Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Ilmu Selendang Merah
- Ibu Dikurung Dan Tidak Diberi Makan Oleh Anak Sendiri
- Gadis Tertusuk Batang Besi
- Dibunuh Kerana Semangkuk Bihun
- ‘Si Mati’ Dibawa Melancong
- Kemaluan Lelaki Dipatuk Ular
- Jangan Pisahkan Kami
Posted: 01 Jul 2014 03:23 PM PDT AMALAN SELENDANG MERAH ATAU PEDANG SILA ATAU ILMU PELANGKAHAN SELENDANG MERAH. Bila sebut sahaja Ilmu Selendang Merah, banyak versi yang ada di dalam internet. Ramai orang Melayu kita yang tahu tentang Ilmu Selendang Merah ini dan tidak kurang jugak anak-anak muda yang langsung tak tahu akan kewujudan ilmu ini. Tahun-tahun di zaman penjajahan, ilmu ini banyak digunakan untuk menentang pengganas komunis dan cukup popular di sekitar negeri Johor dan nama Panglima Kiyai Salleh amat tersohor diserata tanah air. Kehebatan Panglima K.Salleh telah tersebar ke Kelantan dan akhirnya hadir dua orang lelaki dari Kelantan telah berkunjung ke rumah Panglima K.Salleh iaitu Tuan Hj Muhammad Karim (Hj. Mat Karam) dan Tuan Guru Hj Hamzah dan terus menerima ijazah dan telah diwakilkan untuk menyebarkan ilmu ini ke pelusuk Kelantan. Pada waktu itu Ilmu Selendang Merah di Kelantan telah terkenal dengan nama Ilmu Pedang Sila (Ilmu Pedang Terbang) Tahun 1977 saya sendiri telah berjumpa dengan Tuan Guru Hj Hamzah dan telah menerima ijazah dari beliau. Pada tahun 2004 saya berjumpa dengan beliau sekali lagi hanya utk refreshkan penerimaan ijazah dari beliau. Kini Tuan Guru tidak lagi ingin menurunkan ilmu ini kepada orang ramai kerana katanya 'orang zaman sekarang tak lekat pantang (tak dapat jaga pantang). Amalannya terus saya lakukan dan banyak peristiwa yang aneh berlaku dan bertepatan dengan apa yang telah diperkatakan oleh Tuan Guru Hj Hamzah iaitu salah satunya badan kita akan kelihatan tinggi dan besar oleh musuh. mengikut Tuan Guru Hj Hamzah pula mengatakan sekiranya kita dapat mengamalkan amalan tersebut sampai ke tahap 5 insyaAllah kita dapat menembak dengan tangan. Perkara ini bukan omongan kosong dari Tuan Guru. Sudah terbukti dan sudah menjadi kebiasaan bagi muridnya yang sudah sampai ke tahap 5 dapat menembak dengan tangan. Beliau kata bukan setakat menembak tin air gas bahkan juga dapat menjatuhkan buah kelapa. Satu versi lagi yang saya terima dari sahabat karib saya Wan Ahmadul Kaser Wan Yaacob dimana beliau mengatakan bahawa tangan kita akan menjadi tajam seperti pisau bila sahaja jari kita dirapatkan. Ketajamannya bukan saya apabila tertusuk tetapi dengan isyarat sahaja musuh akan luka walaupun berada jauh. Wan Ahmadul Kaser juga ada mengatakan bahawa sekiranya ilmu ini mantap, kita boleh terbang atau melayang-layang di udara. Pada tahun yang sama saya telah menerima amalan versi Ayat Empat dari sahabat saya yang memang amat hebat orangnya bernama Wan Ahmadul Kaser Wan Yaacob. Amalannya berbeza dari versi2 yang telah saya terima. Bila beramal, badan kita akan terangkat lebih kurang beberapa kaki di udara. Perkara ini telah saya lalui bersama dengan rakan-rakan saya yang lain. Pada tahun 2004, saya telah berjumpa Tuan Guru Che Yaacob Karak dan telah menerima amalan ini dalam versi lain dan telah mendapat kebenaran utk memperturunkan ilmu ini sebelum Tuan Guru meninggal dunia yang fana ini. Ilmu Tuan Guru Che Yaacob terkenal dengan nama Ilmu Pelangkahan Selendang Merah. Saya juga telah menerima satu lagi versi Selendang Merah dari Che Gu Wan Ariffin dari Kok Lanas yang sama versinya dengan beberapa Ilmu Selendang Merah dari perguruan-pergruan di Malaysia ini. Terbaru sekali saya terima dari guru saya untuk diperturunkan kepada sesiapa yang berhajat - Prof.Dr.Hj Shahrin Abd Rahman * Gambar Hiasan - Kiyai Salleh, tengah PENAFIAN: Ilmu ini tidak menggunakan bantuan negetif khadam, jin. Tidak terlibat dengan unsur-unsur syirik, tahyul, khirafat, pemujaan dan sebagainya. Ilmu ini telah lama diamalkan oleh orang-orang alim dahulukala untuk mempertahankan diri. |
Ibu Dikurung Dan Tidak Diberi Makan Oleh Anak Sendiri Posted: 01 Jul 2014 03:21 PM PDT eorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri. Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya ketika anaknya tiada di rumah. "Tolong, beri saya makanan," adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet. Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban, XIAOMING dimandikan selepas hampir sebulan dikurung tanpa diberi makan oleh anaknya sendiri. Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci. "Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa," kata polis. Penduduk di Kampung Yangjuan yang menyedari Xiaoming tidak diberi makan berjaya menghulurkan bubur dan air melalui tingkap biliknya. Seorang daripada mereka memuat naikkan gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa. "Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati. "Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan. "Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya," kata jurucakap polis.- Agensi posted@malaysiasensasi.net |
Posted: 01 Jul 2014 03:13 PM PDT Di India seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan. Tiga batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk. Dia bagaimanapun tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam. Lovely yang berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur. Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan. Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna. Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam. Keadaan Lovely kini dilapor stabil. "Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan," kata Dr KN Sinha. Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius. "Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik," tambahnya.-Agensi posted@malaysiasensasi.net |
Dibunuh Kerana Semangkuk Bihun Posted: 01 Jul 2014 03:10 PM PDT Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa. Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa. "Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60)," kata saksi. Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan. Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa. Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek. Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai 'tidak masuk akal' dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka. "Kami tidak berasa selamat sekarang," kata seorang penduduk di situ.- Agensi posted@malaysiasensasi.net |
Posted: 01 Jul 2014 03:25 PM PDT Beijing: Ada yang memilih untuk menulis sajak, sesi terapi atau mencari penyelesaian yang lebih buruk apabila kehilangan orang yang disayangi. Namun, seorang wanita di China mengambil pendekatan berbeza. Jinna Yang, 25, memilih membawa kadbod yang dibuat menyerupai bapanya untuk mengelilingi Eropah bagi menunaikan impian bapanya sebelum meninggal dunia akibat barah perut pada usia 52 tahun. Bapanya, Jay Kwon Yang yang pernah bertugas sebagai jurutera alam sekitar, membesarkan Jinna dan adik beradiknya secara sendirian selepas bercerai. JINNA bersama kadbod gambar bapanya di Blue Lagoon, Iceland. Dia yang juga ahli perniagaan mengenepikan impiannya menjelajah Eropah dan turut melupakan hasrat untuk menjadi pemain golf profesional semata-mata kerana untuk membesarkan anaknya. Bagi Jinna, April di dedikasikan khas untuk menyempurnakan impian bapanya walaupun hanya mampu membawa replika kadbod bapanya mengunjungi Eropah. Dia bersama 'bapanya' mengunjungi tempat terkenal seperti Paris, Itali dan Iceland sambil merakamkan gambar kenangan di lokasi berkenaan untuk merasai 'kehadiran' bapanya di sisi. Kadbod itu disiapkan bapa rakannya yang bertugas sebagai pereka industri dan direka khas agar mudah dilipat dan dibawa ke mana-mana. 'Percutian keluarga' itu menarik perhatian orang ramai yang melihat Jinna bergambar bersama kadbod potret bapanya. "Selalunya apabila anda melihat kadbod bersaiz manusia, ia pasti mereka yang terkenal seperti Justin Bieber atau One Direction dan kebiasaannya berada di bilik tidur kanak-kanak. Ramai yang turut bergambar bersama kadbod bapa saya," kata Jinna.- Agensi posted@malaysiasensasi.net |
Posted: 01 Jul 2014 03:18 PM PDT Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel. Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu. Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar. "Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas," katanya. Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu. "Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa," katanya. Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. "Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa," katanya. - Agensi posted@malaysiasensasi.net |
Posted: 01 Jul 2014 03:28 PM PDT Nilai: "Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.". Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam. Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu. Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan. Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka. ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada. Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam. posted@malaysiasensasi.net |
You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment