(TAHNIAH)Neelofa Sah Ambil Keputusan Untuk Berhijab Sepenuhnya
(TAHNIAH)Neelofa Sah Ambil Keputusan Untuk Berhijab Sepenuhnya |
- (TAHNIAH)Neelofa Sah Ambil Keputusan Untuk Berhijab Sepenuhnya
- Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Ke ICU
- Nora Danish Bekerjasama Dengan FashionValet Lancarkan Koleksi Aidilfitri
- Neelofa Kini Bertudung Sepenuhnya?
- Fesyen Berkemban, Lisa Surihani Minta Maaf
- Hanez Suraya Kini Sudah Ada Shampoo Jenama Sendiri
- Emma Tidak Ada Kena Mengena Dalam Hal Ini – Zizan Razak
- (9 GAMBAR)Aidil Zafuan & Zarema Zainal Tunaikan Umrah
- Koleksi Hari Raya 2014 – POPLOOK
(TAHNIAH)Neelofa Sah Ambil Keputusan Untuk Berhijab Sepenuhnya Posted: 01 Jul 2014 07:04 AM PDT Jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa atas keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Abang Nara suka dengan langkah menutup aurat yang diambil oleh artis-artis muda semenjak dua ini. Pastinya ia memberi impak positif kepada peminat-peminat mereka. Berita gembira ini telah pun disampaikan oleh adik Neelofa yang bernama Ameera menerusi akaun Instagramnya. Neelofa masih gagal dihubungi oleh media untuk mengesahkan berita gembira ini. Namun daripada tulisan adiknya, Neelofa mengambil keputusan untuk bertudung kerana merasakan ketenangan dan keamanan dalam dirinya apabila menutup aurat. Tulis Ameera:-
Pengurus Neelofa, Shawn Amer turut sama mengesahkan penghijrahan Neelofa. Kata Shawn menerusi Mstar Online.:-
Tahniah Neelofa atas penghijrahan ini. Semoga akan ramai terutamanya di kalangan peminat yang akan engikuti jejak langkah anda. Semoga terus istiqamah dalam menutup aurat lebih-lebih lagi dalam bulan baik ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Ke ICU Posted: 01 Jul 2014 06:52 AM PDT Sama-samalah kita doakan agar Datuk Sharifah Aini dikurniakan kesihatan dan cepat pulih. Beliau telah pun dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Pakar Damansara kerana menghidap penyakit fibrosis paru-paru. Kak Pah telah dimasukkan ke hospital tersebut setelah mengalami kesukaran bernafas pada awal pagi Isnin. Di bulan baik penuh berkat ini, sama-samalah kita doakan agar Datuk Sharifah Aini dipanjangkan umur dan lekas pulih daripada penyakit yang menimpa dirinya. Untuk makluman, sebelum ini Kak Pah pernah membuat nukilan yang dia redha sekiranya dijemput olehNya dalam masa terdekat ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
Nora Danish Bekerjasama Dengan FashionValet Lancarkan Koleksi Aidilfitri Posted: 01 Jul 2014 01:29 AM PDT Nora Danish memang terkenal sebagai seorang wanita yang mempunyai ‘sense of fashion’. Fesyen yang dikenakan oleh Nora Danish memang bergaya, elegan dan sedap mata memandang. Untuk Aidilfitri tahun ini, Nora Danish telah bekerjasama dengan FashionValet dan melancarkan koleksi pakaiannya yang bertemakan ‘monochrome’. Cantik sangat-sangat. Dengan harga bermula RM180 sehingga RM250, koleksi Aidilfitri Nora Danish ini didatangkan dalam 8 jenis rekaan dengan saiz bermula XS sehingga XL. Kesemuanya ada tarikan, keunikan dan keanggunannya sendiri. Paling penting, idea rekaan kesemua koleksi Aidilfitri adalah hasil buah tangan Nora Danish sendiri. Hebat kan? Sudah pun mula dijual hari ini, inilah masa untuk anda tambah lagi koleksi baju yang mahu dipakai di pagi Syawal kelak. Silalah ke FashionValet sekarang juga untuk menjamu mata anda dengan koleksi-koleksi pakaian Aidilfitri rekaan Nora Danish. Wife Abang Nara tunggu badan kurus sikit lagi confirm akan beli 2,3 pasang punya. Hehehe. Selamat membeli-belah. Baca Yang Ini Pulak:- |
Neelofa Kini Bertudung Sepenuhnya? Posted: 01 Jul 2014 01:13 AM PDT Sesungguhnya Ramadhan itu memang penuh keberkatan. “Screenshot’ perbualan yang dikongsikan oleh Annas Easkey antara dirinya dan Neelofa ternyata menarik perhatian. Kesimpulan yang Abang Nara dapat lakukan selepas membaca mesej-mesej tersebut ialah Neelofa kini sudah pun bertudung sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Neelofa sudah berhijab dan menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian Abang Nara, masih tiada pengumuman rasmi daripada Neelofa mengenai penghijrahan ini. Jadi boleh dikatakan kebenaran berita baik ini adalah samar-samar. Namun Abang Nara pasti Neelofa tidak akan biarkan kita tertunggu-tunggu. Pastinya para peminat Neelofa akan teruja dengan berita gembira ini. Sebelum ini Neelofa seringkali dikritik oleh segelintir pihak apabila dilihat menjual tudung, jubah dan pakaian muslimah namun dirinya sendiri tidak menutup aurat. Abang Nara yakin sedikit sebanyak pembabitan Neelofa dalam penjualan pakaian muslimah telah memberi impak kepada dirinya. Sama-samalah kita nantikan kebenaran penghijrahan ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
Fesyen Berkemban, Lisa Surihani Minta Maaf Posted: 30 Jun 2014 11:31 PM PDT Bagus betul Lisa Surihani ini. Sejak dari dulu lagi, Abang Nara memang perasan yang Lisa ini seorang yang mudah menerima teguran dan kritikan. Tak ada nak anggap satu dunia benci dia kalau tiba-tiba banyak komen negatif yang diterima. Terbaru, fesyen berkemban yang digayakan oleh Lisa ketika KL Fashion Week telah menerima kritikan daripada para peminatnya. Tampil tenang, Lisa memohon maaf atas gaya pakaiannya ketika itu. Kata Lisa menerusi Harian Metro:-
Betul kata Lisa Surihani itu. Apa jua yang kita lakukan, pasti ada yang suka dan pasti ada yang benci. Tak salah minta maaf kalau terasa ada sedikit kesalahan daripada pihak kita. Bukan luak apa pun kan? Apa pun Lisa nampak agak berisi sejak kebelakangan ini. Ada berita baik kah? Lagi beberapa gambar Lisa Surihani di KL Fashion Week dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Baca Yang Ini Pulak:- |
Hanez Suraya Kini Sudah Ada Shampoo Jenama Sendiri Posted: 30 Jun 2014 09:00 PM PDT Hebat. Memang artis-artis wanita Malaysia ini semuanya kepala otak ‘business’. Ada yang jual jubah, ada yang jual kanta lekap, ada yang jual tudung dan yang terbaru, Hanez Suraya kini menjual shampoo dengan jenamanya sendiri. Satu langkah yang sangat bagus, bijak dan berwawasan pada pandangan Abang Nara. Rambut Hanez pun memang cantik lurus, sihat dan bersinar. Mungkin sebab itulah Hanez berani tampil dengan shampoo jenamanya sendiri. Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada idea ‘business’ ini muncul selepas Hanez putus dengan Romie, Abang Nara suka melihat artis-artis kita tidak hanya bergantung pada tawaran lakonan dan nyanyian untuk mencari rezeki. Lakonan lama-lama bila dah tua dan tak cun orang tak panggil dah, menyanyi pun lebih kurang begitulah nasibnya. Dengan adanya ‘business’ sampingan sebegini, sekurang-kurangnya terjamin masa depan. P.S: Honda Civic Type R Baca Yang Ini Pulak:- |
Emma Tidak Ada Kena Mengena Dalam Hal Ini – Zizan Razak Posted: 30 Jun 2014 08:50 PM PDT Kemelut antara Marina Juki dan Zizan Razak turut sama mengaitkan nama Emma Maembong di dalamnya. Emma dikatakan menjadi punca pertelingkahan antara Marina dan Zizan sehingga menyaksikan Zizan membekukan akaun bank syarikat tanpa pengetahuan rakan kongsinya itu. Baru sahaja pulang dari Jepun, Zizan kini tampil membersihkan nama kekasihnya itu daripada lumpur kemelut yang sedang melanda dirinya (amboi ayat). Kata Zizan menerusi Berita Harian:-
Ditanya mengenai tindakan rakan kongsinya dalam Wire Fame Entertaiment, Marina Juki yang membuat laporan polis kerana tindakannya membekukan akaun syarikat, Zizan berkata:-
Diharap Zizan meletakkan keutamaan nombor 1 untuk menyelesaikan kemelut ini. Bukan apa, Abang Nara lihat sedikit sebanyak kontroversi ini telah menjatuhkan reputasi Zizan. Sedikit sebanyak pasti ada impak lebih-lebih lagi di kalangan peminat yang selama ini menganggap Zizan sebagai artis yang jarang dilanggar kontroversi. Cepat-cepat jumpa Marina, cepat-cepat selesaikan persengketaan dan cepat-cepat umumkan persefahaman telah berjaya dicapai. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
(9 GAMBAR)Aidil Zafuan & Zarema Zainal Tunaikan Umrah Posted: 30 Jun 2014 08:25 PM PDT Seronoknya dapat menunaikan umrah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Berpuasa dan berterawih di Tanah Suci Mekah pastinya akan meningkatkan lagi keimanan dan menyemarakkan lagi rasa mahu beribadah. Untunglah Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang menjadi diberi rezeki menjadi tetamu Allah di sana pada bulan yang dipenuhi keberkatan ini. Tentu seronok sangat-sangat. Semoga pemergian Aidil dan Zarema ini dapat menenangkan diri mereka lebih-lebih dengan kontroversi yang tak habis-habis menjengah sejak kebelakangan ini. Fokuskan kepada ibadah ketika berada di sana. Pedulikan apa yang sedang terjadi di Malaysia. Banyakkan berdoa. Insya Allah akan termakbul kelak. Turut sama menunaikan umrah ialah pemain bola sepak Harimau Malaya, Safee Sali dan isterinya. Semoga apa yang dihajati akan tercapai buat pasangan-pasangan ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Manisan agar-agar Jepun yang lazat
Baca Yang Ini Pulak:- |
Koleksi Hari Raya 2014 – POPLOOK Posted: 30 Jun 2014 08:00 PM PDT Siapa yang tak kenal poplook.com kan? Kalau korang adalah WANITA dan peminat tegar Online Shopping, korang mesti tahu dan kenal dengan laman sesawang yang paling TOP kat Malaysia yang menyediakan kemudahan membeli-belah pakaian secara online, poplook.com. Aduhai! setiap kali masuk website ni , Mawar Putih mesti terpikat dengan fesyen-fesyen maxi, blouse dan baju kurung yang cantik-cantik dan semestinya sopan sesuai sekali dengan wanita-wanita yang berhijab . Selain tu, poplook.com juga ada menjual maxi@long dress, skirt , tudung, shawl , beg , aksesori , tali pinggang , kasut , seluar , skirt dan banyak lagi . Lagipun poplook.com banyak menjual fesyen pakaian yang masih mengekalkan ciri-ciri muslimah.Bukan sahaja artis-artis popular seperti Lisa Surihani, Sazzy Falak dan Misha Omar gemar menggayakan pakaian daripada poplook.com , malah blogger fesyen dari Malaysia dan Singapura turut memilih poplook.com untuk pakaian harian mereka. poplook.com menjadi kepercayaan selebriti-selebriti popular kerana harga yang masih berpatutan dengan kualiti fesyen-fesyen yang mengikut trend masa kini. Dan tahun ni Mawar Putih sangat teruja, kerana istimewa pelancaran sempena Hari Raya Aidilfitri poplook.com memperkenalkan 2 lagi koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014 – Jewel and Baroque. Sebelum ni koleksi Garden dan Lace telah dikeluarkan. Jadi anda jangan terlepas untuk mendapat 2 koleksi terbaru untuk menyambut hari raya nanti. Seperti mana hebat dan cantiknya koleksi Garden dan Lace, tak kurang hebatnya koleksi Jewel and Baroque yang ditampilkan khas untuk menyerlahkan sisi kemodenan dan sofistikated namun kekal anggun dan menawan.
Kesan mewah begitu terasa ketika mengenakan koleksi baroque. Pasukan rekaan fesyen poplook.com mengambil idea daripada ekspresif seni lukisan dengan ornamen serta pola geometris. Mengambil inspirasi corak grafik yang sofistikated, ianya menyerlahkan lagi motif dan pola dramatis yang penuh berani , penuh semangat dan kemegahan. Kelasss gitu! ! Hasilnya ia akan menampakkan si pemakai tampak stylish dengan gaya moden namun kekal menawan.
Siapa yang tidak suka kepada kilauan yang sangat comel kan? Dengan Koleksi Jewel , pasukan rekaan fesyen poplook.com mengilhamkan rekaan fesyen pakaian untuk majlis perayaan yang ceria seperti berhari raya di pagi Aidilfitri. Koleksi ini menonjolkan sisi kegembiraan yang menyerlahkan lagi keyakinan sipemakai. Padanan color-block dan jewels yang dijahit tangan membantu anda nampak lebih segar dan comel !!OMG ! cantiknya , cutenya , lawanyaaa koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014 kan? Yang pasti semuanya simple tapi masih nampak menawan. Apa yang Mawar Putih suka dengan poplook.com ini ialah mereka sentiasa menyediakan pelbagai jenis rekaan fesyen baru setiap kali Hari Perayaan menjelang dan harganya juga berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Kebanyakan pakaian yang dihasilkan, direka khas mengikut spesifikasi untuk wanita muslimah yang sopan dan tidak terlalu mendedahkankan. Kombinasi warna-warna yang digunakan dalam setiap rekaan pakaian yang lembut,pastel dan warna ceria, semuanya boleh digayakan dimana saja . Kualiti pakaian pun memang best dan selesa.Nak cakap banyak-banyak kat sini pun tak habis . Apa kata korang layari poplook.com untuk maklumat lanjut . Mana tahu, poplook.com merupakan tempat yang sesuai untuk shopping baju raya nanti . Raya lambat lagi ?? Tak apa , bersedia dari awal kan lebih bagus . Lagipun kualiti baju dan servis mereka memang tip top. Hari ni Mawar Putih order, petang tu jugak diorang update status pos laju dan keesokannya tu abang posmen dah deliver depan rumah. Perghhh, cepat betul sampai. Selamat membeli-belah dan tampil lebih anggun dan menawan bersama poplook.com di pagi Syawal nanti, Untuk informasi lanjut mengenai koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014, sila layari Website: poplook.com, LIKE Facebook: fb.com/Poplook.com, FOLLOW Twitter: twitter.com/poplookshop dan ikuti Instagram: @poplookshop
Yang Ini Pun Best Jugak:- |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment