Model Tudung Terkenal Dicekup Berasmara Ketika Orang Bertarawih
Model Tudung Terkenal Dicekup Berasmara Ketika Orang Bertarawih |
- Model Tudung Terkenal Dicekup Berasmara Ketika Orang Bertarawih
- Berkemban Tuala Mandi Pulak Dah Pergi Bazar Ramadan
- Aksi Selamba Scha-Alyahya Tertidur Ketika Duduk
- (Video) Jururawat Dipecat Rakam Neymar di Hospital
- Aksi Panas Fasha Sandha Berselfie Di Instagram Di Hentam Hebat
- Datuk Yusof Haslam melepaskan Tembakan Kepada Pencuri
- Nora Danish Idamkan Anak Perempuan
- Ucapan Takziah Carmen Soo Kepada Sharifah Amani Jadi Bahan Lawak
- Hazama Akui Belum Sedia Kahwin Kekasih Kerana Agama
- Zizan Razak Beri Penjelasan Status Kecewa Emma Maembong
Model Tudung Terkenal Dicekup Berasmara Ketika Orang Bertarawih Posted: 07 Jul 2014 03:19 PM PDT Model Tudung Terkenal Dicekup Berasmara Ketika Orang Bertarawih | Seorang model tudung fan juga pakaian dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar malam tadi ketika umat Islam sedang gigih melakukan solat tarawih dan amal ibadat. Gadis berusia 24 tahun itu yang dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud menyatakan pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi. Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah. Persoalannya siapakah gadis terkenal tersebut? |
Berkemban Tuala Mandi Pulak Dah Pergi Bazar Ramadan Posted: 07 Jul 2014 03:09 PM PDT Berkemban Tuala Mandi Pulak Dah Pergi Bazar Ramadan | Pemimpin DAP datang pasar ramadan ada yang halang dan ludah. Kalau macam ini ok ke?? Mana pergi samseng yang kawal pasar ramadan?? Surat mana surat??? Adakah zaman sekarang negara kita sudah tidak kisah dari segi pakaian untuk melawat ker shopping kompleks mahupun di bazar ramadan, pada pandangan anda adakah pakaian sebegini wajar? |
Aksi Selamba Scha-Alyahya Tertidur Ketika Duduk Posted: 07 Jul 2014 02:59 PM PDT Aksi Selamba Scha-Alyahya Tertidur Ketika Duduk | Comel sungguh kelibat model, pelakon dan pengacara terkenal Scha-Alyahya ketika tertidur di atas kerusi. Walaupun gambar selfie tersebut diambil seperti bergurau namun beliau memang kelihatan agak penat dan keletihan. Mungkin tengah menahan lapar kot.
Tahniah dengan kehadiran orang ketiga tidak lama lagi. Pasti akan mengeratkan hubungan mereka sebagai suami isteri sejak berkahwin pada 4 Mei 2014.
- sumber - |
(Video) Jururawat Dipecat Rakam Neymar di Hospital Posted: 07 Jul 2014 12:50 PM PDT (Video) Jururawat Dipecat Rakam Neymar di Hospital | Kecederaan Neymar Jr. menjadi topik utama Piala Dunia di Brazil selepas doktor pakar yang merawat beliau mengesahkan Neymar terpaksa direhatkan akibat patah tulang vertebra. Namun disebalik tragedi yang menimpa Selecao selepas kehilangan bintang harapan pasukan mereka, kontroversi tercetus apabila video Neymar yang di bawa masuk di pintu masuk Hospital Sao Carlos tersebar luas.
Menurut laporan laman bola sepak Brazilan UOL, akibat perbuatan itu, jururawat tersebut bakal dipecat. Dalam temu bual bersama pihak pengurusan hospital, Marcia Real berkata, jururawat itu tidak hadir bekerja hari ini dan berkemungkinan akan dipecat. – Agensi |
Aksi Panas Fasha Sandha Berselfie Di Instagram Di Hentam Hebat Posted: 07 Jul 2014 12:41 PM PDT Aksi Panas Fasha Sandha Berselfie Di Instagram Di Hentam Hebat | Minggu lalu, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini dan juga anak kedua Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12, yang meninggal dunia disebabkan penyakit kanser perut yang dihidapinya sejak awal tahun ini. Jika mendengar hal kematian, memang agama kita menganjurkan untuk turut saling ziarah-menziarahi kerana secara tidak langsung, ianya mengingatkan kita kepada kematian yang boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa sekiranya masa kita sudah tiba untuk dijemput oleh Ilahi.
Namun apa yang penulis ingin fokuskan di sini ialah habit sesetengah orang yang gemar menangkap gambar tanpa memikirkan sensitiviti ahli keluarga yang baharu sahaja kematian orang tersayang. Sebagai contoh, gambar selebriti popular Fasha Sandha yang sempat bergambar bersama rakan artis seperti Emylia Rosnaida dan Emelda Rosmila di majlis kematian anak Linda sememangnya menerima kecaman daripada sebahagian besar peminatnya yang merasakan gambar-gambar sebegini tidak elok dikongsikan buat tatapan umum.
Ini kerana tindakan Fasha seolah-olah tidak sensitif dengan perasaan Linda sekeluarga yang baharu sahaja kehilangan Rezaimen. Namun, penulis difahamkan Fasha sudah pun memadamkan gambar tersebut di laman Instagramnya. Baguslah begitu, tak payah panjang-panjangkan cerita, cumanya diharapkan Fasha akan lebih berhati-hati lagi selepas ini jika ingin berkongsi sebarang gambar untuk tatapan peminatnya. |
Datuk Yusof Haslam melepaskan Tembakan Kepada Pencuri Posted: 07 Jul 2014 12:33 PM PDT Datuk Yusof Haslam melepaskan Tembakan Kepada Pencuri | Rumah mewah 6 tingkat pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati dipecah masuk jam 2.30 pagi tadi yang menyebabkan beliau terpaksa melepaskan 3 das tembakan. Tembakan pertama di lepaskan ke arah tangga rumahnya sebagai tanda amaran manakala dua lagi das tembakan dilepaskan untuk menakutkan perompak.
Polis turut mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya mangsa melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu. Hasil pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak. Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti. – HarianMetro |
Nora Danish Idamkan Anak Perempuan Posted: 07 Jul 2014 12:30 PM PDT Nora Danish Idamkan Anak Perempuan | Seperti yang kita ketahui sebelum ini Nora Danish tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung dengan kisah percintaannya bersama kekasih hatinya, Nedim. “Saya terkejut bila keluar kenyataan yang sebegitu. Saya tidak ada persiapan kahwin yang dilakukan dan tidak pernah letak tarikh apa-apa mengenai perkahwinan,” katanya dalam nada terkejut tetapi masih tersenyum. Tambahannya lagi, sekiranya diberikan peluang untuk berumah tangga, sudah pasti dia hanya mahukan majlis yang sederhana sudah memadai baginya untuk mengadakan upacara akad nikah sahaja tanpa adanya persandingan.
”Kedua-dua ibubapa saya dan Nedim pula mereka ‘sporting’ tidak pernah bercakap apa-apa mengenai perhubungan kami. Sekiranya ada jodoh kami akan kahwin dan masa yang akan menentukan segala-galanya,” ujarnya sambil tersenyum. Nora Danish juga turut memberitahu hasrat hati sekiranya berkahwin dia mahukan seorang anak perempuan pula sebagai penyeri rumahtangga.-rotikaya Jom lihat beberapa gambar cun Nora Danish |
Ucapan Takziah Carmen Soo Kepada Sharifah Amani Jadi Bahan Lawak Posted: 07 Jul 2014 11:29 AM PDT Ucapan Takziah Carmen Soo Kepada Sharifah Amani Jadi Bahan Lawak | Kesilapan pelakon dan model Carmen Soo, 37, yang mahu mengucapkan takziah ketika dunia hiburan dikejutkan dengan kematian biduanita Datuk Sharifah Aini mengundang satu suasana lucu. Soo yang berhasrat berkongsi rasa sedihnya terhadap Sharifah Aini telah menulis status takziahnya kepada individu lain iaitu pelakon Sharifah Amani.
Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dengan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah). Soo kemudian memohon maaf atas kesilapannya itu dan menulis semula masksud sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini. Perkara itu tidak diambil serius oleh Sharifah Amani kerana dia memahami ia bukan sesuatu yang disengajakan. Kesilapan Soo itu mendapat respons daripada pengikut Twitter miliknya apabila lebih 400 ulang Twit (retweet) dilakukan. Soo mempunyai kira-kira 357,000 orang pengikut laman sosial berkenaan. Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru. |
Hazama Akui Belum Sedia Kahwin Kekasih Kerana Agama Posted: 07 Jul 2014 11:19 AM PDT Hazama Akui Belum Sedia Kahwin Kekasih Kerana Agama | Juara program Akademi Fantasia musim kesembilan Hazama masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya, Genervie Kam kerana perbezaan agama. Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, berkata, mereka berdua memerlukan lebih masa kerana banyak perkara perlu diberi pertimbangan sebelum membuat sebarang keputusan.
Jelas Hazama lagi, pertanyaan teman wanitanya kepadanya mengenai Islam adakalanya membuatkannya tersedar bahawa perlu mendalami ilmu agama dengan lebih baik.
Dalam perkembangan lain, Hazama berkata sepanjang bulan Ramadan dia akan terlibat dengan beberapa majlis berbuka puasa bersama peminat selain beberapa persembahan istimewa sempena Syawal. |
Zizan Razak Beri Penjelasan Status Kecewa Emma Maembong Posted: 07 Jul 2014 11:08 AM PDT Zizan Razak Beri Penjelasan Status Kecewa Emma Maembong | Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan Emma Maembong kini bergolak ekoran tindakan aktres itu memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah percintaan mereka sedang dilanda badai. Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Abdul Razak, 30, berkata, luahan Emma itu langsung tiada kena mengena dengannya kerana hubungan mereka masih berjalan seperti biasa.
Emma dalam status di Intagramnya pada Ahad menggambarkan seolah-olah hatinya sedang kecewa apabila menulis status dia akan mencari lelaki lain yang boleh mengambil berat terhadapnya. Luahan perasaan Emma itu mendapat perhatian ramai sehingga ramai yang mengandaikan hubungannya dengan Zizan Razak sedang dilanda masalah. Malah peminat turut meminta Emma supaya bersabar dengan dugaan dalam perhubungan cinta dan berharap kemelut yang berlaku diantara mereka dapat diselesaikan secara baik. Dalam pada itu, Zizan berkata, dia dan Emma baharu sahaja menjayakan sebuah majlis di ibu negara pada malam Ahad lalu. Malah kata Zizan, dia tidak melihat sebarang keperluan supaya gambar itu dipadam kerana ia mungkin ditujukan kepada individu tertentu yang sedang mempunyai perasaan sedemikian.
|
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment