Powered by Blogger.
Showing posts with label neelofa meletop. Show all posts
Showing posts with label neelofa meletop. Show all posts

Fasha Sandha Balas Komen Peminat Mengenai Penceraian Nora Danish Dan Jejai

Fasha Sandha Balas Komen Peminat Mengenai Penceraian Nora Danish Dan Jejai


Fasha Sandha Balas Komen Peminat Mengenai Penceraian Nora Danish Dan Jejai

Posted: 25 Jun 2014 01:16 AM PDT

Kesian Abang Nara kepada Fasha Sandha yang terpaksa melayan karenah dan komen-komen peminatnya walaupun sedang sarat mengandung. Kalau Abang Nara jadi Fasha, memang buat tahu je. Lantak dioranglah nak komen apa pun. Namun itu mungkin Abang Nara seorang lelaki yang berhati kering. Perempuan ini lain sikit. Jiwa mudah tersentuh. Tak gitu?

fasha sandha

Mungkin tertekan dengan komen peminatnya yang tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik penceraian Jejai dan Nora Danish, Fasha hari ini tampil memberi penjelasan. Mungkin kerana komen peminat tersebut adalah tidak tepat dan boleh menjatuhkan maruah suaminya dan Nora Danish.

fasha dan jejai

Kadang-kadang peminat ini lebih tahu segalanya berbanding dengan artis yang benar-benar mengalami kejadian tersebut. Kesian Fasha tak pasal-pasal kena buat penerangan. Diharap dengan penerangan ini, peminat tersebut berpuas hati. Tak ada nak membuat cerita lagi. Kepada Fasha, tenangkan fikiran dan kalau boleh jangan layan mereka ini. Kesian kat diri anda dan bayi dalam kandungan tertekan tak pasal-pasal.

P.S: Passport Malaysia antara yang terbaik dunia

 

Baca Yang Ini Pulak:-

Zizan Razak Bekukan Akaun Syarikat, Johan As’ari & Kaka Bengang Tak Dapat Bayaran

Posted: 24 Jun 2014 08:23 PM PDT

Wow. Ini satu perkara yang agak menarik untuk dibincangkan. Tindakan Zizan Razak yang membekukan akaun syarikatnya (Wirefame Entertainment), dipercayai kerana perselisihan faham bersama rakan kongsinya telah menyebabkan artis-artis di bawah syarikat tersebut tidak mendapat bayaran/pendapatan daripada hasil kerja mereka. Antara artis yang mendapat impak daripada tindakan Zizan ini ialah Johan As’ari dan Kaka.
zizan dan kakaZizan dikatakan telah berbuat demikian sebelum terbang ke Jepun untuk menjalani penggambaran sebuah program travelog baru-baru ini. Kesian Abang Nara mendengar luahan hati Johan As’ari dan Kaka. Iyerlah, kerja penat-penat tup-tup duit tak dapat sebab akaun dibekukan. Kerana tindakan Zizan ini, Johan As’ari tidak dapat membayar bil hospital ibunya. Kedua-dua artis ini bercadang untuk membuat laporan polis mengenai hal ini dalam masa terdekat. Luah Kaka:-

Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri.

zizanUntuk makluman, apabila pembekuan akaun syarikat dilakukan, bayaran gaji pekerja dan pendapatan untuk artis sukar diagihkan. Dikatakan Zizan mengambil keputusan ini tanpa persetujuan rakan kongsinya, Marina Juki. Umum mengetahui yang Zizan sudah keluar daripada syarikatnya sendiri dan kini bernaung di bawah Astro. Apa pendapat anda? Adakah tindakan Zizan ini wajar atau tidak profesional? Info asal Harian Metro.

Baca Yang Ini Pulak:-

(TAHNIAH)Scha Al Yahya & Awal Ashaari Bakal Timang ‘Baby Girl’

Posted: 24 Jun 2014 08:00 PM PDT

Tahniah diucapkan buat Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kerana bakal menimang seorang bayi perempuan tidak lama lagi. Berita gembira ini telah disampaikan oleh pasangan suami isteri ini menerusi program H!Live beberapa hari yang lalu. Untuk makluman, Scha telah pun mengandung selama 7 bulan dan dijangka bakal melahirkan anaknya pada penghujung bulan Julai atau awal Ogos ini.

awal dan scha hamil

Khabarnya akan ada program televisyen khas untuk merakamkan Scha sepanjang kehamilannya. Tak sabar Abang Nara nak tengok program tersebut. Awal dan Scha baru-baru ini juga telah mengadakan majlis kesyukuran sempena kehamilan tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan buat pasangan ini. Tahniah sekali lagi buat anda berdua.

Baca Yang Ini Pulak:-

Nad Zainal Buat Laporan Polis Terhadap Azwan Kombos

Posted: 24 Jun 2014 07:23 PM PDT

Nampaknya Azwan Kombos masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya, Nad Zainal sehingga pelakon wanita itu terpaksa membuat laporan akibat sering diganggu. Tambah menyeramkan bukan gangguan berbentuk SMS sahaja diterima daripada Azwan Kombos, namun panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak dikenali turut sama diterima oleh Nad Zainal. Fuh~~ Cuak gak kalau putus cinta kena kacau sampai begini sekali.
azwan kombosKata Nad Zainal menerusi Berita Harian:-

Selama tempoh percintaan kami biasalah ada pasang surut. Kami pernah putus kemudian sambung balik. Mungkin juga disebabkan itu Azwan fikir kami akan sambung semula. Saya sudah bulatkan pendirian untuk tidak lagi bersamanya. Saya kesal kerana Azwan tidak boleh terima hakikat kami sudah tidak ada apa-apa lagi.

Kami (Nad dan Azwan) sudah berbincang dan maklum dengan keputusan yang dibuat. Saya harap beliau dapat teruskan kehidupan, namun apa yang beliau lakukan ini membuktikan Azwan masih tidak boleh terima hakikat yang kami sudah tiada hubungan. Dengan kehadiran Hefny atau tidak, saya memang tidak boleh bercinta dengannya lagi.

Kali terakhir wanita terbabit menghubungi saya adalah kira-kira sejam sebelum saya membuat laporan polis. Wanita itu menggugut akan mengaibkan saya kepada rakan wartawan dan penulis blog kerana putus dengan Azwan. Saya tidak mahu menuduh tetapi siapa dan kenapa waita ini berani berbuat begitu kerana Azwan.

azwan kombos

Selaku seorang lelaki, Azwan Kombos patut lebih ‘macho’, rileks dan tenang menghadapi dugaan putus cinta ini. Ala, setakat putus cinta je kot. Bukannya dah kahwin bercerai-berai pun. Bunga bukan sekuntum. Ramai lagi awek-awek cun di luar sana. Tak payah nak kejarkan sangat orang yang tak sudi kepada kita. Buat malu je. Kita sebagai lelaki harus buktikan yang kita boleh hidup tanpa wanita yang tidak menerima cinta kita. Tak gitu?

P.S: Luis Suarez kembali menggigit

Baca Yang Ini Pulak:-

Jimmy Shanley Luah Rasa Kecewa Tak Dapat Sambut Hari Jadi Anak

Posted: 24 Jun 2014 07:00 PM PDT

Walaupun sudah berkahwin baru, Jimmy Shanley ternyata tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anak hasil perkahwinannya sebelum ini. Menerusi akaun Instagramnya, Jimmy telah melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyambut hari jadi ke 3 anaknya, Zahra kerana dihalang oleh keluarga bekas isterinya itu. Tak dapat bayangkan kesedihan Jimmy terhadap apa yang telah berlaku ini.

jimmy shanley

Tulis Jimmy Shanley:-

hapi 3rd bday… dulu alasan tak bg sebab duk keseorg, kini sudah berumahtangga pun tak dpt, kununnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak di ambil tak bg, tak di ambil di caci di media, lu pikir la sendiri

Malah Jimmy turut berkongsi satu gambar yang bertulis mesej sindiran. Tidak diketahui daripada siapakah mesej tersebut namun ia sedikit sebanyak agak mengecewakan untuk melihat perbalahan seperti ini.

jimmy shanley

Inilah jadinya apabila hak penjagaan anak tidak dapat diselesaikan setelah berlaku penceraian. Emak ayah bergaduh sesama sendiri, yang ruginya adalah si anak kerana tidak mendapat kasih sayang secukupnya. Sepatutnya semua pihak yang terbabit kena mengalah dan fikirkan keadaan si anak, bukannya fikirkan ego dan kepentingan masing-masing. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Baca Yang Ini Pulak:-

Mas Khan Hanya Kawan, Bukan Kekasih – Lana Nordin

Posted: 24 Jun 2014 06:09 PM PDT

Biasalah artis awal-awal memang tak mengaku bercinta. Tup-tup tak lama kemudian keluarlah pengakuan dah putus cinta. Bila masa bercinta pun tak tahulah. Namun dalam bab Lana Nordin dan Mas Khan ini, Abang Nara percaya mereka berdua belum sampai ke tahap percintaan lagi. Masing-masing pun baru mengenali antara satu sama lain. Orang kata baru nak kenal-kenal lah.
mas khan dan lana nordinMas Khan ini orangnya pun nampak kacak. Nampak sesuai dengan Lana Nordin. Macam biasa umur Mas Khan jauh lebih muda daripada Lana Nordin. Selaku pelakon senior, Lana Nordin membawa Mas Khan yang merupakan pelakon junior ke majlis untuk berkenalan dengan orang dalam industri. Kalau Abang Nara jadi Mas Khan, memang terharu dibuatnya. Kata Lana:-

Kami kawan dan rapat sejak sebulan lalu. Kami masih dalam proses mengenali dan belum ke tahap bercinta lagi. Saya tak mahu lagi letakkan status kami ini sebagai bercinta atau pasangan kekasih sebab masih awal lagi.

Dia pun masih baru dalam industri. Kebetulan dia jadi hero saya dalam filem ‘Biasan’. Jadi saya rasa tak salah saya bawa dia ke majlis sebegini untuk pendedahan dia. Sambil tu sikit sebanyak dia dapat pendedahan dan berkenalan dengan pihak media.

Dia seorang yang easy going, terbuka dan senang nak berborak. Dia tak kisah tentang hal yang remeh-temeh. Semua orang ada sejarah kan. Walaupun dia baru berusia 20-an, dia matang.

Dia tak kisah pun tentang kisah-kisah kontrovesi saya yang lalu. Dia pun bijak menyesuaikan diri dia dengan kawan-kawan saya. Dia dengan giler-giler dia, saya dengan giler-giler saya. Kami bole ngam lah

mas khan dan lana nordin

Semoga hubungan Lana Nordin dan Mas Khan akan berubah daripada kawan kepada kekasih dalam masa terdekat ini. Lana pun pasti mahu mengubati hatinya yang luka selepas tewas dalam percintaan palsu Johan As’ari sebelum ini. Namun diharap kedua-duanya jangan terburu-buru. Kenal diri masing-masing terlebih dahulu sebelum buat apa jua keputusan. Yang penting, kebahagiaan boleh dikecapi.

P.S: Perkampungan kucing di Taiwan

Baca Yang Ini Pulak:-

Azwan Kombos Sudah Jelak Dikaitkan Dengan Nad Zainal

Azwan Kombos Sudah Jelak Dikaitkan Dengan Nad Zainal


Azwan Kombos Sudah Jelak Dikaitkan Dengan Nad Zainal

Posted: 24 Jun 2014 10:11 PM PDT

"Saya sebenarnya dah penat nak bercakap mengenai hal ini kerana sudah berlanjutan selama dua bulan. Saya seorang lelaki, jadi kalau orang dah tinggalkan kita kenapa kita nak terhegeh-hegeh dengan dia lagi? " - Azwa Kombos

Firman Mahu Hasilkan Album Tribute P. Ramlee

Posted: 24 Jun 2014 08:32 PM PDT

Pelantun lagu 'Kehilangan', Firman Siagan menyimpan hasrat untuk menghasilkan album tribute untuk Seniman Agung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Firman ingin menunjukkan rasa aprisiasinya terhadap P. Ramlee kerana dia meminati P. Ramlee sejak kecil lagi.

Ella Beri Hadiah Kepada Peminat

Posted: 24 Jun 2014 08:10 PM PDT

Memilih Hard Rock CafƩ Kuala Lumpur sebagai lokasi showcasenya, Ella dilihat masih berbisa apabila mampu menarik ramai peminat bagi memenuhi segenap ruang.

Chacha Maembong Akui Emma Buat Diri Tersepit

Posted: 24 Jun 2014 06:24 PM PDT

Top 5 Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Chacha Maembong mengakui dirinya pernah berada dalam situasi dilemma antara kakaknya, Emma Maembong dan syarikat pengurusan kerjaya seninya, Wirefame Entertainment (WFE).

Neelofa Rahsia Perpisahan Demi Kebaikan Hans Isaac

Posted: 24 Jun 2014 06:12 PM PDT

Pelakon filem 'Pilot CafƩ', Neelofa enggan mendedahkan sebab-sebab dia putus cinta dengan pelakon Hans Isaac. Neelofa dan Hans dikatakan menyemai cinta semenjak dua tahun yang lalu.

Mas Khan Tak Hirau Kontroversi Lana Nordin

Posted: 24 Jun 2014 09:14 AM PDT

Pelakon baru, Mas Khan yang kini berkawan rapat dengan Lana Nodin,35, mengakui yang dia tidak pernah menghiraukan kontroversi yang pernah melanda temannya itu. Baginya, setiap yang berlalu, biarkan sahaja ia berlalu.

Sleeq Kumpul Ramai Artis Untuk Album Baru

Posted: 24 Jun 2014 09:46 AM PDT

Kumpulan duo hip hop Singapura, Sleeq menjelaskan yang mereka tidak pernah merancang untuk menggunakan populariti artis-artis lain untuk menaikkan nama mereka dalam industri hiburan Malaysia.

Saya & Zarema Tidak Terkesan Langsung Dengan Pendedahan Rita – Aidil Zafuan

Saya & Zarema Tidak Terkesan Langsung Dengan Pendedahan Rita – Aidil Zafuan


Saya & Zarema Tidak Terkesan Langsung Dengan Pendedahan Rita – Aidil Zafuan

Posted: 24 Jun 2014 01:35 AM PDT

Pendedahan yang dilakukan oleh Rita Rudaini mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan baru-baru ini ternyata mengegar dunia hiburan. Mana tidaknya, Rita mendakwa Aidil takut pada isterinya, Zarema Zainal. Pendedahan yang dilakukan Rita kononnya adalah makluman daripada Aidil sendiri yang sekaligus membawa makna, Aidil mengadu kepada bekas isterinya mengenai isterinya sekarang.

aidil dan zarema

Namun hari ini menerusi Berita Harian, Aidil mempersoalankan motif Rita Rudaini membuat pendedahan sebegitu. Kata Aidil:-

Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apa tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami (Aidil dan Zarema) tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

rita

Tiada penafian atau pengakuan yang dilakukan oleh Aidil mengenai pendedahan bekas isterinya itu. Satu langkah yang bijak pada pendapat Abang Nara. Hal-hal rumah tangga jangan dijaja kepada orang ramai. Kita sebagai suami isteri patut selesaikan sesama sendiri. Aidil juga mempersoalkan tindakan Rita yang hanya memberi kebenaran untuk dirinya menjenguk anak seminggu sebelum berkahwin.

Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang.

Rita mengadu kepada media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang.

Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak. Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanya soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka.

Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya seminggu sebelum saya berkahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

Persoalannya mengapa lagi seminggu saya nak kahwin baru balas mesej dan beri keizinan? Selepas berkahwin, saya pindah ke Johor Bahru. Kesibukan membuatkan saya tidak sempat melawat mereka.

Namun saya tetap bertanya khabar dan baru-baru ini saya ternampak gambar anak sakit. Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita.

Apabila saya bertanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik. Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya.

Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya.

aidil dan rita

Pening kepala. Bila baca kenyataan Aidil, rasa macam Aidil betul. Bila baca kenyataan Rita, rasa macam Rita betul. Kebenarannya? Hanya mereka sahaja yang tahu. Tak apalah. Hal ini, mereka berdua sepatutnya lebih tahu siapa yang benar siapa yang bersalah. Jangan bergaduh sehingga tanggungjawab terhadap anak terus diabaikan sudahlah. Harap cepat-cepat berdamai untuk kebahagiaan semua pihak.

Baca Yang Ini Pulak:-

Fasha Sandha Tegur Peminat Bandingkan Dirinya Dengan Nora Danish

Posted: 24 Jun 2014 01:12 AM PDT

Kalau Abang Nara jadi Fasha Sandha, sedikit sebanyak mesti tertekan dan rasa marah apabila seringkali dibandingkan dengan bekas isteri suaminya, Nora Danish. Lagi-lagi tengah mengandung yang pastinya emosi tidak stabil. Bagi Abang Nara, sudah-sudahlah buat perbandingan. Mereka berdua sudah gembira dengan hidup masing-masing. Kenapa kita tak boleh turut bergembira untuk mereka?

fasha sandha

Di bawah ini ialah komen yang telah membuatkan Fasha Sandha tampil memberi teguran kepada para peminatnya:-

fasha sandha
Ish, ish, ish. Macam tak ada kerja lain kan? Tahap tertinggi juga si peminat ini ‘stalk’ akaun sosial Nora Danish dan Fasha Sandha sampai boleh buat perbandingan sebegini. Sehubungan dengan itu, Fasha Sandha telah membuat teguran panjang lebar di bawah:-

Negative vibes in the morning. I’ve been receiving this type of comments from different followers almost everyday which i don’t like. The fact of the matter, i was at KLFW2014 for Kavita and Tom Abang Saufi finale shows.

Yes, memang betul SHE is close to my husband’s family and always be together with them without me but do u need to feed me WITH this type of comments ? Tujuannya? Benar2 Kesian atau untuk membuatkan saya lebih sedih? Wallahualam.

I’m 5 months pregnant n i don’t like to read this type of comments in my page,my family page or my good friend’s instagram. Yes, anda boleh comments ‘visit my ig’ untuk nak jual apapun or iklan apa saja di laman insta i, i tak kisah and tak pernah tegur,tak pernah delete the comments and tak pernah block.

But, not this type of negative comments, Please RESPECT. Somehow, its hurting me. ‘Everyone has their limits’. Ini adalah teguran to my followers. Teguran ya,bukan marah. If you don’t have anything nice to say, please don’t say anything at all.

To whom it may concern , i do hope that u also understand your limit too. You need to learn that your actions do affect other people,caused problems,negative vibes and comparison. It’s not just always about you. Thank you

nora danish

Tak pasal-pasal daripada tak ada kontroversi, tup-tup kerana komen daripada para peminat, timbul kontroversi sebegini. Kesian Fasha terluka dan kesian Nora Danish namanya terpalit sama. Bak kata Abang Nara sebentar tadi, mereka sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing. Jangan kaitkan lagi kisah mereka. Biarkanlah mereka bahagia dengan apa yang mereka miliki sekarang ini. Tak gitu?

P.S: Volkswagen beri petrol percuma 5 tahun

Baca Yang Ini Pulak:-

Menonton TV Lebih Mudah Dengan Astro PVR + Wifi

Posted: 23 Jun 2014 07:00 PM PDT

Salah satu perkara paling awal Abang Nara lakukan apabila berpindah ke rumah baru ialah memasang Astro. Mana boleh hidup tak ada Astro lebih-lebih lagi dengan Piala Dunia 2014 yang bakal menjelang tiba. Sebelum ini di rumah lama Abang Nara gunakan Astro Personal Video Recorder (PVR), kali ini di rumah baru, Abang Nara upgrade kepada Astro PVR + Wifi. Ini adalah dekoder Astro yang terbaru.

astro pvr dan wifi

Selesai pemasangan (terima kasih kepada pihak Astro yang bertungkus lumus naik bumbung rumah Abang Nara), perkara pertama yang Abang Nara lakukan tak lain tak bukan ialah setting wifi di Astro PVR. Senang sangat caranya. Gunakan remote tekan Home – Setting – Network – Network Preference. Tukarkan dari "Ethernet" kepada "Wifi". Lepas itu dekoder Astro akan "restart" secara automatik. Lepas itu pergi balik ke pilihan tadi dan masukkanlah kata laluan Wifi korang. Senang kan?

astro pvr dan wifi

Jadi apa kelebihannya Astro PVR + Wifi nie sebenarnya? Sebelum Abang Nara bercerita lebih lanjut, untuk makluman korang, dekoder terbaru Astro ini mempunyai kapasiti 500GB ruangan penyimpanan. Ini bermakna korang boleh rakam sehingga 100 jam kandungan HD bersamaan dengan 50 filem penuh berkualiti HD. Kalau saluran SD pula, rakaman boleh dilakukan sehingga 290 jam. Banyak kan? Jadi di sinilah gunanya Wifi sebab ada isi kandungan selama 6,000 jam yang boleh dimuat turun menerusi Video On Demand dan juga Catch Up TV. Download banyak-banyak pun tak perlu risau sebab kapasiti rakaman yang amat besar disediakan oleh Astro PVR + Wifi ini.

astro pvr dan wifi

Dengan hanya menekan butang "VOD" di remote Astro, maka keluarlah pilihan menu seperti gambar di atas. Wife Abang Nara dengan pantasnya suruh beli cerita Frozen walaupun dah tengok dekat 10 kali. Untuk VOD ini, kebanyakkannya perlu dibayar untuk ditonton. Iyerlah, kesemuanya cerita-cerita terbaru kot. Tapi korang jangan risau, kalau nak tengok yang PERCUMA pun ada. Cuma perlu pergi ke Catch UP TV dan anda boleh layan balik program-program seperti Maharaja Lawak Mega, Meletop, Oh My English dan banyak lagilah. Jadi lepas nie kalau terlepas tengok Neelofa di Meletop, tanpa perlu tunggu siaran ulangan lagi dah. Boleh tengok bila-bila masa yang anda suka . Inilah gunanya Wifi dalam Astro terbaru ini.
astro pvr dan wifi

Pembaharuan yang paling Abang Nara suka ialah user interface Astro. Yang ini rasanya semua orang dapat tak kira jenis dekoder. User interface baru ini senang untuk dinavigasi, sedap mata memandang dan nampak lebih professional. Selain itu, kalau korang gunakan dekoder Astro PVR + Wifi, pasti korang amat berpuas hati dengan remote controlnya. Semua butang-butang penting ada pada kedudukan yang mudah digunakan. Tekan sekali terus keluar. Tak perlu nak kelam-kabut cari satu-satu kat menu. Butang yang selalu Abang Nara guna sudah tentu ialah butang "R" untuk record. Hehehe.

astro pvr dan wifi

Disebabkan baru je dapat Astro PVR + Wifi ini, tak banyak lagi program yang Abang Nara rakam. Tunggu lagi sebulan dua confirm penuh. Setakat sekarang ini, Running Man memang wajib dirakam. Setakat ini dengan Astro PVR, memang tak pernah terlepas satu episode pun. Sebabnya Abang Nara dah rekod Running Man menggunakan "series link". Maksudnya semua episod Running Man akan dirakamkan secara automatic. Tak perlu nak pilih satu-satu. Lagi best, program yang boleh dirakamkan bukan untuk esok lusa sahaja, tetapi sehingga 7 hari ke hadapan. Siap boleh guna remote record lagi. Terbaik kan? Cara nak gunanya pun amat mudah. Kalau korang tengah tengok program kegemaran korang dan rasa nak rakam kesemua episodnya, cuma tekan butang "R" di remote Astro. Siap!!!
astro pvr dan wifiSatu lagi fungsi hebat Astro PVR yang baru ini ialah Dual Tuner. Buat anda yang suka merakam banyak program TV, ini memang fungsi yang dicipta khas untuk anda. Dengan Dual Tuner, anda boleh merakam 2 program secara serentak sambil menonton program yang telah sedia dirakam. Sebagai contoh, pagi Sabtu yang indah Abang Nara tengok episode Running Man yang telah dirakam malam sebelumnya sambil merekodkan kartun Upin & Ipin serta filem Mission Impossible di saluran 411. Dah habis tengok Running Man, Upin & Ipin serta Mission Impossible juga sudah selesai dirakam. Tak perlu nak kelam-kabut sekejap alih channel lain. Boleh fokus satu persatu. Senang kan?
astro pvr dan wifiMacam biasa kalau benda baru awal-awal pasti akan ada kekeliruan jugak. Abang Nara jenis cepat belajar so tak ada masalah nak gunakan TV Guide baru dari Astro ini. Namun korang jangan risau. Kalau rasa tak dan blur je, terus tekan saluran 100. Ini adalah saluran Panduan TV yang berbilang bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil & Mandarin) tersedia untuk memberikan pengalaman menarik dan lebih bermakna kepada kita untuk memilih, mencari dan menonton program kegemaran anda dalam bahasa pilihan masing-masing. Paling power enjin carian yang digunakan dalam Panduan TV ini membolehkan anda mencari program kegemaran berdasarkan kategori seperti bahasa, tahun dikeluarkan, tarikh penyiaran dan masa penyiaran. Hebat kan? Dah macam Google plak.
astro pvr dan wifiAbang Nara dah beralih kepada Astro PVR + Wifi. Korang bila lagi? Jangan lambat-lambat sebab banyak benda best yang korang terlepas. Untuk informasi lanjut, layari www.astro.com.my.

Baca Yang Ini Pulak:-

Please La Respect Sikit – Nabila Huda

Posted: 23 Jun 2014 05:48 PM PDT

Susulan beberapa kontroversi yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini, Nabila Huda telah meminta orang ramai untuk menghormati dirinya. Luahan yang ditulis menerusi akaun Twitternya ini mungkin susulan kata caci-cacian oleh ayahnya sendiri, Amy Search. Iyerlah, kalau tak silap Nabila Huda sedang bercuti sekarang ini. Tup-tup ada cerita tak best macam ini pulak. Confirmlah tak ‘feeling’ bercuti.

nabila huda

Sementara itu, beberapa keping gambar Nabila Huda dan seorang lelaki yang dipercayai kekasih barunya telah mula tersebar di dunia Internet. Menurut informasi, lelaki bertuah yang berjaya mencuri hati Nabila ini digelar ‘Bert’ dan merupakan pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail. Hensem jugak si lelaki ini. Patutlah Nabila jatuh cinta.

nabila huda

Kepada Nabila, kalau boleh janganlah kongsi gambar yang boleh menimbulkan prasangka orang ramai di Instagram anda. Memang itu Instagram anda tetapi selaku seorang selebriti, diharap dapat lebih berhati-hati.

Yang Ini Pun Best Jugak:-

    Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014

    Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014


    Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014

    Posted: 20 Jun 2014 04:05 AM PDT

    Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014   |  Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 dari kumpulan E iaitu pertembungan diantara pasukan Switzerland dan Perancis pada jam 3 pagi waktu Malaysia. Siaran langsung perlawanan boleh ditonton melalui link yang disenaraikan di bawah.

    KEPUTUSAN SEMASA

    SWITZERLAND  0  -  3   PERANCIS

     

    Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan

    Posted: 20 Jun 2014 03:57 AM PDT

    Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan  |   Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.

    Tasha atau nama sebenarnya  Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.

    "Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," kata Tasha kepada mStar Online.

    Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu.

    Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.

    Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.

    "Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," katanya.

    Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.

    Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata,  buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.

    Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.

    Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.

    Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.

    "Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka," katanya.

    Rita Rudaini: Aidil Zafuan Takut Isteri & Pernah Gaduh Sampai Pecah Barang Rumah

    Posted: 20 Jun 2014 03:51 AM PDT

    Rita Rudaini: Aidil Zafuan Takut Isteri & Pernah Gaduh Sampai Pecah Barang Rumah   |    Nah sekali Rita Rudaini membuat kenyataan balas, memang boleh terduduk lawan di sebelah sana. Awal hari ini, Aidil Zafuan ada memberikan kenyataan kepada media bahawa beliau mahu Rita Rudaini berhenti mereka cerita dan mencari salah isterinya, Zarema Zainal.

    Menerusi Media Hiburan, Rita Rudaini tampil menjelaskan situasi sebenar di mana pada awalnya Aidil Zafuan yang meminta beliau memuat turun aplikasi WeChat untuk mudah terus berhubung dengan anak anak namun selepas kantoi dengan isterinya, telefon bimbit pun dirampas.

    Dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya 3 hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil hubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil”

    “Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa history panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri”

    “Aidil juga cakap kerana kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan,” cerita Rita Rudaini.

    Kalau benar seperti didakwa, ganas juga sifatnya isteri baru Aidil Zafuan ini. Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan juga pernah mengadu tentang sikap isterinya termasuk kehabisan duit kerana menanggung majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan.

    Anda boleh membaca tulisan penuh di Media Hiburan untuk mendapatkan gambaran jelas akan apa yang diceritakan Rita Rudaini terhadap berkas suaminya & Zarema Zainal itu. Rasanya kisah ini tidak akan ada penghujung jika berterusan begini.   – sumber -

    Sharifah Sofia Dedah Kedudukan MH370, Kini Menderita Akibat Perbuatan Khianat

    Posted: 20 Jun 2014 03:39 AM PDT

    Sharifah Sofia Dedah Kedudukan MH370, Kini Menderita Akibat Perbuatan Khianat  |  Akibat pendedahan 'berani mati' ini agaknya Sharifah Sofia Syed Rashid kini khabarnya sedang menderita akibat perbuatan khianat.

    dedah mh370 Sharifah Sofia Dedah Kedudukan MH370, Kini Menderita Akibat Perbuatan Khianat
    Berikut kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini yang menyatakan kebimbangan tentang perbuatan khianat santau yang cuba dihantar kepadanya dan cerita terkini tentang keadaan beliau yang ditulis oleh 'saudara terdekat' beliau di wall fb beliau.

    dedah mh370 2 Sharifah Sofia Dedah Kedudukan MH370, Kini Menderita Akibat Perbuatan Khianat

    dedah mh370 3 Sharifah Sofia Dedah Kedudukan MH370, Kini Menderita Akibat Perbuatan Khianat

    - sumber -

    Memalukan : Rita Rudaini Dedah Perangai Sebenar Aidil Zafuan

    Posted: 20 Jun 2014 03:25 AM PDT

    Memalukan : Rita Rudaini Dedah Perangai Sebenar Aidil Zafuan  |   Kurang 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil pun membuat kenyataan balas yang mahukan Rita berhenti daripada mencari salahnya.

    Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita.

    Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi.

    "Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

    "Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

    "Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

    "Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

    "Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan."

    BERSUMPAH

    Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin.

    "Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak. Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.

    "Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya. Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya. Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya. Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).

    "Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya.

    "Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat. Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya. Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya."

    SEBAB TAK BALAS MESEJ

    Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya.

    "Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.

    "Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak. Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.

    "Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.

    "Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya. Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam. Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil. Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya."

    SIKAP ZAREMA

    Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin.

    "Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

    "Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

    "Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

    "Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan."

    Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.

    "Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya."

    Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita.

    "Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia."

    - sumber -

    2 Gambar Bas Rapid KL Ditusuk Penghadang Jalan

    Posted: 20 Jun 2014 03:14 AM PDT

    2 Gambar Bas Rapid KL Ditusuk Penghadang Jalan   |   Seorang pelajar tingkatan satu telah patah kaki selepas Bas Rapid Kuantan yang dinaikinya terbabas lalu merempuh rel penghadang jalan di Kilometer 4 Jalan Pekan-Kuantan petang semalam.

    Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari merupakan antara tiga penumpang yang menempuh pengalaman ngeri apabila bas yang mereka naiki tertusuk rel penghadang jalan berkenaan kira-kira 3.40 petang semalam.

    Kemalangan ngeri berkenaan dipercayai berpunca daripada tayar depan sebelah kiri bas berkenaan pecah sebelum kenderaan itu terbabas ke kiri jalan.

    bas rapid kl ditusuk penghadang jalan 2 Gambar Bas Rapid KL Ditusuk Penghadang Jalan

    Pegawai Bomba Kanan ll, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud menyatakan pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.

    45 petang tadi sebelum mengerahkan empat anggota dan sebuah jentera ke tempat kejadian.

    bas2 ditusuk penghadang jalan 2 Gambar Bas Rapid KL Ditusuk Penghadang Jalan

    Kesemua mangsa dibawa keluar oleh orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.  - sumber  -

     

    Keputusan SPM Artis Malaysia Yang Terkenal Didedahkan

    Posted: 20 Jun 2014 03:08 AM PDT

    Keputusan SPM Artis Malaysia Yang Terkenal Didedahkan  |  Kali ini kami dapat info terbaru mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia. Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga.

    Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.

    Berikut adalah 10 keputusan SPM artis/ selebriti Malaysia:
     

    1. Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006
    2. Syura – 3A spm, 2004
    3. Siti Nordiana – 5A spm ,2000
    4. Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7
    5. Diana Danielle -2A 5B
    6. Sheila Rusly – Gred 2
    7. Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.
    8. Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990
    9. Najwa Latif 4 A
    10. Nasha Aziz – Gred 1

    Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda.

    p/s: Banyak lagi idola lain selain daripada artis kita, cuma ini salah satu contoh. Ambil yang baik, yang mana tak elok tu buang jauh-jauh. Jadikan sebagai panduan dan pengajaran. Insya ALLAH.


    - sumber -

    Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil

    Posted: 19 Jun 2014 08:23 AM PDT

    Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil |Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam.

    Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial.

    “Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah,” luah Diana Danielle.

    diana dannele Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil

    Kasihan pula kami kepada Nora Danish walaupun ada kebenaran dalam hak Diana Danielle sebagai seorang isteri namun sebagai seorang yang juga mencari rezeki sebagai pelakon, beliau seharusnya lebih arif akan tuntutan kerja. Oh well. -s.harian

    Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan

    Posted: 19 Jun 2014 08:19 AM PDT

    Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan | Kontroversi yang melibatkan bekas pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada minggu lepas telah mengejutkan industri hiburan negara apabila kisah perceraiannya menjadi antara yang terhangat dan menjadi pilihan pembaca untuk mengetahui kisah lanjut mengenai perceraiannya bersama bekas suami, Noor Farhan.

    "Saya pun tak berani hendak komen mengenai isu ini. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di sebalik kejadian ini. Apa yang boleh saya cakap sepanjang 3 tahun saya bersama, dia ialah seorang yang baik dan bukanlah seperti yang didakwa”

    “Tidak pula dia mencederakan saya. Semuanya baik setakat mana saya bersamanya seketika dahulu. Saya sebenarnya tahu pun perkara itu daripada media dan yang lain-lain saya tidak tahu secara terperinci di sebalik apa yang sebenarnya telah berlaku,“ ujarnya ringkas.-s.harian

    Curang, Pasangan kekasih gelap ditetak suami

    Posted: 19 Jun 2014 08:16 AM PDT

    Curang, Pasangan kekasih gelap ditetak suami| Tindakan curang seorang isteri yang bermadu kasih dengan kekasih gelapnya membawa padah apabila perbuatan mereka dihidu suami wanita berkenaan.

    Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek dikatakan baru pulang ke rumah daripada berniaga dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik di rumah mereka, di Jalan Rakyat, Langgar, di sini.

    Berang melihat perbuatan isterinya itu, suspek dikatakan terus bertindak menyerang dan menetak isterinya dan lelaki berkenaan yang juga pekerjanya menggunakan sebilah parang.

    Akibat tetakan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha, kaki dan tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejurus kejadian.

    “Saya tidak mengenali mereka secara dekat dan menyedari kejadian apabila melihat kehadiran polis ke rumah mereka,” katanya.

    Menurut beliau, suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di lokasi kejadian.

    ditetak Curang, Pasangan kekasih gelap ditetak suami

    “Mangsa merupakan isteri suspek berusia awal 30-an dan seorang lelaki yang merupakan pekerja kepada wanita tersebut berusia 19 tahun.

    “Wanita berkenaan cedera di bahagian paha kanan akibat diserang suaminya menggunakan senjata tajam, manakala pasangannya cedera serta patah kaki dan tangan,” katanya.

    Tambah Nashir, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

    Difahamkan, suspek kini direman untuk membantu siasatan kes sehingga 24 Jun ini. Manakala kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di HSB.-Sinar harian

    Terhangat

    UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani