Kakitangan MAS Ucap Perkataan Sial Kepada Penumpang
Kakitangan MAS Ucap Perkataan Sial Kepada Penumpang |
- Kakitangan MAS Ucap Perkataan Sial Kepada Penumpang
- Aksi Gedik Erra Fazira Pakai Gaun Pink Paras Betis Didedahkan
- Gambar Perubahan Saiz Payudara Tasha Shila Terjawab
- Wang RM43,000 Dalam Akaun Bank Lesap
- Bekas Pembantu Akaun Syarikat Fareeda Didakwa
- Selfie : Nelydia dan Uqasha Nampak Bergaya Pakai Gaun Ketat
- Raja Bomoh Sedih Dengan Pemergian Aziz Sattar
- Tasha Shilla Tayang Sesuatu Sambil Minum Zofea
- Gambar Nasi Goreng Punca Pelanggan Buat Laporan Polis Didedahkan
- Kekasih Bertatu, Tasha Shilla Tidak Kisah
| Kakitangan MAS Ucap Perkataan Sial Kepada Penumpang Posted: 07 May 2014 12:07 AM PDT Kakitangan MAS Ucap Perkataan Sial Kepada Penumpang | Pagi tadi, saya terbang ke Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Seperti sebelumnya, saya dan kru menuju ke kaunter check in di terminal B.
Tanpa senyuman di wajah, kenyataan itu kedengaran bak satu cabaran. Dia mendakwa menerima arahan dikeluarkan oleh pihak atasan, mewajibkan setiap penumpang check in menggunakan kiosk ditempatkan di hujung kiri kaunter MAS. Saya menoleh ke kiosk dimaksudkan. Beberapa penumpang dibantu menggunakan kiosk. Senario itu jelas menunjukkan majoriti pelanggan MAS kekok berurusan dengan mesin berbanding manusia. Di bawah, gambar suasana di kaunter MAS pada ketika itu, lengang. Jadi, saya mendapatkan khidmat kakitangan di kaunter dan bukannya beratur untuk menggunakan kiosk. Mujur di sebaik tercegat di kaunter, kami disambut dengan senyuman manis kakitangan wanita MAS bertugas. Tidak pula dia bergegas mengarahkan kami untuk beredar menggunakan kiosk seperti didakwa oleh kakitangan wanita sebelumnya. Tidak sampai 10 minit, urusan mendapatkan boarding pass, selesai. Kami sempat mengungkapkan terima kasih kepada petugas itu. Wajahnya tidak lekang dek senyumanan, jauh berbeza berbanding penampilan wanita berbaju putih kami temui sebelum tampil di kaunter. Barangkali saya terkeliru dengan maklumat diterima, lalu saya menghubungi pejabat MAS dan berbual dengan seorang daripada pegawai bertugas.
Maksudnya, penumpang mempunyai pilihan samada menggunakan kiosk atau terus berjumpa kakitangan MAS di kaunter, jika tidak sesak. Selepas itu, saya juga mendapatkan penjelasan daripada pengurus bertugas, memperkenalkan dirinya sebagai Eugene.
Sebelum bergerak ke Pintu A9, saya sempat menemui kembali kakitangan vendor dan menerangkan kepadanya intipati perbincangan saya bersama dua pegawai MAS terbabit. Tidak sekalipun saya meninggikan suara, jauh sekali memaki hamun. Tujuan pertemuan kali kedua, memaklumkan, bukan mencerca. Mengejutkan, penyelia kakitangan vendor itu, wanita bertudung, datang menghampiri saya dan memohon maaf di atas kekeliruan berlaku. Dia kemudian beredar bersama kakitangannya, kelihatan terusik dengan penerangan saya. Tepat jam 10.45 pagi, kami terbang menggunakan pesawat MH2710. Saya menganggap isu itu selesai sehingga kakitangan vendor sama didapati memaparkan status di bawah di laman sosial. Tatkala MAS dilanda bahana, usah ditambah beban di bahu dengan kenyataan biadab kakitangan bertugas. Seperkara lagi, menghina pelanggan MAS secara terbuka di facebook, bukan jalan penyelesaian bijak dan terbaik. - sumber - |
| Aksi Gedik Erra Fazira Pakai Gaun Pink Paras Betis Didedahkan Posted: 06 May 2014 11:58 PM PDT Aksi Gedik Erra Fazira Pakai Gaun Pink Paras Betis Didedahkan | Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira tampil dengan aksi gedik sambil memakai gaun paras betis berwarna merah jambu ketika menghiasi Majalah Urban Nombor Satu iaitu EH! & Estee Lauder. Muka depan majalah EH! & Estee Lauder itu adalah keluaran bagi edisi bulan Mei yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk membeli kerana banyak cerita dan tips menarik yang dikongsikan di dalam majalah tersebut terutamanya tentang produk kecantikan yang digunakan Erra. |
| Gambar Perubahan Saiz Payudara Tasha Shila Terjawab Posted: 06 May 2014 11:42 PM PDT Gambar Perubahan Saiz Payudara Tasha Shila Terjawab | Secara tiba-tiba foto pelakon Tasha Shila sedang memegang segelas minuman kesihatan menjadi ‘viral’ di laman sosial. Selepas Astro Gempak telek dan baca komen-komen yang ditulis, rata-rata peminat telah memberi komen mengenai saiz payudara aktres itu yang kelihatan semakin bertambah saiznya.
Jika sebelum ini kecoh tentang Tasha Shila ke negara jiran untuk membuat pembedahan plastik dan mengubah bentuk hidungnya, adakah kali ini dia melakukan rawatan yang sama, tetapi di bahagian yang dikatakan aset wanita itu? |
| Wang RM43,000 Dalam Akaun Bank Lesap Posted: 06 May 2014 11:35 PM PDT Wang RM43,000 Dalam Akaun Bank Lesap | Seorang bapa yang juga orang kurang upaya (OKU) terkejut apabila mendapati wang sebanyak RM43,000 dalam akaunnya lesap dikeluarkan tanpa pengetahuannya. Mangsa, Mohd Baki Meon, 59, berkata, dia hanya menyedari wang berkenaan 'hilang' apabila dia ingin mengeluarkan simpanan tersebut untuk membaiki kereta, tiga minggu lalu, namun mendapati baki akaunnya hanya RM21 sahaja.
Menurut Mohd Baki, menerusi penyata akaun, dia mendapati wangnya dikeluarkan hampir setiap hari dengan jumlah berbeza tanpa pengetahuannya bermula Oktober tahun lalu. Menceritakan perkara itu, bapa kepada lima anak ini berkata, sebulan selepas terlibat dalam kemalangan Julai lalu, ada dua individu mendakwa sebagai pegawai bank datang ke rumah untuk menguruskan kad bank baharu.
Katanya, dia berasa sangat terkilan kerana duit itu merupakan hasil simpanan gajinya sebagai pemandu lori, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) dan pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Tambah Mohd Baki, satu laporan polis telah dibuat pada 15 April lalu dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak bank.
- sumber - |
| Bekas Pembantu Akaun Syarikat Fareeda Didakwa Posted: 06 May 2014 11:28 PM PDT Bekas Pembantu Akaun Syarikat Fareeda Didakwa | Seorang bekas pembantu akaun syarikat pengeluaran tudung terkenal Fareeda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap 20 pertuduhan menipu pengarah urusan syarikat itu berhubung pembayaran gaji pekerja membabitkan kerugian berjumlah RM57,414.74 antara November 2013 hingga Januari lepas. Normala turut didakwa terhadap empat pertuduhan bersubahat dengan bekas kerani syarikat, Mohamed Nazreen Shah Yem, 21, untuk menipu Aminuddin bagi tujuan sama membabitkan Muhammad Alif Farhan dan Mohd Amirul. Aina Azahra membenarkan Normala diikat jamin sebanyak RM122,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala Mohamad Nazreen dibenarkan diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin. Enam tertuduh lain dibenarkan diikat jamin antara RM6,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang. Mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes. |
| Selfie : Nelydia dan Uqasha Nampak Bergaya Pakai Gaun Ketat Posted: 06 May 2014 05:51 PM PDT Selfie : Nelydia dan Uqasha Nampak Bergaya Pakai Gaun Ketat | Pertama kali melihat dua selebriti adik-beradik iaitu Nelydia dan Uqasha yang sama-sama memakai gaun berwarna biru. Agak sukar untuk membezakan identiti setiap mereka kerana memiliki raut wajah dan warna rambut yang hampir sama. Bagaimanapun, dua keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan tentang Nelydia dan Uqasha ialah mereka memiliki kecantikan semulajadi dan bentuk badan yang langsing. Mungkin itulah kelebihan insan yang dilahirkan dengan dua bangsa berbeza iaitu kacukan Melayu-Siam. Qi Razali dan Pekin Ibrahim boleh dikatakan lelaki paling bertuah berjaya memikat hati Nelydia dan Uqasha sedangkan mereka ini sering menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana dan kalangan selebriti lelaki lain. – sumber -
|
| Raja Bomoh Sedih Dengan Pemergian Aziz Sattar Posted: 06 May 2014 05:44 PM PDT Raja Bomoh Sedih Dengan Pemergian Aziz Sattar | Pemergian bintang lagenda Datuk Aziz Sattar pada 2 pagi tadi telah memberi kesan yang mendalam kepada semua penggiat seni tanah air dan para peminat filem-filem Melayu klasik. Sejak berita pemergian itu tersebar, para peminatnya tidak henti-henti menzahirkan rasa sedih dan mengirimkan ucapan takziah. Tidak ketinggalan Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar kepada industri seni dan filem tanahair negara. Ibrahim ketika menghubungi pihak kami, mengatakan beliau terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai berita permergian itu.
Menurut Ibrahim beliau berhasrat untuk pergi melawat, sebaik sahaja pembantunya memberitahu mengenai Allahyarham yang dimasukkan ke hsopital kerana uzur dan masalah jantung.
“Semua ahli seni silat Gayung Ghaib telah diminta untuk sedekahkan bacaan al-fatihah dan mengadakan tahlil, bagi memperingati jasanya kepada tanahair” ujarnya lagi. – sumber - |
| Tasha Shilla Tayang Sesuatu Sambil Minum Zofea Posted: 06 May 2014 05:39 PM PDT Tasha Shilla Tayang Sesuatu Sambil Minum Zofea | Terkedu seketika tengok gambar aksi Tasha Shilla minum produk kecantikan dikenali sebagai Zofea. Terdapat satu perubahan yang mendadak pada bahagian tubuh badan pelakon itu. Ingatkan, penulis saja yang perasaan rupanya para peminat di laman fanpage facebook rotikaya juga. Agaknya apa rahsia Tasha Shilla untuk membolehkan bentuk badannya mengalami perubahan yang mendadak dan semakin menggiurkan? Pasti ramai kaum wanita di luar sana tertanya-tanya. |
| Gambar Nasi Goreng Punca Pelanggan Buat Laporan Polis Didedahkan Posted: 06 May 2014 05:31 PM PDT Gambar Nasi Goreng Punca Pelanggan Buat Laporan Polis Didedahkan | Sebelum ini tersebar laporan polis warga Singapura kerana nasi goreng yang dimakannya terlalu pedas.
Nasi goreng yang dimakan pengadu terlalu pedas dan dia mengesyaki tukang masak tersebut telah meletakkan cili yang terlampau banyak. Ujarnya melalui laporan tersebut, kepedasan itu masih terasa sehingga keesokan harinya iaitu pada hari laporan itu dibuat. – sumber - |
| Kekasih Bertatu, Tasha Shilla Tidak Kisah Posted: 06 May 2014 03:58 PM PDT Kekasih Bertatu, Tasha Shilla Tidak Kisah | Selepas kisah Tasha Shilla kini bercinta dengan seorang lelaki yang aktif dalam sukan muay thai, perkara pertama yang menjadi perhatian ramai adalah penampilan peribadi jejaka itu yang bukan beragama Islam & memiliki badan bertatu. Tidak pernah mengulas tentang perkara tersebut, baru baru ini Tasha Shilla menerusi majalah Media Hiburan memberitahu yang beliau sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan keadaan fizikal kekasihnya itu lebih lebih lagi tentang isu bertatu.
Mengulas tentang percutian beliau bersama kekasihnya ke Phuket baru baru ini, Tasha Shilla menjelaskan yang ianya dirancang oleh satu kumpulan produksi drama selepas tamat menjalani penggambaran selama enam bulan dan bukan pergi berdua sahaja. “Saya teruja dengan percutian ini kerana itulah pertama kali saya ke Phuket dan kami sempat pergi ke lapan pulau yang terdapat di situ. Saya juga berpeluang belajar muay thai selama tiga hari di sana,” tambah Tasha Shilla lagi.-rotikaya |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
0 comments:
Post a Comment