MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia
MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia |
- MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia
- MH370 Punca Shila Amzah Duduki Tangga Tercorot Dalam I Am A Singer?
- Klip Video Agnes Monica Kalahkan Miley Cyrus
- Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Bekas Kekasih, Asalkan aku OK!
- Awas! Seluar ketat mudarat kesihatan
- Penuntut ‘Stress’ Lompat Masuk Dalam Kandang Harimau!
MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia Posted: 02 Apr 2014 02:45 PM PDT MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia | SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370. Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370. Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong. Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi. Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan. Dakwaan penduduk Maldives kukuh Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut. Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan. Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km. Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut. MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi. Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan. Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar. Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu. Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka. Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat. Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar. Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut. Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan. Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat. Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh. Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam. Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter. Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin. Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370. Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis. Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.
Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.
Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan. Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.
Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada. Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan. Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja. – SINAR HARIAN |
MH370 Punca Shila Amzah Duduki Tangga Tercorot Dalam I Am A Singer? Posted: 02 Apr 2014 02:17 PM PDT MH370 Punca Shila Amzah duduki tangga tercorot dalam I Am A Singer? | Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah telah mengejutkan ramai pihak terutama para peminatnya apabila menduduki tangga keenam pada minggu ke-12 dalam program nyanyian berbentuk realiti di China. Shila yang cantik memakai busana berwarna hijau lumut itu telah menyampaikan lagu berjudul “Yang Chong” dilihat berjaya menyampaikan emosi lagu itu sehingga para penonton terpukau dengan persembahannya. Kedudukannya dalam program terbitan Hunan TV itu dilihat jatuh merundum kerana pada minggu sebelumnya dia telah menduduki tangga pertama apabila mempersembahkan lagu nyanyian Adele yang berjudul “Rolling In The Deep” dengan begitu menarik sekali. Dalam pada itu, ramai berpendapat bahawa kemungkinan Shila diboikot berikutan ketidakpuasan rakyat China terhadap insiden MH370.
Lagi beberapa gambar Shila Hamzah di I Am A Singer. |
Klip Video Agnes Monica Kalahkan Miley Cyrus Posted: 02 Apr 2014 08:09 AM PDT Klip Video Agnes Monica Kalahkan Miley Cyrus| LAGU antarabangsa pertama penyanyi kelahiran Indonesia, Agnes Monica berjudul Coke Bottle secara rasmi dilancarkan pada September lalu. Bagaimanapun, klip video lagu tersebut baharu sahaja diperkenalkan beberapa hari lalu. Melalui laman web MTV di Most Popular Music Video klip video Coke Bottle berjaya menduduki tempat pertama. Ia juga telah mengalahkan beberapa klip video beberapa artis ternama dunia termasuk klip video Miley Cyrus berjudul 4×4 dan Ellie Goulding Beating Heart. |
Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Bekas Kekasih, Asalkan aku OK! Posted: 02 Apr 2014 08:05 AM PDT Awi Tidak Ambil Tahu Kontroversi Bekas Kekasih, Asalkan aku OK!| Penyanyi Awi Rafael tidak pernah mengambil tahu mengenai kontroversi yang melanda bekas kekasihnya, pelakon Hanez Suraya ketika ini. Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, sejak berpisah pada tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat Hanez.
Terdahulu penyanyi lagu Asalkan Aku OK! ini diundang untuk mengadakan persembahan bersama Krisdayanti sempena minggu setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bakal berlangsung di Dewan Perdana, PICC pada 17 April ini. Dalam pada itu, Awi berkata, dia tidak pernah menyesal memutuskan hubungannya dengan Hanez kerana ia adalah keputusan terbaik untuknya pada ketika itu. Kata Awi, biarpun hubungan itu tidak kekal lama namun ia banyak memberi pengajaran dan mematangkannya dalam pelbagai sudut kehidupan. "Saya tidak kesal mengikut kata hati saya dan pada masa sama ia banyak memberi pengajaran biarpun ia tidak kekal lama," katanya. Tambah Awi, dia kini tidak mempunyai pengganti dan memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian. Sementara itu, Awi menolak dakwaan lagu duetnya bersama Altimet berjudul Kalau Aku Kaya ditujukan kepada bekas kekasihnya itu. Awi berkata, tanggapan tersebut tidak masuk akal kerana dia hanya menyanyikan lagu berkenaan. Ia dicipta oleh Altimet, Omar K dan Audi Mok.
Dalam perkembangan lain, Awi sedang sibuk di studio rakaman bagi menerbitkan lagu terbaharu untuk penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Alif Aziz, Aisyah Aziz dan Syura. – mStar Online |
Awas! Seluar ketat mudarat kesihatan Posted: 02 Apr 2014 08:03 AM PDT Awas! Seluar ketat mudarat kesihatan| Tidak dinafikan, ramai orang sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar 'skinny' dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu. Apa yang paling menarik ialah seluar 'skinny' itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang.
Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak masalah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang terlalu ketat itu. Masalah kesihatan Berdasarkan kajian daripada pakar bedah vaskular Dr Nicholas Morissey, pemakaian seluar 'skinny' yang ketat boleh menjadikan kaki anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai 'meralgia paresthetica'. Menurut Morissey, terdapat saraf deria datang daripada pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.
Pakar neurologi, Dr John Michael Li pula berkata, remaja yang menderita sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal, pedih ulu hati dan masalah sendawa apabila memakai seluar ketat itu. Kebiasaannya seluar yang dipakai bersaiz tiga inci yang terlalu kecil untuk saiz pinggang seseorang remaja. Penasihat perubatan, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahawa makanan tidak akan hadam apabila terdapat tekanan pada bahagian abdomen. Pemakaian seluar ketat ini boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti makanan tidak boleh dihadamkan dengan betul dalam kalangan remaja yang menghadapi masalah pedih ulu hati. Seluar yang terlalu ketat memburukkan lagi keadaan itu. Lelaki terutamanya perlu berhati-hati dan mengambil berat dalam aspek pemakaian. Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap fesyen, risikonya amat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah kilasan testis di mana satu testis akan berpintal dengan sendirinya. Jika tidak dirawat, pintalan itu akan memotong peredaran darah dan seterusnya testis akan mati. Selain itu, remaja lelaki juga akan mengalami lemah kawalan kencing dan jangkitan saluran kencing. Lebih buruk lagi apabila bilangan sperma menurun dan kulat akan mudah merebak pada bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar yang ketat ini. Apa kata mereka Yasmin Moktar, 21, pelajar kolej swasta berkata, pemakaian seluar 'skinny' ini tampak moden dan bergaya selain kelihatan menarik. "Apa yang saya dapat lihat ialah kebanyakan remaja sekarang menjadikan seluar ketat sebagai pilihan utama dalam pemakaian. Namun seluar yang dianggap fesyen terkini itu ada yang terlalu ketat sehinggakan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.
Menurutnya, fesyen seluar ketat itu tidak terhad kepada remaja perempuan saja, tapi juga pada golongan lelaki. Katanya, lelaki yang memakai seluar 'skinny' yang ketat ini agak keterlaluan dan boleh menunjukkan ciri feminin yang tidak bagus untuk imej mereka. Bagi Ridzuan Azmi, 21, pelajar universiti swasta berpendapat, fesyen seluar 'skinny' dalam kalangan lelaki ini tidaklah memudaratkan jika saiz yang dipilih itu bertepatan dengan bentuk pinggang. "Ada juga situasi di mana saya melihat remaja lelaki yang memakai seluar 'skinny' ketat untuk kelihatan kurus, walhal saiz badan tidak bersesuaian dengan fesyen itu. Bukan saja pelik tapi saya juga percaya pemakainya pasti mengalami kesakitan yang luar biasa terutama pada bahagian paha. "Lihat saja remaja lelaki yang memakai seluar 'skinny' ketat kadangkala tidak menunjukkan gaya lelaki yang maskulin. Sudahlah ketat dan susah untuk sarung, pemakainya pun pasti mengalami masalah sendi dengan kerap.
Menurutnya, remaja lelaki perlu memilih seluar 'skinny' yang lebih longgar dan tidak terlalu ketat sehingga boleh membahayakan diri sendiri. Cara mengatasi Yang paling penting, remaja perlu menitikberatkan kesihatan terlebih dulu sebelum memilih pakaian yang digemari. Tanpa motivasi dan pengetahuan umum berkenaan masalah kesihatan yang mungkin berlaku, ramai remaja membeli pakaian secara membuta tuli. Bagi mereka yang gemarkan seluar 'skinny' memanglah tidak salah memakainya, namun perlu juga buat pemilihan yang betul. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan besar adalah dinasihatkan memakai seluar bersesuaian dengan saiz mereka. Kalau tidak ada saja masalah kesihatan timbul sekiranya dibiarkan secara berterusan. Remaja lelaki khususnya perlu mengenakan seluar 'skinny' yang longgar dan tidak ketat untuk melancarkan saluran udara dalam seluar bagi mengelakkan jangkitan kuman dan sakit pada bahagian alat sulit. Sekiranya masalah kesihatan dialami berlanjutan, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya agar kesakitan itu tidak membawa padah. |
Penuntut ‘Stress’ Lompat Masuk Dalam Kandang Harimau! Posted: 02 Apr 2014 07:56 AM PDT Penuntut 'Stress' Lompat Masuk Dalam Kandang Harimau! | Bila mabuk dan mengalami tekanan perasaan hingga hilang kawalan diri, manusia boleh membuat tindakan yang membahayakan nyawa sendiri. Itulah yang berlaku terhadap penuntut tahun tiga jurusan elektonik dan komunikasi sebuah kolej di Indore, India yang tiba-tiba memanjat pagar setinggi 20 kaki lalu melompat masuk ke dalam kandang harimau di sebuah zoo.
Mujurlah, tindakan gila itu membuat dua ekor harimau bernama Lav dan Kush, kelihatan takut dan melarikan diri dengan memasuki lubang.
Difahamkan, Yashonandan sudah lima hari tidak pulang ke rumah dan mengalami masalah mental kerana tekanan dalam pelajaran.-mynewshub |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment