Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai?
Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai? |
- Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai?
- Nik Aziz: PAS Tak Campur PKR Pecat Khalid
- Pendedahan Mengejutkan Selepas Pemecatan Khalid Ibrahim
- Saya Menunggu Arahan Parti Saya -Iskandar Abdul Samad
- Krisis MB S'gor: RM50J Kos Adakan P'raya Negeri -SPR
- Exco DAP S'gor Pertimbang Letak Jawatan.
- Akhirnya.. Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR
- Siapa Adun PAS Dalam 35 Adun PR & Anwar Menghadap Sultan Esok?
- Khalid Maklum Dipecat PKR, Akan Mengadap Sultan S'gor
- MB: Bekas MB S'gor Mat Taib Nyatakan Sikap
- SU M/Syura Ulama Nafi Kenyataan Liar Portal Mengenai N/Aziz.
- Tiada Permohonan Maaf Dari Nasruddin, Saman!
- Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR Malam Ini.. Ini Buktinya?
Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai? Posted: 09 Aug 2014 05:36 PM PDT Ibnu Hasyim Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai?
BANDAR GAZA - Jet pejuang Israel melancarkan 30 serangan udara di Genting Gaza semalam dalam operasi ketenteraan yang meragut nyawa lima penduduk Palestin manakala pejuang Hamas membedil enam roket ke wilayah Israel. Perkhidmatan kecemasan Palestin memberitahu, dua lelaki terbunuh dalam serangan ke atas sebuah motosikal di kem pelarian Al-Maghazi, Gaza. "Mayat tiga yang lain ditarik keluar dari timbunan serpihan masjid Al-Qassam di kem Nuseirat, tengah Gaza," kata satu kenyataan perkhidmatan berkenaan. Menurut Kementerian Dalam Negeri Palestin, jet-jet rejim Zionis memusnahkan tiga buah masjid setiap satu di Nuseirat, Zeitoun dan Jabaliya, tengah Gaza. Seorang jurugambar agensi berita AFP, Jood Irhaem berkata, hanya satu menara masjid Al-Qassam yang masih tegak berdiri akibat dibedil rejim Zionis. "Kami terdengar satu letupan kuat diikuti dua letupan lain. Kami segera memberi amaran kepada penduduk setempat supaya meninggalkan kawasan itu," katanya. Dalam pada itu, tentera rejim Zionis menyatakan, pejuang Palestin membedil enam roket ke wilayah Israel semalam. Perkembangan itu menjadikan bilangan bedilan roket Palestin sejak gencatan senjata selama 72 jam di Gaza berakhir kelmarin meningkat kepada 44. Seorang orang awam dan askar Israel cedera dalam serangan kelmarin tetapi tiada kecederaan dilaporkan pada hari berikutnya. Pertempuran antara Israel dan Hamas sejak 8 Julai lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,900 penduduk Palestin dan 67 orang di pihak Israel dengan kebanyakan mereka anggota tentera. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu, sekurang-kurangnya 1,354 penduduk Palestin yang terkorban sejak 8 Julai lalu itu terdiri daripada orang awam termasuk 447 kanak-kanak. Israel sebelum ini mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Gaza bagi menghalang bedilan roket Hamas ke dalam wilayahnya. - AFP Komen Weblog Ibnu Hasyim: Logik gila babi mana yang Israel pakai 'melancarkan serangan udara ke atas Gaza bagi menghalang bedilan roket Hamas ke dalam wilayahnya'. Sedangkan rejim haram Israel sendiri asalnya tidak ada negara, dan hidup di atas tanah Palestin yang dirampasnya. Pemimpin Iseael sering berucap mengatakan, mereka menyerang negara Arab sekelilingnya kerana memepertahankan diri. Lojikkah? Samakah dengan, kalau Singapura kata mereka perlu atau terpaksa menyerang dan merampas buni Malaysia lebih dulu untuk mempempertahankan diri? Kerana takut kalau Malaysia kuat, Malaysia akan melanyak mereka? Lojik itulah kini yang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pertahankan.. | |
Nik Aziz: PAS Tak Campur PKR Pecat Khalid Posted: 09 Aug 2014 04:45 PM PDT Ibnu Hasyim Nik Aziz: PAS Tak Campur PKR Pecat Khalid Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini. "PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kota Bharu malam ini. Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. "Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu. -Bernama | |
Pendedahan Mengejutkan Selepas Pemecatan Khalid Ibrahim Posted: 09 Aug 2014 04:39 PM PDT Addin Pendedahan Mengejutkan Selepas Pemecatan Khalid Ibrahim SHAH ALAM: Tindakan Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang telah memecat Tan Sri Abdul Khalid dari menjadi ahli seumur hidup PKR merupakan satu tindakan yang tepat dan adil kata Naib Ketua Cabang Kuala Selangor, Nor Azhar Jamil. Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya mengutamakan kepentingan ahli-ahlinya sendiri selain tidak melupakan arahan-arahan yang diberikan oleh pihak parti. "Bagi ahli parti di akar umbi, berita mengenai pemecatan Khalid kami anggap sebagai satu tindakan yang tepat kerana beliau secara jelas telah melanggar disiplin parti."Walaupun diberi masa untuk tampil memberi penjelasan, beliau masih enggan dan berdegil untuk melakukan yang demikian. "Di peringkat cabang pula, Khalid tidak pernah menghiraukan kawasannya serta sering mengabaikan tanggungjawab," ujarnya sewaktu ditemubual oleh FMT.Azhar turut menjelaskan bahawa pihaknya menyokong sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana ahli yang melanggar disiplin tanpa mengira jawatan. Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan di peringkat Cabang Kuala Selangor, pihaknya telah menetapkan resolusi untuk sebulat suara menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu. Selain itu, bagi Azril Idris yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Selangor, selama enam tahun ini Khalid tidak pernah ambil kisah tentang AMK dicabangnya. "Selama enam tahun, Pemuda tidak mempunyai apa-apa aktiviti kerana Khalid tidak pernah menghiraukan tentang pemuda," ujarnya. ~fmt Iklan C (ii) | |
Saya Menunggu Arahan Parti Saya -Iskandar Abdul Samad Posted: 09 Aug 2014 03:36 PM PDT Ibnu Hasyim Saya Menunggu Arahan Parti Saya -Iskandar Abdul Samad Shah Alam: Bernama melaporkan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka. Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya. "Saya menjangka Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi. Ketika mengumumkan keputusan MPP itu di Petaling Jaya hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan sebulat suara MPP itu dibuat berdasarkan tindakan Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu. Dr Tan berkata selain itu, Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang juga ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor. Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen. Lapor Bernama lagi. 9 Ogos, 2014. (IH) E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? | |
Krisis MB S'gor: RM50J Kos Adakan P'raya Negeri -SPR Posted: 09 Aug 2014 02:48 PM PDT Ibnu Hasyim Krisis MB S'gor: RM50J Kos Adakan P'raya Negeri -SPR Beliau berkata parti politik yang terlibat dengan krisis Menteri Besar Selangor harus cuba mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kerana ia menyebabkan pembaziran masa dan wang. "Tiada ragu-ragu, SPR sedang bersiap sedia dan tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya negeri sekiranya terpaksa berbuat demikian. "Bagaimanapun, adalah tidak masuk akal untuk mengadakan pilihan raya hanya selepas 15 bulan pilihan raya umum ke-13 diadakan," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Sabtu. Terdapat 56 kerusi DUN kerana Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terbesar, kata Aziz. Beliau berkata dana yang dibelanjakan untuk mengadakan pilihan raya negeri itu sepatutnya dibelanjakan kepada perkara yang lebih berfaedah untuk kepentingan rakyat. "Kita perlu membayar pekerja SPR dan membelanjakan wang untuk menyewa. Ia melibatkan kerja yang banyak dan menggangu banyak pihak yang berkepentingan," katanya. Beliau berkata adalah tidak adil untuk pentadbiran kerajaan negeri 'bermain dengan perasaan pengundi' yang menjangkakan wakil rakyat yang mereka pilih dapat berkhidmat selama lima tahun selepas pilihan raya umum Mei tahun lalu. "Pakatan Rakyat harus mentadbir negeri Selangor seperti yang dijanjikan selepas mereka memenangi pilihan raya umum. Inilah jangkaan pengundian," katanya. Bagaimanapun, Aziz berkata SPR bersedia pada bila-bila masa, kerana pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada dalam keadaan tertekan apabila beliau didesak supaya melepaskan jawatannya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Sekiranya Khalid dipecat atau dipaksa untuk meletakkan jawatan, pilihan raya negeri tidak dapat dielakkan kerana MB boleh memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN. Pada ketika ini Pakatan Rakyat mempunyai 44 kerusi di Selangor, sementara Barisan Nasional memiliki 12 kerusi. (mStar) Sila lihat.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? | |
Exco DAP S'gor Pertimbang Letak Jawatan. Posted: 09 Aug 2014 12:42 PM PDT Ibnu Hasyim Exco DAP S'gor Pertimbang Letak Jawatan. Tiga orang Exco DAP Selangor mungkin bertindak meletak jawatan susulan keputusan PKR memecat keanggotaan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, DAP akan membincangkan langkah tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok. "Selepas beliau disingkirkan, kami tidak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai MB. Kami tidak akan bekerjasama dengan MB yang bukan dari Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Seramai 10 anggota exco kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat yang merangkumi empat daripada PAS, manakala PKR dan DAP masing-masing tiga orang. Tiga anggota Exco tersebut adalah Ean Yong Hian Wah, V Ganabatirau dan Exco kanan Datuk Teng Chang Khim. Pua berkata, CEC juga akan membincangkan kemungkinan bahawa Khalid akan menasihat Sultan agar membubarkan Dewan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan. Katanya, kemungkinan bahawa pilihan raya negeri diadakan secara mengejut kini lebih besar. Sementara itu, Exco kanan Iskandar Abdul Samad berkata beliau telahpun menjangkakan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR akan memecat keanggotaan menteri besar itu dari parti. Katanya, beliau kini berserah kepada PAS mengenai tindakan yang patut dijalankannya. "Saya telah menjangka Tan Sri Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. "Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," kata pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi Malaysiakini. Seorang lagi orang kanan menteri besar, Faekah Husin turut berkongsi pandangan sama dengan Iskandar. Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated itu turut membangkitkan bahawa usaha untuk memecat Khalid itu diatur oleh "gerakan" tertentu. "Bagi saya ini tak mengejutkan. Perkara ini tak mengejutkan apabila melihat daripada momentum dan gerakan yang mereka aturkan. "Keputusan ini kita dah jangka dan keputusan ini kita dah masukkan dalam salah satu situasi gerak kerja kita," katanya tanpa mengulas lanjut mengenainya. Manakala Timbalan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo pula menyifatkan pemecatan itu sebagai "satu langkah menuju arah yang tepat". "Khalid diberikan setiap peluang untuk mempertahankan dirinya. Terdapat proses pengadilan yang terbuka. "PKR mempunyai segala hak untuk mendisiplinkan anggotanya. Saya rasa kes ini, berdasarkan keadaannya, layak dihukum dengan pemecatan," kata MP Puchong itu. (MK) E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? | |
Akhirnya.. Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR Posted: 09 Aug 2014 09:27 AM PDT Addin Akhirnya.. Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan. Anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan tersebut berkuatkuasa serta merta.Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu. "Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru. "Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut. "Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat," kenyataannya dipetik.Tan yang juga pengerusi lembaga disiplin berkata, MPP juga mengambil kira perkembangan berikut:• Khalid mengingkari keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat agar menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2, dan menagguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN negeri Selangor. Khalid gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor. Khalid berkeras meneruskan projek lebuh raya Kidex walaupun PKR mengarahkan beliau mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat. Khalid gagal menjelaskan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid. Dalam sidang medianya selepas itu, Tan berkata Khalid masih lagi berpeluang untuk merayu keputusan MPP dalam tempoh 40 hari. Tambahnya, keputusan MPP hari ini hanya melibatkan kedudukan Khalid dan tidak menjejaskan kedudukan Exco dan ADUN lain.Menurut Tan, MPP turut mengambil kira Lembaga disiplin parti itu pada Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut. Khalid diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu "cacat" dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya. ~tmi | |
Siapa Adun PAS Dalam 35 Adun PR & Anwar Menghadap Sultan Esok? Posted: 09 Aug 2014 07:39 AM PDT Ibnu Hasyim Siapa Adun PAS Dalam 35 Adun PR & Anwar Menghadap Sultan Esok? MELIHAT berita ini dari 'Bloglist Malaysia' berbunyi... [TERKINI - 35 Adun PR Selangor Kini Bersama Anwar Dan Akan Menghadap Sultan Esok Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor. Sebentar tadi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan. Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baru. Sementara itu Malaysiakini.com melaporkan pemecatan Khalid dari PKR diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu. Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid. Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut. Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai. Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor. Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu "cacat" dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya. Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.] Bagaimana boleh 'Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.'? Benarkah ADUN PAS Selangor terlibat? (IH) Sila lihat.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? | |
Khalid Maklum Dipecat PKR, Akan Mengadap Sultan S'gor Posted: 09 Aug 2014 06:51 AM PDT Ibnu Hasyim Khalid Maklum Dipecat PKR, Akan Mengadap Sultan S'gor PKR memecatnya hari ini selepas mengingkari keputusan parti untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. "Saya menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang. "Seperti kenyataan saya sebelum ini, parti sendiri keliru terhadap pertuduhan yang dikemukakan kepada saya. Malah, PKR gagal menyatakan perkara yang saya lakukan melanggar Perlembagaan PKR," katanya dalam satu kenyataan. – 9 Ogos, 2014. (TMI) | |
MB: Bekas MB S'gor Mat Taib Nyatakan Sikap Posted: 09 Aug 2014 03:43 AM PDT Ibnu Hasyim MB: Bekas MB S'gor Mat Taib Nyatakan Sikap Muhammad yang pernah memegang jawatan penting tersebut semasa bersama Umno sebelum menyertai PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas berkata, secara konvensionalnya, mana-mana pemimpin yang ditolak parti perlu melepaskan jawatan. "Saya fikir apabila PKR membuat keputusan untuk tukarnya, beliau (Khalid) perlu patuh. "Secara konvensyen dan persefahaman dalam satu gagasan, itulah persefahaman," kata Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib kepada The Malaysian Insider. Kenyataan Muhammad tersebut berbeza dengan pendirian PAS yang masih bertegas menyokong Khalid sebagai MB. Beliau kemudian mempersoalkan mereka yang mempertahankan Khalid, khususnya daripada PAS sendiri seolah-olah jawatan MB yang dipegang adalah hak individu. "Saya hendak tanya sekarang ini, apa yang istimewa tentang Khalid ini? "Bila parti sudah buat isyarat yang jelas, apa pun alasannya, apabila parti buat keputusan, beliau perlu 'gentleman,' kerana ini bukan harta pusakanya, ini adalah kolektif," kata beliau. Muhammad menyifatkan peletakan jawatan seorang MB bukan fenomena luar biasa, kerana ia menjadi amalan demokrasi mana-mana institusi. "Jadi pada saya, meletakkan jawatan dan berhenti bukan fenomena luar biasa, ini adalah normal dalam mana-mana institusi demokrasi dalam dunia ini," kata Muhammad. Malahan beliau sendiri dan pemimpin utama negara sebelum ini juga meletak jawatan selepas tidak menerima sokongan lagi. Muhammad merupakan MB Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995. Menurut Muhammad, ketika Tun Hussein Onn digantikan dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, konsep sama digunakan dan kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan selepas menghidu tiada lagi sokongan daripada parti. "Apabila Tun Hussein Onn meletak jawatan dan diganti Dr Mahathir, tidak kisah apa pun alasannya, beliau letakkan jawatan. "Jadi selepas itu, apabila parti menganggap Pak Lah sudah perlu diganti, maka beliau rela menyerahkan jawatan," kata Muhammad. Muhammad juga berkata konsep sama digunapakai dalam krisis di Terengganu baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa melepaskan jawatannya selepas tidak lagi mendapat sokongan parti. Khalid, MB dua penggal ketika ini hilang sokongan daripada partinya sendiri dan berdepan kemungkinan disingkirkan. Pelbagai langkah mula dijalankan bagi mendesak Khalid lepaskan jawatan, pendedahan juga dibuat oleh PKR membabitkan salahguna kuasa Khalid, terutamanya dalam penyelesaian Bank Islam. Namun, Khalid mempertahankan diri dengan mengatakan tidak bersalah walaupun PKR mendedahkan bukti penglibatan tokoh korporat Umno dalam menyelesaikan pinjaman tersebut. Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima pelbagai aduan tentang MB itu yang didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan. Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jais dan Lebuhraya Kinrara-Damansara. Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah dalam kes Liwat II yang melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding untuk menggantikan Anwar, menang kerusi Dewan Undangan Negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi MB Selangor. Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat. Isu MB Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. – 9 Ogos, 2014. (TMI) E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? | |
SU M/Syura Ulama Nafi Kenyataan Liar Portal Mengenai N/Aziz. Posted: 09 Aug 2014 01:53 AM PDT Ibnu Hasyim SU M/Syura Ulama Nafi Kenyataan Liar Portal Mengenai N/Aziz. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju "seratus peratus" supaya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kekal memimpin negeri itu. Nik Zawawi berkata demikian bagi menafikan satu laporan portal The Malaysian Insider hari ini yang menggambarkan kononnya Nik Aziz tidak terlibat dengan keputusan Majlis Syura Ulamak pada hari Rabu itu. Veteran PAS itu berkata, beliau sendiri membaca keputusan mesyuarat badan tertinggi PAS itu di hadapan Nik Aziz dalam satu pertemuan berasingan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaik selepas persidangan Majlis Syura. Katanya, Nik Aziz tidak menyatakan sebarang penentangan ke atas keputusan tersebut apabila keputusan itu dibacakan dalam pertemuan di kediaman bekas menteri besar Kelantan itu. "Saya membaca keputusan yang diluluskan oleh Majlis Syura di depannya dan beliau setuju seratus peratus," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. "Asalnya kita (Majlis Syura) tidak mahu mendedahkan keputusan seperti yang diedarkan kepada media, itu tetapi beliau menyuruh diedarkannya kepada media," katanya lagi. Kenyataan liar, tidak patut berlaku Mengulas lanjut mengenai perjalanan mesyuarat Majlis Syura sebelum itu, Nik Zawawi menjelaskan, Nik Aziz juga sempat membincangkan isu menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Nik Aziz meminta izin untuk pulang tidak lama kemudian kerana "sangat letih". Nik Aziz, yang juga pengerusi Majlis Syura, beredar selepas meninggalkan arahan agar mesyuarat diteruskan, katanya lagi. "Kemudian beliau (Nik Aziz) berkata keputusan yang dibuat, beliau hendak tengok. Apabila selesai, saya bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pergi ke rumahnya," katanya. Nik Zawawi menafikan sebarang dakwaan yang menyatakan Nik Aziz yang juga ADUN Chempaka tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama. "Sebarang kenyataan (bahawa beliau) tidak bersetuju adalah kenyataan yang liar dan tidak sepatutnya berlaku. Keputusan ini adalah keputusan Majlis Syura PAS," tegasnya. "Insya -Allah akan ada surat iaitu kenyataan yang dibaca itu, akan ditandatangani beliau selepas ini. Sekarang ia belum sempat ditandatangani lagi," katanya lagi. The Malaysian Insider hari ini turut menonjolkan bahawa Nik Aziz meninggalkan mesyuarat majlis itu selepas 30 minit masalah kesihatan. Dakwaan itu berdasarkan satu rakaman audio sepanjang hampir lima minit yang disebarkan di beberapa blog pro-PAS, termasuk malaysiawaves.net. Rakaman tersebut, yang diteliti oleh Malaysiakini, mengandungi perbincangan dalam dialek Kelantan dan sebahagian daripadanya juga mengandungi butiran percakapan yang tidak jelas. (MK) | |
Tiada Permohonan Maaf Dari Nasruddin, Saman! Posted: 09 Aug 2014 12:42 AM PDT Ibnu Hasyim Tiada Permohonan Maaf Dari Nasruddin, Saman! Lim mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin selepas pada Khamis memberinya 24 jam untuk menarik balik "penipuan" yang dibuatnya dan membuat permohonan maaf kepadanya. Notis tuntutan saman itu dikeluarkan oleh peguam Lim di Mureli Navaratnam Advocates and Solicitors berhubung posting berunsur fitnah yang didakwa dibuat Nasruddin di Facebook bertajuk 'Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel?' pada Rabu lepas. "Dia tidak jawab tuntutan saya untuk dia meminta maaf, jadi peguam saya mengeluarkan notis semalam. Kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang," Lim memberitahu pemberita di pejabatnya hari ini. Pada Khamis, Lim berkata Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu. "Penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro-Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya. Nasruddin dalam postingnya mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus. Katanya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus. Menurut tuntutan yang dikeluarkan itu, "Kandungan posting itu melemparkan fitnah yang teruk terhadap karekter dan reputasi Lim dan menimbulkan kebencian awam terhadapnya sebagai ahli politik kanan, negarawan dan ketua menteri Pulau Pinang." Nasruddin juga didakwa bertindak melulu dan berniat jahat bertujuan memalukan Lim dan menjejaskan reputasinya, menyebabkan Lim dicemuh berikutan posting Facebook itu. Lim memintanya menarik balik kenyataannya itu dengan menyiarkan permohonan maafnya di laman sosial miliknya dan dua akhbar nasional yang sudah ditentukan. Dia juga mahu Nasruddin membuang postingnya dalam masa 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu dan memaklumkan peguam Lim berapa jumlah yang sanggup dibayarnya kepada Lim sebagai ganti rugi bagi kecederaan, malu, mudarat dan kesusahan yang ditanggungnya dalam masa 7 hari. Semalam, dalam satu post Facebook bertajuk 'Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah,' Nasruddin mempertahankan kenyataan terdahulunya mengatakan ia dari dapatan dan data awam dan dakwaan dia melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas. – 9 Ogos, 2014. (TMI) Lihat ini E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? | |
Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR Malam Ini.. Ini Buktinya? Posted: 08 Aug 2014 11:39 PM PDT Addin Khalid Ibrahim Dipecat Oleh PKR Malam Ini.. Ini Buktinya? Kedua-dua pihak bertentangan dalam isu menteri besar (MB) Selangor akan turun padang dan membentangkan kes masing-masing dalam dua acara berlainan malam ini.Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberikan penjelasan secara terbuka buat pertama kali dalam satu ceramah sementara penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan forum mempertahankan MB itu. Ketua pembangkang itu dijangka akan menerangkan kepada umum rasional PKR bercadang menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikutan keengganannya berganjak daripada jawatan itu. Turut hadir untuk menjelaskan isu yang mengeruhkan hubungan di antara parti komponen Pakatan Rakyat itu ialah Dr Wan Azizah, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli. Ceramah itu adalah antara beberapa siri penerangan PKR berhubung kemelut MB Selangor dengan tajuk "Penerangan Isu Semasa Negeri Selangor" dan akan diadakan di Dewan Teratai Seksyen 19, Shah Alam, terbuka kepada orang awam untuk hadir. Sementara forum penyokong Khalid di Selangor Chinese Assembly Hall pukul 8 malam ini bertajuk "Krisis Selangor: Adakah Khalid Ibrahim khianati Pakatan?".Ahli panelnya termasuk pegawai khas Khalid, Azrul Azwar dan Shazni Munir, kolumnis Nathaniel Tan dan ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, juga dikenali sebagai Chegubard. Pelbagai langkah dilakukan bagi mendesak Khalid melepaskan jawatan, termasuk pendedahan membabitkan salahguna kuasa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, terutamanya dalam penyelesaian hutang Bank Islam. Namun, Khalid mempertahankan diri dengan mengatakan tidak bersalah walaupun PKR mendedahkan bukti penglibatan tokoh korporat Umno Tan Sri Rashid Manaf dalam penyelesaian pinjaman tersebut. Awal tahun ini, PKR memulakan Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Anwar selepas menerima pelbagai aduan tentang MB itu yang mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan PR. Khalid juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan bible versi Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lebuhraya Kinrara-Damansara. Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Isu menteri besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. ~tmi Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment