Fattah Amin Luah Rasa Syukur Sherry Ibrahim Sudah Berhijab
Fattah Amin Luah Rasa Syukur Sherry Ibrahim Sudah Berhijab |
- Fattah Amin Luah Rasa Syukur Sherry Ibrahim Sudah Berhijab
- Lelaki Muda Ini Susah, Silap Haribulan Kita Pula Kena Jaga Dia – Izreen Azminda
- Awal Ashaari Nafi Bangga Lara Alana Tercalon ABPBH 29
- (16 FOTO) Sekitar Majlis Baby Shower Dan Doa Selamat Linda Rafar
- (3 FOTO) Putri Sara Sefhia Anak Perempuan Elly Mazlein
- Fasha Sandha Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya
- Ada Cita-Cita Nak Jadi Usahawan Berjaya? Ini Program Yang Wajib Anda Tonton
- Suami Adira Jawab Tuduhan Bercium Di Khalayak Ramai
- Fasha Sandha Tidak Mahu Rujuk Semula Dengan Jejai
- (TAHNIAH) Sherry Ibrahim Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya
Fattah Amin Luah Rasa Syukur Sherry Ibrahim Sudah Berhijab Posted: 03 Apr 2016 11:18 PM PDT Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel tentang penghijrahan Sherry Ibrahim yang kini sudah berhijab sepenuhnya. Perubahan Sherry itu bukan sahaja mendapat sokongan daripada ibu bapanya serta peminat tetapi kekasihnya juga Fattah Amin. Jelas Fattah, beliau merasa cukup gembira dan bersyukur atas perubahan Sherry dan sentiasa akan menyokong beliau daripada belakang. Untuk pengetahuan anda, Fattah juga sering meluahkan hasrat agar kekasihnya itu menutup aurat.
Sebagai teman istimewa, sudah tentu Fattah mengidamkan seorang wanita yang menjaga maruah dan menutup aurat.
Bagus dapat teman lelaki yang menyokong kekasihnya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kami doakan agar jodoh Fattah Amin dan Sherry Ibrahim berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Hehe.. |
Lelaki Muda Ini Susah, Silap Haribulan Kita Pula Kena Jaga Dia – Izreen Azminda Posted: 03 Apr 2016 10:50 PM PDT Sejak bercerai, Izreen Azminda sering dikaitkan bercinta dengan beberapa pelakon lelaki yang agak muda terbaru bersama aktor Redza Rosli. Namun, Izreen nampaknya sudah mula merasa rimas dan tidak selesa apabila terpalit dengan gosip sebegitu.
Tambah Izreen, jika beliau sudah bersedia untuk bercinta ataupun berkahwin nanti, beliau tidak mahu memilih lelaki muda kerana menganggap mereka tidak mempunyai pengalaman.
Jodoh ini kita tidak boleh tahu, kadang-kadang lelaki muda ada yang matang juga dan lebih serius dalam perhubungan. Age is just a number. |
Awal Ashaari Nafi Bangga Lara Alana Tercalon ABPBH 29 Posted: 03 Apr 2016 10:27 PM PDT Mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di Instagram, anak kepada Awal Ashaari iaitu Lara Alana telah tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular ABPBH 29. Namun Awal nyata terkejut dengan mendengar berita tersebut kerana beliau sebenarnya tidak pernah mempromosikan anaknya itu.
Awal juga memberitahu beliau merasa bersalah apabila Instagram Lara semakin mendapat perhatian ramai. Ini kerana tujuan asal beliau membuka akaun laman sosial berkenaan adalah untuk suka-suka sahaja dan tiada sebab untuk Awal merasa bangga dengan pencalonan tersebut. Lara bukannya selebriti, sebaliknya hanya anak kepada selebriti. Jadi tidak sesuai kalau nak menggelarnya begitu.
Secara automatik, bila seseorang itu popular di media sosial pasti mereka akan jadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi Lara yang merupakan anak kepada pasangan selebriti. |
(16 FOTO) Sekitar Majlis Baby Shower Dan Doa Selamat Linda Rafar Posted: 03 Apr 2016 09:28 PM PDT Rumah tangga Linda Rafar dan Syed Aiman pernah dilanda badai, namun kerana rasa kasih dan sayang yang masih kuat didalam diri masing-masing, mereka akhirnya kembali berdamai. Bakal menyambut kelahiran anak mereka yang ketiga tidak lama lagi, Linda telah mengadakan satu majlis baby shower serta doa selamat. Menariknya, mungkin sahaja bunyi baby shower tetapi ia lebih kepada majlis untuk memohon keberkatan dari Allah SWT untuk dipermudahkan saat kelahiran bayi mereka nanti. Kesemua tetamu wanita tampak cukup manis bertelekung. Berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis baby showe dan doa selamat Linda Rafar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
(3 FOTO) Putri Sara Sefhia Anak Perempuan Elly Mazlein Posted: 03 Apr 2016 08:38 PM PDT Selamat bersalin pada 9 Mac lepas, Elly Mazlein akhirnya telah mendedahkan foto anak perempuannya yang diberikan nama Putri Sara Sehia kepada umum. Elly sejak beberapa hari lepas memuat naik beberapa foto Putri Sara Sefhia di akaun Instagram miliknya. Ramai yang memuji kecomelan anak perempuannya itu selain mendoakan agar beliau menjadi anak yang solehah. Semoga Elly Mazlein lebih bahagia dengan anaknya. InshaAllah.. Jom kita layan beberapa lagi foto Putri Sara Sefhia dengan membaca entri ini sepenuhnya. |
Fasha Sandha Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya Posted: 03 Apr 2016 07:49 PM PDT Sudah bahagia dengan kehidupan beliau sekarang, Fasha Sandha juga memberitahu beliau sudah mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak-anaknya. Bekas, suaminya Jejai masih boleh melawat Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma pada bila-bila masa sahaja. Namun, buat masa ini Jejai belum mendapat keizinan untuk membawa anak-anaknya bermalam bersamanya. Sudah menegaskan tidak mahu merujuk semula bersama Jejai, Fasha akui mereka masih berhubungan melalui telefon tetapi beliau menganggap ia tidak lebih daripada urusan berkaitan anak-anak.
Selepas berpisah, pintu rezeki Fasha dan anak-anak terbuka lebih luas. Fasha kini sangat sibuk dengan pelbagai tawaran yang diberikan kepada beliau. Itulah yang dikatakan rezeki anak-anak, mungkin apa yang berlaku antara Fasha dan Jejai ada hikmahnya buat mereka.
|
Ada Cita-Cita Nak Jadi Usahawan Berjaya? Ini Program Yang Wajib Anda Tonton Posted: 03 Apr 2016 07:45 PM PDT Selaku seorang rakyat Malaysia, Abang Nara mengkagumi kejayaan dan kehebatan usahawan-usahawan (atau dalam bahasa omputihnya, entrepreneur) tempatan. Antara yang cukup popular ialah Datuk Seri Vida dengan Qu Putehnya, Rita Dato' Sosilawati yang meneruskan kesinambungan perniagaan arwah ibunya serta jenama Zawara yang amat popular dengan kualiti fesyen muslimah mereka. Banyak lagi nama yang Abang Nara tak sebut, tapi rasanya pembaca BeautifulNara pasti pernah membaca kisah kejayaan mereka yang sering viral di media sosial. Perniagaan usahawan-usahawan hebat ini sekarang bernilai ratusan juta ringgit setahun. Namun sebelum sampai ke tahap ini, Abang Nara percaya telah banyak pengalaman, cabaran, ujian, rintangan dan halangan yang mereka tempuhi. Kalaulah diberi peluang, Abang Nara teringin berjumpa dengan salah seorang daripada mereka dan korek sebanyak mana ilmu dan rahsia. Lagi best kalau dapat jadikan mereka mentor. Secara jujur, Abang Nara jeles dengan 10 peserta program The Entreprenur yang bakal disiarkan di TV3 kerana mendapat peluang bermentorkan usahawan-usahawan yang telah mencipta nama di Malaysia. 10 peserta bertuah ini telah dipilih menerusi program TUBE 2.0 (Tunas Usahawan Belia Bumiputera) yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia. Meh kita lihat sikit wajah-wajah mereka yang bertuah dapat bergurukan dengan syarikat-syarikat mentor yang pasti akan membimbing mereka ke arah kejayaan. Bukan calang-calang syarikat mentor yang bakal membimbing 10 peserta program The Entrepreneur ini! Antaranya ialah Zawara selaku pakar industri fesyen, syarikat Lazada sebagai pakar bidang teknologi dan maklumat , INTEKMA untuk industri perkhidmatan dan hotel, EZDIET untuk industri makanan dan minuman dan Malaysia Automotive Institute (MAI) selaku pakar dalam bidang automotif. Tengok nama-nama mentor pun Abang Nara dah excited dah. Masing-masing memang pakar dalam bidang masing-masing. Apa yang Abang Nara suka tentang program The Entrepreneur ini ialah kepelbagaian bidang yang ada di dalamnya. Tak adalah kosmetik atau fesyen semata-mata. Yang jarang kita dengar pun ada jugak. Abang Nara yakin banyak yang akan boleh diri ini pelajari apabila menonton The Entrepreneur. Tambah-tambah lagi juri program ini pun boleh tahan hebatnya iaitu Rita Dato' Sosilawati dan Nazril Idrus. Rita Dato' Sosilawati tak perlulah diperkenalkan lagi. Produk syarikat Nouvelle Beauty miliknya memang popular seantero Malaysia. Yang Nazril Idrus pula merupakan suami kepada Sazzy Falak dan merupakan pengasas LVG Consultants, firma kewangan yang telah memenangi pelbagai anugerah. Abang Nara berani jamin keputusan yang bakal dilakukan oleh para juri adalah telus, bijak dan berdasarkan pengalaman mereka. Tak sabar nak dengar komentar mereka selepas setiap usahawan melakukan tugasan mingguan. Dan Abang Nara juga tak sabar nak menang hadiah sebab ada kuiz mingguan yang teramatlah mudah. The Entrepreneur bersiaran di TV3 pada setiap hari Selasa, jam 5.30 petang. Kalau korang ada pasang cita-cita nak jadi usahawan, sila tonton program ini. Jangan lupa untuk layari www.tv3.com.my/theentrepreneur untuk menyertai kuiz, sambil layan video-video eksklusif dan macam-macam lagi. |
Suami Adira Jawab Tuduhan Bercium Di Khalayak Ramai Posted: 03 Apr 2016 07:16 PM PDT Menurut sumber tersebut, Adira dan suaminya saling berbalas ciuman di khalayak ramai. Tidak cepat melatah dengan gosip berkenaan, Dato Red menerusi portal BH PLUS telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Jelas Dato Red, beliau hanya memberikan kucupan di dahi Adira sebelum isterinya membuat persembahan dan tidak menyangka aksi mereka itu diperhatikan. Buat Dato Red tidak salah untuk mereka mesra sebegitu kerana hubungan mereka sudah halal.
Dato Red pada masa yang sama berharap masyarakat hentikan segala kecaman terhadap beliau dan Adira serta mendoakan yang terbaik buat mereka. |
Fasha Sandha Tidak Mahu Rujuk Semula Dengan Jejai Posted: 03 Apr 2016 06:58 PM PDT Apabila Jejai memuat naik ucapan dan meraikan hari lahir Fasha Sandha baru-baru ini, ruang komen di akaun Instagram mereka dipenuhi dengan ucapan serta harapan daripada peminat yang menginginkan mereka untuk bersatu semula sebagai suami isteri. Walaubagaimanapun, Fasha akui beliau bahagia dengan keadaan sekarang dan menerima Jejai hanya sebagai bapa kepada dua anak mereka iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Fasha sejujurnya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk merujuk semula bersama Jejai dan kembali kepada keluarga lelaki itu. Namun, Fasha tetap mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus mendoakan kebahagiaan beliau.
Mungkin ini yang terbaik buat Fasha dan Jejai, cinta itu tidak semestinya bersatu. Apa yang penting mereka berdua masih berbaik demi anak-anak tercinta. |
(TAHNIAH) Sherry Ibrahim Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya Posted: 03 Apr 2016 06:34 PM PDT Bersempena ulangtahun kelahiran Sherry Ibrahim yang ke 33 semalam, pelakon Sherry Ibrahim telah membuat satu keputusan yang cukup bermakna dalam hidupnya apabila kini sudah berhijab sepenuhnya. Jelas Sherry ia adalah hadiah buat kedua ibu dan bapanya dan keputusan itu sebenarnya dibuat dalam waktu yang agak singkat.
Sherry selepas ini masih akan meneruskan kerjayanya seperti biasa, cuma beliau akan lebih selektif kerana ingin membawakan watak yang sesuai dengan imej terbarunya. Alhamdullillah, terbuka lagi pintu hati seseorang artis wanita Malaysia untuk bertudung, lebih manis bukan Sherry Ibrahim bila berhijab? Harapnya perubahan ini akan kekal dan teruskan mendoakan yang terbaik buat Sherry. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments:
Post a Comment