Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland
Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland |
- Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland
- MH370 : Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat
- Anil JS Dakwa Kematian Karpal Singh Dirancang Kerajaan Malaysia
- Suami Beri Krisdayanti Syarat Jika Ingin Menyanyi
- Gambar Tidak Tutup Aurat Anak Perempuan Datuk Sheila Majid
- Budak Perempuan Ikut Teman Lelaki Lepas Gian Diberkas Polis
- Hangat: Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk di Pentas
- Pakaian Bergantung Cuaca : Agnes Monica
- Gempar! Suami Isteri Main “Langgar-langgar”
- Rekod MPV Dinaiki Karpal, Ada 29 Kesalahan Trafik.. 15 Saman Belum Jelas
Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland Posted: 17 Apr 2014 01:41 AM PDT Gambar Adun Paloh YB Datuk Nazula Cedera Parah Kemalangan di Cameron Highland | Ahli Undangan Negeri (ADUN) Paloh Gua Musang terlibat kemalangan petang tadi berdekatan Cameron Highland. Beliau disahkan mengalami kecederaan teruk manakala isterinya meninggal dunia. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan jalan raya yang sudah pasti turut mengejutkan kita kerana awal pagi sebelumnya, bekas pengerusi DAP Karpal Singh disahkan maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung. |
MH370 : Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat Posted: 17 Apr 2014 01:30 AM PDT MH370 : Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat | Tompokan minyak dikesan Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, bukan minyak pesawat atau cecair hidraulik. Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal dilakukan pada sampel diambil di kawasan pencarian yang tiba di Perth pagi ini. Pada Isnin, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata dalam sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat 'ping' dikesan sebelum itu oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan Ocean Shield. Dua liter tompokan minyak diambil sebagai sampel. Dalam perkembangan lain, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter.
Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics. JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul. Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini. Ia dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat itu di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger ditunda sejak 8 April.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. Selepas analisis dibuat terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". – Bernama |
Anil JS Dakwa Kematian Karpal Singh Dirancang Kerajaan Malaysia Posted: 17 Apr 2014 01:24 AM PDT Anil Js Dakwa Kematian Karpal Dirancang Kerajaan Malaysia | Seorang pengguna Facebook yang didakwa anak saudara Karpal Singh telah memuat naik satu status Facebook seolah-olah menyalahkan kerajaan Malaysia atas kematian mendiang awal pagi tadi. Status yang menyamakan kemalangan Karpal dengan kes Anwar Ibrahim dan pesawat MH370 itu berbunyi: Pengguna Facebook dengan nama Anil JS ini turut mencabar pihak berkuasa untuk menangkap dirinya. Silap-silap tengah mabuk kot? Oleh: REM RAMZI – MYNEWSHUB -
|
Suami Beri Krisdayanti Syarat Jika Ingin Menyanyi Posted: 17 Apr 2014 12:58 AM PDT Suami Beri Krisdayanti Syarat Jika Ingin Menyanyi | Penyanyi Krisdayanti memberitahu suaminya Raul Lemos meletakkan beberapa syarat sekiranya dia mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas empat tahun berehat. Kris, 39, berkata, antara syarat-syaratnya dia tidak boleh terlalu sibuk dengan aktiviti nyanyian setiap hari sebaliknya memadai urusan berkaitan seni dihabiskan dalam seminggu sekali.
Kris ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Persembahan Ratu Cinta di pejabat Warner Music Malaysia di Menara TSR, Mutiara Damansara, di sini pada petang Selasa. Tambah Kris, Raul kini lebih faham cara kerjanya sebagai penyanyi memandangkan sebelum ini suaminya itu sering bertanya mengenai cara seseorang penyanyi itu menjalankan tugas mereka. Sementara itu, mengenai albumnya selepas empat tahun berehat, Kris muncul dengan dua buah lagu baharu iaitu Ratu Cinta serta Bertubi-Tubi serta 14 buah kompilasi lagu popular dalam album berkenaan Walaupun membuat kemunculan semula dengan persediaan yang sangat rapi, jauh di sudut hati penyanyi itu merasakan bahawa dia mungkin sudah dilupakan oleh sebahagian peminat-peminatnya.
|
Gambar Tidak Tutup Aurat Anak Perempuan Datuk Sheila Majid Posted: 17 Apr 2014 12:25 AM PDT Gambar Tidak Tutup Aurat Anak Perempuan Datuk Sheila Majid | Mungkin tidak ramai yang mengenali anak perempuan penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid iaitu Wan Nur Khaleda yang kini usianya sudah mencecah 22 tahun. Pada pengamatan penulis, Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial. Click to view slideshow. Bagaimanapun, Sheila yang ditemui dalam majlis sidang media Strepsils The Right Note di One World Hotel semalam mempunyai penjelasan sendiri berhubung perkara tersebut. Menurut aktres kelahiran Singapura itu, dia menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri. "Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.
Apapun, mari skodeng beberapa keping gambar jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak tumpah macam Sheila Majid. Bak kata pepatah"ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi." |
Budak Perempuan Ikut Teman Lelaki Lepas Gian Diberkas Polis Posted: 17 Apr 2014 12:18 AM PDT Budak Perempuan Ikut Teman Lelaki Lepas Gian Diberkas Polis | Keinginan seorang gadis yang mahu melepaskan gian sehingga sanggup mengikut teman lelakinya ke port dadah popular berakhir apabila ditahan sepasukan polis, di Kampung Sungai Samak, petang Selasa lalu. Serbuan dibuat kira-kira jam 3 petang, dan gadis berusia 23 tahun itu antara lapan suspek yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di tengah-tengah kebun kelapa sawit, dekat sini. Apa yang lebih malang apabila teman lelaki gadis itu hanya pentingkan diri sehingga sanggup meninggalkan dan membiarkan suspek ditahan pihak polis. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, gadis itu dikatakan mengikut teman lelakinya yang juga seorang penagih dadah ke port tersebut untuk melepaskan gian. Menurutnya, ketika serbuan dilakukan gadis itu bersama-sama tujuh suspek lain sedang asyik menghisap dadah di dalam rumah tersebut sehingga mereka tidak sempat melarikan diri.
Kok Liang berkata, pengedar dadah di kawasan itu menjalankan promosi menarik dengan menawarkan hutang bagi pembelian bekalan dadah berkenaan.
Katanya, pemeriksaan saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan mereka kini ditahan reman.
|
Hangat: Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk di Pentas Posted: 16 Apr 2014 09:31 PM PDT Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk | Saat pelawak Kuah Jenhan selaku hos menyebut nama “Afgan…!!!”, seluruh dewan terus gamat dengan sorakan penonton. Inikan pula, apabila penyanyi kegilaan ramai ini muncul di depan mata. Lantaran membuatkan para peminatnya jadi tidak keruan. Bahkan saat dia mempersembahkan lagu-lagu hitsnya, para peminat tidak melepaskan peluang naik ke pentas untuk berselfie bersamanya. Dan satu momen yang berjaya mencuri perhatian sekalian penonton ialah di ketika jejaka kelahiran Jakarta, Indonesia ini mendendangkan lagu Jodoh Pasti Bertemu tanpa disangka meluru seorang peminat naik ke pentas lalu mencium pipitnya. Dan penyanyi berlesung pipit ini tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya.
Kegilaan peminat terhadap Afgan tidak terhenti setakat itu. Meneruskan nyanyian dengan lagu rancak, Panas Asmara, Afgan mengambil peluang mendekati peminat-peminatnya. Namun belum sempat dia melawat dari satu meja ke satu meja, peminat lebih dulu mengerumuninya.-rotikaya |
Pakaian Bergantung Cuaca : Agnes Monica Posted: 16 Apr 2014 09:27 PM PDT Pakaian Bergantung Cuaca : Agnes Monica| DALAM dunia fesyen, sememangnya selebriti menjadi golongan yang sering mendapat perhatian. Sentiasa tampil seksi ketika mengadakan persembahan, penyanyi popular, Agnes Monica, memberitahu bahawa nilai fesyen itu tidak boleh disamakan dengan semua orang.
|
Gempar! Suami Isteri Main “Langgar-langgar” Posted: 16 Apr 2014 09:20 PM PDT Gempar! Suami Isteri Main "Langgar-langgar"| Kisah pasangan suami isteri yang bergaduh hingga salah seorang daripadanya memecahkan pinggan di dapur mungkin bukan kisah luar biasa. Tapi pasangan di Butterworth, Pulau Pinang nampaknya lebih ganas daripada biasa apabila mereka ‘berperang’ dengan memecahkan kenderaan. Dalam rakaman video yang diambil di di Jalan Raja Uda jam 4.30 petang Isnin lalu, sebuah kereta jenis Citroen didapati menghalang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima. Pemandu Toyota Estima dapat dilihat cuba beredar tetapi dirempuh beberapa kali oleh pemandu Citroen walaupun terdapat orang awam cuba mententeramkan dirinya. Kejadian ini mengejutkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar. Difahamkan, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suami isteri hingga membuatkan salah seorang daripadanya mengamuk kerana tidak dapat menahan perasaan. Kesudahannya, kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk. Macam ini baru puas hati mereka agaknya…-mynewshub
|
Rekod MPV Dinaiki Karpal, Ada 29 Kesalahan Trafik.. 15 Saman Belum Jelas Posted: 16 Apr 2014 09:13 PM PDT Rekod MPV Dinaiki Karpal, Ada 29 Kesalahan Trafik.. 15 Saman Belum Jelas | REKOD ke atas kereta jenis MPV yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, 74 tahun, yang terlibat dalam kemalangan awal pagi menunjukkan ada saman trafik yang belum dijelaskan. Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Ng Kong Soon dalam laporan Bernama berkata, rekod MPV itu menunjukkan 29 rekod kesalahan lalu lintas iaitu memandu laju dan sejumlah 15 saman masih belum dijelaskan.
Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian berkenaan awal pagi tadi. Kereta MPV itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori 5 tan ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara. Sementara itu, Ng berkata ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu lori berkenaan dipercayai ada kesan dadah jenis ganja.
Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi. Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal. Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut. Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian. – mynewshub |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment