Powered by Blogger.

Gambar Intim Che Ta & Zain Saidin Hanya Gimik – Pengurus

Gambar Intim Che Ta & Zain Saidin Hanya Gimik – Pengurus


Gambar Intim Che Ta & Zain Saidin Hanya Gimik – Pengurus

Posted: 07 May 2014 03:00 AM PDT

Abang Nara dah agak dah. Mesti ada sesuatu di sebalik perkongsian gambar intim Che Ta dan Zain Saidin baru-baru ini. Rupa-rupanya ia adalah satu gimik bagi menjayakan sebuah program televisyen terbitan Astro yang bakal disiarkan tidak lama lagi. Kalau diikutkan gaya romantis mereka berdua, mungkin ia adalah gimik untuk program Romantika.

che ta intim

Hal ini telah disahkan oleh pengurus Rozita Che Wan iaitu Afiq Wahab kepada Utusan Malaysia:-

Itu adalah satu gimik di sebalik penggambaran program televisyen berkenaan di Koh Samui, Thailand. Bukan mahu berlagak atau menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang mereka kecapi

che ta

Tak sabar untuk Abang Nara menonton program Astro yang akan menampilkan Che Ta dan Zain. Daripada gimik gambar pun dah boleh nampak keromantisan mereka. Mesti program yang akan ditayangkan lebih romantis dan bakal menunjukkan kebahagiaan mereka selepas bergelar suami isteri. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Honda CR-V baru lulus ujian NCAP

Baca Yang Ini Pulak:-

Sleeq Bakal Tamatkan Zaman Bujang Selepas Syawal Tahun Ini

Posted: 06 May 2014 11:11 PM PDT

Berita gembira buat para peminat ahli kumpulan Sleeq yang dianggotai oleh Syarif dan Alyph. Kedua-dua jejaka ini telah mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan masing-masing selepas Hari Raya kelak. Syarif bakal berkahwin dengan Malaque Mahdaly, seorang chef pada bulan November manakala Alyph akan bergelar suami kepada Azzah Fariha, seorang guru pada September ini.

sleeq

Abang Nara pasti ramai gadis di luar sana yang patah hati mendengar berita ini. Namun perkahwinan adalah satu lumrah dalam kehidupan. Kalau sudah bertemu jodoh, siapalah kita untuk menghalang. Lebih baik doakan semoga kebahagiaan menjadi milik mereka buat selama-lamanya. Bak kata Alyph menerusi Harian Metro:-

Apa yang terjadi dalam kehidupan saya dan Syarif yang sudah bertemu jodoh ini adalah lumrah kehidupan manusia normal. Justeru keputusan untuk mendirikan rumah tangga adalah wajar dan kami juga sudah bersedia.

sleeq

Semoga segala persiapan Syarif dan Alyph berjalan dengan lancar. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum hari bersejarah anda berdua. Yang penting, jangan lupa jemput para peminat ke kenduri perkahwinan anda. Abang Nara yakin ramai yang mahu melihat anda bersanding di atas pelamin. Apa pun, tahniah diucapkan atas berita gembira ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

(6 GAMBAR)Fiza Elite Luangkan Masa Bersama Anak-Anak Selepas Cerai Dengan Adam

Posted: 06 May 2014 09:38 PM PDT

Gembira Abang Nara melihat gambar-gambar yang dikongsi oleh Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya. Walaupun baru sahaja bercerai dengan Adam AF, Fiza kelihatan ceria dan gembira di samping anak-anaknya yang tercinta. Apabila bergurau dan meluangkan masa bersama anak, sekurang-kurangnya Fiza dapat melupakan kisah sedih yang terjadi kepada dirinya.

fiza elite

Walaupun begitu, ada beberapa komen daripada pengikut Fiza di Instagram yang meminta Fiza supaya tidak keluar berjalan-jalan dan lebih menghormati tempoh edah yang sedang dilaluinya. Abang Nara tak pandai nak komen sebab tak arif mengenai bab-bab edah ini. Namun rasanya sudah pasti Fiza meminta kebenaran Adam untuk keluar bersama anak-anaknya sendiri.

fiza elite

Semoga Fiza akan terus ceria dan dapat melalui fasa sedih ini dengan hati yang lebih tenang. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Fiza dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: 17 belas tangga tercantik di dunia

fiza elite
fiza elite

fiza elite
fiza elite

Baca Yang Ini Pulak:-

Misteri Objek Seumpama Bola Merah Bersama Selebriti-Selebriti Popular

Posted: 06 May 2014 09:32 PM PDT

Abang Nara perlukan pertolongan anda. Semenjak semalam, beberapa orang selebriti popular tanah air mula berkongsi gambar mereka bersama sebuah objek seumpama bola merah. Selaku "stalker" mereka, Abang Nara kehairanan dan terasa diselubungi misteri dengan kehadiran bola merah tersebut.  Menariknya, setiap selebriti menggayakan aksi yang berbeza dengan objek seumpama bola merah ini.

LIVELIFELOUD

Dengan aksi penuh seni bersama objek seumpama bola merah, Tiz Zaqyah menulis caption "Sometimes the little things in life is what makes me happiest ! #LiveLifeLoud". Nampak seperti Tiz meluahkan rasa kebahagiaannya. Adakah percintaannya akan melangkah ke fasa baharu? Sementara itu ikon fesyen tempatan, Wak Doyok telah berkongsi aksi gaya machonya bersama bola merah tersebut. Caption yang ditulisnya pula berbunyi "Good morning!!! I LIVE for fashion. My LIFE is fashion. I love LOUD fashion. #LiveLifeLoud". Memang aksi yang digayakan cukup sesuai dengan fesyen Wak Doyok yang unik.

LIVELIFELOUD

Apabila Zizan Razak dan Fara Fauzana turut sama berkongsi gambar mereka dengan objek seumpama bola merah, Abang Nara sudah dapat menjumpai persamaannya. Kesemua selebriti-selebriti ini menggunakan hashtag #LiveLifeLoud. Hmmmm.. Carian yang lebih mendalam telah Abang Nara lakukan, sayangnya tiada informasi lanjut dapat diketahui. Memang misteri!!! Abang Nara tertanya-tanya apakah yang mereka cuba sampaikan.

LIVELIFELOUD

Abang Nara percaya tak lama lagi misteri objek seumpama bola merah dan hashtag #LiveLifeLoud ini akan terbongkar sedikit demi sedikit. Tak sabar nak tahu. Nanti kalau ada informasi terkini, akan Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Sementara itu diharap anda semua bersabar.

Baca Yang Ini Pulak:-

Menangi RM100,000 Dalam Cabaran Rasa Kuah TUMIX® Ajinomoto®

Posted: 06 May 2014 07:21 PM PDT

Sabtu lalu, akhirnya salah satu impian diri ini tercapai jua. Abang Nara akhirnya dapat bertemu secara "live" dengan penyanyi kegemaran Abang Nara iaitu Adibah Noor. Setelah mengetahui yang Adibah Noor akan membuat kemunculan istimewa di ibu pejabat  AJINOMOTO®, Abang Nara seawal jam 8.30 pagi sudah terpacak di pintu masuk. Excited tak ingat nak jumpa penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini.

ajinomoto

Abang Nara ingatkan diri ini adalah yang paling awal hadir. Rupa-rupanya sudah ramai yang mula mendaftar di khemah yang disediakan. Semuanya pun teruja kerana mendapat peluang untuk bersua muka dengan Adibah Noor. Untuk makluman, Adibah Noor bukan datang saja-saja ke ibu pejabat AJINOMOTO® ini. Penyanyi, pelakon dan pengacara ini merupakan duta TUMIX® Penambah Rasa Kuah yang merupakan produk terbaru AJINOMOTO® merupakan penyedap makanan terutamanya masakan kuah. Itu yang dalam ibu pejabat AJINOMOTO® ini penuh dengan bunting wajah comel Adibah Noor.

ajinomoto

Sementara menunggu majlis pelancaran TUMIX® Penambah Rasa Kuah bermula, Abang Nara jalan-jalan melihat aksi para tetamu yang telah hadir. Paling seronok apabila melihat mereka menggayakan aksi comel, kelakar dan menarik sempena pertandingan "Muka Wow". Peserta yang buat ekspresi wajah paling "Wow" kerana kehebatan TUMIX® Penambah Rasa Kuah akan memenangi hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Best kan? Itu yang semua orang buat sehabis baik tue. Kagum Abang Nara dengan usaha mereka.

ajinomoto

Tepat jam 10.30, majlis pelancaran produk terbaru AJINOMOTO® iaitu TUMIX® Penambah Rasa Kuah pun bermula. Menarik sungguh gimik pelancaran yang dilakukan oleh boss besar AJINOMOTO® iaitu Encik Ryoichi Ebata. Besar sungguh mock up bungkusan TUMIX® Penambah Rasa Kuah yang perlahan-lahan menjelma daripada kuali. Salah satu perkara yang paling menarik bagi Abang Nara ialah apabila Encik Ryoichi Ebata memaklumkan yang AJINOMOTO® sudah bertapak di Malaysia lebih daripada 50 tahun. Patutlah produk AJINOMOTO® sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk melazatkan lagi rasa masakan.

ajinomotoTidak lama selepas Encik Ryoichi Ebata selesai membuat perasmian, Adibah Noor pun membuat kemunculan. Habis menjerit kegembiraan semua tetamu yang hadir. Adibah Noor tampak jelita dengan pakaian yang sangat menawan. Berdiri di sisi boss besar AJINOMOTO®, Adibah Noor turut sama memegang mock up TUMIX® Penambah Rasa Kuah sebagai tanda perlantikan dirinya sebagai duta produk ini. Bagi Abang Nara, pemilihan Adibah Noor sebagai duta TUMIX® Penambah Rasa Kuah adalah satu pilihan yang bijak dan tepat oleh AJINOMOTO®.

ajinomoto

Sebab apa Abang Nara kata Adibah Noor adalah duta yang paling sesuai untuk produk ini? Ha, ini kerana Abang Nara sudah pun menonton video promosi yang dilakonkan oleh Adibah Noor ketika majlis pelancaran TUMIX® Penambah Rasa Kuah . Memang kelakar tak ingat punya. Power sungguh Adibah Noor menjiwai karekter yang diberikan olehnya. Tambah power apabila Adibah Noor mengajak kita semua menerusi videonya untuk memenangi RM100,000 dengan menyertai peraduan TUMIX Cabaran Rasa Kuah. Apa yang perlu dilakukan cuma "Masak, Rasa dan Menang". Mudah gila kot.

Meh Abang Nara terangkan serba sedikit mengenai peraduan TUMIX Cabaran Rasa Kuah seperti yang telah diberitahu ketika majlis pelancaran TUMIX ® Penambah Rasa Kuah. Peraduan ini akan bermula pada 19 Mei sehinggalah 20 Julai 2014.

Langkah 1 yang harus dilakukan ialah meminta sampel percuma TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH di laman web www.tumixkuah.com.my. Selepas sampel percuma dah tiba di rumah anda,

2. MASAK
Sediakan hidangan "TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH"

3.RASA
Alami rasa sedap "TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH".

4. AMBIL FOTO & KARANG
Ambil gambar muka WOW melalui foto (gambar anda bersama pek TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH atau LAUK BERKUAH) dan komen bertulis dalam 10 perkataan atau kurang sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

5. HANTAR
Hantar borang penyertaan melalui pos biasa, Internet.

ajinomoto

Hadiah Utama
RM100,000.00 wang tunai!

Hadiah Pertama
RM50,000.00 wang tunai!

Hadiah Kedua
RM20,000.00 wang tunai!

ajinomoto

Hadiah Saguhati
Baucar Perabot , Kerusi Urut & banyak lagi Barangan Eletrik Tajaan Toshiba
ajinomotoHadiah Setiap 2 Minggu
RM5,000.00 wang tunai
ajinomoto

Kalau tak berapa faham dengan penjelasan Abang Nara, banyak lagi informasi yang boleh anda dapati di www.tumixkuah.com.my. Selesai menjamu selera yang sangat lazat kerana telah dilengkapkan lagi dengan TUMIX® Penambah Rasa Kuah, Adibah Noor mula membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagunya. Suasana mula menjadi tidak terkawal apabila Adibah Noor turun dari pentas untuk bertemu para peminatnya. Penuh semua orang nak ber"selfie" dengan Adibah Noor. Abang Nara tak sanggup nak bersesak-sesak jadi tak dapatlah ambil gambar. Namun Abang Nara respek dan kagum dengan keprofessionalan yang ditunjukkan oleh Adibah Noor sepanjang proses "selfie" ini. Masih sempat buat lawak dan menyanyi untuk menghiburkan para tetamu. Memang terbaik.
ajinomotoTamat acara, Abang Nara dan beberapa rakan blogger dibawa masuk ke muzium AJINOMOTO® untuk penerangan serba sedikit mengenai syarikat ini. Selain daripada pengenalan mengenai sejarah AJINOMOTO®, Abang Nara tertarik dengan fakta mengenai MSG yang diterangkan kepada kami. Selama ini kita diberitahu bahawa pengambilan MSG adalah bahaya untuk badan. Kalau ambil banyak sangat akan botak kepala dan macam-macam lagilah kesan buruk. Rupa-rupanya semua itu adalah mitos belaka. MSG adalah selamat untuk dimakan oleh kita. Secara logiknya, kalau tak selamat, takkanlah syarikat AJINOMOTO® ini boleh bertahan lebih daripada 50 tahun di Malaysia kan?
ajinomotoBanyak perkara baru yang Abang Nara belajar sepanjang lawatan ke muzium AJINOMOTO® ini. Contoh lain ialah tentang kewujudan rasa kelima selain daripada masam, manis, pahit dan masin yang diberi nama UMAMI. Rasa UMAMI ini dijumpai oleh pengasas AJINOMOTO®. Rasa inilah merupakan pelengkap kepada masakan kita sebenarnya. Memang sukar untuk Abang Nara terangkan namun kalau korang nak belajar lebih lanjut, bolehlah ke laman web AJINOMOTO® dan juga Facebook AJINOMOTO®.ajinomotoSelepas ini diharap tiada lagi keraguan untuk kita semua menikmati produk keluaran AJINOMOTO®. Tema syarikat AJINOMOTO® "Eat Well, Live Well" sememangnya bertepatan dengan produk keluaran mereka yang bukan sahaja menambah kelazatan tetapi turut menekankan kepentingan dari segi kesihatan. Apa pun, pastikan anda tidak lupa melayari www.tumixkuah.com.my untuk peluang memenangi RM100,000. Abang Nara sekarang tengah berlatih memasak untuk menyertai peraduan ini. Hehehe.

Baca Yang Ini Pulak:-

Sharnaaz Ahmad & Emma Maembong Berlakon Bersama, Zizan Razak Tak Bimbang

Posted: 06 May 2014 06:19 PM PDT

Setelah Qi Razali cemburu melihat kemesraan yang terjalin antara Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad dalam sebuah drama baru-baru ini, kali ini giliran Emma Maembong pula berlakon dengan Sharnaaz menerusi drama Bintang Hati. Melihat perkembangan ini, para peminat Zizan dan Emma melahirkan rasa kebimbangan kerana takut kemesraan antara Sharnaaz dan Emma akan membuatkan Zizan cemburu dan rasa tidak selesa.
zizan razakMalah menerusi beberapa komen di Instagram, ada peminat yang sudah memberi amaran kepada Sharnaaz agak tidak melakukan aksi peluk mesra terhadap Emma Maembong seperti mana yang pernah dilakukan kepada Nelydia Senrose. Namun menerusi Astro Gempak, Zizan memaklumkan yang dia tidak risau akan perkara tersebut. Kata Zizan:-

Saya tahu Emma pandai jaga diri, dia tahu macam mana nak membataskan pergaulan dia sebagai seorang gadis timur. Kepada peminat-peminat semua, tak perlulah risau…Emma cuma berlakon, dia gadis Melayu dan dia tahu jaga maruah pelakon Melayu. Jangan cakap Sharnaaz macam tu… Saya tahu Sharnaaz seorang yang sangat profesional dalam ketika berkerja.

zizan razak

Cool kan Zizan? Ini barulah kekasih sejati. Tidak cemburu buta dan percaya kepada teman wanita. Walaupun pasti hati ada sedikit terbakar, namun kerana memahami kerjaya kekasih hati, itu semua dipadamkan buat sementara waktu. Diharap Sharnaaz pun tak adalah “bakar line” dengan berkongsi gambar mesranya bersama Emma Maembong nanti walaupun untuk tujuan promosi. Hehehe.

P.S: Seorang drummer wanita yang boleh buat jejaka jatuh cinta

Baca Yang Ini Pulak:-

Perpisahan Bukan Gimik – Nad Zainal

Posted: 06 May 2014 05:35 PM PDT

Terkejut juga sebenarnya apabila secara tiba-tiba Nad Zainal mengumumkan tamatnya hubungan percintaannya dengan Azwan Kombos menerusi program Melodi hujung minggu lalu. Tambah mengejutkan apabila Azwan Kombos memaklumkan yang dia tidak tahu menahu mengenai perpisahan tersebut. Ini amat menghairankan sekaligus menimbulkan spekulasi yang pasangan ini sengaja membuat gimik untuk menambahkan populariti masing-masing.

azwan kombos nad zainal

Sebenarnya taktik sebegini memang sering dilakukan oleh artis-artis tempatan apabila nama mereka sudah mula menjadi suam-suam kuku. Sekurang-kurangnya bila mengakui putus cinta, media akan memberikan perhatian dan liputan percuma. Namun menurut Nad Zainal, perpisahannya dengan Azwan Kombos bukanlah gimik sebaliknya ia adalah benar-benar berlaku. Kata Nad menerusi Harian Metro:-

Tak ada gimik tak ada apa. Apa yang keluar (pengumuman), itulah yang berlaku. Perkara yang tak diduga macam ini dalam sesuatu hubungan memang tak mustahil berlaku. Jadi tak ada (apa) yang pelik kalau berlaku.

Tapi, terus-terang saya cakap apa yang sudah keluar (umum) adalah apa yang terjadi. Tak ada agenda yang tertentu atau gimik.Selebihnya saya tak nak cakap apa-apa, cukuplah.

azwan kombos nad zainal

Untuk makluman, baru-baru ini Azwan Kombos dan Nad Zainal telah menghadiri kursus kahwin bersama-sama sebagai persediaan untuk bergelar suami isteri. Nampaknya jodoh mereka tidak kesampaian. Sementara itu Azwan memaklumkan yang dirinya masih lagi keliru dan terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Kata Azwan:-

Kalau gimik ke apa ke, mungkin Nad yang buatlah, bukan saya. Apa yang dah jadi memang berdasarkan apa yang saya dah cakap sebelum ini. Saya masih terpinga-pinga, pelik dan tak tahu apa-apa apabila semua berlaku secara tiba-tiba begini.

Tidak ada komunikasi antara kami. Saya cuba komunikasi tapi cara dia balas memang nak tak nak. Dia masih dingin terhadap saya sampai sekarang.Saya tak tahu sebenarnya apa berlaku. Apa pun saya hormati keputusan dia. Cuma saya terkilan sepatutnya saya yang patut tahu dulu (putus cinta) bukan media.

azwan kombos nad zainal

Kalau Abang Nara jadi Azwan Kombos pun pastinya terkilan “diceraikan” begitu sahaja oleh si kekasih tanpa mengetahui apa punca. Apa pun diharapkan memang tiada gimik dalam perpisahan mereka. Jangan tup-tup lepas ini tiba-tiba dah baik semula macam yang sering terjadi kepada artis-artis lain. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

0 comments:

Post a Comment

Terhangat

UMNO Artis melayu MH17 Artis Malaysia Melayu Wan Azizah mh370 Khalid Ibrahim Gaza Malaysia hari raya Games Diesel price Kalimah Allah Piala Dunia 2014 Proton design contest Ringgit Sepang boat tragedy Tabung Adik Firdaus gosip artis terbaru Shahul Hamid Zuhdi Marzuki gambar adira Berita Terkini syamsul yusof cerai neelofa meletop Gosip Artis nabila huda Lim Guan Eng Malaysia Independence Day Selangor PAS Dewan Ulama FELIXIA YEAP Gosip Artis Malaysia Malaysia Sensasi hanez suraya MAS anak awal anak scha najib putin rosmah scha ukraine Sensasi awal Carta Popular SANDIWARA artis seksi scha bersalin seksi AFF Suzuki Cup fara fauzana Anwar Ibrahim Designer watches IPTL Lee Chong Wei Mario Balotelli Mohd Zaidi Mohd Said Ong Kian Ming Sheikh Hasina visit Steven Gerrard Ebola Ebola virus Israel Gaza Abdul Khalid Bursa Malaysia Jalur Gemilang Jessica Alba Penang naked sports Premier League Selangor MB crisis Taylor Swift Albert Yam Kam Hoong GST Malaysia Iraq airstrikes JAIS MAS to delist NEELOFA linda rafar Ahmad Zahid Hamidi Dr Azmi Sharom Hamas Joan Rivers Khalid Samad Muhammad Rizalman Muhammad Safwan Anang Nadya Suleman Edit | View | Share | Delete Pakatan Rakyat Pesta sukan bogel Rindu Awak 200 Selangor MB Stacy Lewis Tan Sri Joseph Kurup Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Abdul Taib Mahmud Teoh Beng Hock Terkini Malaysia Tim Cook US Open 2014 Zlatan Ibrahimovic adira af bertudung eina azman Islam Malaysia Sukan Komanwel fazura 10IPTL 8Madonna topless 9World Team Squash Championship Abdul Rahman Dahlan Barisan Nasional Anwar Ibrahim Deepa Subramaniam Nadya Suleman agnes monica Sabah school crucifixes abby abadi Awal Ashaari Commonwealth Farish Aziz Kelvin Yip Marina Mahathir Sabina Altynbekova Awie Shaheizy Sam airasia bercerai Amyra Rosli Ashraf Muslim CHE TA Cakra Khan Dazrin Kamarudin Emma Hairul Azreen Hanis Zalikha IFA RAZIAH Juliana Evan Lagu Raya Live Streaming Selangor vs. Sarawak Majlis Perkahwinan Mustapha Maarof Nadzim Nora Danish Puteri Balqis ROMIE ROZANA MISBUN Scha Alyahya Siti Nurhaliza Topeng Muka WAN RAJA YAYA MAEMBONG ZAIN SAIDIN ZARINA ZAINUDDIN Zul Ariffin anak maharaja lawak 2014 putri Mardiana suami abby abadi (Gambar) Raudhatul Jannah Bertemu Ibu Selepas 10 Tahun Tsunami Acheh 3 Tahun Bercinta 38 lelaki A GALAK ABPH ADLIN AIDIL ZAFUAN AJL29 AKHIRNYA DEDAH WAJAH ANAK NING ANAK NORYN AZIZ Adeline Tsen Aida Ajak Akim Ahmad Almy Nadia Amar Baharin Amy Search Ana Dahlia Anak Beego Anak Tiri Siti Nurhaliza Aqsa Syarif Asyraf Khalid Azlee Senario Azmin Ali BAIZURA YANG 'SUPER CUTE' Baju Hanez Suraya Bakal Dipecat Bakal Kahwin Bayi Che Ta Bela Belasah Isteri Berada Di Dalam Kritikal Bercerai Talak Satu Berita Gempar Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula Bukit Mertajam CINTA HANEZ SURAYA Cakar Saya Chef Riz Commonwealth Games DATO SERI DATUK MUSTAPHA MAAROF Dalam Pelukan Dasha Logan Datuk Hasbullah Awang Datuk Sharifah Aini Dayana Kini Hamil Dedah Diana Amir Diana Danielle Dikritik Dua lelaki Dua pelajar Tingkatan Tiga Elly Mazlen Emma Maembong Enot Erma Fatima FAUZIAH LATIFF FITNAH VIDEO LUCAH Fadzil Zahari Farah lee Faralyna Fesyen Tayang JILBOOBS Ditentang Hebat Fikri Fouziah Gous Gelandangan Gembira Single Gosip Murahan Guru Nik Aziz Nik Mat HAFIZ SUIP Hamil 2 Minggu Harap Hari Raya Aidilfitri Hindu Hisyam Hamid Hubungan Shaheizy Sam Iqram Dinzley Isteri Ally Iskandar Isteri Pertama Izreen Azminda JUARA Jadi Kontroversi Jan 2015 Jinggo Kartina Ayoob Kekasihnya Masih Belum Ceraikan Isteri Kelantan Kembali Mekar Kemelut Kepada Aktres Indonesia Kini Sah Suami Isteri Kotak hitam Kuil LAGU 'APA KHABAR' Linda Live Streaming Uruguay vs England Piala MAs idayu MB Selangor MISZ ERNA MIZZ NINA MOMMY Mangsa Kutukan Maya Karin Mayat mangsa MH17 McDonad's McDonalds Dungun Melissa Indot Menduduki Meninggal Dunia Mila Jirin Minta Putus Dengan Mislina Mustaffa Mislina Mustaffa Bertatoo Mohd Zulhelmi Mon Ryanti NELYDIA SENROSE NORYN AZIZ NURUL SYUHADA NURUL WAHAB Nabila Nafi Bermasam Muka Nina Iskandar PATAH TULANG PEMAIN JDT 2015 PKR Pahang Parti Kata Pejabat Exco Selangor Peluk Agama lain Pelumba Basikal Negara Perak Pernah Bercinta Putri Mardiana Berbohong QI RAZALI RAJA BARIQ ROMIE PUTUS - BENAR Riezman Khuzaimi Rindu Awak 200% Rosyam Nor SHARIFAH ALEYA DIKURNIA BAYI LELAKI SUAMI & MADU SUAMI MUFLIS - RUMAH MEWAH UMIE AIDA DI MONT KIARA DILELONG HARI INI Sah Bergelar Suami Shahrol Sharifah Aini Shera Ayob Sherry Shikin Maembong Siapa Jejaka Siti Saleha Sosial Sudah Berhijab Sultan Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat Sumber Dalaman Suri Rumah Syatilla Melvin TAHNIAH TARIK DIRI DARI FINAL GEGAR VAGANZA TELATAH Tahun Hadapan Tarikh Pembayaran Bonus 2015 Tayang Pusat Terengganu Ular Tedung VELVET AF4 Video Black Hanafiah jawab isu di saman RM500 ribu Wak doyok Walt Disney Wirefame YUNA Yana Samsudin Yazer & Ekin ZED ZAIDI ZUAN 'BIKIN PANAS' ZUL HUZAIMY Zila Bakarin Zizan Zizan Razak Zulin aliff aziz alleycats amat kesal amy af3 amyra rosli seksi anak ketiga arak banjir bercuti berjumlah 103649 berpegang tangan bonus 2015 cahaya mata dalam SUVMH17 dapat anak di Gegar Vaganza dilamar ditemui mati ezzany fasha sandha fizo omar hetty sarlene izzue islam jadi lelaki jambu jatuh cinta jepun kah Pah kemalangan kes khalwat khalwat madu melodi minyak petrol nikah obesiti pelakon wanita pukul pulau pinang qz8501 rosma af1 sam sambut majlis doa selamat sara ali sari yanti sarimah ibrahim sbb SAKIT PARU-PARU MENGEMBANG setelah 21 tahun sukan bogel syura tegar terputus hubungan zamani