Fasha Sandha Sahkan Sedang Hamil Anak Kedua
Fasha Sandha Sahkan Sedang Hamil Anak Kedua |
- Fasha Sandha Sahkan Sedang Hamil Anak Kedua
- Ini Bukan “Personal Attack” Kepada Ustaz Don – Wardina
- Kenyataan Kontroversi Mengenai Tudung, Raja Azmi Tak Kisah Dikecam
- (9 GAMBAR)Sarah Ashraff, Puteri Sulung Ashraf Muslim Daripada The Photolicious
- Dynas & Suami Nafi Sudah Bercerai
Fasha Sandha Sahkan Sedang Hamil Anak Kedua Posted: 17 Apr 2014 01:42 AM PDT Walaupun berita kehamilan kedua Fasha Sandha sudah lama diperkatakan orang ramai, namun sehingga hari ini, tuan empunya badan tidak tampil untuk mengesahkan berita gembira itu. Secara ekslusif, majalah EH! telah berjaya mendapatkan reaksi terbaru Fasha Sandha mengenai kehamilannya yang hanya berselang kira-kira setahun dengan anak pertamanya, Putra Rayqal.
Abang Nara lihat Fasha Sandha makin berseri-seri sejak hamil kali kedua ini. Insya Allah semoga cita-cita Fasha untuk mendapatkan anak perempuan tercapai. Kalau lengkap sepasang, bolehlah berehat kejap. Tak sabar rasanya nak menanti kelahiran cahaya mata kedua pelakon hebat ini. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar buat Fasha. Baca Yang Ini Pulak:- |
Ini Bukan “Personal Attack” Kepada Ustaz Don – Wardina Posted: 16 Apr 2014 08:50 PM PDT Ternyata kontroversi yang menggunung tinggi timbul apabila Wardina berkongsi sebuah video koleksi ceramah Ustaz Don dan memohon para alim ulama untuk menyiasat isi kandungan ceramah ustaz selebriti itu. Ribuan komen diterima di laman Facebook Wardina. Ada yang menyokong, ada yang membangkang, dan tak kurang yang mengecam Wardina kerana seolah-olah mengaibkan Ustaz Don.
Dalam status terbarunya, Wardina telah pun mengakui dirinya tidak sepatut menulis dan berkongsi video tersebut. Kata Wardina:-
Semoga Wardina dan Ustaz Don dapat bertemu secepat mungkin untuk menjernihkan keadaan yang amat keruh ini. Semoga mereka berdua akan dapat penjelasan yang diimpikan. Kepada peminat Wardina dan Ustaz Don, jangan gaduh-gaduh. Anggaplah ini sebagai satu perbincangan ilmu untuk kita semua. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kenyataan Kontroversi Mengenai Tudung, Raja Azmi Tak Kisah Dikecam Posted: 16 Apr 2014 08:31 PM PDT Tahukah anda bahawa baru-baru ini Raja Azmi telah membuat satu kenyataan penuh kontroversi mengenai pemakaian tudung. Seperti yang kita ketahui, tudung dipakai untuk menutup aurat seperti yang telah disyariatkan oleh Islam. Kenyataan yang dikeluarkan menerusi sebuah program hiburan ini menimbulkan kontroversi sehingga Raja Azmi menerima kecaman dan kritikan daripada orang ramai.
Diminta menghuraikan lebih lanjut mengenai kenyataan penuh kontroversinya itu, Raja Azmi menerusi Kosmo berkata:-
Masuk neraka atau masuk syurga, bukanlah kita yang menentukannya. Namun sebagai umat Islam, marilah kita mencuba sebaik mungkin untuk mengikuti apa yang disyariatkan. Sebagai seorang selebriti, diharap Raja Azmi perlu lebih berhati-hati di masa hadapan ketika mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan agama. Kadang-kadang lebih baik diam sahaja daripada mengeluarkan pendapat kita yang tak seberapa. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
(9 GAMBAR)Sarah Ashraff, Puteri Sulung Ashraf Muslim Daripada The Photolicious Posted: 16 Apr 2014 08:21 PM PDT Amboi comelnya puteri sulung Ashraf Muslim dan Wan Sakinah ini. Abang Nara suka sangat-sangat gambar “newborn” yang dibidik oleh The Photolicious ini. Memang jelas terserlah kecomelan Sarah Ashraf ini. Nanti anak kedua Abang Nara lahir, nak cuba jugaklah ambil gambar macam ini untuk kenang-kenangan. Gambar-gambar Sarah Ashraf ini diambil ketika si comel ini berusia 9 hari. Semoga Sarah Ashraf membesar menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar The Photolicious. P.S: Mari melancong ke Jepun, negara yang amat bersih
Baca Yang Ini Pulak:- |
Dynas & Suami Nafi Sudah Bercerai Posted: 16 Apr 2014 07:47 PM PDT Khabar angin penceraian antara Dynas Mokhtar dan suaminya, Hafizy Hafiz telah lama bertiup kencang. Setelah sekian lama tidak memberikan respon mengenai perkara ini dan mengambil langkah berdiam diri, hari ini menerusi Berita Harian, pasangan suami isteri ini tampil menafikan gosip tersebut.
Sementara itu Dynas menerusi Kosmo memaklumkan yang hubungannya dengan suami masih baik. Kata Dynas:-
Tiada siapa yang mahukan penceraian dalam perkahwinan mereka. Marilah kita doakan agar hubungan suami isteri antara Dynas dan suaminya berkekalan sehingga ke akhir hayat. Rugi pula sekiranya berakhir dengan perpisahan lebih-lebih lagi dengan cahaya mata yang terhasil daripada perkahwinan itu. Tak gitu? P.S: Toyota Camry 2015 serba baharu. Memang mengancam Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment