Powered by Blogger.

Saya & Zarema Tidak Terkesan Langsung Dengan Pendedahan Rita – Aidil Zafuan

Saya & Zarema Tidak Terkesan Langsung Dengan Pendedahan Rita – Aidil Zafuan


Saya & Zarema Tidak Terkesan Langsung Dengan Pendedahan Rita – Aidil Zafuan

Posted: 24 Jun 2014 01:35 AM PDT

Pendedahan yang dilakukan oleh Rita Rudaini mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan baru-baru ini ternyata mengegar dunia hiburan. Mana tidaknya, Rita mendakwa Aidil takut pada isterinya, Zarema Zainal. Pendedahan yang dilakukan Rita kononnya adalah makluman daripada Aidil sendiri yang sekaligus membawa makna, Aidil mengadu kepada bekas isterinya mengenai isterinya sekarang.

aidil dan zarema

Namun hari ini menerusi Berita Harian, Aidil mempersoalankan motif Rita Rudaini membuat pendedahan sebegitu. Kata Aidil:-

Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apa tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami (Aidil dan Zarema) tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

rita

Tiada penafian atau pengakuan yang dilakukan oleh Aidil mengenai pendedahan bekas isterinya itu. Satu langkah yang bijak pada pendapat Abang Nara. Hal-hal rumah tangga jangan dijaja kepada orang ramai. Kita sebagai suami isteri patut selesaikan sesama sendiri. Aidil juga mempersoalkan tindakan Rita yang hanya memberi kebenaran untuk dirinya menjenguk anak seminggu sebelum berkahwin.

Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang.

Rita mengadu kepada media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang.

Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak. Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanya soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka.

Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya seminggu sebelum saya berkahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

Persoalannya mengapa lagi seminggu saya nak kahwin baru balas mesej dan beri keizinan? Selepas berkahwin, saya pindah ke Johor Bahru. Kesibukan membuatkan saya tidak sempat melawat mereka.

Namun saya tetap bertanya khabar dan baru-baru ini saya ternampak gambar anak sakit. Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita.

Apabila saya bertanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik. Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya.

Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya.

aidil dan rita

Pening kepala. Bila baca kenyataan Aidil, rasa macam Aidil betul. Bila baca kenyataan Rita, rasa macam Rita betul. Kebenarannya? Hanya mereka sahaja yang tahu. Tak apalah. Hal ini, mereka berdua sepatutnya lebih tahu siapa yang benar siapa yang bersalah. Jangan bergaduh sehingga tanggungjawab terhadap anak terus diabaikan sudahlah. Harap cepat-cepat berdamai untuk kebahagiaan semua pihak.

Baca Yang Ini Pulak:-

Fasha Sandha Tegur Peminat Bandingkan Dirinya Dengan Nora Danish

Posted: 24 Jun 2014 01:12 AM PDT

Kalau Abang Nara jadi Fasha Sandha, sedikit sebanyak mesti tertekan dan rasa marah apabila seringkali dibandingkan dengan bekas isteri suaminya, Nora Danish. Lagi-lagi tengah mengandung yang pastinya emosi tidak stabil. Bagi Abang Nara, sudah-sudahlah buat perbandingan. Mereka berdua sudah gembira dengan hidup masing-masing. Kenapa kita tak boleh turut bergembira untuk mereka?

fasha sandha

Di bawah ini ialah komen yang telah membuatkan Fasha Sandha tampil memberi teguran kepada para peminatnya:-

fasha sandha
Ish, ish, ish. Macam tak ada kerja lain kan? Tahap tertinggi juga si peminat ini ‘stalk’ akaun sosial Nora Danish dan Fasha Sandha sampai boleh buat perbandingan sebegini. Sehubungan dengan itu, Fasha Sandha telah membuat teguran panjang lebar di bawah:-

Negative vibes in the morning. I’ve been receiving this type of comments from different followers almost everyday which i don’t like. The fact of the matter, i was at KLFW2014 for Kavita and Tom Abang Saufi finale shows.

Yes, memang betul SHE is close to my husband’s family and always be together with them without me but do u need to feed me WITH this type of comments ? Tujuannya? Benar2 Kesian atau untuk membuatkan saya lebih sedih? Wallahualam.

I’m 5 months pregnant n i don’t like to read this type of comments in my page,my family page or my good friend’s instagram. Yes, anda boleh comments ‘visit my ig’ untuk nak jual apapun or iklan apa saja di laman insta i, i tak kisah and tak pernah tegur,tak pernah delete the comments and tak pernah block.

But, not this type of negative comments, Please RESPECT. Somehow, its hurting me. ‘Everyone has their limits’. Ini adalah teguran to my followers. Teguran ya,bukan marah. If you don’t have anything nice to say, please don’t say anything at all.

To whom it may concern , i do hope that u also understand your limit too. You need to learn that your actions do affect other people,caused problems,negative vibes and comparison. It’s not just always about you. Thank you

nora danish

Tak pasal-pasal daripada tak ada kontroversi, tup-tup kerana komen daripada para peminat, timbul kontroversi sebegini. Kesian Fasha terluka dan kesian Nora Danish namanya terpalit sama. Bak kata Abang Nara sebentar tadi, mereka sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing. Jangan kaitkan lagi kisah mereka. Biarkanlah mereka bahagia dengan apa yang mereka miliki sekarang ini. Tak gitu?

P.S: Volkswagen beri petrol percuma 5 tahun

Baca Yang Ini Pulak:-

Menonton TV Lebih Mudah Dengan Astro PVR + Wifi

Posted: 23 Jun 2014 07:00 PM PDT

Salah satu perkara paling awal Abang Nara lakukan apabila berpindah ke rumah baru ialah memasang Astro. Mana boleh hidup tak ada Astro lebih-lebih lagi dengan Piala Dunia 2014 yang bakal menjelang tiba. Sebelum ini di rumah lama Abang Nara gunakan Astro Personal Video Recorder (PVR), kali ini di rumah baru, Abang Nara upgrade kepada Astro PVR + Wifi. Ini adalah dekoder Astro yang terbaru.

astro pvr dan wifi

Selesai pemasangan (terima kasih kepada pihak Astro yang bertungkus lumus naik bumbung rumah Abang Nara), perkara pertama yang Abang Nara lakukan tak lain tak bukan ialah setting wifi di Astro PVR. Senang sangat caranya. Gunakan remote tekan Home – Setting – Network – Network Preference. Tukarkan dari "Ethernet" kepada "Wifi". Lepas itu dekoder Astro akan "restart" secara automatik. Lepas itu pergi balik ke pilihan tadi dan masukkanlah kata laluan Wifi korang. Senang kan?

astro pvr dan wifi

Jadi apa kelebihannya Astro PVR + Wifi nie sebenarnya? Sebelum Abang Nara bercerita lebih lanjut, untuk makluman korang, dekoder terbaru Astro ini mempunyai kapasiti 500GB ruangan penyimpanan. Ini bermakna korang boleh rakam sehingga 100 jam kandungan HD bersamaan dengan 50 filem penuh berkualiti HD. Kalau saluran SD pula, rakaman boleh dilakukan sehingga 290 jam. Banyak kan? Jadi di sinilah gunanya Wifi sebab ada isi kandungan selama 6,000 jam yang boleh dimuat turun menerusi Video On Demand dan juga Catch Up TV. Download banyak-banyak pun tak perlu risau sebab kapasiti rakaman yang amat besar disediakan oleh Astro PVR + Wifi ini.

astro pvr dan wifi

Dengan hanya menekan butang "VOD" di remote Astro, maka keluarlah pilihan menu seperti gambar di atas. Wife Abang Nara dengan pantasnya suruh beli cerita Frozen walaupun dah tengok dekat 10 kali. Untuk VOD ini, kebanyakkannya perlu dibayar untuk ditonton. Iyerlah, kesemuanya cerita-cerita terbaru kot. Tapi korang jangan risau, kalau nak tengok yang PERCUMA pun ada. Cuma perlu pergi ke Catch UP TV dan anda boleh layan balik program-program seperti Maharaja Lawak Mega, Meletop, Oh My English dan banyak lagilah. Jadi lepas nie kalau terlepas tengok Neelofa di Meletop, tanpa perlu tunggu siaran ulangan lagi dah. Boleh tengok bila-bila masa yang anda suka . Inilah gunanya Wifi dalam Astro terbaru ini.
astro pvr dan wifi

Pembaharuan yang paling Abang Nara suka ialah user interface Astro. Yang ini rasanya semua orang dapat tak kira jenis dekoder. User interface baru ini senang untuk dinavigasi, sedap mata memandang dan nampak lebih professional. Selain itu, kalau korang gunakan dekoder Astro PVR + Wifi, pasti korang amat berpuas hati dengan remote controlnya. Semua butang-butang penting ada pada kedudukan yang mudah digunakan. Tekan sekali terus keluar. Tak perlu nak kelam-kabut cari satu-satu kat menu. Butang yang selalu Abang Nara guna sudah tentu ialah butang "R" untuk record. Hehehe.

astro pvr dan wifi

Disebabkan baru je dapat Astro PVR + Wifi ini, tak banyak lagi program yang Abang Nara rakam. Tunggu lagi sebulan dua confirm penuh. Setakat sekarang ini, Running Man memang wajib dirakam. Setakat ini dengan Astro PVR, memang tak pernah terlepas satu episode pun. Sebabnya Abang Nara dah rekod Running Man menggunakan "series link". Maksudnya semua episod Running Man akan dirakamkan secara automatic. Tak perlu nak pilih satu-satu. Lagi best, program yang boleh dirakamkan bukan untuk esok lusa sahaja, tetapi sehingga 7 hari ke hadapan. Siap boleh guna remote record lagi. Terbaik kan? Cara nak gunanya pun amat mudah. Kalau korang tengah tengok program kegemaran korang dan rasa nak rakam kesemua episodnya, cuma tekan butang "R" di remote Astro. Siap!!!
astro pvr dan wifiSatu lagi fungsi hebat Astro PVR yang baru ini ialah Dual Tuner. Buat anda yang suka merakam banyak program TV, ini memang fungsi yang dicipta khas untuk anda. Dengan Dual Tuner, anda boleh merakam 2 program secara serentak sambil menonton program yang telah sedia dirakam. Sebagai contoh, pagi Sabtu yang indah Abang Nara tengok episode Running Man yang telah dirakam malam sebelumnya sambil merekodkan kartun Upin & Ipin serta filem Mission Impossible di saluran 411. Dah habis tengok Running Man, Upin & Ipin serta Mission Impossible juga sudah selesai dirakam. Tak perlu nak kelam-kabut sekejap alih channel lain. Boleh fokus satu persatu. Senang kan?
astro pvr dan wifiMacam biasa kalau benda baru awal-awal pasti akan ada kekeliruan jugak. Abang Nara jenis cepat belajar so tak ada masalah nak gunakan TV Guide baru dari Astro ini. Namun korang jangan risau. Kalau rasa tak dan blur je, terus tekan saluran 100. Ini adalah saluran Panduan TV yang berbilang bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil & Mandarin) tersedia untuk memberikan pengalaman menarik dan lebih bermakna kepada kita untuk memilih, mencari dan menonton program kegemaran anda dalam bahasa pilihan masing-masing. Paling power enjin carian yang digunakan dalam Panduan TV ini membolehkan anda mencari program kegemaran berdasarkan kategori seperti bahasa, tahun dikeluarkan, tarikh penyiaran dan masa penyiaran. Hebat kan? Dah macam Google plak.
astro pvr dan wifiAbang Nara dah beralih kepada Astro PVR + Wifi. Korang bila lagi? Jangan lambat-lambat sebab banyak benda best yang korang terlepas. Untuk informasi lanjut, layari www.astro.com.my.

Baca Yang Ini Pulak:-

Please La Respect Sikit – Nabila Huda

Posted: 23 Jun 2014 05:48 PM PDT

Susulan beberapa kontroversi yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini, Nabila Huda telah meminta orang ramai untuk menghormati dirinya. Luahan yang ditulis menerusi akaun Twitternya ini mungkin susulan kata caci-cacian oleh ayahnya sendiri, Amy Search. Iyerlah, kalau tak silap Nabila Huda sedang bercuti sekarang ini. Tup-tup ada cerita tak best macam ini pulak. Confirmlah tak ‘feeling’ bercuti.

nabila huda

Sementara itu, beberapa keping gambar Nabila Huda dan seorang lelaki yang dipercayai kekasih barunya telah mula tersebar di dunia Internet. Menurut informasi, lelaki bertuah yang berjaya mencuri hati Nabila ini digelar ‘Bert’ dan merupakan pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail. Hensem jugak si lelaki ini. Patutlah Nabila jatuh cinta.

nabila huda

Kepada Nabila, kalau boleh janganlah kongsi gambar yang boleh menimbulkan prasangka orang ramai di Instagram anda. Memang itu Instagram anda tetapi selaku seorang selebriti, diharap dapat lebih berhati-hati.

Yang Ini Pun Best Jugak:-

    0 comments:

    Post a Comment

    Terhangat

    UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani