Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Belajar Mencipta Lagu Hanya Dalam 1 Hari
- Rakyat Ukraine Hulur Takziah Di Kedutaan Malaysia
- Di Sinilah Mayat-Mayat Mangsa Nahas MH17 Disimpan
- Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'
Belajar Mencipta Lagu Hanya Dalam 1 Hari Posted: 21 Jul 2014 03:00 PM PDT Mahu belajar mencipta lagu, asas nyanyian dan menulis lirik yang puitis?. Akademi Komposer akan menganjurkan kursus Mencipta Lagu - Hanya dalam 1 hari anda akan mampu menulis lagu. Benar hanya 1 hari sahaja. Kursus ini akan diadakan di Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh komposer terkenal Adinda Amiro..Keterangan lanjut sila KLIK SINI |
Rakyat Ukraine Hulur Takziah Di Kedutaan Malaysia Posted: 21 Jul 2014 04:10 AM PDT Rakyat Ukraine menyampaikan ucapan takziah di pejabat Kedutaan Malaysia di sini berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas pada Khamis. Mereka bertali-arus meletak jambangan bunga, kad, lilin malah patung anak beruang sejak dari pagi hingga ke malam di dinding kedutaan. Kad ucapan kebanyakannya ditulis dalam bahasa Ukraine. Ada yang ditulis 'Ukraine is praying with you'. Duta Malaysia di Ukraine, Chuah Teong Ban memberitahu Bernama orang ramai datang seawal 7 pagi di kedutaan yang terletak di Buslivska Street. "Sesetenghnya berdiri bertafakur selama setengah jam sementara sesetengah yang lain membaca doa," katanya. Jalur Gemilang di kedutaan turut dikibar separuh tiang. Pesawat Boeing 777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal. Media asing melaporkan pesawat telah ditembak tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. posted@malaysiasensasi.net |
Di Sinilah Mayat-Mayat Mangsa Nahas MH17 Disimpan Posted: 21 Jul 2014 04:07 AM PDT Kini lebih 200 beg hitam yang mengandungi mayat-mayat mangsa nahas MH17 disimpan dan dipindah ke gerabak kereta api barang yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Urusan pemindahan mayat-mayat ini dilakukan oleh pihak pemisah Ukraine yang pro-Rusia sejak Sabtu. Walaupun mendapat tentangan dan kritikan antarabangsa tetapi askar-askar puak pemisah berkata itulah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan kerana mayat-mayat mangsa yang telah dikutip dan dikumpulkan dari tempat nahas telah berbau. Sebelum itu, mayat-mayat mangsa telah dibiarkan terdampar di tepi jalan dan di tempat pesawat malang itu terhempas sejak Sabtu dan musim panas di Eropah sekarang menjadikan situasi semakin sukar. Sebahagian besar pekerja yang ditugaskan membantu mengangkut mayat-mayat itu didatangkan khas dari sebuah lombong yang berdekatan bagi mempercepatkan proses memindah ke gerabak kereta api. Isu berkaitan urusan pengurusan mayat mangsa dan juga bangkai pesawat di tempat kejadian menjadi perdebatan antarabangsa kerana puak pemisah yang pro-Rusia menghadkan kemasukan pasukan antarabangsa yang dihantar ke tempat kejadian oleh kerajaan pusat Ukraine. Kini gerabak-gerabak berhawa dingin itu di tempatkan di Stesen Kereta Api Torez sembilan batu dari tempat kejadian. Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu satu sidang akhbar di Kiev sejumlah 192 mayat telah dipindahkan ke gerabak-gerabak berhawa dingin itu. Bagaimanapun katanya pihak pemisah enggan membenarkan kereta api itu berlepas keluar dari Torez. posted@malaysiasensasi.net |
Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari' Posted: 21 Jul 2014 04:04 AM PDT Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar. Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir. Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf. Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'. Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari. Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat. Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya. Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak. Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu. posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment