Mila Jirin Sudah Berhijab, Bakal Kahwin Tahun Hadapan
Mila Jirin Sudah Berhijab, Bakal Kahwin Tahun Hadapan |
- Mila Jirin Sudah Berhijab, Bakal Kahwin Tahun Hadapan
- Tak Sabar Nak Lihat Wajah Anak Awal & Scha? Diharap Anda Bersabar Kerana…
- Hubungan Amy Search & Nabila Huda Kini Pulih
Mila Jirin Sudah Berhijab, Bakal Kahwin Tahun Hadapan Posted: 03 Aug 2014 08:47 PM PDT Cantiknya Mila Jirin apabila sudah berhijab ini. Lagi terserlah kecomelannya. Walaupun agak senyap daripada dunia hiburan sejak kebelakangan ini, Mila baru-baru ini telah berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya yang akan berlangsung pada tahun hadapan. Kalau menurut apa yang Abang Nara baca di BiPop semalam, bakal suami Mila tak lain tak bukan ialah pengurusnya sendiri. Untunglah dapat orang yang dah faham kehendak hati kita selama ini. Hehehe. Tahniah diucapkan kepada Mila Jirin atas penghijrahan dan juga atas perkahwinannya kelak. Semoga segalanya berjalan lancar. Khabarnya tak ada majlis pertunangan yang akan dilakukan. Terus nikah je. Baguslah. Segerakan yang wajib sahaja. Terbaru Abang Nara dengar yang Mila Jirin bakal ada dewan pengantin sendiri. Mungkinkah Mila akan berkahwin di situ? Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada empunya badan kelak. Lagi beberapa gambar si comel Mila Jirin berhijab dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Tak Sabar Nak Lihat Wajah Anak Awal & Scha? Diharap Anda Bersabar Kerana… Posted: 03 Aug 2014 06:32 PM PDT Selaku peminat Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Abang Nara sebenarnya pun tak sabar nak melihat wajah si comel puteri kesayangan mereka yang telah selamat dilahirkan baru-baru ini. Iyerlah, nak tahu gak iras-iras muka Awal ke muka Scha. Hidung ikut sapa, mata ikut sapa, mulut ikut sapa. Hehehe. Banyak benda tertanya-tanya nie. Sehingga ke hari ini Awal dan Scha hanya berkongsi sipi-sipi sahaja gambar anak mereka ini. Di laman sosial, ramai peminat yang melahirkan rasa tidak sabar dan meminta Awal dan Scha mendedahkan wajah anak mereka. Ada yang siap marah-marah lagi tue. Amboi, fanatik betul sesetengah peminat nie. Namun berita baik untuk anda semua, penantian tersebut akan berakhir tidak lama lagi. Menurut Awal, wajah puteri kesayangan mereka akan didedahkan selepas isterinya, Scha Al Yahya selesai berpantang. Tempoh berpantang seperti yang kita ketahui ialah 44 hari. Daripada pengiraan Abang Nara, kini Scha telah pun berpantang lebih kurang 3 minggu. Jadi kita hanya perlu menunggu dalam sebulan sahaja lagi sebelum dapat melihat wajah si comel ini. Diharap anda semua bersabar. Janganlah marah Awal dan Scha. Itu anak mereka. Jadi terpulanglah kepada mereka berdua untuk menentukan bila mahu mendedahkan wajah si comel kepada orang ramai. Nanti kalau korang ada anak, korang akan fahamlah perasaan tersebut. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Awal Ashaari, Scha dan puteri kesayangan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Transformasi wajah wanita Korea ini pasti akan membuatkan anda terlopong
Baca Yang Ini Pulak:- |
Hubungan Amy Search & Nabila Huda Kini Pulih Posted: 03 Aug 2014 06:11 PM PDT Alhamdulillah. Sesungguhnya bulan Syawal sememangnya bulan untuk kita bermaaf-maafan antara satu sama lain, melupakan segala sengketa lama dan memulakan fasa baru dalam kehidupan lebih-lebih lagi sekiranya hubungan kita adalah ayah dan anak. Abang Nara sangat terharu apabila mengetahui yang Nabila Huda telah bertemu dengan ayahnya, Amy Search di Hari Raya untuk memulihkan kembali hubungan mereka yang telah renggang sebelum ini.
Semoga hubungan mereka berdua akan terus kekal sebegini dan menjadi lebih rapat selepas merentasi pelbagai halangan. Sama-samalah kita doakan. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment