Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli
Perkahwinan pasangan pelakon Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli yang
sepatutnya berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos ini tidak akan menjadi
kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan
majlis tersebut sudah dibatalkan.
Ibu kepada Amyra Rosli yang juga bertindak sebagai pengurus Norzaridah Ahmad, memaklumkan yang keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.
"Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.
“Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini,”, kata ibu Amyra.
Dazrin dan Amyra berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu.

0 comments:
Post a Comment