Powered by Blogger.

Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal Berpeluk di Masjid An-Nabawi

Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal Berpeluk di Masjid An-Nabawi


Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal Berpeluk di Masjid An-Nabawi

Posted: 30 Jun 2014 04:03 PM PDT

Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal Berpeluk di Masjid An-Nabawi  |  Sekeping gambar Aidil Zafuan dan isteri barunya, Zarema Zainal beribadah di Masjid an-Nabawi menerima kecaman peminat di laman sosial kerana dikatakan mampu untuk pergi ke sana namun gagal memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak.

Gambar tersebut telah dikongsikan di fanpage rotikaya baru-baru ini. Rata-rata peminat melahirkan perasaan sedih dengan tindakan Aidil yang seakan mengabaikan nafkah anak-anak sedangkan mempunyai wang pula untuk terbang bagi menunaikan umrah.

gambar+Aidil+Zafuan+%2526+Zarema+di+Masjid+An Nabawi Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal Berpeluk di Masjid An Nabawi
aidil+dikecam Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal Berpeluk di Masjid An Nabawi

- sumber -

Isu berkemban, Lisa Surihani Mohon Maaf

Posted: 30 Jun 2014 03:52 PM PDT

Isu berkemban, Lisa Surihani Mohon Maaf   |  Minggu lalu, melalui akaun Facebook beliau Lisa Surihani ada memuat naik beberapa keping gambar beliau di sekitar acara KL Fashion Week 2014 yang pastinya menampilkan fesyen terkini buat tatapan para peminat dunia peragaan dan fesyen.

Pakaian Lisa Surihani yang dikenakan menjadi tumpuan ramai peminaty apabila ianya dikatakan menyerupai imej berkemban dan terlalu seksi untuk pelakon itu.

“Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tetapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf,” jelas Lisa Surihani kepada Harian Metro apabila diminta mengulas tentang isu ini.

10464019 10152583959128804 4412207117736531035 n Isu berkemban, Lisa Surihani Mohon Maaf
Lisa Surihani turut menambah yang ianya adalah perkara biasa jika penampilan beliau mendapat tentangan peminat dan ada juga antara mereka yang menyokong.

“Apa yang saya boleh kata adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya. Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” tambahnya lagi.

10343689 10152583959858804 2692824297898239542 n Isu berkemban, Lisa Surihani Mohon Maaf
10491120 10152583955878804 8217140561971274531 n Isu berkemban, Lisa Surihani Mohon Maaf
- sumber -

Tatu Atas Payudara Tunang Keith Foo Cetus Kontroversi

Posted: 30 Jun 2014 03:15 PM PDT

Tatu Atas Payudara Tunang Keith Foo Cetus Kontroversi |   Siapa tak kenal Keith Foo, jejaka kacak dan pelakon terkenal menerusi drama popular Ariana Rose di TV3.

Menerusi blog ini, sekeping gambar selfie Kim Raymond bersama Tunangnya mencetuskan kontroversi apabila beliau sengaja menampakkan tatu berbentuk bintang di atas payudaranya.

Ada peminat mengecam gambar tersebut kerana terlalu seksi dan ada pula yang berkata dia punya suka la sebab dia bukannya wanita muslim.

ebja  Tatu Atas Payudara Tunang Keith Foo Cetus Kontroversi
Apapun, memang cantik bakal isteri Keith Foo ni. Semoga sentiasa bahagia selalu. – sumber -

 

Suarez Menangis Dan Mohon Maaf Kepada Giorgio Chiellini

Posted: 30 Jun 2014 02:53 PM PDT

Suarez Menangis Dan Mohon Maaf Kepada Giorgio Chiellini |  Penyerang Uruguay, Luis Suarez akhirnya memohon maaf kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini minggu lalu.

Gara-gara kelakuan tersebut, Suarez digantung sembilan perlawanan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dia berjanji insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi.

"Sebenarnya kawan saya Giorgio Chiellini menderita secara fizikal selepas saya menggigitnya," jelas Suarez di laman Twitternya.
 Suarez Menangis Dan Mohon Maaf Kepada Giorgio Chiellini

"Saya sesungguhnya sangat menyesal. Saya minta maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh keluarga bola sepak.

"Saya berjanji kepada semua orang yang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi".

Sejurus selepas itu, Chiellini membalas tweet Suarez: "Semuanya sudah dilupakan. Saya harap FIFA akan mengurangkan denda kamu."
 Suarez Menangis Dan Mohon Maaf Kepada Giorgio Chiellini

Insiden ini merupakan yang ketiga oleh Suarez selepas menggigit pemain PSV Otman Bakkal (2010) dan pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic 2013.

Hukuman ini dijangka akan berakhir pada 1 November apabila Liverpool akan bertemu Newcastle pada aksi kelab Liga Perdana Inggeris. Sementara itu Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) dilaporkan akan membuat rayuan terhadap hukuman Suarez ini.

Mereka mempunyai tempoh sehingga Ahad ini untuk menghantar rayuan tersebut kepada FIFA.
 

Aksi Melampau Nad Zainal Lihat Burung Misteri Di Trick Eye Museum Dikecam!

Posted: 30 Jun 2014 12:58 PM PDT

Aksi Melampau Nad Zainal Lihat Burung Misteri Di Trick Eye Museum Dikecam!  |  Aksi nakal dan menarik hati Nad Zainal, 24, melawat Trick Eye Museum yang terletak di Hongdae, Korea. Selain itu, Nad juga sempat berkunjung ke Seoul Animation Centre, Flea Market dan tempat-tempat menarik di sana.

Ramai peminat yang mengecam gambar Nad Zainal bergambar lihat burung di muzeum tersebut, seolah-olah tindakannya itu macam kebudak-budakan dan tidak matang. Rasanya tak perlu kot ambil gambar sebegitu. Kalau gamabr-gamabr yang lain ok je. Apa pendapat korang?

nad zainal burung Aksi Melampau Nad Zainal Lihat Burung Misteri Di Trick Eye Museum Dikecam!

Berita Hangat! Rozita Che Wan Buat Kejutan Lagi Di Instagram!

Posted: 30 Jun 2014 12:03 PM PDT

Berita Hangat! Rozita Che Wan Buat Kejutan Lagi Di Instagram!  |  Che Ta mendedahkan yang dia berjaya mendelete dan memblok seramai 1000 lebih follower di instagramnya sebab rimas dengan komen2 peminat yang melampau.

“Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.

“Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya.

Rozita juga kecewa kerana setiap gambar yang dia upload mendapat komen negatif dari peminat. Sebagai contoh gambar percutian mereka di paris tiba2 menjadi kontroversi apabila dikatakan kami bercium. Bukan itu sahaja, malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu dimana aksi mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik peminat.

"Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun".

“Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang,” katanya sambil ketawa.

Tambah che ta, walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

Terbaru, dia benar-benar marah apabila isu Zain men'dye' rambut perang dipersoalkan tanpa peminat mengetahui perkara sebenar apa yang berkalu.

Rozita perjelaskan, Zain terpaksa berbuat demikian sebab terikat dengan kontrak lakonanya memegang watak sebagai Mr. Henry Middelton dalam Oh My English musim ketiga yang akan berakhir penggambarannya sehingga hujung tahun 2014.

“Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je,” katanya yang kini mengandung lima bulan. – sumber -

Upload Gambar Seksi Di Facebook, Yana Samsudin Dikecam Hebat Peminat!

Posted: 30 Jun 2014 11:57 AM PDT

Upload Gambar Seksi Di Facebook, Yana Samsudin Dikecam Hebat Peminat!  |  Menerusi blog ini sebentar tadi, sekeping gambar yang dimuat naik oleh fanpage Yana Samsudin dikritik hebat peminatnya apabila Yana Samsudin memakai baju berwarna merah yang seksi paras lutut.

Tidak pasti siapa admin yang upload gambr tersebut tetapi pastinya gambar sebegitu memang tidak sesuai diupload pada hari puasa. Saksikan gambar tersebut dibawah – sumber -

gambar+seksi+yana Upload Gambar Seksi Di Facebook, Yana Samsudin Dikecam Hebat Peminat!

Lufya Kesal Dikecam Kerana Muat Naik Artikel Salah Lapor

Posted: 30 Jun 2014 11:40 AM PDT

Lufya Kesal Dikecam Kerana Muat Naik Artikel Salah Lapor  |  Penyanyi dan pelakon Lufya Omar kesal tindakannya memuat naik satu artikel mengenai dirinya yang didakwa sebagai salah lapor dianggap sebagai tidak matang oleh pengikut laman Instagram miliknya.

Lufya, 29, berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi penjelasan kepada peminatnya serta orang ramai yang berkemungkinan tersalah tafsir dengan artikel yang ditulis itu.

"Saya ada memuat naik artikel itu dalam Instagram saya kerana tidak mahu orang baca dan salah faham kenyataan saya di artikel itu.

"Apa yang saya cuba betulkan ialah ayat berbunga-bunga yang digunakan dalam artikel itu mengambarkan seperti saya sedang berangan untuk menjadi puteri raja, walhal ayat saya ringkas sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Lutfya diminta mengulas teguran sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu tentang tindakannya menafikan kenyataan yang dibuatnya di akhbar berkenaan.  

Laporan tersebut turut menyebut pelakon drama Ramadan Jangan Pergi  itu seharusnya merujuk kepada pihak akhbar berkenaan terlebih dahulu tentang aktikel yang dianggap sebagai salah lapor itu.

Sementara itu, Lutfya berkata, dia ada menghubungi pihak tertentu yang bertanggungjawab dengan perkara berkenaan namun tidak mendapat kerjasama.

"Dalam ruangan pojok semalam mereka kata saya tidak cuba hubungi untuk selesaikan cara baik, sebaliknya saya sudah hubungi mereka namun banyak alasan diberikan.

"Tidak mengapalah ia bukan sesuatu perkara yang baharu, cuma saya tidak mahu terus dikecam tentang perkara sebegini," katanya.

Jelasnya, perkara tersebut menjadi pengajaran buat dirinya agar lebih berhati-hati dalam mengulas isu yang sensitif seperti itu.

Dalam pada itu, menjelaskan tentang hubungannya dengan seorang kerabat Johor, Lufya berkata hubungan tersebut hanya sekadar kawan biasa sahaja. -mStar-

Maya Karin Kerap Ke Luar Negara Bukan Kerana Kekasih

Posted: 30 Jun 2014 11:34 AM PDT

Maya Karin Kerap Ke Luar Negara Bukan Kerana Kekasih  |  Pelakon dan penyanyi Maya Karin menjelaskan kekerapannya ke luar negara sejak akhir-akhir ini terutamanya London bukan kerana ingin bertemu kekasih sebaliknya menghabiskan masa bersama bapa dan adiknya yang menetap di negara itu.

Maya, 34, berkata, dia juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan dalam bidang hartanah di London dan sedang mengintai lebih banyak peluang di sana.

"Kekasih? Tidak. Saya ke sana kerana bapa dan adik saya menetap di London dan sambil-sambil itu saya sedang mengintai peluang perniagaan dalam bidang hartanah di London.

"Setakat ini saya berjaya menjual sebuah rumah di sana membuatkan saya kena lebih kerap berada di London dalam mengembangkan perniagaan tersebut namun setakat ini saya sudah berjaya menjual enam hartanah di Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Maya mengakui, dia memang seorang yang gemar melancong kerana gemar menggembara melihat keindahan selain mengutip pengalaman terutamanya di negara Eropah.

"Selalunya saya melancong selepas tamat sesuatu penggambaran filem kerana ingin menenangkan fikiran selain ingin mengutip pengalaman di tempat yang dikunjungi," jelasnya.

Bagaimanapun kata Maya, ibunya sentiasa mengingatkannya supaya tidak berbelanja melebihi RM10,000 setiap kali ke luar negara dan memanfaatkan wang yang ada kepada perkara berfaedah.

Atas dasar itu juga kata Maya dia mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang hartanah kerana melihat ia mempunyai potensi besar dan menguntungkan.

"Apa-apa pun kita kena belajar dari bawah dan tidak terlalu terkejar-kejar dalam melakukan sesuatu. Saya secara peribadi memang meminati bidang hartanah dan sebab itu saya sering berulang alik ke London bagi mencari peluang," katanya.

- sumber -

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa

Posted: 30 Jun 2014 11:29 AM PDT

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa  |  Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.

“Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia.

“Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai.

“Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu.

Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan.

"Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan.

“Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan.

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani