Kehangatan Piala Dunia 2014 Semakin Terasa Dengan #OlaBola
Kehangatan Piala Dunia 2014 Semakin Terasa Dengan #OlaBola |
- Kehangatan Piala Dunia 2014 Semakin Terasa Dengan #OlaBola
- Lebih Enak, Lebih Menyelerakan Dan Lebih Lazat Dengan TUMIX® Kuah
- Rita Rudaini Dakwa Aidil Zafuan Takut Pada Zarema Zainal?
- Kenapa Rita Mesti Burukkan Nama Saya? – Aidil Zafuan
- (10 GAMBAR)Ahmad Nur Fyrdaus, Anak Ketiga Lisdawati & Fauzi Nawawi Daripada Camora Arts
- Lepas Kahwin Baru, Aidil Lupa Sumpah Dia – Rita Rudaini
- Baekyhun (EXO) & Taeyeon (SNSD) Sah Bercinta
- Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil
Kehangatan Piala Dunia 2014 Semakin Terasa Dengan #OlaBola Posted: 19 Jun 2014 11:32 PM PDT Walaupun Malaysia tidak memasuki Piala Dunia 2014, Abang Nara dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk meraikan acara sukan paling besar di dunia ini. Pasukan kegemaran Abang Nara tak lain tak bukan ialah Brazil. Kemenangan pada perlawanan pertama telah mencerahkan peluang Brazil untuk layak ke pusingan seterusnya. Jadi apabila mendapat jemput ke #OlaBola World Cup Party anjuran Astro .Abang Nara dengan bangganya pergi ke sana dengan memakai jersi Brazil. Dengan kehadiran puluhan bloggers di Stadium Astro #OlaBola World Cup Party di Hongdaemun Café, One City Subang Jaya, memang terasa sangat kemeriahan Piala Dunia 2014. Masing-masing hadir memakai jersi pasukan negara kegemaran. Ada yang German, ada Spain, ada Netherlands dan banyak lagi. Dihoskan oleh Jun serta Reuben dari AstroSuperSport, banyak aktiviti menarik yang telah kami lakukan untuk menambahkan lagi keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia 2014. Sambil bergembira, sambil dapat peluang bawa balik hadiah. Tak gitu? Menariknya kesemua aktiviti yang dianjurkan menggunakan applikasi khas Astro sempena Piala Dunia 2014. Ada 4 applikasi kesemuanya iaitu Astro Go 2014 Fifa World Cup, Astro On The Go , Ola Bola Football Predictor dan Stadium Astro. Abang Nara sempat mencuba Ola Bola Football Predictor. Menarik juga applikasi ini. Katakan kita sedang menonton perlawanan Spain menentang Netherland secara 'live', kita boleh meneka keputusan akhir perlawanan tersebut, pasukan mana yang akan menjaringkan gol terlebih dahulu, pasukan mana dapat kad kuning dan macam-macam lagi. Paling best ialah applikasi Ola Bola Football Predictor ini berfungsi 'real time'. Contoh ketika sepakan sudut, anda akan ditanya apa yang akan terjadi kepada sepakan sudut tersebut. Gol ke, keeper akan selamatkan ke, tendangan melencong jauh ke. Setiap tekaan yang betul akan mendapat markah. Pemenang dengan markah tertinggi selepas tamatnya Piala Dunia 2014 akan membawa pulang sebuah meja Foosball. Menarik bukan? Bagi peminat bola sepak tegar yang mahu mendapatkan ulasan, keputusan terkini dan juga video highlight, applikasi Astro Go 2014 Fifa World Cup adalah yang terbaik untuk anda. Kalau ada football pass, boleh tengok kesemua 64 perlawanan di dalam applikasi ini. Pagi-pagi kalau tak tengok perlawanan, perkara pertama yang Abang Nara akan buat ialah buka applikasi ini untuk mengetahui keputusan perlawanan. Paling best boleh tengok highlight perlawanan tersebut. Kalau rasa nak tengok 'full game' pun boleh kerana ada fungsi 'match replay'. Banyak lagilah ciri-ciri 'super best' applikasi ini. Pada pendapat Abang Nara, boleh dikatakan ini ialah applikasi terbaik untuk Piala Dunia 2014. Semua benda ada di dalamnya. Berbalik kepada #Ola Bola World Cup Party yang Abang Nara hadiri, kesemua blogger yang hadir dibahagikan kepada kumpulan untuk menjayakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan lagi suasana. Antara aktiviti kegemaran Abang Nara ialah menendang bola untuk mendapatkan langganan siaran Piala Dunia 2014 secara percuma dari Astro On The Go. Nampak macam senang, tapi susah jugak rupanya. Selaku lelaki macho takkanlah Abang Nara nak tendang slow-slow dan sekadar dapat '30 Free Matches Live'. Sasaran Abang Nara sudah tentu yang '64 Matches Live'. Namun susah sebenarnya nak tendang tepat ke sasaran. Memang ke laut jugak tendangan Abang Nara. Heheh. Selain itu kesemua blogger diberikan cabaran berdasarkan 4 applikasi khas Piala Dunia 2014 Astro. Menarik-menarik juga cabaran yang diberikan. Salah satunya ialah menggunakan applikasi Whose Side Will You Take di laman olabola.my untuk memilih pasukan pilihan. Rupa-rupanya di dalam applikasi ini gambar wajah kita boleh di'edit' untuk diletakkan bendera pasukan pilihan. Menarik juga aksi-aksi para blogger mengambil gambar 'selfie'. Sempatlah Abang Nara rakamkan gaya-gaya macho, comel dan cute mereka ini. Hehehe. Sedikit makluman untuk mereka yang tiada Astro di rumah, anda masih berpeluang untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 hanya dengan memuat turun applikasi Astro On The Go. Daripada 64 perlawanan, 30 perlawanan boleh ditonton secara PERCUMA untuk kesemua rakyat Malaysia. Kalau terasa nak tengok perlawanan yang tak ditawarkan secara percuma, anda masih boleh berbuat demikian dengan hanya membayar RM6 untuk setiap perlawanan. Mudah kan? Jadi walaupun tak ada Astro, masih boleh layan bola dengan applikasi Astro On The Go ini. Ini semua Abang Nara tahu selepas mendengar penerangan daripada rakan-rakan blogger yang khusyuk mencuba applikasi ini di #OlaBola World Cup Party. Whose Side Will You Take? Abang Nara Team Brazil! Memang bahang Piala Dunia 2014 semakin hangat dirasai selepas Abang Nara menghadiri Stadium Astro #Ola Bola World Cup Party ini. Kawan-kawan blogger yang menang hadiah tentulah lagi gembira dan seronok di malam tersebut. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua para pemenang. Abang Nara sangat gembira kerana dapat tahu lebih lanjut mengenai 4 applikasi Piala Dunia 2014 oleh Astro ini. Memang sangat-sangat memudahkan peminat tegar bola sepak macam Abang Nara ini. Terbaik!! Jadi korang tunggu apa lagi? Muat turun applikasi iaitu Ola Bola Football Predictor, Stadium Astro, Astro Go Fifa 2014 World Cup dan Astro On The Go sekarang juga di Google Store dan Apple PlayStore untuk anda menikmati keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia 2014. Baca Yang Ini Pulak:- |
Lebih Enak, Lebih Menyelerakan Dan Lebih Lazat Dengan TUMIX® Kuah Posted: 19 Jun 2014 09:51 PM PDT Hari Raya bakal menjelang tiba. Abang Nara pasti anda sekarang sedang membuat kira-kira untuk membeli belah agar kelihatan ceria dan menarik di pagi Syawal. Macam mana kalau Abang Nara katakan ada cara yang AMAT MUDAH untuk anda memenangi RM100,000 sekaligus boleh berbelanja sakan tak ingat dunia. Menarik kan? Jeng, jeng, jeng…. Ya kalau anda masih ingat lagi, Abang Nara pernah kongsikan mengenai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah yang akan tamat pada 20 Julai ini. Fuh~~ Menurut informasi yang Abang Nara terima, memang banyak penyertaan yang telah diterima. Mana tidaknya, selain hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000, pelbagai hadiah menarik seperti barangan eletrik (tv, peti sejuk, mesin basuh) turut sama ditawarkan. Hadiah saguhati setiap 2 minggu yang bernilai RM5,000 pun turut sama ditawarkan. Memang boleh kelabu mata dibuatnya. Lagi best, hanya 5 langkah sahaja yang diperlukan untuk menyertai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah ini. Meh sini Abang Nara terangkan dengan lebih mendalam mengenai 5 langkah untuk menyertai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah ini. LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 LANGKAH 4 LANGKAH 5 Oleh kerana Abang Nara pun nak menang RM100,000 (sapa taknak wei, banyak kot), maka petang tadi diri ini telah masuk ke dapur untuk menunjukkan bakat masakan. Hehehe. Abang Nara masak ayam masak kurma je. Mudah. Namun kelazatannya bertambah apabila TUMIX® Kuah dicampurkan ke dalamnya. Yummy!! Wife Abang Nara makan tambah 2 kali tue. Power gak Abang Nara masak. Abang Nara dah hantarkan gambar di atas secara online di www.tumixkuah.com.my. Kalau tak ada rezeki nak menang RM100,000, dapat menang hadiah bernilai sehingga RM5,000 yang diberikan kepada para peserta setiap 2 minggu pun dah cukup bagus dah. Kalau ada rezeki lebih, mana tahu boleh menang pelbagai hadiah menarik seperti barangan eletrik penajaan Toshiba. Tak rugi pun cuba sebab senang sangat nak sertai peraduan TUMIX® Cabaran Rasa Kuah ini. Lepas masak tue, korang ambil je gambar dan upload. Tak ke senang tue? Jadi korang tunggu apa lagi? Senang gila kot nak sertai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah ini. Takkan semudah ini pun korang taknak join lagi? Kalau Abang Nara menang nanti, jangan berputih mata pulak. Heheh. Sekali lagi Abang Nara ingatkan, peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah ini akan tamat pada 20 Julai ini. Jadi silalah bersegera untuk menyertainya. Hadiah utama RM100,000 tue. Takkan taknak kot? Maklumat lanjut, layari www.tumixkuah.com.my. Baca Yang Ini Pulak:- |
Rita Rudaini Dakwa Aidil Zafuan Takut Pada Zarema Zainal? Posted: 19 Jun 2014 09:09 PM PDT Ok ini satu perkembangan yang menarik. Rita Rudaini telah tampil menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda Abang Nara dan juga mendedahkan yang bekas suaminya, Aidil Zafuan sebenarnya takut kepada isteri barunya, Zarema Zainal. Malah Rita mendakwa yang Aidil pernah berjumpa dengannya sebelum berkahwin dan mahu membatalkan perkahwinan tersebut. Terkejut Abang Nara mendengar pendedahan ini.
Dasyat sungguh pendedahan yang dilakukan oleh Rita Rudaini ini. Adakah ini benar? Hanya Rita, Aidil dan Zarema sahaja yang tahu. Kalau benar-benar terjadi, memang agak menyeramkan juga sebab nampak Aidil dan Zarema sangat-sangat bahagia. Tak apalah. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut Aidil. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kenapa Rita Mesti Burukkan Nama Saya? – Aidil Zafuan Posted: 19 Jun 2014 08:07 PM PDT Rupa-rupanya selain daripada memaklumkan Aidil lupa mengenai sumpahnya untuk bertemu dengan anak-anak, Rita Rudaini semalam turut memberitahu yang isteri baru bekas suaminya itu, Zarema Zainal telah menyekat (block) applikasi WeChat dan Whatsapp Aidil supaya tidak boleh berlaku sebarang perhubungan. Agak berat juga tuduhan tersebut lebih-lebih lagi bukan mudah untuk mengetahui tangan mana yang menekan butang ‘block’ tanpa melihatnya dengan mata sendiri. Namun kecanggihan teknologi sekarang memungkinkan itu semua berlaku. Kecewa dengan tuduhan tersebut, Aidil Zafuan tampil membersihkan nama isterinya. Tugas seorang suami sememangnya untuk membela isteri. Kalau bukan Aidil yang bela, siapa lagi kan? Kata Aidil:-
Aidil juga telah memberikan penjelasan panjang lebar bersama wartawan Mstar Online mengenai kata-kata yang telah dilemparkan oleh bekas isterinya itu. Dipendekkan cerita, Aidil nyata tertekan dengan sikap bekas isterinya yang tidak habis-habis memburukkan namanya. Hmmmm. Mungkin kalau Aidil bersikap lebih bertanggungjawab, perkara-perkara sebegini tak akan berlaku? Siapa tahu kan? Ikuti wawancara penuh Aidil dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan? Oh… Iya ke? Aidil bengang dengan sikap Rita itu? Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya? Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya. Kesal dengan tindakan Rita? Saya memang kesal dengan sikapnya yang tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan. Saya bukannya artis. Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini. Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak? Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru. Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja. Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini? Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia. Baca Yang Ini Pulak:- |
(10 GAMBAR)Ahmad Nur Fyrdaus, Anak Ketiga Lisdawati & Fauzi Nawawi Daripada Camora Arts Posted: 19 Jun 2014 07:53 PM PDT Cantiknya gambar-gambar ‘newborn’ yang diambil oleh Camora Arts ini. Serius Abang Nara teruja dan terasa nak ambil khidmat mereka untuk anak kedua Abang Nara nanti. Ini hasil kerja Camora Arts untuk anak ketiga Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang bernama Ahmad Nur Fyrdaus. Gambar-gambar ini diambil ketika Fyrdaus berusia 6 hari. Lisdawati telah selamat melahirkan Ahmad Nur Fyrdaus pada 14 Jun di Hospital Selayang secara normal. Sebelum ini, Lisdawati dan Fauzi Nawawi mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan. Semoga dengan kehadiran Fyrdaus ini, akan bertambah ceria dan gembira kehidupan mereka sekeluarga. Lagi beberapa gambar Ahmad Nur Fyrdaus dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Camora Arts. Boleh hubungi mereka di sana sekiranya anda berminat mengabadikan detik-detik awal kelahiran anak anda.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Lepas Kahwin Baru, Aidil Lupa Sumpah Dia – Rita Rudaini Posted: 19 Jun 2014 07:15 PM PDT Abang Nara sebenarnya bukanlah tak suka Rita Rudaini. Abang Nara kesian juga dengan apa yang melanda dirinya terutama yang melibatkan nafkah anak-anaknya. Namun apabila seringkali bercerita yang buruk mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan, Abang Nara rasa ‘annoying’ jugak. Mungkin Rita rasa perlu untuk meluahkan perasaannya. Namun bagi Abang Nara, sesetengah perkara tidaklah perlu diwar-warkan kepada orang ramai.
Rasanya kes Rita dan Aidil ini sampai ke sudah tak akan habis sekiranya kedua-dua pihak tidak mahu lebih bertanggungjawab. Aidil kena bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, Rita pun kenalah rasa lebih bertanggungjawab untuk tidak banyak bercerita mengenai bekas suaminya. Semoga ada jalan penyelesaian untuk mereka berdua. Kesian pula Abang Nara tengok dari dulu-dulu lagi tak habis-habis kisah mereka ini. Tak gitu? P.S: Gaji dan faedah kakitangan Perodua naik 10 peratus Baca Yang Ini Pulak:- |
Baekyhun (EXO) & Taeyeon (SNSD) Sah Bercinta Posted: 19 Jun 2014 07:05 PM PDT Seorang demi seorang gadis daripada kumpulan Girls’ Generation sudah mempunyai teman lelaki. Selepas Yuna disahkan bercinta dengan Nickchun, kini giliran Taeyon pula. Jejaka yang bertuah berjaya mencuri hati Taeyon tidak lain tidak bukan ialah Baekyhun daripada kumpulan EXO. Memang sama cantik sama padan kedua-duanya. Mereka berdua dikatakan mula bercinta sejak 4 bulan yang lalu. Pasangan tersebut dilihat mesra sewaktu di sesi latihan konsert sulung kumpulan EXO. Sepanjang sesi latihan, Taeyeon, 25, meluangkan masa untuk menemani dan memberikan sokongan padu kepada Baekhyun, 22. Tahniah diucapkan kepada Taeyon dan Baekhyun atas berita gembira ini. Semoga percintaan anda berkekalan sehingga ke alam perkahwinan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Diana Danielle Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil Posted: 19 Jun 2014 05:42 PM PDT Agak pelik juga apabila Diana Danielle yang telah lama berkecimpung dalam industri hiburan secara tiba-tiba melahirkan rasa cemburu sebegini. Untuk makluman, filem lakonan Nora Danish dan Farid Kamil iaitu Pengantin Malam kini sedang ditayangkan di pawagam dan sebagai cara promosi, Nora telah berkongsi gambarnya memegang tangan Farid Kamil baru-baru ini. Susulan itu, Diana Danielle meluahkan rasa cemburunya. Abang Nara memahami hati seorang isteri seperti Diana Danielle yang pastinya cemburu melihat kemesraan suami dengan wanita lain. Lebih-lebih lagi jika wanita itu ialah Nora Danish. Menariknya luahan hati Diana Danielle ini mendapat hentaman daripada kebanyakan peminat. Ramai yang kecewa kerana Diana Danielle tidak profesional. Malah ada yang membandingkan dengan pasangan pelakon suami isteri lain yang tidak pernah bersikap sebegini. Bagi Abang Nara senang je, kalau dah terjun dalam industri hiburan inilah perkara yang harus ditempuhi. Mungkin lepas ini Farid Kamil akan lebih berhati-hati apabila bergambar dengan pelakon perempuan lain. Dah tau wife cemburu, janganlah buat lagi. Kepada Diana Danielle, harap bersabar. Kepada Nora Danish, ini bukan salah anda. Jadi jangan stress ye. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment