Video Ular Tedung Di Kuil Tersebar
Video Ular Tedung Di Kuil Tersebar |
Video Ular Tedung Di Kuil Tersebar Posted: 03 Aug 2014 09:53 AM PDT Video Ular Tedung Di Kuil Tersebar | Sebuah video amatur yang dirakamkan oleh seorang penganut Hindu berusia 57 tahun di kuil di Kesang Pajak tersebar luas sehingga mendapat perhatian dunia kerana aksinya menenangkan raja ular itu. S. Subramaniam di Kuil Sri Pratiyangaraa Devi Sakhti Beddam di Taman Ria untuk upacara sembahyang pada Mei lalu di mana beliau menggunakan telefon pintarnya untuk merakamkan satu klip mengenai bagaimana seekor 'king cobra' menunjukkan 'aksi' menerusi upacara keagamaan.
Pada awalnya bapa lima anak itu berkongsi video berkenaan dengan kebanyakan rakan dan saudara-maranya.
Survana News di Karnataka di India menyiarkan rakaman itu semasa berita waktu perdana pada 29 Julai lalu, sebelum ia kemudiannya dikongsikan oleh stesen televisyen lain di India. Penyampai berita Survana News bercakap kepada beberapa pakar herpetologi mengenai bagaimana 'king cobra' boleh dapat ditenangkan dalam upacara keagamaan yang berlangsung selama sejam. Bagaimanapun, stesen televisyen pada awalnya mendakwa rakaman itu diambil dari sebuah kuil di Tamil Nadu tanpa menyedari bahawa ia sebenarnya dirakamkan di Melaka.
Samil kuil K.M. Thinageswar Sivaachaariyar berkata, ular tedung itu dibawa masuk khusus untuk upacara keagamaan yang berlangsung pada Mei lalu. Beliau berkata, walaupun ular itu mengeluarkan bisa, tetapi ia tidak menjadi agresif apabila ayat-ayat dibacakan semasa upacara berlangsung. Thinageswar berkata, dua stesen televisten, satu dari Tamil Nadu dan satu lagi dari Tokyo, memohon kebenaran untuk membuat rakaman sewaktu ular tedung itu membuat 'kemunculan seterusnya' di kuih itu dari 19 hingga 30 Ogos ini.
|
Ajak (Shiro) Minta Kebenaran Isteri Lakon Babak Ghairah Posted: 03 Aug 2014 09:49 AM PDT Ajak (Shiro) Minta Kebenaran Isteri Lakon Babak Intim | Pelawak dan anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak terpaksa meminta kebenaran isterinya untuk melakonkan adegan intim dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul Sayang Wak Lu. Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanafi Razak, 28, berkata, dia berbuat demikian kerana menghormati isterinya dan bersetuju melakonkan babak bersama aktres Sherry Ibrahim selepas mendapat kebenaran wanita berkenaan.
Bagaimanapun kata Ajak, babak berkenaan tidak melibatkan adegan ranjang sebaliknya hanya memaparkan kemesraan pasangan kekasih. Dalam pada itu, Ajak mengakui, bukan mudah untuknya melakonkan watak serius dalam drama berkenaan kerana sudah terbiasa dengan peranan komedi sebelum ini. Pun begitu kata Ajak, peluang diberikan Michael telah berjaya membuatkannya keluar daripada zon selesa dan tidak menolak sekiranya tawaran sama diberikan selepas ini.
Sementara itu, Ajak berkata, itu tidak bererti dia akan meninggalkan dunia komedi dan mengakui lawak pentas masih menjadi keutamaan dan lakonan drama sekadar untuk mengutip ilmu. |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment