(TAHNIAH)Erin Malek Selamat Bertunang, Nikah 10 Oktober Ini
(TAHNIAH)Erin Malek Selamat Bertunang, Nikah 10 Oktober Ini |
- (TAHNIAH)Erin Malek Selamat Bertunang, Nikah 10 Oktober Ini
- Kasut CIPELA Sudah Mula Dijual Di ISetan KLCC
- Isu Budak OKU Terabai, Wardina Bandingkan Kerajaan Malaysia & Australia
- Keith Foo Nafi Bakal Bertunang Dengan Kim Raymond
- Kongsi Gambar Mesra Bersama Amar Baharin, Izreen Azminda Nafi Tak Hormat Edah
(TAHNIAH)Erin Malek Selamat Bertunang, Nikah 10 Oktober Ini Posted: 23 Jun 2014 03:19 AM PDT Tahniah diucapkan buat Erin Malek, 20 tahun kerana telah pun selamat bertunang dengan Farriz Fauzy, 30 tahun. Mengikut perancangan, mereka berdua bakal diijabkabulkan pada 10 Oktober ini. Walaupun ada suara sumbang yang menyatakan Erin terlalu muda untuk bergelar isteri, yang penting bagi Abang Nara ialah Erin dan Farriz masing-masing sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Lagipun lagi cepat kahwin lagilah bagus. Tak adalah berlaku perkara tak diingini. Tahniah diucapkan pada Erin dan Farriz. Semoga perancangan anda akan berjalan seperti yang dirancang. Diharap banyak bersabar sepanjang tempoh pertunangan. Banyak cabarannya. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pertunangan pasangan sama cantik sama padan ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Kredit gambar Instagram MazaziTV.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Kasut CIPELA Sudah Mula Dijual Di ISetan KLCC Posted: 22 Jun 2014 11:02 PM PDT Masihkah anda ingat lagi mengenai kisah kejayaan Hidayah Hassan dengan jenama kasut CIPELA yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu? Kasut-kasut CIPELA memang cantik-cantik dan menawan hati. Kalau selama ini hanya boleh dibeli secara ‘online’, kini CIPELA boleh didapati di ISetan KLCC bermula 20 Jun yang lalu. Inilah peluang anda untuk memegang, mencuba dan merasai sendiri betapa berkualitinya kasut ciptaan anak tempatan kita. Promosi sehingga 3 Julai ini akan memberikan diskaun sebanyak 50% kepada para pembeli kasut CIPELA. Selepas itu bermula pada 4 Julai, kasut untuk koleksi Hari Raya akan mula dijual dengan diskaun 10% dan tambahan 10% lagi buat ahli ISetan. Jadi jumlah diskaun yang boleh diterima ialah 20%. Confirm anda akan lebih cantik bergaya di pagi Syawal dengan kasut CIPELA ini. Abang Nara berani jamin 100%. Selain itu kalau korang nak cari baju raya (lelaki dan wanita), jangan lupa untuk ke HiDY Store di Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati. Minggu lalu HiDY dah buat diskaun sebanyak 30% untuk koleksi mereka. Rasanya boleh dapat lagi diskaun tersebut kalau anda pergi sekarang. Cakap je dapat informasi daripada BeautifulNara. Pasti akan dapat harga murah punya. Kalau nak kepastian mengenai harga, stok dan tawaran yang ada, boleh Whatsapp ke 013380 1338. Mereka akan melayan anda sebaik mungkin. Kalau nak tengok koleksi kasut, boleh ke Instagram Cipela Shoes. Nak tengok baju raya pulak, boleh ushar di Instagram HiDY Collection. Selamat membeli-belah. Baca Yang Ini Pulak:- |
Isu Budak OKU Terabai, Wardina Bandingkan Kerajaan Malaysia & Australia Posted: 22 Jun 2014 10:50 PM PDT Ya isu budak OKU yang dibiarkan terabai sehingga kurus-kering nampak tulang dan diselaputi najis sememangnya menjadi isu paling hangat dibicarakan hujung minggu lalu. Menangis Abang Nara melihat nasib yang menimpa Mohd Firdaus Abdullah ini. Tak sangka boleh sampai ke tahap macam ini. Banyak pihak yang menyalahkan emak kepada Firdaus kerana sampai hati membiarkan anaknya sebegitu rupa. Abang Nara pun tak sangka ada emak yang sanggup buat darah daging jadi seteruk itu. Tampil memberi komen mengenai isu ini, Wardina telah membuat perbandaingan mengenai sistem penjagaan OKU antara kerajaan Malaysia dan Australia. Agak menarik juga perbandingan yang dilakukan. Mungkin kerajaan Malaysia boleh pergi mempelajari sesuatu daripada Australia. Tulis Wardina:-
Apa pendapat anda? Adakah wajar kerajaan kita dipersalahkan dalam hal ini? Mengikut pengalaman Abang Nara yang mempunyai adik OKU, memang perlu diperbaiki sistem penjagaan kanak-kanak istimewa ini. Banyak yang boleh dipertingkatkan. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Baca Yang Ini Pulak:- |
Keith Foo Nafi Bakal Bertunang Dengan Kim Raymond Posted: 22 Jun 2014 10:16 PM PDT Esok ialah 24 Jun. Kalau mengikutkan desas-desus yang bertebaran sebelum ini, esok adalah hari pertunangan Keith Foo dan kekasihnya, Kim Raymond. Kononnya majlis pertunangan ini akan diadakan di Publika dan kad jemputan telah pun diedarkan. Namun para gadis di luar sana bolehlah menarik nafas lega. Keith Foo menerusi BiPop semalam telah menafikan yang dirinya bakal bertunang. Apa yang menarik mengenai penafian Keith Foo ini ialah ketenangannya menghadapi gosip sebegini. Respek Abang Nara dengan pelakon baru ini. Tak ada melenting, tak ada nak mengamuk dan tak ada nak makan hati. Ini barulah pelakon sejati kerana menyedari gosip sebegini adalah asam garam dunia hiburan. Kata Keith Foo:-
Kalau semua artis macam Keith Foo kan bagus? Alangkah indahnya dunia ini. Hehehe. Memang betul kata Keith Foo. Kalau takut nak dilanda gosip, janganlah jadi artis. Lebih baik jadi tukang masak atau kerja kat 7 Eleven je. Dunia artis biasalah gosip-gosip ini. Kalau kena sikit pun dah nak melenting, lebih baik berhenti jadi artis je. Tak gitu? P.S: Gambar selfie ibu OKU tersebar. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kongsi Gambar Mesra Bersama Amar Baharin, Izreen Azminda Nafi Tak Hormat Edah Posted: 22 Jun 2014 10:03 PM PDT Ya begitulah kehidupan seorang pelakon. Walaupun sudah bercerai dan masih dalam tempoh edah, mahu tak mahu kerana tuntutan kerja, terpaksa juga melakukan promosi untuk drama yang dilakonkan. Ramai yang mengkritik Izreen Azminda kerana sering berkongsi gambar aksi mesranya bersama Amar Baharin menerusi akaun Instagram, namun itu semua dilakukan Izreen kerana ingin mempromosikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Kalau Abang Nara tak tahu mereka berlakon bersama, pasti dah anggap ada ‘something special’ sedang berlaku antara Izreen dan Amar. Kata Izreen menerusi Pancaindera:-
Inilah asam garam menjadi seorang pelakon. Memang sukar. Tak buat promosi langgar kontrak, buat promosi dikatakan tak menghormati tempoh edah. Ditelan mati emak, diluah mati ayah. Namun Abang Nara pasti Izreen Azminda telah mengambil keputusan yang terbaik buat dirinya. Jangan lepas ini tiba-tiba umum bercinta dengan Amar Baharin sudahlah. Memang parah kalau terjadi begitu. Hehehe. Lagi beberapa gambar mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Malaysia kini dilanda musim panas atau kalau dah bahasa omputihnya, ‘it’s summer time’. Sediakan diri anda dengan produk kecantikan kulit, spek mata hitam dan macam-macam lagi aksesori menarik daripada BestBuyWorld Malaysia. Harga murah, produk menarik dan paling penting, dapat cepat apabila beli. Informasi lanjut boleh LIKE Facebook BestBuyWorld Malaysia.
Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment