Powered by Blogger.
Showing posts with label Pesta sukan bogel. Show all posts
Showing posts with label Pesta sukan bogel. Show all posts

Jejaka Malu Alat Kelaminnya Tersiar Ketika Timbang Berat Badan

Jejaka Malu Alat Kelaminnya Tersiar Ketika Timbang Berat Badan

Jejaka Malu Alat Kelaminnya Tersiar Ketika Timbang Berat Badan | TUJUAN dia memuatnaik gambar timbangannya dalam media sosial hanyalah kerana mahu berbangga dengan rakan-rakannya bila dia berjaya menurunkan berat badan.


Namun dia tak sedar yang alat penimbang tersebut mempunyai permukaan yang ‘reflektif’.

Lalu dengan bangga dia berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakan media sosialnya.

Dia yang pada mulanya mengharapkan rakan-rakannya memuji kejayaannya menurunkan berat akhirnya MALU BESAR apabila komen yang diterimanya ‘jauh menyimpang’ daripada apa yang dia harapkan.

Ini antara komen yang lelaki ini terima;


” Hahahaha, kau nak tunjuk APA sebenarnya “

” Oh macam tu ya ‘bentuk’ yang saudara miliki “

” John, teman wanita kamu pasti berbangga sekarang”

” Tak dapat bayangkan apabila ia ‘bangun’ “

(komen yang lain tak payah kami siarkan, faham-faham sajalah)

Rupa-rupanya, lelaki tersebut berbogel bila menaiki alat timbangan tersebut.

Disebabkan alat penimbangnya itu diperbuat daripada kaca, akhirnya ia telah mendedahkan ‘imej Angry Bird’ yang dia miliki secara tak langsung.



Apapun nasi sudah menjadi bubur, bukan saja berat badannya dah diketahui ramai, SAIZ DAN BENTUK alat kelaminnya juga tersebar, haru sungguh! – sumber -


Eina Azman Bakal Kahwini Datuk Paduka

Posted: 04 Aug 2014 03:23 PM PDT


Eina Azman Bakal Kahwini Datuk Paduka | Pelakon remaja yang sering dihimpit kontroversi, Eina Azman mendedahkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang dengan seorang datuk jejaka Sikh pada akhir tahun ini.

Lelaki yang berjaya menambat pelakon ini ialah Datuk Paduka Gurmet Singh, seorang jejaka keturunan Sikh yang kini berumur 35 tahun.


“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

“Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin ini secara tergesa-gesa.


Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main. “Sebaliknya kepurusan ini dilakukan setelah saya berfikir dengan mendalam… Sama ada lambat atau cepat, saya tetap akan berkahwin juga suatu hari nanti.

“Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Saya sudah serik dikaitkan dengan kontroversi dan saya harap semoga perkahwinan ini akan membuatkan hidup saya lebih aman dan tenteram,” katanya dengan panjang lebar.

- sumber -


Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang

Posted: 04 Aug 2014 03:15 PM PDT


Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang | Pelakon terkenal, Ezany Nizariff mendedahkan punca mengapa rumah tangganya bersama Lizda Nuryanti Abidin mula dilanda masalah sejak awal perkahwinan mereka lagi iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Pemilik nama Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff menyatakan sepanjang tempoh tersebut dia cuba bertahan bagi menyelamatkan bahtera perkahwinan tersebut dan menganggap kemelut yang berlaku kini berada di tahap kritikal dan sudah tidak dapat untuk diselamatkan.


“Masalah bukan berlaku baru-baru ini tetapi sejak awal perkahwinan kami lagi tetapi sebagai seorang suami saya cuba bertahan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Sepanjang tempoh itu saya banyak bersabar sehinggalah hadirnya saya ke mahkamah pada hari ini (semalam),” katanya.

Namun, Ezany enggan mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku dalam rumah tangganya kerana khuatir masalah sedia ada akan bertambah buruk.

Cukuplah sekadar beberapa berita mengenai konflik rumah tangganya sebelum ini sudah menjadi perhatian umum dan baginya ia sudah memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.


“Banyak benda yang tidak boleh saya perkatakan secara terbuka kerana ia terlalu peribadi dan saya juga tidak berniat untuk membuka keaiban mana-mana pihak,” ujarnya.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari berturut-turut.


Punca Dazrin & Amyra Rosli Batalkan Perkahwinan

Posted: 04 Aug 2014 11:27 AM PDT


Punca Dazrin & Amyra Rosli Batalkan Perkahwinan| Perkahwinan pasangan ini sepatutnya berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos 2014 namun apa yang telah dirancang selama ini tidak akan menjadi kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.



Ibu kepada Amyra Rosli yang juga bertindak sebagai pengurus Norzaridah Ahmad memaklumkan yang keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.


“Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami”

Harapnya pasangan ini hanya menunda majlis bahagia mereka dan bukan tidak jadi terus. Sayang hubungan yang telah terbina. Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu.-rotikaya

Malaysia Nude Sports Games 2014 – Pesta Sukan Bogel Malaysia 2014

Malaysia Nude Sports Games 2014 – Pesta Sukan Bogel Malaysia 2014

Posted: 05 Aug 2014 03:57 AM PDT


VIDEO PESTA SUKAN BOGEL MALAYSIA 2014 – MALAYSIA NUDE SPORTS GAMES 2014 DI TELUK BAHANG VIRAL DI LAMAN SOSIAL CETUS KEMARAN PENGGUNA DAN POLIS SEGERA BUAT SIASATAN Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu penyebaran video bertajuk ‘Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang’ yang disebarkan secara meluas di laman sosial. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk


Read More


SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI AKADEMIK 2014/2014 ONLINE

Posted: 04 Aug 2014 11:16 PM PDT


ONLINE SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI AKADEMIK 2014/2015 ONLINE - UPU IPTA LEPASAN SPM DAN STPM DIPLOMA ATAU ASASI DAN MATRIKULASI Semakan keputusan kemasukan UPU atau IPTA Sesi Akademik 2014/ 2015 secara online. Bagi calon lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah mengemukakan permohonan ke IPTA sesi 2014/ 2015, berikut adalah makluman penting mengenai semakan


Read More


PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ 2014/2015 JAKIM

Posted: 04 Aug 2014 10:49 PM PDT


DOWNLOAD ONLINE BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ 2014/2015 OLEH JAKIM – IJAZAH PERTAMA DAN IJAZAH LANJUTA SYARAT PENTING DAN KELAYAKAN Borang permohonan skim pembiayaan Hafiz 2014/ 2015 secara online. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa warga negara Malaysia yang telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di dalam dan luar


Read More

Saya Anggap Kami Tiada Jodoh – Amyra Rosli

Saya Anggap Kami Tiada Jodoh – Amyra Rosli


Saya Anggap Kami Tiada Jodoh – Amyra Rosli

Posted: 05 Aug 2014 03:24 AM PDT

Berita pembatalan perkahwinan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung Jumaat ini sememangnya mengejutkan orang ramai. Iyerlah, hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Sudah tentu segala persiapan telah dilakukan, banyak wang ringgit yang telah dilaburkan dan jemputan telah diberikan. Pastinya bukan senang untuk membuat keputusan sebegini, namun Abang Nara pasti mereka berdua sudah fikir semasak-masaknya sebelum memutuskan untuk membatalkan perkahwinan.

dazrin dan amyra

Yang pasti, pembatalan ini telah menimbulkan banyak persoalan mengenai punca sebenar ia berlaku. Banyak spekulasi yang timbul. Namun punca sebenar hanyalah diketahui oleh Dazrin dan Amyra. Berkata kepada MalaysianDigest, Amyra menganggap antara mereka berdua sudah tiada jodoh. Kata Amyra:-

Pada hari Jumaat ini tidak akan ada majlis pernikahan kami. Saya mohon maaf kepada semua pihak yang mungkin telah block tarikh 8 Ogos ini bagi meluangkan masa untuk hadir. Saya buat kenyataan ini kerana tidak mahu nanti menyusahkan mana-mana pihak yang ingin datang.

Saya tahu semua orang tertanya-tanya, kenapa… Saya tahu hal kahwin ni bukan perkara main-main. Sebenarnya semua persiapan telah siap dibuat cuma kad kahwin belum diedarkan lagi. Kiranya hal tentang kad kahwin kami buat paling akhir sekali. Tapi sampai sekarang belum diedarkan lagi. Sebab itu ramai yang dah bertanya jadi kami beritahu bahwa majlis sebenarnya telah dibatalkan.

Tapi pembatalan ini mungkin bukanlah selama-lamanya. Soal jodoh bukan kita yang tentukan, semuanya ditangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi keputusan yang kami buat ini juga bukanlah titik noktah untuk laluan hidup kami

dazrin dan amyra
Nampaknya masih ada sinar harapan untuk melihat cinta Dazrin dan Amyra bertaut sebagai suami isteri. Amyra mengakui yang mereka masih berhubung. Tambah Amyra lagi:-

Cukuplah selama ini kami kongsikan tentang berita-berita gembira kami, tentang persiapan nak kahwin kami. Tapi saya harap semua pihak hormati keputusan ini dan saya tak mahu lah berkongsi tentang cerita negatif.

Kalau gaduh ker baik ker, semua pasangan pun melalui perkara itu. Sama macam kami juga. Kami masih berhubung tapi sudah tidak bergaduh lagi tentang hal perkahwinan. Sebagai orang Islam, saya reda dan terima ketentuan qada’ dan qadar. Saya anggap kami tiada jodoh. Sekali lagi, saya mohon maaf dan berharap semua pihak hormati keputusan kami

dazrin dan amyra

Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Kahwin bukannya satu perkara mudah. Kalau rasa ada benda yang tak kena, lebih baik batalkan awal-awal. Jangan dah kahwin baru nak bergaduh sampai bercerai berai. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

Baca Yang Ini Pulak:-

Eina Azman Bakal Kahwini Datuk Paduka Gurmet Singh

Posted: 04 Aug 2014 08:32 PM PDT

Cinta sememangnya tidak mengenal usia, agama dan bangsa. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Eina Azman yang bakal mengakhiri zaman gadisnya dengan seorang jejaka bernama Datuk Paduka Gurmet Singh. Bakal suami Eina Azman ini berketurunan Sikh dan berusia 35 tahun. Untuk makluman, Eina Azman baru berusia 19 tahun. Perbezaan umur mereka sebanyak 16 tahun ternyata tidak menjadi penghalang percintaan suci ini.

eina dan datuk paduka gurmet singh

Kalau sebelum ini pernah dikaitkan dengan Afiq Muiz, kisah silam tersebut telah lama dilupakan oleh Eina Azman. Mengakui bukanlah cinta pandang pertama, kematangan, sikap tanggungjawab dan saling menasihati menyebabkan Eina jatuh cinta kepada Gurmet Singh. Kata Eina menerusi Harian Metro:-

Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

Biarpun beza usia 15 tahun, kami berdua dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Insya-Allah kami bercadang untuk membina mahligai rumah tangga pada penghujung tahun ini tanpa adanya majlis pertunangan.

Keputusan untuk berkahwin bukanlah saya lakukan dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi selepas berfikir de­ngan mendalam. Sejauh mana pun saya pergi dan setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi, saya perlukan suami di sisi. Sama ada lambat atau cepat, saya akan berkahwin juga nanti.

Sekiranya rezeki saya dalam bidang lakonan masih ada, Gurmet tidak menghalang saya untuk meneruskannya. Saya pun sudah serik dihujani kontroversi dan semoga dengan perkahwinan itu nanti menjadikan hidup saya akan lebih aman dan tenteram.

Bagi memberi pemahaman Gurmet terhadap Islam, ibu saya ba­nyak memberi panduan kepada Gurmet.

eina dan gurmet

Tak sabar rasanya mahu melihat Eina Azman dan Datuk Paduka Gurmet Singh bersanding di atas pelamin hujung tahun ini. Semoga segala persiapan akan berjalan lancar. Tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Semoga masjid yang akan dibina berkekalan sehingga ke hujung hayat. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Wajah tua kepada wajah idaman

Baca Yang Ini Pulak:-

(9 GAMBAR)Qi Razali Berhari Raya Di Kampung Nelydia Senrose

Posted: 04 Aug 2014 08:19 PM PDT

Pengorbanan yang agak besar juga telah dilakukan oleh Qi Razali tahun ini apabila menyambut ketibaan Syawal di kampung kekasihnya, Nelydia Senrose di Kelantan. Agaknya Qi mahu membiasakan diri terlebih dahulu dengan suasana raya di Kelantan sebelum sah bergelar suami kepada Nelydia. Satu langkah yang baik. Orang luar kalau tak biasa memang boleh ‘culture shock’ berhari raya di Kelantan. Tak gitu ore Kelate?

nelydia dan qi

Sekali lihat gambar di atas nampak seperti pasangan suami isteri pula mereka berdua ini. Gambar di atas sedikit sebanyak telah menimbulkan kekecohan di laman Instagram. Iyerlah, memang nampak mesra semacam mereka berdua nie. Namun ramai juga peminat yang berdoa agar mereka berdua kahwin cepat-cepat. Lepas tue nak buat posing aksi macam mana pun tak ada orang nak marah dah. Hehehe.

nelydia dan qi

Selamat hari raya buat Qi dan Nelydia. Baru-baru ini kalau tak silap Nelydia baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke 20. Muda sangat-sangat lagi rupanya kekasih Qi nie. Untunglah. Semoga hubungan mereka akan berakhir ke jinjang pelamin. Lagi beberapa gambar Qi dan Nelydia berhari raya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


nelydia dan qi
nelydia dan qi

nelydia dan qi
nelydia dan qi

nelydia dan qi
nelydia dan qi

nelydia dan qi

Baca Yang Ini Pulak:-

(22 GAMBAR)Lisa Surihani & Yusry Di Aidilfitri

Posted: 04 Aug 2014 07:56 PM PDT

Lisa Surihani dan Yusry adalah pasangan suami isteri yang paling comel pada pandangan Abang Nara. Aksi bersahaja mereka memang mencuit hati. Terserlah kebahagiaan rumah tangga mereka berdua. Lisa Surihani sememangnya sejak sebelum berkahwin lagi merupakan ‘Malaysian Sweetheart’ dan walaupun sudah mempunyai suami, rasanya tiada siapa lagi mampu mengambil gelaran itu daripada Lisa.

lisa dan yusry raya

Sama cantik sama padan kan mereka berdua? Semoga rumah tangga yang dibina akan kekal abadi buat selama-lamanya. Insya Allah sama-samalah kita doakan agar Lisa dan Yusry cepat-cepat dikurniakan cahaya mata untuk melengkapkan lagi keluarga mereka. Pasti mereka berdua tidak sabar untuk menimang anak sendiri. Mana tahu ada rezeki raya tahun depan bertiga pula. Amin.

lisa dan yusry raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Abang Nara ucapkan kepada Lisa dan Yusri. Nanti nak duit raya!!! Lagi beberapa gambar Lisa Surihani dan Yusry di Aidilfitri dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Lisa Surihani.


lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya
lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya
lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya
lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya
lisa dan yusry raya
lisa dan yusry raya
lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya
lisa dan yusry raya
lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya

lisa dan yusry raya

Baca Yang Ini Pulak:-

Serius Macho, Kekasih Jernihkan Hubungan Nabila Huda Dengan Amy Search

Posted: 04 Aug 2014 07:18 PM PDT

Ini barulah macho, tampan, bergaya, penuh keyakinan, gentleman dan ada ciri-ciri suami sejati. Seperti yang Abang Nara telah kongsikan sebelum ini, hubungan Amy Search dan Nabila Huda kini telah pun pulih seperti biasa. Mereka berdua telah pun menyambut Aidilfitri bersama-sama. Apa yang mengkagumkan Abang Nara ialah teman lelaki baru Nabila Huda yang bertanggungjawab dalam menyatukan kembali hubungan si ayah dan si anak ini. Respek!!!
nabila
Walaupun identitinya masih tidak diketahui, jelas terserlah kematangan kekasih baru Nabila Huda ini. Walaupun sebelum ini Amy Search pernah memaki hamun dan tidak merestui hubungan anaknya dengan si kekasih baru ini, namun ia tidak menghalang lelaki ini untuk memulihkan hubungan Amy dan Nabila. Kata Amy Search menerusi Mstar Online:-

Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.

Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih. Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat

nabila huda

Lelaki seperti ini bukan mudah untuk dijumpai di zaman sekarang. Nasihat Abang Nara kepada Nabila Huda, cepat-cepatlah kahwin dengan kekasih anda. Jelas terserlah betapa dia adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mementingkan keluarga. Insya Allah kebahagiaan pasti menjadi milik anda sekiranya berkahwin. Sila cepat takut ramai yang nak rembat nanti. Hehehe.

Baca Yang Ini Pulak:-

Dazrin Kamaruddin & Amyra Rosli Tak Jadi Kahwin Jumaat Ini

Posted: 04 Aug 2014 07:01 PM PDT

Apa yang ditakuti oleh pasangan bercinta/bertunang akhirnya terjadi jua kepada Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli. Sepatutnya bergelar suami isteri pada hari Jumaat ini bersamaan 8 Ogos 2014, majlis pernikahan mereka telah pun dibatalkan. Punca pernikahan dibatalkan terpaksa dirahsiakan. Kemungkinan untuk mereka memilih tarikh baru untuk bernikah itu ada, namun ia bergantung kepada jodoh mereka berdua. dazrin kamaruddin dan amyra rosli tak jadi kahwin Sebelum ini pertunangan Dazrin dan Amyra telah menjadi sedikit kecoh apabila pelakon lelaki tersebut dilihat bergambar mesra dengan Ramona Zamzam. Namun Ramona sendiri telah tampil dan membuat penafian yang dirinya menjadi orang ketiga dalam hubungan Dazrin dan Amyra. Terang ibu Amyra mengenai pembatalan majlis ini:-

Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami. Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini.

dazrin amyra Semoga pembatalan ini hanya berbentuk sementara dan mereka akan mengikat tali perkahwinan jua suatu hari nanti. Takziah kepada Dazrin dan Amyra atas berita sedih ini. Semoga anda berdua tabah. Info asal Berita Harian. P.S: Tesla model S

Yang Ini Pun Best Jugak:-

    Pulau Pinang nafi luluskan sukan bogel!

    Baru-baru ini media sosial dikejutkan dengan rakaman sebuah video 'Malaysia  Nude Sports Games 2104' yang dikatakan dianjur dua bulan lepas di Teluk Bahang.


    Rakaman video berdurasi 5 minit 22 saat tersebut menunjukkan aksi bogel 18 orang di sebuah pulau di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

    Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah membenarkan mana-mana aktiviti sukan bogel diadakan di negeri itu. Menurut kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dipetik Malay Mail berkata, kerajaan negeri tidak meluluskan apa juga acara bogel.

    Ramona Zamzam Harap Perkahwinan Dazrin & Amyra Dapat Diteruskan

    Ramona Zamzam Harap Perkahwinan Dazrin & Amyra Dapat Diteruskan


    Ramona Zamzam Harap Perkahwinan Dazrin & Amyra Dapat Diteruskan

    Posted: 05 Aug 2014 01:47 AM PDT

    Rentetan isu pembatalan majlis pernikahan pasangan selebriti, Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini, nama pelakon Ramona Zamzam tidak semena-mena turut terpalit dalam kemelut yang berlaku.

    Mila Jirin Nafi Teman Lelaki Paksa Bertudung

    Posted: 05 Aug 2014 12:56 AM PDT

    Mila Jirin memberitahu dia sudah terbuka hati untuk bertudung sejak tahun lalu, namun niat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana terikat dengan komitmen kerja.

    Amyra Rosli Anggap Pembatalan Nikah Bukan Titik Noktah

    Posted: 04 Aug 2014 10:00 PM PDT

    Ditanya mengenai khabar angin kononnya punca pembatalan majlis pernikahan mereka disebabkan pelakon Ramona Zamzam, ini jawapan Amyra.

    Hanie Soraya Mahu Jadi The Singing Doctor

    Posted: 03 Aug 2014 09:00 AM PDT

    Seringkali mendengar lagu 'Hujung Dunia' diputarkan di corong-corong radio, masih ada pendengar di luar sana tidak mengenali siapakah gerangan gadis yang menyanyikan lagu tersebut.

    Suami Buat Lagu Untuk Elliza Razak

    Posted: 04 Aug 2014 09:00 AM PDT

    Selepas melahirkan anak sulungnya, Andhiqa Ellisya pada Mac lalu, pelakon dan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Elliza Razak bersedia untuk kembali memeriahkan industri seni.

    Forteen Teruskan Budaya Rumah Terbuka

    Posted: 04 Aug 2014 09:02 AM PDT

    Kumpulan Forteen yang dianggotai oleh Ariz, Izzue, One dan Ameerais tetap meneruskan tradisi mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Angah & Bob Labur RM1 Juta Untuk ROB

    Posted: 04 Aug 2014 09:00 AM PDT

    Selepas menempa nama dalam industri hiburan tempatan, pelakon serta pelawak, Angah Raja Lawak bersama pengarah filem, Ismail Bob Hashim kini melebarkan sayap dalam bidang fesyen pula apabila membina empayar jenama pakaian mereka sendiri, 'Republic of Big' (ROB).

    12 GUA : Farah Asyikin Tak Suka Dengan Orang Riak

    Posted: 04 Aug 2014 09:01 AM PDT

    Jika dibandingkan ketika pembabitan awalnya dalam industri muzik tempatan, penampilan penyanyi Farah Asyikin Zulkifli kini begitu berbeza sekali. Dia kini lebih bahagia dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.

    Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli

    Perkahwinan pasangan pelakon Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos ini tidak akan menjadi kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.
    Ibu kepada Amyra Rosli yang juga bertindak sebagai pengurus Norzaridah Ahmad, memaklumkan yang keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.
    "Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.
    “Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini,”, kata ibu Amyra.

    Dazrin dan Amyra berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu.

    BEZA AGAMA BUKAN PENGHALANG - JEJAKA SIKH PILIHAN EINA AZMAN


    "Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama," itulah luahan pelakon Eina Azman, 19, yang mendedahkan bakal berkahwin tidak lama lagi.

    Apa yang menarik, dia bakal bernikah dengan seorang jejaka berbangsa Sikh bernama Datuk Paduka Gurmet Singh, 35. Kata Eina, perbezaan agama dan jarak usia tidak menjadi penghalang cinta mereka.




    ISU FOTO MESRA DENGAN RAMONA ZAMZAM - AMYRA & DAZRIN BATAL NIKAH JUMAAT INI

    Awalnya disangka mahu mengedarkan kad perkahwinan, tetapi rupanya membawa berita sedih iaitu majlis perkahwinannya dengan Dazrin Kamarudin terpaksa dibatalkan. Demikianlah berita yang disampaikan oleh Amyra Rosli, 23, pada media semalam mengenai perkembangan terkininya.

    "Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

    8 GAMBAR - NEDIM NAZRI & NORA DANISH BERAYA DI BALI?

    Gambar menarik Nora Danish dan Nedim Nazri yang baru-baru ini dikatakan telah pergi bercuti ke Bali bersama beberapa rakan. Malah percutian tersebut juga didakwa undangan yang diterima oleh mereka daripada rakan VVIP.

    "Breath taking view from Nagasutra, Australia is straight ahead, myself, TY & surento planning our escape.

    Klik gambar untuk size besar




    AZLEE SENARIO TERLANTAR DI HOSPITAL GARA-GARA 'BATU HEMPEDU'

    Salah seorang pelawak terkenal kumpulan Senario iaitu Azlee Jaafar dilaporkan terlantar di Hospital Damansara. Menurut sumber, Azlee diserang penyakit batu dalam hempedu yang membuatnya sakit di bahagian belakang.

    Untuk info, Azlee, 47, atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Bin Jaafar sebelum ini telah menjadi residen artis di TV3 sejak era 1990-an. Antara anggota Senario yang masih aktif bersamanya ialah Wahid dan Lan Pet Pet.

    TOLAK CERAI - SELAIN NUSYUZ, EZANY FAIL 2 TUNTUTAN TAMBAHAN

    Pelakon Ezany Nizariff, 41, memfailkan dua lagi tuntutan tambahan terhadap isterinya Lizda Nuryanti Abidin, 32, selepas sebelum ini dia memfailkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) pada 22 Julai lalu.

    Dua tuntutan tambahan tersebut adalah berhubung hak penjagaan dua anak mereka.
    Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor hari ini (Isnin) membenarkan permohonan Ezany untuk menolak permohonan cerai secara baik yang dibuat Lizda pada 17 Julai 2014.

    Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..

    Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..


    Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..

    Posted: 04 Aug 2014 05:36 PM PDT


    Addin

    Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..


    Dua bahagian  tempurung kelapa dipercayai digunakan untuk tujuan ilmu hitam  yang tertera  nama Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad ditemui di kawasan Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun berkenaan, semalam.

    Tempurung kelapa yang dibelah dua itu dipenuhi nama Iskandar yang ditulis oleh individu tertentu  menggunakan pen marker.

    Iskandar yang juga Adun Cempaka, Iskandar ketika dihubungi memaklumkan bahawa dua bahagian tempurung kelapa itu ditemui oleh ahli Pas dan juga petugas  pusat khidmat masyarakatnya pagi semalam.


    Menurutnya dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.

    "Saya  yakin ada orang cuba menakut-nakutkan dengan cara ini,"katanya.

    Menurutnya lagi, sepanjang kariernya menjadi ahli politik dan pemimpin masyarakat ini kali pertama dia menerima ugutan seperti itu.

    "Mungkin ada yang tidak berpuas hati dan mahu menguji saya dengan cara tidak elok seperti ini.

    "Setakat ini tiada apa-apa gangguan halus diterima oleh saya mahupun ahli keluarga yang lain, saya hanya berserah dan berlindung hanya  kepada ALLAH,"katanya.

    Menurutnya, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, Pas kawasan Pandan akan  mengadakan solat hajat pada malam Jumaat minggu ini.

    "Pegawai saya akan buat laporan polis tentang perkara ini untuk tujuan keselamatan kerana tindakan ini seperti cuba mengugut saya,"katanya.

    Katanya, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak terbabit dalam perkara berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan. 





    Iklan C (ii)





    4 Sebab Mengapa W/Azizah Tidak Layak DiPilih MB S'gor.

    Posted: 04 Aug 2014 04:59 PM PDT


    Ibnu Hasyim

    4 Sebab Mengapa W/Azizah Tidak Layak DiPilih MB S'gor.

    Mazli PASMEB

    Hanya wakil rakyat PAS layak diangkat MB Selangor

    PETALING JAYA: "Hanya wakil rakyat PAS layak diangkat sebagai Menteri Besar  bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tiada seorang pun ADUN PKR di Selangor  yang beragama Islam adalah anak jati negeri itu. Berbanding ADUN PAS, tiga daripada empat EXCO mewakili PAS adalah anak Selangor," jelas Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB).

    Penaja PASMEB, Mazli Saring, berkata jika PKR berhasrat untuk terus menamakan calon daripada parti berkenaan, sewajarnya hanya calon yang lahir di Selangor saja dibenarkan menduduki jawatan itu.

    Dakwanya, langkah meletakkan wakil PAS sebagai Menteri Besar baharu bukan satu isu besar jika Abdul Khalid terus didesak melepaskan jawatan asalkan individu itu adalah daripada kalangan yang amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

    "Malah titah Sultan Selangor ketika menegur Khalid Samad, mengaitkan latar belakang bukan anak jati Selangor tetapi diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, perlu dilihat sebagai satu isyarat bahawa baginda mahukan Menteri Besar daripada kalangan anak Selangor," katanya.

    Tiga EXCO PAS yang didakwa layak diberi jawatan Menteri Besar Selangor ialah
    ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor; Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan Sallehin Mukhyi (ADUN Sabak). Selain itu beliau turut menyarankan supaya PKR, PAS dan DAP di Selangor menonjolkan 70 peratus calon daripada anak tempatan pada PRU-14 bagi mengelak berulang krisis kepemimpinan. (FMT)

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengikut kenyataan  di atas, wakil rakyat PAS memng layak diangkat sebagai Menteri Besar  Selangor bagi menggantikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas sekurang-kurangnya 4 sebab ini..
    Kerana 3 Exco PAS anak jati Selangor beragama Islam, sedangkan PKR tiada. Dalam titah Sultan Selangor ketika menegur Khalid Samad, mengaitkan latar belakang bukan anak jati Selangor perlu dilihat sebagai satu isyarat bahawa baginda mahukan Menteri Besar daripada kalangan anak Selangor.Memandangkan ADUN PAS (15) melebihi ADUN PKR (14), walaupun ADUN DAP (15) sama dengan PAS.Kerana Selangor sering bermasalah mengenai hal-hal berkaitan agama, dan perlu penyelesaian menurut Islam, maka amat lebih layaklah MB Selangor terdiri dari kalangan parti Islam (PAS) yang ramai tokoh-tokoh Islam di dalamnya. Contohnya masalah isu Biblle, murtad, kilang arak dll.Dalam Islam melantik perempuan sebagai pemimpin termasuk perkara khilafiah [lihat.. Wan Azizah Jadi MB S'gor, Bagaimana Dalam Islam ... (Tazkirah 7)] maka mudahkanlah jangan persulitkan dengan melantik pemimpin lelaki sahaja.Sekian.
     

    Lihat sebelum ini.. 
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


    MB Cabar PKR Lapor Isu Integritinya Pada SPRM, Jika Tidak..

    Posted: 04 Aug 2014 03:42 PM PDT


    Ibnu Hasyim

    MB Cabar PKR Lapor Isu Integritinya Pada SPRM, Jika Tidak..

     
    Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan "keraguan integriti" terhadapnya itu benar.

    Dalam kenyataannya petang ini, Khalid menafikan tuduhan 'salah laku' yang dilemparkan terhadapnya sekaligus memandang serius dakwaan Saifuddin berhubung isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.

    "Sekiranya Datuk Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu," katanya.

    Khalid mengulas pendedahan Saifuddin antara lain mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Khalid. Selain itu Saifuddin turut mendakwa Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.

    Dalam kenyataan yang sama, Khalid turut menegaskan kegagalan kepimpinan PKR memberikan bukti menyokong dakwaan terhadapnya hanya mengundang spekulasi bahawa tuduhan itu "berniat jahat dan bermotifkan politik". Malah, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

    "Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.
    "Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat  terbaik kepada  rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik," katanya.(MK)


    Lihat sebelum ini.. 


    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


    3 Kampung Cina Desak Khalid berundur..

    Posted: 04 Aug 2014 02:51 PM PDT


    Ibnu Hasyim

    3 Kampung Cina Desak Khalid berundur..




    Pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa tidak membawa aspirasi Pakatan Rakyat yang mahu mendengar pandangan rakyat bawahan. Gambar fail The Malaysian Insider. Pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa tidak membawa aspirasi Pakatan Rakyat yang mahu mendengar pandangan rakyat bawahan. Gambar fail The Malaysian Insider.

    Desakan Khalid berundur berterusan, kini di peringkat ketua kampung

    Penduduk Kampung Baru Cina kecewa dengan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan masalah rakyat di Selangor dan meminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail segera diangkat sebagai menteri besar baru.

    Tiga ketua kampung dalam satu kenyataan hari ini berkata banyak rungutan rakyat tidak diendahkan Khalid sepanjang menjadi menteri besar.

    "Gaya kepimpinan Khalid tidak langsung mencerminkan semangat yang digambarkan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi utama dalam pengurusan dan pentadbiran negeri.
    "Khalid mempamerkan pimpinan solo yang memaksa rakyat mengikut keputusannya dan tidak mendengar pendapat rakyat bawahan," kata Ketua Kampung Baru Pasir Penambang, Tanjung Karang Lim Eng Wan, Ketua Kampung Baru Sasaran Sungai Buloh Lee Boon Huat dan Ketua Kampung Baru Bagan Sungai Yu, Kuala Selangor Sow Eng Wan.

    PKR hari ini menegaskan Khalid perlu ditukar dengan Dr Wan Azizah kerana Adun Pelabuhan Klang itu mempunyai masalah "keraguan integriti" dalam isu penyelesaian hutang dengan sebuah bank. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beberapa urusan perniagaan bernilai ratusan juta ringgit melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju berlaku selepas penyelesaian hutang itu dan penjelasan yang diberikan Khalid tidak memuaskan.

    Katanya, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama. Perkara itu antara penjelasan bertulis PKR yang akan diberikan kepada pemimpin tertinggi PR esok bagi menguatkan cadangan pengunduran Khalid sebagai menteri besar.

    Ketua kampung berkenaan berkata, antara isu yang masih belum dapat diselesaikan Khalid sejak 2008 adalah isu pemilikan tanah melibatkan 220 keluarga. Mereka berkata, usaha mengadakan pertemuan bersama Khalid sering menemui kegagalan dan tidak mendapat layanan sempurna ketika ditemui di majlis luar.

    "Penduduk menuntut janji Khalid sejak Mac 2008 yang menjanjikan hak milik persendirian bagi mereka yang menduduki tanah lebih 15 tahun.
    "Hampir keseluruhan 220 keluarga yang tinggal di Kampung Baru menduduki tanah lebih 50 tahun," katanya.

    Tiga ketua kampung itu juga menyelar Khalid kerana menaikkan caj perniagaan sehingga 400% yang tidak mampu ditanggung komuniti peniaga di Selangor. Mereka juga melihat tiada apa yang dilakukan Khalid dalam membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar seperti petani, penternak, nelayan, peniaga serta penjaja kecil.

    "Kerajaan Selangor langsung tidak mendapatkan pandangan rakyat bila hendak menaikkan caj. Rakyat membuat bantahan keras terhadap kenaikan caj perniagaan namun sedikit pun tidak diendahkan Khalid.
    "Khalid tiada kesungguhan langsung membantu golongan berpendapatan kecil dan rendah. Tiada program yang dirancang bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan golongan ini.
    "Ramai nelayan pesisir pantai pantai kecewa kerana kehidupan mereka tiada pembelaan sewajarnya," katanya.

    Mereka juga membangkitkan masalah jalan dan pengurusan sampah yang tidak memuaskan.

    "Terlalu banyak jalan yang sangat sukar dilalui kenderaan biasa, sana sini berlopak dan berlubang.
    "Parit dan longkang tidak diselenggara dengan baik hingga hampir semua longkang tidak mengalirkan air dengan sempurna, di sana sini tersumbat dan boleh menyumbang kepada wabak denggi.
    "Rungutan kami memang remeh bagi ketua kerajaan negeri seperti Khalid tetapi bagi kami penduduk luar bandar, cukup besar dan menekan kehidupan," kata mereka. – 4 Ogos, 2014. (TMI)

    Lihat sebelum ini.. 


    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


    Shahul Hamid Sedia Mohon Maaf, Pemuda MIC Sedia Terima Maaf ..

    Posted: 04 Aug 2014 02:02 PM PDT


    Ibnu Hasyim

    Shahul Hamid Sedia Mohon Maaf, Pemuda MIC Sedia Terima Maaf ..


     
    Pemuda MIC hari ini menyatakan kesediaan menerima permohonan maaf penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd berhubung kenyataan dalam ceramahnya yang menyinggung perasaan kaum India baru-baru ini.
      
    Ketuanya C Sivarraajh berkata bagaimanapun pihaknya tetap mahu proses undang-undang terhadap Shahul Hamid diteruskan mengikut budi bicara polis bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
      
    "Kami sedia bekerjasama dan berkongsi fikiran dengan polis dalam usaha menangani insiden seumpama itu daripada berulang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.
      
    Sivarraajh meminta masyarakat supaya tidak sesuka hati mengkritik berkenaan isu sensitif dan kepercayaan agama masyarakat berbilang kaum di negara ini. Shahul Hamid ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada 31 Julai lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis.
      
    Penceramah bebas itu kemudian memohon maaf secara terbuka kepada kaum India pada hari yang sama dan berharap semua laporan polis terhadapnya ditarik balik. -Bernama


    Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bermaaf-maafan, Al-hamdulillah!  


    Akhirnya.. Punca Sebenar Khalid Ibrahim Ditolak Semua Peringkat Tersebar?

    Posted: 04 Aug 2014 08:39 AM PDT


    Addin

    Akhirnya.. Punca Sebenar Khalid Ibrahim Ditolak Semua Peringkat Tersebar?


    Penduduk Kampung Baru Cina kecewa dengan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan masalah rakyat di Selangor dan meminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail segera diangkat sebagai menteri besar baru.

    Tiga ketua kampung dalam satu kenyataan hari ini berkata banyak rungutan rakyat tidak diendahkan Khalid sepanjang menjadi menteri besar."Gaya kepimpinan Khalid tidak langsung mencerminkan semangat yang digambarkan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi utama dalam pengurusan dan pentadbiran negeri.

    "Khalid mempamerkan pimpinan solo yang memaksa rakyat mengikut keputusannya dan tidak mendengar pendapat rakyat bawahan," kata Ketua Kampung Baru Pasir Penambang, Tanjung Karang Lim Eng Wan, Ketua Kampung Baru Sasaran Sungai Buloh Lee Boon Huat dan Ketua Kampung Baru Bagan Sungai Yu, Kuala Selangor Sow Eng Wan.

    PKR hari ini menegaskan Khalid perlu ditukar dengan Dr Wan Azizah kerana Adun Pelabuhan Klang itu mempunyai masalah "keraguan integriti" dalam isu penyelesaian hutang dengan sebuah bank.

    Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beberapa urusan perniagaan bernilai ratusan juta ringgit melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju berlaku selepas penyelesaian hutang itu dan penjelasan yang diberikan Khalid tidak memuaskan.

    Katanya, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.Perkara itu antara penjelasan bertulis PKR yang akan diberikan kepada pemimpin tertinggi PR esok bagi menguatkan cadangan pengunduran Khalid sebagai menteri besar.

    Ketua kampung berkenaan berkata, antara isu yang masih belum dapat diselesaikan Khalid sejak 2008 adalah isu pemilikan tanah melibatkan 220 keluarga.Mereka berkata, usaha mengadakan pertemuan bersama Khalid sering menemui kegagalan dan tidak mendapat layanan sempurna ketika ditemui di majlis luar.

    "Penduduk menuntut janji Khalid sejak Mac 2008 yang menjanjikan hak milik persendirian bagi mereka yang menduduki tanah lebih 15 tahun."Hampir keseluruhan 220 keluarga yang tinggal di Kampung Baru menduduki tanah lebih 50 tahun," katanya.

    Tiga ketua kampung itu juga menyelar Khalid kerana menaikkan caj perniagaan sehingga 400% yang tidak mampu ditanggung komuniti peniaga di Selangor.Mereka juga melihat tiada apa yang dilakukan Khalid dalam membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar seperti petani, penternak, nelayan, peniaga serta penjaja kecil.

    "Kerajaan Selangor langsung tidak mendapatkan pandangan rakyat bila hendak menaikkan caj. Rakyat membuat bantahan keras terhadap kenaikan caj perniagaan namun sedikit pun tidak diendahkan Khalid.

    "Khalid tiada kesungguhan langsung membantu golongan berpendapatan kecil dan rendah. Tiada program yang dirancang bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan golongan ini.

    "Ramai nelayan pesisir pantai pantai kecewa kerana kehidupan mereka tiada pembelaan sewajarnya," katanya.Mereka juga membangkitkan masalah jalan dan pengurusan sampah yang tidak memuaskan."Terlalu banyak jalan yang sangat sukar dilalui kenderaan biasa, sana sini berlopak dan berlubang.

    "Parit dan longkang tidak diselenggara dengan baik hingga hampir semua longkang tidak mengalirkan air dengan sempurna, di sana sini tersumbat dan boleh menyumbang kepada wabak denggi.

    "Rungutan kami memang remeh bagi ketua kerajaan negeri seperti Khalid tetapi bagi kami penduduk luar bandar, cukup besar dan menekan kehidupan," kata mereka. ~tmi





    Iklan C (ii)





    Waka Flocka Flame, Penyanyi Rap Hairan AS Sokong Israel..

    Posted: 04 Aug 2014 08:01 AM PDT


    Ibnu Hasyim

    Waka Flocka Flame, Penyanyi Rap Hairan AS Sokong Israel..

    Status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.
      Status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.
    HALAMAN HIBURAN

    SELEBRITI rap Hollywood, Waka Flocka Flame menyuarakan kehairanan ke atas kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang membiarkan Israel membedil Palestin. Kutukan ke atas kerajaannya sendiri itu disuarakan melalui akaun Twitternya yang mempunyai hampir 49 ribu pengikut.
    "#FreePalestine.

    "Bagaimana negara ini (AS) boleh membiarkan #Palestin menderita? Semoga Tuhan memberikan kekuatan ke atas negara tersebut," katanya menerusi status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.

    Dia kemudiannya terpaksa berhadapan dengan kritikan dari sesetengah peminatnya yang menentang sokongan terhadap negara Palestin.

    "Saya mendapat mesej dari sesetengah pihak yang mengatakan saya memilih dan menyokong Palestin. Mesj tersebut juga melarang saya daripada berbuat demikian," katanya lagi menerusi paparan status melalui akaun Twitternya pada 14 Julai lepas.

    Pun begitu, Flame tidak menarik balik kenyataannya malah dia turut memaparkan status terbaru pada hari yang sama dengan mengatakan bahawa dia tidak memilih mana-mana pihak dan hanya mahukan keamanan.

    "#Wrongside..#Rightside...tolong hentikan dan jangan biarkan kanak-kanak ini menderita.
    "#IchosePeace #HELPTHEHELPLESS," katanya lagi. (SH)


    Pakatan Rakyat Johor Bantah Kenaikan Tol Di KIK

    Posted: 04 Aug 2014 06:50 AM PDT


    Ibnu Hasyim

    Pakatan Rakyat Johor Bantah Kenaikan Tol Di KIK


    Pakatan Rakyat (PR) Johor membantah kenaikan bayaran tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK)  bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru walaupun kenaikannya telah berkuatkuasa bermula dari 1 Ogos, 2014. Bantahan ini adalah berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

    1) Pertindihan Antara Konsesi Malaysian Resources Corporation (MRCB) Dalam Pembinaan Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) Dan Konsesi Plus Malaysia Berhad (Plus) Yang Mengutip Tol Di Kik Sultan Iskandar

    PR Johor mendesak supaya kerajaan Persekutuan mendedahkan kepada rakyat kedua-dua perjanjian konsesi ini kerana PLUS telah mengutip tol di KIK Bangunan Sultan Iskandar sejak lebih 20 tahun lalu tanpa membina sebarang lebuh raya di antara  KIK Bangunan Sultan Iskandar dengan Lebuh Raya Utara Selatan. PLUS dianggarkan telah mengutip antara RM867 juta hingga RM1.5 bilion dalam tempoh tersebut. Jumlah ini adalah melebihi daripada kos pembinaan EDL oleh MRCB iaitu RM 977 juta termasuk pengambilan tanah kira-kira RM250 juta.

    Sepatutnya pembinaan dan penyenggaraan EDL dilaksanakan oleh PLUS dengan menggunakan kutipan Tol daripada pengguna selama ini tetapi sebaliknya pembinaan EDL di laksanakan melalui konsesi penswastaan selama 34 tahun kepada MRCB Southern Link Bhd iaitu anak syarikat MRCB. Kerajaan Persekutuan kemudiannya pada tahun 2012 telah mengambilalih EDL dengan bayaran pampasan kepada MRCB sebanyak RM68 juta bagi tempoh April- Disember 2012 dan bayaran RM11 juta sebulan selama tempoh perjanjian konsesi penswastaan.
    Apa yang berlaku menunjukkan bahawa rakyat telah membuat 2 kali bayaran bagi projek yang sama iaitu melalui:

    a) Bayaran tol kepada PLUS selama lebih 20 tahun tanpa dibekalkan dengan lebuhraya yang menghubungkan lebuhraya Utara Selatan dengan KIK Bangunan Sultan Iskandar.

    b) Bayaran pampasan RM68 juta dan RM11 sebulan sepanjang tempoh konsesi penswastaan selama 34 tahun kepada MRCB bagi kerajaan mengambilalih EDL. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memegang 40% saham dalam MRCB manakan Lembaga Tabung Haji (LTH) memegang 20% saham dalam MRCB.

    Kerajaan juga hendaklah mendedahkan kepada umum bagaimanakah jumlah pampasan pengambilalihan EDL iaitu RM68 juta dan RM11 juta sebulan selama tempoh konsesi penswastaan ditentukan kerana ianya melibatkan wang rakyat melalui KWSP dan LTH.

     2) Kenaikan Tol Adalah Untuk Membiayai Bayaran Pampasan Pengambilalihan EDL?

    Bayaran Tol yang dikenakan kepada kenderaan Kelas 1 dari Malaysia ke Singapura adalah RM6.80 dibayar kepada MRCB manakala bayaran Tol bagi kenderaan dari Singapura ke Malaysia adalah RM6.80 + RM2.90 = RM 9.70 dimana RM6.80 dibayar kepada MRCB dan RM2.90 dibayar kepada PLUS. Ini menunjukkan bagi perjalanan dua hala ke Singapura pengguna terpaksa membayar tol sebanyak RM16.50 berbanding sebelum ini hanyalah RM2.90. Ini merupakan kenaikan hampir 470%. Daripada bayaran tol RM16.50, RM13.60 @ 82.42% dibayar kepada MRCB mana RM2.90 dibayar kepada PLUS.

    3) Perbezaan Antara Tol Dan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP)

    Terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengalihkan isu pokok kenaikan tol di KIK Bangunan Sultan Iskandar dengan kenaikan bayaran VEP yang dikenakan oleh Singapura kepada kenderaan dari Malaysia yang memasuki Singapura baru-baru ini dari SGD20 kepada SGD35.
    Tol adalah bayaran yang dikenakan kepada semua kenderaan samada kenderaan Malaysia dan juga kenderaan negara asing manakala VEP adalah bayaran dikenakan kepada kenderaan asing yang masuk ke Singapura bagi tujuan mengurangkan jumlah kenderaan yang memasuki Singapura.

    Dengan kata lain kenaikan tol akan membebankan terutamanya rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kerana hampir 70,000 kenderaan daripada Malaysia memasuki Singapura setiap hari.

    Setakat ini Singapura masih mengenakan bayaran tol sebanyak SGD1.20 (RM2.90) dan Malaysia dan Singapura mempunyai perjanjian pakej tol dimana bayaran tol di Singapura adalah sama dengan bayaran tol yang dikenakan oleh Malaysia. Ini bermakna tol yang dikenakan oleh Singapura juga akan dinaikan dalam masa terdekat bersesuaian dengan kenaikan tol yang dikenakan oleh Malaysia. Ini bermakna akhirnya pemandu kereta akan menanggung tol sebanyak RM33 bagi perjalanan dua hala di KIK Bangunan Sultan Iskandar dan Woodlands CIQ.

    4) Perundingan Dua Hala Dengan Singapura Berkaitan Isu-Isu Kepentingan Bersama

    PR Johor mencadangkan supaya satu delegasi yang diketuai oleh Menteri Luar Negeri berunding dengan Singapura bagi mengadakan perundingan isu-isu berkepentingan bersama seperti isu kenaikan tol, isu kenaikan VEP, isu penambakan laut berhampiran sempadan Malaysia-Singapura. Kerajaan hendaklah memberikan justifikasi kepada kenaikan tol dan dalam masa yang sama kerajaan Singapura hendaklah memberikan justifikasi kenaikan VEP yang dikenakan baru-baru ini. Dengan adanya perundingan dua hala yang berkala ini akan dapat menyelesaikan banyak isu-isu berkepentingan bersama untuk kebaikan kepada kerajaan dan rakyat dikedua-dua negara.

    PR Johor berharap dengan adanya perundingan dua hala ini isu kenaikan tol termasuk isu kenaikan VEP akan dapat diselesaikan dengan cara yang lebih munasabah dalam semangat kejiranan yang tinggi.

    5) Implikasi Kenaikan Tol Dan Ekonomi Johor

    PR Johor melahirkan kebimbangan kesan terhadap ekonomi Johor kesan daripada kenaikan tol di KIK bangunan Sultan Iskandar. Selama ini terutama apabila Dollar Singapura semakin mengukuh berbanding Ringgit Malaysia ramai rakyat Singapura datang ke Johor Bahru bagi mendapatkan barangan keperluan harian. Secara tidak langsung peniaga dan penjaja dipasar awam seperti Pasar awam Larkin dan Pasaraya termasuk kedai runcit akan mendapat keuntungan daripada kehadiran rakyat Singapura ini. Dengan kenaikan bayaran Tol bagi dua hala perjalanan RM33 maka PR Johor bimbang jumlah rakyat Singapura yang akan berbelanja di Johor Bahru akan berkurangan dan sudah tentu ianya akan menjejaskan pendapatan peniaga-peniga di Johor Bahru.

    Kesimpulan

    PR Johor mendesak supaya kerajaan menangguhkan segera perlaksanaan kadar tol yang baru sehingga perkara (1) dan (2) yang dibangkitkan diatas dijawab dan diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan terlebih dahulu. PR Johor juga mendesak supaya kerajaan hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan orang ramai serta mengadakan sessi penerangan sebelum melaksanakan sebarang polisi yang melibatkan kepentingan orang ramai.

    YB Aminolhuda Hassan (PAS)     
    YB Liew Chin Tong (DAP)
    YB Jimmy Puah (PKR)


    Gambar Kekreatifan Penduduk Palestin Mengesas Telefon Bimbit

    Posted: 04 Aug 2014 06:48 AM PDT


    Tengok TV Online

    Gambar Kekreatifan Penduduk Palestin Mengesas Telefon Bimbit

    Sememangnya berada dalam keadaan serba kekurangan amat menguji kehidupan penduduk Palestin di Gaza. Air dan Elektrik yang merupakan keperluan asas sudah lama terputus akibat serangan tidak berperikemanusian Rejim Zionis.

    Namun, semua itu tidak membatasi kekreatifan penduduk Palestin. Gambar dibawah adalah satu contoh dimana hanya berbekalkan bateri kereta, mereka mengecas telefon bimbit untuk mendapatkan dan menyalurkan berita-berita terkini keganasan rejim Zionis kepada dunia.

    Sumber: FB Occupied Palestine (IH)


    Kongres PKR ke-10, 22 Ogos ini -S/U PKR

    Posted: 04 Aug 2014 05:58 AM PDT


    Ibnu Hasyim

    Kongres PKR ke-10, 22 Ogos ini -S/U PKR



    PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menganjurkan Kongres tahunan mereka pada 22 hingga 24 Ogos ini bertempat di di Stadium Malawati Shah Alam.

    Kongres PKR kali ke-10 ini, akan melibatkan seramai 3,740 perwakilan daripada 220 cabang PKR di seluruh negara.

    Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution, kongres ini juga akan melibatkan mesyuarat tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita (PKR).

    Tambahnya, sehingga kini ibu pejabat PKR telah menerima 1,100 permohonan untuk menjadi pemerhati daripada beberapa cabang.

    "220 cabang pun sudah selesai menjalankan mesyuarat tahunan masing-masing dan mereka layak menghantar perwakilan mereka pada kongres kali ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

    Selain itu, PKR juga akan membuat jemputan khas kepada kira-kira 200 perwakilan dan pemerhati khas pada kongres itu.

    "Jemputan khas itu melibatkan wakil daripada kedutaan asing di Malaysia, NGO, Ahli Parlimen dan Adun," katanya.

    Dalam pada itu, pada hari terakhir kongres itu juga, katanya PKR akan menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana. HARAKAHDAILY 4/8/2014

    Lihat sebelum ini.. 
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


    Hentikan Urusan Dagangan Dengan Israel -Dr Syed Azman

    Posted: 04 Aug 2014 04:00 AM PDT


    Ibnu Hasyim

    Hentikan Urusan Dagangan Dengan Israel -Dr Syed Azman

     

    KUALA LUMPUR: PAS akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza yang menderita akibat kekejaman rejim zionis Israel.

    Lajnah Hubungan Antarabangsa Pengerusi PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi memberitahu, selain bantuan kewangan, PAS akan terus membantu dalam apa jua bentuk bantuan bagi memastikan penduduk Gaza mendapat keadilan sewajarnya.

    Beliau yang ketika ditemui Harakahdaily turut meminta agar Kerajaan Malaysia dan antarabangsa menghentikan urusan dagangan dengan Israel sebagai tanda kecaman atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

    "Setakat ini hampir dua ribu telah terkorban dan beratus-ratus mengalami kecedaraan akibat kezaliman yang dilakukan Israel secara berterusan.
    "PAS hari ini menggesa semua pihak sama ada di negara ini ataupun peringkat antarabangsa menghentikan segera hubungan dagang dan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menghukum negara itu," katanya.

    Beliau yang turut kesal, walaupun Israel telah membedil dan menghancurkan tempat perlindungan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun badan dunia itu gagal memberikan apa-apa tekanan dan bertindak.

    "PBB sepatutnya menggunakan peranan mereka terhadap apa yang berlaku, badan dunia itu tidak sepatutnya berdiam diri dan tindakan tegas perlu diambil segera.
    "Dalam pada itu PAS turut kesal dengan negera-negara Islam yang lain terutamanya yang berada di Tanah Arab yang berdiam diri tanpa memberikan sebarang bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza.
    "Saya turut menggesa agar Mesir membuka pintu sempadan Rafah bagi memberi kemudahan kepada penduduk Gaza mendapat bantuan perubatan serta menyelamatkan diri, tindakan Mesir yang menutup pintu sempadan itu menyebabkan bantuan kemanusian gagal diberikan," sambung beliau lagi.

    Beliau yang turut menekankan PAS di bawah kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang akan terus berusaha bagi memastikan Palestin khususnya penduduk Gaza akan bebas daripada cengkaman zalim zionis Israel. – HARAKAHDAILY 4/8/2014


    Batal konsert Mariah Carey, hormati MH17 -GAMIS

    Posted: 04 Aug 2014 02:47 AM PDT


    Ibnu Hasyim

    Batal konsert Mariah Carey, hormati MH17 -GAMIS

     
    HALAMAN HIBURAN

    KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan dan mendesak konsert itu dibatalkan di saat negara sedang bersedih di atas tragedi MH17.

    Presidennya, Abdul Malik Ab Razak (gambar) berkata, kedatangan penyanyi asal Amerika Syarikat itu ke negara ini bagi meneruskan siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.

    "GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert liar yang saban tahun diadakan.

    "Di saat rakyat dalam kesedihan berikutan kes pesawat MH17 ditembak jatuh dan serangan Israel ke atas Gaza masih belum tamat, GAMIS sangat kesal dengan pihak penganjur yang tidak menghormati keadaan masyarakat dengan beraninya membawa masuk artis seksi itu ke negara ini," ujar Abdul Malik.

    Tambah beliau, ketika umat Islam di Gaza dibunuh oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat adalah sesuatu yang memalukan bagi negara membenarkan konsert liar seorang artis asal Amerika Syarikat.

    "Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri yang mengumumkan hari berkabung untuk MH17 agar membatalkan segala program hiburan liar dari diteruskan.

    "Kerajaan boleh mengambil langkah alternatif dengan mendidik rakyat melalui elemen pembangunan modal insan yang positif. Program-program kerohanian dan pembangunan minda dirancakkan sebagai tanda keinsafan atas musibah yang melanda negara," tegas beliau.

    Menurut Abdul Malik, selain faktor teknikal kerajaan harus sedar bahawa musibah yang menimpa adalah ujian Allah supaya kerajaan dan rakyat kembali menghidupkan nilai-nilai Islam dan membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

    "Kami turut berpendirian bahawa konsert yang menelan kos sebanyak USD1 juta (RM3.2 juta) adalah satu pembaziran yang tiada nilai pelaburan untuk pembangunan sebuah tamadun.

    "Justeru itu, GAMIS dengan penuh harapan memohon semua pihak dari kerajaan, parti politik, NGO-NGO dan mahasiswa untuk menginsafi musibah yang melanda dengan bekerjasama membanteras program-program hiburan liar," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 4/8/2014
    Lihat..
    Konsert Penyanyi Bogel Sini..Negara Islam M'sia (?...


    Kontroversi: Masa Depan Pakatan Rakyat. -Dr Mujahid

    Posted: 04 Aug 2014 02:15 AM PDT


    Ibnu Hasyim

    Kontroversi: Masa Depan Pakatan Rakyat. -Dr Mujahid

    Ramai yang berbincang tentang masa depan Pakatan Rakyat dan pelbagai kontroversi yang menyelubungi keberlangsungan PR.

    Sebagai orang kuat mempertahankan perlunya Pakatan Rakyat terus kukuh, saya ingin menegaskan beberapa perkara:

    Politik Malaysia tidak pernah menyaksikan satu peralihan paradigma politik yang besar berlaku melainkan dengan Pakatan Rakyat apabila politik merentasi kaum benar-benar diterjemahkan dalam peti-peti undi. Pengundi tidak lagi mengecam calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara.Pakatan Rakyat telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.Pakatan Rakyat telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihan raya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo.Pakatan Rakyat adalah penyaring kepada ahli politik yang jatidirinya teruji kerana terpaksa menongkah arus demi perubahan. Ada yang gugur dan ada yang tetap konsisten.Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.

    Saya mengakui Pakatan Rakyat mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar ini yang kadangkala ia tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri.

    Tetapi saya tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika Pakatan Rakyat berpecah dan terus tiada di persada politik tanah air.

    Saya juga ingin menyeru agar seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat agar menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain.

    Firman Allah:

    "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya." (Ar-Ra'ad: 11)

    Pakatan Rakyat Harapan Rakyat. Sekian. (MK)

    DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ahli parlimen Parit Buntar dan anggota jawatankuasa PAS Pusat.  

    Lihat sebelum ini.. 
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


    (2 Gambar) Azlee Senario kini terlantar di Hospital kerana masalah hempedu

    Posted: 04 Aug 2014 01:33 AM PDT


    Tengok TV Online

    (2 Gambar) Azlee Senario kini terlantar di Hospital kerana masalah hempedu


    Siapa yang tidak kenal dengan ahli-ahli kumpulan lawak Senario yang boleh dianggap otai satu masa dahulu.

    Namun kini seorang anggota kumpulan tersebut, Azlee Jaafar kini dilaporkan terlantar di sebuah Hospital di Damansara kerana masalah hempedu.

    Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau agar segera sembuh dari penyakit yang dialami. Aminnn.




    Khalid Ibrahim Menurut ZAM

    Posted: 04 Aug 2014 12:39 AM PDT


    Ibnu Hasyim

    Khalid Ibrahim Menurut ZAM

     
    DAP menyokong pertukaran menteri besar Selangor kerana tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu melibatkan hal ehwal Islam menyerlahkan jiwanya sebagai "nasionalisme Umno", kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

    Zainuddin berkata, Khalid berhati-hati dalam perkara menyentuh kesucian dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, sultan sebagai ketua agama dan kuasa majlis dan institusi agama negeri.

    "Hal ini terserlah dalam masalah bible, hudud dan lain-lain. Jiwa Khalid masih nasionalisme  Umno," kata bekas menteri penerangan itu yang lebih dikenali sebagai Zam.

    Menulis dalam blognya, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu juga mengaitkan kemarahan DAP terhadap Khalid dengan dakwaan budaya rasuah masyarakat Cina.

    "Jawapannya mudah sahaja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina.
    "Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP dan pada umumnya sama sahaja. Orang Melayu tidak banyak wang untuk merasuah dan malu untuk melakukan sesama sebangsa," katanya.

    Menurut Zainuddin lagi, terdapat pihak yang mengharapkan "kemudahan" yang dinikmati selama ini oleh kroni Umno, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan juga dirasakan mereka.

    Bagaimanapun, tambahnya, Khalid ternyata seorang profesional yang sukar dirasuah dan dipergunakan dan ia amat mengecewakan mereka. (MK)








    Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


    Naomi Wolf, Diberi Amaran Oleh Facebook Kerana Menentang Israel.

    Posted: 03 Aug 2014 11:51 PM PDT


    Ibnu Hasyim

    Naomi Wolf, Diberi Amaran Oleh Facebook Kerana Menentang Israel.


    Naomi Wolf
    NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf (gambar), mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.

    Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

    "Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com kelmarin.

    Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.

    Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu 'The Beauty Myth'.

    Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi. (IH)


    7 Gambar Gadis sanggup gadai nyawa dapatkan gambar terbaik #SupportGaza & #MH17

    Posted: 03 Aug 2014 11:46 PM PDT


    Tengok TV Online

    7 Gambar Gadis sanggup gadai nyawa dapatkan gambar terbaik #SupportGaza & #MH17

    Tanpa sebarang perasaan takut, seorang gadis melayu sanggup membahayakan nyawa sendiri semata-mata hendak menyampaikan mesej sokongan terhadap Gaza, Palestin & keadilan untuk MH17.

    Berada di satu bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur, gadis ini sanggup mengadai nyawanya semata-mata untuk mendapatkan photoshoot yang superb menarik dan ditambah 'enak' dengan mesej sokongan padu terhadap umat Islam di Gaza dan MH17 yang ditembak jatuh bulan lepas.

    Entah bagaimana mereka mendapat keizinan untuk berada di tempat bahaya itu. Sudahlah tidak dilengkapi dengan alat keselamatan, jika tersilap langkah, pasti maut yang menanti di bawah.















    Bukan begini caranya nak menyatakan sokongan terhadap Gaza mahupun menuntut keadilan untuk MH17. Perbuatan sebegini sebenarnya nampak terdesak mahukan perhatian orang ramai yang akhirnya dilabelkan sebagai satu tindakan yang tidak cerdik.

    Remaja sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru untuk mendapat perhatian dan pujian orang ramai.

    Orang ramai dinasihatkan, jangan perjudikan nyawa semata-mata untuk mendapatkan gambar sudut yang terbaik seperti yang dilakukan oleh gadis dalam gambar ini. Mohon pihak berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.



    Khalid Terlibat Aktiviti Urus Niaga Jualan Tanah? -S/U PKR

    Posted: 03 Aug 2014 10:49 PM PDT


    Ibnu Hasyim

    Khalid Terlibat Aktiviti Urus Niaga Jualan Tanah? -S/U PKR


    Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa terbabit aktiviti meragukan membabitkan urusniaga tanah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa terbabit aktiviti meragukan membabitkan urusniaga tanah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.

    PKR hari ini mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.

    Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.

    "Dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian itu, kita dapati terdapat beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta yang beri keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama," kata Saifuddin di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. – 4 Ogos, 2014. (TMI)



    Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?


    Pemimpin Umno Menggelupur Bila Baca Artikel Ini?

    Posted: 03 Aug 2014 08:36 PM PDT


    Addin

    Pemimpin Umno Menggelupur Bila Baca Artikel Ini?


    Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak menjadi masalah untuk melantik wanita sebagai menteri besar di sesebuah negeri, bagaimanapun kredibiliti dan kebolehan individu tersebut menggalas tugas perlu dipertimbangkan.

    Bekas mufti Perlis itu berkata, dalam konteks Islam bidang kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah terdahulu yang menguruskan secara langsung ketenteraan, peperangan dan sebagainya.

    "Pandangan ini tidak bererti saya bersetuju jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor, tetapi apabila kita katakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar, kita kena beri alasan kenapa agama tidak membenarkan," katanya kepada Sinar Harian Online.

    "Secara umumnya ada perbahasan serius di dalam kitab fiqah berhubung perkara ini dan majoriti para sarjana Islam tidak bersetuju wanita jadi khalifah dan mereka syaratkan lelaki. Tetapi kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah," katanya.
    Beliau berkata, wanita dilantik sebagai pemimpin kini sudah menjadi perkara biasa asalkan mempunyai keupayaan mentadbir kumpulan, organisasi mahupun negeri.

    Asri berkata, kebiasaan lelaki sebagai ketua atau pemimpin adalah tabiat manusia yang mahukan ia berlaku.

    "Seperti contoh, calon presiden Amerika Syarikat melantik lelaki walaupun mereka membincangkan hak wanita tetapi mereka tidak pernah melantik wanita pun jadi presiden, menunjukkan memang untuk jadi pemimpin mesti lelaki.

    "Tabiat wanita sendiri pun meletakkan lelaki sebagai pemimpin mereka dalam rumah tangga dan sebagainya.

    "Tetapi apabila bercakap mengenai pengurusan, wanita juga mampu urus banyak perkara dan terbukti ada wanita yang menjadi guru besar, ketua pejabat, menteri dan isu ini sepatutnya tidak timbul," katanya.

    Sementara itu, beliau turut menyentuh isu wanita tidak sesuai menjadi menteri besar di Selangor kerana tidak boleh mengiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menunaikan solat Jumaat adalah sesuatu yang  tidak wajar disensasikan.

    "Ikut Sultan solat Jumaat bukan tugas hakiki menteri besar. Yang menjadi persoalan adalah, adakah Wan Azizah layak? Ia tiada kaitan dengan gender tetapi kemampuan beliau menjaga negeri," katanya.

    PKR pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusatnya pada 22 Julai lalu mencapai keputusan untuk meletakkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi jawatan menteri besar Selangor.

    Anwar berkata, Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor selain bertujuan menyelesaikan isu di negeri itu yang semakin meruncing.

    Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongannya agar Khalid dikekalkan kerana menurutnya semua hujah dan pandangan majoriti akar umbi PAS sudah didengar dan kebanyakan bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya.

    Hadi disokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mempertahankan Khalid kerana tidak melihat ada kesalahan yang dilakukan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk digugurkan daripada kerusi menteri besar.

    Nik Aziz berkata, tidak ada sebab Khalid perlu digugurkan selepas sepenggal memimpin dengan cemerlang dan terus meningkat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. ~sinar



    Iklan C (ii)





    Terhangat

    UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani