Sharnaaz Ahmad Beri Teguran Buat Peserta The Band
Sharnaaz Ahmad Beri Teguran Buat Peserta The Band |
- Sharnaaz Ahmad Beri Teguran Buat Peserta The Band
- Tak Ada Apa Nak Cakap Buat Masa Ini – Abby Abadi
- (GAMBAR)Satukanlah Hati Kami – Noor Dayana Lokman
- Ramalan Keputusan ABPBH2013 Daripada Abang Nara
- (10 GAMBAR)Aril AF & Puteri Erma Adlinda Bulan Madu Di Perth
- Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya
Sharnaaz Ahmad Beri Teguran Buat Peserta The Band Posted: 23 May 2014 02:48 AM PDT Adakah anda menonton program realiti terbaru Astro yang diberi nama The Band? Secara jujur, Abang Nara tak pernah tengok walau sekali pun. Kilauan Emas ada jugaklah Abang Nara tertengok sekali dua. Namun daripada apa yang baca di laman sosial, program The Band memang kurang menjadi dan tidak berjaya menarik perhatian para penonton.
Fuh ~~ Kalau Abang Nara jadi peserta The Band, memang pedih hati membaca teguran Sharnaaz Ahmad. Namun itulah kenyataan yang harus ditelan. Kalau tak tegur, sampai bila-bila pun tak akan maju dan hanyut dalam populariti yang dicipta sendiri. Tahniah buat Sharnaaz kerana berani tampil mengkritik. Semoga teguran ini dijadikan panduan buat peserta-peserta The Band. Baca Yang Ini Pulak:- |
Tak Ada Apa Nak Cakap Buat Masa Ini – Abby Abadi Posted: 23 May 2014 02:25 AM PDT Selepas berkongsi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya di laman sosial, ramai yang mahukan Abby Abadi mengesahkan sendiri status perkahwinannya dengan Farhan. Berkata menerusi Harian Metro hari ini, Abby Abadi enggan memberikan sebarang komen dan memaklumkan yang kehidupannya berjalan seperti biasa. Adakah ini satu berita baik atau berita buruk? Hanya Abby sahaja yang tahu.
Sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Abby Abadi dan Farhan akan pulih seperti biasa. Agak rugi sekiranya perkahwinan kedua ini juga berakhir dengan penceraian. Semoga ada jalan penyelesaian dan persefahaman dapat dicari semula antara pasangan ini. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka. P.S: 8 restoran terbaik dengan makanan aneh Baca Yang Ini Pulak:- |
(GAMBAR)Satukanlah Hati Kami – Noor Dayana Lokman Posted: 22 May 2014 08:22 PM PDT Apa yang terbaik untuk diri kita, tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Mungkin begitu juga dengan kisah isteri-isteri pelakon Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Melalui Instagram peribadinya, Noor Dayana telah memuat naik gambarnya dan madunya dengan satu doa. Doa Dayana ialah untuk dia dan madunya menjadi isteri-isteri yang solehah buat Ahraf Muslim, ibu terbaik untuk Sarah Ashraf dan anak terbaik untuk kedua ibu bapa.
Sangat cantik dan manis kedua-dua isteri Ashraf Muslim, dan sesungguhnya wanita setabah Dayana sememangnya satu dalam seribu. Sekiranya mereka reda dengan pilihan yang telah dibuat, kita doakan saja mereka berdua akan terus berbahagia di dunia dan akhirat, ya tak? Semoga berkekalan dunia dan akhirat, amin.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Ramalan Keputusan ABPBH2013 Daripada Abang Nara Posted: 22 May 2014 08:13 PM PDT Selepas ditangguhkan kerana insiden MH370, ABPBH2013 akhirnya bakal berlangsung esok, 24 Mei di PICC, Putrajaya. Pastinya para selebriti yang tercalon untuk Top 5 kali ini sedang berdebar-debar menanti keputusan anugerah paling berprestij di Malaysia ini. Adakah Zizan Razak akhirnya akan menggondol Anugerah Bintang Paling Popular? Atau ada kejutan yang tak disangka kali ini? Semalam ketika Abang Nara sedang tidur, tiba-tiba diri ini didatangi oleh seorang lelaki berjubah kelabu yang membawakan sebuah kertas. Di dalamnya ada keputusan ABPBH2013. Terkejut Abang Nara dibuatnya. Nak tak nak, terpaksalah Abang Nara kongsikan keputusan tersebut bersama anda. Heheh. Ini sekadar ramalan belaka. Yang dihitamkan itu adalah jangkaan Abang Nara untuk menang kategori-kategori yang dipertandingkan. Artis Baru Lelaki Popular 1. Achey Artis Baru Wanita Popular 1. Atikah Suhaime Pelakon TV Lelaki Popular 1. Adi Putra Pelakon TV Wanita Popular 1. Ana Dahlia Pelakon Filem Lelaki Popular 1. Aaron Aziz Pelakon Filem Wanita Popular 1. Erra Fazira Artis Komedi Lelaki Popular 1. Ebby Yus Artis Komedi Wanita Popular 1. Didie Alias Penyanyi Lelaki Popular 1. Awi Rafael Penyanyi Wanita Popular 1. Alyah Artis Duo/Berkumpulan Popular 1. Altimet & Awi Rafael Pengacara TV Lelaki Popular 1. Datuk AC Mizal Pengacara TV Wanita Popular 1. Adibah Noor Penyampai Radio Lelaki Popular 1. AG Penyampai Radio Wanita Popular 1. Abby Fana KATEGORI ONLINE Artis Lelaki Stailo 1. Adi Putra Artis Wanita Stailo 1. Fazura Gandingan Serasi Di Layar 1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa Watak Jahat Dalam Drama / Filem Popular 1. Datuk Rosyam Nor Artis Berpengaruh Di Laman Sosial 1. Datuk Siti Nurhaliza Chef Selebriti Paling Popular 1. Chef Amran Aksi YouTube Paling Popular 1. Parodi Sayang (Bobo) Perlu diingatkan yang anugerah ini berdasarkan populariti dan keputusan ditentukan oleh jumlah pengundi yang terbanyak. Daripada pemerhatian Abang Nara, Zizan Razak ada harapan untuk bawa pulang Anugerah Bintang Paling Popular. Mungkin anda ada pilihan yang tersendiri. Apa kata kongsikan di ruangan komen? Mari kita tengok siapa yang betul tekaannya nanti. Baca Yang Ini Pulak:- |
(10 GAMBAR)Aril AF & Puteri Erma Adlinda Bulan Madu Di Perth Posted: 22 May 2014 07:49 PM PDT Makin cantik isteri Aril AF sejak memakai tudung ini. Gembira Abang Nara dengan perkembangan ini. Tahniah diucapkan kepada Aril atas perubahan yang berlaku kepada isterinya. Untuk makluman, Puteri Erma Adlinda adalah seorang pramugari dan kerana kesibukan berada di awan biru, mereka berdua jarang bertemu. Setelah berkahwin hampir 2 bulan, akhirnya Aril dan Edlinda berbulan madu jua di Perth, Australia. Turut serta dalam bulan madu ini ialah krew Romantika Astro yang akan menayangkan bibit-bibit romantis, kasih sayang dan kecomelan pasangan ini sepanjang berada di Perth untuk berbulan madu. Tak sabar rasanya nak tengok aksi mereka berdua bertabirkan pemandangan Perth yang pastinya akan mengujakan. Biasalah kalau tinggal berjauhan ini memang banyak cabarannya. Sekali sekala berjumpa, pasti akan melepaskan rindu yang terbuku di dada. Semoga dengan bulan madu ini, hubungan suami isteri antara Aril dan Puteri Erma Adlinda akan bertambah kukuh dan erat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Mazda 5 SkyActiv dilancarkan pada harga RM153K
Baca Yang Ini Pulak:- |
Sharifah Aini Dijangkiti Penyakit H1N1, Redha Dijemput OlehNya Posted: 22 May 2014 07:30 PM PDT Aduh. Sedihnya hati Abang Nara membaca luahan hati Sharifah Aini yang dikongsi olehnya di laman Facebook beliau. Untuk makluman, Sharifah Aini atau lebih dikenali dengan nama Kak Pah kini menghidap penyakit H1N1 Influanza dan Pneumonia (radang paru-paru). Akibatnya, Kak Pah terpaksa tinggal di hospital selama 28 hari dan ditempatkan dalam bilik yang diasingkan daripada pesakit-pesakit lain. Membaca kata-kata Kak Pah, beliau tampak redha sekiranya sudah sampai masa untuk dijemput menghadapNya. Semoga Kak Pah dipanjangkan umur dan lekas sembuh daripada penyakit ini. Tulis Kak Pah:-
Sedih kan? Marilah kita sama-sama panjatkan doa agar Sharifah Aini diberi kekuatan, kesihatan dan dipanjangkan umur untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Masih terlalu awal untuk kita kehilangan seorang penyanyi lagenda seperti beliau. Teruskan menerima rawatan, teruskan makan ubat dan terus cekalkan hati untuk hidup. Insya Allah segalanya akan pulih seperti sediakala. P.S: Cara menyediakan kerepek tempe yang sedap Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment