Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014
Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014 |
- Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014
- Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan
- Rita Rudaini: Aidil Zafuan Takut Isteri & Pernah Gaduh Sampai Pecah Barang Rumah
- Sharifah Sofia Dedah Kedudukan MH370, Kini Menderita Akibat Perbuatan Khianat
- Memalukan : Rita Rudaini Dedah Perangai Sebenar Aidil Zafuan
- 2 Gambar Bas Rapid KL Ditusuk Penghadang Jalan
- Keputusan SPM Artis Malaysia Yang Terkenal Didedahkan
- Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil
- Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan
- Curang, Pasangan kekasih gelap ditetak suami
Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014 Posted: 20 Jun 2014 04:05 AM PDT Live Streaming Switzerland vs Perancis Piala Dunia Brazil 2014 – 21 Jun 2014 | Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 dari kumpulan E iaitu pertembungan diantara pasukan Switzerland dan Perancis pada jam 3 pagi waktu Malaysia. Siaran langsung perlawanan boleh ditonton melalui link yang disenaraikan di bawah. KEPUTUSAN SEMASA SWITZERLAND 0 - 3 PERANCIS
|
Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan Posted: 20 Jun 2014 03:57 AM PDT Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan | Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan. Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.
Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu. Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi. Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.
Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam. Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata, buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan. Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti. Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan. Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.
|
Rita Rudaini: Aidil Zafuan Takut Isteri & Pernah Gaduh Sampai Pecah Barang Rumah Posted: 20 Jun 2014 03:51 AM PDT Rita Rudaini: Aidil Zafuan Takut Isteri & Pernah Gaduh Sampai Pecah Barang Rumah | Nah sekali Rita Rudaini membuat kenyataan balas, memang boleh terduduk lawan di sebelah sana. Awal hari ini, Aidil Zafuan ada memberikan kenyataan kepada media bahawa beliau mahu Rita Rudaini berhenti mereka cerita dan mencari salah isterinya, Zarema Zainal. Menerusi Media Hiburan, Rita Rudaini tampil menjelaskan situasi sebenar di mana pada awalnya Aidil Zafuan yang meminta beliau memuat turun aplikasi WeChat untuk mudah terus berhubung dengan anak anak namun selepas kantoi dengan isterinya, telefon bimbit pun dirampas. Dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya 3 hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil hubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil”
Kalau benar seperti didakwa, ganas juga sifatnya isteri baru Aidil Zafuan ini. Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan juga pernah mengadu tentang sikap isterinya termasuk kehabisan duit kerana menanggung majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan. Anda boleh membaca tulisan penuh di Media Hiburan untuk mendapatkan gambaran jelas akan apa yang diceritakan Rita Rudaini terhadap berkas suaminya & Zarema Zainal itu. Rasanya kisah ini tidak akan ada penghujung jika berterusan begini. – sumber - |
Sharifah Sofia Dedah Kedudukan MH370, Kini Menderita Akibat Perbuatan Khianat Posted: 20 Jun 2014 03:39 AM PDT Sharifah Sofia Dedah Kedudukan MH370, Kini Menderita Akibat Perbuatan Khianat | Akibat pendedahan 'berani mati' ini agaknya Sharifah Sofia Syed Rashid kini khabarnya sedang menderita akibat perbuatan khianat. - sumber - |
Memalukan : Rita Rudaini Dedah Perangai Sebenar Aidil Zafuan Posted: 20 Jun 2014 03:25 AM PDT Memalukan : Rita Rudaini Dedah Perangai Sebenar Aidil Zafuan | Kurang 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil pun membuat kenyataan balas yang mahukan Rita berhenti daripada mencari salahnya. Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita. Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi.
BERSUMPAH
SEBAB TAK BALAS MESEJ
SIKAP ZAREMA
- sumber - |
2 Gambar Bas Rapid KL Ditusuk Penghadang Jalan Posted: 20 Jun 2014 03:14 AM PDT 2 Gambar Bas Rapid KL Ditusuk Penghadang Jalan | Seorang pelajar tingkatan satu telah patah kaki selepas Bas Rapid Kuantan yang dinaikinya terbabas lalu merempuh rel penghadang jalan di Kilometer 4 Jalan Pekan-Kuantan petang semalam. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari merupakan antara tiga penumpang yang menempuh pengalaman ngeri apabila bas yang mereka naiki tertusuk rel penghadang jalan berkenaan kira-kira 3.40 petang semalam. Kemalangan ngeri berkenaan dipercayai berpunca daripada tayar depan sebelah kiri bas berkenaan pecah sebelum kenderaan itu terbabas ke kiri jalan. Pegawai Bomba Kanan ll, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud menyatakan pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3. 45 petang tadi sebelum mengerahkan empat anggota dan sebuah jentera ke tempat kejadian. Kesemua mangsa dibawa keluar oleh orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut. - sumber -
|
Keputusan SPM Artis Malaysia Yang Terkenal Didedahkan Posted: 20 Jun 2014 03:08 AM PDT
Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda. p/s: Banyak lagi idola lain selain daripada artis kita, cuma ini salah satu contoh. Ambil yang baik, yang mana tak elok tu buang jauh-jauh. Jadikan sebagai panduan dan pengajaran. Insya ALLAH. |
Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil Posted: 19 Jun 2014 08:23 AM PDT Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil |Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam. Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial.
Kasihan pula kami kepada Nora Danish walaupun ada kebenaran dalam hak Diana Danielle sebagai seorang isteri namun sebagai seorang yang juga mencari rezeki sebagai pelakon, beliau seharusnya lebih arif akan tuntutan kerja. Oh well. -s.harian |
Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan Posted: 19 Jun 2014 08:19 AM PDT Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan | Kontroversi yang melibatkan bekas pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada minggu lepas telah mengejutkan industri hiburan negara apabila kisah perceraiannya menjadi antara yang terhangat dan menjadi pilihan pembaca untuk mengetahui kisah lanjut mengenai perceraiannya bersama bekas suami, Noor Farhan.
“Tidak pula dia mencederakan saya. Semuanya baik setakat mana saya bersamanya seketika dahulu. Saya sebenarnya tahu pun perkara itu daripada media dan yang lain-lain saya tidak tahu secara terperinci di sebalik apa yang sebenarnya telah berlaku,“ ujarnya ringkas.-s.harian |
Curang, Pasangan kekasih gelap ditetak suami Posted: 19 Jun 2014 08:16 AM PDT Curang, Pasangan kekasih gelap ditetak suami| Tindakan curang seorang isteri yang bermadu kasih dengan kekasih gelapnya membawa padah apabila perbuatan mereka dihidu suami wanita berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek dikatakan baru pulang ke rumah daripada berniaga dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik di rumah mereka, di Jalan Rakyat, Langgar, di sini. Berang melihat perbuatan isterinya itu, suspek dikatakan terus bertindak menyerang dan menetak isterinya dan lelaki berkenaan yang juga pekerjanya menggunakan sebilah parang. Akibat tetakan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha, kaki dan tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejurus kejadian. “Saya tidak mengenali mereka secara dekat dan menyedari kejadian apabila melihat kehadiran polis ke rumah mereka,” katanya. Menurut beliau, suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di lokasi kejadian.
Tambah Nashir, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. Difahamkan, suspek kini direman untuk membantu siasatan kes sehingga 24 Jun ini. Manakala kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di HSB.-Sinar harian |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment