Abby Abadi Buat Laporan Polis Kerana Tak Dapat Kerjasama Daripada …?
Abby Abadi Buat Laporan Polis Kerana Tak Dapat Kerjasama Daripada …? |
- Abby Abadi Buat Laporan Polis Kerana Tak Dapat Kerjasama Daripada …?
- Aku Dah 22 Tahun Dalam Industri, Yang Dia Baru Setahun Jagung – Azwan Ali
- Dikatakan Tiada Daya Tarikan, Peminat Amar Baharin Mengamuk
- Aleesya & Rayqal Berpeluk, Peminat Tunjuk Alim
Abby Abadi Buat Laporan Polis Kerana Tak Dapat Kerjasama Daripada …? Posted: 27 Aug 2014 02:20 AM PDT Fuh~~ Kalau dah sampai ke tahap buat laporan polis, memang dah parah benar dah maksudnya. Kesian Abby Abadi. Mana tidaknya, pihak yang mempunyai masalah dengannya itu tidak mengangkat panggilan telefon dan juga tidak membalas mesej. Pening kepala juga dibuatnya. Abang Nara yakin laporan polis ini adalah langkah terakhir selepas Abby Abadi gagal mendapatkan respon daripada pihak tersebut. Tulis Abby Abadi:-
Semoga masalah Abby Abadi dan pihak tersebut dapat diselesaikan dengan segera tanpa campur tangan pihak polis. Kang tak pasal-pasal jadi hal mahkamah pulak. Lagi leceh. Berjumpalah secepat mungkin sebelum terlambat. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Amboi!!! Baca Yang Ini Pulak:- |
Aku Dah 22 Tahun Dalam Industri, Yang Dia Baru Setahun Jagung – Azwan Ali Posted: 27 Aug 2014 12:28 AM PDT Ya kalau mengikut senioriti, sememangnya Azwan Ali jauh meninggalkan Sharnaaz Ahmad. Masa Abang Nara kecik-kecik dulu pun Azwan Ali dah ada dah. Teringat kemachoan dan kehenseman Azwan Ali ketika mengacara Muzik-Muzik. Masa tue memang handsome. Entah di mana silapnya, Azwan Ali kini bukan seperti Azwan Ali yang dulu. Rasanya kalau Azwan Ali kekal macho seperti dulu, mesti lagi meletup daripada pengacara-pengacara lain. Rasanya semua orang tahu mengenai pertelingkahan yang berlaku antara Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad baru-baru ini. Kesemuanya gara-gara ‘selfie’ yang telah dilakukan oleh Azwan Ali ketika ketibaan jenazah mangsa MH17. Ramai yang menganggap Azwan Ali ber’selfie’ ketika tempoh 1 minit berkabung. Abang Nara pun fikir macam itu jugak. Rupa-rupanya anggapan tersebut salah. Terang Azwan Ali menerusi portal Murai:-
Khabarnya Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad bakal dipanggil oleh persatuan Karyawan untuk menyelesaikan kontroversi yang melanda mereka ini. Diharap selesai secara elok. Jangan bergaduh pulak kat situ. Kang tak pasal-pasal lagi serabut. Abang Nara percaya kedua-duanya sudah dewasa dan matang. Jangan jadi budak-budak. Yang penting salah seorang mesti mengalah. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Dikatakan Tiada Daya Tarikan, Peminat Amar Baharin Mengamuk Posted: 26 Aug 2014 07:31 PM PDT Pergh~~~ Dasyat sungguh para kipas susah nak mati Amar Baharin ini. Memang sanggup berjuang habis-habisan mempertahankannya. Nampaknya penangan drama “Kerana Terpaksa Aku Relakan” masih membekas. Habis mengamuk kesemua peminat Amar Baharin apabila pelakon kesayangan mereka ini dikatakan ‘biasa-biasa sahaja dan tak ada daya tarikan‘ oleh seorang pengkomen di Instagram. Komentar daripada SariAyu ini turut mendapat perhatian Amar Baharin sendiri. Mungkinkah ini salah satu teknik untuk mendapat ‘reply’ daripada selebriti. Iyerlah, kalau puji tue dah biasa sangat. Bila kita mengeji barulah dapat perhatian. Menariknya, hampir kesemua peminat Amar Baharin tampil mem’backup’ pelakon ini dengan kata-kata pujian melangit.
Untunglah Amar Baharin mendapat ramai peminat yang begitu menggilai dirinya. Abang Nara kalau ada orang kata tak hensem yang tampil ‘backup’ hanyalah isteri Abang Nara je. Itu pun dah cukup bertuah dah. Amar Baharin ada ribuan para peminat (terutamanya wanita) untuk melakukan hal tersebut. Hebat kan? P.S: Kebaikan Tambi bin Jiee, mangsa MH17 Baca Yang Ini Pulak:- |
Aleesya & Rayqal Berpeluk, Peminat Tunjuk Alim Posted: 26 Aug 2014 07:02 PM PDT Cutenya!!! Itu perkara pertama yang Abang Nara terfikir apabila melihat gambar Aleesya dan Rayqal berpeluk sesama sendiri. Anak kepada Erra Fazira dan Nora Danish ini dah la memang comel, perbuatan mereka pun makin menyerlahkan kecomelan. Budak-budak memang suka menunjukkan kasih sayang sesama mereka. Anak Abang Nara pun tiba-tiba tak tentu pasal pergi cium adiknya. Manusia yang normal pastinya turut merasa gembira dan suka melihat aksi kasih sayang antara Aleesya dan Rayqal ini. Ala, bebudak belum baligh pun lagi. Tak ada nafsu apa pun. Itu yang Abang Nara pelik bila ada sesetengah komen yang tunjuk alim. Kononnya perbuatan ini berdosa, lentur buluh biar dari rebung dan macam-macam lagilah. Kalau baca komen nampak macam Aleesya dan Rayqal dah buat dosa besar. Takut Abang Nara. Abang Nara tak tahu diorang nie belajar ilmu agama daripada siapa. Mungkin ilmu yang dipelajari sudah terlalu tinggi sehingga tidak tercapai akal Abang Nara. Nasib baik masih ada beberapa peminat yang masih boleh berfikir secara matang. Agaknya yang komen-komen negatif nie masa kecik memang tak pernah main masak-masak, kahwin-kahwin dan juga permainan yang sewaktu dengannya kot. Hmmmm Kalau nak tunjuk ‘alim’ pun, janganlah sampai perkara yang betul kita tak betulkan. Janganlah bajet suci sangat di Internet sedangkan di dunia sebenar banyak dosa yang kita lakukan. Tak bolehkan kita gembira melihat kegembiraan orang lain? Tak penat ke asyik nak fikir negatif je? Sekali sekala jadi positif apa salahnya kan? Tak gitu? Info asal OhBulan. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment