(TAHNIAH)Tengku Azura Kini Isteri Ramelle Ashram, Adik Jejai
(TAHNIAH)Tengku Azura Kini Isteri Ramelle Ashram, Adik Jejai |
- (TAHNIAH)Tengku Azura Kini Isteri Ramelle Ashram, Adik Jejai
- Shahir Akui Sedang Berkawan Dengan Erra Fazira
- Jika Kemenangan Dipertikai, Saya Tak Akan Berdiam Diri – Aaron Aziz
- Fasha Sandha Bakal Lahirkan Anak Perempuan
- (69 GAMBAR)Sekitar Karpet Merah ABPBH2013
(TAHNIAH)Tengku Azura Kini Isteri Ramelle Ashram, Adik Jejai Posted: 26 May 2014 01:28 AM PDT Supermodel Malaysia dan juga salah seorang pelakon filem Bunohan, Tengku Azura, 39 telah pun selamat bergelar isteri kepada Ramelle Ashram, 35. Untuk makluman, Ramelle adalah adik kepada Jejai, suami Fasha Sandha. Mereka berdua telah berkenalan selama 2 tahun setengah sebelum mengambil keputusan untuk bersatu sebagai suami isteri. Semoga masjid yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan dikurniakan ramai cahaya mata untuk menyerikan lagi kehidupan Tengku Azura dan Ramelle Ashram. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Tengku Azura. P.S: Honda Jazz 2014 dilancarkan di Thailand
Baca Yang Ini Pulak:- |
Shahir Akui Sedang Berkawan Dengan Erra Fazira Posted: 26 May 2014 12:56 AM PDT Terkejut beruk juga apabila Abang Nara membaca desas-desus hubungan antara Shahir AF dan Erra Fazira yang dikeluarkan di BiPop semalam. Kalau tak silap Abang Nara, dulu Shahir pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan Rozita Che Wan. Mungkin “taste” Shahir lebih kepada wanita berumur. Tak salah kerana setiap orang mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Yang penting keserasian. Tak gitu? Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Shahir dan Erra Fazira kerap berhubung melalui telefon selain ada peminat pernah terserempak pasangan ini diluar bersama sama. Ditemui oleh portal Murai, Shahir mengakui sedang mengenali Erra Fazira. Kata Shahir:-
Sementara itu Erra Fazira pula enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus ini dan mengambil langkah berdiam diri. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya. Kadangkala bukan betul pun khabar angin sebegini. Cuma mungkin ada pihak yang mahu meng”kenen”kan Shahir dan Erra. Siapa tahu menjadi pulak. Apa pendapat anda? Sesuai ke Erra dan Shahir? P.S: Luahan hati seorang peminat coklat Cadbury kacang hazel Baca Yang Ini Pulak:- |
Jika Kemenangan Dipertikai, Saya Tak Akan Berdiam Diri – Aaron Aziz Posted: 25 May 2014 07:10 PM PDT Kemenangan Aaron Aziz di ABPBH2013 yang berlangsung Sabtu lalu sememangnya di luar jangkaan. Kalau tak silap Abang Nara, tiada produk drama atau filem Aaron yang benar-benar meletup. Namun kalau sudah tertulis rezeki buat Aaron Aziz, tiada hak untuk kita mempertikaikan kemenangan tersebut. Kemenangannya pada tahun 2011 pernah menjadi kontroversi hangat, namun kali ini Aaron Aziz berharap agar kejayaannya tidak dipertikaikan.
Daripada pihak-pihak tertentu sibuk mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz, lebih baiklah ambil peluang untuk muhasabah diri dan meningkatkan lagi prestasi agar dikenali, disayangi dan diundi oleh para peminat. Ingat senang-senang ke Aaron Aziz nak sampai ke tahap ini? Banyak pengorbanan yang telah dilakukan olehnya. Semoga kemenangan kali kedua ini akan menjadi pemangkin dan memberi semangat baru buat Aaron Aziz untuk terus memberikan yang terbaik buat industri hiburan Malaysia. Tahniah Aaron Aziz. Baca Yang Ini Pulak:- |
Fasha Sandha Bakal Lahirkan Anak Perempuan Posted: 25 May 2014 06:09 PM PDT Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat Fasha Sandha atas berita mengenai jantina anak kedua yang sedang dikandungnya sekarang. Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya, Fasha memaklumkan yang seorang “baby girl” bakal memeriahkan lagi keluarganya. Untuk makluman, Fasha baru-baru ini telah melakukan pemeriksaan kandungan dan daripada situ, dapat mengetahui jantina bakal anaknya.
Sama-samalah kita doakan agar bayi dalam kandungan Fasha Sandha membesar dengan sihat dan tanpa sebarang komplikasi. Seronoklah Fasha membeli-belah baju untuk si comelnya kelak. Bolehlah mula menghias bilik dengan warna pink. Pasti comel sangat-sangat. Hehehe. Abang Nara pula yang teruja lebih. Apa pun, tahniah Fasha dan Jejai atas berita gembira ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
(69 GAMBAR)Sekitar Karpet Merah ABPBH2013 Posted: 25 May 2014 05:08 PM PDT Sebelum kita bercerita mengenai ABPBH2013, Abang Nara ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton Malaysia yang telah menunjukkan aksi bersungguh-sungguh walaupun tewas kepada Jepun dalam perlawan akhir Piala Thomas semalam. Memang hampir tercabut jantung dibuatnya. Fuh~~~ Abang Nara yakin masih ramai yang berdebar-debar menyaksikan perlawanan semalam, jadi apa kata anda kurangkan debaran tersebut dengan menatap gambar-gambar sekitar karpet merah ABPBH2013. Kehadiran Zizan Razak dan Emma Maembong secara berdua sudah tentu telah menarik perhatian orang ramai. Nampaknya mereka berdua semakin selesa untuk tampil bersama di khalayak ramai. Tidak lagi bermain sorok-sorok. Namun yang paling mencuri perhatian semalam sudah tentu Felixia Yeap yang tampil bertudung dan sangat sopan berbanding selebriti-selebriti wanita Islam yang lain. Bertemakan Magis Alam, fesyen para selebriti kali ini tampak lebih sopan dengan hanya beberapa selebriti wanita yang terlebih “over”. Yang lain semua okay-okay dan tak adalah seksi melampau. Semoga akan ada perubahan yang lebih bagus di masa hadapan. Lagi beberapa gambar sekitar karpet merah ABPBH2013 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar laman web ABPBH.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment