Powered by Blogger.
Showing posts with label artis seksi. Show all posts
Showing posts with label artis seksi. Show all posts

Gambar Kekasih Sharnaaz Ahmad, Anis Al-Idrus (3 Gambar)

Gambar Kekasih Sharnaaz Ahmad, Anis Al-Idrus (3 Gambar)


Gambar Kekasih Sharnaaz Ahmad, Anis Al-Idrus (3 Gambar)

Posted: 21 Jul 2014 05:00 PM PDT

Baru-baru ini terdapat khabar angin bahawa pengusaha bisnes tudung nishbyanisalidrus yang popular di Instagram rapat dengan pelakon kontroversi tapi idaman ramai, Sharnaaz Ahmad.

Ketika bulan Ramadan ini, kemesraan mereka dapat dilihat apabila bersama-sama berniaga di Medan Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Biodata Anis Al-Idrus

Nama penuhnya ialah Sharifah Anis Binti Syed Zainal Al-Idrus. Popular dengan nama Anis Al-Idrus. Kini berusia 26 tahun. Anis merupakan seorang model, pelakon dan pengusaha bisnes tudung. Antara drama yang dibintangi-nya ialah Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak. Gambar penuh selepas ini.

(more…)

Malaysia Sensasi

Malaysia Sensasi


Belajar Mencipta Lagu Hanya Dalam 1 Hari

Posted: 21 Jul 2014 03:00 PM PDT


Mahu belajar mencipta lagu, asas nyanyian dan menulis lirik yang puitis?. Akademi Komposer akan menganjurkan kursus Mencipta Lagu - Hanya dalam 1 hari anda akan mampu menulis lagu. Benar hanya 1 hari sahaja. Kursus ini akan diadakan di Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh komposer terkenal Adinda Amiro..Keterangan lanjut sila KLIK SINI 

posted@malaysiasensasi.net

Rakyat Ukraine Hulur Takziah Di Kedutaan Malaysia

Posted: 21 Jul 2014 04:10 AM PDT

Rakyat Ukraine menyampaikan ucapan takziah di pejabat Kedutaan Malaysia di sini berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas pada Khamis.


Mereka bertali-arus meletak jambangan bunga, kad, lilin malah patung anak beruang sejak dari pagi hingga ke malam di dinding kedutaan.

Kad ucapan kebanyakannya ditulis dalam bahasa Ukraine. Ada yang ditulis 'Ukraine is praying with you'.

Duta Malaysia di Ukraine, Chuah Teong Ban memberitahu Bernama orang ramai datang seawal 7 pagi di kedutaan yang terletak di Buslivska Street.

"Sesetenghnya berdiri bertafakur selama setengah jam sementara sesetengah yang lain membaca doa," katanya.

Jalur Gemilang di kedutaan turut dikibar separuh tiang.

Pesawat Boeing 777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Media asing melaporkan pesawat telah ditembak tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Di Sinilah Mayat-Mayat Mangsa Nahas MH17 Disimpan

Posted: 21 Jul 2014 04:07 AM PDT

Kini lebih 200 beg hitam yang mengandungi mayat-mayat mangsa nahas MH17 disimpan dan dipindah ke gerabak kereta api barang yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin.


Urusan pemindahan mayat-mayat ini dilakukan oleh pihak pemisah Ukraine yang pro-Rusia sejak Sabtu.

Walaupun mendapat tentangan dan kritikan antarabangsa tetapi askar-askar puak pemisah berkata itulah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan kerana mayat-mayat mangsa yang telah dikutip dan dikumpulkan dari tempat nahas telah berbau.

Sebelum itu, mayat-mayat mangsa telah dibiarkan terdampar di tepi jalan dan di tempat pesawat malang itu terhempas sejak Sabtu dan musim panas di Eropah sekarang menjadikan situasi semakin sukar.

Sebahagian besar pekerja yang ditugaskan membantu mengangkut mayat-mayat itu didatangkan khas dari sebuah lombong yang berdekatan bagi mempercepatkan proses memindah ke gerabak kereta api.

Isu berkaitan urusan pengurusan mayat mangsa dan juga bangkai pesawat di tempat kejadian menjadi perdebatan antarabangsa kerana puak pemisah yang pro-Rusia menghadkan kemasukan pasukan antarabangsa yang dihantar ke tempat kejadian oleh kerajaan pusat Ukraine.

Kini gerabak-gerabak berhawa dingin itu di tempatkan di Stesen Kereta Api Torez sembilan batu dari tempat kejadian.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu satu sidang akhbar di Kiev sejumlah 192 mayat telah dipindahkan ke gerabak-gerabak berhawa dingin itu.

Bagaimanapun katanya pihak pemisah enggan membenarkan kereta api itu berlepas keluar dari Torez.

Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'

Posted: 21 Jul 2014 04:04 AM PDT


Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.

Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.


Johan As’ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing

Johan As’ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing


Johan As’ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing

Posted: 20 Jul 2014 05:07 PM PDT

Johan As'ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing  |  Pelakon Johan As'ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesalahan besar sehingga dia wajar dikecam oleh para peminatnya.

Johan, 28, berkata, tindakannya itu hanya semata-mata untuk menghargai haiwan berkenaan yang sama-sama terlibat dalam penggambaran filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. iaitu Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang berakhir baru-baru ini.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepada pejuang kita dalam mengesan penjahat atau penceroboh di dalam hutan demi mempertahankan negara kita.

"Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yang saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan," katanya kepada mStar Online.

 

Johan dikecam teruk oleh peminatnya selepas memuat naik gambar berkenaan.

Johan ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Wirefame Bersama Anak Yatim di Kelana Jaya di sini pada malam Sabtu lalu.

Ekoran Johan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagram miliknya dia dikatakan tidak sensitif sehingga menimbulkan perbalahan di antara kalangan peminatnya.
 Johan Asari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Johan berkata, pada dasarnya dia tidak memegang anjing berkenaan biarpun dia mempunyai beberapa adegan bersama binatang itu.

Pun begitu kata Johan, setiap kali selesai penggambaran dia akan samak seluruh badannya bagi memastikan tiada sebarang keraguan timbul dalam dirinya.

"Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam.

"Bagaimanapun bagi mengelakkan rasa was-was saya akan memastikan setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akan samak seluruh badan saya," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, pengalaman berlakon bersama seekor anjing adalah pertama kali buatnya sepanjang bergelar pelakon dan mengakui ia bukan mudah.

"Pada mulanya saya tidak berani untuk berlakon bersama anjing tetapi selepas diberi tunjuk ajar tentang cara mendekati anjing baharulah saya jadi berani," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, pada 1 Ogos depan dia akan berangkat ke Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi.

Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam

Posted: 20 Jul 2014 03:09 PM PDT

Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam  |  SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.

Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.article 2696847 1FC15FB600000578 889 962x638 Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia.

 Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam

Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut.

Bedilan Israel Bunuh 20 Rakyat Palestin

Posted: 20 Jul 2014 03:01 PM PDT

Bedilan Israel Bunuh 20 Rakyat Palestin  |  Bedilan Israel membunuh sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin di sebuah kejiranan di Gaza hari ini dan ribuan penduduk melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa, menurut pegawai kesihatan dan saksi.

Hospital Shifa dipenuhi dengan puluhan mereka yang cedera dalam serangan di Shejaia, kira-kira tiga kilometer dari sini.

Rakaman video yang diberikan kepada Reuters oleh penduduk tempatan menunjukkan sekurang-kurang 12 mayat, termasuk tiga kanak-kanak, bergelimpangan di atas jalan.

Di hospital itu, warga emas menyatakan serangan Israel kali ini paling hebat pernah disaksikan mereka sejak Perang 1967 apabila Israel menawan Gaza.

Gambar Selfie Pertama Di Angkasa Curi Tumpuan

Posted: 20 Jul 2014 02:57 PM PDT

Gambar Selfie Pertama Di Angkasa Curi Tumpuan  |  HARI ini, 21 Julai menyaksikan ulang tahun ke-45 lelaki pertama menjejakkan kaki ke bulan tetapi mungkinkah sesuatu yang lain lebih penting untuk disambut apabila timbulnya gambar ‘selfie’ pertama di angkasa?

Walaupun angkasawan, Buzz Aldrin merupakan lelaki kedua yang menjejaki bulan selepas Neil Armstrong, tetapi Aldrin dilihat mencuri tumpuan ramai terhadap Armstrong kerana gambar selfienya.

Beliau memuat naik sekeping gambar ‘selfie’nya di Twitter dan menyifatkan sebagai ‘Gambar Selfie Yang Pernah Ada’.

 Gambar Selfie Pertama Di Angkasa Curi Tumpuan
Gambar ‘Selfie’ itu dirakamkan dalam satu misi pada 1966, tiga tahun sebelum Armstrong menjejakkan kaki ke bulan.

Di Twitter milik Aldrin @TheRealBuzz, beliau berkata: “Did you know I took the first space selfie during Gemini 12 mission in 1966? BEST SELFIE EVER. (Adakah anda tahu saya pernah mengambil ‘selfie’ di angkasa yang pertama semasa misi Gemini 12 pada 1966? SELFIE TERBAIK PERNAH ADA.” – metro.co.uk

Droga Sedia Kembali Sarung Jersi The Blues

Posted: 20 Jul 2014 02:53 PM PDT

Droga Sedia Kembali Sarung Jersi The Blues  |  PENYERANG Ivory Coast, Didier Drogba bakal kembali ke Chelsea dengan satu tahun perjanjian, lapor media di Perancis.

L'Equipe menjelaskan Drogba teruja dengan peluang untuk bersama Jose Mourinho di Stamford Brige.

Kelab The Blues hilang penyerang pilihan Demba Ba dan Samuel Eto'o musim baharu ini, dan pemain berusia 36 tahun itu sentiasa bersedia untuk mengisi peluang tersebut.

Drogba pernah beraksi bersama Chelsea pada tahun 2004-2012 sebelum berpindah ke Shanghai Shenhua (2912-2013).

Setahun bersama kelab China itu, Drogba berhijrah ke Galatasaray sehingga kini. -mStar-

illustrasiaku.com

illustrasiaku.com


TTA JADUAL PERJALANAN PLUS HARI RAYA 2014

Posted: 20 Jul 2014 10:33 PM PDT

TTA JADUAL WAKTU PERJALANAN PLUS LEBUHRAYA HIGHWAY SEMPENA HARI RAYA 2014 – CADANGAN YANG PERLU DIPATUHI DEMI MENGELAK KESESAKAN JALAN RAYA LUAR BIASA Pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya merancang perjalanan balik kampung, sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2014 yang bakal menjelang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS. TTA bertujuan bagi mengurangkan kesesakan di laluan-laluan

(TAHNIAH)Ana Raffali Umumkan Kehamilan

(TAHNIAH)Ana Raffali Umumkan Kehamilan


(TAHNIAH)Ana Raffali Umumkan Kehamilan

Posted: 21 Jul 2014 12:50 AM PDT

Sempoi juga cara Ana Raffali mengumumkan kehamilannya di Instagram. Comel sangat-sangat. Dengan patung kartun menggambarkan dirinya dan suami, di belakang diletakkan gambar imbasan bayi menunjukkan bakal wujud orang ketiga dalam hidup mereka. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan buat mereka berdua. Pasti berita gembira ini ditunggu-tunggu sejak berkahwin pada tahun 2012.

ana raffali

Ana Raffali turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tak henti-henti mendoakan dirinya dan suami. Tulis Ana Raffali:-

lhamdulillah, berkat doa dan kasih sayang. Terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami. ;)

ana naim

Semoga segalanya berjalan lancar buat Ana Raffali. Jaga-jaga badan dan jangan buat kerja berat sepanjang kehamilan ini. Pastikan makan secukupnya. Insya Allah anak yang dilahirkan akan sihat sempurna. Sama-samalah kita doakan.

Baca Yang Ini Pulak:-

Awie Terima Hak Penjagaan Sementara, Rozana Dihalang Dekati Anak

Posted: 21 Jul 2014 12:29 AM PDT

Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini. Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie turut memaklumkan yang mahkamah Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

awie dan rozana

Prosiding telah berlangsung di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz. Awie hadir dengan 2 orang rakan manakala Rozana tidak kelihatan. Agak terkejut juga Abang Nara dengan perintah injuksi yang diberikan terhadap Rozana, namun sudah pasti ada sesuatu yang kita tidak ketahui untuk keputusan sebegini diambil.

Baca Yang Ini Pulak:-

Shuba Jay, Bekas Peserta Mari Menari Astro Antara Mangsa Nahas MH17

Posted: 20 Jul 2014 08:57 PM PDT

Sedihnya apabila mendapat tahu salah seorang mangsa nahas MH17 ialah Shuba Jay, bekas peserta Mari Menari yang pernah ditayangkan di Astro. Shuba telah muncul di dalam rancangan tersebut bersama ayahnya. Selain menjadi peserta program tersebut, Shuba juga merupakan seorang pelakon dan pernah muncul dalam Spanar Jaya, Tokak dan Gadis 3.

shuba jay

Tambah menyedihkan ialah suaminya, Paul dan anak perempuan, Kaela  turut sama berada di dalam MH17 ketika nahas tersebut berlaku. Pasti ini satu kehilangan besar buat kedua-dua keluarga Shuba dan Paul. Shuba merupakan sahabat baik kepada Raja Ilya. Menurut Raja Ilya, Shuba seorang yang sangat baik dan sangat bersifat keibuan. Kata Raja Ilya:-

Susah nak cari kawan baik seperti Shuba. Dia juga mempunyai sifat keibuan dan menyayangi semua kawan dan tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain. Saya berasa sedih dan terkilan kerana impian Shuba untuk menyambung pengajiannya dalam bidang lakonan dan kamera tidak kesampaian kerana dia sudah pergi meninggalkan kita selamnya.

shuba jay

Hanya ucapan takziah mampu Abang Nara ucapkan kepada keluarga Shuba Jay atas kehilangan ini. Semoga tabah menghadapi dugaan yang amat hebat ini. Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan urusan untuk membawa pulang mayat-mayat mangsa agar dapat diberi penghormatan terakhir yang sepatutnya di bumi Malaysia ini. Takziah sekali lagi.

P.S: Mazda 2 serba baharu diperkenalkan secara rasmi

Baca Yang Ini Pulak:-

Anak Abang Nara Lebih Ceria Dengan Dumex Mamil

Posted: 20 Jul 2014 07:10 PM PDT

Ingat lagi tak artikel mengenai kepentingan menjaga sistem pencernaan anak-anak kita yang pernah Abang Nara kongsikan dulu? Ramai juga ibu bapa prihatin yang menghantar email kepada Abang Nara untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai prebiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan berada dalam keadaan terbaik.  Untuk makluman satu fungsi prebiotik ini adalah untuk melawaskan lagi usus anak-anak kita sekaligus tak adalah buah hati pengarang jantung kita tue mengalami sembelit.

dumex mamil

Boleh didapati di dalam buah-buahan serta sayur-sayuran seperti pisang, tomato, asparagus dan bawang, prebiotik memberi faedah kepada usus melalui 3 cara di atas. Dengan pengambilan makanan yang seimbang dan yang mempunyai prebiotik usus anak-anak kita akan lebih kuat, membantu pembiakan bakteria baik dan melembutkan tahi. Senang cerita, prebiotik yang juga turut terdapat dalam Dumex Mamil memudahkan lagi pencernaan dan membantu memberi persekitaran pencernaan yang sihat di dalam usus.

dumex mamilWalaupun nampak remeh, namun anak-anak yang mempunyai sistem pencernaan yang kurang elok sememangnya boleh memberi kesan negatif dalam hidup mereka. Kalau imunisasi badan tak kuat, maka mudah kena cirit birit dan jangkitan penyakit. Rasanya semua ibu bapa tahu apabila anak jatuh sakit mereka akan hilang selera makan sekaligus menyebabkan nutrisi yang diambil berkurangan. Ini sangat bahaya sebab anak kita 'under-nutrition' pada zaman kanak-kanak akan memberi kesan kurang baik terhadap perkembangan secara menyeluruh. Apabila dari kecil sistem pencernaan sudah tak bagus, agak sukar untuk anak kita membesar dengan sempurna.
dumex mamilSetelah pulang menghadiri majlis pelancaran Dumex Mamil baru-baru ini, Abang Nara telah pun memberikan susu formula tersebut kepada anak yang tercinta. Diakui anak Abang Nara itu kadang-kadang memang mengalami masalah membuang air besar. Sistem pencernaan yang baik dan sihat membuatkan kanak-kanak membuang air besar dengan lebih mudah. Abang Nara dah banyak kali tukar susu untuk mengatasi masalah ini. Ada sekali tue sampai kena tukar lampin 8 kali sehari. Tahinya pun agak cair sedikit. Kini sudah 2 minggu Abang Nara berikan susu Dumex Mamil dan memang nampak perubahannya. Tahi lebih keras, tak ada lagi cirit birit dan anak Abang Nara nampak lebih ceria dan bertenaga. Memang hati Abang Nara sangat-sangat lega dengan perubahan ini.
dumex mamil

Selaku ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk memastikan sistem pencernaan anak kita berada dalam keadaan terbaik. Pastikan anak kita mendapat air yang secukupnya, makan makanan seimbang dan bersenam. Paling penting, pilihlah susu formula yang terbaik dan paling sesuai buat anak anda. Dumex Mamil mempunyai  Prebiotics Oligosaccharide Mixture yang disahkan secara saintifik membantu sistem pencernaan kanak-kanak. Dumex Mamil turut mempunyai kandungan DHA yang tinggi dan nutrien yang lengkap untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.  Cubalah untuk anak anda pula.

Informasi lanjut layari www.mamil.com.my  dan Facebook Dumex Mamil

Baca Yang Ini Pulak:-

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted: 20 Jul 2014 06:55 PM PDT

Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan kita berpuasa. Isnin minggu hadapan bersamaan 28 Julai 2014, kita semua dijangka akan menyambut Hari Raya bersamaan 1 Syawal 1435 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia. Macam mana puasa tahun ini? Penuh atau ada yang tertinggal? Hehehe.
raya

Umat Islam di negara ini dijangka akan menyambut Idul Fitri pada tarikh 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia

Sebagai Umat Islam, ada beberapa sebab kita mesti berpuasa terlebih dahulu sebelum menyambut Hari Raya. Antara sebab-sebabnya ialah:-

1. Meningkatkan ketakwaan Kepada Allah S.W.T
Ketakwaan adalah sesuatu yang menentukan kejayaan kita di akhirat kelak. Selain daripada ketaatan kita menjalankan ibadah fardhu yang lain seperti solat, zakat atau haji, puasa juga adalah merupakan suatu kemestian bagi kita , Umat Islam. Allah s.w.t menyebut dalam firmanNya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah : 183)

2. Melatih Diri Bersabar
Allah menjadikan puasa sebagai medah tarbiah dan ujian buat hambaNya. Dalam bulan ini kesabaran kita akan teruji dengan bermacam-macam ujian. Ujian utama itu adalah menahan lapar dan dahaga. Ujian lain adalah ujian mengawal nafsu dalam diri dan ujian untuk kita beribadah, sama ada lebih baik ibadah, sama seperti bulan lain atau lebih teruk daripada sebelum Ramadhan, Nauzubillah. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar” (Hadith Hasan riwayat at-Tirmidzi)

Jadi pastikan Ramadhan kali ini kita tidak dengan sengaja meninggalkan puasa. Banyak kelebihan yang bakal diberikan kepada kita sekiranya menjalani ibadah puasa seperti yang dituntut oleh Islam. Insya Allah ganjaran di akhirat kelak iaitu syurga menanti kita.

Dan sebagai persediaan untuk Hari Raya dan juga hadiah untuk diri sendiri kerana berjaya berpuasa pada bulan Ramadhan, jangan lupa untuk membeli-belah (bukan yang shopping melampau ye) untuk tampil lebih cantik dan kacak di pagi raya kelak. Antaranya mungkin boleh dapatkan pakaian muslimah baru, pakaian kasual wanita, dresses, beg dan juga kasut. Pasti anda akan nampak lebih berseri lebih-lebih lagi ketika kunjung mengunjung ke rumah saudara.

Nile mempunyai lebih daripada 100 rekaan untuk pakaian muslim untuk Koleksi Hari Raya mereka sempena Syawal yang bakal menjelma dengan harga yang bermula daripada RM40.
raya

Koleksi pakaian muslimah terbaru dengan rekaan plain dan corak bunga

rayaUntuk lelaki yang bekerja di ofis yang sangat sejuk atau menaiki motosikal ke tempat kerja, sepasang jaket bergaya dengan harga yang amat murah ini paling sesuai untuk anda.

rayaSeluar jeans sangat mudah untuk dikenakan dengan mana-mana pakaian serta menyerlah lagi gaya anda. Sempena Syawal ini, Nile memberikan lagi diskaun agar anda dapat berhari raya dengan seluar jeans baru.

Dan sekiranya anda membuat pembelian RM48 dan ke atas, Malaysia Trusted Online Shopping Mall Nile.com.my menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA untuk anda. Terbaik bukan?
raya Lebih hebat lagi, anda juga boleh mendapatkan barangan anda menggunakan servis 24 Hours Cash on Delivery daripada Nile. Boleh bayar ketika menerima barangan anda yang akan diperolehi dalam tempoh masa 24 jam selepas anda membuat pembeli. Memang pantas!!!
raya

Selamat membeli-belah. Jadi pembeli yang berhemah dengan www.nile.com.my.

Baca Yang Ini Pulak:-

Kata-Kata @mygothsoul Tak Jejaskan Saya – Rozana Misbun

Posted: 20 Jul 2014 06:30 PM PDT

Dakwaan @mygothsoul atau namanya Ain Hussin yang menyatakan Rozana Misbun menipu kecederaan yang dialaminya memang menggegarkan dunia hiburan baru-baru ini. Untuk anda yang tidak tahu, Ain merupakan kawan baik kepada Awie dan Rozana. Mereka yang bersimpati kepada Rozana mula ragu-ragu selepas bukti demi bukti dikemukakan oleh Ain menerusi akaun Instagramnya. Menariknya, Rozana tampil menerusi BiPop semalam memaklumkan yang dakwaan Ain tidak menjejaskan dirinya langsung.

rozana misbun

Melalui apa yang ditulis semalam, persahabatan Ain dengan Rozana bermula Mac lalu di Konsert Teaterikal Suara Kita. Persahabatan yang baru terjalin selama 4 bulan dipertikaikan kerana Ain berlagak seolah-olah pernah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan Rozana. Malah Rozana mendakwa yang Ain merupakan individu yang mendorongnya membuat laporan polis terhadap Awie. Kata Rozana menerusi ruangan yang dikelolakan Raja Nurfatimah Mawar:-

Kata-kata yang keluar dari mulut manusia @mygothsoul waima sebesar kuman pun tidak menjejaskan saya. Seboleh mungkin saya memang tidak mahu komen kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diuruskan daripada membuang masa berharga untuk bercakap tentang manusia yang tiada kaitan dalam hidup saya. Biarlah orang nak kata apa, nanti penat berhentilah tu. Sebelum bercakap perihal orang lain, eloklah @mygothsoul cermin diri. Muhasabah diri daripada sibuk menjaga tepi kain orang.

Soal anak-anak saya berserah saja. Saya memang berharap dapat menyambut Aidilfitri bersama tiaga anak saya. Jika sebaliknya, saya reda dan bersabar kerana saya percaya suatu hari nanti, Tuhan akan pertemukan saya dengan anak-anak. Hati ini meronta-ronta nak bertemu mereka, siang malam saya teringatkan anak-anak. Maklumlah sudah lebih sebulan saya tidak bertemu dan memeluk mereka.

Kami tidak pernah berpisah selama ini. Saya berdoa Tuhan menguatkan hati saya menghadapi dugaan ini. Soal cerai, kita tunggu dan lihat saja nanti. Doakan yang terbaik buat saya.

rozana

Abang Nara lihat Ain Hussin ada memberi komen di BeautifulNara ini. Mungkin boleh beri penjelasan sedikit mengenai kata-kata Rozana Misbun. Apa pun, Abang Nara tak sabar nak mendengar perbicaraan kes ini. Nak tahu juga siapa benar dan siapa salah. Sama-samalah kita nantikan kelak. Buat masa ini, harap Awie dan Rozana bersabar dengan dugaan yang menimpa mereka.

hidayah

P.S: Raya tinggal seminggu je lagi. Dah jumpa baju raya belum? Kalau belum, apa kata ushar-ushar koleksi Essence daripada HiDY ini. Cantik-cantik semuanya. Harga pun berbaloi sangat. Kalau pakai nie mesti tampak jelita serta menawan di Syawal ini. Tak gitu? Layari www.hidy.com.my untuk lihat lebih banyak koleksi pakaian mereka (kasut raya pun ada!!!)

Baca Yang Ini Pulak:-

Muat Naik Gambar ‘Pray For Gaza’, Selena Gomez Dikecam Peminat

Posted: 20 Jul 2014 05:50 PM PDT

Peperangan di Gaza antara Palestin dan Israel sememangnya menarik perhatian orang ramai termasuklah selebriti antarabangsa. Kalau sebelum ini penyanyi Rihanna telah melahirkan sokongannya dengan menggunakan hashtag #FreePalestine sehingga mendapat kecaman jutaan peminatnya, kali ini tiba giliran Selena Gomez mengalami nasib yang serupa. Menggunakan akaun Instagramnya, Selena menunjukkan tanda simpatinya terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin di Gaza.

selena gomez gaza

Tulis Selena Gomez:-

Please pray for those families and babies today. Please always remember what’s important in life. It’s not any of this. We are here to help, inspire and love. Be that change. #wearethenextgeneration

selena gomez gaza

Susulan perkongsian itu, Selena Gomez telah dikecam hebat oleh jutaan peminatnya yang menyokong Israel. Membaca komen-komen yang diterima olehnya pasti membuatkan Selena terasa cuak. Mana tidaknya, ada yang siap ugut bunuh lagi. Namun di dalam gambar seterusnya, Selena menerangkan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak cuma mahukan keamanan dan keperimanusiaan sahaja.

And of course to be clear, I am not picking any sides. I am praying for peace and humanity for all!

selena gomez gaza

Apa apa pun Abang Nara salute dengan Selena Gomez yang sedar mengenai isu semasa yang sedang berlaku di Gaza. Semoga akan lebih ramai artis antarabangsa tampil dan membuat perkara yang serupa seperti yang telah dilakukan oleh Selena. Sekurang-kurangnya dapat membuka mata peminat mereka mengenai apa yang sedang terjadi di Gaza. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

Berhijab Bukan Kerana Trend – Ziana Zain

Posted: 20 Jul 2014 05:08 PM PDT

Hari Nuzul Quran yang lalu adalah hari yang paling bermakna buat Ziana Zain apabila penyanyi hebat ini mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya. Berita gembira ini pastinya disambut riang oleh suami dan anak-anak Ziana. Namun di kalangan peminat, masih ada yang skeptikal dan menganggap Ziana sekadar mengikuti ‘trend’ selebriti-selebriti wanita yang berhijrah sejak kebelakangan ini. Bagi mereka, Ziana hanya ingin mencari populariti dengan membuat keputusan untuk bertudung.

ziana zain bertudung

Kalau Abang Nara jadi Ziana Zain, pastinya sedikit sebanyak kecewa dengan dakwaan tersebut. Namun membaca temuramah antara Ziana dan Pancaindera semalam, memang jelas terserlah betapa ikhlasnya penyanyi ini mengikuti suruhan Allah. Abang Nara suka dengan jawapan yang diberikan olehnya apabila ditanya mengenai pemakaian tudung oleh selebriti kerana mengikut trend dan halangan bertudung dalam kerjayanya. Kata Ziana:-

Kesedaran setiap orang berbeza-beza. Kebetulan ramai yang sudah berhijab dan ini satu perkara yang positif. Saya berhijab bukan kerana trend tetapi kerana sudah tiba waktunya untuk saya lakukan. Bila pintu hati terbuka dan sekarang saya berhijab, saya tak rasa beban malah rasa seronok dan selamat selain orang lebih menghormati diri saya. Tuhan tahu apa yang diaturkan untuk kita maka kita sebagai manusia kena terima segala ketentuan itu dengan reda.

Kerja adalah kerja. Penampilan adalah penampilan. Lagipun saya percaya selagi ada rezeki Tuhan nak beri, saya akan terima. Paling saya terharu, rupanya ramai peminat saya yang menunggu saya untuk tampil bertudung. Apabila mereka dapat tahu saya bertudung, tak putus- putus saya terima ucapan tahniah atas perubahan saya. Mereka selama ini mendoakan saya. Ada yang menangis. Menangis gembira untuk saya. Alhamdulillah dan saya bersyukur sekali.

ziana zain bertudung

Ya memang betul ramai peminat yang mahukan Ziana Zain bertudung sepenuhnya. Tak boleh dinafikan perkara tersebut. Daripada jawapan yang diberikan olehnya, jelas terserlah kematangan dan keikhlasannya dalam mengikuti syariat Islam. Semoga terus istiqamah. Semoga ia tidak menjadi penghalang buat Ziana untuk terus mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Tahniah sekali lagi buat Ziana Zain atas keputusan untuk berhijrah ini.

P.S: Penjelasan MH17 lalui ruang udara Ukraine

Baca Yang Ini Pulak:-

Insta Selebriti : Apa Artis Buat Di Hujung Minggu?

Insta Selebriti : Apa Artis Buat Di Hujung Minggu?


Insta Selebriti : Apa Artis Buat Di Hujung Minggu?

Posted: 21 Jul 2014 01:19 AM PDT

Hujung minggu lalu, selebriti tempatan dilihat sarat dengan pelbagai aktiviti baik dari segi kerjaya mahupun meluangkan masa bersama keluarga. Mari kita intai aktiviti beberapa selebriti tempatan yang GUA sempat senaraikan.

Bergambar Dengan Anjing, Johan As’ari Jawab Isu Tidak Sensitif

Posted: 20 Jul 2014 10:30 PM PDT

Baru-baru ini pelakon Johan As'ari, ada memuat naik sekeping gambar dirinya bersama dengan seekor anjing di akaun Instagram miliknya. Gambar tersebut mendapat kecaman oleh segelintir pihak menerusi media sosial dan ada tuduhan yang mendakwa Johan tidak sensitif.

Legenda Hercules Diberi Nafas Baru

Posted: 20 Jul 2014 07:08 PM PDT

Bintang MIG Kongsi Kisah Raya

Posted: 20 Jul 2014 04:01 PM PDT

Sempena kedatangan Syawal, GUA sempat mengadakan satu sesi fotografi bersama bintang-bintang MIG bagi mengetahui persiapan sambutan Aidilfitri mereka! Pasti ada beza Raya mereka sebelum dan selepas bergelar artis bukan?

Rakan Kongsi Zizan Razak Sedia Mengalah

Posted: 20 Jul 2014 02:52 PM PDT

Kemelut antara pengacara Zizan Razak dan syarikat pengurusan artis, Wirefame Entertainment (WFE) masih belum lagi menjumpai titik noktah.

RM15@Param : Ayu Damit Belanja RM13

Posted: 20 Jul 2014 09:00 AM PDT

Juara One in A Million musim kedua, Ayu Damit, dipilih bagi edisi RM15@Param kali ini. Ayu telah memilih bazaar Ramadan yang berdekatan dengan kediamannya di Batu 9, Cheras.

Tomok Terkejut Dilamar Produksi Antarabangsa

Posted: 20 Jul 2014 09:00 AM PDT

Tomok menerima dua khabar gembira pada bulan Ramadan ini di mana selain isteri kesayangannya disahkan hamil, Tomok turut menerima lamaran daripada sebuah syarikat produksi antarabangsa baru-baru ini.

Isteri Hilang, Ezany Buat Laporan Polis

Posted: 20 Jul 2014 06:41 AM PDT

Isteri Ezany Nizarif menghilangkan diri. Lantaran itu Ezany membuat laporan polis untuk mengetahui status kehilangan isterinya itu.

HATTAN TERKILAN - HILANG 6 SAUDARA AKIBAT NAHAS MH17

HATTAN TERKILAN - HILANG 6 SAUDARA AKIBAT NAHAS MH17


HATTAN TERKILAN - HILANG 6 SAUDARA AKIBAT NAHAS MH17

Posted: 20 Jul 2014 06:58 PM PDT



Hati mana yang tidak sayu dan terkilan apabila antara mangsa nahas kapal terbang MAS MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu adalah dua ahli keluarga sekaligus, termasuk suami dan tiga anak yang merupakan saudara penyanyi Hattan.

"Walaupun jarang bertemu akibat kesibukan masing-masing, kami tetap ada pertalian dan mempunyai memori, terutama ketika berkumpul pada hari raya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SAMBUT AIDILFITRI TANPA SYAMSUL & SARAH - ISTERI YUSOF HASLAM SEDIH

Posted: 20 Jul 2014 07:06 PM PDT



"Saya rasa sedih kerana tahun ini saya akan beraya tanpa Syamsul dan Sarah," ujar isteri Datuk Yusof Haslam, iaitu Patimah Ismail.

Kesedihannya itu gara-hara Syamsul Yusof, 30, dan isterinya Puteri Sarah Liyana, 29, bakal menyamput Aidilfitri di Mekah. Difahamkan, mereka berdua kini sudah berada di tanah suci setelah menaiki penerbangan Saudi Airlines pada 18 Julai lalu.

"Alhamdulillah Syamsul dan Liyana sudah pun berada di Mekah bagi mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir dan turut menunaikan Umrah.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BUAT LAPORAN POLIS - ISTERI EZANY 'GHAIB' WAKTU SUBUH

Posted: 20 Jul 2014 04:51 PM PDT



"Pada hari Khamis, 17 Julai yang lalu, saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi dan saya mendapati isteri saya tiada. Pintu bilik terbuka, pintu rumah pun tidak berkunci. Saya lihat kunci rumah yang selalu dia bawa pun ada di rumah. Saya cuba hubunginya tetapi gagal. Saya tidak tahu apa yang berlaku," demikian dakwa pelakon Ezany Nizarif, 41, mengenai satu laporan polis yang dibuatnya semalam.

"Saya buat laporan itu untuk tujuan keselamatan dan saya sendiri tak tahu apa status isteri saya sebenarnya. Sama ada dia menghilangkan diri, dilarikan, diculik atau sebagainya. Saya tak tahu isteri saya ke mana. Tapi ada sumber yang memberitahu saya, orangnya adalah seorang wanita.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SANA SINI - AARON AZIZ DAN KEDAI MAKANNYA

Posted: 20 Jul 2014 03:51 PM PDT



SANA SINI:

Bukan peniaga bazar ramadan sahaja yang sibuk dibulan Ramadan, malah Aaron Aziz juga sibuk menguruskan kedai makan yang baru dibukanya. Difahamkan, ia berkonsepkan kafe dan diberi nama Kidz & Creme, dan sudah mula beroperasi sejak sebulan yang lalu di Setia Alam, Selangor..

"Alhamdulillah, ini satu lagi impian saya untuk membuka restoran yang berbentuk kafe. Istimewanya, kafe ini turut menyediakan ruangan berkonsepkan dapur khas untuk anak-anak yang datang bersama ibu bapa mereka. Sebab itu saya namakan kafe ini sebagai Kidz & Creme," ujar Aaron dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - YUSOF HASLAM & ISTERI DI MAJLIS IFTAR

Posted: 20 Jul 2014 02:15 PM PDT



SANA SINI:

Gambar menarik Yusof Haslam dan isterinya Patimah Ismail di Majlis Iftar bersama anak yatim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, kelmarin.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani