Malaysia Sensasi
Malaysia Sensasi |
- Almarhum Aziz Sattar Pernah Dihalau Dari Set Oleh P. Ramlee
- Wajib Baca Bagi Yang Terdesak Mencari Rezeki
- Kedai Makan Kantoi Guna Sos Tomato “Babi”
- Terpaksa Tanggung Suami Buat Enot Serik Kahwin
- Rakaman Video Remaja Lelaki Sembunyi Dalam Ruang Tayar Pesawat Didedah
- Kemenangan United Diselebungi Emosi Perpisahan
- Keadaan Gelandangan Di Negara Jepun
- Peliwat Terima Balasan Diliwat 20 Banduan
- Burung Dedahkan Rahsia Suami Curang
| Almarhum Aziz Sattar Pernah Dihalau Dari Set Oleh P. Ramlee Posted: 07 May 2014 03:00 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR – Allahyarham Datuk Aziz Sattar pernah menceritakan kepada Astro AWANI kisah di mana beliau dan Allahyarham S. Shamsudin dihalau dari set pengambaran filem Pendekar Bujang Lapok. Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Ajis berkata demikian ketika menjadi tetamu program Temujanji terbitan Astro AWANI sekitar tahun 2008 yang dihoskan oleh Dino Omar. Menurut Pak Ajis, ketika itu mereka sedang melakonkan satu babak ketika S.Shamsudin menyalakan lilin untuk berjumpa dengan seniwati Allahyarhamah Roseyatimah. "Saya tak tahu apa yang saya dan Sudin dah buat, tapi P.Ramlee tidak boleh menahan gelak sepanjang shooting sampai kami kena halau. "Esok bila pengambaran disambung semula, selepas satu take, P. Ramlee gelak lagi sampai nak pecah lampu" Mengimbas kembali, Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai Pengalih Bahasa di Jalan Ampas. Walaupun bergaji kecil dari kerja sebelumnya, namun kerana minat yang mendalam pada bidang seni, Allahyarham sanggup. "Satu hari, mereka tak cukup watak extra. Saya cakap, buat apa susah-susah cari, di sinikan ada. Siapa? Tanya mereka. Aku la!" cerita Allahyarham yang kemudiannya diiringi gelak tawa penonton program Temujanji. Di situlah, bermula kerjaya Pak Ajis sebagai pelakon dan kemudiannya menjadi pelakon utama di dalam filem. Sepanjang hayat, Pak Ajis sering mengagumi P. Ramlee. Di dalam temubual ini, Pak Ajis ada menceritakan beberapa babak yang disyorkan olehnya kepada P.Ramlee. "P. Ramlee seorang yang menghormati orang dan senang menerima pendapat orang lain. Ada beberapa babak yang saya cadangkan diterima olehnya. "Seperti babak Pendekar Bujang Lapok, babak saya dibaling batu. Itu idea saya. Ketika itu juga P. Ramlee tukar posisi kamera dan rakamkan babak tersebut" cerita Allahyarham lagi. Di akhir bicara, Pak Ajis yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka buat orang ketawa, mengucapkan syukur apabila sehingga sekarang, filem-filem lakonan beliau dan rakan-rakan ditontoni ramai. "Alhamdulillah, sehingga sekarang orang masih sukakan cerita P.Ramlee, orang kenal siapa itu Ajis, Sudin dan Ramlee. "Itulah yang P. Ramlee katakan, seni kami bukan untuk wang, seni kami untuk masyarakat" Pak Ajis atau sebenarnya Abdol Azez Bin Satta dilahirkan pada 8 Ogos 1925 dan telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mei lalu akibat sakit jantung. Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang Lapok pada tahun 1950-an. Antara dialog Allahyarham yang masih diingati ialah menerusi filem Pendekar Bujang Lapok ketika membaca surat biarpun buta huruf. "Aziz: Sekali syair daa!…Alkisah… Alkisah tersebutlah kisah sang kancil mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun P Ramlee: Cit!… mana Firaun pakai sultan" posted@malaysiasensasi.net |
| Wajib Baca Bagi Yang Terdesak Mencari Rezeki Posted: 07 May 2014 08:13 AM PDT Adakah anda merasakan kehidupan begitu sukar?. Gaji kecil, selalu tidak cukup wang, resah dengan keadaan keluarga yang berpendapatan kecil, dan selalu memikirkan kesudahan hidup. Sekiranya anda adalah orang seperti di atas, jangan putus ada, semua masalah ada penyelesaian. Jangan merintih sendiri lagi, jangan kesal dengan hidup, Dengan Izin Allah, ini dapat membantu anda. KLIK GAMBAR DI BAWAH |
| Kedai Makan Kantoi Guna Sos Tomato “Babi” Posted: 07 May 2014 07:14 AM PDT Sebuah premis makanan di pusat beli-belah The Hills di sini diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana menggunakan logo halal tidak sah yang dikeluarkan pihak swasta. ![]() Premis makanan itu juga didapati menggunakan sos tomato yang disahkan tidak halal selepas ujian oleh Jabatan Kimia sebelum ini mendapati ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kuala Lumpur, Azizan Shaari berkata, pemeriksaan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang meragui logo halal di premis terbabit. "Justeru, kita telah memberi amaran kepada pengusaha restoran itu dan memberi peluang untuk mereka memohon logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim atau JAIS. "Jika pemeriksaan seterusnya mendapati mereka masih menggunakan logo yang sama, tindakan akan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan denda RM200,000 bagi kesalahan pertama manakala RM500,000 untuk kesalahan kedua," katanya ketika ditemui di sini semalam. androzip posted@malaysiasensasi.net |
| Terpaksa Tanggung Suami Buat Enot Serik Kahwin Posted: 07 May 2014 06:55 AM PDT Pelakon Enot berasa serik untuk berkahwin semula selepas gagal dengan dua perkahwinannya yang terdahulu termasuklah melalui pengalaman 'menanggung suami'. ![]() Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, biarlah dia bergelar ib tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk suami. Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch ini pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu. Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana dan Ariana. Bagaimanapun, tambah Enot, dia akan menerima takdir sekiranya diberi peluang untuk berkahwin buat kali ketiga. Katanya, setiap wanita perlu memastikan seseorang lelaki itu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh agar kehidupan tidak merana pada kemudian hari. posted@malaysiasensasi.net |
| Rakaman Video Remaja Lelaki Sembunyi Dalam Ruang Tayar Pesawat Didedah Posted: 07 May 2014 06:42 AM PDT HONOLULU: Pegawai Pengangkutan Hawaii pada Rabu mendedahkan rakaman visual remaja Somalia yang bersembunyi dalam ruang tayar sebuah pesawat Hawaiian Airlines pada 20 April lalu. Video itu mengesahkan laporan yang disediakan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai lapangan terbang yang dianggap sukar dipercayai. Laporan awal mendedahkan remaja berusia 15 tahun itu lari dari rumah dan menyelinap masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose dan memanjat naik salah satu tayar pesawat tersebut. Walaupun kekurangan oksigen dan cuaca sejuk, Yahya Abdi, terselamat pada paras ketinggian 11,500 meter. Penerbangan itu mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit pada suhu yang boleh mencecah -62 darjah Celsius. Rakaman berdurasi enam minit itu yang didedah Jabatan Pengangkutan Hawaii menunjukkan dia turun dari Boeing 767 sebelum melompat ke landasan. Abdi kemudian duduk selama 13 saat di landasan pesawat lalu berdiri dan berjalan dengan perlahan ke arah depan pesawat. Dia kemudian berjalan ke arah seorang pekerja lapangan yang sedang memandu troli, dan kedua-duanya dilihat bercakap selama tiga minit sebelum beredar bersama-sama. Dalam rakaman itu, Abdi tetap berdiri sepanjang masa. Jurucakap Jabatan Pengangkutan Hawaii, Caroline Sluyter berkata rakaman itu dikeluarkan selepas pejabat peguam negeri mempertimbangkan permintaan media untuk melihat video berkenaan. posted@malaysiasensasi.net |
| Kemenangan United Diselebungi Emosi Perpisahan Posted: 07 May 2014 06:37 AM PDT KEMENANGAN 3-1 Manchester United keatas Hull City pada awal pagi Rabu diselebungi emosi apabila katua pasukan itu, Nemanja Vidic dan jurulatih sementara, Ryan Giggs membuat penampilan terakhir dan ucapan yang disampaikan kedua-dua mereka. Suasana perpisahan Vidic bersama United turut membuatkan peminat pasukan berkenaan menitiskan air mata kerana terharu dengan sumbangan yang telah diberikan pemain pertahanan terbabit. Pemain kebangsaan Serbia itu yang akan menyertai Inter Milan pada musim panas ini selepas kontraknya tidak diperbaharui dimasukkan bagi menggantikan Phil Jones. Manakala jurulatih United, Giggs turut beraksi buat kali terakhir di penghujung perlawanan sebagai tanda perpisahan selepas berkhidmat sepanjang tempoh kegemilangan United dibawah bimbingan Alex Ferguson. Pemain kelahiran Wales itu mengambil alih tempat David Moyes selepas jurulatih berkenaan dipecat oleh kelab gara-gara membawa United ke kedudukan yang tidak disenangi peminat. "Saya hanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain dan kakitangan pasukan diatas sokongan kamu pada tahun ini. Terima kasih istimewa juga untuk Nemanja yang akan meninggalkan kita pada tahun ini. "Kami tahu musim ini adalah yang sukar kerana selama ini kami telah dirosakkan oleh kejayaan yang dikecapi. Kamu (penyokong) perlu memberi sokongan kepada pasukan supaya kejayaan dapat dikembalikan pada tahun-tahun akan datang," kata Giggs ketika berucap selepas perlawanan berlangsung. posted@malaysiasensasi.net |
| Keadaan Gelandangan Di Negara Jepun Posted: 06 May 2014 06:30 PM PDT Apabila kita bercakap mengenai negara Jepun, kita boleh membayangkan sebuah negara itu, sebuah negara yang maju, dan kebanyakan penduduknya mempunyai kualiti hidup yang baik. Walau bagaimanapun, tidak semuanya sempurna, dan juga di negara-negara seperti ketiadaan tempat tinggal bagi orang-orang jalanan. Demikian itu adalah kes orang-orang ini, yang tinggal dalam kotak di Stesen Shinjuku di Tokyo. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Peliwat Terima Balasan Diliwat 20 Banduan Posted: 06 May 2014 06:00 PM PDT ![]() Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara. Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu. Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi 'dikerjakan' oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua. "Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu," menurut sumber. Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini. Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya. posted@malaysiasensasi.net |
| Burung Dedahkan Rahsia Suami Curang Posted: 06 May 2014 04:15 PM PDT Seorang wanita dari China mengajukan permohonan cerai setelah burung peliharaannya mengeluarkan kata-kata yang cukup pelik pada pendengarannya. Burung itu dikatakan mengucapkan kata-kata seperti: "Cerai", "Aku cinta kamu" dan "Sabar ye!". Menurut akhbar Xinmin Evening, dari 'kata-kata' burung tersebut, dia mula curiga ada sesuatu yang sedang berlaku. Kemudian diketahui bahawa burung itu belajar perkataan baru dari perbualannya suaminya ketika berbual dengan pelacur. Kemudian isterinya pun membawa kes ini ke muka pengadilan dengan menjadikan burung ini sebagai bukti bahawa suaminya memang curang dan dia ingin bercerai. posted@malaysiasensasi.net |
| You are subscribed to email updates from MalaysiaSensasi.Net To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















0 comments:
Post a Comment