Powered by Blogger.

Jom Tonton Perlawan Akhir Piala Dunia 2014 Bersama Diana Danielle & Elfira Loy

Jom Tonton Perlawan Akhir Piala Dunia 2014 Bersama Diana Danielle & Elfira Loy


Jom Tonton Perlawan Akhir Piala Dunia 2014 Bersama Diana Danielle & Elfira Loy

Posted: 09 Jul 2014 05:41 AM PDT

Baiklah. Di pagi hari yang panas ini, Abang Nara ingin mengajak anda bermain teka-teki untuk melupakan seketika kelaparan yang sedang melanda. Senang je teka-teki Abang Nara nie. Pejam mata pun boleh jawap kot. Teka-tekinya ialah, apakah persamaan dua selebriti di bawah ini?

cheer with kia

Ok? Tahu tak? Selain daripada pernah menjadi awek Abang Nara, apakah lagi persamaan Diana Danielle dan Elfira Loy? Dua-dua memang cun, comel tetapi salah seorang dah kahwin ada anak manakala sorang lagi masih single mingle. Jadi kat situ dah tak sama dah. Tak tahu? Meh Abang Nara bagi klu sedikit. Persamaan mereka berdua ada kaitan dengan Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung sekarang ini.

cheer with kia

Baiklah, meh sini Abang Nara bagitahu jawapannya. Diana Danielle dan Elfira Loy akan turun ke Rasta TTDI untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung pada 14 Julai ini pada pukul 3 pagi. Inilah peluang anda untuk menyaksikan perlawanan yang dinanti-nantikan sambil melihat Diana Danielle dan Elfira Loy melompat, menjerit dan membuat muka 'cute' menyokong pasukan pilihan mereka. Abang Nara pun akan datang jugak tapi kalau dah ada Diana Danielle ngan Elfira Loy, mesti korang buat tak tahu je dengan kehadiran Abang Nara. Tak apa Abang Nara faham. Awek kena diutamakan. Tak gitu? Jangan korang tak tengok bola sebab mata tak lepas tengok Diana Danielle ngan Elfira Loy sudah lah.

cheer with kia

'Viewing party' ini dianjurkan oleh KIA yang merupakan penaja utama Piala Dunia 2014 bersempena dengan kempen #cheerwithKIA. Selain daripada ditemani Diana Danielle dan Elfira Loy, 50 orang terawal yang hadir ke Rasta TTDI (game start 3 pagi so pepandai la korang datang cepat) akan dapat air percuma sepanjang perlawanan. Bolehlah minum teh tarik, milo panas, air suam dan sirap limau sebanyak mana yang korang nak. Dan untuk 50 orang terawal ini, kalau pasukan pilihan korang menang, makanan yang korang tengah makan tu pun akan dibelanja oleh KIA. Untunglah wei!!! Selain itu akan diadakan juga peraduan seperti teka keputusan, soal jawab dan lucky draw. Ada rezeki boleh menang hadiah-hadiah best.

cheer with kia'Viewing party' #cheerwithKIA ini telah bermula sejak perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 di mana ia telah dianjurkan di Perak dan Pulau Pinang. Ratusan orang Ipoh telah memenuhi Restoran Nasi Vanggey untuk menyokong pasukan kegemaran mereka baru-baru ini. Lepas tu di Seberang Jaya pula Restoran Kasim Mustafa menjadi tumpuan orang ramai untuk turun bersorak bersama-sama dalam #cheerwithKIA ini. Untuk perlawanan semi final pula, #cheerwithKIA baru-baru ini menggegar orang Melaka, ramai yang sedih kerana Brazil kalah kepada Germany pagi ni. Sementara ini, #cheerwithKia akan ke Negeri Sembilan pulak. Seterusnya untuk perlawanan akhir, semestinya 'viewing party' #cheerwithKIA akan diadakan di Rasta TTDI, Kuala Lumpur seperti yang telah Abang Nara ceritakan tadi. Untuk mengetahui tempat terperinci, kenalah sentiasa perhatikan pengumuman di Facebook Kia Malaysia.

cheer with kia

Kalau korang tak tahu, KIA merupakan penaja utama Piala Dunia 2014 dan sangat aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tujuan menghantar mereka yang bertuah ke Brazil. Salah satu aktiviti menarik ialah Fuleco Friend Search di mana ibu bapa harus berkorban untuk menghantar anak mereka ke Brazil. Mencabar juga cabaran yang harus dilakukan. Nanti bila anak Abang Nara dah besar, confirm Abang Nara pun akan join aktiviti nie. Demi anak yang tercinta!!! Yang paling best, anak kepada pemenang Fuleco Friend Search akan berjalan di atas padang pada perlawanan separuh akhir kedua. Bangga wei!!! Jadi orang di Melaka yang akan menonton perlawanan separuh akhir bersama #cheerwithKIA nanti, pastikan korang sorak kuat-kuat apabila nampak kanak-kanak dari Malaysia ini.

Dan satu lagi pertandingan yang telah dianjurkan oleh KIA ialah Champs to Rio. Pemenang Champs to Rio telah mewakili Malaysia dalam 'global futsal tournament' di Brazil. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kerana mereka berjaya bergelar naib juara dalam pertandingan tersebut . Mereka juga telah berpeluang merasai pengalaman sekali seumur hidup menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 secara 'live' di stadium. Rezeki sungguh. Tunggu 4 tahun Abang Nara nak join lah. Sekarang ini masa untuk berlatih dulu.

cheer with kiaTerima kasih kepada KIA kerana memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyaksikan Piala Dunia 2014 secara 'live' di Brazil. Apa pun kita yang di Malaysia ini masih berpeluang merasai kemeriahan dan kehangatan Piala Dunia 2014 dengan menghadiri 'viewing party' #cheerwithKIA. Jangan lupa tarikh 13 Julai. Jumpa anda di Rasta TTDI!!! Maklumat lanjut layari Facebook KIA Malaysia.

cheer with kia

Kita jumpa nanti ye Diana Dan Elfira. Wait for me!!!

Baca Yang Ini Pulak:-

Serius Romantik, Nora & Nedim Sedang Terima Perangai Buruk Masing-Masing

Posted: 09 Jul 2014 01:03 AM PDT

Bercinta sememangnya mengasyikkan. Teringat zaman Abang Nara bercinta dengan wife dulu. Bila terkentut masing-masing boleh bergelak ketawa dan buat-buat tak bau kebusukkan. Sekarang ini kalau terkentut memang direct je cakap ‘oi busuk‘. Hehehe. Lebih mesra dan lebih sempoi sejak dah berkahwin. Masa bercinta korek hidung pun nampak cute lagi. Agaknya itulah yang sedang dialami oleh Nora Danish dan Nedim Nazri.

nora danish dan nedim

Rasanya sudah agak lama juga Nora Danish dan Nedim Nazri bercinta. Kini mereka sudah tiba ke fasa saling menerima perangai buruk masing-masing. Tertanya-tanya juga apa perangai buruk Nora Danish. Kalau setakat korek hidung dan kesat di seluar jeans, Abang Nara masih redha menerima seadanya. Hehehe. Kata Nora Danish menerusi MalaysianDigest:-

Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.

Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami.

Tidak… tak ada buat apa-apa persiapan pun. Jangan percaya dengan tulisan di blog-blog berkenaan. Kalau sampai jodoh saya nanti, sebolehnya saya nak buat majlis yang ringkas.

Kami masing-masing dah pernah berkahwin, jadi rasanya tak perlu terlalu membuat persiapan yang beria-ria. Kalau ada pun persiapan, hanyalah setakat tempah baju. Tapi buat masa ini tak ada apa-apa tempahan.

Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga Nedim sangat sporting. Mereka pun tak ada desak-desak kami untuk cepat-cepat kahwin

nora danish dan nedim

Nora Danish dan keluarga mungkin boleh bersabar dan tak tergesa-gesa nak kahwin, tetapi kami si peminat ini tak sabar nak tengok Nora dan Nedim atas pelamin. Dah terbayang-bayang dah betapa comelnya Nora memakai baju pengantin. Lagipun dengar cerita Nora mahukan anak perempuan kalau berkahwin sekali lagi. Inilah masa yang paling sesuai. Tengah muda lagilah kena berusaha sebaik, sekerap dan sejujur mungkin. Sila kahwin cepat-cepat!!!

Baca Yang Ini Pulak:-

Siapa Penulis Blog Tue, Tulis Macam Tidur Sebantal Dengan Isteri Saya – Awie

Posted: 09 Jul 2014 12:48 AM PDT

Tahukah anda bahawa sekarang ini sedang tersebar satu tulisan mengenai tragedi yang sedang menimpa Awie dan isterinya, Rozana Misbun. Ditulis menggunakan nama pena Sangkalajari9, penceritaan si penulis memang agak terperinci dan seolah-olah kenal rapat dengan Rozana kerana jelas tulisannya membela isteri Awie .

awieAntara tulisan Sangkalajari9 yang menarik ialah penggunaan wang RM250,000 yang dikatakan menjadi punca Rozana Misbun dipukul oleh Awie. Sedikit petikan tulisan tersebut untuk anda:-

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Bercakap menerusi portal Murai, Awie mempersoalkan identiti Sangkalajari9 yang seolah-olah tidur sebantal dengan isterinya. Kata Awie:-

Berdiam diri lebih baik. Bercakap banyak ni perangai syaitan…Siapa penulis blog itu? Mengapa dia gunakan nama samaran jika dia berkata benar? Tunjukkanlah diri…

Lagipun siapa dia untuk menulis tentang rumah tangga orang lain? Cara dia menulis seolah-olah dia tidur sebantal dengan isteri saya.

Tetapi tidak mengapalah, teruskan bercakap kerana saya pula akan terus berdiam kerana ia kes mahkamah dan saya menghormatinya

awie

Hmmmm. Kita tunggu sahajalah perbicaraan kes ini di mahkamah kelak. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tulisan penuh Sangkalajari9.

Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar yang menimpa isteri artis terkenal yang baru baru ini gambar keadaan beliau dibelasah oleh suaminya tersebar luas di dalam facebook.

Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.

Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.

Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat dari berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha , 4 tahun, sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadhan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih

Surat nikah tidak berdaftar

Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.

Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.

Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah mahkamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.

Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.

Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.

Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat ‘character assassination’ atau ‘pembunuhan karakter’ dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliaunmembazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide(berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Jadi, atas kapasiti apa tuduhan ‘mencuri’ dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan?

Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.

Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:

1) Apakah wujud istilah ‘curi’ dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga… serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?

Baca Yang Ini Pulak:-

Ana Dahlia Juga Sudah Berhijab?

Posted: 08 Jul 2014 09:14 PM PDT

Ana Dahlia ini memang cantik orangnya di mata Abang Nara. Wajahnya redup, menenangkan dan memang sedap mata memandang. Agak sedih juga kerana perkahwinannya yang terdahulu tidak berkekalan. Walaupun menafikan sedang bercinta dengan Ubai Zulkiflee, wajah gembira Ana Dahlia setiap kali berada di sisi jejaka ini membayangkan betapa bahagianya diri Ana.

ana dahli abertudung

Kecantikan dan kemanisan Ana Dahlia semakin bertambah apabila sejak kebelakangan ini kesemua gambar yang dikongsi menerusi Instagramnya menunjukkan dirinya bertudung dan menutup aurat sepenuhnya. Nampak macam gadis form 5 pulak. Memang muka budak-budak sungguh. Beruntunglah mana-mana lelaki yang dapat memperisterikan Ana. Muka awet muda sampai bila-bila kot.

ana dahli abertudung

Walaupun kini tampil dengan imej bertudung, tidak dapat dipastikan pula sama ada Ana Dahlia sudah berhijab sepenuhnya atau sekadar menghormati bulan Ramadhan. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Ana sendiri. Lagi beberapa gambar Ana Dahlia bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: 5 penjaga gol terbaik Piala Dunia 2014


ana dahli abertudung
ana dahli abertudung
ana dahli abertudung

ana dahli abertudung

Baca Yang Ini Pulak:-

Kalau Jodoh Dah Tertulis Dengan Orang Kaya, Siapa Saya Untuk Pertikaikan? – Raisyyah Rania

Posted: 08 Jul 2014 08:41 PM PDT

Baru-baru ini telah tersebar gambar Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania dengan seorang lelaki. Khabar angin bertiup kencang bahawa si lelaki yang bernama Raja Zainal Badri ini adalah kekasih Raisyyah. Memang ramai jejaka yang kecewa apabila khabar ingin bertebaran. Tambah kecewa sebab boleh tahan kacak juga orangnya Raja Zainal ini. Sekali pandang, kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan kan?

raja zainal

Walaupun sudah menafikan bahawa Raja Zainal itu bukan kekasihnya, ramai yang membuat tanggapan bahawa Raisyyah Rania memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan orang kaya. Abang Nara tak tahulah sama ada Raja Zainal itu kaya atau pun tak. Namun menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Raisyyah Rania di Facebooknya, bekas model ini tidak menolak sekiranya sudah tertulis bahawa jodohnya adalah seorang lelaki kaya.

Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang ALLAH tentukan, ALLAH rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut. Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar Raisyyah terima jodoh.

Hmmmm. Abang Nara pelik juga kenapa nak kecoh kalau si Raisyyah Rania nie nak kahwin dengan lelaki kaya. Kalau Abang Nara jadi perempuan pun, mestilah nak cari suami yang berduit sedikit. Takkanlah nak cari suami miskin kot. Takderlah sampai tahap kaya macam Bill Gates tue, tapi kalau dapat suami yang boleh tanggung belanja makan minum dan shopping apa yang patut, itu pun dah cukup. Tapi tak adalah tengok kaya je terus nak kahwin. Ada la kriteria lain jugak. Tak gitu? Setakat kawan perempuan Abang Nara, tak ada la plak rasanya pernah diorang cakap nak suami miskin. Semuanya nak suami yang boleh beri mereka keselesaan hidup. Apa kata anda?

UPDATE: Bukanlah Abang Nara nak kata asal laki kaya je terus ok nak kahwin. Kalau laki tue kaya, beriman dan boleh bimbing kita, maka sesuailah dipilih untuk jadikan suami. Tapi kalau laki tue kaya pun tak kaya sangat, hidup suka berjoli, tak reti nak berjimat cermat, takkan dengan yang tue pun kita nak kawin kan?

P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!

Design terbaik dan professional , harga terendah di pasaran.

Baca Yang Ini Pulak:-

Raja Azmi Ingin Pergi Setenang Allahyarham Sharifah Aini

Posted: 08 Jul 2014 08:09 PM PDT

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Sharifah Aini memberi impak yang amat besar kepada dunia hiburan tanah air. Beliau telah pergi di bulan yang penuh mulia, meninggalkan seorang anak yang soleh dan amal jariah yang tidak terkira banyaknya yang dirahsiakan ketika Allahyarham masih hidup. Malah Allahyarham sempat meninggalkan beberapa pesanan buat anaknya yang sangat meruntun jiwa sesiapa yang membacanya.

sharifah ainiDaripada pembacaan Abang Nara, mereka yang menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham dikatakan dapat menghidu bau yang amat wangi. Semoga ia menjadi petanda bahawa Allahyarham tenang di alam yang satu lagi. Pemergian Allahyarham yang amat mudah telah pun menjadi inspirasi kepada Raja Azmi untuk membuang gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di Instagram. Kata Raja Azmi:-

Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untuk membuang gambar-gambar lama yang tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untuk dipertontonkan lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.

Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh.

Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya. Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik.

Ramadan kali ini saya banyak tolak undangan berbuka puasa sebab tidak mahu tertinggal solat terawih. Bulan ini juga saya mula mengaji semula dan banyak membuat ibadah bagi mendapatkan keberkatan.

raja azmi

Sesungguhnya walaupun telah pergi menemui Allah, Allahyarham Sharifah Aini masih mampu memberikan impak positif kepada orang lain. Terharu Abang Nara. Semoga Allahyarham mendapat pahala yang berterusan atas perubahan yang dilakukan oleh Raja Azmi ini. Kepada Raja Azmi, tahniah juga kerana berubah. Semoga kita semua dihadapkan kepadanya dalam ‘husnul khotimah’. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mstar Online.
simplegirlclosetP.S: Teringin nak bergaya dengan fesyen dari Korea? Dapatkan koleksi pakaian terkini Korea menarik daripada SimpleGirlCloset pada harga yang murah, Ada cardigan, dress, tops lengan panjang dan macam-macam lagi. Boleh rambang mata nak memilih. Layari www.simplegirlcloset.com untuk lihat sendiri koleksi mereka.

Baca Yang Ini Pulak:-

German Menang Besar Atas Brazil, Masakan ‘Samba’l Maya Karin Penuh Bermakna

Posted: 08 Jul 2014 07:44 PM PDT

Kemenangan 7-1 German ke atas Brazil sememangnya sangat mengejutkan. Abang Nara bangun sahur tengok-tengok Brazil dah kena titik 5-0. Ingatkan mimpi, rupanya realiti. Pasti kesemua peminat German bergembira dengan keputusan ini terutamanya Maya Karin yang di dalam badannya mengalir darah negara tersebut.

maya karin german

Apa yang lebih menarik ialah sebelum perlawanan Brazil menentang German bermula, Maya Karin telah berkongsi gambar dirinya memakai jersi German sambil memegang masakan ‘samba’l ketam. Pastinya keenakan lebih terasa ketika mengunyah ketam itu tatkala samba Brazil diayamkan oleh pasukan Germany. Hehehe.

maya karin german

Diharap pada perlawanan akhir nanti, Maya Karin akan berkongsi gambar masakan yang bersesuaian dengan pasukan yang bakal ditemui oleh German nanti. Buat penyokong Brazil, terimalah kekalahan ini seadanya. Boleh gunakan alasan ketiadaan Neymar dan Thiago Silva untuk menutup malu anda. Kepada penyokong German, selamat bergembira!!!

P.S: Kitab Yasin terselamat walaupun rumah hangus dijilat api

Baca Yang Ini Pulak:-

(TAHNIAH)Amar Asyraf Kini Seorang Bapa, Dikurniakan Anak Lelaki

Posted: 08 Jul 2014 07:24 PM PDT

Jutaan tahniah diucapkan buat pelakon Amar Asyraf yang popular menerusi drama Setia Ke Hujung Nyawa kerana telah pun bergelar seorang bapa dengan kelahiran seorang anak lelaki. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Amar sendiri menerusi akaun Instagramnya. Memang terserlah sifat kebapaan melihat gaya Amar mendukung anaknya.
amar asyraf Amar Asyraf telah pun mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh pada bulan Jun 2013. Semoga dengan kehadiran si comel ini akan melengkapkan lagi rumah tangga mereka. Tahniah diucapkan kepada Amar dan Arna. Selamat berjaga malam!!!

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani