(TAHNIAH)Ana Raffali Umumkan Kehamilan
(TAHNIAH)Ana Raffali Umumkan Kehamilan |
- (TAHNIAH)Ana Raffali Umumkan Kehamilan
- Awie Terima Hak Penjagaan Sementara, Rozana Dihalang Dekati Anak
- Shuba Jay, Bekas Peserta Mari Menari Astro Antara Mangsa Nahas MH17
- Anak Abang Nara Lebih Ceria Dengan Dumex Mamil
- Selamat Hari Raya Aidilfitri
- Kata-Kata @mygothsoul Tak Jejaskan Saya – Rozana Misbun
- Muat Naik Gambar ‘Pray For Gaza’, Selena Gomez Dikecam Peminat
- Berhijab Bukan Kerana Trend – Ziana Zain
(TAHNIAH)Ana Raffali Umumkan Kehamilan Posted: 21 Jul 2014 12:50 AM PDT Sempoi juga cara Ana Raffali mengumumkan kehamilannya di Instagram. Comel sangat-sangat. Dengan patung kartun menggambarkan dirinya dan suami, di belakang diletakkan gambar imbasan bayi menunjukkan bakal wujud orang ketiga dalam hidup mereka. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan buat mereka berdua. Pasti berita gembira ini ditunggu-tunggu sejak berkahwin pada tahun 2012. Ana Raffali turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tak henti-henti mendoakan dirinya dan suami. Tulis Ana Raffali:-
Semoga segalanya berjalan lancar buat Ana Raffali. Jaga-jaga badan dan jangan buat kerja berat sepanjang kehamilan ini. Pastikan makan secukupnya. Insya Allah anak yang dilahirkan akan sihat sempurna. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
Awie Terima Hak Penjagaan Sementara, Rozana Dihalang Dekati Anak Posted: 21 Jul 2014 12:29 AM PDT Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini. Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie turut memaklumkan yang mahkamah Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik. Prosiding telah berlangsung di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz. Awie hadir dengan 2 orang rakan manakala Rozana tidak kelihatan. Agak terkejut juga Abang Nara dengan perintah injuksi yang diberikan terhadap Rozana, namun sudah pasti ada sesuatu yang kita tidak ketahui untuk keputusan sebegini diambil. Baca Yang Ini Pulak:- |
Shuba Jay, Bekas Peserta Mari Menari Astro Antara Mangsa Nahas MH17 Posted: 20 Jul 2014 08:57 PM PDT Sedihnya apabila mendapat tahu salah seorang mangsa nahas MH17 ialah Shuba Jay, bekas peserta Mari Menari yang pernah ditayangkan di Astro. Shuba telah muncul di dalam rancangan tersebut bersama ayahnya. Selain menjadi peserta program tersebut, Shuba juga merupakan seorang pelakon dan pernah muncul dalam Spanar Jaya, Tokak dan Gadis 3. Tambah menyedihkan ialah suaminya, Paul dan anak perempuan, Kaela turut sama berada di dalam MH17 ketika nahas tersebut berlaku. Pasti ini satu kehilangan besar buat kedua-dua keluarga Shuba dan Paul. Shuba merupakan sahabat baik kepada Raja Ilya. Menurut Raja Ilya, Shuba seorang yang sangat baik dan sangat bersifat keibuan. Kata Raja Ilya:-
Hanya ucapan takziah mampu Abang Nara ucapkan kepada keluarga Shuba Jay atas kehilangan ini. Semoga tabah menghadapi dugaan yang amat hebat ini. Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan urusan untuk membawa pulang mayat-mayat mangsa agar dapat diberi penghormatan terakhir yang sepatutnya di bumi Malaysia ini. Takziah sekali lagi. P.S: Mazda 2 serba baharu diperkenalkan secara rasmi Baca Yang Ini Pulak:- |
Anak Abang Nara Lebih Ceria Dengan Dumex Mamil Posted: 20 Jul 2014 07:10 PM PDT Ingat lagi tak artikel mengenai kepentingan menjaga sistem pencernaan anak-anak kita yang pernah Abang Nara kongsikan dulu? Ramai juga ibu bapa prihatin yang menghantar email kepada Abang Nara untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai prebiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan berada dalam keadaan terbaik. Untuk makluman satu fungsi prebiotik ini adalah untuk melawaskan lagi usus anak-anak kita sekaligus tak adalah buah hati pengarang jantung kita tue mengalami sembelit. Boleh didapati di dalam buah-buahan serta sayur-sayuran seperti pisang, tomato, asparagus dan bawang, prebiotik memberi faedah kepada usus melalui 3 cara di atas. Dengan pengambilan makanan yang seimbang dan yang mempunyai prebiotik usus anak-anak kita akan lebih kuat, membantu pembiakan bakteria baik dan melembutkan tahi. Senang cerita, prebiotik yang juga turut terdapat dalam Dumex Mamil memudahkan lagi pencernaan dan membantu memberi persekitaran pencernaan yang sihat di dalam usus. Walaupun nampak remeh, namun anak-anak yang mempunyai sistem pencernaan yang kurang elok sememangnya boleh memberi kesan negatif dalam hidup mereka. Kalau imunisasi badan tak kuat, maka mudah kena cirit birit dan jangkitan penyakit. Rasanya semua ibu bapa tahu apabila anak jatuh sakit mereka akan hilang selera makan sekaligus menyebabkan nutrisi yang diambil berkurangan. Ini sangat bahaya sebab anak kita 'under-nutrition' pada zaman kanak-kanak akan memberi kesan kurang baik terhadap perkembangan secara menyeluruh. Apabila dari kecil sistem pencernaan sudah tak bagus, agak sukar untuk anak kita membesar dengan sempurna. Selaku ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk memastikan sistem pencernaan anak kita berada dalam keadaan terbaik. Pastikan anak kita mendapat air yang secukupnya, makan makanan seimbang dan bersenam. Paling penting, pilihlah susu formula yang terbaik dan paling sesuai buat anak anda. Dumex Mamil mempunyai Prebiotics Oligosaccharide Mixture yang disahkan secara saintifik membantu sistem pencernaan kanak-kanak. Dumex Mamil turut mempunyai kandungan DHA yang tinggi dan nutrien yang lengkap untuk membantu tumbesaran kanak-kanak. Cubalah untuk anak anda pula. Informasi lanjut layari www.mamil.com.my dan Facebook Dumex Mamil Baca Yang Ini Pulak:- |
Posted: 20 Jul 2014 06:55 PM PDT Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan kita berpuasa. Isnin minggu hadapan bersamaan 28 Julai 2014, kita semua dijangka akan menyambut Hari Raya bersamaan 1 Syawal 1435 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia. Macam mana puasa tahun ini? Penuh atau ada yang tertinggal? Hehehe. Umat Islam di negara ini dijangka akan menyambut Idul Fitri pada tarikh 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia Sebagai Umat Islam, ada beberapa sebab kita mesti berpuasa terlebih dahulu sebelum menyambut Hari Raya. Antara sebab-sebabnya ialah:- 1. Meningkatkan ketakwaan Kepada Allah S.W.T “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah : 183) 2. Melatih Diri Bersabar “Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar” (Hadith Hasan riwayat at-Tirmidzi) Jadi pastikan Ramadhan kali ini kita tidak dengan sengaja meninggalkan puasa. Banyak kelebihan yang bakal diberikan kepada kita sekiranya menjalani ibadah puasa seperti yang dituntut oleh Islam. Insya Allah ganjaran di akhirat kelak iaitu syurga menanti kita. Dan sebagai persediaan untuk Hari Raya dan juga hadiah untuk diri sendiri kerana berjaya berpuasa pada bulan Ramadhan, jangan lupa untuk membeli-belah (bukan yang shopping melampau ye) untuk tampil lebih cantik dan kacak di pagi raya kelak. Antaranya mungkin boleh dapatkan pakaian muslimah baru, pakaian kasual wanita, dresses, beg dan juga kasut. Pasti anda akan nampak lebih berseri lebih-lebih lagi ketika kunjung mengunjung ke rumah saudara. Nile mempunyai lebih daripada 100 rekaan untuk pakaian muslim untuk Koleksi Hari Raya mereka sempena Syawal yang bakal menjelma dengan harga yang bermula daripada RM40. Koleksi pakaian muslimah terbaru dengan rekaan plain dan corak bunga Untuk lelaki yang bekerja di ofis yang sangat sejuk atau menaiki motosikal ke tempat kerja, sepasang jaket bergaya dengan harga yang amat murah ini paling sesuai untuk anda. Seluar jeans sangat mudah untuk dikenakan dengan mana-mana pakaian serta menyerlah lagi gaya anda. Sempena Syawal ini, Nile memberikan lagi diskaun agar anda dapat berhari raya dengan seluar jeans baru. Dan sekiranya anda membuat pembelian RM48 dan ke atas, Malaysia Trusted Online Shopping Mall Nile.com.my menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA untuk anda. Terbaik bukan? Selamat membeli-belah. Jadi pembeli yang berhemah dengan www.nile.com.my. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kata-Kata @mygothsoul Tak Jejaskan Saya – Rozana Misbun Posted: 20 Jul 2014 06:30 PM PDT Dakwaan @mygothsoul atau namanya Ain Hussin yang menyatakan Rozana Misbun menipu kecederaan yang dialaminya memang menggegarkan dunia hiburan baru-baru ini. Untuk anda yang tidak tahu, Ain merupakan kawan baik kepada Awie dan Rozana. Mereka yang bersimpati kepada Rozana mula ragu-ragu selepas bukti demi bukti dikemukakan oleh Ain menerusi akaun Instagramnya. Menariknya, Rozana tampil menerusi BiPop semalam memaklumkan yang dakwaan Ain tidak menjejaskan dirinya langsung. Melalui apa yang ditulis semalam, persahabatan Ain dengan Rozana bermula Mac lalu di Konsert Teaterikal Suara Kita. Persahabatan yang baru terjalin selama 4 bulan dipertikaikan kerana Ain berlagak seolah-olah pernah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan Rozana. Malah Rozana mendakwa yang Ain merupakan individu yang mendorongnya membuat laporan polis terhadap Awie. Kata Rozana menerusi ruangan yang dikelolakan Raja Nurfatimah Mawar:-
Abang Nara lihat Ain Hussin ada memberi komen di BeautifulNara ini. Mungkin boleh beri penjelasan sedikit mengenai kata-kata Rozana Misbun. Apa pun, Abang Nara tak sabar nak mendengar perbicaraan kes ini. Nak tahu juga siapa benar dan siapa salah. Sama-samalah kita nantikan kelak. Buat masa ini, harap Awie dan Rozana bersabar dengan dugaan yang menimpa mereka. P.S: Raya tinggal seminggu je lagi. Dah jumpa baju raya belum? Kalau belum, apa kata ushar-ushar koleksi Essence daripada HiDY ini. Cantik-cantik semuanya. Harga pun berbaloi sangat. Kalau pakai nie mesti tampak jelita serta menawan di Syawal ini. Tak gitu? Layari www.hidy.com.my untuk lihat lebih banyak koleksi pakaian mereka (kasut raya pun ada!!!) Baca Yang Ini Pulak:- |
Muat Naik Gambar ‘Pray For Gaza’, Selena Gomez Dikecam Peminat Posted: 20 Jul 2014 05:50 PM PDT Peperangan di Gaza antara Palestin dan Israel sememangnya menarik perhatian orang ramai termasuklah selebriti antarabangsa. Kalau sebelum ini penyanyi Rihanna telah melahirkan sokongannya dengan menggunakan hashtag #FreePalestine sehingga mendapat kecaman jutaan peminatnya, kali ini tiba giliran Selena Gomez mengalami nasib yang serupa. Menggunakan akaun Instagramnya, Selena menunjukkan tanda simpatinya terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin di Gaza. Tulis Selena Gomez:-
Susulan perkongsian itu, Selena Gomez telah dikecam hebat oleh jutaan peminatnya yang menyokong Israel. Membaca komen-komen yang diterima olehnya pasti membuatkan Selena terasa cuak. Mana tidaknya, ada yang siap ugut bunuh lagi. Namun di dalam gambar seterusnya, Selena menerangkan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak cuma mahukan keamanan dan keperimanusiaan sahaja.
Apa apa pun Abang Nara salute dengan Selena Gomez yang sedar mengenai isu semasa yang sedang berlaku di Gaza. Semoga akan lebih ramai artis antarabangsa tampil dan membuat perkara yang serupa seperti yang telah dilakukan oleh Selena. Sekurang-kurangnya dapat membuka mata peminat mereka mengenai apa yang sedang terjadi di Gaza. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Berhijab Bukan Kerana Trend – Ziana Zain Posted: 20 Jul 2014 05:08 PM PDT Hari Nuzul Quran yang lalu adalah hari yang paling bermakna buat Ziana Zain apabila penyanyi hebat ini mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya. Berita gembira ini pastinya disambut riang oleh suami dan anak-anak Ziana. Namun di kalangan peminat, masih ada yang skeptikal dan menganggap Ziana sekadar mengikuti ‘trend’ selebriti-selebriti wanita yang berhijrah sejak kebelakangan ini. Bagi mereka, Ziana hanya ingin mencari populariti dengan membuat keputusan untuk bertudung. Kalau Abang Nara jadi Ziana Zain, pastinya sedikit sebanyak kecewa dengan dakwaan tersebut. Namun membaca temuramah antara Ziana dan Pancaindera semalam, memang jelas terserlah betapa ikhlasnya penyanyi ini mengikuti suruhan Allah. Abang Nara suka dengan jawapan yang diberikan olehnya apabila ditanya mengenai pemakaian tudung oleh selebriti kerana mengikut trend dan halangan bertudung dalam kerjayanya. Kata Ziana:-
Ya memang betul ramai peminat yang mahukan Ziana Zain bertudung sepenuhnya. Tak boleh dinafikan perkara tersebut. Daripada jawapan yang diberikan olehnya, jelas terserlah kematangan dan keikhlasannya dalam mengikuti syariat Islam. Semoga terus istiqamah. Semoga ia tidak menjadi penghalang buat Ziana untuk terus mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Tahniah sekali lagi buat Ziana Zain atas keputusan untuk berhijrah ini. P.S: Penjelasan MH17 lalui ruang udara Ukraine Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment