak hasil kerja pembikin filem dari Tel Aviv yang dipaparkan dalam Toronto Festival Filem Antarabangsa sebagai 'propaganda Israel'.

"Kita berdiri dalam perpaduan bersama rakyat Palestin dan menyokong panggilan mereka untuk boikot budaya dan akademik dari Israel," tegas Glover kepada penandatangan yang lain.

Bintang filem Nanny McPhee, Emma Thompson, turut menyeru pelakon lain bagi memboikot persembahan Teater Habima Israel di Teater Globe di London. Dalam surat yang disiarkan The Guardian, Thompson bersama penandatangan yang lain mengutuk Habima kerana rekod Israel yang memalukan atas penglibatan penempatan haram di wilayah yang diduduki Palestin.

Selebriti Hollywood berbangsa Yahudi, Dustin Hoffman pula membatalkan kunjungannya ke Festival Filem Jerusalem berikutan serbuan IDF terhadap flotila ketika berlayar cuba masuk ke Gaza pada 2010. Hoffman turut menghadiri Majlis Hal Ehwal Muslim (MPAC) Anugerah Media Tahunan ke-22 bagi menyampaikan anugerah kepada filem anti-Israel.

Penyanyi lagenda Stevie Wonder turut menunjukkan sokongan apabila menarik diri daripada membuat persembahan di sebuah majlis Sahabat Israel Defense Forces (FIDF) di Los Angeles pada 2012.

"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menasihati saya supaya menarik diri dari majlis tersebut," katanya.

Sebelum Wonder membatalkan persembahannya, terdapat beberapa aktivis BDS memasukkan petisyen di laman change.org bagi mendesak penyanyi itu untuk menarik diri daripada membuat persembahan di FIDF. Petisyen yang dimasukkan itu mendapat sambutan lebih 4,600 tandatangan. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Selebriti Malaysia bagaimana?

  Seorang kanak-kanak Palestin duduk di atas tilam di tengah runtuhan rumah yang musnah dalam serangan udara Israel di Abasan, timur di selatan Semenanjung Gaza di bandar Khan Yunis, berhampiran sempadan Israel, semalam. Beberapa orang terbunuh dalam serangan itu. - Gambar AFP, 8 Ogos, 2014.


Majlis Syura PAS Kurang Maklumat Tentang Khalid -Tuduh Anwar

Posted: 08 Aug 2014 05:41 AM PDT


Ibnu Hasyim

Majlis Syura PAS Kurang Maklumat Tentang Khalid -Tuduh Anwar


Majlis Syura PAS tidak mendapat maklumat lengkap mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider. Majlis Syura PAS tidak mendapat maklumat lengkap mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura PAS yang mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kerana kurangnya fakta sebenar berkaitan menteri besar Selangor itu.

Anwar turut menggesa ahli dan kepimpinan parti patuh kepada keputusan parti yang mahu melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini.
"Khalid bukan saja seorang pemimpin PKR dan menteri besar tetapi juga seorang rakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini luar daripada etika," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Majlis Syura PAS kelmarin berkeras mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar kerana badan tertinggi dalam PAS itu berpendapat tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan Adun Pelabuhan Klang itu. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu pandangan dari sudut Anwar.


Khalid: Tuduhan Tak Munasabah, Tak Adil

Posted: 08 Aug 2014 04:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Khalid: Tuduhan Tak Munasabah, Tak Adil

 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menuntut agar PKR bertindak adil dalam membuat tuduhan ke atasnya, selari dengan slogan "Keadilan untuk semua" yang dicanang parti itu.

Beliau juga meminta agar Lembaga Disiplin PKR mengikut prosedur yang betul dan mengambil teladan dari kes berhubung tuduhan Liwat II melibatkan ketua umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya berasa amat risau berkenaan bagaimana tergesa-gesanya perkara tindakan disiplin ini sedang dilaksanakan.
"Seperti bagaimana Anwar berasa risau tentang rayuannya dalam Mahkamah Rayuan yang dilaksanan tergesa-gesa.
"Kita tidak boleh memberi satu persepsi awam yang sama dalam perkara ini di hadapan kita ini," katanya lagi dalam suratnya kepada Lembaga Disiplin.

Ia merupakan surat kedua Khalid, selepas lembaga tersebut mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas beliau pada hari Selasa. Khalid berkata, beliau kecewa kerana lembaga tersebut tidak menerima jawapannya pada hari Rabu, yang menyifatkan notis tunjuk sebab itu sebagai "cacat". Katanya lagi, lembaga itu juga mengemukakan permintaan tidak munasabah kerana mahu beliau menjelaskan lima tuduhan ke atasnya dalam masa singkat.

Tiada salah laku disiplin

Tuduhan itu juga tidak adil kerana diberi tempoh yang amat singkat – kurang 24 jam – untuk menjawab tuduhan yang tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci, kata Khalid. Perkara itu merupakan antara alasan utama dalam jawapan kepada notis tunjuk sebab ke atasnya, yang diutuskan kepada lembaga tersebut hari ini.

"Jika notis tunjuk sebab tersebut tidak menyatakan, antara lainnya tuduhan dan perlanggaran mana-mana peruntukan dalam perlembagaan parti oleh saya, ini bermakna secara prima facie, tiada apa-apa salah laku disiplin yang telah dilakukan oleh saya dan tiada apa-apa salah laku disiplin yang boleh didengar oleh Lembaga Disiplin.


"Tanpa sebab-sebab tersebut, saya tidak dapat membela diri saya dengan efektif," katanya lagi.

Tambahnya lagi, perkara itu juga dibincangkan dalam mesyuarat Exco, sedangkan Lembaga Disiplin hanya berkuasa untuk mendengar kes berkaitan disiplin parti.

"Oleh sebab itu, tidak munasabah bagi Datuk (Tan Kee Kwong) dan Lembaga Disiplin mengkehendakkan saya dalam tempoh yang sangat singkat menjelaskan lima perkara tersebut," katanya.

Beliau merujuk kepada permintaan lembaga tersebut agar beliau menjelaskan mengenai lima perkara – penstrukturan industri air, elaun baru menteri besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman bank Islam dan cadangan projek lebuh raya Kidex. (MK)



Lihat ini  
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?  

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Kenyataan Kontroversi Yang Menggemparkan Negeri Selangor..

Posted: 08 Aug 2014 02:34 AM PDT


Addin

Kenyataan Kontroversi Yang Menggemparkan Negeri Selangor..


Aktivis Pembangkang, Hishamuddin Rais telah mengundang kontroversi apabila menggelar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai 'anak dara tua yang kurang seks'.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjadi panel dalam forum berjudul 'Krisis Selangor: Pakatan berpecah?' di Dewan Perhumpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) kelmarin.

Beliau yang turut mengecam kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi gelaran tersebut setelah menganggap Faekah sebagai penyokong tegar Khalid yang terlalu beremosi apabila beberapa pihak mengkritik bosnya itu.

"Bila cakap pasal tak kahwin semua tahu kan? Faekah tak kahwin lagi. "Inilah masalahnya. Orang yang bernama Faekah ini adalah penyokong tegar Khalid.

"Kalau petang semalam tak bersetuju untuk bertemu dan berbincang, malam esok Faekah kata Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan.

"Ini saya bagi satu analisis apabila 'orang itu' kurang seks," katanya dengan nada sinis. Hishamuddin berkata demikian dengan memberi contoh menyamakan Faekah dengan watak seorang jururawat dalam filem Milos Forman berjudul "One Flew Over the Cuckoo's Nest".

Ianya turut dirakamkan menerusi laman Youtube 'KiniTV' bertajuk 'Forum 'Krisis Selangor hangat pula dengan isu hina wanita'.

Kenyataan beliau itu dilaporkan telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa peserta yang hadir pada forum berkenaan.

Sebelum ini, Faekah mengeluarkan kenyataan menyelar beberapa pihak di dalam pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang menjauhkan karier politik Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah beliau pernah menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya menerusi laman twitternya terhadap keputusan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggugurkan bosnya dari jawatan Menteri Besar Selangor dan menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti bagi jawatan tersebut.

 Faekah dengan nada sinis menganggap keputusan mesyuarat yang dipimpin Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan 'Ikut Suka Aku' tanpa merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dalam melantik atau menggantikan jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu. ~mk



Iklan C (ii)





Hamas: Terima 10 Syarat Ini, Atau Terus Perang!

Posted: 08 Aug 2014 01:45 AM PDT


Ibnu Hasyim

Hamas: Terima 10 Syarat Ini, Atau Terus Perang!
















GAZA: Sayap kanan Hamas Briged Izzudin Al-Qassam, memberi amaran sedia meneruskan pertempuran dengan Israel jika negara haram Zionis itu enggan membebaskan Palestin dari kepungan secara total.

Dalam satu siaran televisyen, mereka mendakwa tidak akan bersetuju dengan mudah untuk genjatan senjata kecuali Israel menerima syarat yang mereka tetapkan. Kenyataan itu dibuat sebagi mesej kepada deligasi Palestin yang kini berada di Mesir bagi membuat rundingan dengan Israel untuk melanjutkan tempoh genjatan senjata tiga hari yang sepatutnya tamat hari ini.

"Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin," katanya.
"Kami akan memulai serangan ke Israel pada jam 8.00 pagi Jumat setelah gencatan senjata selesain" katanya.

Sementara itu,beribu-ribu penduduk Gaza berarak semalam bagi menyokong tuntutan Briged Al-Qassam dan pasukan rundingan Palestin di Kaherah. Ahli Majlis Perundangan Palestin Mushir al-Masri berkata, Gaza tetap bersama Hamas walaupun kira-kira 2,000 rakyat syahid dan 10,000 cedera dalam serangan empat minggu oleh Israel.

Beliau menambah bahawa pasukan rundingan Palestin mesti sedar bahawa orang-orang Palestin, yang telah mengorbankan orang kesayangan mereka sesekali tidak akan bersetuju untuk apa-apa perjanjian gencatan senjata kecuali tuntutan mereka dipenuhi.

Berikut adalah 10 syarat genjatan senjata yang ditetapkan Hamas dan rakyat Palestin.

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin (yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

- HARAKAHDAILY 8/8/2014


Indentiti 15 Peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang Didedahkan

Posted: 08 Aug 2014 01:18 AM PDT


Addin

Indentiti 15 Peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang Didedahkan


Polis menahan seorang wanita dan mengeluarkan butiran 15 lagi yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel yang diadakan kira-kira dua bulan lalu di pantai di Teluk Kampi dalam Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Wanita itu, yang hanya dikenali sebagai 'Ellen', ditahan pada 9.55 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata tangkapan itu dibuat berikutan laporan yang difailkan di Bayan Lepas.

"Kami yakin Ellen seorang seorang guru muzik swasta berusia 34 tahun dari Pulau Pinang, boleh membantu siasatan," katanya di ibu pejabat polis daerah di Balik Pulau hari ini.
"Kami merayu kepada seluruh ahli kumpulan itu untuk tampil membantu siasatan. Sila pergi ke balai polis yang paling hampir," katanya.

Polis juga merayu mereka yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan untuk memberitahu pegawai penyiasat ASP Mohd Sani Mat Ali di talian 012-5424455.

Lai berkata, semua 15 yang terlibat berusia antara pertengahan 20 hingga 50 tahun.

Kedua-dua individu utama adalah Tok Chew Hwa, seorang wanita yang dilaporkan pesara guru ahasa Inggeris bdan bekas ahli politik dari Taman Ria Jaya di Sungai Petani, Kedah; dan Albert Yam, penduduk tetap Singapura.

"Kami masih belum mengesan mereka," katanya.

Peserta lain dikenali sebagai Kok Hong (pengarah dari Singapura), Terry  dan Lionel Lau (rakyat Singapura), Carmen Chan, Thomas Kong, Janice, Justin Ang, dan Michale (Malaysia),  Newman dan teman wanita tidak dinamakan (Burma),  James Kumar (India) dan Marvin Cuevas (Filipina).

Semalam, Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis akan menyiarkan butiran individu terbabit jika mereka gagal hadir secara sukarela untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, polis akan mendapatkan kerjasama daripada rakan mereka di negara lain untuk mengesan rakyat mereka yang terlibat dalam sukan bogel di Pulau Pinang itu. ~tmi





Iklan C (ii)





Kami Cari Rezeki, Bukan Sokong Israel. -Pekerja McDonald’s Bimbang.

Posted: 07 Aug 2014 11:54 PM PDT


Ibnu Hasyim

Kami Cari Rezeki, Bukan Sokong Israel. -Pekerja McDonald's Bimbang.



Restoran makanan segera McDonalds's yang dikatakan ada kaitan dengan Israel diboikot di seluruh negara sejak kempen dilancarkan kerana membantah serangan terhadap Palestin. Gambar fail.  Restoran makanan segera McDonalds's yang dikatakan ada kaitan dengan Israel diboikot di seluruh negara sejak kempen dilancarkan kerana membantah serangan terhadap Palestin. Gambar fail.

Pekerja rangkaian outlet makanan segera McDonald's mula bimbang dengan keselamatan diri masing-masing susulan kempen boikot yang dilakukan di seluruh negara terhadap premis tempat mereka bekerja itu.

Mereka bimbang jika ada individu atau pihak yang bertindak ekstrem semata-mata kerana marah terhadap Israel dengan menjadikan pekerja McDonald's sasaran melepaskan geram.

Jika dulu, mereka bebas memakai uniform kerja ke mana-mana, tetapi kini perasaan kekok dan rasa diperhatikan mula menyelubungi diri, lapor Sinar Harian dalam laporan khasnya mengenai boikot McDonald's susulan serangan Israel ke atas Gaza.

Ini berikutan dakwaan restoran makanan segera ini menyumbangkan sebahagian pendapatan mereka kepada Isreal. Sehingga kini, lebih 1,000 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan terbuka Israel ke atas Gaza. Turut menjadi mangsa ialah sekolah antarabangsa kelolaan PBB. Ekoran itu, boikot dilancarkan di seluruh dunia terhadap kedai atau barangan yang dikaitkan dengan Yahudi atau Isreal.

"Kami hanya bekerja mencari rezeki, bukannya menyokong Israel."

Demikian luahan rasa sebahagian pekerja McDonald's di sekitar Negeri Sembilan yang mula terkesan dengan kempen boikot terhadap produk makanan segera berkenaan, lapor Sinar.
Seorang pekerja memberitahu, kempen boikot terhadap produk berkenaan pernah dibuat sebelum ini, namun kali ini ia lebih membimbangkan.

"Saya sudah empat tahun bekerja di sini dan sebelum ini kempen yang sama pernah dilakukan, tapi ia tidak begitu ketara berbanding sekarang.
"Saya sendiri pun takut sekarang sebab 'orang luar' pandang kami seolah-olah menyokong Israel sedangkan kami tidak tahu apa-apa," katanya.

Katanya, segelintir rakannya mula menyatakan hasrat berhenti kerja berikutan bimbang terus dikecam. Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada lagi perkara yang tidak diingini terjadi kepadanya namun perasaan bimbang itu sentiasa ada.

"Ada pelanggan datang ke kaunter semata-mata mahu beritahu dia boikot McDonald's.
"Keadaan provokasi seperti ini sebenarnya boleh menimbulkan kejadian di luar dugaan. Sekarang, kami rasa takut sehinggakan majikan menasihatkan tidak memberi kenyataan kepada sesiapa yang bertanya tentang isu ini," katanya.

Malah dia juga tidak menafikan penjualan semakin merosot dan kempen boikot dilancarkan ternyata berkesan. Seorang lagi pekerja berumur 23 tahun berkata, dia tetap akan bekerja di restoran itu seperti biasa.

"Saya sudah bekerja di syarikat ini selama empat tahun, dan inilah punca pendapatan saya.
"Syarikat ini yang membayar setiap titik peluh saya bekerja di sini," katanya yang yakin isu boikot ini akan selesai.

Menurut tinjauan yang dibuat akhbar itu di seluruh negara, boikot itu berjalan dengan pantas dan para pekerja rangkaian kedai makanan itu mula terasa keberkesanannya apabila mereka kekurangan pelanggan. Tinjauan yang dibuat di Kelantan mendapati, orang bukan Islam turut memboikot McDonald's di negeri itu.

Malah, restoran itu yang sebelum ini menjadi pilihan pelajar berkumpul dan membuat perbincangan bukan lagi tumpuan kerana ada yang memilih ke kedai makan biasa. Salah seorang pekerja McDonald's di Melaka mengakui mereka cukup terkesan akibat kempen boikot yang dibuat pelanggan restoran makanan segera itu. Katanya, pelanggan Melayu amat berkurangan sejak kempen memboikot dilakukan.

"Memang dulu ada kempen boikot tetapi hanya sementara... apa nak buat kak, mereka tak nak makan McDonald's lagi.
"Kadang-kadang ada yang malu hendak membeli di kaunter dan beli di laluan pandu lalu," katanya sebagaimana dilaporkan Sinar.

Menurutnya, mereka menerima tempias kerana disindir masyarakat berikutan bekerja di restoran itu. – 8 Ogos, 2014. (TMJ)


Punca PAS Tangguh Mesyuarat Berkenaan Isu MB Selangor Pada 17 Ogos Tersebar..

Posted: 07 Aug 2014 11:42 PM PDT


Addin

Punca PAS Tangguh Mesyuarat Berkenaan Isu MB Selangor Pada 17 Ogos Tersebar..



PAS menangguhkan lagi mesyuaratnya berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kepada 17 Ogos depan selepas memutuskan ia ditangguhkan ke 13 Ogos semalam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos."Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya-Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," katanya seperit dilaporkan laman rasmi PAS, Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos pada awalnya ditunda kepada 13 Ogos."Semua pihak insya-Allah boleh hadir mesyuarat pada 10 Ogos tetapi tarikh itu dilihat tidak cukup matang terhadap perkembangan yang berlaku, sebab itu kita tunda ke 13 Ogos, tetapi tarikh itu ramai yang tidak boleh hadir," katanya.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan, PAS menangguhkan mesyuaratnya bagi mengelakkan keretakan dalam parti dan Pakatan Rakyat."Kita perlu ubah untuk sesuaikan dengan keperluan semasa," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Penangguhan mesyuarat PAS ini dilakukan selepas Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat memutuskan Khalid perlu dikekalkan sebagai menteri besar Selangor kerana beranggapan pelantikannya adalah hak bersama parti dalam PR.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya Datuk Dr Haron Din, mereka berkata: "Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan menteri besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

"Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak berautoriti seperti SPRM atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia menilai kembali kedudukan beliau," kata kenyataan itu.Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semalam menyifatkan 10 Ogos bukan hari penentuan untuk Khalid sebagai menteri besar Selangor tetapi hari penentuan masa depan PR.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP itu berkata dua minggu selepas mesyuarat Majlis Presiden PR 23 Julai lalu, gabungan pembangkang itu menghadapi krisis yang paling teruk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada April 2008."Bolehkah PR bertahan dengan krisis keyakinan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.

Lim berkata, jika semua pemimpin PR sama ada DAP, PAS atau PKR terus dipandu dasar bersama, ia akan mampu berdiri lebih kuat untuk menggantikan Barisan Nasional dalam PRU14."Atau alternatif yang terlalu dahsyat adalah untuk melihat PR akan ditolak ke dalam nota kaki sejarah Malaysia," katanya. ~ tmi



Iklan C (ii)





Peserta S/Bogel P.Pg Pernah Berbogel Di S'pura, Kini Diburu.

Posted: 07 Aug 2014 10:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

Peserta S/Bogel P.Pg Pernah Berbogel Di S'pura, Kini Diburu.




Laporan polis dibuat di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Mei lalu. Gambar fail The Malaysian Insider. Laporan polis dibuat di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Mei lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.

Nampaknya bukan Pulau Pinang saja menjadi tempat 'aktivis' sukan bogel Albert Yam Kam Hoong menayangkan 'pakaian ketika lahirnya'.

The Straits Times melaporkan rakyat Malaysia berusia 50-an itu juga pernah membikin filem mengenai dirinya dalam keadaan bogel di tempat awam lain termasuk di Singapura iaitu di MacRitchie Reservoir, Changi dan East Coast Park.

Akhbar harian Singapura itu melaporkan, mereka menemui empat video, berdurasi antara 4-10 minit, yang diberikan oleh Yam. Di Singapura, berbogel di tempat awam adalah satu kesalahan jenayah. Jika Yam dituduh dan didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis Pulau Pinang sedang memburu Yam dan 17 yang lain kerana menganjurkan "Sukan Bogel Malaysia 2014" pada Mei. Video yang merebak dengan pantas di laman web perkongsian Vimeo itu mengejutkan banyak pihak termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ia juga membawa kepada penemuan Yam, seorang yang tidak bekerja, sudah berkahwin dan mempunyai 3 anak perempuan, untuk mengeluarkan video itu atau menjadikannya video peribadi selepas kisahnya menjadi tajuk utama media. The Malaysian Insider melaporkan semalam Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi berkata 15 daripada mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti itu dikenal pasti. Tujuh adalah rakyat Malaysia, dan yang lain adalah dari Singapura, Myanmar, India dan Filipina.

Beliau berkata, tiada seorang pun tampil dan jika mereka gagal berbuat demikian, butir dan gambar mereka akan didedahkan kepada umum. Katanya, Interpol membantu mengesan mereka di luar negara. The Malaysian Insider juga melaporkan salah seorang peserta adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata wanita itu, yang merupakan ketua sayap wanita dalam era 1980-an, bukan lagi ahli Gerakan. Katanya, keahlian wanita berkenaan tamat tempoh selepas dia berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun. – 8 Ogos, 2014. (TMI)


Dr Zuhdi: Anwar 'serang hendap' Hadi Dan Pimpinan PAS.

Posted: 07 Aug 2014 09:33 PM PDT


Ibnu Hasyim

Dr Zuhdi: Anwar 'serang hendap' Hadi Dan Pimpinan PAS.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata beliau mengkritik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melakukan "serangan hendap" terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS.

Katanya, beliau mengkritik Anwar sebelum ini untuk "mengingatkan" bekas timbalan perdana menteri itu betapa perlu menghormati pentadbiran pemimpin lain.

"Tukar pemimpin bukan seperti tukar pakaian," katanya ketia berucap di majlis Solat Hajat Perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" semalam. Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Zuhdi juga menjelaskan kepada hadirin betapa dirinya menjadi popular tanpa disangka apabila analisis perbualan Whatsappnya diangkat keluar dari konteks sedangkan beliau tidak menyokong pendapat berkenaan.

"Yang sokong PAS keluar Pakatan tu orang lain. Bukan saya.

"Sekarang kalau saya berdehem pun orang tanya adakah dehem itu untuk Anwar Ibrahim atau Khalid Ibrahim," kata beliau. (MK)


Lihat ini..

Khalid Samad: Penjelasan Zuhdi calar imej PASZuhdi: Bocor kerana bantah Langkah KajangPemuda PAS gesa parti siasat maklumat bocorDAP tuntut Zuhdi mohon maaf

Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


Khalid Ibrahim Bakal Buat Gempar..

Posted: 07 Aug 2014 08:36 PM PDT


Addin

Khalid Ibrahim Bakal Buat Gempar..


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan surat panggilan Lembaga Disiplin PKR akan dijawab malam ini dan butirannya akan didedahkan selepas 10 pagi esok.

Menteri besar Selangor itu berkata keputusannya sama ada menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR itu, tidak dapat dihebahkan kepada media dan akan dimaklumkan kelak.

"Saya akan menjawab surat mereka. Malam ni apabila selesai program saya akan menjawab. Jawapan itu saya akan beritahu akhbar esok.

"Buat masa ini saya tak nak beritahu jawapan saya kerana jika saya beritahu, mereka tidak dapat jawapan, sudah ada jawapan.

"Saya tak nak beritahu apa yang berlaku sehingga saya jawab surat itu. Surat itu akan dijawab sebelum 10 pagi," katanya kepada media di kediaman rasminya di Shah Alam Selangor.

Lembaga Disiplin PKR memanggil Khalid esok atau Sabtu bagi memberi penjelasan berhubung enam perkara termasuk isu Lebuhraya Kidex dan konsesi air Selangor.

Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Tan Kee Kwong juga meminta Khalid menjawab isu elaun baharu menteri besar, kenaikan kadar lesen perniagaan dan pinjamannya dengan Bank Islam.

Khalid diminta menghadiri perbicaraan itu pada jam 3 petang esok di ibu pejabat PKR atau alternatifnya sebelum jam 12 tengah hari pada Sabtu.

Ketika ditanya, adakah 6 persoalan yang diajukan Lembaga Disiplin akan dijawab secara terperinci, Khalid berkata: "Tidak. Jawapan sahaja."

Mengulas mengenai mengapa jawapan bertulisnya terhadap surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin menyentuh "Langkah Kajang", Khalid berkata ia merupakan persoalan yang diajukan sebagai satu tata tertib yang perlu dipatuhi.

Ditanya adakah kenyataannya mengenai "Langkah Kajang" menggambarkan kekecewaannya terhadap keputusan PKR, Khalid berkata: "Tidak. Saya tidak boleh cerita sekarang."‎

Khalid semalam melabelkan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR sebagai "cacat" dan meminta satu notis yang lebih jelas dan spesifik dikeluarkan.

Sambil menegaskan tidak akan menjawabnya sehingga menerima notis yang sah, menteri besar Selangor yang dalam proses penyingkiran itu sebaliknya menjelaskan mengenai "Langkah Kajang".

Katanya, wajar dijelaskan secara bertulis pelanggaran yang dilakukan terhadap mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti atau peruntukan lain di mana hukuman boleh dikenakan terhadapnya.

"Sementara menunggu notis tunjuk sebab yang sah, saya ingin menarik perhatian, pada setiap masa material, 'Langkah Kajang' adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil dengan dan kepada saya," katanya melalui surat jawapan kepada PKR. ~tmi



Iklan C (ii)





Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani